boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Pemuda Umno. Show all posts
Showing posts with label Pemuda Umno. Show all posts

Friday, June 7, 2013

Pemimpin Umno di label sebagai Pondan ... Eeiii siapa yang hina? You...!

Cantik,, selepas memenangi PRU 13 dengan bangganya Najib memaklumkan umno sebagai parti terkuat, alih-aih, boleh dikatakan setiap hari ada saja sindirin dan kritikan oleh sesama mereka sendiri... 

Apa nak dikato,, aku hanya tukang sampaikan... 

Tuesday, March 26, 2013

Perang Saudara Umno Perak - Ketua Pemuda dah kena serang?

Hidup Melayu di Perak ? Ins Sya Allah akan berkubur.. kenapa? Kalau sesama pemuda  dah mula berperang kerana harta rakyat menjadi rebutan...


Tuesday, March 19, 2013

Pelawak Muda ni lagi hebat dari pelawak otai Salleh Yaakob

Sebelum ni kita dah tengok lawak bodoh bangkang dari longkang,,, itu sekdar humor,,, tapi itu pun dah terasa,,,

Tetapi kali ini lagi hebat,, jelas dan nyata perjuangan pelawak muda ini,,, apa nak buat .. itu hak dia buat pilihan...


Tuesday, July 31, 2012

Kerajaan PAS bersama Al-Sultan Kelantan berlakon bela rakyat?

Apa yang kita semua maklum program tuntuta Royalti Petroleum yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negri kelantan, bukan sahaja mendapat sokongan pimpinan kerajaannegeri, malah beberapa ketua UMNO Kelantan pun turut menyokongnya, seperti Tan Sri Anuar Musa, Tan Sri Tengku razaleigh yang mana telah mendapat restu perkenan Al Sultan Kelantan sendiri,,, 

Macam mana mamat bingai tengik sorang ni boleh kata PAS berlakon....  




Monday, May 7, 2012

Kenapa Program Zambry a/l Kadiaq tiada dalam Laman Web Perak Today..

Semua sedia maklum apa sahaja program Zambry tutun pada berjumpa rakyat semuanya akan disiarkan dalam laman Web Perak Today.. 

Apa tah lagi kalau program tersebut di kawasannya sendiri,,, namun satu program kononnya nak mengambil balik ahli-ahli UMNO yang berhijrah ke parti PAS..  klik gambar-sekitar-15-bekas-pemuda-umno.

Sayang sekali program tersebut hanya dimasukkan dalam satu laman blog pencacai UMNO yang masih belum dikenali ramai,,klik,  http://networkedblogs.com/ 





kenapa jadi begitu..ha,,ha,, ha,, apakah Zambry sendiri sedar ia sudah kena tipu dengan puak-puak UMNO Lekir atau sebaliknya..sehingga menimbulkan kekecohan apabila pihak UMNO telah memperkudakan Majlis Perbandaran Manjung (MPM) dan pihak polis untuk membuang bendera PAS dikawasan sekitar tempat program Zambry berjalan... Insyaallah,, aku akan ceritakan isu tersebut.... 

Namun sekejap tadi jam 9.30 mlm  PAS cawangan Batu 14 Lekir mengambil inisiatif mengadakan majlis meraikan kemasukan ke 15 Bekas ahli-ahli UMNO tersebut... 

Klik pada imej untuk gambar besar
Ucapan dari ketua G15.. Encik Zaid..





Ini dia gambar-gambar bekas sebahagian ahli UMNO G15 bersama pimpinan PAS dan PKR Lumut...


Untuk selanjutnya tunggu kenyataan dari ketua G15 Encik Zaid,, pihak Media Perak telah menemu bual beliau,,, Insyaallah akan disiarkan kenyataannya...



Saturday, December 31, 2011

Ahli Politik khalwat dgn bini orang di Perlis ialah Ketua Pen. Pemuda UMNO Padang Besar..

Bila aku terbaca kisah pemimpin politik yang ditangkap berkhalwat dengan bini orang di Perlis dicerita kan ialah kawan baik Timbalan Presiden PAS Mat Sabu, klik kawan-rapat-mat-sabu-ditangkap-khalwat.

Hati aku jadi panas membara, antara percaya atau tidak,, seebenarnya aku malas nak ambil tahu,, tetapi bila atas nama ahli jemaah parti aku yang dituduh buat kerja terkutuk ni, maka terpaksa aku korek balik.....

Lalu aku cuba menghubungi kawan lama aku sama-sama bujang dalam Navy dulu, aku bertanya kepada siapa dia.... dia menjawab orang UMNO... dan yang jadi tukang tangkap ialah Pemuda PAS cawangan Batu Pahat,,, namun untuk pengesahan sebenar siapa malaon yang buat terkutuk tu, ia minta tempoh untuk siasat...

Sekejap tadi dalam perjalanan pulang dari kuliah hadis,, aku di telefonnya,, lalu ia memberi tahu malaon yang ditangkap tu ialah Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bhg Padang Besar...

Malaon ini juga merupakan guru agama di SK Seri Indera Kangar, sebelum ini menurut ceritanya malaon ini dikenakan tyukar ke sekolah Kebangsaan Melangit tetapi entah kenapa Guru Besar SK melangit tidak manu terima penukaran malaon ni...

Perkara pertemuan ni dah lama berlaku,,, disebabkan perempuan (bini orang) ni mencabar supaya ditangkap,,, maka berlakulah kes penangkapan tu....

Bapa kepada malaon ni dikenali dengan nama Mat Kelantan,,, memang kuat UMNO juga,,, maka fahaman UMNO ni turun kepada anaknya si malaon ni yang bernama....aaaahh malas aku nak tulis namanya... nak tau lebih lanjut hangpa klik blognya alhelmi75.

Ulama Muda UMNO kata tak boleh buka aib orang,,, tetapi UMNO juga yang mula dulu,,, tak kan aku nak biaq...... aku tetap lawan UMNO....



Monday, December 19, 2011

Khas - Buat Abang Ludah....


Position Statement : Saya tidak mempunyai apa-apa kecenderungan kepada mana-mana parti dan saya juga tidak tergolong dalam kalangan politikus kampus. Surat terbuka ini sekadar untuk meng-ekspresikan pendapat atas kenyataan abang berkenaan (untuk menonton video abang ludah, sila KLIK DISINI)

Abangku sayang,

Biasanya, surat terbuka yang saya tulis didalam blog ini adalah dalam bahasa Inggeris, kerana, sebagai penutur bahasa Melayu yang sangat fasih, saya gusar saya akan menggunakan perkataan kasar/pasar yang mungkin dapat mengguris perasaan. Namun, melihatkan kepada keadaan abang yang sedikit ganas dan kelihatan tidak berbudi bahasa, saya gusar abang terdiri dari golongan yang tidak begitu memahami bahasa Inggeris, maka, saya terpaksa mengutuskan warkah ini dalam bahasa Ibunda.

Sebelum saya meneruskan tulisan ini, molek kiranya jika abang berkenalan dengan saya, saya Muhammad Qusyairi Hashim, pelajar tahun ketiga Jurusan Sains di sebuah universiti di Pantai Timur Malaysia dan merupakan seorang manusia yang don't give a damn mengenai politik (baca : politik Barisan Nasional dan Pembangkang). Namun, saya begitu minat dengan aspek politik (baca : ilmu pentadbiran dan falsafah bermula dari zaman Aristotle hingga kini). Saya harap abang faham mengenai saya sehingga perenggan ini, saya dengan sedaya upaya telah menggunakan bahasa mudah supaya abang faham apa yang ingin saya katakan. Sebelum saya terlupa, jika abang tidak tahu, Aristotle adalah ahli falsafah Greek yang juga anak murid kepada Plato. Jika abang tidak tahu siapa Plato, sila guna Wikipedia (Wikipedia adalah enjin carian maklumat atas talian).

Abang,

Tindakan untuk "meludah" itu adalah satu tindakan yang tidak baik samada untuk dilakukan ataupun sekadar dikatakan. Saya yakin ibu abang ada mengajar perkara sedemikian, abang tak perlu ke universiti untuk belajar perkara berkenaan, kerana jika perkara itu diajar di universiti, saya maafkan abang, kerana saya faham. Dari sudut adat dan budaya, tindakan ini dikira sangat biadap, abang yang diklasifikasikan sebagai seorang big bro (maksudnya abang yang agak tua, bukan bermaksud abang besar) dikira memberi contoh yang tidak baik kepada adik-adik kecil seperti kami. Walaupun mungkin tahap pendidikan kita berbeda, saya yakin, kami mampu menghormati abang sebagai seorang yang lebih tua. Bila bercakap isu meludah ni, teringat zaman kecil-kecil (lima tahun kebawah), kalau saya nak meludah, mesti ada saudara yang lebih tua akan cakap nak tampar, dulu saya tak faham kenapa, namun kini saya faham, mungkin saudara saya tidak mahu saya menjadi seperti abang.

Bercakap mengenai isu tampar-menampar pula, abang sedar apa yang abang lakukan? (Tulisan selepas ayat ini akan sedikit ilmiah, saya harap abang cuba untuk memahami, secara jujur, sebagai pelajar sains, saya kurang yakin dengan fakta undang-undang saya, sila betulkan jika ada kesalahan). Abang sebenarnya telah melakukan satu bentuk ugutan untuk mencederakan, yang mana, menurut Seksyen 503 Kanun Keseksaan, abang boleh dikenakan hukuman penjara dari 2 tahun hingga 7 tahun beserta denda. Takut tu bang, abang pernah tengok Shawshank Redemption tak? Kat penjara, orang kena liwat pun ada tau.

Abang panglimaku sayang,

Saya ada terperasan yang abang kata abang dengan abang/pak cik lain kat dalam video tu semua panglima-panglima perang. Saya rasa, mungkin abang tak pernah tengok cerita 300 (saya boleh terima alasan abang tak pernah tengok cerita tu, dah la bahasa Inggeris, cerita pasal sejarah, mungkin abang tak faham), jadi saya akan cerita sedikit. Fakta asas sebelum jadi panglima, yang mana abang memang failadalah BMI, saya rasa sedikit lucu bila orang besar nak jadi pahlawan. Kalau zaman dulu, mungkin orang besar boleh jadi pahlawan, kita jadikan sebagai Minotaur, tapi sekarang tak boleh. Kurang-kurang nak jadi askar, badan mesti macam Que Haidar dalam Misteri Jalan Lama

Kemudian, abang, saya suka dengan statement abang yang berbunyi macam ni, (lebih kurang);

Hantar kamu belajar untuk jadi mahasiswa, bukan untuk jadi kuda Anwar Ibrahim, kuda pembangkang


Cara abang cakap, seakan-akan UMNO yang bagi kami belajar. Abangku sayang, mungkin abang tidak belajar politik dan pentadbiran, yang bagi kami belajar, bukan UMNO atau Barisan Nasional, tapi, yang bagi kami belajar adalah kerajaan. Nanti, saya tahu, mesti abang cakap saya macam bodoh cakap macam ni, tapi takpe, kalau saya free, saya akan bersama abang untuk tunjukkan perbezaan antara Barisan Nasional dan Kerajaan Maalysia, lagipun, yang ni memang topik kegemaran saya untuk tunjukkan perbezaan kedua-duanya. Tapi, abang jangan rasa down, bukan abang seorang je yang tak tahu pasal perbezaan ni, saya yakin, menteri pun ada tak tahu, jadi, abang taklah dikira bodoh sangat.

Dan ini mungkin perenggan terakhir, berkenaan komen abang yang kami semua ni otak letak dekat kepala lutut. Pertama, abang kena tahu, otak posisinya di kepala bukan dilutut, tapi, macam saya cakap tadi, saya tak salahkan abang untuk tidak mengetahui, sebab bukan semua orang belajar biologi kan? Dan, kalau abang tak tahu, Biologi adalah kajian terhadap benda hidup. Datang dari perkataan Latin bio dan logosyang bermaksud kajian terhadap benda hidup.

Kedua, abang kena sedar, apa golongan-golongan yang mempunyai otak dekat kepala lutut ni telah lakukan, jom kita tengok apa orang-orang ni lakukan ;

Mewakili Malaysia dan memenangi pelbagai hadiah untuk Pertandingan Kajian dan Inovasi serata dunia.

Memartabatkan bahasa Melayu dengan pertandingan-pertandingan debat dan Pidato peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa

Mewakili Malaysia ke Pertandingan-pertandingan kebudayaan dunia demi menaikkan dan menonjolkan seni negara

Mengelilingi segenap pelusuk dunia, demi memperkenalkan Malaysia

Mewakili Malaysia dalam menjadi suara-suara muda di konvensyen-konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan badan-badan dunia lain

Bersukan hingga berjaya menaikkan nama Malaysia di mata dunia

Berjaya mengesan kelompongan akta yang tidak sepadan dengan Perlembagaan yang mana kelompongan ini tidak pernah disedari hakim-hakim dan peguam-peguam terhandal negara.

Jom tengok kejayaan abang pulak

Menjadi artis YouTuube

Eh, rasa macam tak adil pulak saya nak bandingkan abang dengan pelajar yang bakal menerima Ijazah, in that case saya bandingkan pelajar dengan apa yang ahli-ahli politik kesayangan abang tu lakukan.

Berjaya menaikkan semangat rakyat untuk berdemonstrasi sehingga merugikan banyak pihak

Mengutuk dan mengkritik satu sama lain di dalam Dewan Parlimen yang sepatutnya dijadikan gelanggang perdebatan kebajikan rakyat.

Berjaya menggunakan kereta-kereta mewah dan rumah-rumah besar dengan pendapatan yang kecil.

Berjaya menjual hasil minyak petroleum negara dan pada masa yang sama menjual petroleum kepada rakyat dengan harga yang tinggi.

Hampir berjaya menaikkan standard Malaysia hampir sama dengan negara barat dalam bidang seks bebas, hubungan sejenis dan korupsi. Eh, maaf, korupsi kita tetap juara, ranking 60 menumpaskan Amerika, United Kingdom dan Israel.

Saya rasa, setakat ini sajalah surat untuk abang, kalau saya tulis banyak-banyak, saya gusar sukar untuk abang baca, nanti penat pulak.

Sekian, Wasallam,

MUHAMMAD QUSYAIRI HASHIM


Sumber: qusyairih.

Thursday, December 8, 2011

Siapa pemuda UMNo yang belum berkhatan (sunat) lagi ni..

Kah-kah-kah.... ada lagi yang tertinggal,,, dah liat benar tu...... boleh tumpul pisau tok mudin.....



Siapalah pemuda-pemuda tu yang masih belum bersunat...

V

V

V

V

V

V

V

V


V


V

Ini orangnya kut....












Saturday, November 26, 2011

Jabatan Kebajikan Masyarakat menganiaya 15 orang ibu tunggal..

Wooiii, isu lembu NFC belum selesai, tau-tau timbul pulak isu ibu tunggal, apa cerita ni...


Ni semua masaalah menteri yang sibuk dengan lembu tak sempat nak jaga kaum ibu tunggal atau Jabatan Kebajikan Masyarakat sengaja nak buat sepoil....

Cuma timbull banyak kemuskilan yang terbayang dikepala,,, hebat pemuda UMNO WP ni, ibu-ibu tunggal keturunan India pun dah percaya kat depa,, kenapa ya.. MIC dah tak berfungsi lagi ka,,, atau pun Pemuda UMNO for all....

Tetapi bila aku dok semak-semak cerita-cerita lama terjumpa disini yang kaitan dalam gambar tu.... prokhairun. Macam-macam ada dalam UMNO.... Yang jadi mangsa rakyat bawahan macam aku ni....mampuih UMNO...



Tuesday, November 15, 2011

GENKI 7 (Generasi Kini 7) - Pemuda dan Puteri UMNO yang terlibat..

Pagi senin aku dapat SMS dari blogger Aduka Taruna, tanya aku adakah aku ini sebagai Pengasas Genki 7,, mak oii menatang apa.... rupa-rupanya dah heboh dah, aku sahaja yang terlepas....

Mengikut cerita pada pagi minggu berapa ramai anak-anak remaja di persekitaran IPD Manjung....

Baca seterus peraktoday.


Terkejut juga aku bila baca di Peraktoday, yang terlibat Pemuda dan Puteri UMNO, nampaknya dia orang silap teknik,, program tu dah betul dah,, lain kali bagi tau atau maklumlah dulu kat blogger Taipingmali.... Entah-entah dia apa yang report polis ni,, sebab hangpa tak dia....

Kemudian jemputlah Ostad Kazim mai bagi ceramah dulu, kalau rasa-rasa tak berapa nak lepas,, ajak Ostad Kazim tu pun joint sekali,,, tengok,,, mana pi serban dia....

Kita tunggu apa Tuan Haji-haji Zambry a/l Kadiaq nak komen lepas ni.... .


Sunday, November 6, 2011

Pemuda & Puteri UMNo Lembah Pantai Korban seekor harimau jantan..

Orang nak korban, depa pun nak buat korban,,, tengok pada cara memang standard,,, grand......siap tshirt satu colour,, umpama uniform,,, canggih...


tetapi itulah, lu orang perati tengok, aku rasa lebih dari 30 orang untuk nak menjatuhkan seekor lembu,,,, apa benda ni,, dalam gambar semua pemuda, gerak kerja rasa macam puteri-puteri UMNO pulak ya.....

Ko orang hanya boleh jadi hero merempit dan buat demo di Penang ajalah..

Macam ini lebih baik ko orang jadi lembu kena sembelih, lembu tu lagi mulia dari korang. wakakaka.........

Ada yang kata seolah-olah lembu ni ak rela dikorbangkan,,, tak sanggup ia nak mati di tangan-tangan kotor rasuah.....



Friday, July 8, 2011

Gambar-gambar Pemuda UMNO berdemontrasi di Masjid Negeri Ipoh selepas solat Jumaat..

Salam Sejahtera,

Sebelum ini aku selalu dok dengar dari pemimpin UMNO tak kira dari Menteri hingga ke Ketua Cawangan atau JKKK, mengenai ucapan-ucapan mereka yang budaya demontrasi ini adalah budaya luar, budaya yang merosakkan masyarakat melayu.....

Namun petang tadi selepas solat jumaat dalam anggran 100 pemuda UMNo dengan berpakaian t-shirt merah jenama Paturoit telah mengadakan demontrasi di masjid Negeri Ipoh Perak....

Tak nampak pula batang idung polis,, sedangkan Balai Polis IPK depan dengan masjid negeri aja,,, tak kan semua polis Ipoh dah Ke Kuala Lumpur...
,





Perati-peratilah,, anak-anak sapa ni... kut-kut ada yang kenai.... apa pun tahniahlah buat pemuda paturot kerana dah ada yang berkopiah putih... tak lagi bersongkok tinggi....



Setinggi-tinggi terima kasih buat Saudara Zainal..Blogger BumiPerak yang meng emailkan gambar-gambar diatas... ,


Wednesday, July 6, 2011

BERSIH 2 - Sorry....ini bukan gambar sokong 1Malaysia....

Salam Sejahtera,



Ambiga : Kami bersedia untuk berbincang dengan Pemuda Umno. Mereka juga dialu-alukan menyertai kami pada Sabtu ini


Oh..no..no.no.... ini bukan 1Malaysia arrrhh...... Klik Sini eeiihhh, Pemuda Pat'turot ada berani ker....

Friday, July 1, 2011

Cakap Hebat - Macam India Estate Mabuk Todi....

Salam Sejahtera,

Kesian orang-orang sabah -, asyik-asyik kena temberang dengan india mabuk todi......


Ni gambar-gambar kat bawah ni gambar siapa ya?
Pendatang Myanmar mengamuk berebut betina ka...,






Yang ketua kumpulan Myanmar agaknya...,


Friday, April 15, 2011

Dimana PERKASA - Arman dah tak pakai songkok tinggi..

Salam Sejahtera.

Selalu yang kita dok nampak atau kenali wajah ketua pemuda PERKASA dengan gaya songkok tingginya...

Tetapi hari ini tak lagi dah, ia dah berwajah baru,, seperti dalam gambar di bawah sana...

Apakah dah berminat dengan pelawaan Ketua Pemuda PAS Ustaz Nasarudin Hassan..,





Members of Pembela held a protest at the National Mosque today over the Alkitab issue and declared bloodshed against ‘extremist’ Christians who insult and ridicule Islam. — Pic by Jack Ooi

Bekas ketua pemuda kecewa Perkasa tak sertai protes Alkitab

April 15, 2011

Protes anjuran Pembela di pekarangan Masjid Negara hari ini. — Foto oleh Jack Ooi
KUALA LUMPUR, 15 April — Bekas ketua Wira Perkasa Arman Azha Abu Hanifah mempertikaikan tindakan pertubuhan membela hak Melayu itu yang tidak sertai bersama perhimpunan aman membantah kitab Injil versi Bahasa Malaysia di Masjid Negara hari ini.

Menurut Arman Azha, sepatutnya Perkasa menyertai perhimpunan aman anjuran Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela) membantah keputusan Putrajaya melepaskan 35,100 kitab Injil itu yang menjadi polimek sejak kebelakangan ini.

Beliau yang menyertai perhimpunan aman itu berkata, sepatutnya Perkasa dan umat Islam menentang tindakan kumpulan yang mewakili masyarakat Kristian yang dilihat mencabar kedudukan dan kedaulatan agama Islam.

Tambah Arman Azha lagi, ketua Wira Perkasa yang baru Iwan Fahmi Ideris sepatutnya memainkan peranan untuk menggerakan pertubuhan itu membantah keputusan Putrajaya itu.

Arman Azha Abu Hanifah
“Saya tidak tahu... sepatutnya ia diketuai ketua Wira Perkasa yang baru dan kami menunggu di mana suara ketua Wira Perkasa.

“Mereka (Wira Perkasa) perlu mengetahui isu ini tapi sehingga sekarang masih tiada lagi.

“Tapi sebagai orang Islam, kita semua perlu bertegas dan menentang usaha-usaha yang dilakukan untuk mencabar kedudukan agama kita,” kata kepada The Malaysia Insider selepas perhimpunan aman itu selesai.

Irwan Fahmi dilantik sebagai ketua Wira Perkasa menggantikan Arman Azha yang melepaskan jawatannya minggu lalu.

Jelas Arman Azha, sepatutnya orang bukan Islam termasuk yang beragama Kristian perlu menghormati agama Islam dan jangan melakukan perkara yang boleh mencabar agara rasmi negara itu.

“Sepatutnya mereka menghormati agama Islam, kita mahu mempertahankan kedudukan Islam.

“Isu ini tidak akan wujud jika semua pihak menghormati agama Islam... kerajaan perlu tegas jangan biarkan ia berterusan,” katanya.

Ditanya mengenai kehadirannya dalam perhimpunan itu, Arman Azha berkata beliau menyertainya atas dasar prinsip dan demi kedaulatan agama Islam.

“Saya hadir atas dasar prinsip iaitu untuk mempertahankan Islam, kedudukan orang Melayu dan Bahasa Malaysia.

“Saya datang atas dasar peribadi,” jawabnya ringkas.

Hari ini Pembela mengadakan perhimpunan aman membantah pengedaran kitab Injil di Masjid Negara.

Komen aku, kalau Arman tanya di mana PERKASA, aku nak tanya dimana Pemuda UMNO, dimana JMM, menyorot balik mana hangpa semua...!!!!!

Sunday, October 17, 2010

Gambar-gambar pelajar Tadika Kemas....

Belum mencapai tahap ISO kematangan sebagai manusia modal Insan....

AHLI Putera UMNO membawa logo 1Malaysia pada raptai penuh perbarisan Perhimpunan Agung UMNO 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini. Seramai 150 ahli pergerakan sayap parti akan menyertai perbarisan ketika upacara menaikkan bendera UMNO pada perhimpunan dari 19 hingga 23 Oktober ini. - Foto Rosdan Wahid
Oct 17, 2010 12:40 pm

Boleh ka sampin dijadikan selindang,... ada yang tak pakai....., jadilah sama standard pelajar TADIKA KEMAS....


FINAL TOUCH UPS...? Puteri, Youth and Wanita UMNO members taking a break during the full rehearsal for the upcoming 64th UMNO General Assembly at the Putra World Trade Centre (PWTC). 150 members will join the march from Oct 19-23rd. NSTpix by Rosdan Wahid.
Oct 17, 2010 12:32 pm

Yang ini pulak asyik nak bersolek.... apa bonda.... he he... jangan jadi umpan buaya dah... kang ada lagi yang membunuh dan bunuh diri...

Yang ini Ketua Murid Tadika Kemas...


Ni pulak cikgu-cikgu TADIKA Kemas....


Ketua Murid tadika Kemas yang berani.... DI SINI.

Lawan... lawan... lawan.....

Saturday, August 21, 2010

Apa Kata UMNO??!! Pemuda UMNO Penang dah climax

Aduhai,,, geram, rindu, dendam lama dah... semenjak Mac 2008 sehinggalah hari ini, rindu yang tertahan lagi akibat kelincahan Lim Guan Eng dalam tarian nya, sekejap gelek, kemudian ala-ala arab yale-yale padang pasir, ini semua membuatkan pemuda UMNO Penag dok telan air liur geram.....

Kemudian dua tiga sudah, Lim Guan Eng menyatakan Kerajaan Pulau Pinang akan membayar sedikit sagu hati kepada kakitanga kerajaan negeri,,, lagilah terkedu Pemuda UMNO, tiada ulasan, tiada kritikan dan tiada pujian mau pun pusat atau negeri...

Sudah tentu pening lalat buat khalifah UMNO, yang semakin sudah nak mengeluarkan fatwa jawapan tersebut, tup-tup dua hari sudah sang khalifah telah dimalukan oleh di negeri Selangor,,, apa tidaknya sang khalifah dipaksa mendengar tazkirah di masjid selangor... ada ka patut tahap tertinggi sang khalifah disuruh bersimpuh didalam masjid tanpa hamparan permaidani merah, manakan tidak... sakit belakang, saki kepala lutut, lenguh segala urat saraf lah kawan tu... DI SINI .

Kesian sang khalifah, kehadirannya tidak dihargai oleh AJK masjid berkenaan.., dengar cerita programnya pun buat di parking lot aja..

Tapi memang sudah jadi sifat khalifah yang tawadduk, perkara sebgini biarlah dia sahaja yang tahu, tak perlu diheboh-heboh, sang khalifah amat takut nanti di bulan ramdhan akan timbul perasaan riak dan takabur pada pengikut-pengikutnya....


Sifat cemburu pemuda sampai kemuncak apabila tersiar sang khalifah boleh begitu mesra dengan Lim Guan Eng dalam mesyuarat kewangan di Putrajaya dua tiga yang lalu...

Mana boleh,,, pemuda UMNO begitu lama jatuh hati, tup-tup sang khalifah nak potong stimkan... puasa, tu puasa juga.... khalifah ka siapa ka sekali pun pemuda dah tak peduli lagi..

Apa pun, nampaknya pemuda UMNO Penang akan menikmati klimak secara syok sendiri........



Report polis..., atas enakmen syariah apa pulak ni..., kalaulah betul sekali pun, salahkah mengikut kaedah syarak kalau kita mendoakan kepada orang bukan Islam,, dan adakah menjadi satu kesalahan mengikut hukum syarak jika tidak mendoakan kepada sang raja....

Monday, June 7, 2010

Kejantanan Pemuda UMNO hanya setakat ini sahaja..

Salam Sejahtera....

Pemuda Pakatan buat demontrasi berarak berpuluh ribu manusia dijalan raya menuju ke kedutaan US, serah memorandum kepada wakil kedutaan US, tunjuk rasa tak puas rakyat Malaysia....

Pemuda UMNO pun demontrasi juga,, dengan beratus-ratus ribu tak sampai dua ratus manusia tapi mereka berdemo dalam kawasan Masjid Negara..., jadilah demo juga...


kalau nak dibandingkan dengan semangat ketua Pemuda yang lepas Auww, lagi best, berkumpul di Stadium Bukit Jalil, kemudian sambil rentak menyanyi dengan kekata " We want peace, we want peace.......!!! Yang mana satu baik... antara ketua pemuda dulu dang yang ada sekarang,


Ketika ribuan manusia pendemo PR membawa berbagai-bagai jenis sepanduk yang ada hubung kait dengan Israel, tetapi bagi pemuda UMNO ni, hanyalah bendera sahaja,,, di mana APCO, dimana Judi Bola, dimana senarai barangan keluaran Israel..., isk, isk,, setakat bendera sahaja..., apa hal...

Kesian Pemuda UMNO,, kenapa jadi begini, dimana keberanian pemuda sebelum ini,, kenapa ya,, adakah kerana Naib Ketua Pemuda dah dilucutkan jawatan Timbalan Menteri dan Ketua Pemuda pula hanyalah baru habis lulus rekrut wataniah..

Buat pembaca yang masih merasakan UMNO itu perlu, hentikanlah, tinggallah UMNO tu, jikalau anda masih didalam UMNO, kebarangkalian aku, anda pun pengecut macam pemuda UMNO..., cheeeiit..

Mampoos UMNO!!!!

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari