boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Manjung Mari. Show all posts
Showing posts with label Manjung Mari. Show all posts

Tuesday, August 5, 2014

Oppss, Ubah Topik... Kisah ostad-ostad cap ayam...

Aku nak ubah topik seketika,, biarlah Anwar Ibrahim dengan labu-labu macainya berlalu..ha ha.. tak larat dah aku duk baca kisah mereka,, nak jaga rakyat Selangor atau nak jaga kepentingan sendiri,, sendiri mau faham la..

Monday, October 17, 2011

Hensem tak Manjunmari dolu-dolu... Kah..kah..kah..

Alhamdulillah, rupa-rupanya ada juga hamba Allah yang teringatkan diri ku ini..




Kah,kah,kah... gambar di atas tu gambar aku masa muda,,, itu pandangan Tapingmali,,, kah,kah,kah,, kalau aku wajah macam tu punya hensem,, pergh beruntungnya..terima kasihlah tolong promosi Manjunmari,, nanti kalau mari Manjung calling-calinglah aku,, boleh aku belanja minum,, minum sahaja,, makan aku tak mampulah nak belanja,, ialah.. hidup aku ni singkek tak cukup makan....

Berapa pencen aku,,, Alhamdulillah, berapa sahaja pun aku tetap bersyukur kepada Allah pemberi rezeki.... dan aku merasa cukup beruntung kerana kehidupan aku ini masih lagi dapat bertahan, tak perlulah aku nak menjadi pencacai dan penjilat UMNO....






Wednesday, October 12, 2011

Gambar-gambar EHSAN Polis Daerah Manjung Selepas Bajet..

Bajet baru sahaja selesai, berbilion ringgit telah dijanjikan yang belum tentu ditunaikan atau tidak...,

Janji-janji yang masih belum ditunaikan, namun sudah ada usaha-usaha untuk mencari dana-dana dengan memerah keringat dari kealpaan rakyat., mungkin ini salah satu sumber untuk menunaikan janji-janji bajet 2012..... adakah adil tindakan seperti ini,,, wallahuaklam,, inilah pertama kali tempat ini dijadikan umpama menahan bubu di lukah....
double klik untuk imej lebih besar











Perasaan atau tidak, pembentangan bajet kali ini aku rasa tidak ada peruntukkan besar buat anggota polis seperti yang lalu,,, jadi apakah ini sebagai tindakan tak puas hati anggota polis... maka rakyat awam menjadi mangsa....





Sunday, June 19, 2011

Bagaimana syarikat bermodal RM100 melabur RM5.8 bilion?

Salam Sejahtera,

Sebagai tanda perihatin warge Manjung, dan sebagai tanda protes apa yang berlaku di Manjung.....


Nga Kor Ming: Bagaimana syarikat bermodal RM100 melabur RM5.8 bilion?


Inilah persoalan yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat terhadap kelulusan tanah seluas 150 ekar di kawasan Segari, Manjung hari ini oleh kerajaan Negeri kepada sebuah syarikat yang hanya mempunyai modal berbayar seratus ringgit sahaja. Pakatan Rakyat hari ini membongkarkan bahawa kerajaan Negeri BN telah meluluskan tanah seluas 150 ekar kepada Sebuah syarikat yang dikenali Atigas Technology Sdn Bhd kononnya untuk projek pelaburan gas asli di Manjung bernilai RM5.8 billion.

Akan tetapi, setelah menerima aduan dari pemimpin UMNO yang tidak puas hati dan setelah menyiasat, jelas terbukti syarikat tersebut bukan sahaja hanya mempunyai modal berbayar seratus ringgit sahaja, malahan ia adalah sebuah syarikat Domain dan tiada maklumat rekod perniagaan syarikat tersebut dapat diperolehi.

Setiausaha Negeri DAP Nga Kor Ming (gambar kanan) hari ini berkata, mengikut pengumuman EXCO Kanan Kerajaan Negeri, Hamidah Binti Othman pada 9 Jun 2011, Majlis mesyuarat kerajaan Negeri telah meluluskan tanah 150 ekar tersebut kepada syarikat Atigas pada bulan Mei, tahun ini untuk satu projek perlaburan kononnya bernilai RM5.8 billion. Mengikut kenyataan Hamidah, syarikat tersebut akan melabur RM5.8 billion dan akan mengimpot Liquified Natural Gas (LNG) dari Negara Qatar dari Timur Tengah. Beliau juga dilaporkan berkata syarikat tersebut akan membekalkan 33% dari jumlah pasaran LNG untuk pasaran tempatan yang mana pembinaan loji dan Kilang akan siap sepenuhnya dalam tempoh 15 bulan.

Nga Kor Ming yang juga merupakan Ahli Parlimen Taiping berkata, PR mendesak supaya Hamidah mengemukakan laporan Kajian Alam Sekitar (Environment Impact Assessment Report) kepada orang umum serta masyarakat tempatan kerana kawasan Segari dan Pasir Panjang merupakan kawasan ternakan anak penyu dan kawasan perikanan yang mempunyai sumber laut yang amat bernilai.

Pakatan Rakyat juga meminta kerajaan Negeri menjelaskan samada proses Open Tender pernah dijalankan sebelum projek berbillion ringgit ini dipertimbang serta diluluskan.

Nga berkata, rakyat berhak tahu bagaimana sebuah syarikat domain (sleeping company) yang hanya berdaftat mulai 28 Februari 2008 serta hanya mempunyai modal berbayar seratus ringgit dapat melabur RM5.8 Billion? Persoalannya adalah apakah rasional atau keistimewaan kerajaan meluluskan tanah 150 ekar yang dijangka bernilai RM50 juta kepada syarikat tersebut? Tanah di kawasan Segari mempunyai nilai pasaran RM300,000 satu ekar dan system ekologinya adalah amat kritikal untuk menjaga imej Bandar Maritime Manjung.

Mengikut rekod rasmi Suruhanjaya Sysrikat Malaysia, Syarikat Atigas Technology hanya ditubuhkan pada tahun 2008 dengan modal berbayar seratus ringgit. Tiada rekod perniagaan syarikat tersebut dapat dikesan kerana ia adalah syarikat "Domain",malahan dari rekod SSM, tidak adalah alamat perniagaan untuk syarikat tersebut dan tidak adalah sebarang keuntungan setakat ini.

Nga memberi tempoh tiga hari sehingga Isnin depan untuk Hamidah memberi penjelasan penuh kepada rakyat dan jika beliau gagal berbuat demikian, Pakatan Rakyat akan mengambil segala tindakan wajar untuk membela hak kepentingan rakyat dan kerajaan.

*Kenyataan dari Nga Kor Ming selaku Setiausaha Negeri DAP, ADUN Pantai Remis dan ahli parlimen Taiping.

Sumber : merdekareview.,

Saturday, June 4, 2011

Ostad Kazim Elias - Satu berita gembira....

Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, hari ini aku dapat dua kegembiraan,

Yang pertama diatas kemenangan team Edorgan dalam muktamar, lantak pilah Edorgan ka apa, yang penting Islam, berani menentang UMNO, bukan nak mengendeng dengan UMNO...


Yang Kedua, mengenai gambar di atas, setelah puas aku menerima cerca dari peminat wala' setia ostad ni, diatas apa yang aku perjuangkan, baca SINI:

Bukan setakat kena hamun dengan pengikut setianya, malah Ostad Kazim sendiri hentam direct aku dalam ceramahnya, "Bodo punya Manjungmari", kalau hangpa rajin boleh cari dalam facebook Otaimanjung, dia ada rakam apa yang Ostad Kazim hentam aku....

Namun kini, Alhamdulillah, apa yang aku perjuangkan, dah dapat perhatian Dewan Ulama PAS Perak....



Muktamar Dewan Ulamak PAS Negeri Perak Muktamar Dewan Ulamak PAS Negeri Perak telah diadakan pada 14 Mei 2011 yang lalu di Markas Tarbiyah Air Kuning, Perak. Muktamar ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Dato' Haji Harun Taib, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat.

Muktamar kali ini telah mengukir sejarahnya yang tersendiri di mana seluruh kawasan Air Kuning telah mengalami gangguan bekalan elektrik sejurus selepas selesai majlis perasmian berlangsung. Muktamar diteruskan dalam keadaan gelap dengan hanya diterangi dengan cahaya lilin. Pemilihan Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Negeri Perak sesi 2011-2013 telah berlangsung dengan jayanya.

Seramai 114 perwakilan telah menunaikan hak mereka untuk mengundi. Sebanyak 2 usul telah diluluskan sebulat suara iaitu :

1. Usul agar diluluskan penubuhan Dewan Ulamak PAS Peringkat Kawasan sebagaimana Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat.

2. Usul agar Ustaz Kazim Alias dipecat keanggotaannya dari PAS. Ini disebabkan beliau telah bertindak sebagai duri dalam daging dengan menghentam PAS secara terang-terangan terutamanya dalam isu berkaitan penglibatan PAS dalam Pakatan Rakyat. Tindakan ini amat penting agar beliau tidak merosakkan fahaman Umat Islam termasuk sebahagian ahli PAS sendri yang terpengaruh dengan kepetahannya berpidato.

Muktamar bersetuju bahawa beliau telah menggunakan hujah yang begitu dangkal dan tidak langsung mengambilkira dasar Tahalluf Siasi yang telah diluluskan oleh Majlis Syura Ulamak. Beliau juga sebelum ini pernah dikesan menghuraikan hukum dan mentafsir Al-Quran tidak berdasarkan tafsiran ulamak mufassirin.

Adalah diharapkan agar semua Kawasan dan Cawangan PAS di seluruh Negeri Perak tidak lagi menggunakan khidmat beliau dalam semua program anjuran parti.~~Kredit to ABAH ANAS

Tuesday, April 6, 2010

Gambar Iklan yang sama dengan ......

Salam Sejahtera...

Petang semalam, sewaktu aku dok sibuk dok nak beli barang kat pasar malam suasana cuaca yang nak macam malam, dalam nak cepat hujan nak turun, datang seorang sahabat, mari tanya kat aku, tak pegi buat liputan ada orang ternama pindah ka!!

Terkejut aku, Tanya dia balik sapa yang berpindah.....

Sapa lagi, kita punya . . . . . la, jawabnya...,

Pindah ke mana...., aku tak faham dan bertanya lagi...

Sahabat aku ni gelak,, dia jawab,,, anta nak balik nanti, lalu peratikan gambar yang ada kat sebelah jalan tu..., oooooo.....

OOOO, baru aku faham,,,, hangpa kenaika dalam gambar ni, agak-agak serupa sapa ya...., aku tak mau sebut nama,,, saja nak siarkan juga demi nak memenuhi hajat kawan aku tu.....


Moral of the story, begitulah marahnya sahabat aku tu, sehingga ia menyamakan gambar dalam iklan tu sama dengan .......,

Nasib engkaulah gambar oiii, biasalah,,,, gambar iklan,,, macam-macam boleh ditafsirkan...,


Thursday, February 25, 2010

Takziah Buat Encik Mohd Saper Mohd Nor,

Salam Sejahtera...

Dua hari lepas aku ada buat posting kemalangan, rupanya malam tu juga mangsa kejadian tersebut meninggal dunia, Alfatihah buat Allahyarhamah.

Oleh kerana waktu aku sampai kejadian telah pun berlaku, aku tak pasti punca bagaimana kemalangan tersebut terjadi.

Buat pembaca yang ingin tahu punca kejadian tersebut bolehlah klik sinarharian. Walaupun aku boleh mengagak bagaimana kejadian berlaku, tetapi biarlah berita yang kalian baca dari sumber yang lebih tepat.

Berhati-hatilah dijalan raya....Hormatilah pengguna lain...

Hampir Setahun Berlalu!!, Baru ada Respon dari Warisnya..

Salam Sejahtera...

Dalam aku dok meneliti mengadap laptop buruk ni, masuk satu email komen kat blog aku, berbunyi...

Anonymous said...

sdr..tkasih dgn knyataan sdr..wlau ape pn knyataan sdr..lelaki janggut itu adelah bapa sy yg mmbanting tulang siang dan malam, mcari rezeki utk kami sekeluarga..tabligh merupakan ajaran sunnah rasullullah..rasullullah juga berpolitik dgn mnyampaikan apa yg baik yg dituntut dgn islam..islam sendiri tidak menghalang umatnya utk berpolitik asal kena pd tempatnya..adakah dgn mnnjukkan sokongan kpd UMNO merupakan cara berpolitik yang salah? apa pula bagi mereka penyokong PAS yg baring tengah jln dgn mgadaikan nyawa sndiri itu prjuangan yg btul?sdr,sekiranya saudara seorang melayu dan islam yg berilmu,jgnlah berkomentar ikut perasaan dan nafsu politik semata..UMNO dan PAS xde bezanya..masing2 parti politik yg memperjuangkan idealisme masing..betul atau salah terletak pada individu dan nawaitu seseorang..xknla org PAS pn bersih drpd DOSA..renung2kan dan selamat beramal..

Anonymous said...

sdr..jika saudara seorg yg befikiran tbuka dlm mnyalurkan idea2 politik..approvela comment sy td..

Komen ini untuk posting aku bertarikh 16 Apr 2009, tak-sangkabetui.


Kepada si anak yang menghantar komen tu, jikalau terasa hati atas apa yang aku tulis yang lalu, aku menyusun sepuluh jari memohon maaf, aku tak mau nak komen atau nak berhujah banyak-banyak bab UMNO dengan PAS ini, cuma boleh aku sifat kepada sang anak yang mengatakan UMNO dan PAS xde bezanya......., maka bagi aku itu adalah ungkapan manusia yang tak dapat berfikir dengan waras......... Allah kurniakan kita akal fikiran, pancaindera, supaya ada mata pandang, ada telinga dengar lepas itu berfikirlah dengan waras....

Saturday, September 19, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. Selamat Hari raya Aidil Fitri


3x اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَ اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Alhamdulillah, setelah sebulan kita berpuasa, maka mulai esok 1 Syawal kita sama-sama akan merayakan Hari Aidil Fith, Bersama-sama ini aku selaku blogger Manjung Mari memohon maaf buat semua pengunjung blog, kekawan yang selalu menasihati terutama sekali yang paling aku hormati Dr Wahab (Pengasas), Sheikh Teluk Intan, dan kawan-kawan yang lain yang tak sempat aku nak tulis semua sekali, lagi sekali aku memohon maaf jika ada tulisan aku yang meyakiti hati kalian, apa yang aku tulis selama ini adalah rasa dari tidak puas hati atau luahan hatiku kepada sesuatu perkara yang perlu diperbetulkan.. itu saja…

Besok Selepas sembahyang Sunat Hari Raya, Insyallah aku akan pulang ke rumah keluarga isteri aku di Johor Bahru, mungkin hari Rabu raya ketiga aku balik semula ke Manjung…Jadi sesiapa pengunjung blog yang mengenali aku jemputlah datang ke rumah, mungkin boleh kita saling kenal mengenal.. Insyaallah.

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari