Dalam posting aku terdahulu
di sini Aku ada menceritakan kisah malam sebelum PRK...
Disinilah bermula kekecohan pasai poster, UMNO mula janji lagu lain, buat lagu lain, apa lagi.. geng PAS tak puas hati....
Inilah samseng-samseng UMNO malam tu... yang t-shirt biru tu tu budak mendatang kat kampong aku, Mail juga nama dia.. asal dari Gunong Semanggol, mai kampong aku dok dlam UMNO buat keras kepala...
Inilah Ketua Polis yang aku cerita baik tu.. (pakai spec) pandai control suasana..dan akhirnya UMNO terpaksa menurunkan poster mereka...
Bila malam aku tidok di Stesen Maya 1 kat Simpang..tak bolek tidur, asyik nak melayan adik-adik blogger yang aku tak kenali,, tetapi mereka mengenali aku...pukul 5 pagi Cibeboron dapat telefon sebuah bas pengundi telah ditahan di stesen minyak depan masjid Terong, bas ni dari Negeris Sembilan, waktu aku sampai polis dan FRU dah kawal keliling hadapan pintu bas, hantu-hantu semua dok dalam bas...akhirnya seorang anggota Polis yang begitu kurang ajar dengan kami orang telah mengarahkan bas ini berlepas dengan diikuti oleh pemuda BN, rupanya bas ni ke hala Pasir Hitam Kuala Terong, kat sini FRU dah kawal tak bagi kami nak masuk... sebelum ni dah 3 buah bas lagi yang dah lepas ke sana...
Wanita tua bertudung putih inilah wanita yang aku cukup hormati dan sayangi, beliaulah yang sudi menerima arwah bapa ku menjadi suaminya selepas seminggu aku bernikah. Beliaulah yang menjaga arwah bapaku yang sakit dan seterusnya meninggal dunia pada 16 Sep 1990 yang lalu. Pagi jam 7.45 lebih aku dah pergi kerumahnya di Jelutong, sampai saja aku lihat kereta proton bendera BN dah menunggu di laman rumahnya, seorang wanita UMNO berada di luar rumah, ku beri salam tiada kedengaran jawapan, aku tak peduli terus memasuki rumah dan ku lihat ibuku ini tengah pakai baju, sempat aku berpesan meminta tolong supaya beliau mengundi PAS, alhamdulillah beliau mengaku, kerana sebelum ni pun beliau mengundi PAS, biarlah wanita UMNo tu tertipu...
Inilah tempat peertama kau pergi bersama Perisik Rakyat, iaitu SEK Kpg Air Putih, tempat yang aku datang pada malamnya.. kampong kelahiran aku sehingga aku membesar sampai dewasa..
Muslimat yang tengah berkacamata suka baca blog Mat Comot.....
Inilah seorang mangkok hayun aku tak kenal.. tukang karut BN dok mencaci hamun penyokong PAS.
Mungkin ini menjadi sejarah buat kampongku, sehingga datangnya jurugambar dai luar negara.
Cuba hangpa teka, pasai apa yang helmet merah tu tak berdoa sama...aku agak dia tak dengak helmet tutup telinga...
Sahabat ni bekas anggota TLDM, hangpa lihat semangat juangnya masih tak luntur.. PW1 yob..
Anak dara sapa lah.. sejuk mata memandang, nak cari balik tak tau dah.. kalau tidak boleh buat menantu.....
Pada pengamatan ku abang ni kurang sihat.. tapi kerana nakkan kemenangan terpaksal datang juga..
Petugas Pondok panas... ni pun boleh jadi calon menantu juga niii
Cina Islam.. terserempak dengan aku snap juga.. rupanya dia ni memang suka posing yob...
Ni pun aku tak kenai, bukan kaum sanak saudara belah aku.. eeii risau aku tengok..
Ketibaan calon kita... semangat yob macam tau-tau dah nak menang..
Darin Seri Sri pun ikut sekali, memberi semangat pada suami.. isteri misthali...
Hangpa kenal sapa dia ni...hangpa jangan ingat ni pun Cina Islam juga.. dia ni Ustas Salehudin Nasir abang kepada Ust Halim Nasir.. dia bagi tau Islam for All, tu yang pakai topi DAP...
Ni Sahabat lamat aku.. dia S/U cawangan, aku AJK.. dia SU PASTI, aku bendahari.. dia ni memang mantap, sekarang dia kat Selangor...
Bila lihat macam ni ketenangan datang kepada ku... aikk bilalah aku nak menantu...
Ini di Sekolah Simpang.. Islam for All.. aku ambik juga gambar hangpa....
Wanita IPF ni sempat aku bisik Makkal Sakti... muncung semacam aja... memang perangai UMNo juga...
Lagi sekali ketenangan datang kepada ku...
Hangpa tengok pemuda PAS ni.. tu baru betoi.. ia dok cuba kenen kat Puteri UMNO.. aku snap pun depa tak sedaq...
Geng ni aku ambik kat Sek Simpang jalan ke Matang ... hangpa tengok budak lepasan SPM saja.. bila aku dengan TP sampai saja dengan motor, Depa sound kat aku pakcik undi BN.. aku sergah balik depa.."Mapoh UMNOOO.." depa punya marah kat aku... depa pekik buang serban tuuu..itu yang aku dengak.. huhhh leganya hati aku dapat kata kat UMNO.. Menyumpah TP perak kat aku...dia takut orang katok dia kat belakang...
Mana nak letak muka melayu UMNO.. orang India lebih ke depan dengan parti islam...YB Wahid Endut mengucapkan terima kasih kepada mereka..
Baby Cina ni aku tak sempat nak adjust lens.. mak dia tak mau bergambar...
Hangpa tengok muka tak tau maluuu.. Kerusi roda Hospital Taiping digunakan oleh wanita BN.. Perkara ni dimaklumkan kepada aku oleh anggotta MAFREL yang berada di sini.. SK Matang.
Allah HU Akbar...sedih ada.. sayu ada.. Ya Allah.. Kau jadilah anak-anak ini sebagai hamba mu yang bertakwa bila mereka dewasa nanti.. berilah mereka kejayaan di dunia dan akhirat...
Aku tak pasti depa ni dari Gerakan atau MCA.. tapi bila aku lalu dihadapan mereka, aku buat simbol tangan jari telunjuk dgn ibu jari bentuk bulat... depa pakat senyum kat aku.. padan muka hangpa UMNO...aku punya agak depa ni mai ambik angpau saja laaa..
Jam 4.oo lebi aku dapat talipon dari seorang sahabat room mate sewaktu kat Mekah dulu, datang dari Peang, ia kata dia ada kat Changkat Iboi.. aku dalam hujan bergegas pi ke Changkat Iboi, aku sampai dia dah keluar ke Changkat Jering, ia tumpang kawannya.. tak dapat nak bertemu... tapi aku ada cerita bab bebudak ni.. mengikut cerita sebelah pagi.. depa pakai baju BN.. bila dah dapat upah.. depa pakat tukar baju, pakai baju hijau, baju PAS.. lepas tu aku dok dengar.. depa dok kata ..Botak bodo.. botak bodo...
Rupanya mangkok ni yang jadi mangsa bebudak tu... kesian kat kat hang.. tapi memang bodo pun.. tu sebab jadi penyokong UMNO...memang bodo...
Pukol 5 aku dah pi ke Markas PAS Air Kuning,, jalan dari Changkat Jering ke Air Kuning penuh kenderaan kiri dan kanan, sampai saja aku tengok blogger Pro Anill Netto dah dok mula buat kerja...dah.. Aku call Banjari ia kat Kemunting, call MSK tanya no h/p Cenangau..rupanya Cenangau pun kat rumah.. nasib aku baik.. Pegawai Khas Nizar Amran sampai.. dia rekomenkan aku kat security supaya boleh masuk ke dalam, seorang budak Cina Andrew dari Mkini dah ada kat dalam.
Apalah yang difikirkan oleh MB kita.. mungkin tugas dan amanah yang perlu dipikul makin bertambah.. YB.. kami sentiasa dibelakang mu.. Insyaallah..jangan risau...
Dato Yuan Ibrahim dengan Speaker apa yang di bincangkan...
Hangpa tengok dua orang blogger PR sanggup dok bersila baguih punya.. nak buat laporan live bagi hangpa baca.. tak tau letih depa ni.. aku waktu dah lepak.. nak snap gambar ni pun dah malas rasanya..
Ni jiran dan kawan baik aku.. hebat dia ni..
Ni pun sama.. songkok putih.. muka macam nak marah aja.. dulu sesama dengan aku service Navy.. dia ni lagi pongoih.. kalau dulu lepas tragedi Memali, silap sikit kira nak parang aja...