boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Dr Maza. Show all posts
Showing posts with label Dr Maza. Show all posts

Thursday, December 12, 2013

Aduhh.. Terima Kasih yang amat-amat pedih...

Alhamdulillah, kerana masih ada lagi alim ulama yang perihatin terhadap masaalah rakyat, tolong berterima kasih kepada kerajaan (tak sebut nama).... 


Saturday, November 23, 2013

Tok Mufti Kedah - Apa lagi... sambutlah cabaran tu...

Sebagai seorang mufti yang berwibawa,, tak sepatutnya bercakap tanpa fakta.... 

Bila dah kena buku dengan ruas baru ada akai....


Thursday, May 30, 2013

Mufti tua pencacai komen, Mufti pencen tolong jawab..

Ilmunya bukan aku nak kondem, tak setara mana pun, tapi bab mengampu memang nombor wahid...nak buat macam mana, dah jenis melayu mengampu....


Monday, May 20, 2013

Pereka fesyen Calvin Thoo memeluk Islam pun secara Racist..

Alhamdulillah, selepas PRU 13, apabila kaum Cina diasak oleh perdana menteri sendiri, "Kaum Cina nak apa?" , maka hari ini satu berita yang agak racist lagi.. 

Apa puak-puak umno nak kata...


Thursday, October 25, 2012

Ini tak adil.... Saya bukan saja hanyut...malah juga jadi bisu..

Salah kita sendiri bila di tegur kenapa tak boleh diterima,, masih nak dipertahankan,, masih nak komen macam dalam cerita 3 Abdul arahan P Ramlee,, Ini tak adil,,,, 


Sunday, December 6, 2009

Pandangan Dr Asri mengenai Kes Doa!

Salam Sejahtera..

"Ungkapan sesetengah tokoh agama bahawa sama sekali tidak boleh doa bala atau keburukan kepada muslim sekalipun zalim adalah kurang teliti dan menafikan nas-nas yang mengizinkan hal ini."

Itulah sebahagian dari hasil kajian tulisan Dr Asri, seorang tokoh agama tanpa berpihak kepada mana-mana, melainkan berdasarkan dalil dan nas sematya-mata...

Baca seterusnya klik DI SINI.

Jadi buat Tan Sri Dato Sri Dr Harussani dan Dato Noh Gadut, lepas ni bolehlah isi borang jadi Ulamak untuk UMNO.... sama-samalah duduk dalam medan politik, itu pun kalau berani dan ada telur...

Wednesday, November 11, 2009

Terjawab Sudah Kepercayaan Ku!.

Salam Sejahtera...

Sebaik saja berita Dr Asri ditahan JAIS minggu lalu, aku ada posting satu n3 DI SINI. Selepas saja n3 itu disiarkan, sahabat baik yang aku cukup hormati hantar SMS kat aku, menasihati diri aku, sebagai seorang sahabat memang beliau selalu memerhati apa yang aku tulis, terima kasih kerana sudi memerhati dan menasihati, memanglah aku kekadang tu menulis terlalu mengikut perasaan.

Semenjak dari itu aku terasa sedikit sebanyak kesalahan apa yang aku tulis..namun petang tadi bila aku terbaca di SINI , SINI, dan SINI.

Memang sebelum waktu aku menulis N3 yang lalu tu, aku dah terbaca dah kenyataan EXCO tersebut di akhbar Harakah, tu yang aku aku tulis tu, tetapi bila hari ini kenyataan yang hampir lebih kurang 2 X 5, 5 X 2, sama juga, seolah-olah.... Ohhh... persepsi nanti... biarlah ... lantak pilah....

Monday, November 9, 2009

Dr Asri Nak Menyertai PAS!!.Niat dah ada..

Salam Sejahtera..

Dari laporan akhbar hari ini, mantan mufti Perlih dah bersedia untuk menyertai politik untuk berdakwah, jika beliau tidak diberi ruang untuk berdakwah.

Nampaknya Dr Asri lebih pandai berpolitik dari orang-orang PAS yang berpolitik... nampak tak.. ia bagi bagi amaran akan masuk politik, bagi aku ini beerti ia tak kan masuk politik la.. sebelum ni pun Johor dari awai-awai lagi dah bagi kebenaran untuknya berceramah tanpa tauliah.

Dengan secara tidak langsung selepas ini Dr Asri akan diberi kebenaran dan kebebasan untuk berdakwah oleh pihak berkuasa untuk mengelak dia joint PAS, apa pun kut mana ada baguihnya, bagi aku lebih baik buat masa dan suasana sekarang ini Dr Asri tak payah masuk PAS lagi, dok kat luar lagi baguih, ambik alih tempat Dr Aziz Bari, tolong perbetul dan monitor apa yang tak betul pimpinan PAS buat, baru depa ada akai...


Thursday, November 5, 2009

Khurafat didahulukan, Tauliah diutamakan

Salam Sejahtera...

Memang menyentuh perasaan aku sebagai anak yang dilahirkan melayu dan Islam, walau bagaimana pun kenalah terimanya, walaupun pahit.... aku Copy dari blog Dr Wahab Arbain..

Di Malaysia, orang Melayu dah berzaman menganut Islam. Pegangan dan amalan Islam sejak sebelum merdeka. Bila dah merdeka, UBN dah setup pentadbiran hal-ehwal agama dengan baik. Termasuk mengadakan sistem tauliah dan penentuan mazhab.

Ahli PAS dan orang UMNO, dalam beberapa aspek, serupa sahaja. Dalam hal-hal mazhab, mereka sama sahaja. Amalam dan pegangan umum, mereka tak berbeza.

Justeru, pada hakikatnya, Malaysia tak perlu orang berpelajaran atau bijak agama (ulama). Sebab, kalau ada pun nak buat apa?

Seorang yang berkelulusan first atau second degree, nak bercakap apa mengenai agama. Walau ada tauliah pun, kalau mengajar amalan yang berbeza dari ajaran tok lebai kampung, dia akan ditangkap dan dituduh membawa ajaran yang berbeza dari amalan orang ramai.

Begitu juga seorang yang bertaraf doktor falsafah, nak bercakap apa mengenai agama. Nak sebut "talqin" itu bid'ah? Bukankah "talqin" itu amalan orang kampung sejak sebelum merdeka lagi? Nak cakap fasal aliran pemikiran lain? Alamatlah dituduh penganut shi'ah atau wahabi. Kalau komplen pasal mazhab, lagilah ditolak. Seolah-olah Rasulullah itu pengikut mazhab.

Kesimpulannya, pegangan dan amalan Islam Melayu dah OK dan sempurna. Tak kiralah kalau penuh dengan bid'ah atau sarat dengan khurafat. Apa yang dipegang dan diamalkan oleh orang kampung jangan ditegur atau dikomplen. Kerana, semuanya syumul dan mantap, sekalipun tak sama dengan amalan Rasulullah.

Bila bab mazhab-mazhab ni aku teringat kembali seorang pendakwah yang cukup popular satu ketika dulu, dari kaum Cina, Ustaz Hussein Yee, dah lama dia tak ada, rupanya kena ban sebab kononya dia pun dituduh fahaman Wahabbi, tetapi itulah,, orang yang berilmu ni, dibuang kemana sekali pun boleh hidup, waktu aku kat Mekah tahun 2007 dulu, bila aku buka sahaja TV Channel Peace TV, selalunya keluar pendakwah dari India Dr Zakir Nair, yang selalu berdebat dengan kaum India dan Kristian di Benua India, tetapi pada suatu hari tu aku terpandang rupa-rupanya Ustaz Hussein Yee yang dok ceramah di Benua India, itulah orang yang berilmu, di Malaysia orang Melayu tolak ilmu yang ada pada beliau, tetapi di tempat lain beliau diterima, moga-moga usaha beliau diberkati Allah S.W.T.

Monday, November 2, 2009

Dr Asri - PM Nafi Kerajaan Pusat Terlibat..

PM persoal motif tahan Dr Asri

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan motif penahanan bekas Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainal Abidin oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Perdana Menteri berkata, ramai penceramah agama yang membuat ceramah tidak ditahan, berbeza dengan kejadian yang berlaku terhadap Dr Asri.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan konvensyen Pasar Tani di sini, hari ini.

Najib berkata penahanan Dr Mohd Asri kerana dilaporkan memberi ceramah tanpa tauliah oleh Jais malam tadi bagaimanapun tidak ada kena mengena dengan Kerajaan Pusat.


Komen : Betui ka..Kerajaan Pusat tak terlibat?.. Jadi bagaimana kehadiran anggota Polis yang begitu ramai sekali, sehingga Polis wanita pun ada juga, nak mai dengar ceramah Dr Asri atau nak mai tangkap.. Apakah Polis Selangor ni terkeluar dari arahan Pusat.... Siapa yang arah Polis tu???... Musa Hasan pasai apa diam, Hishamudiin yang jaga Polis pun diam..juga...

Dr Asri - Kesepakatan (Perpaduan) Akhbar Harakah.

Salam Sejahtera...

Nampaknya Harakah dah mula mengambil langkah awal dalam penyampaian isu tangkapan Dr Asri semalam, apa yang aku dok nampak laporan dari Harakah SINI sama dengan Utusan Malaysia, Bernama, Sinar Harian danBerita Harian, Cuma Berita harian melaporkan jumlah pengikut yang mendengar melebihi dari 100 orang, manakala yang lain-lain termasuk Harakah melaporkan kira-kira 100 orang.

Kalau setakat 100 orang, lebih kuran sama standard dengan surau tempat aku dok pi dengar ceramah ajalah, silap-silap surau tempat aku tu lebih ramai ramai lagi.

Tapi hairan pulak aku, kenapa MStar memberi laporan lebih 300 orang pengikut, baca DI SINI banyak tu... 200 lebih daripada akhbar-akhbar diatas... apakah wartawan Mstar bilang orang sekali dengan bayang-bayang malam tadi kut....OOOooo mungkin Mstar terkira anggota JAIS 35 orang, polis pula 25 orang... tu yang ramai jadi 300 orang......!!?

DR Asri - Apakah cerita sebenar disebalik tangkapannya..

Salam Sejahtera..

Maklumat terkini : Dr. Asri akan didakwa di Mahkamah Syariah Gombak Timur dekat AU jam 9 pagi ini (2 November 2009).

Kalau sebelum ini negeri Darul Ehsan ini hanya melarang tokoh-tokoh agama yang pro pembangkang sahaja, contoh Tuan Guru Nik Aziz sendiri pun di larang memberi ceramah, itu pun di mesjid atau surau... tetapi dibenarkan dipremis persendirian...itu di zaman UMNO dahulu sebelum PRU12 yang lalu.

Tetapi sekarang Darul Ehsan di bawah pemerintahan PR, Malah EXCO Agama dan Istiadat Melayu orang PAS sendiri..

Malam tadi Mantan Mufti Perlis yang berceramah di rumah persendirian Taman Sri Ukay, telah ditahan oleh Jais dengan dibantu Polis dan dan didakwa pada pagi ini...Kenapakah perkara sedemikian boleh berlaku...

Apakah ada kaitan dengan Jawatan Pengarah Yadim yang ditawarkan oleh Bini Rosmah... mungkinkah ada pihak-pihak yang risau akan ketegasan Dr Asri!!

Dengan secara tidak langsung imej Dr Asri akan tercalar, pelawaan untuk menyertai politik mungkin selepas ini akan dipandang serong oleh sesetengah pihak.

Isu tangkapan beliau sedikit sebanayak akan menutup kes krisis PAS Selangor.. selamatlah sikit seseorang tu dari perbualan ramai, dah tukar topik...

Apa pun bagi aku, inilah permainan politik GILA BABI..... disebabkan kepentingan sesuatu atau pun peribadi sesetengah pihak, mengapakan seorang tokoh agama yang dijadikan mangsa!! Nampaknya isu politik orang Melayu dan agama di Malaysia semakin bertambah X-Filesnya!!! Mungkin banyak cerita disebalik kisah tangkapan ini..

Semakin hilang kepercayaan ku kepada EXCO Agama Selangor..... Mohon Sembah Derhaka..

Mampos UMNO..... Ameen.



Sunday, October 4, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO ... ISLAM KAH UMNO?!!!

Salam Sejahtera....

Kalau sebelum ini semasa kempen PRK Permatang Pasir bulan lepas TGNA telah dimomok dan dipertikaikan nasihatnya tentang keislaman UMNO.. iaitu Islam Plastik... Penyokong UMNO tiada harapan nak masuk syurga...

Maka riuh rendahlah satu Malaysia, dari pimpinan UMNO, Mufti dan Pengerusi Majlis Fatwa semua menghentam balik TGNA sehinggalah TGNA mencabar mari bersemuka dengannya.. maka masing-masing yang seblum ini bersuara tunjuk anak jantan terus bertukar 100% jadi pondan yang menjual jubur di jalan Belakang mati.....

Hari ini keluar pula suara hati dari manusia yang bukan orang politik katanya, walaupun sedikit sebanyak pada akhirnya ada sedikit kasihan belas ia pada parti politik yang dinasihatinya itu...., ia mengatakan hanya Islam Tulen sahaja Boleh Menyelamat UMNO... Sila Baca DI SINI. Artikelnya itu juga ada di Mingguan Malaysia hari ini...

Apakah yang dimaksudkan Islam Tulen... Apa yang aku tau yang tulen ini kalau bahasa sekarang ni ORI...tu yang orang sekarang dok sebut... Jadi hanya ISLAM yang tulen diterima Allah... Yang Not ORI sorry...., Jadi pembuat penjengok-penjengok blog aku sebelah sana yang selalu dok komen kat blog aku terutama Anony-anony dan ADF55650 (Jin Mata Satu) berfikirlah... ini bukan Nik Aziz yang kata... Yang kata kali ini orang yang ada autority, ikhlas darinya... ia menasihati UMNO ....

Tetapi adakah UMNO akan menerimanya.. bagi aku sorry... UMNO memang tak dapat nak menerima apa yang disarankan oleh DR Asri itu... hanya pengakuan sahaja yang boleh kita dengar.. pelaksanaan aku fikir tak mungkin... UMNO tak akan dapat menerima dan melaksanakan Islam sepenuhnya... itulah realitinya...

Jadi untuk keselamatan dunia dan akhirat didalam suasana bulan Syawal ini aku menyeru kepada saudara-saudara sebangsa dan seagama dengan ku, marilah kembali kepada Islam yang sebenar.. Ingatlah Islam tulen itu tidak dalam Parti UMNO... Tidak ada dalam Parti UMNO... Itu pasal aku dok sumpah aku supaya cepat jahanam.. kerana UMNOlah yang merosakan saudara-saudara sebangsa dengan aku menjadi rosak akidah...,,,

Masih belum terlambat, masih ada waktu.. marilah sama-sama kita duduk dalam SAF jamaah Islam, sama-sama kita perjuangkan ISLAM agar tertegak dibumi Malaysia.... Allah Hu Akbar...
Mamposs UMNO.... Amen...

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari