boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Mufti. Show all posts
Showing posts with label Mufti. Show all posts

Saturday, November 23, 2013

Tok Mufti Kedah - Apa lagi... sambutlah cabaran tu...

Sebagai seorang mufti yang berwibawa,, tak sepatutnya bercakap tanpa fakta.... 

Bila dah kena buku dengan ruas baru ada akai....


Monday, January 14, 2013

Tahniah Buat Sohibul Samahah Mufti Perak...

Ini baru ada ukhwah sesama alim ulama, kalau ada yang tak betul, tak kena, tak puas hati, perlu penjelasan,, maka masa seperti inilah yang paling sesuai.... 

Wednesday, January 2, 2013

Masih ada lagi mufti di Malaysia yang berani - Siapa ?

Polemik isu amanat TG Haji Hadi masih lagi belum reda,, Umno masih belum nak mengaku kalah walaupun pada hakikatnya mereka dah pun tersungkor...

Harapan atau talian hayat dalam isu ni umno hanya bergantung harap kepada mufti-mufti terutama sekali mufti Perak Al Umnoury...


Sunday, June 17, 2012

Isu Fardhu Haji semasa PRU13 - Fikrah Mufti Wahabi VS Fikrah Mufti Sufi...

Sebelum ini aku dah pernah posting isu yang lebih kurang juga, pada penghujung tahun 2010 yang lalu,,, 

Hangpa kalau rajin nak baca balik boleh klik wahabi-ulama-mana-yang-dok-menentang. 

Rasa-rasanya beginilah situasi yang akan berlanjutan seterus nya, yang mana akan merugikan perjuangan untuk menegakkan agama Allah di muka bumi Malaysia...

Lihatlah bagaimana fikrah yang datang dari golongan sufi ini....





Berbanding dengan golongan yang dilabelkan Wahabi,, paling tidak pun ada sedikit neutralnya dalam hukum agama, tidak memihak kepada mana-mana parti...  


Mungkin ada di antara hangpa akan kata, ini khilaf atau perbezaan pendapat, betui,,, aku tak nafikan,,, tetapi aku nak tanya,,  dimana suara dari mufti-mufti fikrah sufi untuk menegur kesilapan pemerintah..dan dalam isu haji ni yang rugi kita yang dok berjuang dan menunggu masa 5 tahun untuk menjatuhkan UMNO laknatullah ni... 

Rasa-rasanya memang Najib akan mengadakan PRU13 pada musim haji, jika kita perhalusi apa tindakan najib pada waktu ini.... 

Tunggu,, Insyaallah,, aku akan tulis lagi, jika ada ilham dan kekuatan minda yang diberi oleh Allah..... 


Monday, January 23, 2012

Sebagai Muslim boleh kah beriktikad kepada Tahun Naga..

Sebagai Orang Islam yang mengaku Ahli Sunnah Waljamaah, percaya kepada Allah adalah 1 drp 6 Rukun Iman,,, Bila dah percaya dan yakin kepada Allah, maka tanpa ada sedikit syak atau sedikit ragu pun, hanya pada DIA kita memohon atau mengharapkan pertolongan dari....

Tetapi kenyataan di bawah ni lain rasanya... entahlah kut aku ni silap faham,, tak faham bahasa.....




Aku tak boleh nak komen dengan apa yang tertera di atas,,, sebab utama aku tak ada tauliah...kah kah kah......... Mufti sahaja sahaja yaang boleh.....


..

Tuesday, June 21, 2011

Ostad Kazim - Bakal Mufti Perak...

Salam Sejahtera,

Berita baik buat rakyat negeri Perak Darul Ridzuan..

Sumber dari anakmathijau.


Sahabat aku Cenangau Daun Kari tentu gumbira.....,

Thursday, May 5, 2011

Apa Cerita Ni !!! Mufti Perlis..Kesian..kena lagi....

Salam Sejahtera,

Kesian Mufti Perlis......sebelum ini kenyataannya di sanggah oleh Dr Asri,,, tak sempat nak ambik nafas kena lagi..., nampaknya Dr Juanda ni kena belajar balik sejarah politik UMNO, sepak terajang UMNO dengan parti PAS, bagaimana UMNO memperkudakan PAS.

Terima kasih Dr Aziz,,, tolong ajar Dr Juanda,, bagi dia faham sikit antara politik Semenanjung dengan politik Sarawak......

Aziz Bari: Mufti Perlis naif, jahil sejarah politik
Abdul Rahim Sabri
Mei 5, 11
12:19pm

Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Dr Abdul Aziz Bari hari ini membidas Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berhubung kenyataannya yang menyifatkan pihak yang menentang penyatuan antara Umno dan PAS sebagai pengkhianat Islam.

NONEAbdul Aziz beranggapan kenyataan tokoh agama itu sebagai "naif dan menandakan kejahilannya dalam sejarah politikMalaysia" khususnya berhubung kerjasama kedua-dua parti itu pada awal 1970-an sehingga melahirkan BN pada 1974.

"PAS ditendang oleh Umno pada 1977 dan Kelantan dirampas melalui darurat. Kerjasama atau gabungan Umno-PAS merugikan umat Islam.

"Ia melemahkan mekanisme semak dan imbang serta persaingan sihat demi kepentingan orangMelayu dan Islam.

"Melemahkan mekanisme itu, baik dalam parti-parti yang ada yakni Umno, PAS atau PKR akan merugikan umat Islam," katanya.

Abdul Aziz yang juga seorang pengamat politik berkata ketiadaan semak dan imbang menyebabkan pelaksanaan Islam dan kebajikan Melayu terbantut.

"Ia menyebabkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa merebak," kata Abdul Aziz dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

NONEBeliau mengulas kenyataan Dr Juanda yang dilaporkan dalam Utusan Malaysiasemalam yang menyifatkan pihak yang menentang penyatuan kedua-dua parti itu sebagai pengkhianat Islam dan boleh dianggap pendukung fikrah Khawarij yang amat bencikan kesatuan.

Menurut mufti Perlis itu, penyatuan kedua-dua parti berkenaan sebenarnya wajib, khususnya untuk kekuatan Islam. Malah al-Quran sendiri melalui ayat 13 surah Asy-Syura memerintahkan supaya umat Islam bersatu padu dan Islam perlu ditegakkan.

Bagaimanapun tokoh agama muda itu menjelaskangesaan penyatuan Umno dan PAS yang diutarakannya semalam bukanlah bermaksud kedua-duanya perlu bergabung sebagai satu parti.

Sebaliknya penyatuan tersebut dalam erti kata bekerjasama dalam urusan kepentingan Islam dan negara.

"Duduk semeja, kurang maki (sesama lain), kurang politiking, tumpu pada kepentingan rakyat dan negara. Penyatuan tak semestinya (melalui) satu parti," katanya.

islam hadari pas and umno 051004Mengulas lanjut, Abdul Aziz turut menyifatkan "satu jenayah" bagi menggagalkan pembentukan sistem dua parti yang kini sedang berjalan.

Dakwanya, Umno dan beberapa tokoh tertentu dalam PAS, tidak selesa dengan pembentukan sistem dua parti yang akan menyemarakkan wacana politik yang berasaskan dasar dan program, bukan agenda ras, politik skandal yang didakwanya cuba dibawa oleh Umno sekarang.

Sehubungan itu beliau meminta Juanda mempelajari sistem politik yang ada sebelum membuat sebarang kenyataan.




,

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari