boikot
Segarkan ingatan anda...
Wednesday, July 11, 2012
Saifudin Abdullah & Chua Soi Sex penutup mewakili debat Umno BN.
Sunday, August 8, 2010
Apa Kata UMNO??!! Mufti Yang Tak Rasa Jemu atau Tak Rasa Malu..
Tuesday, July 27, 2010
Bukti UMNO memang tolak Islam..
Sunday, July 25, 2010
Awas Pimpinan PAS, Jangan jadi Sayfol Kedua..
Khas Buat Tatapan Tan Sri Dato Dr Harussani Mufti Negeri Perak Draul Ridzuan
Saturday, July 24, 2010
ADA UDANG DISEBALIK MEE
TAK FAHAM BAHASA KE ?
Dia kata nak mendamaikan sesama islam yang bergaduh. Siapa yang bergaduh ? Orang Melayu dengan orang Melayu ? Tidak ! PAS dengan UMNO? pun tidak!
Tuan Mufti ni mabuk ke? meghoyankan ? gatal punggung ke? Beliau ni Melayu ke! atau keturunan Arab yang tak gheti bahasa Malayu ? Habis tu mengapa tak faham -faham? Masih beria-ia sangat, macam hidung tak mancong pipi tersorong-sorong. Atau ada udang disebalik mee !
Sudah lebih 50 tahun PAS dan UMNO dilahirkan, umur pun hampir sebaya. Sejak dulu hinggga sekarang mana pernah mereka berperang atau bergaduh! Jangan le Tuan Mufti nak memandai-mandai atau membuat fitnah.
Perjuangan PAS UMNO dalam arena politik adalah perkara biasa. Perkara lumrah. Ia sah dan halal. Mereka perjuangkan parti atau dasar parti masing-masing. Di parleman mereka bertekak tapi diluar mereka tidak bermusuh! Di parleman mereka bertegang leher, tapi diluar mereka tidak bermasam muka. Jadi, apa ada masaalahnya dengan tuan Mufti?. Atau tuan Mufti sengaja nak mencari masaalah? Atau mencari anugerah?
UMNO sah parti sekular, hanya mahu separuh islam separuh tidak .Dasyat lagi..agama lain, politik lain, Agama dan politik tak boleh bersatu, tak ada kait mengait.
Pas sejak dulu hingga sekarang, sebagai sebuah parti Islam yang mahu perjuangkan dasar islam sepenuhnya. Apakah tuan Mufti sendiri tidak mahu kepada Islam ?, atau sekular itu lebih baik dari Islam?...... hairan lagi ajaib.
Nasihat saya kepada tuan Mufti,,, beginilah .... Kumpulkan pemimpin-pemimpin UMNO dan menteri-menteri UMNO untuk dua tiga hari,.. atau seminggu, atau sebulan. Tarbiahkan mereka, didik mereka, ajar mereka tentang hukum islam, dasar islam. Sedarkan mereka tentang pahala dan syurga , dosa dan neraka serta hari pembalasan. Jangan sekali –kali menderhakai perintah Allah.
Bila semua dah faham dan boleh mengkhayatinya ... pakat-pakat lah sesama sendiri untuk mengubah dasar UMNO kepada dasar yang lebih baik iaitu Islam.
Kemudian baru lah mempelawa PAS atau PAS pelawa UMNO untuk bincang tentang perpaduan...insyaAllah.
Penulis : rahimothman - 7/2010
Wednesday, July 21, 2010
Kancil Dengan Gajah
Kemudian Jamil Khir turut sebuk.. Antara kata-katanya menyeru Pas kembalilah kepada Al Quran. Yang tak mahu kepada Quran siapa ? Bukankah Umno?
Wahai ketua Pemuda Pas ! Janganlah kamu membenarkan kata-kata Mahathir – MELAYU MUDAH LUPA. Terlalu banyak dosa yang telah dilakukan oleh UMNO kepada Pas dan Melayu khususnya. Janganlah begitu mudah melupa dan memaafkannya.
Penulis : rahimothman
Siapa dia ni nak arah disegerakan...
Tak tau nak kata apa dah...
Thursday, July 15, 2010
Baik Ada Makna!!
Tuesday, July 13, 2010
Tolonglah...Jangan Pedulikan Pelawaan Mereka..
Sunday, July 11, 2010
Parti Ajaran Sesat - Nak lagi Kerjasama!!
Wednesday, March 10, 2010
Bunga-bunga Agenda Kerajaan Perpaduan Mekar Kembali..
Tuesday, March 2, 2010
Syurga dan Neraka..
"Alhamduliliah...! Ketua Puteri Neraka Dari Ampang Telah Kembali Ke Neraka Buat Selama-lamanya !"
Bukan kah ini generasi Islam yg komer nak zahirkan selama ini??
Puas hati komer sekarang? Buat lagi pitenah,maki hamun kutok kiri kutok kanan! Islam jenis apa la kamu ni? Insaflah wahai saudara ku.Bertobat la sementara nafas masih ada.
Semoga Alllah swt mengampunkan dosa2 Alahyarhamah tersebut dan memncucuri rahmat keatas rohnya.Amin.
Sama-samalah kita berfikir dan bermuhasabah diri.. layakkah kita nak masuk ke syurga Allah, tak cukup kalau takat Selawat Kepada Nabi dan berarak pada hari Maulid....
Tuesday, February 23, 2010
Habitat UMNO, Buat dulu, kemudian baru rujuk..
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
PETALING JAYA: Pakatan Rakyat (PR)menyifatkan perlaksanaan hukuman sebat terhadap tiga wanita Islam baru-baru ini sebagai tindakan yang memalukan umat Islam secara keseluruhannya.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa, proses perlaksanaan hukuman berkenaan tidak mengikut undang-undang syariah yang sebenar.
"Apa yang berlaku memalukan umat Islam kerana proses perjalanannya tidak mengikut syariah Islam.
"Mahkamah Syariah masih lagi dibelenggu oleh peraturan yang tidak membebaskan mereka melaksanakan undang-undang syariah yang sebenar," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di sini, semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai pendirian Pakatan Rakyat berhubung isu hukuman sebat ke atas tiga wanita di Penjara Kajang, Selangor pada 9 Februari lalu.
Ketiga-tiga wanita berusia antara 18 hingga 20-an itu menjalani hukuman sebat mengikut undang-undang syariah atas kesalahan melakukan persetubuhan luar nikah dengan disaksikan 13 orang, termasuk Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) serta pegawai dari Bahagian Syariah Jabatan Peguam Negara, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Dalam Negeri.
Mengulas lanjut Abdul Hadi berkata, proses kehakiman perlu menjadi perkara asas dalam menentukan sesuatu hukuman.
"Bila kita bincang mengenai hukuman sebat, yang peting ialah proses kehakiman, bagaimana pengakuan dibuat.
"Adakah ia dibuat dengan rela, bagaimana mereka melakukan kesalahan itu, adakah kerana kejahilannya... banyak aspek yang perlu diambil kira," katanya.
Selain itu, Abdul Hadi turut mendakwa Barisan Nasional (BN) sengaja menjadikan isu hukuman sebat syariah berkenaan sebagai agenda politik murahan bagi meraih sokongan pengundi terutamanya masyarakat Islam.
"Saya melihat tindakan itu lebih bersifat politik murahan BN untuk mempengaruhi pengundi-pengundi Islam," katanya.
Pada sidang media yang sama, Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan bahawa gabungan pakatan berkenaan menghalang ahli dan pimpinannya mengkritik kepimpinan parti.
Menurutnya, semua ahli diberi ruang yang luas untuk menyuarakan pandangan mereka berhubung pelbagai isu.
"Mereka boleh komen tentang mana-mana pemimpin, kalau nak kata mereka tak diberi ruang itu tak benar," katanya.
Ditanya sama ada beliau berpendirian bahawa Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin dan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan secara terbuka, beliau berkata: "Bukan soal patut atau tidak, ada ruang dalam parti yang boleh mereka suarakan.
"Saya tak pernah sebut tak boleh, tapi biar munasabah, kalau panggil rakan kita komunis...itu luar daripada batas tatasusila dan adab."
Zulkifli dan Tan masing-masing dirujuk kepada Lembaga Disiplin PKR kerana mengkritik keras kepimpinan Pakatan Rakyat.
Komen: UMNO nak buat hukum Islam !! Teringat kata-kata Tuan Guru Assyahid Ibrahim Libya, Kalau nak UMNO buat hukum Islam, umpama orang kudung kedua belah tapak tangan, nak tang tangkap ikan keli.., boleh ka..