boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Thursday, September 30, 2010

PERKASA - Teruskan perjuangan mu itu...

Heeeiii, Nasib baik ada PERKASA dok pertahan dan mempertahankan gerombolan melayu....


Teruskanlah,,,, terus sehingga PRK DUN Galas...., lagi cantik terus PERKASAan mu sampai PRU13....

Kisah sebenar DI SINI

Apa Kata UMNO ?!! Utusan Malaysia lebih mulai dari Al-Quran!! Astagfirullah hil azim..

Inilah habuan untuk mereka golongan gerombolan Melayu, semakin hari semakin sesat perjuangan mereka....


Baca penuh di DI SINI.

Apa nak dikatakan, semakin hari UMNO nak menemui ajalnya, semakin bertambah mereka membuat kerja-kerja bidaah terhadap Islam, Al-Quran kalam Allah mereka ketepikan, Utusan pula yang diwajibkan... Masyaallah...

Nasib Golongan Miskin, Mudah berpenyakit, halal haram belum tentu...

Salam sejahtera...

Mungkin kita yang berpendapatan sederhana, mungkin tidak terlibat, namun aku sendiri sewaktu mula-mula kahwin dulu, pun sama juga, pi beli minyak masak kat pasar malam, pakai tong punya, memang murah,, rupanya bila dapat tau, minyak tu, minyak second hand, semenjak itu aku tak beli lagi, aku terus beli minyak yang packing botol, tak kira apa brand, janji goreng pon sodap....



Aku ingat kes ni dah selesai dah, rupanya semakin bertambah haru biru lagi,, di Melaka dan Negeri Sembilan heboh lagi bab minyak masak ni... Kesucian minyak_dipertikai.

Apa pun jangan ingat kita tak kena, sebab kita dok makan minyak beli kat supermarket botol punya, cap pisau, vee sawit dan sebagai nya, 100% kita makan kat rumah?!!!..., bini masak,..bibik yang masak,.....
Apa cerita yang dok makan kat warung, kat kantin, kedai mamak zambry 786, beli nasi bungkus...., yang jenis bawa mangkok tingkat (Sia) semua tu apa cerita, orang meniaga nak untung, makanan dijual nak kena murah, jual mahal orang tak beli nanti, nak tak nak, guna bahan-bahan masakan yang murah, yang penting sodap, besok orang mai beli lagi, halal haram belum tentu tau...






Nasib Sebuah Masjid di negeri jajahan UMNO Totok..

Salam Sejahtera....

Sebelum ni aku ada menulis pada hari kedua yang lalu, mengenai kisah sebuah masjid di Kampong Bendahara Johor Bahru, di SINI. Aku ingat kut di masjid Kampong Bendahara sahaja, rupanya tidak, kerana pagi Isnin 13 Sep 2010 sebelum aku balik semula ke Manjung, abang ipar aku ajak aku berjemaah Subuh di Masjid Jamek (tak ingat nama) Bandar Kota Tinggi, tau berapa banyak standard Masjid Daerah, satu saf lebih sikit sahaja,,, tu pun aku rasa ramai orang luar yang tumpang sembahyang subuh bersama.....,

Tetapi yang syoknya sembahyang subuh di majid Jamek Kota Tinggi, ada satu keunikanya, selalunya kalau aku dok sembahyang di majid-masjid di Johor hanya sembahyang fardu Jumaat ketika doa khutbah dan doa selepas sembahyang sahaja tok imam membacakan doa buat sultan, isterinyanya, adik-adik sultan, putera mahkota dan anak-anaknya, habis semua disebut dalam doanya.... tapi di Masjid Kota Tinggi, doa selepas sembahyang subuh pun doa untuk sultandan kaum kerabatnya didoakan sekali...

Apakah doa rakyat jelata seluruh negeri Johor sudah dimakbulkan Allah S.W.T.., wallahhuaklam, tetapi kalau difikirkan kenapa masih ada lagi laporan masaalah Masjid suram.

Wednesday, September 29, 2010

Berkekalan kah Hukuman Mahkamah Tinggi KL terhadap M Saravanan..

Gambar sebelah ni tentu masih dalam ingatan kita lagi, bila heboh Timbalan Menteri Kabinet yang dituduh oleh seorang individu dari PKR kononnya menjalankan bisnes membekalkan pelacur di ibu kota...

Walau apa pun disebabkan jawatan Timbalan Menteri Kabinet, kalau betul sekali pun laporan tersebut, aku fikir kau orang sudah tentu tahu apa jawapannya dari pihak polis dan pejabat peguam negara....

Namun hari ini si Timbalan menteri ni dapat lagi satu bala yang menimpa dirinya.... Timbalan Menteri diarah membayar RM 1.6 juta . Ha ambik kau... boleh bayar ka !!! Aku nak tengok mahkamah Rayuan dan mahkamag persekutuan, nak berpihak belah mana..... Kalau diteruskan hukuman tersebut, tentu Timbalan Menteri ni akan muflis, mana nak kerobek duit banyak tu......, bila muflis kena ada PRK Kawasan Tapah....., pulak dah...., kalau mahkamah benarkan rayuan menepi saman tersebut,,, comform mahkamah kanggarooo....

Satu demi satu bala menimpa pemerintahan 1Malaysia.... Moga-moga ada penyudahannya... Pakatan Rakyat mengambil alih Malaysia...

Betulkah Pegawaai Kanan Polis ini tidak bersalah...

Satu tuduhan kesalahan yang paling bangsat buat pasukan polis yang menjaga keamanan manusia... harapkan pagar pagar makan padi, dengan kuasa yang ada, pangkat yang tinggi, adalah lebih baik kau pergi kerabat betina-betina jalang, kenapa gadis OKU menjadi nafsu serakah kau....


Namun di atas kebijaksanaan dan pandai belit peguam, kesalahan tersebut terlepas dan diistiharkan tidak bersalah, kalau benar tidak bersalah tidak mengapa, tetapi jikalau mahkamah membuat keputusan diatas bijaknya peguam membelit, insyaallah, hukuman Allah yang maha adil tidak dapat tidak akan bertemu.....

Hebat, mantap...muda-muda dah dapat gelaran...

Kesian juga aku kat ustaz-ustaz muda yang banyak ilmu ni, dengan ilmu agama yang mereka ada miliki dan berkeupayaan menulis DI SINI , dapat aku rasakan bakat yang ada padanya telah disalah letak tempatnya...

Didalam awal penulisannya, cukup baik, seolah-seolah tidak memihak kepada sesiapa, menunjukkan siapa yang benar, namun diakhir-akhir perenggan ayat penulisannya menampakkan sesuatu ehem,.. ehem..biasalah dah jadi ahli, kenalah........


Jadi bila nak gatai nak masuk ke dalan tolong taik dan cuba nak membersihkan dari dalam, maka sedikit sebanyak bau melantong taik tersebut telah melekat kepada empunya tuan... maka dapatlah gelaran BALACI UMNO dengan percuma, terima ajalah ya,,, dah gatai sangat.... sekarang garulah puas-puas....

PRK DUN Galas - Berita yang kurang menyenangkan PAS..

Pagi tadi aku terbacau dari blog cenangau., Kemudian terbaca lagi dari cipantapirtenuk., Masing-masing mereka nak jadi macam Pak Habib peramal politik negara, apa pun meraka ada hujah tersendiri..sedikit sebanyak secara peribadi aku menyetujui pandangan dua sahabat tersebut...

Namun apa kah ini secara kebetulan atau tidak, aku sendiri tak pasti, tetapi berita yang terkini DI SINI keluar seolah-olah memberikan satu lagi bola tanggung untuk UMNO nak membelasah PAS dalam nak menghadapi PRK DUN Galas nanti, inilah padahnya, seorang dua yang membuat tahi, satu parti yang kena nak mempertahankannya....

Nampaknya PAS Kelantan memerlukan beberapa keajaibpan bagi nak memenangi hati pengundi DUN Galas untuk mempertahankan majoriti 600+ itu.

Walau pun jika sesuatu yang tidak kita inginkan berlaku tidak menjejaskan kerajaan negeri, namun kecemerlangan PRU12 mesti dipertahankan. Masa masih ada lagi walaupun gendang PRK masih belum diumumkan, persediaan dan tumpuan terhadap musuh parti iaitu UMNO hendaklah dimulakan dari sekarang...

Lawan tetap lawan..

Dosa Kering?!...


Pepagi begini yang penuh keheningan cuaca sinar mentari pagi tetiba aku terbaca satu berita terkini mengenai kisah yang difatwakan oleh Timbalan Presiden gerombolan melayu bangsat iaitu Almalikul Mat Sembab ULUL AMRI lV .

Fatwa baru yang dikeluarkan ialah DOSA KERING.... Hebat puak-puak melayu bangsat ni, ada dosa kering, kalau dah ada yang kering tentu ada yang basah, tak gitu....

Tuesday, September 28, 2010

Musuh Ketat Dr Asri Bakal Calon BN DUN Galas?!!..

Dalam dunia politik melayu bangsat macam-macam boleh berlaku, .....

image

Tentu kau orang kenal siapa mamat ni kan,,, belum selrsai lagi saman-menyaman di mahkamah antara mamat ni dengan Dr Asri, dia dok tuduh Dr Asri Wahabi dan macam-macam lagi, mungkinkah dia bakal dicalonkan menjadi calon BN, sebab mamat ni anak tempatan Gua Musang...

Kisah selanjutnya boleh baca di guanomanikurai.

Gambar bukti RAKYAT DIUTAMAKAN...

Inilah bukti yang menyatakan rakyat di utamakan.....


Eeeeihhh, sorry la brother.. silap aku rupanya,, aku sangkakan huruf R tu untuk rakyat... silap pandang rupanya.... sorry ya... Minta Ampun 1Malaysia....

Penangan Kedua Buat UMNO dari Dr Asri...

Tak cukup dengan kenyataan pertama Dr Asri mengenai isu wang ehsan kerjaan Pulau Pinang dari hasil judi, kini keluar kenyataan kedua Dr Asri buat UMNO... Ambik ko UMNO...

Sepatutnya derma senyap-senyap, kata Dr Asri
Sep 28, 10 4:02pm
Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyeru Umno supaya tidak menakut-nakutkan warga Pulau Pinang dengan dakwaan kerajaan negeri menipu berhubung sumber kewangannya bagi membiayai program membantu golongan miskin termasuk untuk masyarakat Islam.

"Sudahlah mereka miskin, kita persalahkan mereka. Saya nak sebut kepada rayat Pulau Pinang tak payah susah hati. (Umno) janganlah nak takutkan orang kampung, jangan kata doa tak makbul atau (fikiran) sudah benak sebab makan dari sumber haram.

"Sekiranya semua transaksi bantuan dipersoalkan sumbernya, tidak ada lagi wang yang bukan daripada sumber haram. Setiap duit yang kita terima itu tentulah pernah digunakan untuk kegiatan lain.

"Apa yang jadi pertikaian bukanlah duit contohnya RM50 daripada hasil judi itu, tapi nilainya. Apabila diterima, nilainya adalah sumbangan daripada hasil judi, tapi bila ia disalurkan kepada orang miskin, nilainya adalah bantuan," katanya.

Sebaliknya, Dr Mohd Asri berkata, perkara yang perlu dipertikaikan dalam isu pemberian bantuan orang miskin daripada hasil judi ialah promosi kepada syarikat judi
yang menghulurkan sumbangan kepada kerajaan.

Katanya, keadaan itu boleh dilihat melalui liputan melalui media yang memperbesar-besarkan sumbangan yang diberikan oleh syarikat judi kepada kerajaan.

Cukai satu hukuman

"Kita tanggung dosa bila biarkan aktiviti judi atau lakukan tindakan seakan-akan memuliakan judi, sedangkan aktiviti seperti itu sepatutnya direndah-rendahkan.

"Promosi seperti itu juga seperti memberi galakan kepada perjudian. Saya pernah tengok (laporan) di majlis penyampaian sumbangan, ada ahli
politik yang naik ke pentas terima cek besar daripada syarikat judi ini.

"Sepatutnya sumbangan ini diberikan senyap-senyap, tidak mengapa," katanya ketika dihubungi
Malaysiakini hari ini.

Tambahnya, cukai yang dikutip daripada syarikat judi sebagai hasil kerajaan juga tidak semestinya menerima nilai judi itu sendiri.

"Sedikit sebayak, cukai yang dikenakan ke atas syarikat itu juga adalah satu bentuk hukuman kepada mereka," katanya lagi.

Dr Mohd Asri juga berkata para ulama pula kini masih berbeza pandangan sama ada hasil daripada riba yang diperolehi kerajaan adalah halal atau haram.

"Setahu saya tidak ada. Pada masa saya (jadi mufti) tidak pernah ada mesyuarat (Majlis Fatwa Kebangsaan) untuk putuskan perkara ini," katanya lagi ketika ditanya.

Nabi terima hadiah Yahudi

Tambahnya, pandangan seperti yang dikemukakan ulama terkenal antarabangsa Dr Yusuf al-Qardhawi pula menyebut, hasil daripada riba seperti perjudian itu boleh digunakan untuk membantu orang miskin memandangkan nilai yang diberikan itu atas nama sumbangan.

"Bukannya ia diberikan atas nama hasil judi. Contohnya ada kawan hendak belanja kita kerana dia menang judi, tidak boleh kerana itu meraikan judi.

"Tapi kalau orang bukan Islam sekalipun belanja kita makan dan beri kita ang pau, tidak mengapa kerana dia hendak belanja," tambahnya.

Katanya lagi, Nabi Muhammad sendiri pernah menerima hadiah daripada orang Yahudi dan juga daripada pemerintah Rom.

"Buktinya, memang tidak salah jika hendak mengambil apa yang hak kita. Nabi mengambil hadiah daripada orang Yahudi walaupun nabi tahu orang Yahudi menjalankan kegiatan (ekonomi) riba dan pemerintah Rom terlibat dengan kezaliman," katanya.

Jelasnya, baginda tidak menerima nilai riba atau kezaliman tersebut tetapi nilai sumbangan berkenaan.

Apa Kata UMNO ?!! Kesan Perjanjian Tanah KTM Di Singapura

Aku terbaca dari blog Datuk A Kadir Jasin bekas wartawan tersohor NST, banyak perkara-perkara kesilapan besar yang dilakukan oleh Najib yang diperkatakan oleh DAKJ.... Aku salin balik untuk pembaca...


PADA 20 September lalu, Malaysia dan Singapura menandatangani perjanjian pertukaran tanah membabitkan tanah Keretapi Tanah Melayu Bhd’s di republik itu.

Ia dimeterai oleh Perdana Menteri Malaysia, Mohd Najib Abdul Razak dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, di kota singa.

Kedua-dua pemuka menguar-uarkan (bukan war-war) perjanjian itu sebagai kejayaan besar dan pembaikan ke atas “
Point of Agreement(POA)” yang menjadi asas rundingan antara dua negara.

Saya tidak mahu berselisih faham, menyangkal atau menyangkal laporan dan ulasan media massa yang menghebahkan perjanjian itu sebagai “
win-win” (menang-menang).

Saya sekadar ingin berkongsi maklumat dan interpretasi peribadi saya untuk kita dalami, fahami dan bahaskan. Berikut adalah antara inti pati, ciri dan implikasi perjanjian berkenaan:-

1. Dulu tanah KTM di Singapura adalah milik penuh dan mutlak Malaysia, walaupun kegunaannya terhad kepada operasi kereta api dan kekal hak Malaysia selagi operasi kereta api berjalan;

2. Sekarang tiga keping tanah KTM telah ditukarkan dengan sembilan keping tanah lain dan operasi kereta api akhirnya akan ditamatkan;

3. Menurut kenyataan bersama Mohd Najib-Lee Hsien Loong yang saya baca dari laman web kerajaan Singapura, bidang-bidang tanah gantian serta deskripsinya adalah seperti berikut:-

(A) Empat bidang tanah di Marina South dikenali sebagai TS30-361T, TS30-362A, TS30-363K dan TS30-364N serta dua bidang di Ophir-Rochor dicamkan sebagai TS13-1115N dan TS13- 1116X sebagai ganti kepada tiga keping tanah KTM di bawah Point of Agreement (POA) di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands serta tiga keping tanah di Bukit Timah yang dikenali sebagai Lot 76-2 Mk 16, Lot 249pt Mk 4 dan Lot 32-10 Mk 16);

(B) Empat keping tanah di Marina South itu terletak di tengah-tengah gugusan (cluster) kewangan dan perniagaan bagi Marina Bay manakala dua di Ophir-Rochor terletak di kawasan bersejarah Kampong Glam (Kampong Glam Historic District) yang berupa koridor baru pembangunan yang sedang dimajukan sebagai sambungan kepada Daerah Perdagangan Pusat (
Central Business District); dan

(C) (Sembilan) Keping tanah di Marina South dan Ophir-Rochor (itu) akan diamanahkan kepada M-S Pte Ltd untuk dibangunkan secara usaha sama apabila Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengosongkan Stesen Tanjong Pagar. Stesen KTMB akan dipindahkan dari Tanjong Pagar ke tempat pemeriksaan kereta api Woodlands (“WTCP”) menjelang 1 Julai 2011 bilamana Malaysia akan memindahkan kemudahan kastam, imigresen dan kuarantinnya (“CIQ”) di WTCP.

4. Tanah gantian itu akan dimajukan oleh syarikat usaha sama Malaysia-Singapura M-S Private Limited yang dimiliki 60 peratus oleh syarikat pelaburan milik kerajaan Malaysia, Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan firma pelaburan kerajaan Singapura, Temasek Holdings.

5. Kalau dulu tanah KTMB dimiliki penuh dan mutlak Malaysia, kini tanah gantian kepada tanah KTMB itu dikongsi dengan Singapura melalui M-L Pte Ltd di mana Temasek memegang 40 peratus saham. Dalam bahasa yang mudah, Singapura dapat “percuma” 40 peratus daripada aset gantian itu.

6. Walaupun isu tanah KTMB ini dikatakan selesai, tetapi isu-isu tertangguh yang lain seperti pembekuan simpanan rakyat Malaysia dalam CPF, Perjanjian Bekalan Air serta penentangan Singapura terhadap projek Jabatan Bengkok masih berterusan.

7. Malaysia dan Singapura gagal bersetuju mengenai cukai pembangunan (
development charges) yang dikenakan oleh kerajaan Singapura ke atas tanah gantian itu sehingga memaksa perbalahan itu dirujukkan kepada Mahkamah Timbang Tara Tetap (Permanent Court of Arbitration – PCA) di The Hague, Balanda.

8. Kenyataan bersama Mohd Najib-Hsien Loong mengenai hal itu berbunyi: “
Both countries have different views relating to the development charges payable on the three parcels of POA land in Tanjong Pagar, Kranji and Woodlands. Both Leaders have agreed to settle this issue amicably through arbitration under the auspices of the Permanent Court of Arbitration. They have further agreed to accept the arbitration award as final and binding.”

[Kedua-dua negara mempunyai pandangan yang berbeza mengenai cukai pembangunan ke atas tiga keping tanah POA di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands. Kedua-dua pemimpin bersetuju menyelesaikan isu ini secara aman melalui timbang tara di bawah naungan Mahkamah Timbang Tara Tetap. Mereka seterusnya bersetuju menerima keputusan timbang tara itu sebagai muktamad dan terikat.]

9. Sengaja diingatkan yang kali terakhir Malaysia dan Singapura membawa perbezaan mereka ke muka pengadilan antarabangsa, ia berakhir dengan Malaysia kehilangan pemilikan ke atas Pulau Batu Putih (Pedra Branca) kepada Singapura.

10. Melalui kolum “
Other Thots” dalam majalah Malaysian Businesskeluaran 16-31 Julai lalu, saya telah memberi amaran kepada perunding Malaysia agar berhati-hati mengenai kemungkinan pemerintah Singapure mengenakan cukai pembangunan atau premium tanah yang melangit.

Saya memetik sumber-sumber yang arif mengenai POA sebagai berkata kerajaan Singapura mungkin mengenakan cukai pembangunan sekitar S$1.5 bilion (kira-kira RM3.05 bilion) selain premium tanah. Saya tidak tahu sama ada premium dikenakan atau tidak.

Tetapi sumber-sumber yang sama kini mengatakan cukai pembangunan mungkin mencecah S$2 bilion (RM4.6 bilion).

11. Andainya anggaran ini tepat dan keputusan PCA memihak kepada Singapura, maka Khazanah terpaksa menyeluk poket untuk mengeluarkan S$1.2 bilion (RM2.76 bilion) dan jumlah ini akan mengalir dari Malaysia ke Singapura.

12. Temasek perlu membayar S$800 juta tetapi tidak ada pengaliran keluar modal. Ia sekadar pemindahan dana dari poket Temasek ka poket perbendaharaan Singapura.

13. Seperkara lagi yang perlu penjelasan ialah taraf pemilikan tanah gantian itu -- adakah ia pegangan kekal atau pajakan 99 tahun? Tanah KTMB di Singapura adalah pegangan tetap selagi operasi kereta api berjalan.

14. Kalau saya faham kenyataan Mohd Najib dan Pengarah Urusan Khazanah, Azman Mokhtar, projek itu tetap dilaksanakan tidak kira kita kalah atau menanang dalam timbang tara oleh PCA. Malah kata mereka, projek ini akan dimulakan tanpa menunggu keputusan PCA. Jadi timbang tara oleh PCA adalah “akademik” atau sekadar melepas batuk di tangga.

15. Dalam konteks ini kita wajib meletakkan sepenuh tanggungjawab kepada Mohd Najib dan Azman. Azman memberi jaminan bahawa projek ini “masih berdaya maju dan menguntungkan” walaupun cukai pembangunannya tinggi.

16. Kita tidak mahu Mohd Najib mengisytiharkan perjanjian ini sebagai menang-menang dan dia berjaya di mana Perdana Menteri-Perdana Menteri yang lalu gagal, tetapi akhirnya yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.

17. Akhir sekali kita tidak mahu pelaburan Khazanah di Singapura menjadi seperti pelaburan Sime Darby di Qatar yang menghasilkan kerugian hampir RM1 bilion.

18. Berhati-hatilah, Singapura bukan sebarang jiran. Fahamilah istilah “kiasu” dan impaknya kepada “
psyche” (cara berfikir) negara Singapura.


Banyak komen-komen yang telah membuka minda kita dari tulisan DAKJ... Klik kadirjasin.

Pas dan Perlembagaan

Oleh - Abdul Aziz Bari

Hujung Ramadan yang lalu saya diminta melancarkan dua buku karangan Ahli Jawatankuasa Agung Pas dan Ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusuf Rawa. Pada mulanya saya berasa hairan mengapa anak bekas Presiden Pas Datuk Yusuf Rawa itu memilih saya. Apa pun, dalam ucapan dan perbualannya dengan saya selepas itu Mujahid, yang juga Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional Pas yang menjadi penggerak penting di belakang Dewan Himpunan Penyokong Pas - sayap bukan Islam parti itu - memberitahu sebab-sebabnya, antaranya kepercayaan beliau yang kerangka perlembagaan negara hari ini boleh digunakan untuk melaksanakan cita-cita perjuangan partinya.

Saya berasa terharu; bukan sangat kerana beliau mengakui kepentingan perlembagaan tetapi kerana kesediaan beliau untuk memahami dan menerima kenyataan yang ada di negara kita. Pada saya ini amat penting dalam memastikan proses demokrasi – yang mahu tidak mahu menentukan keberkesanan perjalanan perlembagaan – berjalan dengan baik dan Pas, sebagai salah satu parti tertua dan utama dalam sistem politik kita, mempunyai sumbangan dan peranan tidak kecil. Sejak 1990 Pas memainkan peranan penting dalam percubaan membentuk sistem dua parti; dari Angkatan Perpaduan Ummah (APU) kemudian Barisan Alternatif (BA) dan sekarang Pakatan Rakyat (PR).

Beberapa bulan lalu seorang penganalisis India dalam sebuah harian berbahasa Inggeris menyatakan, Pas adalah komponen utama berbanding DAP dan PKR. Ini dikatakan berdasarkan kedudukan Pas sebagai parti tertua – wujud sejak 1951 – dan terbesar. Setakat ini Pas dianggarkan mempunyai hampir sejuta ahli. Selain itu Pas dilihat sebagai parti berdisiplin: ia masih belum mengalami penyakit melompat sebagaimana DAP dan PKR. Pas juga mempunyai organisasi dan logistik yang mantap. Bekas Setiausaha Agung Pas, Datuk Kamarudin Jaffar, malah mendakwa dalam soal itu Pas lebih baik dari UMNO. Sebagai bekas pemimpin UMNO saya fikir Kamarudin mempunyai sebab kukuh untuk berkata begitu. Katanya UMNO kuat kerana ia menguasai kerajaan ditambah dengan perangainya yang suka menyalahgunakan agensi dan kemudahan kerajaan.

Berbalik kepada apa yang dikatakan Mujahid tentang perlembagaan tadi, sebenarnya ia mengungkapkan tanggapan Pas terhadap sistem dan suasana politik yang ada sekarang. Begitu jelas Pas menerima sistem yang ada, selain mula menguasai permainan dan rentak politik semasa. Ini jelas dalam kesungguhan Pas menyantuni kedudukan dan masalah bukan Melayu yang kelihatan dalam kesediaannya meletakkan calon bukan Melayu dan bukan Islam, selain menerima mereka sebagai ahli dan sayap parti. Beberapa minggu lalu saya menyinggung kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad tentang pendekatan Pas dalam pelaksanaan hudud di Malaysia.

Itu semua membuat UMNO menuduh Pas menjual prinsip kerana kuasa. Pada saya ini tidak perlu dipedulikan. Hakikatnya ialah semua parti mengatur strategi mengikut keperluan dan senario semasa. 20 tahun dulu Pas lain kerana ketika itu ia berhadapan dengan isu hidup mati. Sekarang ia berada dalam posisi kerajaan alternatif. UMNO sebaliknya berhadapan dengan senario hidup mati. Sebab itu UMNO makin rasis dan kadangkala Islamik.

Bagaimanapun Pas masih ada masalah dan ini agak jelas apabila ia kelihatan dipimpin oleh dua naib presiden; yakni Datuk Mahfuz Omar dan Sallahudin Ayub. Selain mereka ada beberapa pemimpin barisan kedua seperti Khalid Samad dan Dr Dzulkefly Ahmad yang sering kelihatan dan kedengaran. Apa yang saya maksudkan dengan memimpin di sini ialah suara dan inisiatif parti dalam isu-isu nasional; contohnya isu Felda, kempen saman ekor dan insurans kereta. Selepas ini mungkin ada orang Pas, khususnya yang taksub dengan pemimpin tertentu, menuduh saya masih berdendam dengan Pas. Saya tak kisah kerana saya bukan orang politik. Saya hanya mahu melihat politik Malaysia lebih beradab dan ini hanya boleh dicapai sekiranya kita ada dua barisan parti yang kukuh dan bersedia untuk memerintah bila-bila masa. Ini tidak akan berlaku jika Pas dipimpin oleh mereka yang asyik menunggu mimpi dan banyak keluar negara.

Salah satu soalan yang dikemukakan wartawan kepada Mujahid selepas pelancaran buku itu ialah apakah projek tersebut ada kaitan dengan pemilihan parti tahun depan. Sebagai ahli politik Mujahid hanya tersenyum. Tetapi ia tetap mempunyai makna.

Selain perspektif yang betul tadi, Mujahid mempunyai kelebihan tersendiri dengan kedudukannya sebagai anak seorang pemimpin tertinggi parti. Tetapi apa yang lebih penting ialah kelebihan ini tidak digunakan untuk diri sendiri, sebaliknya untuk memperkasa parti sebagaimana yang dilakukan dalam pembentukan sayap non-muslim itu. Mujahid turut mempunyai kelebihan untuk diterima lebih daripada satu pihak. Ini kerana kemampuannya berbahasa Arab – beliau graduan Al-Azhar – selain Melayu dan Inggeris. Tetapi ini sahaja tidak memadai kerana kalau hanya kemampuan berbahasa yang menjadi kriteria, lebih baik beliau buat bisnes macam Datuk Mahadzir Lokman. Apa pun dalam Pas sudah ada contoh orang yang dinaikkan atas kekuatan itu dan berakhir dengan kegagalan.


* Profesor Dr Abdul Aziz Bari telah mengajar undang-undang hampir 21 tahun

Sumber : SINI

Apa Kata UMNO!?...Tangan Kosong VS Tangan Berisi..

Bukan nak mengata pepagi ni,,, tetapi itulah, perbuatan menunjukkan sikap sebenar....

Yang ini "tangan kosong" , betui dak..., kedua-dua tangan, kiri dan kanan kosong, harap ke cakap aja, Islamfobia la, kesederhanaan la, bla, bla, bla...... kosong, sembang aja lebih!.... habuk pun tarak..balik mai Malaysia nanti cekik rakyat!!!.....



Cuba tengok yang ini, kiri kanan tangannya berisi, dari sini kita dapat lihat, bukan setakat cakapnya sahaja, puak-puak kuffar dah kecut pecut, perbuatannya atau tindakannya pun musuh-mush Islam dah kecut..., ini yang kita mau sebagai pemimpin, bukan setakat cakap kosong... lu fikir la.....

Monday, September 27, 2010

Entah apa yang cemerlang !!!!....

Negeri Selangor, kerajaan negeri sibuk dok berhempas pulas nak menepis saman RM 380 juta dari SYABAS, syarikat air Selangor, sebabnya kerana nak menjaga kepentingan rakyat seluruh negeri Selangor....

Beruntung menjadi rakyat negeri Selangor....

Tetapi hangpa baca berita di bawah ni....

LAP umum bayar bonus tiga bulan setengah - Zambry

27/09/2010 5:58pm

IPOH 27 Sept. - Lembaga Air Perak (LAP) akan membayar bonus sebanyak tiga bulan setengah kepada kakitangannya tahun ini, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir hari ini.

Beliau berkata, pembayaran bonus itu akan melibatkan 1,100 kakitangan LAP dengan perbelanjaan RM6.6 juta.

"Bayaran pertama satu setengah bulan gaji telah dibayar awal bulan puasa manakala selebihnya akan dibayar pada akhir tahun ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Zambry yang juga Pengerusi LAP berkata, pembayaran bonus tahun ini adalah yang tertinggi dan ia dibuat ekoran prestasi cemerlang LAP secara keseluruhan.

Tahun lepas LAP membayar bonus dua bulan gaji. - Bernama


Entah apa yang cemerlang aku pun tak tau, buat pemeriksaan air di setiap rumah dua bulan sekali, air kadang-kadang di sinag hari ada bila buka aja kepala paip, hanya lelehan air sahaja..., Bukan niat aku nak dengki kepada staff LAP, tetapi itu hanya untuk 1,100 kakitangan sahaja, bagaimana hak rakyat seluruh negeri Perak, berapa juta orang yang dok ada...

Pandai sungguh Pengerusi LAP mentadbir, inikah rakyat diutamakan.. Khaakh pthuiihh.....


Yang mana satu Betul, Kerana Pembangkang atau Buli Ketua Pembangkang..

Seorang Menteri UMNO yang perasaan merasai dirinya seorang pakar ekonomi yang sama setaraf kehandalannya dengan Dr Jomo K Sundram.. agak-agaknya kut...

Minggu lepas menteri ni keluar kenyataan yang negara Malaysia tiada lagi pelabur luar yang mahu melabur dalam negara adalah disebabkan dakyah pembangkang...

Itulah standard daya pemikiran menteri UMNO yang dah 52 tahun meemrintah negara memberi kenyataan, malah kenyataan ini disokong pulak oleh seorang timbalan menteri hingusan, mentang-mentanglah bapanya mantan perdana menteri selama 22 tahun, jadi dia pun perasaan cakapnya macam mana yahnya juga yang semakin merapu dengan isu melayu....

Namun hari ini baru seminggu selepas kenyataan menteri kewangan ll itu terjawab sudah, padan muka Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan,,, baru ada akai.....

Buat pembaca dan penyokong UMNO hangpa baca kenyataan DI SINI. Sebabnya hangpa semua pandai-pandai belaka.....

Manakala buat penyokong-penyokong Pakatan Rakyat pula bacalah di SINI. Mudah nak faham...

Jual, Kena Jual....

Sehari dua yang lalu berita ni heboh diperkatakan sehingga berita terkini keluar?.......


Harga projek Bakun diputuskan kemudian - Muhyiddin

27/09/2010 1:14pm

KUALA LUMPUR 27 Sept. - Kerajaan belum memutuskan harga jualan projek Bakun yang mahu dibeli oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, meskipun kerajaan setuju menjual projek itu tetapi kaedah dan harganya akan dimaklumkan kemudian. – Utusan


Selang dua minit ada lagi keluar berita mengenai penjualan harta negara lagi...


Tiada keputusan muktamad penjualan PLUS - TPM

27/09/2010 1:16pm

KUALA LUMPUR 27 Sept. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tiada sebarang keputusan muktamad dibuat berhubung spekulasi penjualan PLUS Expressways Bhd. kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan sebuah syarikat milik Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary. - Utusan


Kenapa ya..., apakah mereka-mereka yang ada dalam kerajaan UMNO ni memang pakar jual harta hak rakyat...


Apa Kata Umno ?!! - Jawapan dari Dr Asri

Salam sejahtera....

Isu UMNO dok hengtam Kerajaan Pulau Pinang tak henti-henti, dari satu isu ke satu isu, hingga melibatkat isu agama....

Walaupun melibatkan isu agama, nampaknya manusia-manusia melayu yang mempunyai autoriti dalam bidang agama kali ini diam membisu seolah-olah mulut mereka telah ditampal dengan masking tape....

Agaknya, dah lama dok menunggu keputusan dari yang beratoriti tidak keluar, nampaknya Dr Asri telah melaksanakan tanggungjawabnya.....



Sambungannya DI SINI

Sunday, September 26, 2010

Tahniah Dato'...... Eeeiii.. Nasib baik...

Tahniah Datuk Lee Chong Wei... Anda telah berjaya menaikkan imej negara dalam sukan badminton setelah gagal di dalam negara sendiri sewaktu dalam pertandingan Piala Thomas...



Apa pun anda bernasib baik memenangi kejuaraan ini di luar negara di Jepun, kalaulah kejohanan ini berlaku di USA sekarang ni... eeeeeeiiiii ........tak dapat aku nak bayangkan.tak boleh nak bernafass......DI SINI


Majlis Hari Raya Zambry di cemari budaya mungkar..

Suasana hari raya untuk umat Islam setelah sebulan berpuasa mengerjakan yang diperintah dan meninggal yang dilarang oleh Allah, tetiba bulan Syawal mengambil tempat setelah Ramadhan meninggalkan kita, maka dengan hasil usaha kerja-kerja tangan-tangan kotor dan munafiq yang dipelopori oleh UMNO telah mencemari bulan kebesaran Islam dengan budaya-budaya mungkar...


Walaupun berat rasa hati aku nak pergi, namun ku gagahi jua, dan alhamdulillah, maha suci Allah yang maha besar telah menunjukkaran kemungkaran secara terang-terangan yang dilakukan oleh UMNO dengan juak-juaknya dengan mendapat perkenan Zambry..

Aku sampai dah jam 11 pagi lebih, setelah aku selesai mesyuarat AJK Surau taman aku, terpaksa aku tinggal majlis gotong royong selepas mesyuarat.....

Double klik untuk gambar lebih jelas..
Kedatangan para pengunjung memang aku tak nafikankan, cukup ramai....


Inilah bermula budaya-budaya yang mencemari kesucian Islam dalam bulan syawal...




Yang ini spesis Sayfol....






Hangpa tengok, dia pun tumpang sekaki, apa yang dia dok sebut aku tak berapa dengar.... Inikah prinsip seorang yang pernah menjadi naqib dan mendapat gelaran tuan sheik sebelum beliau menceburi politik UMNO, malah aku pernah dengar pengakuan dari seorang Ustaz yang juga pensyarah UITM Seri Iskandar, Ustaz Hamdi, beliau mengatakan Zambri adalah Tuan Gurunya sewaktu beliau belajar di UIA... kenyataan Ustaz Hamdi ni didalam masjid An-Nur Pengkalan TLDM Lumut, sebulan sebelum puasa yang lalu..

OOOO begini rupanya Tuan Guru spesis UMNO......... Anony UMNO... tolong jawab (komen sikit)...


Ini adalah sewaktu Zambri menyampaikan sedekah wang raya kepada kanak-kanak... He he he teringat aku kat suspek utama kes Bunuh Sosilawati, guna duit hasil tipu daya bagi derma kat orang Asli,,, lebih kuranglah Zambry ni pun, setelah merampas kerajaan negeri Perak dengan guna tipu daya, sudah tentu haram hukumnya...., dengan kedudukan haram, beliau bersedekah,,, apakah hukumnya ni.... tolonglah jawab sikit....

Oiii, ramainya pencacai yang tukang sibuk......


Masa inilah nak betul sampin yang dah nak terlondeh,,, mamat yang baju biru spek hitam ni ialah pengerusi Masjid An Nassriyah Stiawan, banyak-banyak ustaz-ustaz yang mengajar di sini kena pancung......bekas pegawai PPD Manjung.... he... he... kawan baik Sifu aku......


Anak keling ni, majlis Pakatan Rakyat pun ia sibuk dan pulon habis, majlis UMNO pun ia tibai, belasah kiri kanan...


Ha ha ha... Pak Ya tokeh Air Tebu Pasar Malam pun mai,, jamuan raya.. belasah ajalah....


Hak ini pun UMNO totok,,, towkeh maruku, pernah sama-sama dengan jadi counting agen PRU11 2004 yang lalu...


Spesis ni kalau tak ada memang tak sah...., warna merah satu kemestian.....

Saturday, September 25, 2010

Pemimpin, penyokong BN perlu yakin menang pilihanraya..


"Penyokong dan pemimpin Barisan Nasional (BN) Perak mesti mempunyai keyakinan untuk memenangi semula pilihanraya umum akan datang sebagai prasyarat sebelum berusaha ke arah kemenangan itu". Baca Seterusnya di sini.

Kenapa seorang MB UMNO boleh mengeluarkan kekata begitu....

Pertama,, ia sendiri tidak yakin yang BN akan menang semula dan dapat memerintah negeri Perak..

Kedua,, Rompakan jawatan MB dan kerajaan negeri hanyalah melalu kuasa ekskutif mahkamah yang songsang hukumannya...

Yang melompat kerusi dari PR ke BN hanyalah ADUN yang dilantik, pengundi tetap memendam rasa, menunggu semula tarikh PRU13 yang akan datang.

Jadi sama-samalah berdoa agar dipanjangkan umur, moga-moga sempat lagi menempuhi PRU13, aku nak tengok kerusi DUN Pangkor, undi POS akan mengundi siapa...he he he......

Buat Ahli-ahli PAS, Kenduri Kahwin kembali lagi...

Salam Sejahtera...

Letih badan aku tak hilang-hilang lagi..., apa tidaknya bemula dari petang Khamis 23 Sep, aku pergi hantar anak aku balik ke KLIA, sampai di Teluk Intan singgah ke HSBC bank in duitnya, lepas tu dalam perjalanan nak menuju balik ke Hutan Melintang VIA Kuala Selangor, terdengar laporan trafik dari Radio Sinar mengatakan ada kemalangan yang menghalang lalu lintas di lokasi Hutan Melintang- Sabak Bernam, tetapi sikap aku yang kurang percaya dan mengharap kemalangan dah pulih, rupa-rupanya aku tersilap besar, belum sampai hadapan Sekolah Sains Teluk Intan, jalan dan jam,,

Apa pun aku cuba ikut kesesakan jalan, namun kebimbangan mulai terasa, kerana anak aku kena checg-in jam 1.00 pagi...membuatkan aku berpatah pusing balik ke Teluk Intan dan menuju ke Bidor dan naik Plus Bidor terus menuju ke Kuarter KLIA rumah adik ipar aku, alhamdulillah jam 11 30 malam aku selamat sampai...

Pukul 12.30 malam aku hantar anak aku ke KLIA dengan bantuan biras dan adik ipar aku, nak harap aku, memang kelabu asap, tak tau mana nak cari parking dan sebagainya..., setiba di tempat Check in kawan-kawan anak aku dari Terengganu dan lama menanti, termasuk anak Dr Harun Taib ada bersama.

Selesai anak aku berangkat berlepas, aku balik ke rumah adik ipar aku dan bermalam untuk beberapa jam sajaha, kerana dah masuk jam 3.00 pagi,, bangun pagi lepas saja solat dan minum pagi, aki sambung tidoq balik, sebab letih hak malam tadi belum pulih,,,, tengahari aku pi solat Jumaat di Masjid Kuarter KLIA, lama betul aku tak bersolat disana...

Jam 4 ptg semalam, dalam hujan gerimis aku bertolak balik ke Manjung, balik mengikut PLUS keluar susur Kelang masuk Highway Guthrie keluar ikut Kuala Selangor, jam 9.30 malam aku selamat sampai Manjung... Dan malam tadi bermulalah balik aku tinggal berdua dengan mem aku... anak-anak semua pakat balik ke tempat pengajian masing-masing....

Bangun pagi tadi, badan masih dok rasa sakit urat-urat belikat disebabkan dok pulas stering kereta semalaman, pagi tadi jam 9.30 pagi kena pi ke tempat kerja pulak, ada jamuan hari raya, hari Khamis dan Jumaat semalam aku cuti, tetapi hari ini aku kerja, arahan kena ikut tambahan pula kena pi makan, jadi tak boleh tolak..... Selesai makan jam 11 00 pagi, aku terus belah balik rumah, berehat seketika kena selelap lagi....

Pukol 2 ptg sekejap tadi ada pulak jemputan kenduri kahwin, kawan sebelah taman, sama-sama ahli cawangan, kenduri kahwin anak perempuannya yang pertama, kad jemputan aku dapat pun dalam bulan puasa lagi, lama dah...., kendurinya nu... grand.. buat di Dewan Merdeka MPM, sampai sahaja di kawasan dewan tengok khemah-khemah penuh di luar dewan, stage dan alat-alat kugirtan dah tersedia, rupa-rupanya besok 26 Sep Zambry MBH akan adakan juga majlis jamuan hariraya...

Sampai kat pintu Dewan, nampak kawan aku baju melayu bersampin lengkap sedia menunggu tetamu, biasalah trend zaman sekarang, kena salam dulu baru boleh masuk dan pi makan.... masuk dalam dewan tetamu dah ramai, namun meja masih lagi banyak yang kosong... namun terkejut beruk aku.........

Rupanya majlis kenduri kawan aku ni masih di tahap takuk lama juga, ada acara persandingan, nuuu atas pentas dalam dewan nu... huurghhh begemerlapan sinaran baju pengantin dengan cahara suram lampu diatas pentas, dicampurkan dengan lagu-lagu kahwin manakala DJ pula sibuk dok jemput pak ngah, makngah, pak long, mak long naik ke pentas merenjis tepung tawar ke pada mempelai pengantin....

Tertanya di hati kecil ku, kenapa kawan aku ni boleh berbuat begini, beliau bukan ahli baru, ahli lama dah,,, entahlah,,, aku makan pun tak senang..., waktu balik sempat aku bebisik kepada seorang sahabat... senyum sumbing sahabat aku, bukan apa, belanja kenduri yang digunakan berbelas ribu ringgit, dicampur dengan sedikit yang tidak dibenarkan dalam Islam, sia-sialah perbelanjaan wang ringgit tersebut..

Aku teringat balik satu jemputan kenduri kahwin di Shah Alam pada 25 Jul yang lalu, kawan anak aku yang bernikah, bapanya seorang jemaah tabligh, namun resepsi (aturcara) kendurinya kita boleh ambik pakai....

Jadualnya jam 11 pagi - 1.00 thg jemputan hanya untuk keluarga terdekat sahaja...., jam 1 thg 2.00 ptg solat Zohor, jam 2.00 ptg- 4.00 ptg untuk jemputan tetamu dan sahabat handai...
Majlis tersebut diadakan di Dewan Raja Lumu bersebelahan dengan Muzium Negeri Selangor Shah Alam, sebuah bilik kecik di pintu masuk Dewan digunakan untuk bilik Pengantin Perempuan, jadi tetamu wanita, kawan-kawan pengantin yang nak bertemu dengan pengantin perempuan boleh masuk ke bilik kecil tersebut.

Tetamu lain, masuk ke dewan hanyalah makan sahaja yang disediakan, tiada alunan muzik dan sebagainya, entah macam mana, sebagai nak berhibur seketika, beberapa orang kekawan anak lelakinya telah bernasyid ala-ala rap tanpa muzik pun,, kira OK lah....itu sahaja, tetamu dapat makan dengan tenang, sambil berbual berkenalan tanpa gangguan hiruk pikuk muzik...

Jadi aku berseru kepada pembaca dan diri aku sekali, kerana aku pun ada anak juga, kita terpaksa membuat satu perubahan atau pun anjakan paradigma bahasa sekarang, bukan apa.. kenduri kahwin itu sunat yang dituntut, kalau kena gaya dan mengikut syariat Islam, alhamdulillah, moga-moga dapat keberkatan dari Allah,

Tetapi kalau bertentangan dengan syariat, hanya sekadar terikut-ikut dengan peredaran masa yang dipelopori oleh orang melayu dan artis-artis mengikut teradisi hindu, apa yang kita dapat.,, penat wang ringgit habis, yang kenyang seronok suka ialah katering, mak andam, tokeh khemah, tokeh kedai cenderahati dan DJ.........

Apa kedudukan sebenar negara kita!..

Salam sejahtera....

Sengaja aku paparkan tajuk besar akhbar utama pencacai negara..


Dari akhbar Utusan, terpampang gambar ketua negara sekular Melayu berpeluk negara ketua negara sekular arab... lantak pi kat depa lah....

Cuma yang nak ambik tahu pasal tajuk besar... "Ramai Mahu Bonus"..., rakyat dah tak ambik peduli apa yang berlaku dengan masaalah ekonomi negara, apa yang rakyat dok nampak pemimpin negara asyik merayau merambu melawat ke serata pelusok negara, secara tidak langsung dalam benak kepala otak rakyat negara kita masih kaya... jadi rakyat nak bonus...., gaji yang sedia ada setiap hujung bulan tak cukup, kenapa,,, kalau dah pemimpin boros nak mampuih, rakyat yang bangang pun ikut boros sama..., jadi kami nak bonus.....


Berita Harian pula ,, tajuk besarnya Elak Muflis.... pulak dah... Utusan rakyat nak Bonus, Berita Harian pulak elak Muflis....

Ni apa cerita pulak, cerita dalamannya masaalah kredit card, rakyat yang gaji tak cukup digalakkan pula dengan pemberian kredit card, galak rakyat suruh belanja mewah dengan cara berhutang.....

Lagi sekali rakyat diperbodohkan dengan berhutang..... Nasib baik Bank Negara mengambil tanggungjawab memperingati rakyat sambil mengetatkan tatacara pemberian kad kredit..

Apa pun apa yang aku dok nampak, saranan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Idris Jala nampaknya memang ada kebenarannya.... negara kita memang berpotensi besar menjadi negara muflis jikalau UMNO yang memerintah negara...



Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari