boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Utusan Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Utusan Malaysia. Show all posts

Monday, May 5, 2014

Rencana Utusan Malaysia - Siapa Ustaz Pro Umno angkuh, bongkak dan sombong?

Entah macam mana Ketua Pengarang Utusan Malaysia terlepas pandang menyiarkan satu berita yang ternyata benar lagi sahih..., tak perlulah aku siarkan siapa dia... 


Thursday, April 3, 2014

Ha ha ha siapa yang bakal mampoih? - Blogger umno hentam blogger otai umno!

Sedikit demi sedikit, bakal-bakal keruntuhan dalam umno yang bermula akan sampai ke penghujungnya... Kita tunggu dan lihat, siapa yang akan menang..


Sunday, November 10, 2013

Friday, October 4, 2013

Sunday, September 22, 2013

Baguih ler ulama Pas,, Utusan diutamakan, Harakah dipinggirkan.

Aku tak faham dengan sesetengah ustaz yang mewakili ulama dalam parti Pas ni,, macam mana fikrah mereka bila setiap kali nak menghampiri muktamar yang ada pemilihan kepimpinan,,,


Wednesday, June 12, 2013

Kepada Utusan Malaysia / Awang Selamat - Ini ada lagi cerita kisah Nazir adik Najib.

Dalam utusan Malaysia hari ini, ada cerita kisah adik Najib yang umpama seperti kacang lupakan kulit...Klik Sini

Ada lagi berita terkini dari bernama..

Utusan Malaysia lepaskan geram,, Muhyiddin juga yang beruntung!

Apakah perkara-perkara yang duk berlaku ini akan menamatkan karieer Najib sebagai Presiden Umno dan juga Perdana Menteri Malaysia...


Wednesday, June 5, 2013

Ketua Pemuda DAP Kecam Utusan ! Apa pula Umno nak boikot?

Bila CEO Air AsiaX Azran Osman Rani kecam Utusan Malaysia, maka pakat bangun habis pejuang melayu haprak meminta orang melayu boikot penerbangan Air Asia...


Thursday, May 9, 2013

Pasca PRU 13 - Pemimpin UMNO yang juga penulis racist dah gila meroyan....

Siapa yang tak kenal penulis pojok di akhbar Utusan Melayu iaitu yang sinonim dengan nama Awang Selamat...Semaklah balik tulisan-tulisan lama mangkok ni,,,, 
Namun sekarang dia dah menjilat balik segala kahak dan muntahnya sebelum ini....


Sunday, February 17, 2013

Fitnah Utusan (aWANG sELAMAT) hari Ini PENAKUT..

Kalau tak buat cerita fitnah bukanlah surat khabar umno,,begitu juga kalau tak ambik rasuah, bukanlah pemimpin Umno,,,

Tak buat cerita fitnah,, umpama tak dapat setiub buat Mat Fit... ku mana pun mesti kena buat cerita fitnah,,, dah budayanya,, darah daging umno...,


Tuesday, July 10, 2012

Ambik ko ..TV3 RM50 juta, Utusan RM50 juta..


Nizar saman Utusan dan TV3 berhubung plat WWW1

Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini memfailkan saman fitnah berjumlah RM100 juta terhadap Utusan Melayu (M) Berhad dan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) kerana didakwa menerbitkan pernyataan fitnah berhubung pembelian nombor plat kenderaan WWW 1 yang dibida pada harga RM520,000.
    
Mohammad Nizar memfailkan dua saman itu secara berasingan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil, di sini melalui Tetuan Awi & Co.
    
Dalam pernyataan tuntutannya beliau menamakan Utusan Melayu dan TV3 sebagai defendan dan menuntut ganti rugi sebanyak RM50 juta daripada setiap defendan.
    
Katanya beliau telah mengeluarkan satu kenyataan melalui akaun Twitter miliknya pada 28 Mei lepas berhubung nombor plat itu.
    
Mohammad Nizar yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang mendakwa pada 30 Mei lepas, TV3 telah mengeluarkan berita melalui Buletin Utama pukul 8 malam, berhubung kenyataannya itu.
    
Beliau berkata keesokannya pada 31  Mei, Utusan Melayu menerbitkan satu artikel di halaman 11, akhbar Utusan Malaysia berhubung kenyataannya itu.
    
Mohammad Nizar mendakwa pernyataan ftnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau adalah seorang penderhaka kepada sultan amnya, dan Sultan Johor khususnya, beliau adalah ahli politik yang anti-sultan dan seorang ahli politik yang cuba menghasut rakyat untuk membenci Sultan Johor.
    
Bercakap kepada pemberita selepas memfailkan writ saman itu, Mohammad Nizar berkata pihaknya akan menyerahkan writ itu kepada kedua-dua defendan.
    
Beliau berkata sebanyak 41 laporan polis telah dibuat berhubung kenyataannya dalam twitternya itu dan siasatan polis berhubung perkara itu masih lagi berjalan.

Bernama

Apakah nawaitu UTUSAN mempermainkan nama Imam Mahadi..



Tak cukup dengan mempermainkan isu rasis, memfitnah pembangkang, nampaknya Utusan semakin berani,,, mempermainkan nama Imam Mahadi pulak,,, apakah tujuan sebenar Utusan... , paling koman pun merosakan pemikiran umat Islam...  



Friday, October 21, 2011

Rakyat kecewa keputusan Pas

Tak dapat aku nak berfikir bila terbaca dengan tajuk diatas tu...

Rakyat kecewa........ sebab keputusan PAS... seolah-olah PAS ni sebagai pemerintah dalam negara.... sebabnya yang kecewa tu rakyat... kalau sekadar dalam parti tentulah ahli atau penyokong.....

Tetapi itulah realitinyanya berita yang dikeluarkan oleh akhbar yang dah mula nyanyok tunggu masa nak mamposs....

Tak cukup pada itu rakyat-rakyat yang kecewa ni dalam berita ini diketuai oleh dek nak Geng Three stooges, Rahim Tambi Chik tokey video sex... ni apa ke bana punya cerita ni.... pening aku... tetapi baguih juga..... depa dah mula nampak pada PAS.... sebab PAS akan ganti UMNO .. Insyaallah..

POLITIK

Rakyat kecewa keputusan Pas

KUALA LUMPUR 20 Okt. - Rakyat Malaysia yang beragama Islam khususnya penyokong kuat Pas kecewa apabila parti itu membuat keputusan untuk tidak menyertai Himpunan Sejuta Umat (Himpun) di Shah Alam Sabtu ini.

Presiden Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), Tan Sri Rahim Thamby Chik berkata, keputusan Pas kelmarin amat memeranjatkan semua lapisan masyarakat terutamanya penduduk kampung dan luar bandar yang selama ini melihat parti itu antara pelindung agama Islam.

"Keputusan yang mengecewakan rakyat itu konsisten dengan dasar bercelaru dan membingungkan oleh Pas sejak akhir-akhir ini, daripada negara Islam kepada negara kebajikan, komunis hero kemerdekaan dan kini keputusan tidak menyertai perhimpunan demi menyelamatkan akidah umat Islam.

"Saya bukan ahli Pas tetapi saya juga dapat merasakan denyut nadi umat Islam di negara ini yang melihat keputusan itu lebih berbaur politik daripada perjuangan agama. Mungkin kerana mereka telah diberi amaran dan takut kepada DAP," katanya.

Beliau mengulas keputusan Pas Pusat untuk tidak menyertai Himpun yang dianjurkan oleh lebih 48 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana majlis tersebut tidak melibatkan parti-parti politik.

Namun, Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan dilapor menyokong penganjuran acara berkenaan tetapi bukan atas dasar parti politik di samping mengajak semua umat Islam menyokong usaha murni itu.

Rahim dalam pada itu menjangka antara alasan yang akan digunakan oleh sebilangan pemimpin Pas yang tidak menyokong Himpun dalam ceramah mereka kelak adalah dengan menuduh perhimpunan itu ditaja UMNO.

"Tiada alasan kukuh kerana nyata sekali perhimpunan itu ditaja oleh NGO Islam. Tambahan pula, soal agama tidak boleh dipolitikkan tanpa mengira ideologi, fahaman, kedudukan individu atau kumpulan tertentu.

"Tindakan Pas tidak menyokong Himpun akan menjadikan parti itu tidak relevan lagi kepada perjuangan Islam. Saya berharap pemimpin Pas jangan menjadi fanatik, kita perlu rasional dan menggunakan akal yang diberikan Allah dengan sebaik-baiknya," ujarnya.

Sementara itu, Rahim berpendapat, kini sudah jelas terdapat usaha memurtadkan umat Islam oleh pihak tertentu di Selangor dan rakyat berharap Pas yang berada dalam kerajaan negeri tampil menyekat usaha tersebut.

"Saya difahamkan 37 orang Islam telah dimurtadkan dan kini di bawah kaunseling JAIS tetapi mungkin lebih ramai golongan murtad yang belum dikenal pasti.

"Ramai pemimpin agama menyarankan Pas menggubal sebuah enakmen anti murtad di Selangor sebagai langkah awal agar tindakan berkesan dapat diambil terhadap mereka yang cuba memurtadkan orang Islam. Jika enakmen pun tidak mampu, bagaimana mereka mahu melaksanakan hudud?" katanya.


Kaitan Berita utusan.



Saturday, September 24, 2011

Salahguna Kuasa - Felda talian hayat Utusan Malaysia...

Salam Sejahtera,

Bukanlah UMNO namanya kalau tak menyalahkan kuasa yang ada pada mereka, sebelum ini Najib dikatakan menyalah guna kuasa melantik Isa Samad sebagai Pengerusi Felda, baca di najib-salahguna-kuasa-lantik-isa-samad.

Mungkin ini sebagai mengenang budi Isa Samad sewaktu kejadian tangkap basah di Port Dickson dimana Isa Samad menjadi MB dan menyelamatkan keadaan...

Dan hari ini berita Felda dengan tak semena-mena pi tolong selamat Utusan Malaysia,, satu lagi salah guna kuasa...

DALAM NEGERI

AKHBAR PERCUMA

WAN Mohd. Fandi Wan Daud (dua dari kiri) dan Mohd. Shafie Saparman (kiri) mengedar akhbar Utusan Malaysia kepada pengunjung gerai Felcra pada Karnival Usahawan Desa 2011 di Presint 2, Putrajaya, semalam.


FELCRA Berhad semalam mengedarkan 5,000 naskhah akhbar Utusan Malaysia kepada orang ramai yang berkunjung ke Karnival Usahawan Desa 2011 (KUD 2011) di Laman 1Malaysia Presint 2, Putrajaya membabitkan kos sebanyak RM6,000.

Pegawai Eksekutif Kanan Bahagian Komunikasi Korporat Felcra Berhad, Wan Mohd. Fandi Wan Daud berkata, pihaknya memilih Utusan Malaysia kerana ia banyak memberi input kepada pembaca terutama mengenai isu semasa di dalam dan luar negara.

Turut sama mengedarkan akhbar Utusan Malaysia tersebut ialah Pengurus Bahagian Tanam Semula Felcra Berhad, Mohd. Shafie Saparman dan Pegawai Eksekutif Pemasaran Zon Tengah 3, Utusan Melayu (M) Bhd. (UMMB), Yaum Ahmad Arsyad Md. Wazir .

Karnival lima hari bermula 21 September hingga esok bukan sahaja menjadi pentas kepada usahawan menampilkan produk keluaran mereka tetapi juga menjadi platform untuk mencari pasaran baharu hingga ke peringkat global.

Seramai 500 usahawan menyertai karnival tersebut dan mereka akan mempamer serta menjual empat produk utama iaitu makanan, kraf tangan, herba dan perkhidmatan.


,

Monday, August 29, 2011

Berita sedih buat Utusan... Ini hukuman tak adil...

Salam Sejahtera,
Kesian aku,, asyik-asyik kena saman, dah lah tu,, selalunya kalah,,, yang jadi mangsa pekerja Utusan,,, Bonus dah berapa tahun tak dapat,,,, Apa ni ... Pengarang-pengarang yang dok siar berita sensasi sampai kena saman ni dulu belajar kat mana...


Senang-senang Teresa Kok dapat RM5000.00 ... Inilah dasar UMNo buat kerja .KLIK SINI.,,

Mengenai berita sedih ini tak pulak nak disiarkan.. kenapa....


Saturday, August 6, 2011

Berita buruk negara - Malaysia being left behind...

Salam sejahtera,

Marah betul Utusan Malaysia hari ini, kononnya DSAI membuat cerita memburukkan nama negara Malaysia di luar negara... boleh baca di utusan .

Tetapi bila aku cuba cari balik, maka terjumpa cerita seperti yang disebut itu.....





Wakaka... apa yang Anwar dok sebut tu semua rakyat dah tau pun,, tak payah nak sebut semua rakyat Malaysia dah,, Memang Malaysia dah terkebelakang dah... lama dah.........






Wednesday, June 15, 2011

Berita Gembira - 1Malaysia kena kencing....

Salam Sejahtera,

Berita gembira buat rakyat Malaysia yang berpendapatn rendah....



Kenapa nak tunggu sampai penghujung tahun 2011, ni 6 bulan lagi nak sampai ke penghujung 2011 apa cerita,,, harga barang 1malaysia dah tahu....

Boleh janji aja la.... ingat lagi dengan janji kenaikan gaji pengawal keselamatan.... apa cerita... baca DI SINI



,

Sunday, June 12, 2011

Apa kata UMNO !!...Kesian kat mereka-mereka ini...

Salam Sejahtera,



Cuba-cubalah peratikan saudara-saudari kita yang dalam gambar tu, mungkin ada sangkut paut perhubungan persaudaraan saliturahim,...

Raut wajah mereka semua dalam keriangan, entah kenapa ya.... ya mereka telah dipergunakan... itu pasai aku kata kesian.... kesian kepada mereka semua yang terlibat tu, kerana tidak mengerti nilai-nilai kemanusiaan didalam berita yang disiarkan oleh Utusan..

Mereka tidak menggunakan akal pemikiran dengar sewajarnya,,, apakah pintu hati dan akal yang Allah kurniakan dah tertutup....masyaallah....

Mereka umpama kanak-kanak istimewa di Sekolah Pendidikan Khas, apa yang di suruh atau diarah oleh guru-guru mereka, maka itulah yang mereka akan lakukan....

Kesian mereka,,, sampai bila mereka akan diperbodohkan oleh pemimpin UMNO....


Sunday, June 5, 2011

Propaganda Yahudi Malaysia dan bermula..

Salam Sejahtera,


Semalam (sabtu) mereka sekadar mempersoalkan ucapan tuan Presiden PAS, tetapi hari ini mereka seolah-olah sedih atau terkejut dengan mengaitkan Anwar Ibrahim sekali.....

Ingatlah ......Mereka tidak akan sekali-sekali merestui akan kebangkitan gerakan Islam., berwaspadalah....


Sunday, May 29, 2011

Berita SEDIH.. Terpaksa diberi secara percuma....

Salam Sejahtera,

Semakin hari semakin menampakkan ada perubahan, moga-moga sampai ke segera penghujung hayatnya...,



Kalau dah macam ni rupanya siapa lagi yang nak beli......,


Jadi terpaksalah diberi percuma, ambik, ambik, jangan tak ambik, pakat ambik bawa balik, lepas tu boleh buat bungkus nasi lemak.....,



Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari