Showing posts with label potatoes. Show all posts
Showing posts with label potatoes. Show all posts

Wednesday, June 8, 2011

Kentang Masala


Salam petang semua.... tak blh sokseh2  pjg2... byk keje blm settle lagi...
Kentang masala yg dah selalu dimasak utk si Nazli yg mmg febret sangat2...
Blh tgk kat sini atau kat bawah for the resipi...

Kentang Masala
Bahan A:- 

  • 500 gm udang (dibersihkan )- gantikan ngan kentang
  • 2 biji tomato (dibelah 4 atau 6)- tak letak
  • 3 tangkai daun kari - ganti kan dgn daun ketumbar
  • 1/2 cawan yogurt asli
  • 2 tangkai cili merah (dihiris serong) -tak letak
  • 2 tangkai cili hijau (dihiris serong)
  • 2 sudu kecil serbuk cili (*ni akak tambah sikit nk kasi pedas sikit, terpulang ya..)
Bahan B (dikisar):-
  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 sudu besar jintan putih - kisar kering
  • 1 sudu besar jintan manis - kisar kering
  • 1 sudu besar lada putih - kisar kering
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
Cara-Cara:-
  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan yang dikisar dan daun kari hingga wangi.
  2. Masukkan udang dan tomato. Kemudian kacau rata (tambah air sekiranya perlu)
  3. Masukkan yogurt, cili merah dan cili hijau. Kacau sebentar dan tutup api.
  4. Sedia dihidangkan....Senang kaannnnn... ^_^



Wednesday, May 18, 2011

Soto Ayam & Begedil Ikan Sardin Tin Bercili Api


Assalammualaikum w.w.
Hish gelap nyer langit!! Cam nak hujan jer... angin... alamak tiup sampai langsir berterbangan sekarang ni...

Ni nak cerita sikit.. kelmarin si budak IKA ni kasi mama lauk berbuka- semangkok soto... sekali Si Nazli & Shasha bergaduh tak cukup kata nyer.... yer lah kan orang kasi mana ada kasi banyak2 so semalam terpaksa lah mama masak kan  biar seisi keluarga dapat menikmati soto ayam yg berlainan sikit ni. Ada letak santan.. memang belum pernah makan yg versi santan selalu makan soto yg versi jernih atau pun berempah. Memang best rasa nyer :P Pada teman2 yg blm mencuba soto versi bersantan cuba lah mana lah tahu kena dek tekak :D Tq Ika utk resipi soto ayam dan jgk kpd Diana penyumbang resipi :)

SOTO AYAM - Ika & Diana Myr

Bahan-bahan ( 12 orang )
  • 6 bungkus lontong ADABI yang telah dimasak
  • 2 ekor ayam, dibelah empat>>Yg ni kita goreng dulu lepas tu siat2kan isinyer tulangnyer baru lah dimasukkan dlm kuah sup nanti :D - mama masuk semua dlm sup
  • 3 - 4 liter air
  • 1 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan serbuk ketumbar
  • 2 sudu teh serbuk jintan halus
  • 2 sudu teh serbuk lada putih
  • 3 batang serai, dititik
  • lengkuas sebesar ibu jari, dititik - tak ltk 
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 5 tangkai bunga cengkih
  • garam secukup rasa
  • 1 cawan minyak untuk menumis
  • Bahan untuk Dikisar
  • 3 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • Bahan untuk Sambal Kicap
  • 5 batang lada merah- tak letak gunakan semua cili padi biar berapi ki3x
  • 20 biji lada padi merah thai
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan kicap lemak manis
  • Bahan Hiasan
  • bergedil
  • taugeh yang telah dicelur
  • daun sup, dipotong halus
  • bawang goreng
  • sambal kicap
  • ayam, yang telah disiat-siat



Cara-cara

  1. Panaskan minyak didalam periuk. Masukkan rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih) bersama serai dan lengkusa yang telah dititik. Tumis rempah yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan serbuk ketumbar, jintan halus dan lada putih, gaul hingga sebati. Masukkan santan gaul sebati dan tuangkan air dan masukkan ayam. Masak sehingga kuahnya mendidih dan ayam masak.
  2. Cara membuat Sambal Kicap - Kesemua bahan itu masukkan kedalam alat pengisar dan kisar halus. Sedia untuk digunakan.
  3. Cara menghidang - Potong lontong dadu besar dan letakkan daging ayam yang telah disiat bersama taugeh dan tuang kuahnya. Hiaskan dengan daun sup, bawang goreng, bergedil dan sambal kicap.




Untuk Begedil Ikan Sardin Tin Bercili Api ni mama dapat resipi dari teman FB - CT Marian Che Hat
mula2 takut jgk ..ye leh selalu buat yg biasa2 jer..ni letak sardin & sambal belacan!! Takut anak2 tak dapat menerima sesuatu yg baru!! Tapi allhamdullilah penerimaan mereka menggalakkan Sedap & Pedas!!
CT Mariam mama minta izin letak resipi disini yer .. halal yer sis :)

Begerdil Ikan Sardin Tin Bercili Api - CT Mariam Che Hat


ikan sardin tin kecik basuh toskan n goreng bg garing...kentang 3 ketoi rebus bg empuk tos kan...lenyek lerrr sampai lumat,potong daun sup,sambai belacan mak anis yg dok stanby lam pti ais tu cedok la secamca 2..adun sekali,serbuk lada,perencah megi secukup rasa secubit 2,garam...lps tu ms nk bulatkan tu,tabur la tepung gandum sikit..bulat2 kan@bujur2 kan@mcm makteh wat ni cekak2 jer...celop la lam telog..& goreng!senang jooooo..

versi mama 
Bahan2
1kg kentang - dibersihkan & diptg kecik & digoreng dan di tumbuk sehingga lumat
3-4 ekor sardine di cuci bersih & digoreng sampai garing & dihancur2 sikit
2-3 sambal belacan cili padi -mcm buat sambal belacan biasa..
daun sup & bawang secukup
bawang goreng
lada sulah, garam & gula secukup rasa
telur utk menggoreng


Cara2
Macam biasa buat begedil. Semua bahan dicampurkan jadikan satu. Lepas tuh kepal2 nak besar atau kecik terserah. Celup dalam telur, goreng sehingga garing. Sedap ratah atau mkn bersama soto!!


Tang kasi bulat2 dan menggoreng kite serahkan kepada cik shasha kite... Mmg suka dier menggentel/kasi bulat. Suka buat kecik2 ... senang masuk kat mulut!

Monday, July 19, 2010

Mashed Potatoe Salad


Mashed Potatoes to go along with the fish...hmmm hentam saja letak apa yg ada...at last habis jgk...Sedap!!!

Kentang russet banyak mana yg hendak - buang kulit, potong2 & rebus sampai empuk
buah cerry tomato
secukup mayo
daun bawang utk ditabur
secukup lada sulah

Bila kentang sudah empuk... toskan air dan lenyek tumbuk kasar biarkan sejuk sebentar baru masukkan semua bahan kacau rata dan simpan di dalam peti ais.

Wednesday, July 7, 2010

Kentang Masala



Selain roti jala dgn kuah kari... salada tak sempat nak buat sbb cik shasha kita balik lambat dari NTUC. Mama masakkan kentang masala ni buat makan ngan roti jala ni... Pernah masak sebelum ni menggunakan udang. Blh lihat disini. Resipi asal dari rumah Dr Ina.

Bahan A:-
  • 500 gm udang (dibersihkan )- gantikan ngan kentang
  • 2 biji tomato (dibelah 4 atau 6)- tak letak
  • 3 tangkai daun kari - ganti kan dgn daun ketumbar
  • 1/2 cawan yogurt asli
  • 2 tangkai cili merah (dihiris serong) -tak letak
  • 2 tangkai cili hijau (dihiris serong)
  • 2 sudu kecil serbuk cili (*ni akak tambah sikit nk kasi pedas sikit, terpulang ya..)
Bahan B (dikisar):-
  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 sudu besar jintan putih - kisar kering
  • 1 sudu besar jintan manis - kisar kering
  • 1 sudu besar lada putih - kisar kering
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
Cara-Cara:-
  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan yang dikisar dan daun kari hingga wangi.
  2. Masukkan udang dan tomato. Kemudian kacau rata (tambah air sekiranya perlu)
  3. Masukkan yogurt, cili merah dan cili hijau. Kacau sebentar dan tutup api.
  4. Sedia dihidangkan....Senang kaannnnn... ^_^





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...