Kerajaan berkongsi keuntungan hasil pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bersama kroni dengan cara membebankan rakyat, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar, Azan Ismail.
Beliau mengulas jawapan bertulis Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Dewan Rakyat semalam bahawa kerajaan berjaya mengutip sebanyak RM20,020,500 juta kompaun hasil AES bermula 11 Jun 2013 hingga 23 September 2012 dengan kutipan lebih kurang 10 peratus.