Insiden di Lahad Datu yang menyaksikan pencerobohan puak-puak pengganas Kiram III menjadi sejarah hitam buat negara.Insiden yang menyebabkan gugurnya anggota keselamatan negara ini sudah pasti akan menjadi satu memori yang tidak akan dilupakan oleh kebanyakkan rakyat Malaysia.
Setelah Ops Daulat berjaya menggempur penceroboh-penceroboh Sulu di Sabah dan berkat kesabaran serta kecekapan kerajaan di bantu semangat juang yang tinggi oleh pasukan keselamatan negara akhirnya krisis di Sabah ini berjaya di atasi.
Kini Sabah kembali tenang dan keselamatan rakyat di daerah-daerah yang terlibat mula terjamin semula.
Selain dari itu sekolah-sekolah juga mula di buka semula dan kebanyakan murid yang ditemui mengakui, mereka sudah tidak sabar untuk memulakan sesi persekolahan biar pun kawasan itu masih dikelilingi ratusan anggota keselamatan.
Bagi murid tahun enam SK Tanjung Labian, Andrian Musli, 12, perkara yang paling ditunggu-tunggu adalah untuk bertemu semula dengan rakan-rakan sekolahnya.
"Sejak berpindah ke pusat pemindahan sementara, saya tidak lagi berjumpa rakan-rakan sekolah. Saya tidak sabar untuk bertemu mereka semula apabila sekolah dibuka esok.Baca Seterusnya
Pihak kerajaan negeri juga akan membantu penduduk untuk membina semula rumah-rumah yang musnah di Lahad Datu.Tanpa memberi tempoh tertentu, Pegawai Daerah Lahad Datu, Zulkifli Nasir berkata, pihaknya sedang berusaha mendapatkan kontraktor secepat mungkin untuk diberikan tanggungjawab itu.
"Di peringkat awal, kami akan membantu membina semula 20 rumah yang dikategorikan sebagai musnah teruk. Selepas itu, insya-Allah semua rumah musnah akan dibina semula secara berperingkat.Selanjutnya
Sehingga entri ini ditulis rakyat dan penduduk Sabah khususnya di Lahad Datu yang terlibat dengan Ops Daulat kini sudah mula kembali ke rumah masing-masing.Selain dari itu penubuhan ESSZONE sememangnya kena pada masanya dan ianya sudah pasti bukan saja dapat menjamin keselamatan di Sabah dan Malaysia tetapi turut melegakan penduduk Sabah yang terlibat dengan insiden pencerobohan ini.
Terdapat juga penduduk yang kembali ke rumah masing-masing menyatakan tanda terima kasih mereka kepada para wira negara yang bertungkus-lumus memastikan keadaan kembali terkawal dan aman.
Kepada anda yang mahu mengikuti dengan lebih lanjut tentang perkembangan di Lahad Datu bolehlah melawati laman web rasmi Ops Daulat KLIK SINI
Apa pun kita sebagai rakyat Malaysia harus mengakui bahawa insiden pencerobohan ini merupakan satu peritiwa pahit buat negara dan MMI ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada wira-wira negara yang telah berkorban jiwa dan raga demi untuk memastikan keselamatan negara terjamin.
Sesungguhnya pengorbanan para wira negara besar ertinya...
MMI.