Followers

Showing posts with label Anwar. Show all posts
Showing posts with label Anwar. Show all posts

Thursday, 15 August 2013

GEMPAR Lelaki Misteri Lawat Azizan Razak ?!!


Ada yang kata ini gambar terbaru Ustaz Azizan di hospital Pulau Pinang. Khabarnya Ustaz Azizan sudah beransur pulih dan akan dipindahkan ke hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. 

Dalam masa yang sama gempar di media sosial tentang kelibat seorang lelaki misteri yang tersebar sedang melawat Ust Azizan Razak di Hospital Pulau Pinang.Siapakah lelaki yang di maksudkan itu ?

Sekali tengok macam Anwar Ibrahim ! Tapi sejauh mana ianya benar-benar Anwar Ibrahim? Sebab selama ni banyak sangat wajah-wajah macam dia yang muncul beraksi di video-video yang tersebar dengan Chinadoll dan GayDoll dia sendiri nafikan.

Jadi ampa semua jangan cepat sangat kata yang tu Anwar naa , boleh jadi orang lain tu ...

Pelanduk dua serupa ka pelingkuh sama rata ???

kredit kedahkekl

Baca juga artikel INI 

MMI

Tuesday, 13 August 2013

Anwar Terlekat BAULU ?!


Baru masuk hari raya ke enam , Anwar dah terlekat baulu dah semuanya gara-gara tersedak apabila membaca kenyataan Presiden kelab Wartawan Muda Malaysia.Hihihi baru dia tau !

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa membuktikan dakwaan kononnya pengedaran surat misteri tentang 'urus niaga' beliau bersama Pengerusi DAP, Karpal Singh adalah konspirasi UMNO.

Presiden Kelab Wartawan Muda Malaysia, Dzulkarnain Taib (gambar) berkata, Anwar tidak perlu berdolak-dalik dalam menafikan dakwaan menerusi surat itu sebaliknya mengemukakan bukti kukuh.

Dalam masa sama, beliau mendesak Anwar mengisytiharkan aset yang dimiliki secara terbuka sekali gus menolak kebenaran dakwaan menerusi surat tersebut.

"Sebagai pemimpin, Anwar mesti menunjukkan sikap amanah terhadap rakyat, bukannya hanya mencanangkan kepada umum demi kepentingan sendiri," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Baru-baru ini, bekas calon BN Permatang Pauh, Dr. Mazlan Ismail mendedahkan menerima kira-kira 6,000 surat misteri bertajuk Bankleaks Anwar/Karpal yang menceritakan 'urus niaga' bernilai puluhan juta antara Anwar dengan Karpal.

Namun, ketika membuat laporan polis berhubung pengedaran surat misteri tersebut, Anwar dan Karpal menafikan dakwaan 'urus niaga' berkenaan sebaliknya mendakwa perkara itu sebagai fitnah UMNO.

Mengulas isu sama, Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, Anwar bertanggungjawab menjelaskan isi kandungan surat itu sesuai dengan kedudukannya sebagai pemimpin tertinggi pakatan pembangkang.

Tambahnya, tindakan Anwar yang terus menyalahkan pihak lain dalam sebarang isu yang dikaitkan dengan beliau tidak akan menyelesaikan masalah dan dalam masa sama menafikan hak rakyat untuk mengetahui kebenaran.

Menurut beliau, Anwar sepatutnya tidak berasa takut membuat penjelasan berkenaan pendedahan surat misteri tersebut kepada umum sekiranya berasakan beliau berada di pihak benar.utusan

MMI

Tuesday, 6 August 2013

Surat Misteri Di Tangan SPRM ~ ANWAR Di Sailang Orang Kuat Sendiri ??!!!


Bekas calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Permatang Pauh dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Dr. Mazlan Ismail hari ini menyerahkan semua surat misteri yang diterimanya sejak beberapa hari lalu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurutnya, beliau berbuat demikian bagi membolehkan SPRM menyiasat secara menyeluruh kandungan surat berkenaan.

"Seperti dimaklumkan sebelum ini, saya tidak sama sekali mahu dilibatkan dengan kandungan surat itu, namun sebagai rakyat, saya mahu pihak berkuasa menyiasat demi kepentingan umum," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Kelmarin Mazlan mendedahkan kemunculan surat misteri yang mengandungi 'urus niaga' oleh dua pemimpin tertinggi pembangkang iaitu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP, Karpal Singh sehingga menimbulkan tanda tanya penduduk di Permatang Pauh.

Surat lapan halaman yang dihantar ke rumah penduduk sejak beberapa hari lalu itu antara lain mengandungi pelbagai nombor akaun bank yang didakwa milik Anwar.

Penduduk kemudian memutuskan untuk menyerahkan surat bertajuk Bankleaks Anwar/Karpal berkenaan kepada Mazlan.


Mengulas tindakan Anwar dan Karpal membuat laporan polis dan berhasrat mengambil tindakan undang-undang berhubung pendedahan itu, Mazlan memberitahu, mereka berhak berbuat demikian.

"Mereka berhak mengambil apa juga tindakan yang difikirkan sesuai terhadap saya.

"Namun, saya tetap menaruh kepercayaan tinggi terhadap pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya," ujarnya.utusan 

Macam yang MMI kata sebelum ni boleh percaya sangat ka Karpal jadi peguam bela Anwar tanpa di kenakan bayaran atau bayaran yang jauh dari kos guaman sebenar ? Baca Sini 

Paling menarik adalah Anwar sudah pun menuding jari kepada UMNO dan menuduh kononnya penyebaran surat misteri itu adalah satu lagi fitnah jahat UMNO terhadap beliau.

Alo brader , surat tu diedarkan di sekitar Permatang Pauh dan penduduk kemudiannya menyerahkan surat tersebut kepada Dr Mazlan.Kemudiannya Dr Mazlan menyerahkan kepada pihak SPRM untuk di buat siasatan.

Sikit punya baik ka Dr Mazlan sebabnya kalau siasatan oleh SPRM membuktikan surat misteri itu hanyalah sekadar surat berunsur fitnah maka sudah tentu nama Anwar akan di bersihkan.

Tapi belum apa-apa lagi dah meloncat siap tuduh sana sini !! 

Nak tahu juga kalau dah sekitar Permatang Pauh tu boleh jadi kerja orang sendiri dak ????

MMI

Monday, 5 August 2013

Karpal Buat Amal Jariah Dekat Anwar , Boleh Percaya Ka ??


Ada isu yang kini sedang panas di Permatang Pauh apabila  calon PRU13 Dr Mazlan di beritakan menerima lebih 6 ribu surat yang kononnya mendedahkan Anwar membayar puluhan juta kepada Karpal termasuk untuk menyogok Hakim.

Tu dia memang panas betoi isu ni jom baca laporan kat bawah ..

PETALING JAYA 4 Ogos - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP, Karpal Singh membuat laporan polis bagi menafikan pendedahan kandungan 6,000 keping surat yang mengaitkan mereka di Permatang Pauh, kelmarin.

Kedua-dua pemimpin pembangkang itu hadir di Balai Polis Tropicana di sini, kira-kira pukul 12 tengah hari untuk membuat laporan polis supaya satu siasatan dan tindakan segera dibuat oleh pihak berkuasa.

Dalam laporan itu, Anwar dan Karpal memandang serius tentang dakwaan tersebut dan berharap Peguam Negara (AG) akan mengarahkan perkara berkenaan disiasat polis.

Anwar dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR selepas membuat laporan itu berkata, dakwaan yang dibuat bekas calon Barisan Nasional (BN) Permatang Pauh, Dr. Mazlan Ismail berhubung pendedahan surat layang itu disifatkannya sebagai satu fitnah yang dilemparkan UMNO terhadapnya.

Kelmarin, Mazlan mendedahkan kira-kira 6,000 laporan bertajuk Bankleaks Anwar/Karpal yang mendedahkan 'urus-niaga' oleh dua pemimpin tertinggi pembangkang iaitu Anwar dan Karpal yang telah tersebar secara meluas di Permatang Pauh sejak beberapa hari lalu.

Mengulas dakwaan 'urus-niaga' itu, Anwar memberitahu, beliau dan sekeluarga amat berterima kasih kepada Karpal yang banyak membantunya selama ini dan tidak timbul isu kewangan antara mereka.

"Sepanjang Karpal membantu saya menjadi panel guamannya, tidak pernah timbul tentang isu pembayaran. Apabila dakwaan sebegini berlaku, sekali gus menjejaskan maruah Karpal," katanya.

Tambahnya, beliau setuju jika Karpal mahu mengambil tindakan terhadap mereka yang cuba menjejaskan imej mereka dan pemimpin PKR lain.

Sementara itu, Karpal pula mencabar Mazlan mendedahkan identiti dan dokumen mengaitkan dirinya dan Anwar seperti yang didedahkannya sebelum ini.

"Saya cabar Mazlan jika dia 'anak jantan' supaya tunjukkan slip cek, akaun bank, slip pembayaran dan identiti pihak yang membuat surat itu.

"Saya juga mencabar stesen televisyen TV3, akhbar Utusan Malaysia dan New Straits Times untuk turut melakukan perkara sama," katanya.

Beliau turut berkata, pihaknya dan Anwar sedang mengumpul bukti untuk melakukan tindakan dalam masa terdekat.

"Tuduhan yang dilemparkan begitu serius dan saya menafikan kewujudan tuduhan itu kerana saya telah lama bersahabat dengan Anwar. Oleh itu saya menggesa pejabat AG mengarahkan siasatan mendalam tentang perkara ini," katanya.utusan

Hihihi agaknya kenapa puak-puak tu panas ? loncat lain macam ja !! Macam orang katalah mana mungkin pokok begoyang kalau tak ada angin !

Lagi satu kalau diikutkan dari ayat si Anwar tu nampak macam duit ringgit ni tak penting langsung bila Karpal jadi peguam bela Anwar kira macam sukarelalah.Betul ka ?

Sebelum ni kalau ampa nak tau puak-puak ni kalau nak dapatkan khidmat guam mereka bukan kecik anak punya kos , alih-alih untuk Anwar dah jadi macam amal jariah !! Bukan tak percaya tapi boleh ke nak percaya ??

Psstt Rasuah bukan saja dari sudut pemberian wang kena ingat tu bro !!

MMI

Sunday, 4 August 2013

DAKWA JAKIM Pilih BULU , Apa Punya Bangsat Anwar Ni ??


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) didakwa memilih bulu menjatuhkan hukuman terhadap orang Islam dengan tidak mengenakan tindakan terhadap mereka yang sepatutnya.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan oleh Jakim kepada jurulatih anjing dan menjadikannya sebagai kontroversi tidak berpatutan kerana orang Islam lain yang melakukan kesalahan juga perlu dikenakan tindakan sama.


"Sepatutnya (jurulatih itu) dipanggil dan beri nasihat supaya dia jelaskan. Panggil bagi teguran. Jangan jadikan isu nasional.

"Orang Islam pegang (saham syarikat) San Miguel, syarikat perjudian, (Jakim) tak ada kenyataan," katanya ketika ditemui pemberita di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini.

Sebelum ini, Jakim memutuskan klip '1 Hari Di Hari Raya' merupakan menghina Islam dan perkara tersebut telahpun dimaklumkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) selepas mendapat arahan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

SKMM kemudiannya mencadangkan kepada Jakim untuk membimbing dan memulihkan akhlak pelaku dalam video tersebut, Maznah Mohd Yusof, 38, selepasti kelakuannya bersama tiga ekor anjing dalam video tersebut di mendapat kritikan ramai.sumber 

Nampak atau tidak bagaimana bangsatnya Anwar mendepani isu ini.Beliau yang kita kenal akan mengambil kesempatan terhadap apa saja isu selagi ianya menguntungkan pembangkang.Dalam hal ini Anwar benar-benar membuktikan betapa macai-macai pembangkang memiliki seorang pemimpin paling bangsat dan bodoh dalam sejarah perjuangan politik di Malaysia.

Kenyataan secara sembrono Anwar dengan mengaitkan pemegang saham syarikat San Miguel sebagai pegangan saham yang terarah kepada perjudian merupakan tindakan terdesak serta berniat jahat semata-mata untuk menggaburi mata rakyat.

Untuk makluman pemegang saham yang di maksudkan itu merujuk kepada Mirzan Mahathir merupakan seorang anak lelaki sulung pasangan Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah, negarawan yang kita sayangi.

Apa yang harus rakyat tahu adalah kenyataan Anwar jelas putar belit politik kerana yang sebenarnya berlaku adalah Mirzan bukan tauke kilang arak, tapi menukar kilang arak yang bankrup kepada industri pembinaan, patutnya dia dipuji kerana tutup bisnes arak!! Tapi sebaliknya beliau di HINA! Baca Sepenuhnya 

JAKIM pilih bulu ?? 

MMI

Tuesday, 30 July 2013

TAWARAN JADI TPM Anwar Cuba Lagakan NAJIB Dengan Muhyiddin !!


Kenyataan terbaru daripada Anwar Ibrahim si Raja Putar Alam ni cukup bahaya walaupun ada pihak yang menganggap ianya sekadar satu lagi pembohongan tahap sarkas yang sering di lakukan oleh Anwar dalam apa jua keadaan asalkan dirinya di lihat hebat.

Dakwaan terbarunya ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya menawarkan peluang untuk bersatu dalam satu kerajaan bersama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).

Sudahlah dengan dakwaan pengundi “hantu” dari Bangladesh yang karut kini Anwar mengatakan kerajaan pernah menawarkan jawatan kepadanya.

Cukup pelik dan ganjil sekali kerana kenyataan sedemikian hanya di keluarkan pada ketika ini dan bukannya sebelum pilihanraya.

Jika di lihat dari sudut keuntungan politik sudah pasti dengan pendirian Anwar dan tawaran tersebut hampir pasti menjadi senjata paling berkesan untuk beliau menjatuhkan Barisan Nasional dalam PRU13 yang lalu namun ianya tidak berlaku.

Memetik tulisan Terence Netto dari Malaysiakini pada 19 Jun lepas, Anwar berani mengatakan bahawa Najib menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri untuknya dan empat jawatan Menteri kepada pemimpin tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pada dakwaan awal sudah tahu peristiwa ini tidak logik dan tidak masuk akal langsung.

Hari ini di portal berita kualalumpurpost.net, Anwar dikatakan menolak semua kerjasama yang ditawarkan oleh Umno. Menurut Anwar tawaran itu ditawarkan kepadanya melalui bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla.

Anwar dipetik laman portal itu berkata demikian ketika berucap pada majlis iftar bersama anak muda anjuran Kelab Anwar Ibrahim (AIC), di Damansara, malam semalam.

Persoalannya adakah Najib sudah begitu terdesak inginkan sokongan seorang “bekas banduan” sehingga sanggup memperjudikan kekuatan 88 kerusi yang dimenangi Umno pada Pilihan Raya Umum ke-13 demi untuk menawarkan jawatan kepada Anwar??

Adakah Najib sanggup memperjudikan kekuatan Umno di dalam Dewan Rakyat itu dengan menawarkan jawatan kepada Anwar yang memiliki reputasi “kuat merajuk” dan mengajak rakyat tidak berdosa “merajuk” bersama dengannya dan mengadakan demonstrasi jalanan.

Kredibiliti ayahnya yang juga Perdana Menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dalam mengatasi konflik 13 Mei tanpa pertumpahan darah menolak terus dakwaan ini jika ia dikaitkan dengan Perdana Menteri.

Namun jika melihat kepada sejarah Anwar sebagai ketua pembangkang dan strateginya dalam pakatan haprak , kita sudah pasti dapat mengenali dan faham apa sebenarnya yang sedang di lakukan oleh Anwar.

Percayalah Anwar sedang mengambil kesempatan malah pembohongan ini di lakukan pada masa dan ketika kepimpinan Datuk Seri Najib perlu mengharungi suasana politik pasca PRU13 dengan pelbagai tekanan menghimpit pasukan Perdana Menteri kita.

Anwar bijak mengambil peluang ini tatkala terdapat mereka-mereka di luar sana (pro-kerajaan) yang turut menghentam Datuk Seri Najib.Dan permainan ini perlu dimainkan pada masa ini kerana Anwar tahu dengan pemilihan UMNO yang akan datang isu ini mampu membuatkan UMNO sebagai teras dalam Barisan Nasional berpecah.

Najib sahaja tidak cukup dan kerana itu Anwar perlu kaitkan dengan Muhyiddin supaya kem UMNO BERKOCAK !!!!

Pesanan MMI hati-hati dengan serangan terbaru ini...

sumber mynewshub 

MMI

Wednesday, 3 July 2013

Gelagat Ahli Parlimen Pembangkang PERTAHANKAN Anwar !!!



Semuanya bermula apabila Ahli Parlimen Simpang Renggam, Liang Teck Meng, mendakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memiliki 20 akaun bank yang berpangkalan di luar negara termasuk Israel dengan jumlah simpanan kira-kira RM332 juta.

Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) mendakwa beliau mendapat maklumat itu daripada laman web Wikileaks.

Katanya Anggota Parlimen Permatang Pauh itu dikatakan mempunyai 20 akaun bank dengan jumlah simpanan kira-kira AS$66 juta (RM209 juta) dan SGD$49 juta (RM123 juta) di bank di Amerika Syarikat, China, Singapura dan Israel.

“Perkara ini tersebar luas dalam internet, dan apabila saya membaca perkara ini, terlintas dalam kepala ialah dari mana datangnya wang sebanyak ini,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang Di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Liang berkata setiap akaun itu mempunyai maklumat terperinci seperti nama pemegang, jawatan, nombor pasport, tarikh akaun dibuka dan tarikh matang.

Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan menyiasat perkara itu kerana ia amat bahaya memandangkan ada akaun berkenaan dibuka di Israel sedangkan Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan negara itu.

Dakwaan itu mengundang tindak balas Tian Chua (PKR-Batu) yang bangun mencelah dan mendesak Liang mengemukakan bukti dan tidak membuat tuduhan melulu sambil menggesa mengemukakan bukti itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan.

“…Kita sudah berjuang lebih 15 tahun, satu sen pun tidak dapat…jadi kalau pemimpin kita kaya macam ini, kita juga ingin tahu,” katanya.

Ini diikuti Jeff Ooi Chuan Aun (DAP-Jelutong) yang turut mendesak Liang mengemukakan bukti dan sekiranya gagal berbuat demikian perlu dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Desakan oleh wakil Pembangkang itu mendorong Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) bangun mencelah dan dengan lantang mencabar Pembangkang mengambil tindakan undang-undang ke atas WikiLeaks sekiranya maklumat itu adalah palsu.

Liang mengakhiri perbahasannya dengan berkata tindakan Anwar memiliki akaun di negara Israel seakan memungkiri janji dan komitmen ketika bersama mengutuk kekejaman tentera Israel ke atas penduduk Gaza tahun lepas.

“Tahun lepas, di dewan ini ketika perdana menteri membentangkan usul khas mengutuk serangan Israel ke atas Gaza, Permatang Pauh bersama PAS dan DAP turut mengutuk sama tetapi sebaliknya di belakang mempunyai akaun simpanan di negara berkenaan,” katanya.Bernama

Ish ish macam-macam hal namun ada sesuatu yang mushkil sedang bermain di fikiran MMI , kalau dah wikileaks yang mendedahkan isu ni kenapa tidak ada sebarang tindakan oleh kerajaan untuk menyiasat sejauh mana kebenaran maklumat tersebut ?

Rasanya boleh saja bentang di dewan rakyat untuk bentuk suruhanjaya siasatan di raja atau apa saja untuk siasat perkara ni.

Takkan puak pembangkang nak halang ? Kalau halang juga cerita dia betoilah !!!

Kita tunggu tengok apa nak jadi...

MMI

Friday, 28 June 2013

GAGAL Tangani REJIM DAPigs !! Anwar Di Sahkan MENTAL ?!


Bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang mempunyai imaginasi sangat melampau kerana masih ingin menjadi Perdana Menteri meskipun parti pimpinannya kalah dalam pilihan raya umum lalu.

Menurutnya, dalam satu pertemuan bersama Ketua Pembangkang tersebut selepas pengumuman keputusan pilihan raya, beliau telah memberitahu Anwar bahawa Malaysia mengamalkan sistem undi elektoral, yang mana parti menang akan membentuk kerajaan dan melantik Perdana Menteri.

"Malangnya, Anwar ego, imaginasinya sangat melampau-lampau, beliau tetap mahu jadi Perdana Menteri. Saya memberitahunya, kamu sudah gila? Mana mungkin menjadi Perdana Menteri sedangkan hanya menang 89 kerusi Parlimen walhal Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) menang 133.

"Tolong beri saya jawapan atas dasar apa kamu boleh jadi Perdana Menteri kerana kamu sendiri tahu hanya menang 89 walhal Najib menang 133. Kami bertengkar dan akhirnya Anwar berfikir juga," katanya seperti dipetik daripada portal berita Merdeka Online Klik Sini 


Mengulas lanjut, Jusuf mendedahkan, perhimpunan Blackout 505 yang digerakkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dibiayai beberapa pihak, khususnya dari Turki, Washington, Amerika Syarikat; Filipina serta kemungkinan Thailand dan China.

Katanya, pemberi dana yang besar itu datang dari sebuah syarikat besar di Filipina dan Turki untuk membantu aktiviti perhimpunan bantahan tersebut.

"Mereka tidak boleh menyembunyikan diri kerana rakan-rakan bisnes kita ketahui siapa mereka. Isunya untuk apa membuat perhimpunan tersebut jika hanya memberi keuntungan kepada musuh-musuh Islam dan orang Melayu?

"Saya sendiri bertanya kepada Anwar, apakah kamu boleh mengawal parti DAP?. Anwar terdiam dan tidak dapat memberikan jawapan dengan jelas, ternyata beliau ada masalah untuk mengawal ahli-ahli Parlimen dari parti lain," katanya.

Menurut Jusuf, beliau terfikir bahawa tindakan Anwar mengadakan perhimpunan haram itu hanya sia-sia, melainkan menguntungkan sebelah pihak iaitu musuh-musuh Islam.

Berhubung pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah, beliau berkata, terdapat campur tangan daripada pihak-pihak tertentu di Filipina, kawan-kawan Anwar seperti Joseph Estrada dan sebuah syarikat besar di negara itu yang memberikan sokongan kewangan dalam pencerobohan tersebut.

"Tujuan mereka satu sahaja iaitu untuk melemahkan kerajaan Malaysia. Mereka yang menceroboh itu mahu menunjukkan kepada dunia luar bahawa kerajaan Malaysia lemah dan gagal menangani isu tersebut," katanya.sumber 

Seperti yang pernah MMI catatkan sebelum ini jika di teliti dan di perhalusi ianya sememangnya benar dan telah pun berlaku.Anwar sebenarnya sudah GAGAL bukan sahaja dari sudut kepimpinannya malah tindakannya yang sering berubah-rubah sehinggakan rakyat menyamakan beliau dengan raja putar alam.

Malah dalam satu perkara Anwar sudah melakukan tindakan yang cukup berbahaya kepada negara apabila terlalu banyak memberikan ruang serta peluang kepada rejim DAPigs untuk menguasai pentas politik sehinggakan ada beberapa insiden tertentu Anwar sendiri pun terpaksa akur kepada kemahuan sahabat rejimnya.Baca Sini 

Mudah bicara kerana impian untuk menjadi perdana menteri dan dendam yang cukup menebal dalam dirinya Anwar sudah melakar jalan yang penuh dengan ranjau dan beliau sendiri akan menangis sekiranya  perlu melalui jalan tersebut.

Percayalah manusia seperti ini sebenarnya sinonim dengan mereka yang mengalami masalah mental dan Anwar semakin mental apabila banyak pihak di luar sana sudah mula memberikan isyarat bahawa ANWAR IBRAHIM semakin GAGAL dan kita tidak lagi memerlukan beliau.

Kepada Anwar Ibrahim ingatlah masanya akan tiba bila mana kamu tidak lagi akan di sembah dan di julang oleh mereka-mereka yang telah kamu korbankan.Pada ketika itu Malaysia akan terus bergerak sebagai sebuah negara berdaulat dan nama kamu sudah pasti akan tenggelam dalam arus kepesatan negara dan dunia politik baru.

PASTI !

MMI.

Wednesday, 26 June 2013

Ada Cubaan BUNUH Datuk Seri Najib ??


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa menjadi perancang utama dalam konspirasi menggunakan kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shariibu untuk membunuh karier politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bekas pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong berkata, Anwar sering mengaitkan Najib dengan kes itu dalam siri ceramah politiknya sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Menurut beliau, konspirasi tersebut masih diteruskan selepas PRU-13 dan dilakukan secara sistematik termasuk menerusi bantuan media propembangkang.

"Mereka melakukannya secara berperingkat dan setiap tahun kes pembunuhan Altantuya akan dibangkitkan sekurang-kurangnya tiga kali.

"Saya tidak hairan apabila timbul dakwaan pembangkang cuba menyogok keluarga Koperal Sirul Azhar kerana perbuatan itu merupakan salah satu taktik mereka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Lum Yong mengulas kenyataan bekas peguam bela Anwar, Datuk Zulkifli Noordin semalam, yang tidak terkejut dengan pendedahan cubaan menyogok keluarga Sirul dengan wang RM3 juta kerana memang terdapat usaha terancang bagi memfitnah Perdana Menteri sewaktu mengendalikan kes Ketua Pembangkang itu dahulu.

Minggu lalu, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Rahimi Osman membuat pendedahan melalui TV3 bahawa terdapat usaha daripada pembangkang untuk menyogok keluarga Sirul agar bersetuju membuat kenyataan palsu terhadap Najib.

Namun, Lum Yong yakin rakyat tidak termakan fitnah yang ditaburkan ke atas Perdana Menteri oleh Anwar dan pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain.

"Usaha mereka memfitnah Najib tidak berkesan kerana rakyat memahami kedudukan sebenar kes pembunuhan Altantuya," ujarnya.

Sementara itu, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari memberitahu, pendedahan Rahimi itu menunjukkan pihak pembangkang semakin terdesak sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan Najib.

Beliau juga meminta pihak berkuasa segera menjalankan siasatan memandangkan pendedahan tersebut melibatkan individu berprofil tinggi.

"Perlu ada tindakan proaktif daripada pihak berkuasa, tidak perlu tunggu sehingga orang ramai membuat aduan," jelasnya.sumber

Bagi MMI , jangan sesekali kita memandang remeh setiap usaha dan gerakan terancang seperti ini.Dalam semua keadaan keselamatan pemimpin kita harus di perketatkan kerana apa sahaja boleh berlaku.Mungkin kini kita mendengar gerakan serta cubaan untuk membunuh karier politik Datuk Seri Najib dan jangan sesekali kita leka dengan keadaan itu kerana ianya mampu mencetuskan sesuatu yang jauh lebih dasyat seperti mana yang pernah berlaku di negara-negara lain.

Harapan MMI agar pihak keselamatan perketatkan kawalan kerana mereka-mereka di luar sana mampu merancang lebih dari sekadar membunuh karier politik.

Hati-hati...

MMI.

Monday, 17 June 2013

EKSKLUSIF Rundingan Di JAKARTA , Ada Tekanan WASHINGTON ??!!!


Pasti ramai yang ternanti-nanti apa cerita dengan pertemuan serta perjanjian melibatkan Anwar dan Najib sebelum PRU13 yang lalu.Apakah perjanjian tersebut hanyalah satu lagi rempah penyedap cerita politik di Malaysia ? Atau ianya merupakan satu pertemuan yang cukup SULIT hinggakan ianya tidak langsung boleh di kongsi dengan rakyat ?

MMI sedar dan faham bahawa dalam soal ini ada ketikanya perkara-perkara tertentu merupakan perkara paling SULIT melibatkan hal ehwal negara yang tidak boleh di hebohkan.Rakyat juga harus faham sebagai kerajaan banyak perkara yang perlu di lihat apatah lagi sekiranya ia merupakan isu yang melibatkan kepentingan negara.Namun ramai di luar sana yang ternanti-nanti untuk mengetahui adakah cerita perjanjian Anwar dan Najib itu benar-benar berlaku ?Dan benarkah Washington turut terlibat ?

Oleh yang demikian tidak salah rasanya MMI berkongsi dengan semua pendedahan tentang isu ini supaya rakyat dapat menilai serta memahami apakah yang berlaku sebenarnya.

Pada mulanya saya tidak hendak menulis perkara ini dan saya cuba bertahan untuk tidak menulis, kerana Bapak Jusuf Kalla berpesan kepada saya supaya berhati-hati.Dalam masa yang sama saya dapati berlaku kekeliruan dan perkara yang tidak adil kepada DS Najib. Maka, saya mengambil keputusan untuk menulis berita eksklusif ini.

Pertama sekali, pertemuan saya dengan Bapak Jusuf Kalla adalah berseorangan dengan dibantu oleh Ahli Parlimen Indonesia, Bapak A. Mohamad Fatwa yang juga Ketua Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia. Saya ditemani oleh dua orang rakan. 

Hubungan Anwar dengan Bapak Jusuf Kalla dan Bapak A.M. Fatwa adalah hubungan sahabat lama berpuluh-puluh tahun sejak zaman belia lagi. Malah sehari selepas Anwar dibebaskan dari penjara (2004), Bapak A.M. Fatwa terbang ke Kuala Lumpur untuk meraikan pembebasan Anwar. Manakala, hubungan DS Najib dengan Bapak Jusuf Kalla ialah hubungan sejarah di mana Bapak Jusuf Kalla adalah seorang Usahawan sejak zaman ibu bapanya lagi, manakala DS Najib adalah keturunan Bangsawan Bugis dari Kerajaan Goa di Sulawesi Selatan. Manakala, saya pula hubungan kekeluargaan dengan Bapak A.M. Fatwa dan juga Bapak Jusuf Kalla dari sebelah isteri saya. 

Dalam perbincangan Eksklusif saya dengan Bapak Jusuf Kalla dalam satu jam di rumah Bapak Jusuf Kalla, beliau memberitahu saya bahawa Anwar bertemu dengannya sebanyak 3 kali. 

Pertemuan pertama berlaku pada bulan Mac di mana Anwar datang ke rumah Bapak Jusuf Kalla di Jakarta. Tujuan Anwar bertemu Bapak Jusuf Kalla untuk meminta Bapak Jusuf Kalla menjadi orang tengah semasa PRU-13, di mana Anwar sangat yakin akan menang dan meminta Bapak Jusuf Kalla memberitahu DS Najib supaya sesiapa di antara mereka yang kalah hendaklah menerima kekalahan itu. Cukup saya dedahkan satu ini, yang lain sudah pasti rahsia.

Bapak Jusuf Kalla seorang yang bijak, dalam pertemuan itu, beliau memanggil dua lagi Ahli Parlimen Indonesia sebagai saksi iaitu Bapak Yusril Ihza Mahendra dan Bapak Fahmi Idris, kedua-duanya mantan Menteri Indonesia dan kedua-duanya juga adalah sahabat Anwar. 

Namun demikian, selepas keputusan PRU-13 memberi kemenangan kepada DS Najib pada malam 5/5/2013, Anwar Ibrahim telah mungkir janji tidak mahu menerima kekalahannya sebaliknya menuduh berlaku penipuan. Kemungkiran janji Anwar menyebabkan sahabat-sahabatnya itu (Bapak Jusuf Kalla, Yusril, Fahmi dan lain-lain) marah kepada Anwar Ibrahim.

Dalam negosiasi itu, Anwar berkata kepada Bapak Jusuf Kalla "saya mahu jawatan Perdana Menteri". Bapak Jusuf Kalla sebaliknya menjawab kepada Anwar, "Apa kamu sudah gila! Kamu hanya menang 89 kerusi parlimen, Najib menang 133 tidak mungkin kamu bisa jadi Perdana Menteri!".

Bapak Jusuf Kalla berkata lagi, "jika kamu (Anwar) di Indonesia, ya kamu sudah jadi Presiden Indonesia sebab kamu menang undi popular, tetapi di Malaysia guna sistem undi electoral (parti)".

Tambah Bapak Jusuf Kalla lagi, "kamu kata isu dakwat, lihat jari kamu (sambil memegang tangan Anwar) masih ada dakwat yang belum hilang. Kamu kata ramai orang Bangladesh, tak kan orang Malaysia tidak boleh membezakan orang Bangladesh dengan orang tempatan dari segi bahasa percakapan dan budayanya".

MASA DEPAN NURUL IZZAH ?

Dalam pertemuan itu juga, Anwar dan Bapak Jusuf Kalla menyentuh masa depan Nurul Izzah. Bapak Jusuf Kalla dan Anwar bercakap soal jawatan Menteri Penuh kepada Nurul Izzah. Dalam pertemuan itu, Anwar meminta masa untuk berfikir.

Bapak Jusuf Kalla turut bercakap beberapa jawatan Kabinet kepada Anwar, dan Anwar meminta tempoh masa berfikir.

Menurut Bapak Jusuf Kalla, Anwar datang menemuinya untuk membuat negosiasi ini kerana Anwar begitu yakin dia akan menang PRU13 dan seterusnya menjadi Perdana Menteri.

Pada pandangan Bapak Jusuf Kalla, Anwar hidup dengan imaginasi yang melampau-lampau di mana Anwar mengangggap dirinya adalah Perdana Menteri, Anwar percaya dirinya adalah Perdana Menteri, bercampur-campur dengan sikap egonya, maka Anwar kata Bapak Jusuf Kalla tidak dapat menerima hakikat ketewasannya di dalam PRU13.

Tekanan Washington !

Bapak Jusuf Kalla turut menceritakan hal lain, di mana beliau memberitahu kepada saya adanya elemen Washington dalam keputusan PRU13 itu, di antaranya pihak Washington telah menekan Presiden Indonesia supaya menerima kunjungan Anwar dan memberi sokongan kepada Anwar. 

Dalam hal ini, Bapak Jusuf Kalla memberitahu kepada saya beliau telah dihubungi oleh Presiden Indonesia untuk meminta pendapat akan hal ini, dan Bapak Jusuf Kalla memberi pandangan kepada Presiden Indonesia bahawa adalah tidak betul untuk menerima tekanan Washington itu.

Maka, pertemuan Anwar dan Presiden Indonesia semalam jelas akibat daripada tekanan Washington ke atas Presiden Indonesia !! sumber 

MMI.

Thursday, 13 June 2013

U-Turn Dah Kata Dah !!!


Parti Keadilan Rakyat (PKR) akhirnya membuat pusingan 'U' terhadap cadangan penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar pembangkang memboikot majlis angkat sumpah Ahli Parlimen di Dewan Rakyat pada 24 Jun ini.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebaliknya menegaskan bahawa wakil rakyat parti itu tetap akan menghadiri upacara tersebut.

"Saya ingin menjelaskan bahawa PKR tidak pernah memutuskan untuk memboikot majlis angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen.

"Semua Ahli Parlimen PKR akan menghadiri majlis angkat sumpah itu nanti. Selepas itu kami akan melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat dengan bersungguh-sungguh," katanya menerusi satu kenyataan lewat malam Rabu.

Sebelum itu Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin turut dilaporkan berkata tidak bersetuju dengan cadangan memboikot upacara angkat sumpah tersebut.

Tegas Zuraida, semua wakil rakyat PKR perlu menghadiri majlis berkenaan bagi melayakkan mereka turut serta dalam sesi persidangan Dewan Rakyat bagi penggal Parlimen ke-13.

Pada 7 Jun lepas, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor mempertimbangkan untuk memulaukan sesi pembukaan ke-13 Parlimen dengan tidak menghantar soalan untuk perbahasan.

Bagaimanapun, pada hari yang sama, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam sätu laporan menegaskan tidak akan memulaukan upacara angkat sumpah walaupun parti itu tidak puas hati dengan sistem pilihan raya dan akan memfailkan petisyen pilihan raya.

Tiga hari kemudian, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, parti itu membuat pendirian yang sama dengan DAP dan Ahli Parlimen Pas akan menghadiri sidang Parlimen seperti biasa.sumber 

Kihkih dah kata dah , mana berani puak-puak ni ... Anwar macam mana ? Macai sendiri pun tak nak dengar cakap dia macam mana nak jadi perdana menteri ? rasa-rasa ketua pembangkang kali ni bukan Anwar sebab dia nak boikot parlimen kan ? kan ? kan ? 

Baca juga di SINI 

MMI.

Anwar SENGSARA Lagi !!!!!


Nampaknya bang non kita makin tak senang duduk , ingatkan lepas PRU13 dengan segala gerakan himpun tak himpun tu bang non akan mampu terus tersenyum rupa-rupanya hujan di tengahari.Berkerut segala urat-urat saraf Anwar apabila mendengar kenyataan terbaru daripada kedua-dua sahabat sesyurganya.

Pas dan DAP tidak akan mengikuti langkah Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mempertimbangkan untuk memboikot majlis angkat sumpah di Parlimen pada 24 Jun ini.

Tu dia !! Pasai apa lah yang puak-puak ni suka bagi Anwar serabut ? Dia dah atur elok dah alih-alih sailang tengah belakang.

Ahli Parlimen Kepong dari DAP, Dr. Tan Seng Giaw berkata, tiada sebab Ahli Parlimen DAP yang telah memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu memboikot majlis angkat sumpah dan sesi sidang Dewan Rakyat akan datang.

Katanya, rakyat telah memberi mandat kepada Ahli-Ahli Parlimen DAP yang menang dan golongan itu perlu menghormati keputusan rakyat mahukan mereka sebagai wakil di Parlimen.

Sementara itu Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz pula berkata, Pas telah bermesyuarat dan membuat ketetapan akan menghadiri majlis angkat sumpah di Parlimen.

"Kami telah membuat ketetapan akan hadir. Begitu juga dengan DAP, saya dimaklumkan ahli-ahli Parlimen mereka turut hadir,".UTUSAN ONLINE

Ish ish mana yang kata pakatannya ? Macam yang MMI tulis sebelum ini , Anwar dah jadi liabiliti kepada barisan pembangkang dan perlu diingat ini di perakui sendiri oleh juak-juak macai pembangkang.Baca Sini 

Politik bang non , orang dah tak mau kita tu !!! Hahahaha MMI dah kata setakat mana puak-puak macai ni nak boikot parlimen ?? sembang ja lebih , Anwar apa Anwar yang penting kuasa !! Ohh ada lagi masyukkkkk...

MMI.

Wednesday, 12 June 2013

PANAZZ Penyokong Sendiri Akui Anwar Semakin Hilang Rentak !!!


Anwar sudah semestinya sibuk mencari ilham bagi mengembalikan keyakinan juak-juak macainya bahawa beliau masih menjadi aset kepada pembangkang di Malaysia.Dalam suasana politik yang tidak menyebelahi pembangkang sejak reformasi mengambil tempat , Anwar sudah tentu tahu kelibat serta auranya akan hilang hari demi hari.

Himpunan "Black505" yang di pimpinnya di seluruh negara ternyata hanya hangat-hangat tahi ayam apabila rakyat marhaen cuba dijadikan kambing hitam bagi menutup janji untuk bersara dari dunia politik sekiranya pembangkang tidak dapat menguasai Putrajaya dalam PRU13.

Bagi MMI , Anwar di kira masih bernasib baik kerana masih memiliki kambing-kambing berjanggut yang tahap pemikirannya terlalu rendah malah sanggup menggadaikan prinsip serta maruah perjuangan sendiri.Namun MMI tak hairan sangat sebab nama pun kambing berjanggut memang semacam itulah sikap mereka.

Rumput yang menghijau di tengah padang tidak mahu di ragut malah mempersoalkan pula sama ada rumput tersebut benar-benar rumput sebaliknya lebih suka memilih untuk menelan rumput kering yang telah di racun.

Anwar tahu bahawa mata-mata sepet yang mengaku bersamanya tidak ikhlas malah sedang mempergunakan beliau bagi mendapatkan sesuatu.Anwar juga tahu ada beza diantara kambing berjanggut dengan si mata sepet namun dalam keadaan sekarang beliau tidak mampu melakukan apa-apa waima si mata sepet langsung tidak mengendahkan saranan beliau untuk menyerang SPR dan kerajaan kononnya pilihanraya baru-baru ini tidak telus.

Pada ketika Anwar tersenyum kononnya rakyat sudah termakan jerat pelanduknya , si mata sepet jauh lebih bijak apabila berpura-pura TUNDUK kepada BANGSA MELAYU.Tunduk itu bukan tunduk biasa , tunduk itu bagi mendapatkan perkenan untuk menjadi ketua menteri seterusnya memperakui bahawa hanya kawasan yang pembangkang menang sahaja proses pengundian itu telus.

Hahahaha mata sepet ni memang bijak , PERSETAN apa yang Anwar mahukan kerana kuasa kini sudah di depan mata.Anwar atau KUASA ?? Hihihi Anwar melopong di liwat si mata sepet dan konco-konconya.

Apa lagi yang Anwar ada selain si kambing berjanggut dan konco-konconya ?

Menurut sumber kandang Anwar pun huru-hara !! Apa benar ianya huru-hara ?? Nantikan masa itu akan tiba pasti semua pihak akan mengetahuinya.

Dalam hal ini apa lagi yang Anwar ada selain dari empunya diri ??

Apakah suara dan lenggok tarinya di pentas-pentas opera pembangkang akan terus di terima selepas ini ??

Rasanya adalah lebih adil kesimpulan itu di suarakan sendiri oleh mereka-mereka yang selama ini menjadikan si kambing dan si mata sepet sebagai sahabat kepada si Anwar bermata satu.

Di petik dari blog kerajaan rakyat.

Mungkin ramai sahabat Kerajaan Rakyat dikalangan PKR, terutamanya penyokong dan peminat tegar Anwar Ibrahim tidak bersetuju, tetapi saya berpendapat karier politik Anwar Ibrahim memuncak ketika era Reformasi 1998, bukan sekarang!! Masakini Anwar Ibrahim sedang berusaha bersungguh memperlahankan zaman kejatuhannya !!

Mengukur berdasarkan bacaan politik semasa dan beberapa kesilapan besar partinya yang kerap dikesampingkan dan dianggap remeh oleh Anwar Ibrahim, Kerajaan Rakyat kira untuk Anwar Ibrahim bangkit semula amat samar apa tah lagi untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Kerajaan Rakyat adalah antara jutaan rakyat Malaysia yang mengharapkan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia agar dapat baginya mengangkat martabat rakyat marhean, tetapi saya juga adalah pemerhati politik yang tidak taksub, malah saya menilai irama politik politikus bersendikan alunan badai politik semasa.

Walau bagaimanapun Anwar Ibrahim akan tetap dikenang sebagai politikus dan pemidato politik terbaik negara disamping bekas pemimpin pelajar yang amat glamour di eranya.

Komen MMI , Dah sampai masanya Anwar perlu melihat kepada kehidupan hari tuanya.Tua bermaksud tempoh jangka masa yang kita miliki sudah hampir sampai penamatnya.Penuhi impian untuk menjadi pensyarah sebelum impian menjadi kenangan yang penuh dengan aksi akrobatik dan chinadollnya.

MMI.

Tuesday, 4 June 2013

Anwar PETUALANG ~ Masyarakat India Harus SEDAR !!!


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai seorang yang tidak mempunyai kewibawaan kerana sanggup 'menikam' kaum India semata-mata mahu mengejar matlamatnya menjadi Perdana Menteri.

Penolong Setiausaha Kehormat Persatuan Telugu Malaysia, S. Sathiah berkata, beliau tidak terperanjat apabila Anwar sekali lagi akan 'meliwat' pengorbanan kaum India yang banyak berjasa sehingga membolehkan pemimpin parti pembangkang itu menang besar di Pulau Pinang dan Selangor.

Beliau turut menyifatkan Anwar sebagai 'raja segala penipu' apabila gagal mengotakan janjinya untuk membantu menyelesaikan isu-isu melibatkan kaum India.

Jelasnya, tindakan Anwar yang sering kali berdolak-dalik itu menandakan beliau seorang yang tidak boleh dipercayai kerana berjaya memperalatkan kaum India dengan hanya menabur janji kosong yang sengaja digembar-gemburkan bagi meraih sokongan rakyat.

"Kita ambil contoh isu Kampung Buah Pala di Pulau Pinang, apa sudah jadi dengan janjinya yang akan mempertahankan hak penduduk perkampungan setinggan itu,".

Menurutnya, Anwar bukan sahaja lupa dengan janjinya itu selepas pembangkang merampas Pulau Pinang daripada Barisan Nasional (BN), tetapi penduduk yang terbabit juga telah 'dihalau' oleh kerajaan DAP yang mahu membangunkan kawasan tersebut.


Beliau mengulas kenyataan Pemimpin Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (Hindraf), P. Uthayakumar berhubung sikap Ketua Pembangkang itu yang dilihat hanya berminat mengejar undi kaum India berbanding menjaga kebajikan mereka.

Sathiah berkata, kaum India di negara ini berasa tertipu dengan janji-janji manis yang tidak pernah dikotakan dan kerana itu mereka beralih memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Anwar pernah menjanjikan dua tempat bagi jawatan Exco kerajaan negeri untuk kaum India sebelum pilihan raya lalu, namun setelah berjaya beliau gagal menunaikan janjinya.

"Sekurang-kurangnya, kerajaan BN mampu melaksanakan janjinya dengan melantik Pengerusi Hindraf, P. Waythamoorthy sebagai wakil kaum India," jelasnya.

Sementara itu, Presiden Gagasan Pelajar India 1Malaysia (1MISM), Mahaganapathy Dass turut menyelar tindakan Anwar yang gagal menunaikan janjinya kepada kaum India untuk mempertahankan kuil-kuil di Selangor daripada dirobohkan.

"Sejak pembangkang mengambil alih Selangor, kira-kira lapan buah kuil telah di robohkan, Anwar merupakan pemimpin yang bermuka-muka dan sering memperdayakan rakyat khususnya kaum India bagi meraih undi.

"Pemimpin bertopeng seperti Anwar perlu ditolak, sudah tiba masanya bagi kaum India bangun mempertahankan maruah mereka yang telah dipijak-pijak oleh Ketua Pembangkang itu," katanya.

MMI.

Anwar Pertikai Titah YDP Agong ?? Masanya Dah Tiba !!!!


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, titah yang di-Pertuan Agong yang menggesa rakyat di negara ini menerima keputusan Pilihan Raya 2013 disediakan Jabatan Perdana Menteri (JPM), dan Pakatan Rakyat (PR) jelasnya bersedia menerangkan pendirian mereka berhubung protes menolak keputusan pilihan raya 5 Mei lalu.

Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah menitahkan pada Sabtu, semua pihak, tanpa mengira kaum dan kepercayaan, menyokong usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk membaik pulih semula persefahaman kebangsaan.

“Kita tahu sistem Perlembagaan di negara ini, ucapan Yang di-Pertuan Agong dibuat Jabatan Perdana Menteri, kemudian disahkan oleh perdana menteri, seterusnya dihantar oleh Pejabat Perdana Menteri untuk pertimbangan Agong,” kata Anwar (gambar) kepada pemberita ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.

Menurut Anwar lagi, PR juga bersedia menulis warkah bagi menjelaskan tindakan mereka kepada Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah serta menerangkan penipuan dan kecurangan yang berlaku dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Kalau perlu kita boleh tulis warkah kepada Yang di-Pertuan Agong, menerangkan kecurangan dan keterlaluan dalam sikap SPR, serta kemuki bukti penipuan yang nyata.

“Kami menghargai kenyataan oleh Agong, namun ucapan itu disiapkan kerajaan,” katanya.

Dalam titahnya, Seri Paduka mahu agar prinsip-prinsip seperti demokrasi berparlimen yang sihat dan matang, Raja Berpelembagaan sebagai teras kestabilan nasional, menghormati falsafah Persekutuan, meraikan kepelbagaian, menjunjung keluhuran Perlembagaan dan memuliakan kedaulatan undang-undang dijadikan teras panduan kepada proses itu.

Bagi MMI inilah masa dan ketika paling baik untuk semua pihak termasuk YDP Agong untuk memastikan manusia bernama Anwar Ibrahim segera di kenakan tindakan dan rasanya lebih baik sekiranya di lucutkan kerakyatan sebagai warganegara Malaysia.

Anwar dengan jelas dan berniat telah menghina YDP Agong apabila mempertikaikan titah ucapan Tuanku dengan cuba mengaitkannya dengan politik.Anwar jelas cuba mewujudkan rasa benci rakyat bukan sahaja terhadap kerajaan Barisan Nasional tetapi juga telah mengheret institusi raja ke dalam kancah politik kononya YDP Agong menjadi alat politik kepada Barisan Nasional.

Ini merupakan satu penghinaan paling serius yang MMI rasakan amat tidak bertanggungjawab dan Anwar seharusnya di kenakan tindakan.

Jangan biarkan kerana ini satu penghinaan bukan sahaja kepada YDP Agong tetapi juga kepada kerajaan malah rakyat juga sebenarnya turut berasa terhina dengan apa yang telah Anwar Ibrahim lakukan.

Jangan Tunggu Lama-Lama !!!

MMI.

Monday, 3 June 2013

Liwat , Lahad Datu & Menyundal ~ Anwar Mau Lari Mana ????


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa menganjurkan siri perhimpunan haram di seluruh negara kerana mahu mengalih tumpuan rakyat daripada tiga perkara yang paling ditakutinya.

Ketiga-tiga perkara itu ialah rayuan kes liwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, isu pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah dan pendedahan bekas rakan karibnya, Datuk S. Nallakaruppan berhubung aktiviti seks beliau,

Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor berkata, Anwar akan memastikan ketiga-tiga perkara tersebut 'dilenyapkan' daripada minda rakyat walaupun tindakannya itu akan mengundang kemudaratan terhadap agama, bangsa dan negara.

"Anwar sememangnya cenderung untuk melakukan pelbagai tindakan terdesak bagi memastikan 'pekung' di dadanya tersisip rapi dalam bajunya kerana beliau tahu ketiga-tiga perkara itu akan menyebabkan karier politiknya boleh terkubur.

"Jadi, dalam tindakan terdesak terbaharunya ini, beliau mengheret penyokongnya untuk turun ke jalan supaya perhatian rakyat teralih daripada isu sebenar yang menyelubungi Anwar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ezam berkata, politik yang dibawa Anwar bukan berlandaskan menyelesaikan masalah rakyat atau negara tetapi semata-mata untuk memuaskan nafsu peribadinya sahaja.

Bukti paling jelas, katanya, ialah pendedahan sahabat karib Anwar iaitu bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla yang memberitahu Ketua Pembangkang itu sanggup berbohong dan mengkhianati janji kerana mahu menjadi Perdana Menteri.

"Setiap rakyat yang waras seharusnya sudah nampak jelas jenis pemimpin apa Anwar ini, iaitu jenis pemimpin yang mempergunakan rakyat bagi menyelesaikan masalah peribadinya bukan pemimpin yang sanggup berkorban kepentingan peribadinya untuk rakyat.

"Negara ini sudah terlalu lama menjadi mangsa pemimpin songsang ini dan memang sampai masanya untuk riwayat politik songsang Anwar ditamatkan demi kepentingan rakyat dan negara," tegasnya.

Dalam pada itu, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, secara lazimnya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu akan bersungguh-sungguh mencipta suatu peristiwa besar bagi melindungi kegelisahannya maka sebab itu perhimpunan haram digerakkan.

"Anwar telah menggerakkan segala jentera PKR untuk menjayakan perhimpunan haram, biarpun gagal mendapat sokongan penuh daripada pemimpin tertinggi Pas dan DAP. Ternyata perhimpunan tersebut adalah agenda peribadi beliau, tetapi menipu penyokong pembangkang dan rakyat Malaysia kononnya untuk menyelamatkan negara,'' ujarnya.

Seorang lagi bekas Setiausaha Sulit Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, Muhamad Rahimi Osman berkata, Anwar kini benar-benar terdesak untuk mengalihkan pandangan rakyat terhadap segala isu yang dihadapinya.

Jelasnya, terlalu banyak dosa Anwar kepada negara, sehinggakan Ketua Pembangkang itu tidak lagi mampu menjawab satu persatu isu tersebut dan cara terbaik bagi melarikan diri adalah dengan menghasut rakyat turun ke jalanan atas sesuatu perkara yang remeh dan tidak benar.

"Anwar juga risau dengan tindakan undang-undang yang akan diterimanya jika disabitkan bersalah atas tiga isu tersebut, jadi, tindakan berhimpun ini juga adalah usaha menakut-nakutkan kerajaan agar menunjukkan dia masih popular dalam kalangan rakyat.

"Saya gesa rakyat agar tidak percaya kepada Anwar dan kerajaan tidak akan sekali-kali membiarkan beliau bebas bermaharajalela atas segala kesalahan yang telah dilakukan," tegasnya.

Komen MMI , Anwar sebenarnya sudah tidak lagi relevan waima dalam pakatan haprak sekalipun.Ini terbukti apabila banyak kepincangan berlaku dalam pakatan haprak sebelum ini yang menyaksikan Anwar gagal menyelesaikan kemelut yang berlaku khususnya yang melibatkan parti PAS dan DAP.

Malah dalam beberapa perkara PKR sendiri pun sebenarnya mengalami masalah yang cukup kronik melibatkan ahli-ahli parti sendiri di kawasan-kawasan tertentu.Gila jawatan dan huru hara dalam pemilihan parti sudah cukup untuk menggambarkan Anwar kini bukan lagi pemimpin yang di hormati.

Jangan lupa dalam setiap pentas ceramah dan gerakan songsang yang dianjurkan cuba kira bilangan yang hadir , agaknya siapa yang paling ramai dan siapa yang paling sedikit.Hahahaha Anwar sebenarnya sedang menantikan tempoh waktu bersara yang sudah pasti menjadi peristiwa paling hitam dalam sejarah politiknya.

Tunggu dan lihat !!!

MMI.

Menteri Luar Australia ~ Malaysia Ada Kredibiliti & Boleh Di Percayai !! Bang Non Sakit Hati Lagi Kerr ???


Dari apa yang MMI dengar bang Non sekarang dok mundar-mandir memikirkan untung nasibnya selepas pilihanraya baru-baru ni.Jika sebelum ni bukan main lagi anjur himpunan sana-sini sekarang nampaknya dah semakin lesu dah.Malah anak-anak ikan bang Non yang di minta untuk sertai program perkhemahan di sekitar balai polis pun nampaknya dan semakin boring dengan aktiviti tersebut.Apa lagi agaknya bang Non dan juak-juak macainya akan lakukan selepas ni ? Yang pasti perkembangan terbaru sudah pasti membuatkan bang Non mandi tak basah , makan tak lalu dan tidur pun mungkin terganggu kerana memikirkan kenapa orang luar tak mau sokong apa yang dia tengah buat.

MELBOURNE - Menteri Luar Australia, Senator Bob Carr telah menyifatkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di Malaysia pada 5 Mei lepas, mempunyai kredibiliti dan boleh dipercayai.

Menjawab soalan Editor Luar Negara akhbar The Australian, Greg Sheridan, di stesen televisyen Sky mengenai kredibiliti Malaysia, Ahad, Carr berkata: "Nah...mereka pasti adalah kerajaan yang berwibawa.

"Saya menelefon rakan sejawatan Anifah Aman (Datuk Seri) pada Jumaat untuk mengucapkan tahniah serta mengatakan saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan beliau pada Sidang Kemuncak Asia Timur di Brunei dan juga forum lain,” katanya.

Carr mengulangi matlamat kerajaan Australia supaya tidak campur tangan dalam urusan politik domestik di Malaysia.

"Ia adalah pilihan raya Malaysia. Seperti yang saya nyatakan di Senat bahawa kita bukan surujanjaya pilihan raya untuk Malaysia.

"Kita tidak boleh membuat keputusan mengenai keadilan atau ketidakadilan dan kita bukan mahkamah pertikaian yang menentukan sama ada seseorang dengan dakwat calit di jari selepas mengundi mampu membuang undi lain atau tidak...kita tidak boleh masuk campur ke dalam perkara-perkara seperti itu,” katanya.

Carr berkata ia adalah pilihan raya Malaysia yang dijalankan di bawah peraturan berbeza daripada pemahaman rakyat Australia.

"Tetapi kerajaan (Australia) - kita tidak boleh masuk campur dalam urusan hal ehwal dalaman negara yang mana kita menikmati hubungan mesra,” katanya.

Alo bang Non macam yang MMI pernah kata mereka yang dulunya bang Non anggap kawan sekarang ni dok monitor bang Non.Tu lah janji lah lagi , mau dok ingat dah banyak berlaku di negara lain kawan-kawan puak bangsat ni dah banyak yang hilang.Mau ingat tu....Bang Non dah psycho sekarang !!

Baca juga di SINI 

MMI.

Labels