Showing posts with label balik kampung. Show all posts
Showing posts with label balik kampung. Show all posts

Wednesday, 16 March 2011

Selamat Pengantin Baru Cik Dah & Uncle Sharil

Assalamualaikum semua

Ini adalah backdated entry tapi sangat bermakna kerana CikDah telah selamat diijabkabulkan pada 22 Rabiul Awal bersamaan 25 Februari 2011. Alhamdulillah semua telah berjalan lancar, dan cikDah selamat bergelar isteri kepada Shahril..Uncle Sharil ni orang Johor.
Kenduri kat Aloq Setar bertemakan warna purple yang sangat cantik.. Semua adik beradik berkumpul dan jadi kenduri sangatlah meriah, paling gembira budak2 laa..asik angkut gula gula yang dapat free masa kenduri ni, termasukla Luqman..
sekarang mari layan gambar2 yang diambil

Menanti saat saat indah, mak bertudung putih.. kelihatan jugak Mak Man di tepi CikDah and Aci Bee yang baju merah tu..
Di dalam masjid, ada dua pengantin yang akad nikah lepas asar harini, jadi masjid ni agak padat dengan orang ramai

Alhamdulillah selepas selamat diijabkabul di depan masjid


Ini gambar di hari kenduri pada Sabtu 26/2/11..
Pengantin berarak ke rumah.. Haziq dan CikLah jadi pengepit
Famili pihak perempuan
and lastly
-
-
-
-
-
-
-
-
Ummi peminat pi mai pi mai tang tu tau!

Thursday, 11 February 2010

Balik Kampung January 2010

Salam,


Lama betul mendiamkan diri, bukan apa kami sefamili baru saja balik bercuti tapi sebelum bercerita pasal percutian, nak cerita dulu pasal balik kampung tempoh hari.
Januari lepas Luqman balik kampung dengan Ummi saja sebab Abi tengah sibuk nak closed up projek. Jadi terpaksa lah Ummi travel dengan Luqman buat pertama kali, nasib baik Luqman begitu baik sekali di dalam flight, Alhamdulillah..

Chelah dan tok jemput Luqman di KLIA dan kami stay di Bangi selama 3 hari, tapi ummi tak sempat nak berjumpa kawan kawan sebab banyak sangat hal nak kena settle...buat passport, jumpa dentist dan lain lain lagi.

Lepas Bangi, kami singgah pula di Penang melawat sepupu-sepupu Luqman. Luqman seronok jumpa Che Ina, abg Aiman, abg Afiq dan Abg Ismul tapi tak sempat jumpa abg Haziq yang duduk di asrama. Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Kedah. Di Kedah, kami sempat bershopping di Alor Star Mall dan jumpa sepupu Luqman sorang lagi, Amirul.

On the way balik ke Penang, Luqman terjumpa pula dengan gadis gadis Syria di Hentian Sg Perak. Seronoknya main..

Sampai Penang terus main dengan abang Ismul Hari dah pagi, tok nak hantar abang abang ke sekolah.
Ini Amirul sepupu Luqman di Kedah Kemudian, Luqman balik Perlis jumpa tok dan jumpa adik Aufa buat pertama kali! Luqman sungguh seronok melayan dan main dengan Aufa. Nanti kalau Aufa dah besar boleh la Luqman main kejar2 dengan Aufa ya.

Muah adik Aufa.. Sekarang Luqman pula nak mandi.. yeeah yeah
Adik Aufa jom la kita tido.. Luqman nak tolong tok tapi macamana nak guna benda ni ya? Tok..Luqman nak tolong tok siram pokok bunga
Sepuluh hari di kampung terasa cepat sekali, Luqman dan Ummi dah kena balik ke Abu Dhabi. Ami Najib dan Mama Mala hantar kami di KLIA, Luqman sempat juga jumpa Abdullah dan kakak Salma sepupu sebelah ummi. Tapi Luqman tak berapa ngam dengan Abdullah pula, kenapa ya? Luqman asyik nak tolak tolak Abdullah dan Abdullah pula cepat je nak menangis..lain kali kawan baik baik naa..
Bestnya balik kampung, dapat jumpa ramai saudara mara, insyaAllah panjang umur nanti kita jumpa lagi.. Luqman rindu kat tok tok..