Showing posts with label Luqman. Show all posts
Showing posts with label Luqman. Show all posts

Monday, 19 September 2011

Luqman and Tonsilitis

gambar ini sama seperti throat luqman
gambar dari google.
salam semua
selamat hari raya kepada semua
hari ini nak update blog mengenai kesihatan luqman. sejak 2 hari lepas ada kelainan sikit dengan si luqman ni.
- nafas berbau agak busuk walaupun dah gosok gigi
-demam on and off
-tidur berdengkur dengan meleleh air liur
-hilang selera makan
-tak aktif seperti selalu
mula-mula ingatkan demam biasa jadi setakat bagi ubat demam saja. semalam sebab dia menangis dan tak mau makan, abi telah bawa ke klinik berhampiran rumah ni dan doktor bagi ubat kembung perut dan antibiotik, kononnya terdapat jangkitan bakteria dalam perut jadi nafasnya turut berbau.
Tapi biasala ummi, tidak begitu yakin dengan diagnosis doktor tersebut. pagi ni ummi terus pergi jumpa our peberet paed Dr Arbaiyah di hospital pakar annur. dengar je simptom2 tersebut terus doktor check tonsil dan memang tersangat terkejut ummi bila melihat tonsil luqman bengkak dan ada putih kat tepi2 macam ulser. patutlah luqman sangat tak selesa dan hilang selera makan kerana memang ternyata kalau nak telan makanan memang sakit. Simptom ini di namakan tonsillitis.
Lalu doktor pun prescribe antibiotik augmentin dan oral aid untuk dititis ke dalam kerongkong.
kata doktor insyaAllah kalau semua ok by jumaat luqman akan kembali normal...amin
semoga pengalaman ummi ini dapat membantu ibubapa yang menghadapi masalah yang sama. sekian terima kasih

Thursday, 24 March 2011

Thursday, 24 February 2011

Perarakan Maulidur Rasul

Sejak ummi mula bekerja Januari lalu, Luqman dihantar ke Taska Ilsas yang terletak dalam kawasan UNI10. Sekarang dah genap 2 bulan Luqman berada di sini dan dia nampaknya semakin ceria dan pandai berkawan. Tapi tiap2 pagi ummi masih perlu berdepan dengan situasi drama ayer mata setiap kali sampai ke pintu taska.
Taska ini banyak aktiviti dan salah satu aktiviti ialah perarakan Maulidur Rasul oleh kanak-kanak yang ceria pada isnin yang lepas. Perarakan dimulakan pada jam 9 pagi dan hanya ambil masa 5 minit saja.. dekat je lebih kurang 10 meter je dari pintu taska tu tapi semua anak-anak memang excited dpt keluar taska..:)
Anak-anak yang berusia 3 dan 4 tahun telah di latih untuk berselawat ke atas Nabi dan berarak. Memang sangat terharu kerana seawal usia ini telah dilatih untuk berselawat.. yang 4 tahun sangat lancar melaungkan selawat.. Luqman dia pandai sebut Muhammad saja.. tak berapa lancar lagi.
Sekarang mari layan gambar-gambar yang diambil..
Depan taska..semua cari kasut masing2

Bila buka pintu taska..zass semua berlari menuju ke tempat permulaan perarakan

sessi mendengar taklimat dari cikgu..Luqman bersungguh2 mendengar

Perarakan bermula

Inilah kawan-kawan dan cikgu di taska Ilsas

Sekian

Tuesday, 4 May 2010

Wall vs scrap-book

Luqman's new hobby is drawing on the wall. If he had a pencil or crayon, instead of drawing in his book, he'll start to scribble something on the wall. Yes, drawing is one way for him to learn but not on the wall. Now, Ummi has to find an interesting way to encourage Luqman to express his creativity on his scrap-book. But how? Any idea?


Luqman artistic expression etched on the wall..Yezza Luqman..teruskan usaha anda.. nanti Abi cat dinding ni :)

Sunday, 4 April 2010

Luqman dah 18 bulan


Salam
Lama betul tak update milestone heroku Luqman Hakim. InsyaAllah bulan ni Luqman dah genap 1 1/2 tahun, pejam celik sekejap saja masa berlalu, dah besar dah hero ummi sorang ni. Alhamdulillah..

Luqman dah pandai membebel sorang2, antara perkataan yang dia dah boleh cakap and kami faham ialah

1. nak nak nak.. sambil tunjuk kat benda yang dia nak

2. car..atau bunyi tarr.. untuk semua jenis kenderaan beroda 4

3. dog. untuk semua jenis binatang... kucing dan burung pun dia panggil dog

Luqman pun dah pandai dengar arahan, kalau nak keluar suruh pakai shoes nanti berlari lari ambil kasut nak pakai..kalau dengar azan nanti dia pun angkat tangan takbir dan dah pandai angkat tangan untuk baca doa makan.. hehe cute sangat.

Semoga Luqman terus membesar dan jadi seorang anak yang soleh.. aminnn