Korang mesti pelik kan kenapa aku sering bercakap dan relate anything to pedofilia cases. Sebab utama adalah aku adalah salah satu mangsa (almost). At that time aku tak tau apa yang orang tu buat adalah salah. Aku sedar bila aku belajar munakahat di sekolah agama. Aku tak tau apa-apa tentang seks dan satu-satunya sumber pengetahuan seks aku pada waktu itu adalah pembelajaran di kelas agama. Aku bersyukur jugalah aku tau pada usia yang muda. Jadi aku leh sekat apa yang aku rasa tak selesa dan salah pada standard aku. Orang lain korang punya pasal nak kata aku kolot ke tak up to date ke ... I don't give a damn about it even if I have to loose friends yang tak berapa bermanfaat untuk aku. So far kengkawan aku takkan open tang tu kat aku. Kenapa sebab mak aku cikgu derang. Siap kalau aku citer kat mak aku, derang nyer imej jugak yang tercalar kan.. haha..
ok, back to the topic. Sebenarnya aku terleintas nak tulis pasal nie lagi bila tengok rancangan Oprah masa dia (pihak dia lah) ke sebuah pusat penempatan pesalah seks tegar atau berulang di sebuah pulau di Amerika. Slot nie menarik sebab dia dapat temuramah seorang pesalah seks perempuan dan juga beberapa pesalah seks lelaki. Apa yang menariknya adalah kriteria yang perlu diperhatikan pada pesalah seks yang dinyatakan oleh pesalah seks itu sendiri berdasarkan pengalaman mereka.
Antara yang menarik perhatian aku adalah setiap pesalah seks yang ditemuramah menyatakan yang mereka juga adalah mangsa penderaan seksual semasa mereka kanak-kanak.
Setiap pesalah seks ini juga dah berjaya merogol mangsa-mangsa mereka beberapa puluh kali sebelum pertama ditangkap dan didakwa. Sepanjang perlakuan mereka itu, mereka adalah bebas dari sebarang rekod jenayah.
Modus operandi mereka adalah disekitar kawasan yang berhampiran kediaman dan komuniti mereka. Mereka boleh jadi seorang pekedai, seorang pengunjung rumah ibadat yang tetap seorang jiran yang baik, pengasuh atau sesiapa sahaja. Mereka memerhatikan bakal mangsa mereka di tempat-tempat yang sering mereka kunjungi. Mereka menutup tindak-tindak mereka dengan imej yang bersih di mata masyarakat. Mereka juga menakut-nakutkan mangsa-mangsa mereka untuk tidak melaporkan kegiatan mereka kepada sesiapa terutama ibubapa dan pihak berkuasa atau pihak sekolah.
Setakat ini sahaja perkongsian aku tentang kegiatan pedofilia nie. Awaslah ibu bapa. Pemangsa pedofilia nie boleh berada di dalam rumah kita sendiri yang kadang dari insan yang paling tidak kita sangka.
Bagi aku, aku dah maafkan apa yang dia buat pada aku. Kami dah melalui jalan hidup kami masing-masing. Dosa dia bukan pada aku, dosa dia pada Allah. Biarlah urusan dia dengan Allah. Aku dah lepaskan untuk aku menjalani hidup aku dengan lebih tenteram.
Cerita-ceriti kehidupan seorang insan yang masih bertatih mengharung kehidupan...
Showing posts with label pedofilia. Show all posts
Showing posts with label pedofilia. Show all posts
Sunday, December 26, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)
PROMOSI SHAKLEE MAC 2018 Bulan Mac ini semua sid Shaklee panas kerusi. Semua tak boleh duduk diam sebab produk baru set penjagaan kuli...
-
Aku adalah anak susu ibu dari awal lahir sampai umurku 2 bulan.. lepas tu mak aku try untuk terus bagi dengan mengepam sampai ke titisan sus...
-
PROMOSI SHAKLEE MAC 2018 Bulan Mac ini semua sid Shaklee panas kerusi. Semua tak boleh duduk diam sebab produk baru set penjagaan kuli...
-
Sempena bulan Ramadhan dan Syawal yang akan tiba tak lama lagi, aku nak jual kuih raya. Kuih raya ni kalau ikut tekak aku dan family aku me...