Teringat dialog dalam drama Gemilang hari Isnin kelmarin. Dah lama nak cerita tapi tertangguh.
Dialog perbualan antara Saifullah dengan anak gurunya (aku lupa nama dlm drama tu).
Antara dialog anak cikgu tu adalah,"Aku ingat ko kerja bidang profesional macam lawyer, dokter, etc. paling tidak pun engineer macam aku." Nie lebih kurang lah tak exactly apa yang dia sebut. Walaupun aku bukan seorang cikgu, tapi aku sangat pissed off dgn statement tu. Apa cikgu tu bukan bidang profesional ke? Jadi cikgu kena ada ilmu psikologi, ada empati, ada karisma, selain kepakaran dalam bidang yang dia ajar. dia juga perlu ada pengetahuan am dan kaitan apa yang dia ajar dengan isu semasa untuk menjadikan subjek yang dia ajar tu menarik minat pelajar dia, dan pelajar dia akan nampak yang dia belajar subjek tu akan ada manfaat lain yang ada kaitan dengan kehidupan harian.
Sekian bebelan yang tak seberapa. Aku tak jadi cikgu bukan kerana aku merendahkan profesion guru. Aku tak jadi cikgu sebab aku tahu betapa tingginya martabat dan tanggungjawab yang terletak di bahu seorang guru.
Cerita-ceriti kehidupan seorang insan yang masih bertatih mengharung kehidupan...
Showing posts with label guru. Show all posts

Friday, March 25, 2011
Tuesday, March 8, 2011
Cikgu kita hari ini...
Disclaimer: Entry ini tidak menghukum mana-mana institusi perguruan atau sistem pendidikan di negara kita. Juga ia tidakmenghukum semua guru yang berkhidmat di negara kita kerana ibu saya dan ramai lagi saudara-mara saya yang juga seorang guru. Sesungguhnya menjadi anak seorang guru menjadikan saya lebih hormat dan lebih tahu penat jerih seorang guru walau mereka hanya hadir ke sekolah setengah hari dalam sehari.
Seawal selepas subuh lagi seorang guru dah bersiap untuk mengejar bas pertama untuk ke sekolah demi amanah yang telah diterimanya usai menerima tauliah seorang guru. Walaupun ada yang culas datang kelas dah pukul 8.00 pagi walaupun kelas bermula 7.30 pagi, tapi nak pulak balik pukul 1.00 petang macam yang datang pukul 7.00 pagi. Bukan ke yang masuk pukul 8.00 nie patut balik pukul 4.00 ptg sbb dia nak rasa macam kerja ofis.
Lewat malam seorang guru masih lagi bersengkang mata dengan buku sekolah murid, laporan mengajar, buku keputusan periksa, kertas ujian, etc. Ada juga yang pukul 9 dah tido. Lagi hebat, macam orang kerja ofis boleh lepak kat luar berhibur sampai lupa esok pagi nak kena bangun pagi nak pergi mengajar.
Ada guru sandaran yang merayu-rayu minta disambung kontrak dan diserap jadi guru tetap setelah berpenat-lelah menyumbang tenaga dan keringat mendidik anak bangsa tanpa kira gaji yang terhad dan tiada overtime walaupun kena datang kerja hari Sabtu dan Ahad.Tapi ada juga guru lepasan KPLI yang masih merungut gaji kecil yang kononnya tak setimpal dengan kelulusan ijazah yang dimiliki. Korang nie sedar tak kalau tak dapat KPLI, korang takkan dapat gaji macam tu kalau kerja dengan swasta. Silap hari bulan jadi kerani cabuk kat company cap ayam itik. Jadi bersyukurlah dan berkhidmatlah dengan ikhlas walaupun setakat mengajar darjah 3.

Subscribe to:
Posts (Atom)
PROMOSI SHAKLEE MAC 2018 Bulan Mac ini semua sid Shaklee panas kerusi. Semua tak boleh duduk diam sebab produk baru set penjagaan kuli...
-
Aku adalah anak susu ibu dari awal lahir sampai umurku 2 bulan.. lepas tu mak aku try untuk terus bagi dengan mengepam sampai ke titisan sus...
-
PROMOSI SHAKLEE MAC 2018 Bulan Mac ini semua sid Shaklee panas kerusi. Semua tak boleh duduk diam sebab produk baru set penjagaan kuli...
-
Sempena bulan Ramadhan dan Syawal yang akan tiba tak lama lagi, aku nak jual kuih raya. Kuih raya ni kalau ikut tekak aku dan family aku me...