Showing posts with label improvise food. Show all posts
Showing posts with label improvise food. Show all posts

Saturday, January 8, 2011

First Attempt....

My First Tiramisu

First attempt aku buat tiramisu cake. Resepi dicilok dan diubahsuai dari sini. Aku sebenarnya dah lama tak buat kek. Rasanya sejak aku bersalin akulum ada kesempatan nak memasak yg bukan2 selain menu makan tengah hari dengan makan malam. Kalau ada pun setakat cekodok, lempeng biasa jek bolehlah. Paling cikai aku buat karipap hari tu.

Tiramisu nie patutnya guna kek span atau kek lady finger. Tapi disebabkan aku nak habiskan kek lapis yang tak habis dari raya hari tu, aku ganti jek dengan kek lapis tu. hasilnya aku rasa ok. Tapi sebab kek lapis tu dah lapis gula, maka ada keras lah sikit walaupun akudah rendam sampai kembang. Cheese base nya aku buat kurang manis sebab nak kurangkan muak. Kek lapisnya dah manissangat, so kira oklah tu rasanya. Lain kali aku nak grind dulu kasi hancur kalau guna kek lapis atau buttered kek. Nak bagi gebu and lembut sikit.

Sesaper nak try bolehlah.. aku tak berapa pandai sangat pun masak.

 Selamat dah masuk perut.


Thursday, August 12, 2010

Modal nak buka puasa...

Resepi berbuka hari ini adalah improvise kuah lemak cili api to rendang cili padi.

Bahan-bahan:
Left-over lauk daging masak lemak cili api
Lengkuas(tumbuk)
Daun kunyit(mayang halus)
Kerisik
Serai(hiris dan tumbuk bersama lengkuas)

Cara-caranya:
Siapkan bahan, masukkan ke dalam kuali bersama kuah lemak cili padi dan gaul sehingga semua bahan rata dan sebati bersama daging.... tadaaa... siap....

Nie entry untuk kawan-kawan yang selalu ada left-over yang banyak macam aku.

Tips: Rendang pun boleh jadi serunding. Korang goreng jek rendang daging atau ayam tu dan goreng sampai kering dan hancur. Pas tu boleh makan dengan roti, nasi, pulut etc... ikut lah tekak korang...

Kenapa ada tips macam nie? Sebab masak dan makan sendiri tu lebih nikmat dari membeli.

Puding Roti vs Bingka Roti

Saja nak cerita pasal puding roti dan bingka roti nie. Firstly credit to Farah and Liz for copying the recipes. Aku tak pernah buat puding roti. Pernah buat bingka roti jek. Itu pun dah lama bebeno sejak lum kawen. Bila dah kawen rasa semua macam tak sempat walaupun dalam hati teringin amat nak memasak macam-macam.

Aku sebenarnya nak bagitau, kat sesaper yang belum tau Puding Roti dan Bingka/Bengkang roti is totally a different thing. Rasanya mungkin macam lebih kurang. Tapi bagi aku Bingka Roti lebih sedap dan lebih lemak. Untuk less kalori and more healthy option of course laa Puding Roti.

Now you all can compare and try them yourselves. Below are the recipes....

p/s: mode xde modal nak buat posting.... haha...

lenkali aku post resepi kek buah kukus 4 jam aku kat sini... dah laaama tak buat.
__________________________________________________________________________________
Puding Roti

Ingredients
2 beaten eggs
¼ cup sugar
½ teaspoon salt
1 teaspoon vanilla
¼ teaspoon nutmeg
4 cups milk (heated)
100 gram butter (melted)
2 cups bread (diced)
Brown sugar and cinnamon for sprinkle on top.


Methods:
Mixed everything but bread.
Then, add bread and pour it in a square baking pan or casserole. Sprinkle brown sugar and cinnamon on top. Bake at 160 C for 45 to 50 mins.

__________________________________________________________________________________

Bingka Roti

Bahan-bahan:

* Roti ¼ buku
* Tepung gandum 1 cwn
* Susu cair/santan ½ tin
* Gula 2 cmb.
* Telur 2 biji

Cara-cara

  1. Rendam roti dalam air sejuk (air dari fridge) utk lembutkan roti dan kulitnya. Utk satu bekas = (suku buku roti).
  2. Rendam roti yang telah di carik dalam susu cair sejat ½ cawan
  3. Masukkan tepung gandum 2 senduk kecil
  4. Masukkan telur 2 biji
  5. Masukkan gula melaka atau gula biasa dalam 2-3 sudu.
  6. Gaulkan sehingga rata dan pastikan tiada ketul-ketul tepung.
  7. Kemudian, prepare utk kukuskan ramuan. Ambil loyang saiz sederhana, sapukan mentega di sekelilingnya dan taburkan tepung gandum. (purpose: utk mengelakkan puding melekat di loyang)
  8. Pastikan periuk kukus dah berisi air dan api telah dipasang

Option: Boleh bakar dalam oven juga. Kukuskan selama 20-25 minit. (tips: jgn buka tutup buka tutup periuk kukus)

PROMOSI SHAKLEE MAC 2018 Bulan Mac ini semua sid Shaklee panas kerusi.  Semua tak boleh duduk diam sebab produk baru set penjagaan kuli...