SUBHANALLAH

Menikmati keindahan ciptaan Ilahi di Sharm El Sheikh

ALHAMDULILLAH

"seringkali kita melakukan dosa, bertaubatlah selagi bernyawa di dunia ini"

LAILAHAILLAH

"sollu alan Nabi Muhammad SAW"

ALLAHUAKBAR

"Merdeka pada hati jiwa itu lagi bermakna"

ASTAGHFIRULLAH

"Harimu adalah hari ini"

Showing posts with label Video. Show all posts
Showing posts with label Video. Show all posts

Monday, April 1, 2013

Explanation of Al-Waraqat

Wednesday, March 20, 2013

1st Night in Barzakh

Salam 3layk. InsyaAllah satu program batch dibawah kelolaan BPI Batch GenX 2012/2013 akan dilaksanakan pd 25hb Mac ini bertempat di Markas Perubatan Abu Risy. 

Fokus utama program ini ialah bagi memaparkan realiti drpd bayangan yg ada dlm benak kita mengenai Alam Barzakh. Diharapkan agar program ini dijadikan sebuah medan untuk menambah ilmu disamping berdakwah kepada sahabat-sahabat kita.

"Hidup itu pasti, Akhirat itu realiti"

Teaser 1st Night di Alam Barzakh

Saturday, March 24, 2012

CITA-CITA DI LUAR KOTAK KEMATIAN

24 Mac 2012, Markas PERUBATAN Abou Risy - Alhamdullillah, buat pertama kalinya Biro Pembangunan Insan Gen X berjaya mangadakan sebuah kursus jenazah untuk ahlinya. Cetusan idea ini telah diilhamkan sendiri oleh ketua Biro Pembangunan Insan, saudara Mohammad Munawwir Hassan selepas menonton sebuah video ceramah daripada ustaz Don Daniel.




Majlis yang dipengerusikan oleh saudara Mohd Azri bin Abd Rahman bermula seawal jam 9 pagi apabila pembentang kertas kerja pengurusan jenazah, ustaz Syed Aisam bin Syed Idris Al Habshee, sampai ke markas. pembentangan kertas kerja ini berkisar tentang perkara-perkara yang perlu dilakukan sekitar menziarahi orang sakit, sebelum meninggal dan pengurusan jenazah.

Penyampai memberikan kursus secara teori pada separuh masa pertama dan mengajar secara praktikal pada separuh masa kedua. kami diajar cara-cara memandikan, mengkafankan dan mengebumikan jenazah. selain itu, ustaz Syed juga menceritakan pengalaman sepanjang menguruskan jenazah di bumi Mesir ini.




Secara keseluruhannya, program ini dikatakan berjaya kecuali pengurusan masa yang kurang lancar kerana pelbagai soalan-soalan yang ditujah kepada ustaz menyebabkan masa program terlajak melebihi sejam.





Ilmu fardhu kifayah ini sangat penting bagi memastikan kita sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan kematian, samada ahli keluarga yang terdekat ataupun apabila diminta oleh orang-orang di sekeliling kita. Realiti masa ini, anak muda jarang mengambil penting urusan-urusan 'terpencil' seperti pengurusan jenazah dan sebahagian daripada kita meninggalkan terus perkara-perkara sebegini. Buktinya, kekurangan penyebaran ilmu pengurusan jenazah kepada masyarakat membawa kepada penubuhan khairat kematian di masjid-masjid. Jadi, selaku insan yang cakna, kita tidak dapat tidak perlu untuk mempelajari ilmu ini supaya dapat menyediakan 'khidmat terakhir' setidak-tidaknya kepada kedua ibu bapa kita.


Bersedia atau tidak, kematian itu satu yang pasti. Bukan sahaja perlu untuk kita sedar betapa dekatnya kita dengan kematian, tetapi juga perlunya kesedaran yang tinggi terhadap ilmu-ilmu disebalik sebuah kematian. perlu diingat, ilmu pengurusan jenazah bukannya ilmu yang diturunkan kepada satu garis keturunan yang perlu diwarisi secara ekslusif kepada sekelumit umat sahaja, tetapi perlu dipelajari oleh setiap daripada kita.

Buat akhirnya, syabas diucapkan kepada jawatankuasa pelaksana atas kejayaan melaksanakan program ini.


"cita-cita diluar kotak kematian"


Friday, August 12, 2011

cerita lapok


haha..lol

ni ad sket rakaman gen x nite aritu





ade lagi yang informal
nnt ana poskan
sori gambar kurang kualiti
sori amek mase sedikit

salam ramadhan
selamat beribadah~~

Friday, July 8, 2011

rambang julai

GEN X NIGHT 2011

selesai suatu ujian besar, bukan berakhirnya kehidupan. permulaan kepada sebuah lagi permulaan. rumit? memang, sebab hidup bukan mudah. berpijak atas bumi nyata, realitinya, kita takkan pernah senang.

"tough time never last, but tough people do"
"when the going gets tough, the tough gets going"

hakikatnya, bila kesusahan ini akan berakhir? atas tanggungan kita semua itu. bijak atau tidak, matang atau mentah, kita sendiri yang akan menghadapinya. selaku hamba, banyak dosanya, sedar itu perlu. sebab sedar yang akan membawa kita kepada hakikat kebahagiaan.

kesusahan dan kebahagiaan, tidak seiring?

entah, rasanya semua ada jawapannya. mana mungkin kita dapat rasa kebahagiaan, melainkan ianya lebih menyenangkan daripada kesusahan. ironi, kita perlu menghadapi kesusahan baru merasai kebahagiaan.

nah, itu hujahnya, mana ada benda senang di dunia ini! tiada kebahagiaan yang dapat dikecap semudah membaling batu ke anjing di tepi gurun fustat. tiada! sebab proses kebahagiaan itu hanya akan berhasil dengan melalui suatu peringkat, seksa dan sekat.

seorang campak batu ke pasir, tiada berhasil. bayangkan kalau 146 orang campak batu, mungkin boleh jadi gunung, siapa tahu? campak satu plastik ke laut, tiada kesan. tapi, siapa tahu kesan 146 plastik yang dicampak ke laut. berapa banyak penyu yang mati akibat termakan plastik yang disangkakan obor-obor. hah! kan ada kesannya!

motifnya cuma satu, kerjasama.
diberi suatu mandat sebagai manusia,
letak tangan di atas tangan
bergandingan satu dengan yang lain
seiringan walau tak sama
perbezaan tak menghalang kesatuan
kita tahu, sebab kita yang rasa..

post ini untuk annual dinner 2011
exploration exhilaration experience
we play we learn we grow
sekian,
satu suatu malam



Saturday, May 14, 2011

Nantikan Ketibaannya!

Video Promo Annual Dinner GenX