SUBHANALLAH

Menikmati keindahan ciptaan Ilahi di Sharm El Sheikh

ALHAMDULILLAH

"seringkali kita melakukan dosa, bertaubatlah selagi bernyawa di dunia ini"

LAILAHAILLAH

"sollu alan Nabi Muhammad SAW"

ALLAHUAKBAR

"Merdeka pada hati jiwa itu lagi bermakna"

ASTAGHFIRULLAH

"Harimu adalah hari ini"

Showing posts with label BPI. Show all posts
Showing posts with label BPI. Show all posts

Monday, April 1, 2013

Explanation of Al-Waraqat

Saturday, March 30, 2013

Kelas Tafaqquh 31 Mac 2013

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah pada minggu ini kelas tafaqquh sirah akan berjalan seperti biasa pada esok, 31 Mac 2013  (hari Ahad) jam 7.15 malam.
Namun,atas beberapa urusan,ustaz Malik tidak dpt hadir dan akan digantikan dgn Ustaz zuhaili Zainal Ali.
#Kelas akan bermula lewat sikit daripada waktu kebiasaan. Sila ambil cakna.

Sekian. Harap maklum.

"Mahasiswa Islami, Qudwah Insani"
.:Biro Pembangunan Insan:.

"At-Taqwa, As-Syifa, Ar-Rahmah"
PERUBATAN CAWANGAN KAHERAH 2013/2014

Monday, March 25, 2013

Jemputan ke Program 1st Night in Barzakh

By Murshid Halim :

salam alaykum..
sy selaku kakitangan dlm program first night in barzakh anjuran Bpi GenX dengan rndah hati ingin menjemput kamu semua ke program mlm ni bermula seawal pkul 6 (akhawat) dan sblum 6.30 (ikhwah)..
ingin memohon maaf dari awal seandainya program ini mnganggu jadual kalian ^.^
-mknn rgan disediakan tp xjamin kyg maka mknlah kyg2 dlu di rumah
-akhawat pastikan dtg bermusyrif
-ziman practice qasidah baik2
see u guys tonite.t.care


Saturday, March 23, 2013

1st Night di Alam Barzakh Update



salam :D..Isnin 25 March..


Hari demi hari...sorg demi sorg kwn2 kita sudah pergi bertemu Ilahi...1 jam stengah lepas sorg rkn kita selamat dikebumikan..

kita???..sudah ready kah??..

status copied from Syakira Farha..
Akan dtg:
Kulit muke yg putih --> tanah
Rumah besar --> kubur
Kereta mahal --> keranda
Baju branded --> kain kapan
Perfume mahal --> kapur barus je.. :(

#Moga program ini dpt beri kesan kpd kita...kepada hati kita...akhlak kita..persediaan mental dan fizikal kita..
#Natijah yg dihrapkan dari program ini ialah supaya produktiviti kita semakin mningkat...insyAllah moga Final Exam nt result GenX cmerlang2 belaka..amiiin ya Rabb..

*credit to : Tasneem 'Aini [poster designer]
cc: Murshid Halim Nurul Sakinah

Solat Jenazah Allahyarham Faiz Izzudin


[Makluman: Solat Jenazah]

Jenazah Allahyarham Muhammad Faiz Izzudin Bin Daud, pelajar tahun 4 perubatan, Universiti Zagazig sedang dalam perjalanan ke Dataran Hayyu 'Asyir.

Berikut merupakan maklumat solat jenazah petang ini:

Hari: Sabtu
Tarikh: 23 Mac 2013
Tempat: Dataran Hayyu 'Asyir
Masa: 4.00 petang

Mohon sebarkan!

Jabatan Kebajikan dan Kemanusiaan
PERUBATAN 2013/2014

Friday, March 22, 2013

Bed time Checklist


Bed time checklist : 

Wednesday, March 20, 2013

1st Night in Barzakh

Salam 3layk. InsyaAllah satu program batch dibawah kelolaan BPI Batch GenX 2012/2013 akan dilaksanakan pd 25hb Mac ini bertempat di Markas Perubatan Abu Risy. 

Fokus utama program ini ialah bagi memaparkan realiti drpd bayangan yg ada dlm benak kita mengenai Alam Barzakh. Diharapkan agar program ini dijadikan sebuah medan untuk menambah ilmu disamping berdakwah kepada sahabat-sahabat kita.

"Hidup itu pasti, Akhirat itu realiti"

Kematian

Tersebut pada hadith bahawa Malaikat Maut memandang pada muka setiap hamba Allah 70 kali setiap hari. Maka apabila dia diutuskan kpd seseorang,dan dia melihat org itu tertawa,maka dia pun berkata : "Hairan sungguh anak Adam ini,aku diutuskan kepadanya utk mengambil rohnya,sedangkan dia masih lagi tertawa."

Dalam sebuah hadith yg sohih menyebutkan: Perkara yg pertama dibukakan kpd penglihatan mata si mayat ialah mikrah:iaitu tangga antara langit dan bumi yg dibuat drpd zamrud hijau yg sgt elok dan tidak pernah dilihat sumpamanya. Hal demikian itu berlaku tatkala dia(mayat) memanjangkan pandangan mata kepadanya.

Misteri Alam Kubur.Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani,m/s 55&59

Pokok Berbuah

Firman Allah swt :

 “Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu..” (2:190)
Perang dalam islam hanya boleh dilakukan apabila keadaan memaksa dan hanya apabila umat islam diserang. Peperangan dalam Islam bertujuan sebagai balasan untuk mempertahankan kesucian agama, bangsa dan keluarga dari diserang musuh.

KISAH-KISAH DALAM PEPERANGAN
Peperangan pertama dalam Islam telah menyaksikan kemenangan tentera Islam melawan tentera kuffar dalam Perang Badar. Tentera Islam yang berjumlah 300 pada waktu itu telah berjaya mengatasi kekuatan musyrikin Quraisy yang berjumlah 1000 orang.  Keikhlasan tentera dan para mujahidin Islam dalam menegakkan panji agama Islam telah membuktikan bahawa tiada yang mustahil di dalam kekuasaan Allah bahkan hanya pengharapan dan penyerahan diri secara mutlak kepadaNYA membuahkan kejayaan di dunia lagi.

 Berakhirnya perang Badar menimbulkan ketidakpuas hatian musyrikin Quraisy terhadap kemenangan orang Islam. Mereka telah merancang untuk menyerang tentera Islam bagi menebus kembali maruah tercalar dek kekalahan yang tidak logik akal bagi mereka. Akhirnya, tercetus  perang Uhud di bukit Uhud. Perancangan yang rapi dilakukan oleh nabi Muhammad SAW dalam menghadapi peperangan kali ini. Semua tentera Islam mengetahui tugas dan posisi masing-masing malah strategi yang dirancang seakan dapat menggambarkan kemenangan umat Islam. Tentera musyrikin pula dipimpin oleh salah seorang daripada panglima perang yang handal iaitu panglima Khalid al-Walid yang masih belum memeluk Islam pada ketika itu.

Pada mulanya peperangan berpihak kepada tentera Islam. Kebijaksanaan Rasulullah dalam mengatur tentera Islam, terutamanya pasukan memanah yang berada di puncak bukit, memberi kelebihan kepada pihak Islam. Serangan mereka dari atas membuatkan tentera musyrikin kucar-kacir dan banyak yang terbunuh malah terdapat juga tentera musyrikin yang berundur. Namun, apabila tentera memanah melihat ramai yang meninggalkan harta mereka, mereka telah turun dari atas bukit untuk memungut hasil rampasan perang dan hanya segelintir sahaja yang masih tinggal di atas bukit. Mereka ini adalah golongan yang patuh dengan arahan rasulullah saw kerana masih kekal di posisi masing-masing sehinggalah perang tamat.

Akibat dari ketidakpatuhan tentera Islam terhadap arahan Rasulullah, tentera Khalid al-Walid telah mengambil posisi mereka di atas bukit. Maka, peperangan yang tadinya memihak kepada tentera Islam telah bertukar kepada kaum musyrikin. Ramai tentera Islam telah terbunuh dan Rasulullah sendiri tercedera. Bahkan ada berita yang mengatakan Rasulullah telah terbunuh dan melemahkan semangat mereka untuk untuk terus berperang.  Akhirnya, pihak musyrikin telah menamatkan peperangan ini kerana mereka percaya dengan khabar tersebut.

Perjuangan para muslimin diteruskan lagi dalam perang Khandak. Perang yang menyaksikan kaum Yahudi bersama tentera Quraisy berganding bahu dalam menentang umat Islam. Mereka telah mengepung kota Madinah untuk memerangi kaum muslimin. Malah, pada ketika ini terdapat kaum Yahudi yang melanggar perjanjian dengan Rasulullah dan mengkhinanati perjanjian tesebut. Seorang pemuda bernama Salman al-Farisi telah melontarkan idea bernas beliau untuk menggali parit di sekeliling Madinah. Cadangan ini dipersetujui oleh Rasulullah saw. Akhirnya tentera kuffar berundur kerana keberkesanan strategi ini.

Seterusnya sejarah menyaksikan peperangan yang menyayat hati dalam sejarah Islam, iaitu perang Mu’tah. Perang yang tercetus pada tahun ke 8 hijrah ini terjadi kerana penolakan kerajaan Rom terhadap dakwah Rasulullah. Pada ketika ini Rasulullah telah menugaskan Zaid bin Harithah sebagai panglima perang manakala Ja’far bin Abi Talib dan Abdullah bin Rawahah masing-masing sebagai pengganti Zaid, seandainya Zaid syahid. Malah perang ini disertai oleh Khalid bin al-walid yang baru memeluk islam pada ketika itu.
Sewaktu peperangan, Sebatang tombak menembusi tubuh Zaid dan beliau akhirnya gugur. Bendera segera diambil oleh Ja'far bin Abi Thalib.Ketika musuh telah mengepung kudanya, Ja'far justeru turun dan terus menuju ke tengah-tengah musuh mengayunkan pedangnya. Tiba-tiba seorang tentera Romawi datang dan berhasil memukulnya. Pukulan itu menyebabkan tubuh Ja'far terbelah dua dan beliau syahid menemui Tuhannya.

Bendera lalu disambar oleh Abdullah bin Rawahah dan terus dibawa dengan menunggang kuda menuju ke tengah musuh. Beliau juga turut syahid menyusuri kedua sahabatnya. Bendera lalu diambil oleh Tsabit bin Arqam seraya berteriak, "Wahai kaum Muslimin! Berkumpullah disekeliling seseorang."Lalu kaum Muslimin pun berkumpul mengelilingi Khalid bin Al-Walid dan bendera Nabi terus diserahkan kepada Khalid yang kemudian terus memimpin pasukan.

APLIKASI DALAM KEHIDUPAN

“Those who cannot remember history are condemned to repeat it.”

Sejarah tidak berlaku hanya untuk dilihat dan dirakamkan dalam mushaf-mushaf sejarah sahaja. Malah ia bukanlah setakat salah satu silibus yang dihafal oleh pelajar sekolah dan dilupakan setelah berakhirnya hari peperiksaan. Sepatutnya sejarah zaman lampau perlu dihayati oleh semua pihak. Apatah lagi sejarah Islam yang begitu banyak memberikan kisah dan pengajaran yang patut dicontohi oleh generasi pemuda zaman sekarang.

Tentera Islam yang sedikit jumlahnya dalam perang Badar telah berjaya menewaskan tentera musyrikin yang berjumlah beberapa kali ganda melebihi bilangan tentera Islam. Kualiti umat Islam yang dilahirkan hasil tarbiyah oleh Rasulullah saw mampu melawan norma yang biasanya membuktikan yang ramai dapat mengalahkan bilangan yang sedikit. Mereka ini adalah para sahabat yang sanggup mati dan berjihad sedaya dan semampu mereka dalam menyebarkan dakwah Islam. Hanya kepada Allah mereka memohon pertolongan dan mengharapkan bantuan. Sikap ini yang patut dipupuk dalam diri seorang muslim yang sejati. Bahkan dalam diri seorang mahasiswa khususnya, bukanlah kuantiti mahasiswa yang mengenggam segulung ijazah yang ditekankan tetapi mahasiswa yang berdaya saing dan mempunyai kemahiran  mantap yang ingin dilahirkan.

Kepatuhan kepada ketua amat dituntut dalam Islam, bahkan dalam peperangan Uhud tentera Islam dikalahkan kerana sikap tentera Islam yang tidak mematuhi arahan rasulullah. Persatuan atau jemaah itu didirikan dengan adanya ahli dan ketua, tetapi tiadakan tertegak sesuatu persatuan tanpa wujudnya sifat mematuhi arahan ketua. Bahkan sikap mengikut kepala sendiri dan membelakangkan ketua bakal menghancurkan jemaah tersebut. Jadi wujudnya satu persatuan yang berjaya dan kukuh dalam masyarakat itu, disebabkan oleh adanya kerjasama, tolak ansur dan yang paling utama adalah melaksanakan tugas yang diberikan berdasarkan arahan ketua.

Perang Khandak menyaksikan, seorang pemuda yakni Salman telah mencadangkan satu idea yang bernas yang membawa kepada kemenangan islam dengan izin Allah. Inovasi dalam memberi idea amat dituntut pada masa kini, apatah lagi pada era globalisasi yang menuntut mahasiswa agar berfikir secara  di luar kotak. Walaupun kedengaran tidak logik pada awalnya namun, berani dalam memberi idea dapat membantu menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi. ‘Blue ocean strategy’  yang sejak akhir-akhir ini selalu diungkapkan sebenarnya amat sesuai dengan situasi ini.

Akhirnya perang Mu'tah yang memberi gambaran tentang sifat jihad yang amat kuat di kalangan para sahabat. Seharusnya, sifat ini ditanam dan dipupuk dalam diri seorang mahasiswa dan para pemuda. Tanpa sifat jihad yang hanya menginginkan redha Allah, Islam tidak mungkin akan tertegak di bumi ini. Sifat jihad ini jugalah yang telah melahirkan ramai tokoh-tokoh terkemuka Islam samada pada masa kini atau lampau. Bagi situasi seorang mahasiswa, jihad inilah yang mendorong agar bersungguh dalam pelajaran untuk agama Islam, bahkan sifat jihad inilah yang bakal menggerakkan persatuan tanpa meminta apa-apa penghargaan atau balasan kerana hanya keredhaan Allah yang diharapkan.

Sebagai seorang mahasiswa kelas pertama yang berintegriti, kita seharusnya dapat mengambil iktibar dan pengajaran daripada kisah-kisah sejarah Islam padanya punyai banyak teladan yang mantap. Bukan sekadar tahu dan belajar tetapi mahasiswa yang cekap perlu mengapikasikan ilmu dan beramal dengan ilmu. Bak kata pepatah, “ilmu tanpa amal, ibarat pokok tanpa buah”. Pokok yang  tidak dapat memberi faedah kepada orang lain dan diri sendiri. Jadilah mahasiswa yang cerdik dan celik akalnya, dan sudah pastinya beramal dengan gaya hidup muslim cemerlang.

Hasil Nukilan: Siti Fatimah Az-Zahra' binti Kamarulzaman (harherron)

Simple Tazkirah

BISMILLAHHIRAHMANIRRAHIM….
Assalamualaikum semua…
Alhamdulillah sebab hari nie kita masih lagi dikurniakan peluang untuk terus menghirup udara Ramadhan…..
Tp kan.. Cukup ke rasa syukur tu sekadar dengan ucapan je??? Kan lebih elok kalau kita zahirkan lg rasa syukur atas nikmat yg Allah dah kasi tu dengan perbuatan dan amalan zahir kita.. Tak gitu??
Ha!! Sebabkan awal-awal tadi kita bersyukur sebab Allah masih kurniakan kita kesempatan untuk terus menghadapi bulan Ramadhan nie, jadi in return kita kena la usaha sungguh-sungguh untuk memaksimumkan sebaik mungkin bulan bonus yg Allah bagi special untuk kita umat nabi Muhammad s.a.w. nie..
Selain dari tingkatkan amalan kita masa bulan puasa, bulan nie patut kita jadikan titik tolak dan batu loncatan untuk kita sama-sama memperbaiki akhlak dan polish lagi sifat-sifat mahmudah dalam diri kita..
Banyak sebenarnya sifat-sifat mulia nie kalau kita nak cerita… Tapi kali nie rasanya nak share sikit tentang macam mana penerimaan kita terhadap apa yg dah Allah tkdirkan untuk kita… Atau dalam erti kata lain sejauh mana kita benar-benar mengimani rukun iman yg ke-6… BERIMAN PADA QADA’ DAN QADAR….
Bunyi macam berat kan… Tp hakikatnya memang berat pun…. Dan selalunya perkataan yg sinonim kita dengar bila berbicara soal qada dan qadar ni adalah
~ Hmmm…. Dah takdir nak buat mcm mana.. Redha je lah~
Betullah tu…. REDHA…. Tapi sejauh mana makna 5 aksara tu benar-benar zuup masuk dalam hati kita dan benar-benar kita rasa….
Senang ja kalau kita nak redha pada takdir yg bercorak putih… Ye la sapa tak suka kalau hidup dia penuh dgn happy ending ja kan… Tapi macam mana pulak penerimaan kita bila mana takdir bercorak hitam mula masuk scene??? Kita cepat ja melatah kan…. Waktu tu mula lah buat list ‘5W 1H questions’ kita sebab nak persoalkan kenapalah Allah conteng kanvas hidup kita nie..Tu lah manusia….
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik untuk kamu
~al baqarah 216~
barangkali kamu tidak menyukai sesuatu padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak…
~an nisa 19~
Nampak tak beberapa kali Allah berfirman dalam AlQuran tentang perkara yang hampir sama… Allah nak taukid la tu… Dah tu siapa kita untuk persoalkan apa yg dah Allah rencanakan untuk kita…. Memang dah terbaik la tu….
Kat sini ada satu analogi yang mungkin boleh kita manfaatkan sama-sama..InsyaAllah….
Suatu hari, si ibu sdg leka menyulam dengan penuh khusyuk.. Kemampuan si ibu menyulam sememangnya tidak dapat disangkal lagi….
Sedang si ibu khusyuk dengan kerjanya, datang si anak untuk melihat apa yang sedang dilakukan oleh ibunya..
Memandangkan si ibu duduk lebih tinggi dari si anak, apa yang disulam si ibu tidak dapat dilihat.. Sebaliknya yang kelihatan cuma kusutan benang yang berselirat di bahagian bawah sulaman..
Tanpa berfikir panjang, si anak lantas bertanya “Ibu, apa yg sedang ibu lakukan??”
Pada telahan si anak, ibunya sekadar menghasilkan corak yang buruk dan tidak berfaedah..
Si ibu pula hanya meminta anaknya untuk bersabar dan menunggu hasilnya..
Akhirnya.. Hasil sulaman tersebut itu pun siap.. Si anak terpaku melihat hasil sulaman ibunya yg sungguh menawan siap dengan hiasan pokok, bunga-bungaan serta rama2 yang indah berwarna-warni..
Terpegun si anak melihat betapa cantiknya gambar yang di atas berbanding benang2 yg berselirat di bahagian bawah..
Si ibu mula berkata “ Wahai anakku, manusia yang berada di bawah sering kali melihat banyak cabaran, kekusutan, keserabutan serta liku2 hidup yang perlu dia hadapi tanpa memikirkan hikmah di sebaliknya..Tapi kita selalu lupa ada suatu pandangan di atas yang sedang menyulam indah kehidupan kita dengan penuh teratur dan sempurna….”
Begitulah al kisahnya…. Seperkara yg perlu kita sedar.. Cara Allah mentarbiyah setiap seorang daripada kita sememangnya berbeza-beza…
‘Ujian untuk cik Bedah tak semestinya applicable untuk cik Kiah…’ Tak gitu……..
Untuk wrap up semua sekali, cukuplah untuk kita simpulkan yang kita sebagai hamba perlulah redha dengan sebenar-benar redha atas apa sahaja ketentuan Allah keatas kita … Kalau dah hamba tu,nak taknak kenalah berkarekter macam hamba… Takkan nak melawan pulak…. Ye idak….
p/s – coretan ini lebih pada pesanan buat diri sendiri… ~smile~
- Maa ‘ taufiq wannajah buat sahabat2 yg Allah pilih untuk berjuang buat kali kedua di medan imtihan kelak… Percayalah anda antara yg paling kuat sebab dalam ramai2 anda yg terpilih untuk diuji sebegini… Semoga dugaan ini dimanfaatkan sebagai satu peluang untuk melakar kejayaan yang lebih gemilang… InsyaAllah…..
- Selamat menyambut nuzul Quran buat semua muslimin muslimat…

Tuesday, November 20, 2012

Aku Terima Nikahnya...

Assalamualaikum w.b.t…

Salam Perjuangan, Salam Mujahadah...

 Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran di rafa’kan ke hadrat Allah SWT atas limpah dan rahmatnya, kita masih lagi diberi kesempatan berada dlm nikmat iman dan Islam. Tidak lupa juga, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat serta penerus pejuangan baginda dalam membawa risalah Islam hingga hari kiamat...

Di sini aku ingin bawakan satu kisah... Suatu hari, aku berbual-bual bersama seorang rakan merangkap murabbiku tetang kawan-kawan batch yang dah pun selamat mendirikan rumah tangga, tidak kurang yang bakal... Ehem2.. Tergerak pula di hati ini untuk bertanya “kau bila lagi, Shah??”. “Erm, sebenarnya, aku cakap ni, kau jgn bgtau org lain tau, aku dah bernikah laa.” Luas jgak mulut aku ternganga. “Eh, bila plak?? Kau biar betul??”  “betul, siyes aku x tipu.”  “MasyaAllah, smpai hati x bgtau an?? Rahsia sgt ke?? Klu boleh aku tau, dgn sape??” Shah t’senyum kepadaku, “dengan....     Perjuangan Islam”

hatiku terjentik dengan kata2 Shah...

Untuk pencerahan, ni bukan kisah jiwang2, cinta2 kawen2... amboi.. Nampak je ayat2 kahwin, ayat2 cinta, laju je kan korang...


Cerita yang di atas ada kesinambungannya dgn satu lg peristiwa yang berlaku kepada aku hari yang sama jgak... dalam perjalanan pulang dari kuliah, dalam bas aku duduk sebelah seorang Pak Cik ni, tetibe dia tanya kat aku satu drama melayu yang tengah hangat mmain kat tv skrg ni, aku pun apa lagi, cerita laa dgn penuh smgt... habis bercerita pak cik tadi senyap dan tersenyum, kemudian bertanya ”boleh x kamu jelaskan dengan detail, sbgmana kamu bercerita td, tentang sirah hidup Rasul kita, Nabi Muhammad s.a.w?? tak pun, tokoh-tokoh Islam, Salahuddin al-Ayubi, Sultan Muhammad al-Fateh, kamu hadam x kisah-kisah mereka spt kamu hadam drama tu??”

Erk... ni bukan terjentik dah... rasa cam hati aku kene cucuk2 dengan anak2 panah...

Suka untuk aku lontarkan kepada korang semua dan juga diri aku lebih2 lagi... kita tengah buat apa ya skrang?? Tidur kaa?? Baik, skarang, setiap saat, setiap detik, kerja amal yang kita buat adakah menyumbang kepada tertegaknya agama Islam di muka bumi ini??... dan juga sekrang, buka mata kita semua luas2... cer tengok sekeliling kita, apa yang telah kita hilang?? Dan ape yang berlaku??

Kita dah khilangan.... KHILAFAH ISLAMIAH, kwn2... lagi dua bulan nak masuk 89 tahun umat Islam kehilangan Khilafah Islamiah... dan skrang kita bole tgok saudara seakidah kita di Rohingya disembelih, juga di Syria yang masih lagi diganyang oleh pemerintah kejam mereka, rakyat Palestin daripada dahulu sampai kini masih dibelenggu konflik dan yang terbaru, Ahmed Al-Jaabari, Ketua Panglima Briged Izzuddin Al-Qassam, sebuah sayap tentera HAMAS, terkorban syahid dalam serangan Israel pada hari yang sama umat Islam menyambut Awal Tahun Baru. Maruah umat Islam seolah2 diinjak-injak..

Sampai bila kawan-kawan kita nak terus terleka, kita nak terus berdiam diri tanpa melakukan apa2?? “habis nak buat apa?? Pergi berjihad di Palestin, berjihad kat Syria??”

“TEGAKKANLAH ISLAM DLM DIRI KAMU, NESCAYA ISLAM AKAN TERTEGAK DI BUMI KAMU” nak berjihad?? Tafadhol.. aku x larang.. sebaliknya, itulah yang sebaiknya, tp, mcm mana pula dengan amanah yang tergalas di bahu kita semua?? Saban hari terus memberat dan memberat... cer kita teropong negara tercinta kita, Malaysia... Sape yang nak baiki masalah sahsiah anak2 muda negara kita klu bukan kita?? Sape yang nak dakwah Islam kpd masyarakat di negara kita, klu bukan kita?? Sape yang nak bawa biah Islamiah ke dlm masyarakat kita, klu bukan kita, kwn2??

Sedarlah kwn2, semua itu adalah tanggungjawab kita semua..

 من قال لا اله الا الله فهو داعي

Bermula dengan diri sendiri:

Jujur saya katakan saya sedang membaiki diri saya untuk berubah, tapi, saya xnak berubah sorang, saya nak kita, kwn2 semua berubah juga... klu rasa tangan tu gatal je nak pi bukak cerita korea, ingat balik, apa kita nak jawab kat Allah klu ditanya, dgn apa kita habiskan waktu kita, kwn2??

Satu kisah benar, seorang kanak2 Palestin lambat 5 minit ke sekolah, menangis, bila ditanya kenpa menangis?? Kanak2 itu menjawab “boleh jadi 5 minit telah saya sia2kan tu digunakan Israel untuk merancang serangan kepada kami, rakyat Palestin.” MasyaAllah... klu mereka yang masih kecil ada kesedaran, kenapa kita tidak??

Bukankah lebih baik kita isikan masa kita dgn membaca kisah2 sirah Rasulullah dan para sahabat. Dan manakah yang kwn2 pilih, di pdg mahsyar nanti, bersama dengan Rasulullah dan para Sahabat ke, bersama pelakon2 korea. Na’uzubillahi min zalik.. Lontarkan  pula kepada diri masing2, sudah lengkapkah muwasafat tarbiah dalam diri kita??

Bait Muslim

Apakah jawatan yang telah kita pegang sekrang?? Ketua Batch, Biro Akademik Batch, Ajk MAGEN, Ajk ‘WOW’, dll lagi..

X kisahlah yang di atas, tp, jwtn-jwtn yang telah lama kita galas, selalu je kita lupa... kita adalah Hamba Allah, Daie serta Khalifah di muka bumi ini.. daie di sini bermaksud, daie kpd ahli beit kita, kwn2 yang rapat dengan kita bahkan keluarga kita di Malaysia... kita yang fahamlah perlu mamahamkan mereka...

Bagaimana dengan solat berjemaah di rumah?? Rumah kita di Malaysia?? Kepada keluarga yang dah ada kefahaman Islam, Alhamdulillah.. kepada mereka yang keluarganya kurang faham, sanggup x kwn2 yang membawa biah solehah ke dalam rumah kwn2?? Biarla mak nak ckp kita kena sampuk ke apa ke.. asalkan kita jalankan amar ma’ruf, nahi mungkar.. tidaklah kita dakwah kpd org lain, tp, keluarga kta, kita tingglkan...

Medan Dakwah Medan Juang Kita

Seterusnya, apa pula cita-cita kita ya?? Dah ambil medic, mestilah duktor/ah kan?? Ahah!! Why dun kita edit sikit kat belakang dengan perkatan ‘daie’ (=duktor/ah daie).. Inilah jwtn kita yang telah di’sub’kan di bawah jawatan ‘khalifah’ kita tadi.. kitalah yang bertanggungjawab untuk menjalankan ‘dakwah Islamiah’ kpd masyarakat kita, untuk kita lihat Islam kembali tertegak di muka bumi ini.. tanamkan dalam hati kita, kwn2 batch kita yang lain, senior2 dan adik2 kita, ‘patient’ kita nanti, org2 sekeliling kita, masyarakat kita di Malaysia adalah mad’u kita..

Jadi, untuk berhdpan dgn mad’u kita, kita kenalah ubah diri kita terlebih dhulu, lengkapkan diri kita dahulu.. Dengan apa?? Dengan qudwah hasanah, contoh kpd org lain, tidak kurang juga dengan ilmu serta pengetahuan... Arkan Dakwah ada 4: Daie, Mad’u, Uslub dan Manhaj.. kita nak memberi, jadi perlukan ilmu..

“KITA BUKAN YANG MEMULAKAN PERJUANGAN ISLAM, DAN KITA JUGA BUKAN YANG MENGAKHIRKAN, TP, KITA ADALAH RANTAI2 DALAM PERJUANGAN INI.” Kwn2, jika kita tidak terlibat dalam perjuangan Islam, Allah dan Islam tidak akan pernah rugi, bahkan kitalah yang rugi.. janji Allah itu benar, Islam akan menang suatu hari nanti, walaupun kita tidak berada dalam perjuangan ini..

Akhir kalam, semoga perkongsian yang terbit dari hati ini, sampai juga ke dalam hati kwn2 semua, semoga dapat menjentik hati2 korang... semua cerita di atas tiada kaitannya dengan yang hidup mahupun yang telah tiada.. tapi, semoga Allah jadikan kita semua dapat memegang watak2 pejuang dalam Jalan Juang IslamNya.. Jom sama2 bernikah/berkahwin dengan PERJUANGAN ISLAM.. insyaAllah.. Amin..

Friday, April 27, 2012

SUCCESS THROUGH THE QURAN





Jari - jemari rindu mahu menekan papan kekunci laptop ini untuk menitipkan kalam2 peringatan buat diri sendiri dan buat sahabat2...maklum sahaja mulut tidak pandai bermadah bicara, tangan juga tidak pandai bertinta berpena segala...memikirkan pula bahasa yang berbunga berpujangga, mahu sahaja mengalah...namun, cukuplah dengan kekuatan yang dikurniakan Allah, moga sampai maksud dan ada manfaatnya walaupun sedikit insyaAllah...

SUCCESS THROUGH THE QURAN

(petikan lecture Qari Fatih Seferagic)



Saya bukanlah orang yang layak dari sudut ilmu untuk berbicara tentang topik ini berbanding sahabat2 yang jauh lebih baik dari diri ini. Anggaplah ini sebagai perkongsian yang mungkin ada kekurangan. Jika ada tegurlah demi kebaikan kita bersama.

MUQADDIMAH 

Kisah nabi Yusuf seperti yang diketahui ramai, kisah bagaimana baginda diuji ketika itu masih kecil lagi,berhadapan dengan kesusahan, kemudian ujian demi ujian baginda hadapi, sehinggalah di akhir kisahnya, baginda beroleh kebahagiaan dan kejayaan hasil kesabarannya. Semua tersebut sebagai kisah terbaik di dalam Al - Quran. Ayat ini dibacakan oleh Qari Fatih sebagai permulaan tazkirahnya.


RESEPI KEJAYAAN MELALUI AL - QURAN



maksudnya : " Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)." ( Surah Al - Hajj : 77 )

يا أيها الذين آمنوا اركعوا واسجدوا } أي صلوا { واعبدوا ربكم } وحدوه { وافعلوا الخير } كصلة الرحم}  
. ومكارم الأخلاق { لعلكم تفلحون } تفوزون بالبقاء في الجنة 

SOLAT, TAUHID DAN BERBUAT BAIK

  • Ruku' dan sujud adalah perbuatan yang termasuk dalam rukun solat. Ruku' hanya untuk ibadah solat. Manakala sujud ada 3 jenis : Sujud sajadah, sujud syukur, sujud dalam solat. Ruku' melambangkan penyerahan atau ketundukan kita kepada Allah. Sujud pula melambangkan sepenuh penyerahan kepadaNya.
  • Ayat ini menunjukkan betapa Allah S.W.T amat menekankan kewajipan solat dalam kehidupan seorang Muslim berbanding bentuk2 ibadah yang lain. Ini dikuatkan pula melalui hadith Nabi S.A.W berkenaan perkara pertama yang akan dihisab oleh seseorang hamba ialah solat. Jika elok solatnya, maka eloklah amalan2nya. Jika buruk solatnya, maka buruklah amalan2nya. Justeru, solat menjadi kayu pengukur amalan2 kita dan banyak mempengaruhi amalan seharian kita. Antara lain, solat mencegah kita dari perkara keji dan mungkar, bergantung kepada sejauh mana kita melaksanakan solat kita.
  • Apabila kita berbuat baik kepadaNya yakni dengan menunaikan solat dan menyembah  hanya kepadaNya(mentauhidkanNya), kemudian kita akan bersedia untuk berbuat baik kepada orang lain juga. :)




KAITAN SURAH DENGAN SURAH

Ayat 77 surah Al - Hajj menyebut mngenai solat, menyembah Allah, dan berbuat baik. Manakala surah seterusnya iaitu surah Al - Mu'minun ayat 1-11. Bagaimana ayat - ayat tersebut menghuraikan bagaimana solat orang2 yang berjaya, bagaimana cara berbuat baik dan menyembah Allah. Hingga akhirnya mereka yang telah beriman itu telah berjaya bukan sahaja di dunia malah di akhirat. SubhanaLLAH betapa sempurnanya susunan Allah.


PERUMPAMAAN ORANG2 YANG BERJAYA

 farmer الفلاح petani 
Bagaimana petani bekerja? Pastinya dengan bersungguh2, gigih, bekerja keras, sabar menanti hasilnya, tidak mudah putus asa, rajin, positif, dan lain2. Begitulah juga kita yang ingin berjaya. Pohon tak akan berbuah jika tidak dibajai. Kejayaan tak akan datang bergolek begitu sahaja. Perlu untuk kita berusaha dan berkorban sesuatu untuk mendapat hasilnya nanti. Bekerjalah untuk duniamu seolah2 engkau akan hidup selamanya. Dan beramallah untuk akhiratmu seolah2 engkau akan mati esok hari. 

KHUSYU' DALAM SOLAT



Khusyu' bukan hanya sekadar memandang tempat sujud bahkan disertai dengan memahami dan menghayati bacaan solat, mengosongkan fikiran dari perkara2 keduniaan. Qari Fatih ada menyebut perumpamaan orang yang khusyu' iaitu seperti seorang budak lelaki asyik bermesej dengan kawannya sehingga tidak sedar gurunya yang sedang mengajar di hadapan sedang memerhatikannya sehinggalah namanya dipanggil ( x berapa pasti, boleh rujuk video). Jika diteliti sirah sahabat2 terdahulu, bagaimana mereka mendirikan solat dengan khusyu'nya sehingga tidak merasai kesakitan akibat tusukan panah atau kaki dipotong (tanpa bius ni,,Allahuakbar!)

Bagaimana khusyu'nya kita dalam solat kesannya dilihat dalam amalan seharian kita. Jika dalam solat kita khusyu', insyaAllah di luarnya juga kita akan fokus terhadap kerja atau pembelajaran. Jika waktu solat, waktu kita berhadapan dengan Allah kita tidak memberikan sepenuh perhatian untuk ingat kepadaNya, adakah dapat kita jamin di luar solat, dalam amalan seharian kita, kita akan ingat kepadaNya??? Tepuk dada, tanya iman. Lihatlah betapa besarnya kesan khusyu' dalam kehidupan kita.

CERMIN HATI



Jika dipandang pada cermin yang penuh debu dan kotoran, adakah nampak di cermin itu wajah kita?
Ya, cermin itu haruslah dibersihkan dahulu dari segala kotoran, barulah nampak di mata kita di manakah cacat kurangnya kita, mana yang harus dibetulkan, didandan dan dielokkan.
Cermin itu umpama hati  kita. Bersihkan hati dari segala penyakit2 yang boleh menggelapkan hati sehingga kita tidak nampak dimana silap salahnya diri sendiri. Bersihkan hatimu, dan lihatlah dirimu dahulu sebelum melihat atau menghukum orang lain. Bila hatimu bersih, hati itu akan memantulkan cahaya kepada orang lain pula. :)


KEMBALI KEPADA ALLAH S.W.T

Sesungguhnya Allah adalah pencipta kita. Sebagai pencipta, hanya Dia yang mengetahui kelemahan kita sebagai hambaNya. Setiap perkara yang kita lakukan hendaklah kembali kepada Allah. Dialah tempat mengadu segala masalah, tempat meluahkan rasa, tempat kembali segala perkara. Allah amat suka kepada hambaNya yang memohon ampun, bertaubat dan berharap kepadaNya. Seumpama pedagang yang kehilangan untanya di padang pasir kemudian menemukan kembali untanya setelah merasa kehilangan yang sangat besar. Allah bahkan lebih2 lagi gembira daripada itu. Sesungguhnya sebaik - baik orang yang berbuat kesalahan itu ialah yang memohon taubat kepadaNya. ;)


Berkata atau menulis memang mudah. Hakikatnya praktikal atau amali itu yang susah. InsyaAllah, kita sama - sama perbaiki diri dan pada masa yang sama mengajak orang lain untuk sama2 berbuat kebaikan. Mana yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan. Saya menyusun setiap jari andai ada salah silap taip bahasa karangan terlebih panjang tak faham dan semuanya. Saya kembalikan semua yang baik dari Allah S.W.T yang kurang adalah dariNya yang disandarkan kepada diri saya sendiri. Mohon maaf semua ya...

Akhir kalam, semoga dipermudahkan dalam setiap urusan, belajar, exam, pindah rumah, pulang ke tanah air, umrah, raye, kenduri, kahwin, dan semuanya. (awalnya wish...) 
wassalam alaikum...

***lecture penuh boleh lihat video 













 













Wednesday, March 28, 2012

Di Sebalik Kalimah Syahadah


Yakin pada kalimah toyyibah (la ilaha illallah Muhammad rasulullah)

La ilaha membawa tujuan keluarkan segala kebesaran makhluk didalam hati kita.illallah memberi arahan masukkan segala kebesaran allah didalam hati kita.  
Allah yang memberi rezeki dan menariknya.Allah yang mematikan dan menghidupkan.Allah yang memberi sakit dan sihat.Tampa izin Allah setiap makhluk tidak akan dapat memberi manfaat(faedah) dan mudhorat(keburukan) kepada kita.

Cara untuk kita masukkan hakikat kalimah ini ialah dengan banyak berzikir kalimah ini 100x sehari.
Kelebihannya menjadi ubat penenang yang terbaik.jika seseorang itu istiqomah berzikir kalimah ini 100x setiap hari maka wajiblah baginya syurga(dgn menjaga juga amalan wajib yg lain dgn sempurna).kalimah la ilaha illlallah lebih berat daripada dunia dan seisinya jika di timbang(alat timbang dacing).

Cerita yang pernah berlaku;seorang kafir telah mendengar salah satu daripada kelebihan kalimah ini dan mencabar orang islam.Esokannya orang kafir tersebut membawa barang yg berat utk di timbang dengan sehelai kertas yang ditulis kalimah la ilaha illallah.Hasil solat hajat orang-orang islam,AllAH telah mengurniakan kebenaranNYA ke atas kalimahNYA.Terbuktinya kebenaran ini telah membuka pintu hati orang kafir tersebut untuk memeluk agama yang HAQ(ISLAM)

Muhammadur rasulullah  menunjukkan kepada kita bahawasanya tiada cara hidup yang di REDHOI oleh AllAH melainkan cara hidup Nabi Muhammad S.A.W.
Hal ini terbukti dengan kajian-kajian sains pada masa kini.Contohnya makan dengan tangan , makan buah sebelum makan,cara membasuh najis yg berat (anjing dan babi) ,makan dengan bismillah,adab dalam tandas dan lain-lain.

Cara untuk mengamalkannnya,kita hendaklah memperbanyakkan membaca doa-doa harian dan mencontohi akhlak Nabi Muhammad S.AW. melalui sirahnya.
Kelebihannya barang siapa yang mengamalkan satu sunnah Nabi Muhammad S.A.W. dengan istiqomah (tetap) pada zaman fasyaq dan mungkar  ini(akhir zaman yang tak kenal dosa),Maka AllAH akan mengurniakannya ganjaran 100 pahala orang mati syahid.(cuba kita bayangkan para sahabat hendak mendapat status ini adalah dengan mati di jalan AllAH yang mana nisbahnya satu pahala mati syahid).Tetapi kita dengan mengamalkan HANYA satu sunnah sahaja dengan istiqamah maka akan mendapat ganjaran pahala 100 oranng mati syahid.~ sekian.



By: Sakura