SUBHANALLAH

Menikmati keindahan ciptaan Ilahi di Sharm El Sheikh

ALHAMDULILLAH

"seringkali kita melakukan dosa, bertaubatlah selagi bernyawa di dunia ini"

LAILAHAILLAH

"sollu alan Nabi Muhammad SAW"

ALLAHUAKBAR

"Merdeka pada hati jiwa itu lagi bermakna"

ASTAGHFIRULLAH

"Harimu adalah hari ini"

Showing posts with label Nota AJK Batch. Show all posts
Showing posts with label Nota AJK Batch. Show all posts

Saturday, April 20, 2013

Menyegerakan (Sync) Kalendar google anda dengan Kalendar GenX

Post ni lebih dikhususkan untuk pengguna peranti pintar Android. ikuti langkah mudah berikut :


2) Pilih ikon gear dan pilih opsyen "Settings"

2) Pilih "Calendars" dan pilih "Browse Interesting Calendars"


3) Pilih "Add a Friend's Calendar". Kemudian masukkan email :

genx1011@gmail.com 

dan tekan "Add". 


Selesai! Kini pastikan peranti bimbit anda sudah terhubung dengan talian internet dan pastikan peranti tersebut telah dikonfigurasi untuk penyegerakan (sync). Tunggu beberapa minit dan InsyaAllah jadual peperiksaan akan dimuat turun ke dalam kalendar anda. 

Selamat Mencuba!



KERTAS KERJA CADANGAN PENGEMASKINIAN DROPBOX GENX

Salam Alaik. Maaf ganggu semua. Mungkin ini terlalu awal, tapi nak post sekarang sebelum serabut dengan peperiksaan untuk sama-sama fikirkan . 

"KERTAS KERJA CADANGAN PENGEMASKINIAN DROPBOX GENX"

Salam Alaik. disini saya kemukakan kertas kerja cadangan pengemaskinian Dropbox GenX sebeagai persediaan untuk tahun 2013/2014.

1) Pengenalpastian Masalah :
a) Dropbox akan digunakan oleh ahli-ahli GenX sebagai media perkongsian fail sesama ahli sehingga tamat pengajian di Cairo University. Dokumen2 dari tahun2 yang sudah lepas perlu diarkibkan dengan betul bagi :
i) Mengurangkan jumlah dokumen di dalam Dropbox, khususnya dokumen-dokumen yang sudah jarang diakses.
ii) Menyimpan dokumen-dokumen lama untuk tujuan rujukan.
ii) Menjadikan dokumen di dalam Dropbox tersusun atur lebih rapi dan kemas.

b) Tiada folder am untuk kegunaan kedua-dua ikhwah dah akhawat. Sehingga kini, GenX mempunyai dua folder yang berbeza untuk ikhwah dan akhawat. Sehubungan itu berlaku pengulangan (redundancy) dokumen di dalam folder-folder tersebut. 

c) Folder di dalam dropbox hanya diasingkan mengikut subjek. Terlalu banyak dokumen disimpan di dalam satu2 folder dan nampak kurang rapi. 

2) Cadangan Penyelesaian Masalah : 

a) Dokumen2 dari tahun2 sudah akan diarkib mengikut tahun di dalam aplikasi perkongsian yang lain. Walau bagaimanapun, keputusan peperiksaan bagi tahun sebelumnya dicadang untuk terus disimpan di dalam folder dropbox ( di dalam folder khas yang akan dinamakan "Result) untuk tujuan rujukan. Aplikasi perkongisan fail alternatif yang dicadangkan adalah Copy kerana ia menawarkan ruang simpan data sebanyak 7GB. Dengan kaedah ini, aplikasi dropbox ahli genX tidak akan sesak dengan dokumen lama; yang ada hanyalah dokumen yang aktif digunakan pada tahun semasa. Pun begitu, dokumen di dalam arkib hanya boleh diedit oleh moderator. Ahli GenX masih boleh mengakses fail2 tersebut tetapi tidak boleh mengubahsuainya lagi. 

b) GenX akan mewujudkan 3 jenis folder berbeza iaitu Ikhwah, Akhawat dan General. Untuk tujuan ini, setiap folder yang terdapat di dalam folder GenX ikhwah dan akhwat harus di salin sandar (backup) oleh AJK multimedia yang terlibat. kemudian, semua folder GenX sedia ada harus di buang ( delete). Setiap ahli GenX juga harus membuang folder GenX sedia ada yang berada di dalam telefon bimbit , komputer dan peranti mudah alih mereka jika mereka menggunakan aplikasi penyegerakan ( syncing applications) di dalam peranti-peranti tersebut. Seterusnya AJK multimedia GenX akan menilai folder2 yang sudah disalin sandar; sama ada untuk diarkib, diletakkan di dalam folder Ikhwah, Akhawat atau General, dibuang bagi fail-fail berulang dan seterusnya memuat naik fail-fail yang benar2 diperlukan pada tahun semasa ke folder dropbox.

c) Folder2 di dalam aplikasi dropbox GenX dicadang disusun dengan kaedah garis masa . Hierarki dibawah menerangkan bagaimana sistem ini digunakan : 

GenX 2013>Ikhwah
                Akhawat
                General > Academic > Opthalmology > Sept- Dis (2013)
                                                                   > Jan - Mac
                                                                   > Apr - Mei
                                                                   > Jun - Aug
                                                   > ComMed > Sept- Dis (2013)
                                                                   > Jan - Mac
                                                                   > Apr - Mei
                                                                   > Jun - Aug

Melalui sistem ini, ahli GenX boleh meletekkan apa sahaja dokumen tanpa perlu dibahagikan mengikut format; .doc, .pdf, .ppt.
pun begitu, setiap tahun dibahagikan kepada 4 garis masa seperti diatas. dengan cara ini, ahli GenX dapat mencari dokumen dengan lebih mudah; berdasarkan tempoh bila dokumen tersebut dimuat naik. 

3) Cadangan Pengimplementasian Penyelesaian Masalah : 

a) 1 Julai diletakkan sebagai tarikh pembekuan (freezing) sistem dropbox GenX. Selepas tarikh ini, semua ahli tidak boleh memuat turun atau memuat naik sebarang dokumen ke dalam folder Dropbox. bermula dari tarikh ini, AJK multimedia batch yang baru dilantik akan menyalin sandar dokumen-dokumen sedia ada di dalam dropbox kedalam komputer mereka. Seterusnya mereka akan menyusun fail-fail tersebut berdasarkan kaedah yang tersebut dalam 2(b) 

b) 7 Julai diletakkan sebagai tarikh pembuangan ( Purging) sistem dropbox GenX . Semua ahli GenX harus membuang folder dropbox sedia ada didalam peranti mereka. Ini bagi mengelakkan masalah penyegerakan semula ( resyncing) folder-folder yang sudah dibuang. 

c) 10 Julai diletakkan sebagai tarikh penambahan semula ahli-ahli GenX ( adding user) ke sistem dropbox yang baru. Dropbox harus berfungsi dengan baik sebelum keputusan peperiksaan tahun 3 keluar bagi memudahkan ahli-ahli GenX berurusan. 

sekian terima kasih.

Monday, April 1, 2013

Jadual Peperiksaan PRAKTIKAL Akhir Tahun Tiga 2013

Jadual Peperiksaan Praktikal Akhir Tahun Tahun Tiga 2013

UPDATE : ENDED

Tarikh
Hari
Subjek
Kertas
Masa
24/4
Rabu
Parasitology
Praktikal
NIL
29/4
Isnin
Microbiology
Praktikal
NIL
11/5
Sabtu
Pathology
Praktikal
NIL
12/5
Ahad
Pathology
Praktikal
NIL
14/5
Selasa
Pharmacology
Praktikal
NIL
Jadual ni di buat berdasarkan ekstrak dari maklumat yang terdapat di grup  ‎Kasr Al-Ainy : 3rd Year  .

Saya akan update kalau ada maklumat baru. 
Selamat study!! :) 


Jadual Asal :




International Day 2013


Would you like to learn more about the various cultures we have in campus?

Well, come along and join the fun! On April 4, 2013. Brought to you by Cairo University Faculty of Medicine in collaboration with PERUBATAN Cawangan Kaherah (PCK) and Majlis Ketua Batch (MKB). Visit the International Student Booths in front of the Cairo University Convention Centre in our own beloved campus.

Date : 4 April 2013
11.00 am to 2.30 pm – International Student Booths open
3.00 pm to 6.00 pm – Cultural Show at the Convention Centre hall

Ask questions, learn about their countries, their cultures and try their native languages!

"At-Taqwa, As-Syifa, Ar-Rahmah"
~Ilmuan Berbakti, Teguh Sehati~
Biro Penerbitan dan Penerangan (BPP)
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2013/2014

Saturday, March 30, 2013

CAIRO UNIVERSITY INTERNATIONAL DAY

Oleh : Ahmad Tahir, Ketua Batch GenX 2013

AsSalamu’alaikum w.b.t.

1) Utk makluman semua, uni kita akan adakan program wajib setiap tahun, international day seperti berikut:-
*tarikh – khamis (4/4/13)
*masa – 9 pagi hingga 3 petang
*aktiviti – booth pameran, makanan nasional, persembahan

2) pada tahun ni, batch kita akan berkolaborasi dgn batch tahun 5 utk menyediakan makanan warisan MALAYSIA. Segala teknikal tugasan utk menjayakan aktiviti ini akan dimaklumkan kat kelas esok.. ikhwah oleh saya dan akhwat oleh huda

3) sama2lah kita jayakan program ini utk kita promosikan MALAYSIA di mata dunia.. we’re proud to be MALAYSIANS… :)

Basic life support 31 Mac-1 April 2013

Oleh : Ahmad Tahir, ketua Batch GenX 2013

Tarikh : 30 MAC 2013 

Salam, guys...

insyaAllah kelas basic life support kita berjalan seperti biasa minggu ni... iA belajar benda menarik, ECG monitoring or intramuscular injection.. pakat maghi ghamai2... :)

Saturday, March 23, 2013

1st Night di Alam Barzakh Update



salam :D..Isnin 25 March..


Hari demi hari...sorg demi sorg kwn2 kita sudah pergi bertemu Ilahi...1 jam stengah lepas sorg rkn kita selamat dikebumikan..

kita???..sudah ready kah??..

status copied from Syakira Farha..
Akan dtg:
Kulit muke yg putih --> tanah
Rumah besar --> kubur
Kereta mahal --> keranda
Baju branded --> kain kapan
Perfume mahal --> kapur barus je.. :(

#Moga program ini dpt beri kesan kpd kita...kepada hati kita...akhlak kita..persediaan mental dan fizikal kita..
#Natijah yg dihrapkan dari program ini ialah supaya produktiviti kita semakin mningkat...insyAllah moga Final Exam nt result GenX cmerlang2 belaka..amiiin ya Rabb..

*credit to : Tasneem 'Aini [poster designer]
cc: Murshid Halim Nurul Sakinah

Solat Jenazah Allahyarham Faiz Izzudin


[Makluman: Solat Jenazah]

Jenazah Allahyarham Muhammad Faiz Izzudin Bin Daud, pelajar tahun 4 perubatan, Universiti Zagazig sedang dalam perjalanan ke Dataran Hayyu 'Asyir.

Berikut merupakan maklumat solat jenazah petang ini:

Hari: Sabtu
Tarikh: 23 Mac 2013
Tempat: Dataran Hayyu 'Asyir
Masa: 4.00 petang

Mohon sebarkan!

Jabatan Kebajikan dan Kemanusiaan
PERUBATAN 2013/2014

Friday, March 22, 2013

Update : Basic Life Support

AsSalamu'alaikum ya akhi ya ukhti...

Ak baru ja konfermkan dgn dr heba pasal kelas basic life support. Kelas masih berbaki 4 minggu lagi dan berjalan seperti minggu lepas. Dr heba mintak maaf atas kelambatan dr yg bgi lecture. InsyaAllah perkara ni xkan berulang... dr ckp, antara silibus yg kita perlu habiskan, intravenous injection, ecg monitoring, trauma coping ect.. dr kater, subject ni amat penting utk kita dpt pglmn...

Selamat stadi utk Islam :)
 

Intergrated Lecutre dan Kelas Patho Systemic Ganti

Assalamualaikum 

Intergrated Lecture
Isnin ni kita akan ada integrated lecture pukol 10.30 pagi kat Hall B yang mana terdapat beberapa orang sahabat kita yang akan buat presentation.

Semua akan tengok dan bagi sokongan.

Kelas Patho Systemic Ganti
kelas patho systemic akan start kat tempat masing masing pukol 12.00 tgh hari, hari yang sama.
dan bagi mengantikan satu jam kelas patho systemic, kita akan gunakan waktu selepas meseum patho pukol 10 pagi hari Rabu kat tempat masing masing jugak.

Wednesday, March 20, 2013

Basic Life Support Course

Salam, rakan2 perjuangan yg dikasihi sekalian..

Sy baru shj mendapat makluman daripada dr. Heba berkenaan kelas wajib (basic life support course)cyg kita perlu hadiri. Detail kelas adalah seprti berikut:-

1) kelas dibahagikan kpd dua kelas, kelas hari ahad & isnin
2) kelas akan bermula esok (17 march) setiap minggu selama 5 minggu
3) kelas bertmpat di LRC bermula pukul 8 hingga 10 pagi. So, pembahagian student adalah berdasarkan kelas praktikal pharma. Sesiapa yg kelas prak. Pharma hari ahad, akan ad kelas life support hari isnin. Sape yg kelas prak. hari isnin, kelas life support hari ahad
4) semua pelajar mou wajib dtg, kelas nih adlah termasuk silibus yg uni wajibkan

*kpd yg kelas life support esok, sila kumpul kat lrc sblum kul 8.. insyaAllah ak akan ad utk hndle.

#sila bertanya klocad yg perlu penjelasan :)

Wakil AJKT dari ahli GenX


Wakil Ikhwah : 

a) Nama     :  Muhammad Nur Azri Bin Mohd. Hisam
    Portfolio : Biro Pembangunan Islam (BPI)

b) Nama     :  Afiq Zulhilmi bin Zairudin
    Portfolio : Biro Penerbitan dan Penerangan 

c) Nama     :  Haniz Iqbal Mohd. Bin Hazaidi
    Portfolio : Biro Akademik

Wakil Akhawat : 

a) Nama     :  Nur Alysya Binti Musthafa
    Portfolio : Timbalan Setiausaha

b) Nama     :  Farah Hanin Binti Mohd. Azmi
    Portfolio : Biro Pembangunan Islam (BPI)

c) Nama     :  Ainatul Mardhiah Binti Mohammadin
    Portfolio : Biro Penerbitan dan Penerangan 

d) Nama     :  Anis Zarina Binti Zairini
    Portfolio : Biro Akademik

Bengkel Grafik Capai Sasaran

7 April 2012,  Markaz Abou Risy- Biro Multimedia Gen X telah menganjurkan sebuah bengkel grafik sebagai salah satu aktiviti batch kesinambungan dari Bengkel Grafik anjuran PERUBATAN. Hal ini kerana pihak Biro Multimedia berasa bertanggungjawab apabila menerima aduan bahawa ramai ahli batch yang berminat untuk menyertainya tidak terpilih untuk mengikuti program tersebut atas kekangan bilangan peserta yang terhad.

Bengkel ini berjaya mencapai sasaran apabila lebih daripada 1/4 warga batch menyertai bengkel ini terutamanya akhawat. Tenaga pengajar terdiri daripada warga Gen X sendiri, Muhammad Aisar Ayadi bin Kamaluddin yang mengajar asas Photoshop CS5 serta Umar Hakimin bin Mohd Ghani, pelajar Tahun 5 Universiti Kaherah bagi peringkat yang lebih advance.


  ********************gambor*****************************


Respon dari para peserta sangat memberansangkan dan mereka berpuas hati menyertai bengkel ini. Semoga bengkel grafik yang telah dianjurkan oleh Biro Multimedia Gen X mampu melahirkan pembuat poster, pakar grafik, dan designer yang akan menyumbang untuk PERUBATAN seterusnya menggunakan skill yang dipelajari sebagai satu nilai tambah untuk menyebarkan dakwah.


*Terima kasih kepada semua AJK yang menguruskan bengkel ini. Moga Allah memberikan ganjaran yang sebaiknya untuk kalian :)

Saturday, March 24, 2012

CITA-CITA DI LUAR KOTAK KEMATIAN

24 Mac 2012, Markas PERUBATAN Abou Risy - Alhamdullillah, buat pertama kalinya Biro Pembangunan Insan Gen X berjaya mangadakan sebuah kursus jenazah untuk ahlinya. Cetusan idea ini telah diilhamkan sendiri oleh ketua Biro Pembangunan Insan, saudara Mohammad Munawwir Hassan selepas menonton sebuah video ceramah daripada ustaz Don Daniel.




Majlis yang dipengerusikan oleh saudara Mohd Azri bin Abd Rahman bermula seawal jam 9 pagi apabila pembentang kertas kerja pengurusan jenazah, ustaz Syed Aisam bin Syed Idris Al Habshee, sampai ke markas. pembentangan kertas kerja ini berkisar tentang perkara-perkara yang perlu dilakukan sekitar menziarahi orang sakit, sebelum meninggal dan pengurusan jenazah.

Penyampai memberikan kursus secara teori pada separuh masa pertama dan mengajar secara praktikal pada separuh masa kedua. kami diajar cara-cara memandikan, mengkafankan dan mengebumikan jenazah. selain itu, ustaz Syed juga menceritakan pengalaman sepanjang menguruskan jenazah di bumi Mesir ini.




Secara keseluruhannya, program ini dikatakan berjaya kecuali pengurusan masa yang kurang lancar kerana pelbagai soalan-soalan yang ditujah kepada ustaz menyebabkan masa program terlajak melebihi sejam.





Ilmu fardhu kifayah ini sangat penting bagi memastikan kita sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan kematian, samada ahli keluarga yang terdekat ataupun apabila diminta oleh orang-orang di sekeliling kita. Realiti masa ini, anak muda jarang mengambil penting urusan-urusan 'terpencil' seperti pengurusan jenazah dan sebahagian daripada kita meninggalkan terus perkara-perkara sebegini. Buktinya, kekurangan penyebaran ilmu pengurusan jenazah kepada masyarakat membawa kepada penubuhan khairat kematian di masjid-masjid. Jadi, selaku insan yang cakna, kita tidak dapat tidak perlu untuk mempelajari ilmu ini supaya dapat menyediakan 'khidmat terakhir' setidak-tidaknya kepada kedua ibu bapa kita.


Bersedia atau tidak, kematian itu satu yang pasti. Bukan sahaja perlu untuk kita sedar betapa dekatnya kita dengan kematian, tetapi juga perlunya kesedaran yang tinggi terhadap ilmu-ilmu disebalik sebuah kematian. perlu diingat, ilmu pengurusan jenazah bukannya ilmu yang diturunkan kepada satu garis keturunan yang perlu diwarisi secara ekslusif kepada sekelumit umat sahaja, tetapi perlu dipelajari oleh setiap daripada kita.

Buat akhirnya, syabas diucapkan kepada jawatankuasa pelaksana atas kejayaan melaksanakan program ini.


"cita-cita diluar kotak kematian"


Sunday, December 4, 2011

Professional friend…


Assalamualaikum…


Find out what we’re made of

What we are called to help our friends in need

You can count on me like one, two, three

I’ll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you’ll be there ’cause that’s what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh

Buat teman yang kacak dan manis-manis semuanya,
Apa itu profesionalisme ?  setiap individu mempunyai takrifan yang berbeza tentang apa itu profesionalisme.  Seseorang akan dipandang tinggi jika terlekatnya sifat- sifat profesionalisme dalam dirinya. Profesional  bukan sahaja dengan mempamerkan pakaian yang kemas seperti yang diseru oleh PERUBATAN pada setiap hari isnin, bahkan professional juga merangkumi tindak tanduk,pandangan dan komunikasi dengan orang lain. Jadi , dalam berkawan juga,harus ada sikap professional.
Dalam kehidupan seharian kat bumi Mesir ni, memang 90% aktiviti kita buat dengan kawan-kawan. Kita mula mengenali mereka dan lama kelamaan, kita memahami mereka.  Dalam tempoh masa berkawan ni, tipu kalau kita kata  kita senang dengan semua sikap kawan kita. Sebab kawan kita tu,ada sifat baik dan kurang baiknya.  Kalau macam tu,apa tindakan kita ??? nak terus terasa ??? nak terus membenci???nak terus  mendiamkan diri ??? oleh itu, dalam hal yang sebegini,kita jadi cukup professional supaya ukhwah islamiyyah itu sentiasa dipelihara.
Berikut adalah ciri-ciri profesionalisme dalam persahabatan :-


1
       Bertolak ansur
Tak salah kita bertolak ansur. Beri anggapan positif pada kawan. Mungkin mereka mempunyai masalah sendiri. Ataupun mungkin sikap mereka memang begitu. Sentiasalah berlapang dada untuk memaafkan mereka. Jika berkawan,belajarlah untuk menerima segala baik dan buruk sahabat kita. Andai susah nak terima keburukan, tegurlah dengan cara yang berhemah.

2.
       Berlaku adil
Hati memang organ yang sangat sensitive. Senang sangat tersentuh. Kalau kita dipilih sebagai pemimpin oleh kawan2 kita,macam jadi ketua rumah ke, bila kita buat keputusan, kene ambil kira setiap ahli rumah punya pendapat.  Jangan biar kawan terasa hati kalau keputusan tu berat sebelah.  Dan,janganlah kita menghiraukan kawan-kawan yang  kita  tak senang berkawan. Mereka bukan untuk dihiraukan,tetapi mereka adalah  untuk diraikan.


3. 
      Jujur
Kejujuran sangat penting dalam persahabatan. Bila kita jujur,kita akan lebih dipercayai. Bahagianya hidup apabila orang sekeliling mempercayai dan menghargai. Jadilah insan dan rakan mampu menyimpan amanah orang lain. Jaga hak kawan2 kita,macam mana kita jaga hak kita.

4. 
      Rajin membantu
Kadang-kadang kawan2 malu untuk meminta pertolongan , tapi kita boleh rajinkan diri untuk membantu. Contoh terdekat, kalau hari itu insyirah masak,tapi insyirah ade smart circle sampai maghrib.Insyirah memang berniat nak masak dan xnak susahkan kawan-kawan yang laen.  Kemudian,atiqah yang serumah ni,nak tolong masak untuk hari tersebut tanpa perlu diminta. Insyaallah, selain dikurniakan ganjaran pahala oleh ALLAH, atiqah juga akan disayangi oleh insyirah.

5. 
      Menyokong dan menyuntik semangat
Jika kawan kita jatuh,jangan kita tinggalkan.  Kita x perlu nak dukung habis kawan kita,cukupla sekadar memapah dan biar dia melihat sendiri jalan di hadapan. Mereka sangat memerlukan kita kerana ibu dan bapa mereka jauh di Malaysia. Berilah kata-kata semangat  dan cuba ceriakan hidup mereka.
‘’you can count on me,like one two three” = jadilah seorang  yang boleh dipercayai dan menjadi  tempat rujukan kawan-kawan.

6. 
      Sentiasa memaafi
Berlapang dadalah dan banyak berdoa supaya kita bersabar sekiranya kawan-kawan menyinggung hati dan perasaan.


Dear readers,
      Professional sebenarnya boleh diaplikasikan dalam kehidupan walau dimana juga berada. Professional bukan sahaja dalam pekerjaan, tetapi  professional  dalam hidup keseluruhannya. Sentiasalah menjadi orang yang professional dan berusahalah untuk  meningkatkan nilai-nilai positif dalam diri.semoga mendapat redha ALLAH..


“ Islam kullu tamam, walakin muslimin misy kullu “ – video hebat, IMPRESSION

 Justeru, profesionalisme dalam diri sememangnya dapat melahirkan muslimin  yang produktif dan berwawasan KULLU !!! insyaallah...

sekian,terima kasih..... assalamualaikum..

Tuesday, November 29, 2011

E-Learning : Cultivate Mindfulness

Photobucket

Got any tips to excel?
Care to share your unique study method?
athink it will be beneficial to others?


DONT WAIT!!

Just fill in a simple form and we will spread your words. :)





Together We Success, Greater Wave We Produce, Better Future We Create.


Liêm KaKa Pictures, Images and Photos


Sunday, November 27, 2011

BLOG AUTHORS!

LOKI SPEAKS Pictures, Images and Photos


7 SIMPLE STEPS
FOR NEW AUTHORS

1. Access email inbox,

2. Search through your inbox, an invitation email from blogger should be sent, with a link.

3. Click on the link, it should direct you to create an author profile

REMEMBER! A Blogger invitation link will only work once, so if it has already been clicked on, you will need to get a new invitation from the administrator of the blog.

4. You'll arrive to Dashboard. Click on NEW POST.

5. Start Writing.

6. Happy Writing.

7. Semoga idea mencurah-curah. Aminn :)



5 SIMPLE STEPS
FOR OLD AUTHORS

1. Go to address www.blogger.com

2. Log in using YOUR EMAIL AND PASSWORD that you used to log into your email.

3. Dashboard!

4. Click NEW POST

5. Start writing yaw! :)

Saturday, November 26, 2011

Jadual Penulis Artikel Sempena Hari Profesional dan Hari Biah Solehah







NAMA
TARIKH
E-MAIL
1
MUHAMMAD ANAS BIN MOHAMMED AYYUB
28/11/2011
anasm54@yahoo.com
2
AHMAD BIN ABDUL RAHIM
1/12/2011
amad.ardy@gmail.com
3
NUR AMIRA BT ANUAR
5/12/2011
minu9259@yahoo.com
4
FATHIAH NADIAH BINTI FAUZI
8/12/2011
nadiah_lurve@yahoo.com
5
ABDULLAH FAHMI BIN ROHIME
12/12/2011
tanjai_deh07@yahoo.com.my
6
AHMAD TAHIR BIN AWANG
15/12/2011
man_nta010592@yahoo.com
7
TASNEEM AINI BT AHMAD RUSHDAN
17/12/2011
tasneem'aini@yahoo.com
8
NURIZZATUL HIDAYAH BT MOHD NAZRI
22/12/2011
aprilo_xery@rocketmail.com
9
AMIR HAMZAH BIN ZULKEFLI
26/12/2011
style100Le@yahoo.com
10
HANIZ IQBAL BIN HAZAIDI
29/12/2011
athrun_justice92@yahoo.com
11
DHUHAZZAINI BT AHMAD
2/1/2012
dhuha.ahmad@ymail.com
12
NURFAIZAH BT ABDUL AZIZ
5/1/2012
izahaziz73@yahoo.com
13
MUIZUDIN BIN SAWALUDIN
9/1/2012
muizudinz2@gmail.com
14
MOHAMMAD BADRI BIN AHADIN
12/1/2012
bad_sbh92@yahoo.com
15
NUR AMNINA BT NORDIN
16/1/2012
pheonieyna@yahoo.com
16
ZAHRATULMUNA ALHANY BT ABDUL HALIM
19/1/2012
hany_solehah92@yahoo.com
17
HELMI IZWAN BIN ABDUL KADIR
23/1/2012
helmidefreestyler@yahoo.com
18
MOHD AZRI BIN ABDUL RAHMAN
26/1/2012
azree_chms@yahoo.com
19
NUR KHALILAH BT ZAKI
30/1/2012
kaylazaki@yahoo.com
20
ARIFAH BT ABDUL AZIZ
2/2/2012

21
AHMAD SYAHID BIN ABU SAFIAN
6/2/2012
ahmadsyah92@yahoo.com
22
MUHAMMAD FARIS BIN MOHD RUSLI
9/2/2012
fareastmml@yahoo.com
23
NUR ATIKAH BT MUDA
13/2/2012
atie-ika123@yahoo.com
24
ATHIFAH BINTI ABDUL AZIZ
16/2/2012
athifah92@yahoo.com
25
AHMAD AFIQ FADHLI BIN RAMLI
20/2/2012
afiq92_liverpool@yahoo.com
26
MUHAMMAD HAFIZ BIN INCHE IBRAHIM
23/2/2012
kagerosan56@yahoo.com
27
MUNA LIYANA BT MUZAMIL
27/2/2012
liyana_muna@yahoo.com
28
NUR FATIN NADIA BT MAZLAN
1/3/2012
doc_ctnadiaLAN482@yahoo.com
29
MUHAMMAD AMIN BIN MOHD KAMAL
5/3/2012
yeopamin92@yahoo.com
30
MUHAMMAD RAFHAN RIDHA BIN MOHD DIAH
8/3/2012
zeal_fraternal@yahoo.com
31
ZATIL HIDAYAH BT ADNAN
12/3/2012
zatil2006@yahoo.com
32
SITI KHODIJAH BNT ZAINAL ABEEDEN
15/3/2012
sakura140692@yahoo.com
33
MUHAMMAD AMMARHAKIM BIN MOHD AZMI
19/3/2012
ammarhakimelmo92@yahoo.com
34
SYAMIM ASYRAF BIN SHAHIDAN
22/3/2012
syamimasyraff@yahoo.com
35
NUSAIBAH BT AZMI
26/3/2012
ibah_azmi@yahoo.com
36
SITI NOOR IZATY BT ROSLI
29/3/2012
lubna_leo92@yahoo.com


Tahniah kepada yang terpilih. Kepada yang tidak terpilih, jangan kecewa! Jadual ini akan ditambah lagi untuk sesi bulan 4 iaitu sesi terakhir sebelum peperiksaan akhir tahun menjelang..
Selamat berkarya :)

p/s: Sebarang permasalahan dan ajuan pertanyaan bolehlah merujuk kepada Hilmi Afandi bagi pihak ikhwah dan Insyirah beserta Siti Nur Atiqah bagi pihak akhawat.