Walau apapun kata orang, aku tetap merasakan generasi muda kita di Malaysia adalah generasi yang baik yang semakin hari semakin terserlah kebagusan mereka. Biarpun mereka merempit di jalan raya, biarpun mereka berzina hingga melahirkan anak luar nikah. Di sebalik semua itu ada kebaikan yang boleh digilap. Namun ia hanya mampu dilakukan oleh para pemimpin berjiwa ulul albab.
Tidak perlu lagi kita mengajar mereka tentang manisnya mati syahid di jalan Allah kerana mereka sudah lama bersedia untuk mati. Biarpun hari ini mereka hanya berani mati bergaya di jalan raya. Jika ada pemimpin ulul albab, esok pasti mereka berani mati syahid di jalan Allah. Dengan motor yang mereka tunggangi, motor itu jugalah yang mereka gunakan untuk berjuang ke jalan Allah, jika mereka diajar dan dipandu ke situ.
Alhamdulillah generasi muda kita tidak sedahsyat kaum Nabi Lut yang mendatangi kaum sejenis. Sebaliknya generasi muda kita lebih cenderung kepada pasangan berlainan jantina. Itulah fitrah yang Allah ciptakan. Cuma mereka perlu diajar dan dipandu ke arah hubungan yang halal bersendikan akad nikah. Namun malangnya mereka tidak berpeluang menghayati apakah itu pernikahan kerana ibu bapa mereka tidak suka melihat mereka berkahwin muda. Ibu bapa mereka hanya memberikan alasan dan tidak sesekali memberikan galakan untuk membina rumahtangga dari usia muda. Sedangkan nenek moyang mereka dulu telah lama melakukannya.
Alhamdulillah golongan pemudi kita mempunyai rahim yang subur, meskipun mereka melahirkan anak zina. Setidak-tidaknya mereka mampu juga melahirkan zuriat yang meramaikan umat Muhammad. Cuma mereka perlu diajar dan dipandu agar memastikan zuriat mereka mempunyai nasab untuk dibin atau dibintikan. Supaya anak-anak yang mereka lahirkan mempunyai bapa yang boleh diwajibkan memberi nafkah.
Selain Allah, manusia yang mampu memandu dan membimbing mereka adalah tangan yang mempunyai kuasa mengatasi kuasa ibu bapa mereka. Mereka itulah pemimpin berjiwa ulul albab. Siapakah mereka? Yang pasti bukan pemimpin hari ini.... mungkin pemimpin esok atau lusa...