Puasa dari segi bahasa ialah menahan diri. Dari segi syarak pula ialah menahan diri
daripada perkara – perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga
terbenam matahari, dimulakan dengan niat berpuasa, kerana mengaharapkan
keredhaan Allah. Berpuasa pada bulan Ramadhan
hukumnya wajib (fardhu ain) berdasarkan al-Quran, al-hadis dan ijmak ulama.
Dalil al-Quran :
Dalil Hadis
Sabda Rasulullah SAW
“ Diasaskan islam atas lima dasar : Penyaksian bahawa
tiada Tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad SAW adalah utusan Allah,
mendirikan solat, mengeluarkan zakat, haji, dan berpuasa pada bulan Ramadhan.”
Syarat
Wajib Puasa
1.
Islam
2.
Baligh
3.
Berakal
4.
Berkemampuan
5.
Bermukim
6.
Suci
Syarat Sah
Puasa
1.
Islam
2.
Berakal dan Mumaiyiz (tahu
membezakan antara baik dan buruk)
3.
Suci daripada haid dan nifas
4.
Masuk bulan Ramadhan
SELAMAT BERPUASA!
No comments:
Post a Comment