Feature Top (Full Width)

Friday, June 24, 2011

MPPB PISMP AMBILAN JUN 2011

Bismillahirrahmanirrahim~

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh dan selamat sejahtera semua :)

Alhamdulillahirrabbil 'alamin, syukur kehadrat Allah subhanahu wata'ala, kerana dengan izin, kudrat serta irodahnya, kita semua, warga IPG Kampus Ilmu Khas diberi peluang untuk bersama-sama menerima kehadiran adik-adik baru kita yang tiba di sini pada hari Isnin, 20 Jun 2011, bersamaan dengan 18 Rejab 1432.












Seramai 153 orang guru pelatih baharu yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, yang terdiri daripada 43 orang guru pelatih lelaki dan 110 orang guru pelatih perempuan.
Ambilan guru pelatih pada tahun 2011 adalah terdiri daripada beberapa pengkhususan, iaitu :

Pendidikan Khas Pemulihan - 23 orang
Pendidikan Khas Masalah Pendengaran - 20 orang
Pendidikan Khas Masalah Penglihatan - 7 orang
Pendidikan Seni Visual - 29 orang
Pengajaran Bahasa Inggeris - (1) 23 orang, (2) 20 orang, (3) 23 orang
Pendidikan Muzik -(1) 24 orang, (2) 23 orang.

Seperti yang telah kita semua lalui dulu, mereka juga akan melalui Minggu Pengurusan Pelajar Baharu selama seminggu, bermula dari hari pendaftaran ( 20 Jun 2011 ) sehingga hari Jumaat ( 24 Jun 2011 ).
Antara aktiviti yang telah diadakan dengan kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar ( JPP ) bersama fasilitator yang terdiri dari beberapa orang pensyarah dari Jabatan Ilmu Pendidikan dan Unit Bimbingan dan Kaunseling, seperti En. Roslan Mat Piah, Tuan Haji Komari Hussein, Dr. Rorlinda dan beberapa orang pensyarah lagi. Aktiviti sepanjang MPPB adalah berbentuk LDK, riadhah pagi dan petang, taklimat-taklimat yang berkenaan seperti taklimat budaya IPG, peperiksaan, insuran, Akta 174, disiplin, kolej kediaman & kebajikan, aktiviti bersama JPP di waktu malam, serta slot kerohanian kepada semua pelajar baharu, pelajar muslim menghadiri sesi kuliah subuh & maghrib di surau Ta'dib, manakala sesi moral dijalankan di dewan.
Alhamdulillah. Semoga semua urusan kita dalam menuntut ilmu untuk menjadi seorang pendidik dipermudahkan oleh Allah subhanahu wata'ala.