Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Kenyataan Rasmi dari Mahasiswa Pendidik Institut Pendidikan Guru
Dengan ini,Kami, Gabungan Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG selaku Pemimpin Mahasiswa Pendidik mewakili seluruh Mahasiswa pendidik IPG di seluruh Malaysia dengan ini mengutuk sekeras kerasnya pencabulan sistem demokrasi yang berlaku di Mesir.Tindakan keterlaluan tentera di bawah As Sisi dengan mengorbankan ribuan malah mencederakan ratusan ribuan rakyat yang tidak bersalah dan sepatutnya dilindungi dengan sewenangnya ditumpahkan darah seterusnya mengakibatkan peningkatan angka kematian berterusan merupakan salah satu tindakan yang tidak berperikemanusiaan dan jelas mencabuli hak asasi manusia!
Sebagai sebuah negara yang berpaksi kepada sistem demokrasi dan pemilihan pimpinan pemimpin melalui sistem pilihanraya , kami berharap Malaysia mula berdiri dengan gah dan seratus peratus menyokong Presiden Morsi memandangkan kepada pemilihan beliau yang mengikut kepada undang-undang dan prinsip demokrasi pilihanraya yang sah.Semoga Malaysia mula mewarnai landskap sistem demokrasi negara dengan mengambil tindakan sewajarnya dan terlibat secara langsung di dalam membantu menangani dan meredakan isu ini yang kian parah kerana ini bukan sahaja isu negara, bahkan satu isu yang berpaksi kepada ummah dan agama islam itu sendiri.
Kami menyeru kepada seluruh pihak yang terlibat untuk menyalurkan informasi secara berterusan dan telus kepada seluruh rakyat malaysia khususnya kepada pihak yang berwajib supaya setiap ruang dapat kita manfaatkan bersama .
Kepada seluruh pimpinan mahasiswa pendidik di seluruh Malaysia ,kami menyeru supaya mengiatkan usaha menyampaikan maklumat semasa dan terkini kepada seluruh mahasiswa pendidik samada berbentuk penulisan,perkongsian melalui media, seminar atau sebagainya yang dapat difikirkan dalam memastikan kelangsungan isu fundemental ini berterusan.
YANG DIPERTUA JPP IPGK berdiri sebulat kata dalam isu ini dengan semua para pemimpin mahasiswa yang berada di IPTA, IPTS, Politeknik, Kolej Komuniti dan seluruh mahasiswa serta rakyat Malaysia supaya berterusan cakna dan prihatin terhadap isu ini.
-Intan surullaha yansurukum ...wayustabbit aqdamakum!-
Ayuh bersama mula melazimkan qunut nazilah di dalam setiap doa dan kita titipkan doa yang berterusan tanpa henti kepada seluruh saudara yang berada Mesir.Semoga Mesir dan negara-negara yang ditindas diberi kemudahan dan bantuan dari Allah Subhanahuwataala-AMIN!
M.ASYRAAF AZHAR NOR ADZMAN
YANG DIPERTUA JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM
(Wakil gabungan)
BERSAMA MENYOKONG YDP GMPIPGK:
Institut Perguruan Perlis
Behor Pulai,
1000 Kangar,
Perlis
Institut Perguruan Darul Aman
Bandar Darul Aman,
6000 Jitra,
Kedah
Institut Perguruan Sultan Abdul Halim
Jln Kuala Ketil,
09200 Sungai Petani,
Kedah
Institut Perguruan Persekutuan Pulau Pinang
Bukit Coombe ,
11700,
Pulau Pinang
Institut Perguruan Tuanku Bainun
Mengkuang, Kubang Semang,
14000 S.Perai
Pulau Pinang
Institut Perguruan Ipoh
Hulu Kinta,
31150 Ipoh,
Perak
Institut Perguruan Islam
Beg Berkunci No. 214,
Pusat Mel Bandar Baru Bangi,
43657 Bandar Baru Bangi
Selangor
Institut Perguruan Raja Melewar
Jalan Sikamat,
Beg Berkunci No. 43,
70990 Seremban,
Negeri Sembilan
Institut Perguruan Perempuan Melayu
Jalan Tun Fatimah,
Durian Daun,75400
Melaka
Institut Perguruan Temenggong Ibrahim
Jalan Datin Halimah,
80350 Johor Bahru,
Johor
Institut Perguruan Tun Hussein Onn
Km 7.75 Jalan Kluang,
Karung Berkunci 524
83009 Batu Pahat,
Johor
Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan
Km 10,Jalan Padang Tengku,
27200 Kuala Lipis,
Pahang
Institut Perguruan Kuala Terengganu
Batu Rakit,
21030 Kuala Terengganu,
Terengganu
Institut Perguruan Sultan Mizan
Kg Raja (Kota Putera),
22200 Besut
Terengganu
Institut Perguruan Kota Bharu
Pengkalan Chepa,
16109 Kota Bharu,
Kelantan
Institut Perguruan Gaya
Peti Surat 10491,
88805 Kota Kinabalu,
Sabah
Institut Perguruan Keningau
Beg Berkunci 11,
89009 Keningau
Sabah
Institut Perguruan Kent
Peti Surat 2,
89207 Tuaran,
Sabah
Institut Perguruan Tawau
KM 36, Jalan Balung,
Beg Berkunci No. 27,
91009 Tawau
Sabah
Institut Perguruan Batu Lintang
Jalan College,
93200 Kuching,
Sarawak
Institut Perguruan Rajang
96500 Bintangor,
Sarawak
Institut Perguruan Sarawak
Jalan Bakam,
98009 Miri,
Sarawak
Institut Perguruan Tun Abdul Razak
Jln Datuk Mohd Musa,
Kota Samarahan,
94300 Kuching
Sarawak
Institut Perguruan Bahasa Bahasa Antarabangsa
Lembah Pantai, 59200
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia
Peti Surat 5002,
59990 Lembah Pantai,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Institut Perguruan Ilmu Khas
Jalan Yaacob Latif,
Bandar Tun Abdul Razak, 56000
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Institut Perguruan Teknik
Jalan Yaacob Latif,
Bandar Tun Abdul Razak, 56000
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Pusat Pengajaran Bahasa Inggeris Malaysia
Aras 7 & 8, Block Menara IPBA
Lembah Pantai, 59200 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur