Showing posts with label 2016. Show all posts
Showing posts with label 2016. Show all posts

Thursday, January 14, 2016

Pass PhD Viva

Fr left: Dr. Pappa (internal examiner from Imperial College London), Dr. Leo (external examiner fr Loughborough uni, my husband and Prof. Dr. Andrew Holmes (hubby's supervisor fr Imperial College London) 

Assalamualaikum...

Akhirnya hari yang ditunggu telah pon tiba dan berakhir dengan sebuah kejayaan. :)

Alhamdulillah en husben dah pon lulus PhD viva nya kelmarin, 12hb Januari 2016. Masya Allah, Syukur dan lega sangat! I'm so happy for him as for all his hard works from 2010 till 2014 have been paid off! 

Heartiest congratulations, dear Dr. Mohd Hisham Nordin from all of us!!! We can't wait to fetch you at KLIA soon! We mish you hehe..

My Little Pony for Zahin n Iris

Spiderman pjs and London briefs for Zafri fr Primarks.. Owh I miss Primarks! :(

Bumblebee for Zafri

And for mummy..heheh

 Habis je viva en husben terus pergi shopping kt Argos. Haih Zahin yg bagitau babah kt mana nak beli my little pony diorang tue..kemahin! 

The next day eb husben pergi Primarks plak kt Westfield Stratford.. shopping some stuffs for himself, and for us. So generous of him! ^_^

Thank you en husben. Semoga bertambah2 rezeki lagi lepas ni. Ameen..!


By the way, Once en husben bg green light, barulah announcement dibuat kt my instagram then i shared it at my Fb as well. 

En husben tak ada fb so most kawan2 UIA kami ada in my fb friend list. So ramai yg like dan wish him congratulations. Same with some of his colleague. Then I told him and he's so touched by everyone and their kind wishes.

So, thank you so much on behalf of my husband!! Jazakumullah..may Allah bless you all and reward your kindness. :)

Love, 
IshamIzu

Saturday, January 9, 2016

Persediaan Travel Musim Sejuk

Assalamualaikum

Syukur sangat bila Babah whatsapp beliau dah selamat sampai di London dari Amsterdam. Fuh, lega dengar! Masa lost contact, asyik berdebar je jantung Mummy nihh. :(

Oleh kerana Babah dah pon selamat sampai London awal pagi maka keadaan sekeliling masih gelap lagi. Sekarang di sana tengah musim Winter, hari lambat siang dan cuaca pula sejuk di bawah 10 darjah celcius. Huhu Mummy pon masih teringat-ingat lagi sejuknya tuhh.

Minggu depan ni diramalkan lebih sejuk lagi, kebarangkalian untuk turun snow pon ada. Huhu rindunya nak main snow! Kalau snow turun memang rezeki babah :)

Apapun diharapkan Babah tak lupa untuk makan vit c supplemen yang dibawanya. Orang lelaki bab supplemen ni kalau kita tak ingatkan memang mudah lupalah jawabnya. Hehe.

Since Babah pergi time Winter, maka 2 minggu sebelum berangkat kami sudah mula buat persediaan. Pertama buat Checklist. Checklist Babah lain dan lebih panjang sbb termasuk hal viva PhD nya.

Tapi Di bawah ini antara checklist Mummy utk Babah:

1. Pengambilan vitamin c setiap hari untuk meningkatkan daya ketahanan diri dan prevent daripada selsema.

2. Packing pakaian seperti long john, jumper/sweater, coat, winter jacket, socks, snowcap dan gloves serta trainer/shoes yg sesuai. Mujur kebanyakannya masih elok dan dibawa balik Malaysia. So jimat. Cuma Babah perlu membeli boot atau shoe lain sekiranya snow turun semasa beliau di sana.

3. Ubat-ubatan. Since Babah juga ada athma maka Mummy make sure beliau tidak tertinggal inhaler nya.

4. Travel light. Since Babah pergi sorang so senang la. Lagipon orang lelaki tak kisah nak bawa banyak2 baju macam kita kan. Hee.

5. Winter Sale!! Haha ni bahaya..kene pandai kawal nafsu ye. beli yg perlu sahaja dan kalau lebih murah daripada harga di sini. Hehee.

Babah ZiZ nie boleh tahan kemurahan hati beliau..silap haribulan memang dia shopping sakan nanti. :D

Zahin and Iris plak dah pandai demand..siap diorang send pic lagi barang yg diorang nak kt babah thru whatsapp. Zafri pon nak 'car'. Haih la anak2..

Mummy kirim tak? Hehe off course lah Kiki..tapi in shaa Allah brg ringan je. En husband kata nak bagi hadiah, hah yang tu lain..hehe ;P

Ok that's all.

Ps. Lain orang lain persediaannya kan. Ini cuma pengalaman mummy yang sama2 buat persediaan untuk babah sebelum berangkat ke London haritu. ;)

Love,
Mummy



Wednesday, January 6, 2016

Hello 2016!


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum...makin lama makin pantas masa berlalu. Pejam celik dahhh masuk tahun 2016. :)

Iris pon dah darjah 1! Yay...Happy betul dia dapat satu sekolah dengan Along. Hehe. Masya Allah dah besar dah anak-anak mummy. Sobs.

Apapun syukur alhamdulillah masih diberikan nafas lagi di dunia ini untuk memperbaiki diri dan mencari bekal di alam akhirat sana, in shaa Allah.

Sebelum itu sedikit update tentang penutup tahun 2015 yang lalu. ;)

Alhamdulillah pada hujung cuti sekolah yang lalu dari 20 hingga 24 Disember 2015, kami sempat cuti-cuti Malaysia ke Penang dan Perak bersama mak, abah dan keluarga adik belah mummy. Memang best especially JJCM di Penang! 

Nanti in shaa Allah ada masa mummy akan cuba share detail cerita cuti-cuti di sana dan juga tentang Iris dan sekolah barunya! ;)

Ps. Doakan mummy supaya rajin update blog tahun 2016 ni k! Hehe

Love,
Mummy