Showing posts with label artis luar negara. Show all posts
Showing posts with label artis luar negara. Show all posts

Thursday, September 26, 2013

Tujuh artis Hollywood yang berpelajaran tinggi

DALAM lambakan pelakon popular Hollywood, ternyata ada beberapa antaranya yang berpelajaran tinggi dan mempunyai kelulusan yang boleh digunakan untuk mendapat pekerjaan sesuai dengan kelayakan yang dimiliki.

Ironinya, mereka lebih berminat berkecimpung dalam dunia lakonan dan kini sudah terkenal di seluruh dunia. Berikut merupakan senarai pelakon yang boleh dijadikan sebagai idola berikutan kejayaan mereka dalam pelajaran.
 1.Rowan Atkinson

Selama ini penonton sudah melihat aksinya sebagai seorang lelaki 'bodoh' dalam sitkom yang cukup digemari ramai iaitu Mr. Bean. Namun begitu, di sebalik kebodohan yang ditampilkannya itu, mungkin ramai yang tidak tahu tentang tahap pendidikan yang dimiliki Rowan Atkinson.

Dilahirkan di Durham, England, Rowan Sebastian Atkinson mendapat pendidikan awal di Chorister School dan St. Bees School, Durham. Kemudian dia menyambung pengajiannya di Universiti Newcastle dalam bidang Kejuruteraan Elektrik.

Selepas tamat pengajian, pelawak tersebut menyambung pengajiannya dalam peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang sama di Universiti Oxford. Semasa di universiti berkenaan, Rowan turut aktif dalam pementasan teater bersama The Experimental Theatre Club.
 2. Lucy Liu

Nama pelakon Lucy Alexis Liu mula dikenali ramai setelah membintangi filem Charlie's Angels bersama-sama Drew Barrymore dan Cameron Diaz pada tahun 2002. Ironinya, karier lakonan Lucy sudah bermula lapan tahun sebelum itu.

Sebelum berkecimpung dalam bidang lakonan, Lucy pernah menuntut di Universiti New York selama setahun dan kemudian berpindah ke Universiti Michigan dengan mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Dan Kebudayaan Asia.

Sepanjang pengajiannya di universiti berkenaan, pelakon kelahiran New York, Amerika Syarikat itu aktif dalam bidang seni dan pernah menyertai pementasan teater Alice In Wonderland semasa berada di tahun akhir.

Selain mempunyai kelulusan yang tinggi, Liu juga berkebolehan bertutur dalam lima bahasa iaitu Mandarin, Sepanyol, Itali, Jepun dan Perancis.
 3. Arnold Schwarzenegger

Bermula sebagai ahli bina badan, lalu berkecimpung dalam dunia lakonan dan akhirnya terpilih sebagai Gabenor California, Arnold Schwarzenegger cukup popular dengan lakonannya dalam filem The Terminator.

Dilahirkan di Styria, Austria pada 30 Julai 1947, dia kemudiannya berhijrah ke Amerika Syarikat, meskipun tidak fasih berbahasa Inggeris, dia akhirnya berjaya menjadi ahli bina badan berjaya dan pernah bergelar Mr. Olympia sebanyak tujuh kali.

Kemudian pada tahun 1977, Arnold mengambil kelas Bahasa Inggeris di Kolej Santa Monica dan menyambung pelajarannya di Universiti Wisconsin. Dia berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Dan Ekonomi Antarabangsa.
 4. Hugh Jackman

Sebelum popular sebagai pelakon, Hugh Jackman menuntut di Universiti Teknologi Sydney dan mengambil Ijazah Sarjana Muda Komunikasi. Menariknya, cita-cita awalnya dahulu adalah mahu menjadi seorang wartawan.

Pada tahun terakhirnya di universiti tersebut, hasratnya tiba-tiba berubah dan mahu bergelar seorang pelakon. Setelah tamat pengajian, dia lantas mengikuti kursus lakonan selama setahun di Actors' Centre di Sydney.

Selepas itu, dia meneruskan usahanya untuk bergelar pelakon dengan menuntut di Western Australian Academy Of Performing Arts (WAAPA) pada 1994 dan banyak diberi peluang berlakon sepanjang berada di akademi tersebut.
 5. Natalie Portman

Melihat kepada latar belakang pendidikan yang dimiliki oleh pelakon Natalie Portman, pastinya ia sesuatu yang cukup mengagumkan.

Selain cantik dan berbakat besar, bintang filem Black Swan itu boleh dikategorikan sebagai antara pelakon yang bijak dan sering mendapat keputusan cemerlang dalam pelajaran.

Ketika menuntut di Sekolah Tinggi Syosset, Long Island, Amerika Syarikat, Natalie berhasil mendapat keputusan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 4.0 sehingga melayakkannya menyambung pelajaran dalam jurusan Psikologi di Universiti Harvard.

Setelah menamatkan pengajian pelakon berkenaan meneruskan karier lakonannya, tetapi pernah dipilih menjadi pensyarah jemputan di Universiti Columbia. Selain itu, sejak kecil lagi dia sudah menguasai beberapa bahasa asing seperti Hebrew, Perancis, Jerman, Arab dan Jepun.
 6. Hugh Grant

Selama ini peminat lebih mengenali wajah tampan pelakon Hugh Grant serta sikap mata keranjang kerana selalu menjalinkan hubungan dengan beberapa wanita cantik.

Namun begitu, pelakon yang memulakan karier seni pada tahun 1982 menerusi filem Privileged itu merupakan lulusan Universiti Oxford dalam jurusan Kesusasteraan Inggeris serta aktif dalam beberapa jenis sukan seperti ragbi, kriket dan bola sepak.

Menariknya, dia juga pernah mendapat tawaran untuk melakukan kajian dalam pengkhususan sejarah seni dari Universiti London yang melayakkannya mendapat ijazah Doktor Falsafah (PhD), tetapi terpaksa menolaknya kerana gagal mendapat geran penyelidikan.
7. David Duchovny

Drama bersiri lakonan David Duchovny yang paling diingati ramai sudah tentu The X-Files sekitar tahun 90-an dahulu bersama gandingannya, Gillian Anderson.

Menceritakan tentang tahap pendidikannya, pelakon kelahiran New York, Amerika Syarikat itu merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Kesusasteraan Inggeris dari Universiti Princeton kemudian menyambung pengajian dalam bidang yang sama di Universiti Yale.

Selepas itu, David melakukan tesis dengan memilih tajuk Magic And Technology In Contemporary Poetry And Prose di universiti berkenaan, namun dia tidak dapat meneruskannya dan gagal mendapat PhD.
Kosmo!

Fakta Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Bruce Lee (Menarik!)

Fakta Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Bruce Lee (Menarik!) | Adakah anda kenal dengan nama Bruce Lee ini? Beliau adalah seorang yang mahir dalam berkungfu sehingga namanya diangkat sebagai satu lagendadunia. Kehebatannya dalam menewaskan pencabar tidak boleh disangkal lagi. Kini namanya hanya tinggal sebagai satu kenangan. Gurunya Yip Man, juga turut diadaptasikan dalam sebuah filem yang bertajuk Ip Man 1 & 2. Di bawah ini, kami kongsikan bersama anda fakta tentang Bruce Lee.
bruce-lee
Pelakon dan ahli kungfu ini memang terkenal kerana mempunyai gaya yang tersendiri di dalam setiap lakonannya.
Namun begitu ada beberapa perkara yang anda mungkin tidak tahu mengenai Bruce Lee ini.
Mari baca tentang fakta ini.
1. Bruce Lee mempunyai kecacatan semulajadi : kaki yang panjang sebelah dan testis yang besar sebelah.
2. Bruce Lee sebenarnya rabun teruk dan memakai cermin mata tebal, dan dia menggunakan soft lens. Terbukti di Amerika, soft lens sudah wujud pada zaman itu.
3. Bruce Lee bukan 100% Chinese, ibunya Grace Lee adalah campuran Chinese & Jerman, dan ini menjadikan Bruce Lee memiliki 1/4 darah Jerman.
4. Bruce Lee pertama kali muncul dalam filem ialah pada umur 3 bulan. Dia dibawa ayahnya, seorang yang cukup terkenal dalam Chinese Opera untuk tampil pada filem pertamanya.
5. Dalam suatu majlis lelong, sebuah surat tulisan tangan Bruce Lee untuk memotivasi dirinya sendiri dgn tajuk “My Definite Chief Aim” dijual dengan harga US$29,500.
6. Kelajuan pukulan Bruce Lee adalah 1/500 saat dari jarak sekitar 1 meter ke sasarannya.
7. Bruce Lee seorang yang sangat kuat untuk saiznya, dia dapat melakukan push ups 50 kali dgn satu tangan. Bolo Yeung (aka Chong Li) yang begitu besar tidak pernah menang melawan Bruce Lee.
8. Bruce Lee dapat melakukan push up dgn satu tangan hanya dgn 2 jari (telunjuk dan ibu jari) dan push ups dengan dua tangan, namun hanya menggunakanibu jari sahaja.
9. Bruce Lee mempopularkan teknik ‘one inch punch’ iaitu tumbukan dari jarak 1 inci. Pada satu pertandingan karate, dia mempraktikannya pada seorang juara judo berasal Jepun yang memiliki berat sekitar 100 kg. Juara judo itu jatuh terduduk dan kakinya terangkat apabila terkena one inch punch dari Bruce Lee.
10.Ketika umur 13 tahun Bruce Lee berguru dengan Yip Man untuk belajar Wing Chun kerana pada ketika itu, Bruce Lee dan geng nya sering bergaduh dengan geng lain. Bruce Lee terfikir jika beliau diserang ketika berseorangan. Jadi beliau pun belajar Wing Chun untuk belajar berlawan dengan ramai orang sekaligus.
11. Ada tiga murid Bruce Lee yg pernah memenangi World Karate Champion: Chuck Norris, Joe Lewis dan Mike Stone.
12. Di Amerika, Bruce Lee mengajar kung fu kepada semua bangsa dengan tidak memilih-milih, dan kerana itu, dia dicabar oleh guru kung fu lain dengan tuduhan membocorkan rahsia Chinese Martial Art kepada bangsa lain. Bruce Lee menerima cabaran itu dan mengalahkan guru tersebut dalam masa 3 minit. Bruce Lee kecewa, kerana mencipta konsep “Jeet Kune Do”.
13. Film Dragon The Bruce Lee Story yang diarahkan Jason Scott Lee adalah filem yang sangat tidak tepat dalam menggambarkan cerita sebenar Bruce Lee. Dalam filem tersebut, Bruce Lee ditendang punggungnya, menjadi lumpuh dan terpaksa menggunakan kerusi roda.
Dalam kejadian yang sebenar, cedera Bruce Lee disebabkan oleh latihan dengan beban yang terlalu berat dan menyebabkan kecederaan tulang belakang, dan sebenarnya sebenarnya tidak pernah duduk di kerusi roda.
14. Sewaktu berehat dari kecederaan tulang belakangnya selama 6 bulan, Bruce Lee menulis buku “Tao of Jeet Kune Do” yang menjadi best-seller.
15.Beberapa saat sebelum kematian Bruce Lee, “Pa Qua” (sejenis azimat yang dipercayai dapat menepis evil spirits) pada rumah Bruce Lee jatuh ditiup angin.

Friday, September 13, 2013

Oops! Kancing baju Beyonce terbuka depan orang ramai

dailymail.co.uk
Wanita fashionable seperti Beyonce Knowles masih boleh mengalami wardrobe malfunction. Gara-gara salah pilih baju, isteri Jay Z ini nyaris menanggung malu di depan umum. Apa yang terjadi?

Seperti dilaporkan Daily Mail, insiden ini berlaku apabila Beyonce dan Jay Z sedang merancang menikmati makan malam di Itali. Demi acara romantis di restoran Taverna Anema e Core itu, Beyonce memilih baju seksi dengan belahan dada super rendah.

  Namun saat sampai di depan restoran, baju yang dikenakan Beyonce mendadak terbuka. Nasib baik pelantun lagu Halo itu cukup waspada sehingga hal yang lebih memalukan tidak sampai terjadi.

Sementara Jay melihat dengan wajah bimbang, Beyonce akhirnya berjaya mengancingkan kembali bajunya. Selepas semua beres, mereka pun kembali berjalan menikmati suasana romantis di lokasi yang telah disediakan.

Insiden itu sama sekali tak menghilangkan keceriaan dan senyum ramah Beyonce. Ibu satu anak itu tampak cantik dengan make-up glamour yang dipadan dengan gaun biru

kapanlagi

Miley Cyrus pakai seluar semi-transparent, tak pakai seluar dalam

Penyanyi Miley Cyrus terus menjadi perhatian ketika menghadiri sebuah acara di London,  pada Rabu (11/9/2013). Apalagi kalau bukan kerana pakaian yang dikenakannya.

Seperti dilapor US Magazine, Khamis (12/9/2013), pelantun 'Wrecking Ball' itu nampak memakai seluar panjang hitam semi-transparent. Dia kelihatan tidak memakai seluar dalam.

Sementara, untuk menutup bahagian atas tubuhnya, Miley terlihat hanya mengenakan baju yang bentuknya lebih mirip dengan bra. Dia menggabungkan penampilannya itu dengan aksesori dari Chanel, mulai dari tas tangan, tali pinggang dan gelang.
Daily Mail
hot.detik.com

Saturday, September 7, 2013

David Beckham Bakal Jadi Pelakon..!

David Beckham Bakal Jadi Pelakon

LONDON – David Beckham bakal jadi pelakon. Selebriti tersebut dilaporkan telah mempertimbangkan untuk membintangi filem mengenai perisik `The Secret Service’.
Beckham telah dilamar oleh Colin Firth untuk membintangi  filem tersebut, namun dia masih belum memberikan komitmen sepenuhnya.

“Beckham minat menonton filem dan berangan untuk terlibat dalam layar perak, namun bukan sepenuh masa,’’ kata sumber kepada The Sun.
Pemain bola sepak itu dilaporkan dibanjiri dengan tawaran filem selepas mengumumkan persaraannya dalam arena bola sepak.
Meskipun Beckham belum memberikan kata putus, namun industri perfileman sentiasa memberikan sokongan kepadanya kerana mereka sedar, Beckham mampu menarik penonton yang ramai.
Jika Beckham menerima tawaran berlakon filem `The Secret Service’ itu, dia bakal berlakon di samping Samuel L Jackson,Firth dan Michael Caine.
Filem itu berdasarkan novel Kick-Ass yang ditulis oleh Mark Miller.
Dalam pada itu isteri Beckham, Victoria nyata memberikan sokongan kepada suaminya untuk menjadi pelakon.
“Kenapa tidak….saya sendiri pernah bersama Spice World dan ia merupakan sesuatu  yang menarik,’’ katanya.