Showing posts with label Jepun. Show all posts
Showing posts with label Jepun. Show all posts

Tuesday, October 1, 2013

Rusa Di Jepun Pandai Patuhi Peraturan Jalanraya



Jepun memang sudah dikenali dengan penduduknya yang sentiasa mematuhi peraturan, tapi siapa sangka haiwan di sana pun mematuhi peraturan juga. Baru-baru sebuah gambar menunjukkan seekor rusa mentaati lampu isyarat penjalan kaki, heboh di perkatakan.

Kejadian tersebut berlaku di bandar Nara yang terkenal mempunyai banyak rusa. Seorang pelancong mengambil gambar seekor rusa berdiri di tepi jalan laluan zebra ketika lampu menunjukkan warna merah. Ia berdiri tenang menunggu lampu hijau.

Kehadiran si rusa di tempat ini menarik perhatian pejalan kaki yang memotretnya atau hanya sekadar menoleh untuk melihat. Tak disangka, apabila lampu bertukar hijau si rusa itu ikut berjalan melintasi laluan zebra. Kini foto tersebut tersebar dengan cepat di internet dan menjadi perbincangan hangat.

"Satu lagi detik-detik aneh di Jepun," jelas seorang penulis. "Rusanya cute dan sikapnya juga sebaik penampilannya,".

Friday, September 20, 2013

Aizat & Amir Jahari Selamat Tiba Di Jepun

Aizat Amdan & Amir Jahari
Penyanyi terkenal, Aizat Amdan dan Amir Jahari bakal terbang ke Osaka, Jepun bagi membuat persembahan sulung mereka di festival Kansai Music Conference (KMC) 2013.


Hanya tinggal tiga hari sahaja lagi untuk persembahan tersebut, kedua-dua penyanyi itu kini dilaporkan telah selamat tiba di Osaka dan kedua-duanya kelihatan sangat teruja apabila berjaya menjejakkan kaki di negara matahari terbit itu.


Aizat Amdan 3

Aizat menggayakan pakaian tradisional Jepun ala-ala Kimono
Menerusi foto serta caption yang dikongsikan oleh kedua-dua penyanyi itu, nampaknya masing-masing sedang sibuk membiasakan diri dengan gaya hidup di sana dengan memuat naik status berbunyi :

Aizat Amdan Amir Jahari
Secara umumnya, ahli kumpulan Go Gerila! turut berada di Jepun dan mereka juga akan sama-sama membuat persembahan di KMC 2013 yang dijadualkan bakal berlangsung pada 20 September 2013.
Bagaimanapun, untuk semua peminat Aizat dan Amir, jom layan beberapa foto menarik mereka selepas ini. Enjoice!
Go Gerila! 5

Aizat Amdan 2

Go Gerila! 1

Go Gerila! 2

Go Gerila! 4

Go Gerila! 6

Go Gerila! 7

Go Gerila! 8

Go Gerila! 9

Go Gerila! 10
 

Tuesday, September 17, 2013

Pelik! Ulat Dengan Wajah Seperti Hello Kitty


Hello Kitty, salah satu watak kucing yang paling terkenal di dunia, mempunyai banyak peminat fanatik di Jepun dan di kebanyakan negara lain di dunia. Tapi siapa sangka bahawa ada mahkluk dengan wajah menyerupai Hello Kitty?

Sebuah laman web 'The Featured Creature' baru-baru ini memaparkan ulat dari China dari jenis rama-rama Bush Brown, yang mempunyai wajah yang kelihatan mirip seperti watak Hello Kitty. Dengan telinga kucing runcing dan wajah berbentuk kucing, larva aneh ini boleh ditemui merangkak di sepanjang daun di hutan hujan dan hutan biasa.

Setelah berubah menjadi rama-rama, sayap rama-rama itu juga mempunyai corak berbebentuk seperti mata kucing.