Showing posts with label Kosmo!!!!. Show all posts
Showing posts with label Kosmo!!!!. Show all posts

Saturday, October 19, 2013

Arkeologi cari harta karun RM157 billion


SEJUMLAH orang mengunjungi sebuah kawasan kubu pada abad ke-17 yang dikatakan mempunyai simpanan harta karun di Unnao, Uttar Pradesh kelmarin.- AP

UNNAO - Ahli-ahli arkeologi memulakan kerja-kerja menggali di sebuah kubu untuk mencari harta karun pada abad ke-19 di utara India semalam.

Kerja-kerja menggali itu dibuat selepas seorang sami mendakwa seorang bekas raja muncul dalam mimpinya dan memberitahu terdapat simpanan harta karun bernilai AS$50 bilion (RM157 87 bilion) di bawah tanah kubu.

Kerja-kerja itu dimulakan selepas sami tersebut, Shobhan Sarkar memaklumkan tentang mimpinya kepada seorang menteri India yang melawatnya pada bulan lalu.

Sami itu berkata, Raja Rao Ram Baksh Singh yang digantung sampai mati pada tahun 1858 kerana menentang penjajah British memberitahunya, terdapat 1,000 tan harta karun yang tersembunyi di bawah kubu miliknya itu.

Majistret daerah Unnao, Vijay Karan Anand berkata, beberapa pegawai geologi dan arkeologi telah meninjau kawasan tersebut dan menemui bukti tentang kewujudan logam yang terdapat kira-kira 20 meter dari bawah tanah.

"Kerja-kerja menggali merupakan satu cara untuk mengesahkan jenis logam itu," ujarnya.

Pihak Kajian Arkeologi India menyatakan, kerja-kerja menggali akan bermula di bawah sebuah kuil yang terletak di dalam runtuhan kubu lama itu.

Dalam pada itu, rata-rata penduduk kampung Daundia Khera yang tidak mempunyai bekalan elektrik berkata, cerita tentang harta karun tersebut telah diketahui daripada orang tua mereka.

Dalam pada itu, pihak berkuasa telah membuat sekatan bagi menghalang beribu-ribu orang yang mula membanjiri kampung itu untuk melihat harta karun dan mereka turut bersembahyang di situ.

Bagaimanapun, salah seorang keturunan raja itu, Navchandi Veer Pratap Singh berkata, jika emas benar-benar ditemui di kawasan itu, dia juga perlu memperoleh sahamnya.

Pihak berkuasa negeri Uttar Pradesh menyatakan, ia juga berhak ke atas harta karun itu. - AP

Kosmo!

Thursday, September 26, 2013

Penumpang cemas tayar pesawat MAS pecah ketika nak berlepas

PENYIASAT memeriksa pesawat MAS yang membatalkan penerbangan selepas salah satu tayarnya dipercayai pecah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching semalam.


KUCHING - Seramai 144 penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) cemas seketika apabila pesawat yang dijadualkan berlepas dari Kuching menghala ke Sibu mengalami masalah teknikal pada bahagian tayar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 10.10 pagi itu, penerbangan MH 2266 tersebut mengalami masalah apabila salah satu daripada empat tayar pesawat tersebut dipercayai pecah sebaik sahaja ingin berlepas.

Pengurus Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) Kuching, Sunis Naiman berkata, kesemua penumpang dan anak kapal bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian berkenaan.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Saturday, September 21, 2013

Wanita Dera Anak Hngga Mati Didapati Tidak Gila


MEE CHIN akan dibicarakan atas tuduhan membunuh anaknya.


IPOH – Seorang suri rumah, Chong Mee Chin, 30, yang berdepan tuduhan melakukan penganiayaan dan mendera anak perempuannya, Ho Yan Hui yang berusia lima tahun sehingga mati pada 12 Ogos lalu disahkan layak untuk dibicarakan.

Pengesahan yang dibuat Pengarah Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Dr. Rabaiah Mohd. Salleh dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Fauzi Md. Yusof ketika kes itu disebut di Mahkamah Majistret di sini semalam.

“Hasil laporan Hospital Bahagia menunjukkan tertuduh mempunyai gejala sejenis penyakit mental iaitu kemurungan. Bagaimanapun, semasa kejadian dia didapati berada dalam keadaan waras.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Friday, September 6, 2013

Gambar aksi menarik Liverpool lawan Manchester United



LIVERPOOL - Liverpool seolah-olah sudah melupakan Luis Suarez.

Buktinya, The Reds berjaya melakar kemenangan ketiga berturut-turut musim ini selepas menjinakkan juara bertahan, Manchester United dengan kemenangan tipis 1-0 dalam aksi Liga Perdana England di Anfield, malam tadi.


Daniel Sturridge muncul wira tuan rumah apabila mencetak gol tunggal perlawanan selepas tenang menyempurnakan hantaran Daniel Agger seawal minit ketiga.

Ia merupakan gol ketiga peribadi Sturridge musim ini apabila turut mencetak gol tunggal perlawanan semasa membantu The Reds mengecewakan Stoke City dan Aston Villa dalam dua aksi terdahulu, juga dengan kemenangan tipis 1-0.


Tidak mustahil, Sturridge kini lebih disayangi peminat fanatik The Reds berbanding Suarez.

Masa depan Suarez di Anfield kini masih samar menjelang tarikh akhir jendela perpindahan pemain yang akan ditutup hari ini.


Dia yang menjalani hukuman penggantungan 10 perlawanan selepas didapati bersalah menggigit pemain pertahanan Chelsea, Barislav Ivanovic musim lalu dikatakan mahu menyertai Real Madrid ataupun Arsenal kerana mahu beraksi dalam kempen Liga Juara-Juara.

Malam tadi, tuan rumah berpeluang menggandakan kelebihan namun percubaan kapten, Steven Gerrard tepat ke dakapan penjaga gol United, David De Gea pada minit ke-26.


 United berpeluang menyamakan kedudukan namun percubaan Robin van Persie selepas hanya berdepan dengan penjaga gol lawan tersasar pada minit ke-86.

Liverpool juga mampu menang selesa jika tidak kerana percubaan Raheem Sterling berjaya ditepis keluar De Gea pada masa kecederaan.

Dengan keputusan itu, skuad kendalian Brendan Rodgers kini mengungguli carta liga dengan sembilan mata maksimum, dua mata di depan pencabar terdekat, Chelsea.






Kosmo!/Daily Mail

Bayi usia setahun maut ditembak di kepala


Antiq Hennis


New York: Seorang bayi berusia setahun maut selepas ditembak di kepala di bandar raya ini.

Polis berkata, Antiq Hennis ditolak ibu dan bapanya dalam kereta sorong bayi ketika mereka melintas jalan di kejiranan Brownsville, Brooklyn kira-kira jam 7.20 petang ketika kejadian yang menyaksikan beberapa das tembakan dilepaskan. 

Pihak berkuasa berkata, mangsa dikejarkan ke Hospital Universiti Brookdale dengan kecederaan di pipi kiri tetapi gagal diselamatkan. Dia disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.


Polis belum membuat sebarang tangkapan dan tidak mengeluarkan sebarang maklumat mengenai kes itu. - AP

MyMetro

Pelajar perempuan parah selepas terjun dari bangunan sekolah


KUANTAN - Seorang pelajar perempuan tingkatan satu Sekolah Menengah Tok Sira di sini parah selepas terjun dari tingkat tiga bangunan sekolah berkenaan hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superitendan Aziz Ahmad berkata, polis menerima maklumat berhubung kejadian kira-kira jam 12.45 tengah hari.

"Mangsa yang patah di kedua-dua pergelangan kaki dan tangannya itu kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati pelajar terbabit cuba untuk membunuh diri berdasarkan nota yang ditulis di tapak tangan kirinya.

Bagaimanpun, katanya, polis masih menyiasat motif kejadian.

"Pelajar terbabit dalam keadaan stabil...polis akan mengambil keterangan selepas dia sedar nanti,” katanya. - Bernama

Kosmo!