Pages

AUSTRALIA TRIP 21 MAY - 6 JUNE 2011

Assalamualaikum. My trip to Melbourne, Australia took from 21st of May till 6th June 2011. Flight from Saudi to Dubai at 420am and reached Dubai about 7am and transit for 2 hours and the flight to Melbourne is 9am and took 14 hours straight from Dubai to Melbourne, even long hours, but we didnt feel bored or tired, but after landed and relax at the hotel, we are EXHAUSTED and JET LAG....huahuahuahua....takes a week to recovered from the jet lag...and especially Anas is so excited...meet his cousins, sister, brother, aunty uncles and alls...And that time its almost winter season...and the best things is no need to COOK..just go to in-laws house and eat...woooowwwww nice life yeah...



In the plane from Saudi to Dubai...Steady guy

With his cousin, Shakira...she is talkative girl and manja too...but helpfull in looked after Anas

 Boths bongsu, so they play each other...tak kan mak dia nak naik see saw tu pulak :)))

Macam anak kambing terlepas bila jumpa sedara mara dia...ni lah masa aku nak lenjan scooter org kan, hehehehe

Biasa macam ayam dgn itik...yang ni lak orang and the swan, last skali, this swan chased us, hahaha

I am the handsomeeeeee guy

Apple tree in front of sis in law house, just pluck and eat....delicious

Olive tree, also in front of the house

Please come and take me home...hehehehe

Street show...Tak smue orang australia ni senang...this is other side of australian people life that the world never know

He got lots of money after he finished the show

Eureka Skydeck Tower, the highest building in Melbourne, is 88th floor

View 01

View 02

View 03
Muka tak takut langsung...he is very berani lah...aku yang gayatttttt....hahahahaha

View 04

Eh ada juga muka ni ye...skali2 mak nak enterframe nyah...

Another street show...lebih kurang ada 3-4 street show that day

Chakkkkk.....skali2 aku dapat lepas...memang aku kasi ibu aku penat..biar dia kejar aku sana sini...hahaha padan muka dia

Haiyaaaa ini budak, manyak belani woooo...manjat sana sini, wa yang takut lor...last tak bole nak turun...hahahaha

Kat sini punye palyground memang terjaga and bersih lak tu...kat Saudi nak jumpa bersih n they bersihkan slalu mmg jarang lah...

If aku dtg Melbourne, suka bawa Anas kat park...lepas kan jek...takde pape pun

Kitaorang duduk kat kerusi urut, dia duduk kat kerusi mainan...dah kena daa

Bukan main budak ni, macam orang besar...lepak kat street walk jap...

Jam 5 lebih pm...kat sini jam 8 lebih smue org dok dalam umah, dah siap2 nak tido...adoooooh...ni kat JB, jam segini orang baru nak kuar umah

Inilah bilik hotel kitaorang, masuk ni kali ke 3 lepak hotel yang sama....tokeh hotel tu dah kenal dgn kitaorg and bagi diskaun too..


Well, InshaAllah we will return to Melbourne again next year, during winter season...nak main snow and nak tgk penguin naik ke darat...yahoooooooo syok maa...Thanks to in-laws and others due to your nice and kind during our stay there...terima kasih daun keladi...next year jumpa lagi...


ih : Paling tak sabar pas balik dari Melbourne is nak LEPAKING kat JB lak...paling seronok anak2 lah...


Hubungan ibu, anak kekal selepas nikah

SOALAN :
SAYA seorang ibu berusia 53 tahun. Saya berasa kecil hati dengan percakapan anak perempuan saya apabila dia pernah menyatakan syurganya kini berada di bawah tapak kaki suaminya bukan lagi di bawah telapak kaki saya.
Bolehkah dia bercakap sedemikian rupa?  Adakah hubungan antara ibu bapa dan anak terputus selepas anak berkahwin? Berdosakah menantu saya atas sikap mereka itu?



JAWABAN :
HUBUNGAN keluarga dengan ibu bapa tidak putus dengan sebab perkahwinan. Malah, perkahwinan itu sendiri me ngeratkan hubungan kedua-dua keluarga termasuk hubungan antara mentua, menantu, ipar, kerabat dan sebagainya. Salah menyatakan perkahwinan menyebabkan hubungan antara ibu dengan anak perempuan terputus dan isteri hanya mempunyai hubungan dengan suami dan keluarga suami semata-mata. Dalam Islam, seorang isteri tetap mempunyai status pe ribadinya, iaitu anak perempuan kepada ibu bapanya dan tidak sekali-kali dinasabkan kepada keluarga suami. Anak dan menantu perlu menyedari bahawa di antara asas utama Islam ialah suruhan Allah supaya berbuat baik kepada ibu bapa tidak kira Islam atau bukan Islam.

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Isra'il (dengan berfirman): "Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada ibu-bapa, dan kaum kerabat, anak yatim, serta orang miskin dan katakalah kepada sesama manusia perkataan yang baik; ..." (Surah al-Baqarah ayat 83)

Mengenai ayat keempat surah an-Nisa' bermaksud: "Dan berikanlah kepada perempuan itu mas kahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka iaitu (isteri yang dikahwini) dengan suka hati memberikan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnya maka makanlah (guna kanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya."

Ia berkenaan dengan pemberian mahar wajib kepada isteri. Apabila isteri secara sukarela mengembalikan sebahagiannya kepada suami, Islam membenarkan suami untuk mene rimanya. Dalam ayat ini tiada langsung disentuh bahawa isteri terputus hubungan dengan ibunya selepas kahwin. Berbuat baik kepada ibu bapa termasuk semua anak wajib melakukan kebaikan kepada ibu bapa sepanjang masa dan ketika, patuhi mereka dalam semua perkara yang baik, menghormati me reka, sentiasa bersyukur dengan jasa ibu bapa dan menjaga mereka sepenuhnya apabila tua.

Ibu bapa perlu diberi perhatian sepenuhnya, sebagaimana dijelaskan dalam al-Quran, bermaksud: "Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan ‘ah’ dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka per kataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu kepada ke duanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku ketika kecil. Tuhanmu lebih mengetahui apa yang ada di hatimu; jika kamu orang yang baik, maka sesungguhnya Ia adalah Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat." (Surah al-Isra' ayat 23-25)

Pasangan suami isteri yang mempunyai ibu bapa mesti menunaikan suruhan Allah untuk berbuat baik kepada ibu bapa. Ia adalah nilai akhlak terbaik yang akan dicontohi oleh anak. Anak akan mendapat contoh yang baik daripada ibu bapa. Kita hendaklah memberikan contoh ini kepada anak agar apabila mereka dewasa akan berbuat perkara yang sama kepada kita nanti. Apabila ibu bapa tidak memberikan contoh baik, bagaimana anak dapat melakukan perkara yang sama. Anak perlu berbuat baik kepada ibu bapa sementara mereka masih hidup.

Suami hendaklah berusaha supaya isteri dapat berbuat baik kepada ibu sendiri. Sekiranya isteri tidak berkereta hendaklah dihantar ke rumah ibu. Isteri pula hendaklah menjalankan tanggungjawab kepada suami dan rumah tangga dengan sebaiknya. Dengan kata lain, seorang isteri ada tanggungjawab kepada Allah, diri, suami, anak dan ibu. Memutuskan hubungan antara anak dan ibu adalah per buatan zalim dan berdosa. Islam tidak pernah menyuruh mana-mana orang berbuat perkara sedemikian. 



ih : dah banyak terjadi, blom kawen dh putuskan hubungan dgn keluarga...mudahan kami dilindungi, inshaAllah

HALAL..


Orang Islam yang terlibat dalam sebarang sektor pekerjaan sememangnya mereka perlu memiliki pengetahuan yang mendalam dalam bidang tersebut, disamping itu mereka juga tidak boleh mengelakkan diri daripada mengetahui asas hukum Islam berkaitan pekerjaan yang diceburi, Islam sebagai ad.Din mencakup keseluruhan cara hidup manusia, Kita tidak dapat mengecualikan diri daripada hukum asas yang termaktub di dalam ajaran Islam. Hukum halal, haram, sunat, wajib, makruh, harus ( mubah) adalah piawaian hidup kita. Aktiviti harian kita akan menyentuh salah satu hukum tersebut pada setiap saat.
Pengalaman saya semasa makan di warung-warung atau di kedai-kedai makan terdapat cara pelaksanaan jual belinya tidak menepati kehendak Islam.(bukan semua). Kebanyakan warung sekarang melaksanakan sistem layan diri, sistem ini amat baik dan menguntungkan, ianya secara tidak langsung melatih pengguna kita bergerak secara proaktif dan bersikap terbuka dan positif. Apa yang saya hendak sentuh dan memberi pandangan di bidang ini ialah cara peniaga ( sesetengah peniaga) meletakkan harga agak bertentangan dengan wawasan Kehidupan Bersih kerana di sana terdapat ketidakpuasan hati di pihak pengguna atau pembeli.
Situasinya adalah seperti berikut: Setelah selesai makan pelanggan pun bangun ke kaunter untuk membuat pembayaran, ketika ini barulah peniaga bertanya apakah makanan yang dimakan oleh pelanggan atau pengguna, maka pelanggan pun memaklumkan apa yang dia telah makan dan kadar makanan tersebut dimaklumkan secara umum dan rambang sahaja, kemudian peniaga pun menetapkan harganya, tepatkah harga tersebut dan berpuashatikah pelanggan tadi, kekadang pelanggan tidak berpuashati dan diam begitu sahaja kerana makanan semuanya telah berada di dalam perut dan tidak boleh ditunjukkan lagi. Cara ini tidak bersih dan tidak suci walaupun pada asasnya makanan itu halal tetapi cara tidak betul maka kehalalannya belum sampai ke destinasi penyudahnya lagi,
Contohnya: ayam itu halal di makan tetapi kalau tidak disembelih dengan betul, hukumnya haram dimakan. kelihatan sama sahaja di antara ayam halal dengan yang tidak halal, yang dapat membezakan hukum tersebut adalah ilmu dan pengetahuan yang kita miliki tanpa pengetahuan kedua-duanya kelihatan serupa dan sama sahaja.
Dalam hal ini, apakah yang patut dilakukan oleh peniaga ?.
Sepatutnya peniaga hendaklah melihat dengan tepat barangan atau makanan yang diambil oleh pelanggan dan menilainya dan menentukan harga berdasarkan harga setiap barangan yang telah ditetapkan oleh pihaknya, kemudian membuat pembayaran atau memberikan sebutharga itu kepada pelanggan sebelum pembayaran dibuat. Cara ini barulah kedua-dua pihak berpuashati kerana salah satu syarat jual beli ialah pembeli dan penjual hendaklah melihat barangan yang hendak dijualbeli tersebut. Kalau sebutharga diberikan kepada pelanggan sekurang-kurangnya angkat jual beli yang diperlukan di antara pembeli dan penjual tertunai melalui sekeping kertas kecil tadi.
Apakah pelanggan perlu lakukan, jika peniaga tidak menilai harga sebelum mereka makan.
Pelanggan hendaklah menunjukkan makanan yang diambilnya kepada peniaga dan tanyakan terlebih dahulu harga makanan tersebut sebelum mereka makan seperti disebut tadi supaya harga yang ditentukan oleh peniaga dapat dinilai dengan tepat dan tidak was-was apabila pembayaran dibuat nanti.

AURAT SEORANG ISLAM


Allah menjadikan manusia lelaki dan wanita semata-mata untuk mereka berkongsi hidup di dunia ini, sesama mereka pula saling memerlukan dan lengkap melengkapi di antara satu sama lain, betapa indah dan bahagianya hidup ini, jika manusia mematuhi dan mentaati perintah Allah kerana itulah sebenarnya kunci dan rahsia kehidupan bahagia yang hakiki dan mampu menolak kepalsuan.

Berkaitan dengan hukum menutup aurat wanita secara jelasnya telah dinyatakan oleh Allah Taala dalam Al-Quran sebagai satu perintah d an kewajipan yang harus dilaksanakan oleh hambaNya yang mukminah mengikut keadaan dan situasinya yang tertentu. Adalah menjadi satu kemestian "WAJIB" bagi setiap wanita akur dengan perintah Allah untuk memakai pakaian yang menutup seluruh badan kecuali muka, tapak tangan dan tapak kaki tanpa banyak alasan yang tidak ikhlas dan jika perlu termasuk juga mukanya.

Lelaki dan wanita diperintahkan Allah supaya menutup aurat mengikut kadar yang telah ditetapkan, oleh itu lelaki dan wanita seharusnya sama -sama mematuhinya, di dalam mauduk ini tidak dibincangkan dengan panjang lebar mengenai aurat lelaki kerana aurat lelaki senang difahami dan juga senang untuk dilaksanakan perintah menutupnya. Allah jadikan fizikal lelaki sifatnya tidak menggoda seperti fizikal atau susuk badan wanita.

Sesetengah kaum wanita mungkin tidak menyedari bahawa diri mereka bersifat menggoda terhadap lelaki, Fizikal mereka yang dijadikan oleh Allah kelihatan cantik, menarik dan menawan serta merangsang nafsu syahwat lelaki. W alaupun wanita tidak pun menggoda lelaki tetapi keadaan dirinya yang istimew itu menyebabkan lelaki tergoda . Manakala lelaki pula mempunyai berbagai peringkat dan kedudukan biologinya, ada yang kuat nafsu syahwatnya dan ada yang sederhana. Keadaan inilah mewajarkan wanita menutup aurat mereka seperti yang diperintahkan.

Allah yang menjadikan manusia samada lelaki atau wanita. Maka Allah Maha Mengetahui situasi dan hakikatnya yang sebenar. Allah mengetahui bahawa nafsu syahwat lelaki tidak mampu mengekalkan keikhlasan dan kejujuran terhadap wanita yang sangat cantik pada pandangan mereka atau sukar hendak diharapkan.

Perintah menutup aurat ini dapat menundukkan nafsu lelaki yang sentiasa cergas dan aktif. Perintah ini juga dapat menyelamatkan wanita daripada dicerobohi dan lain-lain keburukan yang berkaitan dengannya. ( Jika ianya dipatuhi dan ditaati ).

Apapun alasan dan hujah diberikan. Persoalan yang paling utama dalam hal ini adalah patuh dan taat perintah Allah kerana perintah Allah itu mengatasi perintah manusia. 

Nafsu syahwat lelaki dan wanita kadar dan keupayaannya adalah berbeza. Nafsu syahwat lelaki aktif hampir sepanjang hayat tubuh badan mereka, manakala wanita akan menurun apabila terhenti pusingan haidnya. Pusingan haid terhenti dalam lingkungan usia 50an.Ini bermakna terdapat ramai kaum lelaki tua dan muda yang tercabar dengan perlakuan mendedahkan aurat ini dan disamping itu terdapat pula mereka yang sengaja mempragakannya atas alasan yang te rsendiri.

Perintah menutup aurat ini ditujukan kepada kaum muslimin dan muslimat sahaja. Manakala yang bukan Islam mereka diperintahkan Allah supaya mengenal Allah atau makrifatullah terlebih dahulu, kemudian barulah diikuti dengan perintah-perintah yang lain. Namun begitu kita berharap mereka yang bukan Islam juga hendaklah memakai pakaian yang bersopan ketika berada di tempat awam.

Binatang yang jantan dan betina juga mengalami situasi yang sama seperti manusia pada amnya, iaitu binatang yang jantan mempunyai kekuatan syahwatnya melebihi binatang yang betina, kalau kita lihat kajian yang dibuat terhadap kambing Boer, kajian tersebut menyatakan seekor kambing Boer mampu melayani antara 50-80 ekor kambing betina.

Mesej yang hendak disampaikan di sini ialah nafsu syahwat lelaki melebihi keupayaan nafsu syahwat wanita dan aktif sampai ke penghujung hayatnya dan binatang yang jantan juga terdapat situasi yang sama iaitu melebihi syahwat yang betina. ( Kenyataan ini bukanlah sesuatu yang tepat ). hanya sekadar sesuai untuk direnungkan bersama sahaja dan mengenali lelaki dan wanita , juga mengenali jantan dan betina.

Kaum wanita sangat mustahak mengetahui perkara ini supaya mereka merasai tanggungjawab menutup aurat itu sebagai suatu kewajipan dan perintah Allah yang sangat rasional dan wajar untuk mereka tunai dan laksanakan. Allah telah mengulangi peringatan-Nya beberapa kali tentang kewajipan menutup aurat ini di dalam Al.Quran. Di bawah ini diperturunkan petikan khas maksud ayat-ayat Al.Quran berkaitan perintah-perintah tersebut, sama-samalah kita renungi dan menghayatinya, Insya Allah akan memberi keberkatan kepada kita, disamping dapat menjauhkan kemurkaan Allah.


"Katakanlah kepada wanita yang beriman:
"Hendaklah mereka menahan pandangannya,
dan memelihara kemaluannya, dan janganlah
mereka menampakkan perhiasannya,
kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.
Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung
ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya,
kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka,
atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka,
atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara
laki-laki mereka, atau putera-putera saudara
laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan
mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak
yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki
yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita)
atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.
Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui
perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah
kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman
supaya kamu beruntung".
Surah An.Nuur (31)

"Wahai anak Adam, sesungguhnya Kami telah
menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu
dan pakaian indah untuk perhiasan.
Dan pakaian takwa itulah yang paling baik.
Yang demikian itu adalah sebahagian dari
tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan
mereka selalu ingat".
Surah Al.A'araaf (26)

"Wahai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu,
anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri
orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan
jilbabnya ke seluruh tubuh mereka".
Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah
untuk dikenal, karana itu mereka tidak diganggu.
Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". 
Surah Al.Ahzab (59)

Dan perempuan-perempuan tua yang
telah terhenti (dari haid dan mengandung)
yang tiada ingin kawin (lagi), tiadalah
atas mereka dosa menanggalkan pakaian
mereka dengan tidak (bermaksud)
menampakkan perhiasan, dan berlaku
sopan adalah lebih baik bagi mereka.
Dan Allah Maha Mendengar
lagi Maha Mengetahui.
Surah An.Nuur (60)

WEIRD PHOTOS :)))))










ih : hahahahahaha, no words can say bout those pictures

HAMZA YUSUF


Hamza Yusuf Hanson is an Islamic scholar, teacher, and co-founder of Zaytuna College in Berkeley, California, United States. He is an American convert to Islam, and is one of the signatories of A Common Word Between Us and You, an open letter by Islamic scholars toChristian leaders, calling for peace and understanding.

Hamza Yusuf was born in Washington State and raised in Northern California. In 1977, he became Muslim and subsequently traveled to the Muslim world and studied for ten years in the United Arab EmiratesSaudi Arabia, as well as North and West Africa. Hamza Yusuf is a cofounder of Zaytuna College, located in Berkeley, California. He is an advisor to Stanford University's Program in Islamic Studies and the Center for Islamic Studies at Berkeley's Graduate Theological Union. He also serves as a member of the board of advisors of George Russell's One Nation, a national philanthropic initiative that promotes pluralism and inclusion in America. In addition, he serves as vice-president for the Global Center for Guidance and Renewal, which was founded and is currently presided over by Abdallah Bin Bayyah, one of the top jurists and masters of Islamic sciences in the world.

Hamza Yusuf has promoted Islamic sciences and classical teaching methodologies throughout the world. He has also been an advocate for social justice, peace, and conviviality among peoples and places. For several years, he has argued that the "them versus us" problem is fundamentally flawed, as he considers himself one of "them" as well as one of "us. Hamza Yusuf has served as an advisor to many organizations, leaders, and heads of state. He has been an innovator in modern Islamic education, founding the highly imitated Deen Intensives, and with Shaykh Ibrahim Osi-Afa, he started the first Rihla program in England, which has been running for over fifteen years.Dozens of young Muslims who were influenced by his call to reviving traditional Islamic studies in the West went to the Muslim lands in the nineties and early part of the current decade to study, many of who are now teachers in their own right.

With Eissa Bougari, Hamza Yusuf initiated a media challenge to the Arab world that resulted in a highly successful cultural religious program that he hosted for three years and was one of the most watched programs in the Arab world during Ramadan. Cambridge Media Studies stated that this program had a profound influence on subsequent religious programming in the Arab world. He has also been interviewed on BBC several times and was the subject of a BBC documentary segment The Faces of Islam, ushering in the new millennium, as it aired at 11:30pm on Dec. 31st 1999. Hamza Yusuf has been an outspoken critic of American foreign policy as well as Islamic extremist responses to those policies. He has drawn criticism from both the extreme right in the West and Muslim extremists in the East.

He founded the Zaytuna Institute in 1996, which has established an international reputation for presenting a classical picture of Islam in the West and which is dedicated to the revival of traditional study methods and the sciences of Islam. Hamza Yusuf currently resides in Northern California with his wife and five children. Hamza Yusuf has also authored several encyclopedia articles and research papers. His published books include The Burda (2003), Purification of the Heart (2004), The Content of Character (2004), The Creed of Imam al-Tahawi (2007), Agenda to Change our Condition (2007), and Walking on Water (2010). Forthcoming are The Prayer of the Oppressed, and The Helpful Guide. Hamza Yusuf is the first American lecturer to teach in Morocco's prestigious and oldest university, the University of Al-Karaouine in Fes. He is married and has five children, all boys.

PERJALANAN ABADI PART 2

7. CATATAN AMAL
Kemudian catatan amal perbuatan manusia pun dibagikan, maka mereka menerima suatu kitab yang "Tidak meninggalkan sesuatu kecil dan tidak (pula) sesuatu besar, melainkan ia mencatat semuanya" (Al Kahfi: 49). Orang mukmin menerimanya dengan tangan kanan sedang orang kafir dan munafik menerimanya dengan tangan kiri dan belakang punggungnya.

8. MIZAN (NERACA)
Kemudian amal perbuatan semua mahluk ditimbang untuk diberikan mereka pembalasannya, dengan timbangan yang hakiki dan teliti sekali. Neraca ini mempunyai dua piringan, menjadi berat dengan amal-amal perbuatan yang sesuai denagn syariat dan ikhlas kerana Allah. Diantara yang memberatkan neraca tersebut adalah ucapan "Laa ilaaha Illallah" (tidah ada tuhan yang hak selain Allah), akhlak yang baik, dan dzikir seperti Alhamdulillah, Subhanallah wa Bihamdihi Subhanallahil Adzim Maha suci Allah dan puji untukNya, Maha suci Allah yang Maha Agung). Umat manusia menerima putusan sesuai dengan kebaikan dan kejelekam mereka.

9. HAUDH (TELAGA)
Kemudian orang mukmin mendatangi haudh (telaga), sesiapa meminum darinya maka tidak akan pernah merasa haus selamanya. Setiap nabi mempunyai haudh, yang paling agung adalah haudh Nabi SAW. Airnya lebih putih dari susu, lebih manis dari madu, dan lebih wangi dari minyak kasturi.  Panjangnya lebih jauh dari jarak antara kota Ailah di Jordan dan kota Aden di Yeman. Airnya mengalir dari sungai Al-Kautsar

10. UJIAN BAGI KAUM MUKMININ
Pada hari akhir di Padang Mashyar, orang-orang kafir mengikuti tuhan-tuhan yang mereka sembah, lalu menghantarkan mereka ke neraka secara berbondong-bondong seperti kawanan binatang ternakan, diatas kaki-kaki mereka atau di wajah-wajah mereka. Tidak ada yang tersisa kecuali orang-orang mukmin dan munafik. Kemudian datanglah Allah kepada meraka dan berfirman. "Apakah yang kalian tunggu?" Mereka menjawab "Kami menunggu Rabb kami". Maka mereka mengetahuinya dan ketika betisnya disingkap. lalu mereka bersimpuh sujud kecuali orang-orang munafik. Allah SWT berfirman, "Pada hari betis disingkapkan dan mereka dipanggil untuk bersujud, maka mereka tidak kuasa" (Al Qalam : 42). Lalu mereka mengikuti Rabb mereka, Dia membentangkan shirath (titian) untuk mereka lewati. Orang-orang mukmin pada saat itu diberi cahaya oleNya sedang orang munafik dipadamkan.



ih : bersambung lagi...inshaAllah

PERJALANAN ABADI PART 1

1) Alam Kubur
Awal persinggahan menuju akhirat. Ia merupakan lubang neraka bagi kafir dan orang munafik, namun merupakan taman bagi orang mukmin. Ada siksa di dalam kubur atas beberapa maksiat seperti tidak membersihkan diri dari air kencing, mengadu domba, berkhianat dalam hal rampasan perang, tidur melalaikan solat, tidak membaca Quran, berzina, homoseksual, riba, tidak membayar hutang dan sebagainya. Yang dapat menyelamatkan diri dari siksaan kubur adalah amal saleh yang ikhlas kerana Allah, membaca surah Al-Mulk dan sebagainya. Yang dilindungi dari siksa kubur adalah orang yang  mati syahid, orang yang mejaga perbatasan dari musuh, orang yang meninggal pada hari jumaat, orang yang menderita kerana sakit perut dan sebagainya.

2) TIUPAN SANGKAKALA
Ialah sangkakala besar yang dikulum oleh Israfil menunggu kapan diperintahkan untuk meniupnya iaitu tiupan faza (kematian) berdasarkan firman Allah "Dan ingatlah hari ketika sangkakala, maka terkejutlah segala yang d langit dan di bumi, kecuali siapa yang dikehendaki Allah" surah An-Naml 87, maka hancurlah alam semesta. Kemudian setelah 40 masa ditiupkan dengan tiupan ba'ts (kebangkitan) berdasarkan firman Allah "Kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi maka tiba-tiba mereka berdiri menunggu keputusan masing-masing" surah Az-Zumar 68.

3) HARI KEBANGKITAN
Kemudian Allah menurunkan hujan, maka tumbuhlan jasad-jasad (dari sebiji tulang pangkal ekor) yang mejadikan ciptaan baru yang tidak mati. Mereka dibangkitkan dalam keaddan tidak beralas kaki dan tidak berpakaian. Mereka dapat melihat para malaikat dan jin, dibangkitkan sesuai dengan amal perbuatan mereka.

4) PADANG MAHSYAR
Allah mengumpulkan semua mahluk untuk dihisab, Mereka semua berada dalam kondisi ketakutan seperti orang mabuk, pada hari yang agung masanya setara dengan 50 ribu tahun, seakan-akan dunia mereka hanyalah sesaat saja. Matahari menjadi dekat dan manusia tenggelam dalam keringat mereka sesuai dengan amal perbuatan mereka. Pada hari itu terjadi perseteruan antara orang-orang yang lemah dan para pembesar mereka (ketika di dunia). Orang kafir berseteru sesamanya, dengan syaitannya dan anak buahnya dan mereka saling melaknat. Orang yang zalim akan menggigit kedua tangannya. Neraka jahanam pun didatangkan, ditarik dengan 70 ribu tali kekang, setiap tali dikekang ditarik oleh tujuh 70 ribu malaikat. Jika orang kafir melihatnya, ia berharap menjadikan dirinya sebagai tebusan atau menjadi debu. Adapun para pelaku maksiat, orang yang tidak membayar zakat, hartanya dijadikan lempengan api lalu diseterika dengannya. Sedang orang-orang yang sombong dan angkuh, mereka dikumpulkan bagai semut. Para pelanggar janji, pengkhianat dan perampas harta orang lain akan diungkap kejahatannya dan pencuri akan datang membawa barang curiannya. Segala yang tersembunyi akan dinampakkan. Adapun orang yang bertakwa, hal itu tidak menjadikan mereka takut, bahkan hal iti berlalu bagaikan solat zuhur.

5. SYAFAAT
Syafaat uzhma (agung), khusus bagi Nabi kita SAW untuk semua umat manusia pada hari mahsyar agar dibebaskan dari malapetaka yang hebat dan segera dihisab. Adapun syafaat  ammah (umum) adalah bagi Nabi kita SAW dan selain beliau, seperti mengeluarkan orang-orang yang beriman dari neraka dan mengangkat darjat mereka.

6. HISAB (PERHITUNGAN)
Manusia dihadapkan kepada Rabb mereka dengan bersaf-saf (barisan). Kemudian diperlihatkan segala amal perbuatan mereka dan mereka diminta pertanggungjawabkan. Begitu juga tentang umur, masa muda, harta benda, ilmu, janji, kenikmatan, pendengaran, penglihatan dan hati. Orang kafir dan munafik akan dihisab di hadapan seluruh mahluk, untuk mempermalukan mereka dan menengakkan hujah atas mereka, dan agar manusia, bumi, malam dan siang, harta benda, malaikat dan seluruh anggota badan akan menjadi saksi atas diri mereka, sehingga terbuktilah dosa-dosa mereka dan mereka mengakuinya. Sedangkan orang mukmin, Allah akanmenghisabnya secara berduaan dengannya, maka Allah akan memberitahu kepadanya segala dosannya dan ia pun akan mengakuinya, sehingga ketika ia melihat dirinya pasti akan binasa, Allah berfirman kepadanya "Aku telah menutupi dosa-dosamu itu di dunia, dan Aku mengampuninya bagimua pada hari ini". Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Muhammad dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat.





UMRA 2011

Salam buat smue. Alhamdulillah umrah yang ke 4 aku dapat buat, tapi kali ni mcm berat annd sedih sgt nak tinggalkan kaabah, macam tak cukup jek rasa..kalau bole nak lama skit lagi kat sana, inshaAllah mudahan Allah izinkan..Biasalah lepak sana dalam 2 malam...sampai makkah on 16/2 lbh kurang jam 11 lebih, tiba hotel, letak bag and siap2 nak pegi Haraam, cuaca agak panas masa buat tawaf, paling kesian Anas lah, dgn dia2 skali buat tawaf...MashaAllah...Kali ni buat saie pun agak penat juga (agaknye lama tak exercise, tu yang terasa penat)...and Anas pun sama2 gak buat saie and tawaf..Ermmm..abis zuhur kat sana, sambung solah janazah (1st time solat janazah), Umra kali ni aku nampak 4 janazah dan dapat solat janazah 3 kali...Anas pun tak banyak ragam, time aku solat, dia dok diam2 and jaga bag aku, hehehe...Dapat gak aku tengokk muka Imam (walau sekali imbas jek), sambil di escort oleh polis...selalu dalam tv jek aku tgk muka dia...bertuahnye...SHOPPINGGGG...ermm macam biasa lah, tak shopping tak sah...hehehe...Photos pun tak byk sgt...bole lah ya...

Pembuka gambar....ANAS BIN MALEK SALDIN 

 Riyadh airport (domestic and international, tak besar mana pun)
 Jeddah airport (workers dok punggah masuk all bags)
 Yang ke 3 kali buat Anas, ziarah kaabah..MashaAllah
 Makkah, masih banyak construction yang sedang di jalankan
 Tengahari yang agak panas...masa ni dah abis tawaf
Makkah adalah center of the earth..SubhanaAllah
 Nite time at kaabah, kat luar masjid
View dari bilik aku...batu batan masih senang terlihat kat sini
 Antara hotel2 yang ada kat Makkah
 InshaAllah, menara jam ini akan dijadikan waktu solat (masih dalam perancangan), sebab selama ni gunakan GMT, kan
 Outside masjid juga
 Hotel juga, dalam pembinaan
 Hotel lagi
View dari corridor
Makkah di lindungi dengan bukit bukau
 Masa nak landing kat riyadh airport...sempat snap
Penutup gambar...Anas lagi..aku malas nak enterframe byk2 bila kat Riyadh...hehehe


ih : Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah