Pages

MADINAH MUNNAWARA

Salam buat smue. Apa kabar? Harap smue nye baik dan sabar menunggu raya yang tak lama lagi. Last wednesday tu ari aku berpeluang ke Medina, 2 malam kat sana, MashaAllah kali kedua aku pergi, first time in 2006, tapi masa tu time haji and tak tido sana, kali ni dpt tido dan berterawikh di Nabawi, Alhamdulillah. Perjalanan 8 jam lebih kurang 800km, naik kereta jek, walau penat tapi best sgt, sbb first time berjalan jauh dgn kereta, selalunye naik flight, dapat gak tgk pemandangan kiri kanan jalan.. layan jek gambar2 kat bawah ni

Biasalah kat Medina or Makkah, kiri kanan pasti bukit bukau or gunug ganang

Lagi gunung ganang. Masa on d way balik, hubby tunjukkan sempadan di mana Dajjal tak dpt masuk ke Medina, SubhanAllah

Kiri kanan smue hotel, aku lepak kat Intercontinental Hotel jek, best juga hotelnya

Nabawi waktu siang, payung2 smue dibuka tuk mereka berlindung or duduk d bawah payung. Panas masa ni 45C, bayangkan...

Cantik btol masa smue payung2 ni dibuka

On d way ke Nabawi. Dr hotel ke Nabawi dalam 5-8 mins jek, ramai gak masa ni

MashaAllah indah sungguh Majid nabi ni. Cuma tak berkesempatan nak ziarah makam Rasulullah, Abu Bakar dan Omar Khattab sbb utk pompuan dibuka pas subuh..InshaAllah lain kali dpt ziarah

Luar Nabawi, ramai org yang berniaga kecil-kecilan kat sini

Payung ditutup. Walau dah tutup, tapi lantainye tetap panas

Anas, biasa lah mesti ada gambar dia. Masa ni terawikh, Anas punye lah baik, dpt aku buat 8 rakaat

Hehehe Anas bin Malek, nama sama tapi bukan Anas punye daa

Dalam pagar tu adalah kuburn para sahabat, luas dan terletak di tengah2 jalan dan bertentangan dgn Nabawi

p/s : Ada rezeki nak gi lagi dalam bulan december ni, InshaAllah, mudahan Allah makbulkan


Photobucket

KITA BERTANYA, AL-QURAN MENJAWAB

Kita selalu bertanya kepada diri sendiri tentang soalan yang kadang-kadang membuatkan kita terpesong tanpa sengaja, adakala kita seperti menyalahkan Allah sedangkan kita sendiri mencari masalah itu sendiri.. Dibawah diantara soalan yang mungkin yang bermain di fikiran kita dan Al-Quran telah menjawabnya..


KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB:
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” (“I am full of faith to Allah”) sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta.”
Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB:
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB:
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB:
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yang beriman.”
Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB:
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB:
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…?
Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB:
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal.”
Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB:
“…dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada yang berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”
Surah Yusuf ayat 12


p/s : aku masih hamba Allah yang lemah....


Photobucket

LAWAK SANGAT KER?????


1. Kenapa lelaki perlu beristeri tiga... ."
Jawapannya kerana :
Kerana kalau kawin satu isONE
Kalau kawin dua isTWO
Kalau kawin tiga barulah isTERI... ..


2. SENYUM pada orang tua tanda sayang.
SENYUM pada kanak-kanak tanda kasih.
SENYUM pada kekasih tanda cinta.
SENYUM depan telefon tanda gila,
masih SENYUM lagi... memang sah GILA!


3. " Manusia jatuh CinTa??Tak heran... "
Kuda makan RuMpuT?? Tak aneh...
MONYET pandai picit TETIKUS?? HEBAT!!!! ( MOUSE )
MASIH PICIT??
LUAR BIASA!!!!


4. "Cinta..ibarat kentut... "
Makin dipendam makin gelisah...
Bila di lepaskan ... ... .
Ahhhhhhh lega rasanya... ... .


5. Aku terpaku dek renungan matamu,
Hatiku tertanya-tanya, BENARKAH ini?
Nafas ku tertahan, kau tunduk SEGAN..
Lalu ku bertanya, "kau..kentutkan?"


6. "... bila hidupmu dlm kegelapan, "
maka berdoalah; dan apabila selesai berdoa, jika kegelapan masih mengelilingimu maka bayarlah bil letrik yang tertunggak tu!!


p/s : Aku tengah ketawa sambil guling2 ni..



Photobucket

3 SEKAWAN

3 sekawan iaitu KURA, ULAT dan KATAK.

Pada suatu hari, KURA membuat satu parti secara kecil-kecilan. Dia mengajak ULAT dan KATAK datang ke rumahnya untuk menyambut HARI MERDEKA di rumahnya. Maka, datanglah ULAT dan KATAK berpesta habis-habisan di rumah KURA. Satu jam kemudian, KURA bertanya kepada KATAK.

KURA: Hei,katak! Aku rasa ada sesuatu je yang takde lah.

KATAK: ........patutlah, rokok dah habis lah!

KURA: Betul lah, apa kata kau pergi kejap beli rokok kat kedai depan tu.

KATAK: Ala....kaki aku sakit lah,dari tadi asyik melompat je. Kau suruh ulat lah pergi beli.

KURA: Bagus jugak idea kau tu.

ULAT: Aku malas lah nak pergi beli.

KURA: Ala...kau tolong lah pergi beli kejap.Kau pun nak hisap rokok jugak kan.Aku dengan katak dah bersetuju nak suruh kau pergi beli. Boleh lah.....

ULAT: Ok lah,aku pergi beli sekarang.

10 minit...30 minit...1 jam...berlalu,ULAT masih belum pulang lagi dari kedai. KURA dan KATAK berasa bimbang terhadap apa yang terjadi kepada ULAT. KURA dan KATAK kemudian keluar pergi mencari ULAT yang belum pulang lagi. Setibanya di pintu keluar, ULAT sudah pun berada di depan pintu. KURA pun berkata..

KURA: Hah, itu pun kau. Mana kau pergi dari tadi lagi belum balik?

KATAK: Hei, kau tau tak, kau buatkan kita berasa risau je.....Mulut aku dah naik kering ni.

KURA: Rokok yang aku suruh beli tu mana?

ULAT: Hek'eleh....Aku gerak pun belum lagi,tau!

KATAK: Habis,dari tadi sampai 1 jam kau buat apa?

ULAT: Kau nampak ni,dari tadi lagi aku BELUM HABIS lagi PAKAI KASUT !!!
p/s : HHHHHAAAAAAAA


Photobucket

SURAT DARI HOSPITAL MENTAL...

Seorang pesakit jiwa di sebuah Hospital Mental sedang asyik menulis surat yang kemudiannya siap dimasukkan dalam sampul. Selepas itu dia memberikan sampul tu pada seorang misi.


Pesakit : "Misi, boleh tolong poskan surat saya nie?"

Misi : "Boleh. Surat untuk saper nie?"

Pesakit : "Surat untuk saya lar..".

Misi : "Ye ke...apa isi kandungannya tu?..."

Pesakit : "Eh! cik misi ni banyak pulak soalannya.Nak tau tunggu la posmen hantar surat tue besok...barulah boleh baca isi dia".

Misi berlalu sambil geleng kepala.


P/S : Berhibur sekejap....haaa tu jgn dok gelak jek, pi buat keje tu...hehehe


Photobucket

KIAMAT....

Kiamat besar disebutkan oleh Allah akan datang secara tiba-tiba, tanpa dapat diramal secara tepat oleh manusia. Nabi Muhammad hanya diberikan oleh Allah ilmu berkenaan tanda-tanda hampirnya sahaja. Tiada siapa yang mampu meneka tarikh tepatnya, sama ada tahun atau bulannya. Sesiapa yang cuba mengira-ngira sama ada berdasarkan jumlah dan ayat al-Quran dan sebagainya, ia sebenarnya sedang melakukan kekarutan dan menyeleweng dari jalan yang benar.

فَهَلْ يَنظُرُونَ إِلَّا السَّاعَةَ أَن تَأْتِيَهُم بَغْتَةً فَقَدْ جَاء أَشْرَاطُهَا فَأَنَّى لَهُمْ إِذَا جَاءتْهُمْ ذِكْرَاهُمْ
Ertinya : Maka tidaklah yang mereka tunggu-tunggu melainkan hari kiamat (iaitu) kedatangannya kepada mereka dengan tiba-tiba, kerana sesungguhnya telah datang tanda-tandanya. Maka apakah faedahnya bagi mereka kesedaran mereka itu apabila hari kiamat sudah datang? ( Surah Muhammad : 18)

Itu perihal kiamat besar, namun disampingnya ada kiamat kecil, iaitu kematian yang sentiasa basah di bibir Rasulullah mengingatkan umat dan sahabatnya. Kiamat kecil ini juga kerap datang secara tiba-tiba, sehingga kata orang ia datang "tanpa seorang itu mampu atau sempat bersedia". Hakikatnya itu tidak benar, sebenarnya Allah mendatangkan kematian setelah kita semua diberikan masa dan infra secukupnya untuk bersedia. Cuma kita yang terlalu lalai dan terhijab dek kerana kecantikan dan kenikmatan sementara yang wujud di atas dunia ini.



Video ini memperlihatkan seorang yang dijemput kematian ketika betul-betul sesudah solat. Betapa kita tidak dapat menjangka bila nyawa akan ditarik. Setiap organ yang berfungsi di dalam tubuh kita adalah dengan izin dan kuasa Allah, kita tidak mampu mengawalnya. Kita tidak tahu, bila tiba-tiba ia jammed. Terhentinya ia beberapa minit cukup untuk menamatkan umur kita di atas dunia. Ia bukan seperti enjin kereta yang boleh ditangguh-tangguh untuk memulihkannya.

Kekaguman saya kepada individu ini bertambah apabila keadaan kematian yang begitu baik ( pada hari Jumaat 1 Jan 2010 adalah hari Jumaat dan beliau datang awal ke masjid) di sebarluaskan oleh ramai, malah dengan izin Allah, mampu menyedarkan dan menginsafkan ramai yang menontonnya. Ketika itu, terfikir bahawa kematiannya juga adalah sebuah dakwah yang hebat.

Setiap aliran darah, denyutan jantung, fungsinya hati, usus dan sebagainya, semua dikawal oleh kuasa Allah ta'ala. Bukan hanya apa yang di dalam tubuh malah juga semua yang diluarnya, Lihat video ini bagaimana secara tiba-tiba tiang boleh jatuh dan menimpa pejalan kaki.




Mungkin ada yang terfikir, seorang ahli sukan yang ‘fit' cergas dan sihat, mungkin tidak akan menerima serangan jantung, namun cuba lihat apa yang terjadi kepada pemain bolasepak Hungary ini . Selepas memberikan senyuman kepada pengadil yang memberikannya kad kuning dan terus...




LUPA
Ramai yang terlupa di akhirat sana, nikmat yang maha besar sedang menunggu bagi sesiapa yang bersedia dan sentiasa menambah persediaan dan bekalannya. Nikmat Syurga tidak mampu sama sekali digambar, sebagaimana pereka cipta kereta Ford di awal rekaannya tidak akan mampu sama sekali terbayang kereta Ferrari di zaman ini. Jika diandaikan seorang dari kita tiba-tiba melayang ke masa silam dan cuba menerangkan perihal bentuk dan enjin Ferrari, bentuk dan fungsi i-phone dan i-pad ,tentunya tiada siapa yang berada di zaman itu boleh membayangkannya.

Begitulah kenikmatan akhirat yang disebut oleh Nabi dari Allah ta'ala :

أعددت لعبادي الصالحين ما لا عين رأت ، ولا أذن سمعت ، ولا خَطَرَ على قلب بشر
Ertinya : Aku menyediakan bagi hambaku yang soleh (syurga) yang tiada mata yang telah pernah melihatnya (tidak mampu tergambar), dan tidak pernah didengari (kenikmatannya) oleh telinga dan tidak mampu terlintas (tahap kenikmatannya) oleh hati manusia. ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Manakala dalam catatan Imam Ahmad
إنه من يدخل الجنة ينعم ولا يبأس، لا تبلى ثيابه، ولا يفنى شبابه، في الجنة ما لا عين رأت، ولا أذن سمعت، ولا خطر على قلب بشر
Ertinya: Sesungguhnya sesiapa yang memasuki Syurga Allah akan dikurniakan nikmat yang tidak akan jemu, tidak binasa pakaiannya, tidak hilang kepemudaan/pemudiannya, apa yang di dalam Syurga, sesuatu yang mata tidak mampu tergambarnya, dan tidak pernah didengari (kenikmatannya) oleh telinga dan tidak mampu terlintas (tahap kenikmatannya) oleh hati manusia. (Riwayat Ahmad)

Para ulama menghuraikan, perihal Nabi Adam yang pernah mendiami Syurga tidak sama sekali bertembung dengan hadis ini kerana syurga itu sentiasa berubah-ubah nikmatnya dan tidak akan sama sekali membosankan. Luasnya tidak tercapai oleh bayangan aqal manusia. Menurut hadis, individu yang menerima syurga paling terbawah pun besarnya adalah beberapa kali ganda dunia hari ini, apatah lagi yang lainnya. Justeru itu, apa yang dilihat oleh nabi Adam, dengan mudah sekali bagi Allah mengubahkan kepada apa yang dikehendakiNya.

Akhirnya sekali, ingatlah pesan dan teguran Imam Hasan Al-basri:
ما رأيت يقينًا لا شك فيه أشبه من شك لا يقين فيه من الموت
Ertinya : Tidaklah aku melihat satu perkara yang amat pasti (yakin) serta tiada keraguan padanya akan datang tetapi diperlakukan seperti suatu perkara yang tidak pasti hadirnya, (seolah tidak yakin kewujudannya) lebih dari perihal kematian.

Sama-samalah kita berdoa agar sewaktu nyawa kita ditarik kita berada di dalam keadaan yang baik di sisi manusia, amat baik di sisi Allah. Janganlah dimatikan kita sewaktu terlanjur melakukan maksiat.

P/S : Kakak aku meninggal dalam keadaan yang begitu cepat dan senang, MashAllah

Photobucket

GADIS SEKARANG??????

Saya nak pergi kangkang . Kamu nak ikut?? Ini mungkin ayat yang sangat pelik dan luar biasa yang keluar dari mulut seorang gadis ayu, sopan dan bertudung litup apabila mengeluarkan perkataan yang mungkin agak kurang enak didengar dek telinga. Dan mungkin ayat ini yang akan terkeluar dari mulut ku. Hah? kamu nak pergi apa?????

Dengan slumber pula dia menjawab,

Itu? Nak pergi kangkang kat tepi jalan sana tu haaaa~? sambil menuding jari ke arah bangunan ditepi jalan yang berhampiran.

Ya Allah! Apa sudah jadi? Betul lah sekarang ini dunia memang sudah hampir kiamat! Apa sudah hilang akal kah gadis ayu dihadapanku ini hingga boleh berkata seperti itu? Sudah sakit mental kah gadis ini? Dengan serta-mertanya aku menepuk kepala yang tidak dihinggapi nyamuk, lalu berkata?

Astarghfirullahalazim! Apa yang kamu nak buat nih? Sejak bila kamu terpesong? Aper dah tak tahu malukah kamu? Ya Allah? kesianlah dekat mak ayah kamu tu, dari kecil mereka ajar kamu jadi anak yang sopan. Dah besar panjang macam nih, nak buat benda tak senonoh pula?? Jerkah ku. Orang yang sudah tidak sedarkan diri perlu diingatkan. Agar tidak menjadi fitnah dikemudian hari. Tapi, lain pula jadinya. Dengan muka hairan dan tidak puas hati, si gadis ayu menjawab:

Eh! Apa yang kamu merepek nih? Bila pula saya kata, saya nak buat benda tak senonoh??

Aduh, bertambah panas hatiku! Beria-ria aku marah dan cuba hendak mengingatkan dia, dikatanya aku merepek pula! Apa pula saya yang merepek? Kamu tu yang merepek!

Yang kamu nak pergi mengangkang kat tepi jalan tu buat apa??

Kah~kah~kah~? Kata-kata ku dijawab dengan deraian tawa dari gadis ayu tersebut. Ketawanya kelihatan hampir pecah perut. Sah lah? memang dah tak waras agaknya gadis didepan aku nih. Kesian~ muda-muda lagi, sudah sakit mental?? kata hati kecil ku. Selepas ketawanya reda, si gadis terus menarik diriku ketepi jalan, lalu menuding jari ke arah sebuah kedai. Terkesima aku melihat kedai tersebut?

Hah? inilah Kang Kang nya? Kamu fikir saya nak buat apa???? Jerkah gadis tersebut kepada ku pula. Dengan perasaan yang sangat bengang bercampur geli hati, aku pun menjawab? ?Alah! Cakaplah nak pergi KEDAI KASUT !! Ini, nak pergi KANGKANG ? nak pergi KANGKANG ? Haishhh!!!~?

Kedai Kasut Kang Kang ini adalah kedai kasut yang popular di Bukit Gambir, Muar. Ianya bukan saja popular kerana potongan harga kasut yang sering ditawarkan. Malah ianya lebih popular kerana nama kedainya yang agak lawak bila disebut?

P/S : Ketawalah korang sampai masuk longkang..hahaha



Photobucket

JANGAN MUDAH PUTUS ASA

Hidup ini seperti roda yang berputar.Ada masa diatas dan adakalanya dibawah. Semasa diatas mungkin kita lupa kepada-Nya. Kelalaian dan keseronokan dengan kemewahan membuat kita cuai dan lupa tanggungjawab dalam menunaikan suruhan-Nya. Langit pun tidak selalu cerah. Bila roda berputar kebawah, mula terasa kesempitan hidup sedikit demi sedikit mencengkam kita. Wang yang disimpan habis tak tau kemana perginya. Gaji yang sedikit tidak dapat menguruskan diri dan keluarga. Inilah dikatakan takdir kehidupan.

Pada yang putus asa pada Allah SWT selalunya akan menjuruskan diri menjadi kufur. Melakukan pelbagai kerja yang menyalahi hukum-hukum Islam. Berjudi dan minum minuman keras bagi menghilang rasa rendah diri dan susah hati. Mungkin ini ujian pada kita. Disebabkan kemiskinanlah banyak umat Islam menjadi kufur. Tengoklah di Indonesia sahaja berbagai perkara yang mendatangkan "uang" walaupun hukumnya syirik mereka lakukan juga disebabkan hidup dalam kemiskinan yang amat sangat. Ada setengah bapa sendiri sanggup menjualkan anak dara mereka sendiri pada bapa ayam untuk mendapat sesuap nasi untuk keluarga. Bacalah blog mazidul baru-baru ini. Ini semua disebabkan kemiskinan yang dialami oleh mereka. Oleh kerana iman yang tidak kuat dan goyah, maka jadilah berbagai perkara yang jarang kita alami di negara ini.

Orang yang beriman tapi kesempitan hidup membelenggu diri mereka tapi masih kuat pegangan kepada Allah SWT. Hidup dan mati mereka berserah bulat-bulat padaNya, maka Allah SWT pelihara mereka dan dicucuri rahmat-Nya. Firman Allah SWT Maksudnya:

“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (Ayat Seribu Dinar)

Dalam masa yang sukar ini, banyaklah berdoa pada-Nya supaya dihapuskan segala kesengsaraan dan kesempitan hidup. Pengalaman susah dan senang adalah ujian kepada hambaNya. Mungkin ujian ini bukan kepada mereka yang sudah memang mempunyai harta turun temurun yang banyak seperti anak-anak raja, pembesar-pembesar negeri, anak-anak menteri atau dato-dato. Mungkin pengalaman susah mereka tiada pernah rasai tetapi Allah SWT akan memberi ujian berbentuk yang lain pula. Seperti kematian orang yang disayangi, masalah rumahtangga, atau penyakit kronik.

Kepada semua bloggers-bloggers dan pembaca setia blog ini. Kalau kesusahan menghimpitkan anda masa kini, teruskan berdakwah dan berdakwah. InsyaAllah walaupun kesusahan berada dihadapan kamu. Nescaya Allah SWT akan menghantar hamba-hambaNya menolong anda. Allah SWT tidak akan lupa pada hamba-Nya yang sering berdoa memohon sesuatu hajat nescaya lambat atau cepat ada tangan-tangan-Nya yang akan datang menghulurkan bantuan kepada anda nanti. Ini yang selalu berlaku pada hambaNya yang taat padaNya dan serahkan hidup dan mati kerana-Nya,

Firman Allah SWT: "Ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat) Ku". (Al-Baqarah, ayat 152).

Yakin pada Allah SWT itu sesuatu perkara teras yang harus ditanam dengan teguh dan terus subur pada diri seseorang muslim termasuk juga para mualij supaya semua pergantungan hanya diletakkan pada Allah SWT semata-mata. Sesungguhnya hanya Allah SWT sahaja yang Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu serta dengan izinNya. Banyakkan beristiqomah kepadaNya. Segala yang datang, susah atau senang anggaplah ujian yang perlu kita hadapi. Jadilah hamba yang bersyukur dengan sedikit kesenangan dan kenikmatan yang diperolehi di dunia yang sementara ini. Kelemahan dan kekurangan diri adalah datang dari tindakan kita sendiri. Hanya yang baik datang dari Allah SWT.

P/S : Adakah aku kuat untuk hadapi dugaanMu, moga Kau memberi ketabahan dan kesabaran pada hambamu ini, inshaAllah



Photobucket


MIKE TYSON

RIYADH (AFP) –
Former boxing champion, Mike Tyson, who converted to Islam while in jail in the 1990s, is visiting the Muslim holy cities of Mecca and Medina on pilgrimage, a Saudi daily reported on Saturday. Tyson, who was world heavyweight champion from 1986 to 1990, arrived on Friday in Medina with the Canadian Dawa Association for the umrah, or minor pilgrimage, the newspaper Okaz said. From Medina he will travel on to Mecca and also plans to visit other Saudi cities, it reported. Tyson, 44, converted to Islam while serving a 10-year prison sentence, later commuted to three years, for raping a US beauty queen in 1991. After prison he attempted a comeback, but was never able to regain his title and finally gave up professional boxing in 2005. Last January, he took part in a WWE Raw pro wrestling event in the United States.

P/S : SUBHANALLAH, Allah beri hidayah pada dia. Apatah lagi kita yang lahir ISLAM, tapi masih dengan cara hidup yang kekafiran----- MAAF andai terasa dgn statement aku



Photobucket

MANA AKU TAU???

Hehehe mana kau tau .... pasai apa ni???? Hahaha smlm dok beremail dgn adik aku, sbb handphone and tayphone umahnye kredit dah taraf 0.05 halala (kira sen lah), so other alternative email lah .. hahahah ... ada tinggai skit kredit tayphone, buat call n minta they call aku lak, asik aku jek call diorg, pokai akak .. eleh mcm aku yang kuarkan duit tu ... ERMMM tadi call jek 1 / 2 jam ckp dgn anak2 , Pastu sambung org ni lak ... hishhh3 maklomlah duk jauh, nak tak nak kena call n amek tau hal org2 Msia .... stop2 ... waduh Msia tu ramai kak oii ... hehehe silap2, sedara mara n kengkawan jek ... Email punye email, ada ke patut adik pompuan aku tu tanya, aku sokong mana, aku cite pasal ikan, dia cite pasal burung ... last aku kata aku sokong PERANCIS ... tak pasal2 kena kepala hotak dgn dia daa .. dia kata Perancis dah lama kluar, roti peranchis jek blom kluar lagi ... hahaha .... aku kat sini takde kaki nak tgk bola sama, if kat JB tu mmg bole bergegar umah, dek jeritan PONTIANAK adik aku tu ... ada ke patut, dgn selamba dak jek ckp kakak dia yang cute muit ni kepala hotak ... ni kalau kat umah dgn dia, dah di tonjolnye kepala aku ... begitulah aku dgn adik pompuan aku , Mmg if bersama, slalu gurau .. kasar lak tu .. ngalahkan jantan .. hahaha ... anak2 pun ternganga tgk aku dgn dia gurau ... kalau dalam keta lagi buruk gurau, bole bergegar keta dek dia nye gurau ... terhoyong hayang keta tu ...

P/S: Tak sabar nak balik JB, nak gurau dgn dia guna senduk lak .... whuakakakaka ... ADOOOOIIIII ... ketawa golek2 sampai masuk longkang .. Panggilkan kren angkat aku ... hehehe



Photobucket

CHOCOLATE CARAMEL SHORTBREAD



BAHAN DAN CARA :
Untuk Shortbread
200gm all purpose flour
50gm serbuk koko
75gm gula caster
175gm butter

Untuk Caramel
1 tin susu pekat
100gm gula pasir
100gm butter
200gm coklat putih, untuk topping atas caramel

1. Campurkan kesemua bahan untuk shortbread, uli sehingga sebati dan menjadi seperti crumbs. Masukkan adunan ke dalam loyang pembakar dan tekankan rata, bakar lebih kurang 20 mins pada suhu 180C. Kelarkan dan ketepikan.

2. Masak kesemua bahan caramel dengan api kecil, kacau hingga pekat dan berkilat dan tuangkan atas shortbread, ratakan dan biarkan sejuk. Ketepikan.

3. Panaskan coklat putih dgn cara double boiler, bila cair, sejukkan sebentar sebelum tuangkan keatas shortbread caramel tadi. Potong dan hidangkan.


P/S : Ni bole buat masa raya, tapi guna acuan tuk bentuk lebih menarik....ermmmm


Photobucket

DIPANCUNG....

Saudi man was beheaded by the sword Tuesday in Riyadh after being convicted of shooting dead a compatriot, the interior ministry said. Obeid bin Saif al-Qahtani was found guilty of murdering Mohammed bin Mejeb al-Qahtani after shooting him with a pistol in a dispute, the ministry said in a statement carried by SPA state news agency. The beheading brings to 16 the number of executions reported in the ultra-conservative Gulf monarchy this year, according to an AFP count. In 2009, there were 67 reported executions in the kingdom, compared with 102 in 2008. Rape, murder, apostasy, armed robbery and drug trafficking are all punishable by death under Saudi Arabia's strict Islamic law. In extreme cases, the convict is executed and his body crucified in public.

P/S : JENAYAH ADA DI MANA2 JEK, TAK KIRA KAT ARAB SKALIPUN, TAPI HUKUMAN KAT SINI MMG IKUT ISLAM, NI BARU UNDANG2 ISLAM, BUKAN UNDANG2 MANUSIA


Photobucket

AYAM BAKAR JINTAN

BAHAN DAN CARA :
Untuk Ayam
Seekor ayam, dipotong 2 - bersihkan dan perapkan dengan jus lemon
1 biji bawang besar, dicincang
1 st jintan 
3 biji lada hijau,lebih pun bole
500ml stok ayam
Garam n pepper 

Untuk Croutun
2 keping roti putih, dipotong dadu dan bakar hingga coklat
1 biji telur
2 sb parsley
Garam n pepper
Cendawan shintake, dihiris nipis lalu digoreng bersama butter dan masukkan 1sb tepung gandum, rasakan, angkat dan ketepikan

1. Tumiskan bawang, lada hijau dan jintan hingga wangi, masukkan ayam dan kacau sebentar lalu masukkan stok ayam dan rasakan. Pindahkan ayam dan stok ke dalam dulang pembakar danbakar hingga ayam empuk dan kecoklatan. Keluarkan dan ketepikan.

2. Campurkan kesemua bahan untuk croutun, gaul sebati dan masukkan ke dalam cheesecloth atau cling film (sebab aku takde cheesecloth) dan gulungkan croutun, ketatkan dan ikatkan. Didihkan air lalu masukkan croutun, masakkan lebih kurang 5-10 min, angkat dan sejukkan lalu dipotong.

3. Potong ayam dan hiaskan dengan croutun, serta mashed potato atau pumpkin dan hidangkan.

MOROCCAN CHICKEN



BAHAN DAN CARA :
1 ekor ayam, potong 8 dan bersihkan
300ml stok ayam/sayur
2 biji bawang besar, dicincang halus
3 sb minyak zaitun
1 sb madu
1 st jintan dan 1 st ketumbar, sangrai dan kisar halus
1 sb serbuk cili dan 1 sb serbuk kayu manis, lebih pun bole
1 batang timun, potong memanjang
400gm kacang kuda dalam tin (jika ada) atau rendamkan kacang kuda semalaman
3 sb parsley, dihiris
Jus dari sebiji lemon
Garam n pepper

Masukkan kesemua bahan kecuali timun, kacang kuda, parsley dan jus lemon.
Masakkan hingga mendidih atau lebih kurang 25 min dan ayam empuk.
Masukkan timun, kacang kuda dan masak lebih kurang 10 min, baru masukkan parsley dan jus lemon. Rasakan. Angkat dan hidangkan bersama couscous atau nasi.

BEEF PIE WITH CHEEZY SAUCE



BAHAN DAN CARA :
Bahan A
5 biji kentang, dikupas, rebus hingga empuk dan lenyekkan
1/2 cawan susu segar
Garam n pepper

Bahan B
500gm daging cincang
2 batang celery, dihiris nipis
1/2 batang carrot, disagat
1 biji telur
1 biji bawang besar, dicincang

Untuk Cheezy Sos
1/2 cawan mozarella cheese, diparut
1/2 cawan cheddar cheese, diparut
1/2 cawan green peas atau daun bawang
Sedikit daun parsley, dicincang
Garam dan pepper

1. Campurkan kesemua bahan B, rasakan dengan garam dan pepper dan gaul sebati. Masukkan ke dalam loyang pembakar, ratakan dan biarkan.
2. Campurkan kesemua bahan A, gaul sebati dan tuangkan keatas bahan B tadi dan bakar lebih kurang 20-30 minit atau kekuningan. Angkat dan ketepikan.
3. Masakkan kesemua bahan untuk cheezy sos, biarkan hingga mendidih dan agak pekat, kemudian letakkan green peas/ daun bawang, kacau dan ketepikan.
4. Potong segiempat beef pie dan tuangkan cheezy sos keatasnya dan hidangkan.


HADIS-HADIS NABI

Sebahagian daripada hadis2 nabi yang nak aku kongsikan bersama, mudahan kita memanfaatkannya, InshaAllah.. Bismillahirahmanirahim

1. Apabila umatku membesar-besarkan dunia nescaya kehebatan Islam akan dihapuskan dari mereka, dan apabila umatku mengabaikan amal-makruf dan nahi-mungkar nescaya mereka akan diharamkan dari keberkatan wahyu.(Maksud Hadis)


2. Tidak masuk syurga kamu sehingga kamu beriman,dan tidak dinamakan beriman kamu, sehingga saling cinta-menyintai.Tidakkah kamu suka kalau aku menunjukkan sesuatu yang jika dilakukannya, tentu kamu semua akan saling cinta-menyintai? Iaitu ratakanlah salam sesama semua.(Maksud Hadis)

3. Orang yang banyak berkata, akan banyak silap, dan orang yang banyak silap akan banyak dosa dan orang yang banyak dosa ialah neraka lebih layak baginya.(Maksud Hadis)

4. Lidah orang mukmin menurut hatinya, bila dia hendak berbicara difikirkannya dahulu sebelum disalurkan ke lidahnya. (Maksud Hadis)

5. Berikanlah sedekah walaupun dengan sebiji tamar ataupun sebuku roti, atau sebuah senyuman yang manis.(Maksud Hadis)

6. Orang yang buruk dari kalangan umatku ialah yang selalu makan mewah, berpakaian aneka ragam dan suka bercakap besar.(Maksud Hadis)

7. Budi pekerti yang baik ialah jika engkau menyambungkan silaturrahim kepada orang yang memutuskan persahabatan denganmu.(Maksud Hadis)

8. Kamu tidak dapat menggembirakan semua orang dengan harta benda, oleh itu gembirakanlah mereka dengan senyuman berseri dan ikhlas luhur.(Maksud Hadis)

9. Rebutlah lima masa sebelum tibanya lima masa, masa mudamu sebelum tua, masa sihatmu sebelum sakit, masa kaya mu sebelum fakir, masa lapangmu sebelum sibuk dan masa hidupmu sebelum mati. (Maksud Hadis)

10. Rela merendahkan diri dalam sesuatu majlis,termasuk sifat tawadhuk kepada Allah S.W.T.(Maksud Hadis)


P/S : SORRY...Sbb tak jadi balik ke JB, memandangkan hal yang tak dapat dielakkan, aku dah tepis dulu...hanya perlu sabar jek till september ni dan juga harga tiket yang amat MAHAL giler...membuatkan aku pikir dua puluh kali nak balik atau tak...hehehee....sori ya..

EMERGENCY....


InshaAllah jika takde halangan melintang atau angin lintang...excuse me angin lintang tu cuma ada kat highway2 jek.. hehehe... oppss sori... gini...aku akan di antar balik ke JB end of this month selama sebulan...yahoooooooo bestnye.....best memang best...tapi kisian sama wa punya laki... sbulan kena tinggal.. alah mcm tak biasa jek...kan selalu kena tinggalkan...sayang anak tangan2 kan, sayang suami tinggal2 kan...Whuahuahuaaa sedih aku balik bukan suka2 jek, sebab hal yang tak dapat nak di elakkan...ke tepi aku kena..kat tengah pun kena gak...yang tak kena cuma kat atas jekkkk...heheheh..."kenapa kau tak elak, sbb ilmu elak pakcik blom ajar" (dialog Pendekar Bujag Lapok...pinjam ayat jap)...Apapun dah ketentuan Allah, apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknye...Mudahan EMERGENCY aku ni bole settle dalam masa sbulan..

Senyum satu sedekah...walau ada masalah sekalipun...tapi jgn sebarangan senyum....nanti dianggap mereng lak.... Gambar d atas takde kena mengena dgn cite d atas...My lovely Anas bin Malek



P/S : Inilah nasib jadi anak perantau...REDHA ya...


PIRI-PIRI CHICKEN


Ini bukan pari-pari or kambing biri-bri tau..nama piri ni aku amek masa lepak sambil makan kat Nando's, n kepedasan ayam ni pun mcm kat Nando's, so aku pinjam jek nama ni, bukan nak amek smue..hehehe





















BAHAN DAN CARA :
2 biji cili merah, lebih pun boleh
1 biji bawang besar, dicincang halus
1 biji lada bengala merah
3 sb cuka
4 sb minyak zaitun
4 keping dada ayam
Sayuran salad, untuk hiasan

Cincang kasar lada bengala dan lada merah, kemudian gaulkan dengan bawang besar, cuka dan minyak zaitun dan perapkan bersama ayam, biarkan selama 30 minit.
Keluarkan ayam dan panggang atas grill atau kuali dan masak lebih kurang 5-6 minit dan balik2 kan.
Angkat dan hidangkan atas sayuran salad.


10 AMALAN TERBALIK?????

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-


1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

11. Kita cukup teruja untuk meng’forward’ kan sms atau emel dalam bentuk gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??….. Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: “Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat.” (Riwayat Bukhari)Semoga dapat kita sama-sama fikir-fikirkan dan renung-renungkan, tergolongkah kita di dalam golongan yang terbalik ini?

P/S : SELALU MEMPERBETULKAN DIRI SNDRI DULU ...

PENDUDUK ISRAEL PERLU KELUAR DARI PALESTIN


Dipetik dari BH Online dated 7/6/2010...
Wahhh...btol2 aku sokong, agar smue YAHUDISSSSS berambus dari bumi Palestine...tapi apakan dayaku..aku sekadara berblogging je untuk luahkan rasa..Andai aku dpt bersama rakyat Palestine, konfom aku sepak terajang YAHUDIIISS ni smue..huhuhu mcm kuat je bunyi nye..hehehe...dah3 layan jek cerita kat bawah ni..

WASHINGTON: Penduduk Israel perlu keluar dari Palestin dan kembali ‘ke kampung halaman’ mereka di Jerman dan Poland, kata Helen Thomas, anggota kanan White House Press Corps, sebuah pertubuhan dianggotai wakil akhbar utama yang memberi tumpuan kepada liputan berita di Rumah Putih.

Dalam rakaman yang disiarkan Youtube, Helen berkata Israel ‘perlu berambus dari Palestin’ dan menambah tanah menjadi rebutan itu hak milik rakyat Palestin, bukan Jerman atau Poland. Ketika ditanya ke mana orang Yahudi mesti pergi, wakil kanan liputan berita Rumah Putih itu berkata: “Balik ke kampung halaman, ke Poland, Jerman, Amerika atau ke mana saja”. Dalam taklimat bersama jurucakap Rumah Putih Robert Gibbs, Helen mengkritik reaksi Amerika terhadap serbuan Israel ke atas konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza: “Reaksi awal AS kepada pembunuhan di kapal Mavi Marmara sesuatu yang amat dikesali”. – Agensi

STOP!!!!!!! BELI BARANGAN NI...




















Rasanye ramai dah tau pasal barangan buatan YAHUDI laknatullah yang kita terusan membeli dan tanpa sengaja dan kita SEDAR bahawa kita membantu menaikkan ekonomi YAHUDI..Kadang tanpa kita sedar or kita sedar, kenapa barangan buatan MALAYSIA dan HALAL lagi, nape tak kita gunakan selalu..Adakah tak bermutu barangan buatan MALAYSIA atau rakyat Malaysia terlalu memilih??? Tepuk dada tanya selera...







BAGAIMANAKAH BIAR TERLIHAT LEBIH CANTIK

Kencantikan adalah suatu keindahan dari ciptaan Allah SWT. Ianya bisa di letakkan pada tiap makhluknya. Kecantikan bisa di letakkan pada manusia, pemandangan alam, hewan atau karya seni yang di buat oleh manusia. Cantik atau Indah adalah salah satu nikmat yang di dapat oleh indera penglihatan kita. Maka, ketika kita melihat sesuatu yang cantik atau indah, serta merta bibir kita mengucap, "Subhanallah", Maha Suci Allah yang menciptakan makhluk-NYA tanpa cacat.

Kecantikan inilah yang juga mendasari sebuah perusahaan kosmetik, yakni  alat untuk membuat seseorang supaya terlihat lebih cantik dan menarik. Sudah menjadi fitrah dari seorang wanita, bila dirinya ingin kelihatan lebih cantik dari wanita lain, karena ini berkaitan dengan ketertarikan lawan jenis.

Walhal, Allah SWT memerintahkan kita untuk menundukkan pandangan bila melihat sebuah keindahan yang bukan menjadi hak kita. Misalnya bila kita melihat wanita atau pria yang bukan mahrom. Bahkan kita di suruh berdo'a agar terhindar dari fitnahnya. "Allahumma inni a'udzubika min fitnatin nisa' wa min 'adzabil qobri wa min 'adzabin naar." (Ya Allah aku berlindung dari fitnah wanita dan dari siksa kubur, juga siksa neraka!)

Kecantikan yang di maksud ini adalah kecantikan yang ada dalam diri seorang wanita.Seorang wanita tidak hanya di nilai dari kecantikan fisiknya, tetapi juga dari kecantikan dalam dirinya atau yang di sebut dengan inner beauty. Inner beauty atau kecantikan dari dalam ini, bagi orang yang tidak beragama, di peroleh melalui kursus-kursus pengembangan kepribadian seperti John Robert Power dan sebagainya. Tetapi dalam Islam, kecantikan dalam ini adalah akhlaq yang terpancar dari segala gerak-gerik seorang wanita. Seorang wanita yang sholelah akan memancarkan cahaya amalan yang akan mempengaruhi orang-orang di sekitarnya, sehingga orang-orang di sekitarnya pun mendapatkan penerangan hidayah yang terpancar dari amalannya.

Salah satu golongan wanita yang pantas menjadi tauladan kita adalah isteri-isteri Nabi SAW, yang Allah SWT berfirman,  "Wahai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik" (QS. al-Ahzab (33) : 32), kemudian .."dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu dan dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya." (QS. al-Ahzab (33) : 33)

Itu adalah berkaitan dengan akhlaq yang harus di jaga oleh seorang wanita. Adapun cara berpakaiannya, Allah SWT berfirman : "Wahai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS. al-Ahzab (33) : 59)

Mengulurkan jilbab ke seluruh tubuh maknanya adalah seorang wanita yang sholehah haruslah menutup auratnya secara sempurnya dengan berpurdah. Karena itulah yang di kehendaki oleh Allah SWT, sehingga menghindarkan dari orang-orang lelaki ajnabi untuk mencela dan merendahkan kecantikan mereka. Karena, dari wajah saja, bisa menimbulkan fitnah kepada para wanita itu. Itulah yang Rasulullah SAW beritakan dalam salah satu hadits, bahwa wanita tersebut akan menjadi Ratu Bidadari di surga, yang akan masuk surga 500 tahun lebih dahulu dari suaminya. Do'a nya melebihi dari 70 waliyullah. Tidak ada hijab antara dirinya dengan Allah, karena dia selalu menjaga hijab.

Wanita-wanita sholehah ini nanti di surga akan meledek kepada bidadari-bidadari dengan perkataan seperti ini," Wahai kamu para bidadari, yang tidak pernah puasa di siang hari yang terik, tidak pernah merasakan penderitaan melahirkan dan mengurus anak. Tidak pernah melayani suami ketika keadaan sangat lelah, amalan apakah yang akan kamu banggakan di hadapan Allah?" Demikianlah para akhwati fillah, bila kamau ingin cantik di mata Allah, maka jagalah hijab, pakailah hijab, agar terbuka hijab antara dirimu dengan Allah SWT.

P/S : AURAT WAJIB DITUTUP, BUKAN 'BELUM SAMPAI MASANYA'..

YOUR MOTHER

Who should I give my love to?
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to?
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hold you
And clean you and clothes you
Who used to feed you?
And always be with you
When you were sick
Stay up all night
Holding you tight
That's right no other
Your mother (My mother)

Who should I take good care of?
Giving all my love
Who should I think most of?
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hear you
Before you could talk
Who used to hold you?
Before you could walk
And when you fell who picked you up
Clean your cut
No one but your mother
My mother

Who should I stay rigt close to?
Listen most to
Never say no to
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hug you
And buy you new clothes
Comb your hair
And blow your nose
And when you cry
Who wiped your tears?
Knows your fears
Who really cares?
My mother

Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For my MOTHER

P/S : ALHAMDULILLAH..

DIRI SENDIRI WAJAR JADI CONTOH

KITA seringkali memikirkan apa yang berada di luar kita. Ramai juga yang ingin melihat orang lain berubah. Malah, kita berkeinginan untuk berubah, tetapi masih tidak kesampaian.


Kita mahu negara kita berubah, kita mahu orang berubah, kita bercita-cita mahu ubah pekerja kita, tetapi malangnya anak dan isteri kita masih tidak mampu kita ubah. Kenapa kita tidak mampu mengubah orang lain? Antara sebabnya, kita tidak pernah bersungguh-sungguh untuk mengubah diri sendiri. Rahsia mengubah orang adalah dengan mengubah diri sendiri. Betapa besar pun hasrat untuk mengubah orang lain sekiranya kita tidak mula daripada diri sendiri tidak berkesan. Kadangkala hasrat mengubah orang lain akan menjadi bahan ketawa. Orang di sekeliling kita akan menyaksikan cakap kita itu tidak serupa bikin dengan apa yang kita laungkan. Elok juga kita fikirkan perbandingan ini, kalau kita hendak membina rumah apalah ertinya kita memikirkan dinding, pintu dan atap sekiranya tapak tidak dibina. "Mulakan dengan dirimu," kata pepatah Arab. Inilah kunci orang yang berjaya.

Berani mengejek itu mudah, berani berhujah itu mudah, tetapi tidak ramai orang yang berani melihat kekurangan diri sendiri. Ramai orang berani melihat kekurangan orang lain, tetapi jarang sekali membincangkan kelemahan diri sendiri. Sebenarnya apabila kita mengubah diri dengan penuh sedar sudah pasti ia dapat mengubah orang lain. Walaupun tidak sepatah kata kita ucapkan untuk ubah orang lain, perbuatan yang berubah itu menjadi ucapan yang sangat bererti bagi orang lain. Pengaruh daripada kegigihan mengubah diri tidak akan dirasakan. Tetapi percayalah ia akan membekas dalam minda orang lain. Makin lama orang akan simpati dan terdorong untuk turut sama berubah.

Lantas bagaimana kaedah mengubah diri dan orang lain?
Pertama: Mulalah dengan mengubah diri sendiri. Mana mungkin kita mahu mengajak orang berubah sedangkan diri kita masih di takuk lama. Jadilah seperti `ketam mengajar anak berjalan betul' nanti cakap tidak serupa bikin.

Kedua: Mulakan dengan melakukan perkara yang kecil. Perkara kecil jika dilazimi akan membantu dan memudahkan untuk melakukan yang besar. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Perkara yang kecil jika sering diabaikan nanti berjangkit, yang besar pun akan mudah diingkari. Banjir besar dimulakan dengan titik hujan yang kecil.

Ketiga: Mulakan sekarang. Jangan bertangguh lagi. Semakin bertangguh semakin melarat. Masalah yang kecil akan jadi lebih besar jika terus dibiarkan.

Keempat: Paksa diri dengan sepenuh hati. Nafsu jika tidak dipaksa nanti jadi degil.

Kelima: Belajar menghukum diri sendiri. Kalangan sahabat pernah menghukum diri dengan berpuasa kerana mengumpat.

Keenam: Kena ulangi kebaikan sehingga sebati dengan diri.

P/S : AKU JADIKAN DIRIKU SENDIRI SBG CONTOH, BARU AKU CUBA JADIKAN ORANG LAIN CONTOH BUAT DIRIKU

CIRI CIRI ISTERI SOLEHAH

KITA biasa dengan ungkapan yang berbunyi, "syurga di bawah tapak kaki ibu". Tetapi benarkah syurga isteri pula di bawah tapak kaki suami? Adakah ungkapan ini disokong oleh mana-mana hadis?  Mentaati ibu bapa balasannya syurga. Dalam hadis-hadis, Rasulullah SAW menjanjikan syurga bagi mereka yang taat kepada kedua ibunya. Adapun janji syurga di bawah telapak kaki suami belum saya temui, namun cukuplah menjadi seorang isteri itu ahli syurga dengan mentaati suaminya, yang demikian cukup banyak ayat al-Quran dan hadis baginda.

Sifat-sifat isteri yang dijanjikan syurga. Allah SWT berfirman yang bermaksud: Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada dikeranakan Allah telah memelihara mereka. (al-Nisa': 34)

Dalam ayat ini Allah menghimpun beberapa sifat yang wajib ada pada seorang wanita solehah, antaranya adalah taat kepada Allah swt dan kepada suaminya dalam perkara yang makruf (perkara baik) lagi memelihara dirinya ketika suaminya tidak berada di sampingnya.

Al-Sheikh Abdul Rahman bin Nashir As-Sa'di r.h. berkata: "Tugas seorang isteri adalah menunaikan ketaatan kepada Allah dan taat kepada suaminya, kerana itulah Allah berfirman: Wanita solehah adalah yang taat, iaitu taat kepada Allah SWT, lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada di rumah atau di sampingnya". Iaitu taat kepada suami mereka bahkan ketika suaminya tidak ada, dia menjaga suaminya dengan menjaga dirinya dan harta suaminya. (Taisir, hal. 177)

Ketika Rasulullah menghadapi permasalahan dengan isteri-isterinya sampai beliau bersumpah tidak akan mencampuri mereka selama sebulan, Allah SWT menyatakan kepada baginda SAW dengan firman yang bermaksud: Jika sampai Nabi menceraikan kalian, mudah-mudahan Tuhannya akan memberi ganti kepadanya dengan isteri-isteri yang lebih baik daripada kalian, muslimat, mukminat, qanitat (taat kepada Allah), taibat (sentiasa bertaubat), 'abidat (sering beribadat), saihat (kerap berpuasa) dari kalangan janda ataupun gadis. (at-Tahrim: 5) [Al-Jami' li Ahkamil Quran, 18/126-127, Tafsir Ibnu Katsir, 8/132]

Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai". (riwayat Ahmad 1/191, Shahihul Jami' no. 660, 661). Berdasarkan dalil-dalil tersebut, dapat kita simpulkan bahawa sifat isteri yang solehah adalah sebagai berikut:

1. Mentauhidkan Allah dengan mengabdikan diri hanya kepada-Nya tanpa menyekutukan-Nya dengan sesuatupun.

2. Tunduk kepada perintah Allah, terus menerus dalam ketaatan kepada-Nya dengan banyak melakukan ibadah seperti solat, puasa, bersedekah dan selainnya.

3. Menjauhi segala perkara yang dilarang dan menjauhi sifat-sifat yang rendah yang boleh menghakis sifat-sifat mulia.

4. Selalu bertaubat kepada Allah hingga lisannya sentiasa dipenuhi istighfar dan zikir kepada-Nya. Sebaliknya ia jauh dari perkataan yang sia-sia, tidak bermanfaat dan membawa dosa seperti dusta dan lainnya.

5. Menaati suami dalam perkara kebaikan bukan dalam bermaksiat kepada Allah dan melaksanakan hak-hak suami sebaik-baiknya.

6. Menjaga dirinya ketika suami tidak berada di sisinya. Ia menjaga kehormatannya dari tangan yang hendak menyentuh, dari mata yang hendak melihat, atau dari telinga yang hendak mendengar. Demikian juga menjaga anak-anak, rumah, dan harta suaminya.

Sifat isteri solehah lainnya boleh diperincikan berikut:
1. Penuh kasih sayang, selalu kembali kepada suaminya dan mencari maafnya. Rasulullah SAW bersabda: "Mahukah aku beritahukan kepada kalian, isteri-isteri kamu yang menjadi penghuni syurga ialah isteri yang penuh kasih sayang, banyak anak, selalu kembali kepada suaminya. Di mana jika suaminya marah, dia mendatangi suaminya dan meletakkan tangannya pada tangan suaminya seraya berkata: "Aku tak dapat tidur sebelum engkau reda". (riwayat al-Nasai dalam Isyratun Nisa no. 257.)

2. Melayani suaminya (berkhidmat kepada suami) seperti menyiapkan makan minumnya, tempat tidur, pakaian dan seumpamanya.

3. Menjaga rahsia-rahsia suami, lebih-lebih yang berkenaan dengan hubungan intim antara dia dan suaminya.

Asma' bintu Yazid r.ha menceritakan dia pernah berada di sisi Rasulullah. Ketika itu kaum lelaki dan wanita sedang duduk. Baginda bertanya: "Barangkali antara kalian ada suami yang menceritakan apa yang diperbuatnya dengan isterinya (hubungan suami isteri), dan barangkali ada isteri yang memberitahu apa yang diperbuatnya bersama suaminya?" Maka mereka semua diam tidak ada yang menjawab. Aku (Asma) pun menjawab: "Demi Allah! Wahai Rasulullah, sesungguhnya mereka (para isteri) benar-benar melakukannya, demikian pula mereka (para suami)". Baginda bersabda bermaksud: "Jangan lagi kalian lakukan, kerana yang demikian itu seperti syaitan jantan yang bertemu dengan syaitan betina di jalan, kemudian digaulinya sementara manusia menontonnya". (riwayat Ahmad 6/456)

4. Selalu berpenampilan yang bagus dan menarik di hadapan suaminya sehingga bila suaminya memandang akan menyenangkannya.

5. Ketika suaminya sedang berada di rumah, ia tidak menyibukkan dirinya dengan melakukan ibadah sunnah yang dapat menghalangi suaminya untuk istimta' (bernikmat-nikmat) dengannya seperti puasa, terkecuali bila suaminya mengizinkan.

6. Pandai mensyukuri pemberian dan kebaikan suami, tidak melupakan kebaikannya.

7. Bersegera memenuhi ajakan suami memenuhi hasratnya, tidak menolaknya tanpa alasan yang syarie, dan tidak menjauhi tempat tidur suaminya, kerana ia tahu dan takut terhadap berita Rasulullah SAW yang bermaksud: Demi zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidaklah seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya lalu si isteri menolak ajakan suaminya (enggan) melainkan Allah SWT murka terhadapnya hingga si suami reda padanya. (riwayat Muslim no. 1436)

P/S : AKU BERUSAHA UNTUK MENJADI ISTERI YANG TERBAIK SETIAP HARI, INSHAALLAH

JAGA MASA ANDA SEBAIK MUNGKIN

Sekiranya masa yang lalu boleh dikembalikan kepada kita semula, maka ramai yang sanggup membayar walaupun harganya sangat tinggi. Begitu juga dalam filem “Back To The Future” lakonan Michael J.Fox yang boleh kembali ke masa yang lalu dan masa depan dengan ciptaan mesin "Time Travel" dari seorang professor yang boleh kembali dan membetulkan sejarah.
Jika kita boleh kembali ke tahun 1942 di Jerman. Menolong seorang lelaki yang bernama “Adolf Hitler” dan membantu beliau menghapuskan semua yahudi di Eropah, maka sejarah hari ini akan berubah sama sekali. Tiada pergolakan dan perang di Palestin dan Lubnan. Rakyat Palestin hidup aman dan dunia hari ini tidak lagi dikuasai oleh yahudi maupun nasrani. Mungkin anak-anak kita hari ini pandai berbahasa Jerman dan Jepun kerana merekalah yang memerintah dunia sebab Amerika dan Britain yang tentu kalah seperti mana Jerman dan Jepun kalah dalam perang dunia ke2 dahulu.

Jadi masa itu sebenarnya lebih bernilai dari emas kerana masa yang lepas adalah sejarah untuk kita tidak mengulangi kesilapan dalam menentukan masa depan yang kita belum tahu lagi. Sekiranya kita menjaga masa dengan betul pasti mendapat kejayaan dalam hidup ini. Bijak pandai ada jugak mengatakan, `"masa itu emas". Hukum pula mengibaratkan masa sebagai pedang. Jika kita manusia tidak berusaha untuk mendahuluinya dalam maksud mengejar kepentingan dunia dan akhirat pada setiap masa, maka masa pasti akan mendahului kita. Masa cukup berharga kepada manusia. Bagi mereka yang mempunyai kerjaya masa sudah tentu memainkan peranan penting kerana setiap saat dilalui, akan ada tugasan serta urusan harus diselesaikan mengikut kerjaya masing-masing.

Majikan umpamanya akan menilai keberkesanan tugasan pekerjanya dengan memperuntukkan tempoh tertentu untuk mereka menyiapkan tugasan. Apabila disiapkan pada tempoh seperti ditetapkan, maka pekerja itu benar-benar memahami kepentingan menjaga masa. Islam mengajar manusia cara menjaga dan mengurus masa dengan baik serta berkesan mengikut kehendak syariat antaranya:

1. Membuat perancangan yang teliti. Setiap pekerjaan sudah pasti akan dilaksanakan mengikut masa tertentu. Justeru, penjadualan adalah sesuatu yang mustahak. Jadual hendaklah disediakan dengan kemas dan rapi bagi mengelakkan berlakunya sebarang pembaziran masa. Tempoh menyiapkan sesuatu kerja hendaklah ditetapkan untuk mengelakkan kerja tertangguh dan tidak sistematik. Nabi Allah Ibrahim a.s sendiri umpamanya menyediakan jadual khusus dalam waktu hidupnya seharian untuk bermunajat (berzikir) kepada Allah SWT, bermuhasabah diri dan berfikir mengenai ciptaan Allah SWT serta keperluan hidupnya seperti makan dan minum.

2. Sentiasa menepati masa kerana sebagai umat Islam yang sentiasa inginkan kemajuan diri, hendaklah sentiasa menepati masa bagi mengelak timbulnya hal negatif lain akibat kecuaian tidak mematuhi ketepatan masa. Kata-kata hikmat menyatakan: “Jangan tangguh kerja hari ini sehingga hari esok”.

3. Jangan membazir masa kerana orang yang benar-benar menghargai masa akan sentiasa memastikan waktu terluang diisi perkara bermanfaat untuk dirinya hingga tidak mempunyai waktu melakukan perkara merugikan.

4. Menjaga kualiti masa. Kualiti masa berbeza mengikut aktiviti serta keperluan tetapi Islam sudah menyusunnya mengikut batas tertentu yang pasti sesuai dan perlu diambil perhatian semua umat muslimin
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara, iaitu masa sihatmu sebelum sakit, masa lapangmu sebelum sibuk, masa mudamu sebelum tua, masa senangmu sebelum susah dan masa hidupmu sebelum mati.”

5. Berlumba-lumba meningkatkan kualiti dan produktiviti. Manusia dituntut menghasilkan sesuatu yang berkualiti dan bermutu supaya setiap masa dilalui memberi kebaikan. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Hendaklah kamu berlumba-lumba melakukan kebaikan.” Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah kasih kepada seseorang di antara kamu apabila bekerja sentiasa meningkatkan mutu kerjayanya.”

6. Beristiqamah dalam melakukan kerja. Kekuatan untuk mengekalkan semangat dan usaha boleh dilakukan apabila seseorang menyedari bahawa setiap tugas itu adalah ibadat kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan) kerjakanlah dengan bersungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhan-Mu hendaknya kamu berharap.”

7. Mengambil iktibar daripada masa silam. Setiap pekerjaan atau tugasan dilakukan tidak semuanya akan menghasilkan kejayaan seperti diharapkan, namun Islam menuntut kita supaya sentiasa menjadikan masa silam sebagai panduan membina kekuatan diri menghadapi dugaan hidup.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya sudah berlaku sunnah Allah SWT sebelum daripada kamu, kerana itu berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibat orang yang mendustakan Rasul-Nya.” (Surah al-Imran, ayat 137)

8. Martabat manusia dinilai dengan masa.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sebaik-baik manusia yang panjang umurnya dan baik pula pekerjaannya, manakala sejahat-jahat manusia ialah yang panjang umurnya tetapi buruk pula amalannya.”

Allah SWT menyatakan dengan terang dan jelas berkenaan orang yang untung dan rugi dalam pengurusan masa hidup mereka melalui firman yang bermaksud: “Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.”

Golongan manusia yang tidak akan rugi ini adalah golongan manusia yang melakukan kerja dan tugasan hidup mereka dengan menepati kehendak syariat. Dengan beberapa kaedah dinyatakan, orang beriman dan beramal soleh akan berusaha melakukan sesuatu pekerjaan dengan rasa insaf dan penuh penghayatan. Manusia yang untung ini juga akan sentiasa memohon kepada Allah SWT untuk menguatkan semangat mereka dalam perjuangan hidup di samping berusaha membantu rakan taulan serta saudara seagama dengan pesanan berguna.

Orang yang beruntung dalam hidup adalah mereka yang beriman dengan mengikrarkan lidahnya dan membenarkan hatinya bahawa semua ajaran dibawa junjungan Rasulullah SAW adalah benar belaka. Selain beriman, dia juga mengerjakan apa yang diimankannya dan membuat kebajikan mendatangkan manfaat kepada umum serta membawa orang lain ke arah jalan diredai.

P/S : BYK MASA AKU TERBUANG DGN FACEBOOK..ASTAFIRULLAHALAZIM

RIYADH KENA SERANG LAGI....



Wuakakakakaaa mesti ingat kena serang apa kan...kena serang dengan ribut pasir daa... Semalam masa nak shopping tengok kat luar, mcm suram jek...pas dah abis shopping, MashaAllah rupanya sand storm..dah kena sand storm ni, bawa keta have to berhati-hati, jalan bukan clear sangat..Tapi ada gak org2 saudi ni bawa keta mcm pelesit...suka hati diaorg jek, tak kira lah hujan, ribut ke...tetap nak bawa lelaju..sndri mau ingat brader..sister takde, sbb kat Riyadh ni sister2 tak bole bawa keta...sbb tu bila aku balik JB, tak drive mcm gian jek..ketagih tahap cipan..hahahaha..

Ermmm sekeping jek gambar sand storm ni...jadi lah...pasgi tadi dapat walking2 jap kat roof top..udara pun nyaman n sejuk..dgn baju tidur aku walking2..huhuhu

P/S : MELELEH SKIT LELEMAK KLUAR PAGI NI...HAHAHAHA




INGAT ALLAH HIBURAN GOLONGAN BERIMAN

MANUSIA sukakan hiburan. Malah, ada ketikanya hiburan menjadi suatu keperluan bagi sesetengah orang seperti makanan dan minuman. Alasannya, hiburan boleh mendatangkan ketenangan, mengurangkan tekanan dan menyegarkan emosi. Benar, ketegangan dan kegersangan emosi boleh menyebabkan seseorang itu jadi pemarah, perengus, tertekan dan resah. Menyuburkan emosi memang penting kerana dari situ akan timbul sikap kasih sayang, prihatin dan peka pada persekitaran sekeliling. Tetapi apabila disebut hiburan bukanlah semata-mata yang mungkin difahami anak remaja kini iaitu nyanyian, konsert, pesta, karaoke, kelab malam atau berpeleseran saja. Malah, melihat keindahan alam, melancong, ekspedisi dan berkelah juga hiburan.

Ada tiga kategori hiburan:
i- Bagi seorang mukmin ialah iman, amal ibadat, wirid dan zikir atau apa saja perbuatan yang membawa pahala daripada Allah adalah hiburan. Ini kerana hasil daripada itu adalah ketenangan dan ketenteraman. Jiwa yang sentiasa hidup dan segar. Emosi pula terkawal. Perkara inilah yang dimaksudkan Allah dalam al-Quran iaitu firman-Nya bermaksud: "Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati jadi tenang."

ii- Hiburan kategori kedua iaitu apa saja cara yang dapat menghilangkan keresahan dan kerunsingan yang tidak bertentangan dengan syariat serta akidah. Malah, jika dihayati hiburan jenis ini dapat dijadikan cara untuk mendekatkan diri pada Allah. Umpamanya, jika berkelah atau berekspedisi di samping dapat menghilangkan bosan dapat juga merasai kehebatan ciptaan Allah, meresap di jiwa lalu timbul rasa gerun kepada-Nya.Tetapi hakikatnya, ramai yang tidak menyedari hikmah di sebalik berhibur. Jadi, hiburan hanya sekadar hiburan, terhenti setakat itu saja. Namun, hiburan kategori ini selagi tidak bercanggah dan tidak memberi kesan negatif, ia ibarat ubat mengurangkan kesakitan yang dapat menghilangkan keresahan buat seketika, tetapi tidak dapat menghapuskan punca keresahan itu.
iii- Hiburan kategori ketiga paling popular terutama muda-mudi. Konsert artis, nyanyian yang lalai, pesta, kelab malam dan berpasangan adalah menjadi hambatan hidup remaja kini. Hiburan ini bukan saja tidak bersifat menyembuhkan, malah umpama penagihan dadah. Memang seronok, ibarat gula-gula, manis dan sedap tetapi tidak mengenyangkan. Keseronokan itu bukan bererti kebahagiaan atau ketenangan. Malah, beransur-ansur membawa akibat buruk dan negatif pada jangka masa panjang. Hiburan kategori ini mendatangkan kesan buruk pada hati yang tidak dapat dikesan. Hati menjadi keras, gelap, lalu terdinding daripada mendapat kelazatan mengingati Allah, malah sukar untuk menerima kebenaran.

Justeru, orang yang mendapat hiburan hakiki (sebenar) umpama mendapat hidangan dan makanan lazat lagi enak, tidak perlu lagi pada gula-gula yang tidak berkhasiat. Selalunya hanya kanak-kanak yang amat gemar pada gula-gula, manakala golongan dewasa tidak kerana mereka lebih mengutamakan makanan mengenyangkan

P/S : MUZIK MELALAIKAN...

3 GOLONGAN LAYAK JADI PENGHUNI SYURGA

SESEORANG yang beriman belum tentu ia seorang bertakwa tetapi jika seseorang itu bertakwa, sudah tentu ia orang yang beriman. Dalam al-Quran, Allah menggesa orang yang beriman supaya bertakwa kepada Allah dengan sebenar-benar takwa. Firman Allah yang bermaksud:

Wahai orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan sebagai Muslim.(Surah ali-Imran, ayat 102)

Ayat ini menjelaskan tidak semua orang yang beriman itu benar-benar bertakwa hinggakan Allah menegur mereka supaya menjadi orang yang bertakwa dengan melakukan amal salih. Mereka yang sudah beriman, beramal salih dan bertakwa disediakan Allah ganjaran syurga. Ketahuilah bahawa dalam syurga terdapat nikmat yang tidak pernah terlintas oleh mata, telinga dan hati manusia. Inilah kebesaran Allah terhadap hamba-Nya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Untuk hamba-Ku yang salih, Aku sediakan kesenangan yang tidak pernah terlintas oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah sedikitpun terlintas dalam hati manusia (Hadis riwayat Imam Ahmad, Tirmizi dan Ibn Majah)

Inilah kehebatan Allah dalam menyediakan ganjaran kepada hamba-Nya yang melakukan kebaikan. Melalui hadis itu dapat difahami bahawa, Allah memberitahu kepada hamba-Nya mengenai nikmat dan kesenangan yang akan diberikan kepada hamba-Nya yang salih. Bermacam corak ragam serta bentuk nikmat kesenangan yang disediakan itu menandakan keagungan dan kebesaran-Nya.

Nikmat itu sebenarnya tidak dapat digambarkan atau dilukiskan dengan tepat seperti adanya, kerana ia bersifat kekal abadi, tidak luntur dan lusuh, jauh sekali daripada menjadi buruk atau seumpamanya yang membawa kepada kehancuran. Inilah nikmat yang perlu direbut manusia. Manusia yang beriman kepada Allah mesti bersyukur kepada-Nya kerana mereka dihidupkan sebagai seorang Muslim dalam agama Islam dibawa junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan inilah nikmat terbesar diterima umat Islam yang balak menghuni syurga Allah.

Untuk menghuni syurga Allah, al-Quran menerangkan ciri hambanya yang layak terdiri daripada orang beriman lagi bertakwa :

* Pertama ialah mereka yang menjauhi penyembahan berhala iaitu menjauhkan diri daripada mensyirikkan Allah yang boleh menyebabkan seseorang menjadi murtad dan orang yang mendengar arahan Allah dengan mengikutnya melakukan kebaikan, menjauhi larangan-Nya.

Dengan melakukan kebaikan dan menjauhi larangan Allah, jelaslah mereka itulah orang yang bertakwa. Firman Allah yang bermaksud: Bagi mereka yang menjauhi penyembahan berhala dan kembali mentaati kepada Allah, tersedia khabar gembira. Beritakanlah khabar gembira itu kepada hamba-Ku yang mahu mendengarkan kata-kata (yang hakikatnya dari Allah) lalu mereka mengikuti kata-kata yang terbaik. Mereka itulah orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal.(Surah al-Zumar, ayat 17-18)
* Kedua ialah orang yang beriman dan beramal salih dengan segala suruhan dan menjauhi segala larangannya. Ini dijelaskan Allah melalui firman-Nya yang bermaksud: Wahai hamba-Ku yang salih, tidak ada rasa takut pada diri kalian di hari ini (hari Kiamat) dan tidak pula kalian rasa sedih. Mereka itulah orang yang beriman kepada tanda kebesaran kami dan mereka yang Islam (menyerah diri kepada Allah). (Surah al-Zukhruf, ayat 68-69)

Dalam ayat ini Allah menjelaskan sifat hambanya yang beriman iaitu mereka yang rasa takut pada hari kiamat dan tidak pula berasa sedih untuk meninggalkan dunia kerana mereka adalah orang yang tunduk patuh kepada peraturan Allah di atas muka bumi semasa hayatnya.

* Ketiga ialah orang Islam. Sesungguhnya syurga itu adalah tempat orang naik saksi bahawa tiada Tuhan berhak disembah melainkan-Nya dan mengakui Nabi Muhammad SAW itu adalah hamba dan utusan-Nya.
Apabila orang yang sudah mengakui syahadah, walaupun sebelum itu mereka berada dalam kekufuran akan dimasukkan Allah dalam syurga-Nya kerana ia adalah tempat kembali bagi orang yang sudah memeluk agama Islam.

Ini dijelaskan dalam sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan yang sebenarnya berhak disembah kecuali Aku. Rahmat-Ku sudah mendahului kemurkaan-Ku. Barang sesiapa yang naik saksi bahawa tiada Tuhan yang sebenarnya berhak disembah kecuali Allah dan Nabi Muhammad SAW adalah hamba dan utusan-Nya, nescaya ia berhak mendapat syurga. (Hadis diriwayatkan al-Daimali)

Inilah ciri manusia yang akan menjadi penghuni syurga kelak. Sesungguhnya beruntunglah mereka yang akan menjejakkan kaki ke sana kerana ia adalah tempat yang tidak ada bandingnya dengan tempat dilihat manusia di atas muka bumi ini.

P/S : ADAKAH AKU LAYAK KE SYURGA MU, YA ALLAH..BERIKAN LAH AKU RAHMATMU

JAGA AIB

Apa maknanya ‘Aib’? Aib ini adalah mengatakan sesuatu kekejian, keburukan orang. Kita tidak boleh mendedahkan orang yang tidak sembahyang kerana itu dipanggil ‘Aib Agama’. Kita tidak boleh mengata mengenai kelemahan orang seperti

“Eh, itu anak haram”

“Eh,makan banyak tu,lapar ke pelahap ni” Jangan berkata begitu kepada orang. Ini semua adalah ‘Aib kelemahan’ dia.

Hukum mengaibkan orang ini adalah haram. Seperti juga hukum mengumpat. Mengumpat pun ada syarat. Maksudnya, perkara berikut bermakna jatuh hukum mengumpat:

•Cerita keburukan orang
•Cerita mengenai dia tapi di luar pengetahuannya
•Cerita benda betul tapi di luar pengetahuannya
•Cerita perkara yang dia tidak suka tapi di luar pengetahuannya

Jika jiran kita ada sekumpulan anak gadis tinggal serumah dan kemudian ada salah seorang membawa pulang boyfriend dia dan duduk berdua-duaan di dalam rumah tersebut, kita boleh melaporkan ke Jabatan Agama. Tapi kena selidik, takut suami isteri. Ini salah satu langkah utk menjaga aib org supaya kita tidak terburu-buru.

Bagaimana mendedahkan aib sendiri?
Contohnya: “ Aku telah minum arak begitu banyak sebelum ini”. Atau “ Aku tidak sembahyang selama 40 tahun”

Kita ditegah membuka aib sendiri. Seperti contoh di atas, seperti menunjuk-nunjuk kehebatan melakukan dosa. Jangan sesekali berbuat demikian. Jika untuk dijadikan iktibar, jangan beritahu siapa nama orang yang terlibat.

Hadis Rasulullah SAW:

“Jangan buka aib orang kerana Allah akan membuka aibmu walaupun di dalam rumahmu sendiri”

Ada yang bertanya, apa hukumnya jika mengintai orang. Sememangnya haram. Kerana kita telah mengaibkan orang dengan cara mengintai. Satu lagi, jika kita baru berkahwin, ataupun telah berkahwin, ataupun bercerai, jangan sesekali mendedahkan perlakuan kita bersama pasangan kita. Maknanya, jangan menceritakan hubungan intim kita bersama pasangan kepada orang lain. Hukumnya adalah haram. Jadi, sama-samalah kita semua berazam untuk tidak cuba mengaibkan orang.

Tidak ada untungnya

SOLAT LAH SEBELUM KAMU DISOLATKAN

"Solat itu tiang agama,sesiapa yang mendirikan solat bererti mendirikan agama,sesiapa yang meninggalkan solat bererti meruntuhkan agama."
80 peratus rakyat Malaysia tidak menyempurnakan solat 5 waktu dalam sehari.Ini kajian yang dibuat oleh Dr Fadzillah Kamsah.Peratusan angka ini diperoleh melalui tinjauan beliau menerusi program-program ceramah dan motivasi,yang dijalankan di seluruh negara serta pemerhatian terhadap gaya hidup masyarakat Islam masa kini.Tambah beliau,hanya sekitar 17 hingga 20 peratus yang menunaikan solat fardu cukup lima dalam sehari.Jumlah ini terlalu kecil sekiranya dibandingkan dengan jumlah penganut agama Islam di negara ini.
Sedih mengenang tentang hal ini.Begitu ramai yang tidak menitik beratkan soal solat ini.Sedangkan menunaikan solat adalah tuntutan fardhu ain yang wajib kita lakukan sehari-hari.Islam terbina atas rukunnya,dan salah satu rukun Islam adalah menunaikan solat.Jika solat tidak dijaga,harus bagaimana mahu mendirikan tiang agama.
Tiada alasan untuk meninggalkan solat sehingga kamu masuk ke liang lahad!
Ya,sesukar mana pun kondisi kita,solat wajib dilakukan.Dalam keadaan perang, sakit waima berada di angkasa lepas sekali pun,solat tetap solat!Tiada alasan untuk kita meninggalkan solat.Hakikatnya pahit namun harus ditelan juga,betapa ramainya masyarakat kita yang masih jahil tentang ilmu solat ini.
"Eh,kau sakit kaki ni,berbalut ni,kau solat tak?"kawan ana bertanya pada seorang rakan
"Errr..tak,aku tak boleh..errr...kaki aku sakit lagi,macam mana nak ambil wudhu,"jawab beliau.
"Alahai,kawan serumah kau takkan tak ajar ke cara solat duduk?Kenapa tak boleh solat pula?"
"Errr...aku tak tau nak solat duduk macam mana."
Ya,itu salah satu realiti.Ramai sebenarnya yang masih tidak mengetahui sedalam-dalamnya ilmu solat ini,mahu bertanya soalan yang dianggap remeh,malu pula diejek rakan.Wahai kawanku,apakah kau letakkan malu itu dalam keadaaan yang betul?Sungguh itu satu kezaliman pada diri sendiri.tidak salah kalau sudah berumur,belajarlah lagi cara solat yang betul.Malu untuk apa kalau perkara yang kita buat itu adalah perkara yang tidak sia-sia.

SOLAT MENCEGAH KEMUNGKARAN
“Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan perkara yang diwahyukan kepadamu daripada al-Quran, dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.” (Surah al-Ankabut, ayat 45)
Jelas sekali firman Allah tersebut.Solat bisa menjadi dinding kepada kita daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar.
"Jadi,bagaimana pula kalau orang yang solat,tapi dia masih tidak menutup aurat?"

Persoalan sama ada solat kita diterima oleh Allah s.w.t bukan kerja kita.Begitu juga dalam penerimaan hidayah.Ramai yang solat tetapi auratnya,perlakuannya masih tidak sempurna.Solat cukup 5 waktu,tetapi masih melakukan perkara -perkara mungkar.

Nah, jika perkara sebegitu terjadi pada diri kita,ayuh kita bermuhasabah kembali. Apakah selama kita solat seumur hidup ini,kita betul-betul solat atau kita lalai.Apakah niat kita solat kerana Allah s.w.t atau kerana niat lainnya.Apakah kita mengerti kenapa perlu kita solat?Itu persoalan pokok yang mesti dijawab secara jujur.Bermuhasabahlah kembali.Pasti ada kecacatan dalam solat kita selama ini.

MELENGAHKAN WAKTU SOLAT
Sesungguhnya ibadat solat terlalu istimewa di sisi Allah kerana Rasulullah menerima secara langsung daripada Allah dalam peristiwa Israk dan Mikraj. Perintah ibadat solat berbeza dengan ibadat lain seperti puasa, zakat,haji dan lain-lain yang diterima melalui wahyu dengan perantaraan Malaikat Jibril. Ini menunjukkan ibadat solat terlalu istimewa di sisi Allah.

Oleh itu,sesiapa yang meremehkan dan mensia-siakan soal ibadat solat,adalah golongan yang sesat.Allah berfirman yang bermaksud :

“Kemudian mereka digantikan oleh keturunan yang mencuaikan solat serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka).” (Surah Maryam, ayat 59)

Abdullah bin Abbas berkata, maksud mensia-siakan solat bukanlah meninggalkan solat sama sekali, tetapi melewatkan daripada waktunya. Misalnya seseorang yang menunaikan solat Zuhur dalam waktu Asar, solat Asar di dalam waktu maghrib, solat Isyak ditangguhkan sehingga masuk waktu Subuh serta solat Subuh dilaksanakan selepas terbit matahari.

Sesiapa yang mati dalam keadaan ini tanpa bertaubat, dia akan dihumbankan ke sebuah lembah bernama al-Ghai’a dalam neraka dan diberikan makanan amat jijik. Jika mengerjakan solat fardu di luar waktu sudah sebegini hukumannya, bayangkanlah azab yang bakal menimpa orang yang tidak menunaikan solat fardu sama sekali. Justeru, melaksanakan solat fardu dalam waktu yang ditetapkan sebahagian daripada disiplin Islam yang wajib dilaksanakan. Oleh itu, marilah kita mentaati perintah Allah dengan menunaikan solat supaya kehidupan seharian sentiasa tenang dan dapat menghindarkan daripada melakukan mungkar.

Allah berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya Kami mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan akhirat). Oleh itu, kerjakanlah solat kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai tanda kesyukuran).” (Surah al-Kauthar, ayat 1-2).

SOLAT KHUSYUK JIWA TENANG..ITU UBATNYA
Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: “Amal pertama akan dihisab bagi seseorang hamba di hari akhirat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalannya yang lain. Dan jika solatnya rosak, maka binasalah segala amalannya yang lain.” (Thabrani)
Syaikh Ismail berkata, solat dilakukan dengan khusyuk mencegah orang yang melakukannya daripada kemungkaran.

“Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari al-Quran dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.” (Al-Ankabut: 45). Katanya, untuk mendapatkan solat yang khusyuk seseorang itu perlu mengelak daripada hasutan syaitan dan memberikan tumpuan penuh ketika melaksanakan ibadat berkenaan.

“Memanglah, apabila solat pasti syaitan datang menggoda kita, tetapi kita jangan layan. Sebab itu, antara kebaikan bagi mendatangkan khusyuk ialah kita mengetahui maksud bacaan kita dalam solat,” katanya.

Beliau menjelaskan, sekiranya perkara buruk masih juga berlaku, menunjukkan solat yang dilakukan individu terbabit tidak dapat mendidik dirinya kerana lazimnya mereka mengerjakan solat dengan baik malu melakukan perkara buruk.

“Jika masih berlaku benda buruk yang tidak sepatutnya, individu terbabit kenalah bermuhasabah semula, cuba perbaiki lagi solat, biar ia sebati dengan diri, barulah iman meresap balik dan paling penting kena ada istiqamah,” katanya. Katanya, solat fardu tidak boleh ditinggalkan, sebaliknya wajib dikerjakan dalam apa keadaan sekalipun, sama ada berdiri dan jika tidak berkuasa dengan cara duduk, berbaring serta isyarat dan hati.

“Mereka yang tidak solat, tetapi masih mempunyai kemewahan, harta berlimpah ruah, malah cakap juga besar itu dipanggil istidraj, iaitu dihulurkan juga rezeki oleh Allah tetapi sampai satu masa jika dikehendaki Allah ditarik rezekinya,” katanya.

Ayat 132, surah Thaaha, bermaksud: “Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu, dan (ingatlah!) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.”