Thursday, July 25, 2013

Bila anak2 'mengganas'

Ada 2 anak lelaki ni mmg penat. Tambah pulak yg si abg tu mmg didiagnos ada hyperactive oleh doktor..si adik pulak suka tiru abg. Irfan ni sejak masuk umur 3tahun...makin aktif dan lasak. kalau salah sorg buat sesuatu..sorg lagi mesti nk tiru. Yg letih nya sape??? mama lah..yg nk kena kemas sape?? mama lah..huhu. Org lain bkn boleh tolong apa. Tolong marah n bertempik kt budak2 ni ada la. Kdg2 rasa jgk kecik hati bila marah tu bunyi sgt kasar. Bila mcm ni mula la nk jadi sedih. Alangkah bahagianya kalau ayah budak2 ni dok sekali tengok perkembangan anak dia :-(. hmm bersabarlah lagi beberapa bulan...moga Allah kabulkan permintaan yg satu ini....Amin.

haritu masa pagi singgah kedai beli air kotak kt aiman.org kedai tu tanya..adik xpuasa ye.lepas tu mama ckp..ank saya kanak2 istimewa..dia masih xfhm puasa tu apa.sebak je tiap kali nk ckp aiman ni istimewa.dan mesti org ckp..nmpk mcm normal je.mmgla autism bkn boleh nmpk...cuma akan perasan bila dok lama dgn budak tu..akan keluarla tingkahlaku yg pelik n lain dr bdk normal.

mood xberapa ok memikirkan cemana nk blk raya thn ni.encik suami dh izinkan drive sendiri.tapi org lain ntahla. hmmmm.....malas nk beraya.susah beraya kt msia ni.nk kna ada baju raya..kna balik raya...duit raya.dok jepun xyah pk semua ni.pakai baju yg dh bertahun2 pun xde org nk kisah.meriah je dpt jumpa kwn2 kat embassy...rindu saat itu.tapi paling rindu nk cium tgn suami di pagi raya :-((((( maka cerita sedihla dipagi raya tahun ni.

Monday, July 22, 2013

Selamat menjamu mata

Antara masakan n bentou Aiman...

Thursday, July 18, 2013

Resepi : Ayam Boxing

 Bahan2 :

Ayam* bahagian yg dekat dgn kepak tu..bukan peha..peha besar lagi..yg ni adik kepada peha ;-p (londehkan isinya mcm dlm gmbr ye)
Tepung goreng ayam

-perapkan sekejap

Celupkan ayam dgn telur dan salut breadcrumb. Goreng hingga garing. Senang untuk anak2 mkn...

Tuesday, July 16, 2013

Rindu !

Rindu nya japan bila tengok gmbr2 yg baru di whatsapp oleh hubby saya. dia ke tempat2 itu...dgn org belgium yg baru dtg dari HQ di belgium..jadi pemandu pelancong la pulak :-p. semua tempat yg dia pegi saya dpt teka kat mana sbb dia pernah bawa ke sana dulu. kesian dia..puasa2 pun bawa org berjln2.penat berckp english n jepun. gmbr terakhir tu...solat kat tpt yg indah pemandangannya. dok oversea mcm tu la.pegi jln ke mana pun mana nk ada surau kan.so cari la tempat yg bersih utk solat. kdg2 kt tpt parking.cari yg terlindung sikit dari org ramai.kdg2 bwh pokok..pokok sakura lagi.

solat pun biasa xbawa telekung.biasa pakai jaket longgar dan labuh dgn stokin dah cukup. kalau kt msia nmpk pelik la kan..tp di oversea ni adalah biasa. kalau hujan dan xde tempat yg boleh solat..kami solat dlm kereta je..bukak tpt duduk belakang tu bentang sejadah n solat duduk. tanya la sape yg pernah dok oversea mmg mcm ni.

saya pun rindu japan dan berharap dpt ke sana lagi dlm masa terdekat ni. mcm2 sgt yg berlaku 2 tahun ni yg sgt menguji perasaanku huhu.adakah akan menjadi kenyataan? sama2 kita saksikan ye...moga murah rezeki suamiku...amin.

Wednesday, July 10, 2013

Murtabak crackers

Saya kongsikan resepi yg sgt mudah ni ye. Mungkin sesuai dijadikan menu berbuka puasa
 
 Bahan2 :

6 keping biskut kering empat segi (seelok2nya yg tak manis..biskut tawar ye)
Sdkt susu segar utk celup biskut sekejap
2 biji telur dipukul rata
Sdkt garam
Sdkt serbuk rempah kurma
Sdkt daging cincang
1/2 bawang besar cincang
Sdkt daun sup/bawang dihiris halus

Caranya :

Campurkan telur,bawang,daun sup/bawang,rempah kurma,daging cincang.
Celupkan biskut dalam susu sekejap dan celupkan dlm adunan telur dan terus goreng dlm pan fry. letak marjerin sikit dan letakla murtabak tu...dan tuang sikit2 adunan telur tu bagi tebal. Saya ambik 2 keping biskut..celup sekali.

Boleh la cicah dgn kuah bawang ( bawang hiris nipis,cuka,gula ,garam)

Tuesday, July 9, 2013

Ramadhan datang lagi :-)

Ramadhan kembali lagi. Moga kita semua dapat menjalankan ibadah puasa dgn sebaik mungkin. Buat diri saya....tahun ni takkan ada peluang utk berpuasa bersahur dan berbuka dgn suami sbb dia tak balik...raya pun tak balik..sedikit sedih di situ huhu. hmmm takpela..mengharapkan ramadhan ni adalah yg terakhir kami berjauhan.
 
Untuk anakanda Aiman Faiz..buat masa ni dia masih lagi belum berpuasa..bukan taknak train. Tapi dia masih belum faham puasa tu apa. Mama cuba cerita,tunjuk cerita psl puasa semua..tapi dia xfaham. Bukan mudah nk fahamkan dia. Kalau budak normal..umur 5 tahun gitu rasa dh faham puasa tu apa kan. Takpela..mama bagi Aiman masa. Walaupun puasa tu tak wajib bagi Aiman sbb syarat sah puasa adalah berakal. Aiman belum cukup syarat tu.... tapi mama wajib kena ajar jugak..cumanya bukan sekarang...
 
Cikgu di sekolah ada offer nk train Aiman puasa..iaitu dgn cara tak bagi mkn la waktu rehat..tapi saya menolak sbb Aiman tak faham pun kenapa dia tak boleh makan..macam memaksa bunyinya. Lainlah kalau dia faham..puasa tu takleh makan. Sangat mencabar ye nak mengajar anak autistic ni. Sedangkan nak bagi dia faham kena buang air kat toilet tu pun ambik masa dan menguji kesabaran 200%...semua kena ada step...ni kan pulak puasa kan..benda yg dia susah nk nmpk n susah nk faham. Cuma boleh kata kat dia...puasa tak boleh makan..tapi dia echolalia...ulang balik la ayat tu....
 
so bulan puasa ni..mama kena buatkan mini bentou kat aiman..sbb kat rumah dia bkn nk mkn sgt pun. balik sekolah mcm nk bawak dia balik rumah dulu lunch kt rumah baru hntr gi nasom.so mama takyah prepare bentou utk lunch dh...
 
 
untuk renungan bersama.....
Selamat menjalani ibadat puasa buat semua.......

Sunday, July 7, 2013

Demi anak2 ku.....

Sebenarnya saya ni selalu ditakdirkan untuk berdikari. Mungkin ramai juga yg mcm saya ni hihi. Masa zaman student dulu mmg biasa bwk moto jauh2 pun..ulang alik dari kampus ke rumah abg. Bila zaman kerja pun nasib la dpt menumpang dirumah abang dan kak ipar yg baik hati. Pergi kerja ulang alik setiap hari naik moto jugak..hujan ke panas ribut petir ke..setia naik moto..dgn kesesakan lalulintas kat kl tu kan faham2 la kan cemana. mmg spare baju hujan.gi kerja mmg pakai selipar naik moto.kasut tinggi2 ni semua tinggal je kat office. handbag pun tinggal office.cuma bawa dompet je dlm poket. masa kerja merata jugak la explore bawak motor sorg2 sendiri. gi rumah kawan yg tak pernah pergi dgn selambanya redah siap tanya org merata. Nasib baikla daku ni mmg ditakdirkan seorg yg berani jugak. Rasanya mmg tak ramai perempuan yg berani bawak moto kat kl tu kan. Bila dah nak kawin tu...byk persiapan kawin cari baju n persiapan semua buat sendiri sbb hubby masih di jepun..so dgn pertolongan kak ipar dan abg jela. Gi naik moto naik train ke sayang you beli bunga n segala mcm..selamba je sorg2..gi beli brg hntrn pun sorg2. Lepas tu uruskan hal di kedutaan jepun pasal visa dan tiket flight. semua benda baru..tak pernah pun beli tiket flight n mcm2 semua saya redah buat sendiri je.
 
Bila dah kawin..dok kat jepun..saya ni mmg tk tau langsung bhs jepun..arigatou tu tau la..yg lain2 xtau.byk kena belajar sbb bila keluar sorg2 beli barang ramai sgt org berminat nk tanya mcm2. kalau ada apa2 hal ke kat rumah org dtg repair apa2..kecut sgt perut sbb takut nk ckp..tapi belasah jela cemana pun. bila dh bersalin kat aiman dok hospital seminggu..kena survive gak tu nk ckp dgn nurse dan doctor. lepas tu balik rumah kena berpantang sendirian berhad pulak. takpernah ada experience apa pun..sampai menangis2 sbb letih..tapi boleh jugak..bersalinkan irfan pun pantang sendiri jugak..dgn aiman yg sgt aktif pd ketika itu.ok je jugak. lepas tu bawak anak2 join playgroup semua dgn mak2 jepun pun kecut perut jugak sebenarnya sbb kena berckp jepun..campur la English supaya sesedap rasa..janji message sampai wakakaka...tu belum lagi bab naik ambulans dgn anak2 masa irfan baru 2bulan tu...
 
lepas tu 2011 aiman disahkan autism dan ambik keputusan nk balik dulu dgn anak2 sbb nk sekolahkan aiman. Dua tahun berjauhan dgn hubby sesuatu yg amat berat sebenarnya. kena asuh,jaga anak2 sendiri.org mmg boleh bantu tapi bukan 24jam kan. Dugaan membesarkan anak istimewa ni mmg tak sama dgn budak normal. Mmg menuntut kesabaran 200% sebenarnya..sbb pemikiran mereka yg berlainan dari budak biasa. Nak makan kena ajar..nk pakai baju kena ajar..bukan boleh sekadar ckp je..siap kena ada visual n gmbr semua...semua kena ada step..rutin harian kena sama..kalau lain sikit kang ada yg mengamuk.semua kena atur dgn baik. kesusahan nya  hanya org yg melaluinya saja yg faham. Sebab tu org kata anak istimewa ni anak syurga..sbb  dia mengajar ibubapa dia tentang kesabaran..bila sabar...pahala tu berlipat kali ganda...
 
lepas balik msia.. kena ambik balik lesen motor sbb lesen lama hilang...huwaaaa...dugaan betul ye.lepas irfan stop breastfeeding baru ambik lesen kereta. Bila difikir2 kan balik...sebenarnya diri ini seorg yg agak tabah...cekal kental dan sabar jugak ye. Dari dulu dah biasa hidup susah..so bila kena susah ni semuanya bisa diuruskan...cuma berharap takde lagi dugaan yg tersgt2 berat...letih sgt dh ni...huhu
demi anak2 ku....mama akan usahakan yg terbaik. mama sentiasa berdoa agar kita dapat hidup sebumbung dgn ayah kamu mcm dulu2....
mode sedih sbb tahun ni takde peluang nk berpuasa dan berhari raya bersama suami tersayang :-(((

Wednesday, July 3, 2013

Episod Akhir Sebenarnya Saya Isteri Dia

Tak sabar menunggu episode akhir drama Sebenarnya Saya Isteri Dia ..jumaat 9mlm.... Sebelum2 ni tengok kat internet je sbb takde masa nk tunggu depan tv. Jumaat ni mmg nk tunggu kat tv online hihi.. Siap pesan kat hubby takmo Skype..kalau nk Skype kena awal sebelum pukul 9mlm ;--p





Resepi : Snow Cheese Cake

Resepi ni buat minggu lepas. Sangat sedap. Saya ambil dari sini. Terima kasih pada tuan empunya resepi :-)
 
Snow Cheese Cake
Sumber :K.Zai & Rahel

Bahan: ( loyang bulat 8 in)
  • 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
  • 100g gula halus
  • 100g tepung hong kong (saya guna tepung superfine)
  • 60g tepung jagung
  • 50g air sejuk (dari peti sejuk)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 sudu makan ovalet
  • 75g mentega (dicairkan)
Untuk krim:
  • 1 kotak cream cheese  (250 gm)
  • 1/2 tin susu pekat manis  
 (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul-ketul).

Untuk Topping:
  • 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)
Cara:
  1. Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair dan putar.
  2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair. Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
  3. Sediakan acuan yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang disapu dengan sedikit butter.
  4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam dengan kepanasan 150'C.
  5. Bila sudah masak biarkan sejuk.  Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah2 kek supaya menjadi dua bahagian.
  6. Sapukan cream cheese di atas separuh kek tadi,kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
  7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
  8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi ke seluruh kek sebagai toppingnya.
  9. Masukkan dalam peti ais dalam 1-2 jam. Lepas tu baru potong.
 
 SELAMAT MENCUBA...!