Showing posts with label medical school. Show all posts
Showing posts with label medical school. Show all posts

Monday, April 21, 2014

Farewell Dinner Medic UKM 0914

Assalamualaikum 

Entry kali ini adalah panjang dan banyak gambar. Diharap korang gembira teehee. Lagipun gambar semua adalah sangat cantik ya! Bukan main-main tahu kakpaten punya comeback, gambar semua stok-stok DSLR. Yalah, kata nak gegarkan arena blog dunia kekekeke.Terima kasih official photographer SHAGRASYIID kerana telah melakukan kerja yang sangat sempurna!

Well, untuk yang tak tahu, kakpaten sedang bercerita tentang Farewell Dinner tempoh hari. FYI, sehari setelah tamat Professional Exam, kami telah mengadakan Farewell Dinner untuk batch kitorang. Exam yang paling susah aku pernah hadapi adalah Pro-Exam. Nangis, muntah, insomnia, depression semua ada. Pro exam ini adalah penentu kepada nasib aku. Setelah 5/6 tahun belajar, pro exam akan menentukan samaada aku layak jadi doktor ke tak. Stress kan dengar? Doctor dan exam memang tak boleh dipisahkan. Be it verbal ke written. Semua benda nak di-examkan haha!

Anyway, farewell dinner ini telah dijalankan di Mewah Hall, Flamingo Hotel by The Lake, Jalan Ampang pada 12 April 2014. Pengarah dinner ini adalah AKU ya uolls. Ini adalah lebih depressing daripada pro-exam! Hahahahaha. Aku tak pernah minat nak organize benda-benda remeh macam ni. Buat serabut neuron aku je. Kalau nak tahu, aku memang tiada langsung bakat kepimpinan. Aku ni dilahirkan untuk jadi pengikut jewwww. Tak kose nak bagi-bagi arahan. Tapi nak buat macam mana, masa election tu, hampir satu hall undi aku..memang siot bebudak ni.. dorang memang nak tengok dunia ni terbalik agaknya!

Ha bayangkanlah..dengan nak exam kan, memang darah aku selalu je naik bila uruskan hall dinner ni. Cakap dengan orang hotel pon macam nak gado..asal tak dengar cakap je, aku naik hangin. Memang tak boleh jadi pemimpin ini pompuan...emosi melebihi segalanya hahaha.

Tapi alhamdulillah, aku dikurniakan kawan-kawan rapat yang willing to help. Aku punya exco semua kroni-kroni je. Housemate, geng studygroup, kengkawan ronggeng dengan bebudak posting aku. Senang nak suruh buat kerja. Buat kerja pulak secara underground. Kertas kerja takda, dana semua tak mintak. Tak kuasa aku nak merayu mintak dana. Baik aku merayu supaya lulus exam kat prof kekeke. Pastu meeting yang pertama adalah meeting yang terakhir. Ko mampu? 

Tapi yang paling banyak membantu aku adalah kakak angkat aku, kak liza. Husband dia adalah boss dekat MPAJ. So kak liza mintak tolong PA husband dia untuk carikan hotel untuk aku. Susah tau sebenarnya kerja contact2 hotel ni. Berbelas hotel aku dah call, bosanlah asek bincang benda yang sama. Lagipun kami on a really tight budget. Susah nak mintak itu ini, nak deal menu lagi. Memang serabut. Nasib baiklah kak liza tolong dealkan dengan hotel tu. Kiranya aku takbuat pape pon, semua MPAJ yang buatkan..aku datang lawat tapak je few weeks before the event hehe

Whatever it is, the farewell dinner was a success! The food was delish, siap ada excess lagi. Batch kami ada vegan so menu kitorang was International buffet. Sangat seimbang. Thats why everybody was happy! Then we had 2 photobooths, free polaroids, pretzels & custom made door gift. Sebenarnya idea ni aku tiru kat google, omputih punya wedding hehehe


Our hall. Cantikkan lighting. Photographer shagrasyiid (shag + taufik) datang awal, so dorang capture  hall dulu before arrival of the guests :)


Setiap guest akan dapat custom made gift (with their nickname on it), pretzels & polaroid film :) Lectures pulak dapat genie bottle + pretzels in a box


Buffet caddy ada 2 stations, 1 station boleh buat 2 lines, so takdela berebut. Selain tu, ada station dessert, station salads, station soup & bread and station hot drinks. Orang hotel kata, kalau nak makan puas, ambik buffet. Dome ni dishes dia sikit (bayar waiter je mahal). Tapi untuk buffet dia boleh bagi sampai berbelas-belas dishes pada harga yang sama.




KakLiza tolong belikan flower petals from supplier kat Subang. Lepas aku dah siap dress up & solat maghrib, cecepat aku mintak tolong geng study group pergi tabur rose petals kat keliling hall & meja. Pastu aku duduk diam-diam tunggu VIPs datang hehe.


Arrival of the VIPs. Merasalah berjalan atas red carpet mengiringi Dekan PPUKM, Prof Dato Dr Raymond Azman Ali, senior consultant neurologist. Selama ni dok tengok dari jauh je hehe.


Doa pembuka majlis dari sahabat se-posting Dr Syed. Tema malam tersebut adalah sangat meletops ok. Garden of memories : A Night To Celebrate Our Past, Present & Future. Aku adalah sangat tidak kreatif. Obviously bukan aku yang fikirkan tema ni. Aku mintak tolong Kakena (kakak ipar iolss) untuk fikirkan tema. Pon bolehhhh libatkan ahli keluarga hahaha maceh kakena!


Our crowds for the night!


For opening act, weolls ada magician ok! Best gila show Ameerul Hazeeq ni! Semua orang mesmerized dengan show dia. Tak sia-sia aku mengagau cari magician kat instagram. Please contact him if you need a magician =) Habis show dah kenapa ramai yang nak tangkap gambar dengan Hazeeq. Mementang kacak ya...haha..


Bagilah peluang cik pengarah berucap kekeke. Sebenarnya aku dah buat script tau (atas bantuan assistant aku, Intan Sab). Memula lancar la speech aku. Pastu aku poyo, pergi tokok tambah ayat. Then tak jumpa aku stop kat mana, I iz cemas! Mata berpinar-pinar. Omjeeee aku dah tak jumpa last word aku apa. Kabur je semua. Ha apa lagi... aku pon merepek cakap benda merapu-rapu hahahaha...aku dah lupa apa aku cakap atas stage tu..ngeng betol


Sufian, Tety & Daniel! Thanks kerana sudi buat performance dengan sepenuh hati :) Sedap gila suara dorang!

Masa ni tengah tunjuk slideshow gambar baby & gambar sekarang. Kengkonon before and after. Suka betoi dorang gelakkan kengkawan memasing. Sampai berdiri-diri lah nak gelakkan :)


Aku pon nak gelakkan jugak hehe..dah kenapa tangan macam kipas semasa tepuk =')


The first photobooth is from projectd1011 (instagram : @projectd1011). Ini untuk polaroid :) Memang sengaja asingkan photobooth untuk polaroids dengan main photobooth supaya tak berebut. Theme dia garden! Please contact them if you need their service!


Our second photobooth is from MinazBridal (instagram: @minazboutique). Photobooth ini pulak memang aku request for larger scale supaya reramai boleh fit in. Berebut hah nak tangkap gambar kat sini, nasib baik tiada adegan tarik menarik shawl. Theme dia pon pastel garden! Please contact them if you need their service!


Gembira tengok kawan-kawan gembira hehe..


Ini study group aku. Geng surau sebab study group kat surau hehe..Susah senang bersama kata orang. Belajar sama-sama, solat sama-sama, makan sama-sama! Study dari pagi jejak tengah malam selama 2 minggu berturut-turut tanpa cuti walau seharipon. Tak sangka aku ada kekuatan macam tu :') Sebenarnya tak pernah rapat dengan gegirl ni, tapi last-last minute Allah temukan aku dengan dorang. Tetiba aku dengan tak malunya request untuk masuk study group dorang. Dorang sangat pandai, banyak sangat ilmu yang aku dapat dari dorang. Alhamdulillah ya Allah kerana temukan aku dengan mereka. Aih rindula pulak..


Orang yang paling aku berterimakasih adalah Bell, Pengarah MUASRM (tudung hijau) sebab program dia donate RM2500 pada dinner aku! Hahaha walaupun aku tak pernah mintak sesen pon kat dia. Maceh Bell, that was very thoughtful of you!

My beautiful exco (Tak semua ada dalam gambar). Susah senang bersama, thank you korang kerana sama-sama menjayakan majlis kita, thank you diatas kesudian membantu insan yang lemah (ehem), thank you for the memories!! Tanpa dorang ni, dah lama aku lari masuk hutan sebab stress sangat hehe.

Thank you Intan Sabrina, Aimi Syairah, Zahir, Nurakmal Shafi, Fadzreen Faezah, Shafiqah Abdullah, Naseha Omar, NurIzzaty, Qazreen, Shawal, Nik Zatil Hanan, Athirah Nazree dan Imran. Gonna miss you guys..

Itulah cerita Farewell dinner kakpaten hihi. Definitely a once in a lifetime experience for me :) At least lepas ni dah tau macam mana nak organize formal event. FL boleh!


Thank you for reading this entry !

Thursday, April 17, 2014

Ben's Pavillion


Assalamualaikum

Hiiiiiii !! Lama FL tak update blog kan? So bersiap sedialah wahai penduduk bumi! FL bakal gegarkan arena blog dunia miahahaha. Jadi mari kita mulakan dengan entry yang pertama ok? Nak tanya, siapa kat sini yang ingat dengan housemates kita kat Bandung dulu? Kalau korang baca entry lepas (dulu-dulu), korang akan banyak kali came across dengan Ema & Farah.Kami housemates pada tahun 2010-2012, ketika di Bandung dulu. Manusia pelik harus tinggal serumah ya!



2014. Masing-masing dah matang kan? Makin cantik Ema & Farah ni ;) Cuma sejak balik ke Malaysia, kami dah tak jadi housemates lagi. Haruslah berpecah untuk menambah circle of friends hehe. 

Lama tak hang out dengan dorang. Sebenarnya sejak balik Malaysia 3 tahun lepas, tak pernah pon hang out sesama. Plan nye hebat ya uolls, jadinya tidak hahaha. Akhirnya, dapat juga berjumpa setelah habis Pro-Exam!



Alolo omey ngat ! Best sangat banyak benda yang kitorang borak. Mengimbau kenangan masa kat Bandung dulu, dimana Ema membeli kucing Parsi berharga 1.5juta rupiah kemudian dicuri oleh jiran tetangga. Tak masuk lagi cerita Farah suka beli tepung serbaguna KFC pastu makan tempe fefeling KFC hahaha. Cerita aku buat sardine roll pastu baikhati bagi kat jiran sebelah (sebab dia hensem gila wakakaka)


 
Lupa nak cakap kitorang makan kat Ben's Pavilion. FL punya Mexican tortilla, Farah punya Beef Lasagna.


Ema punya soft shell crab with apebenda ntah. Food dia just nice tapi portion dia besar. Towards the end tu dah macam terseksa pulak nak habiskan. Apapon, ambience dia selesa untuk kitorang berkepochi hehe.


Simpan makanan dalam pipi sebab Ema suruh senyum haha!


Eceh portion besar konon...macam licin je..macam lahap je hahaha



Pasni mesti rindu kat dorang! Patotlah orang kata, waktu belajar adalah waktu paling best. Walaupun macam setengah mati iolls belajar, tapi kenangan dengan kawan-kawan tu memang the greatest memories to treasure.


Ok gegirls jom kita balik. Sebelum balik haruslah berlakon konon-konon candid ahaks. Padahal aku yang beriya "Farah tolong tangkap gambar kita tengah jalan tapi kita taknak pandang camera ihiks" Pang sekali.



Cantiknya KL kan. Thank you for all the memories we crafted together, thank you for growing up with me, thank you for being a part of my life. Gonna miss you Dr Ema & Dr Farah! Happy working soon!


Thank you for reading this entry !

Wednesday, May 15, 2013

Cerita pasal library

Assalamualaikum

Aku suka study dekat library. Kengkawan semua macam wow rajin gila pergi library. Sebenarnya dorang tak tau yang aku suka study dekat library sebab library tu ada aircond. Library PPUKM best, besar, sejuk dan ada banyak buku best.

Dekat Bandung dulu, library panas dan kecil. Collection buku pon sikit. Nak tak nak aku kena beli buku sendiri. Tapi aku bersyukur sangat, dekat library PPUKM banyak buku best-best. Aku boleh pinjam je dan tak perlu keluar duit beratus-ratus untuk beli sebuah buku :)

Musim exam, library tu adalah home sweet home buat aku. Biasanya aku spend time lebih dari 12 jam di library. Kalau boleh nak tidur sana sekali tapi apa boleh buat akak dan abang library pon ada life ok, ko hengat dia takde keje nak tunggu library tu 24jam? So aku harus akurlah.


 Ni barang-barang keperluan yang aku selalu bawak ke library. Selain notes, ada perfumed lotion (wangi dan melembutkan kulit dalam masa yang sama), bantal, roti/sweets, dan air 3 in1.

Aku tak suka busuk-busuk. Jadi kena ada perfume setiap masa dengan aku. Duduk dekat aircond kulit jadi kering sangat, jadi kenalah pakai lotion. Kenapa ada bantal? Lepas study 1 chapter biasanya aku akan tidur sebentar (konon-konon bagi brain time to digest what we have learn gitu). Aku tak suka makan sambil study. Nanti pen aku melekit, pastu nota aku kotor. Tapi lepas 3-4 jam, aku mesti kena makan something kalau tak nanti gastric acid overloaded.


 Usaha-usaha jugak, doa jangan dilupakan hihi

Bila aku tengok jam dah lewat tapi banyak lagi chapter tak habis, cecepat aku buka buku motivasi untuk naikkan self confidence. Hewhew omey sangat kan. Lepas tu disulami dengan doa-doa mustajab harap-harap Allah permudahkan segalanya bagi aku. Lepas dah tenang, buka buku balik dan study.


Beli sushi banyak-banyak sebagai penamat untuk hari yang panjang.

Apabila aku berjaya menghabiskan topik-topik yang telah di aim untuk haritu, I will give myself a pat at the neck and say 'Good job Fatin lets go somewhere to treat yourself'. Biasanya aku suka pergi Tesco takpun Jusco. Makcik-makcik sangat haha..aku suka tengok-tengok barang makan dan berangan. Memang macam takde kaitan i know, apesal ko nak berangan bila tengok makanan tapi biarlah :p #aptb


Thank you for reading this entry !

Friday, May 3, 2013

Life update

Assalamualaikum

Hi korang, how are you? Im doing fine.. as long as I'm home, I'm fine hehe. Sebenarnya aku cuti 2 bulan, dan cuti tersebut telah pon berakhir. Kiranya sekarang aku sudah pon kembali ke UKM dan kini bergelar final year medical student. Ohoi aku sudah menjadi senior tahu. Sila berikan tunduk hormat jikalau terserempak dimana-mana. Ohohoho 

Bagi yang bertanya bagaimana pelajaran aku, terima kasih sebab ambil berat pasal study aku. Sweet angat! Alhamdulillah, setakat ini aku pass semua exam..tak pernah resit/repeat lagi. Dont ask me how I do it, I just dont know how i survived that haha! Tapi exam cumalah sebahagian ujian kecil dalam kehidupan, masih banyak lagi ujian yang maha hebat menanti aku di kemudian hari. Setiap hari rasa palpitation, adakah aku mampu untuk mengharungi liku-liku kehidupan ini dengan tenang? Inshaallah, selagi aku usaha, berkat doa ibu bapa dan percaya dengan rezeki Allah, I have nothing to worry :)

Oh ya, cuti 2 bulan ini aku penuhi dengan aktiviti-aktiviti yang menarik. Selain melancong ke India, Hong Kong, Pulau Perhentian dan Penang, aku penuhi juga undangan interview daripada media. Setahun sekali je pon kan. Thank you majalah Dara, Wanita, Nona dan newspaper Kosmo, Sinar, Metro for the coverage. Banyak le pulak yang buat coverage..aku ni macam blur blur je jawab. Aku rasa macam aku jawab entah apa-apa je, harap harap tak bodo sangat la kan hahaha. Terima kasih banyak-banyak pihak media yang sudi interview blogger sengal ni =) 

Tapi terima kasih yang paling kasih sekali aku kena ucapkan kepada korang, pembaca blog ni. Sebab korang suka baca blog aku la, aku dapat peluang masuk itu ini. Rasa macam nak bagi BR1MKDFL (Bantuan Rakyat 1 Malaysia Khas Dari Fatin Liyana) kat semua followers blog ini sebagai tanda penghargaan. Tak salah berangan bak kata Tony Fernandez. Tapi kalau sampai nak bagi BR1MKDFL kau dah kenapa kan. Apapon, goodluck semua. Semoga kita sama-sama berjaya menjadi manusia yang berguna. Manfaatkan masa yang ada! 

Sesungguhnya kerana masa, manusia kerugian. [Surah Al-'Asr 103:1-3]

Fatin Liyana 2009 - 2013. 
A medical student who enjoys blogging and traveling.
Thank you for your support and love =)



Thank you for reading this entry !

Friday, February 15, 2013

Mother nature

Assalamualaikum


Memang diakui, muka aku ni kelihatan seperti perempuan materialistik yang cintakan harta benda. Tetapi, first impression is not always right. Kalau adalah right pon, adakah kau fikir aku akan mengaku? Hihihi *gelak anjeee*. 

Kehidupan aku adalah sangat hambar. Pergi hospital, balik bilik bukak internet, study dan ulang-ulang perkara yang sama. Jiwa ini terasa kosong. You knowlah kan kehidupan di kota. Pada suatu hari, aku  membaca sebuah buku. Buku itu walaupun murah (kerana aku beli di Big Bad Wolf) tetapi ia telah mengajar aku bagaimana untuk meneruskan hidup dengan lebih bermakna. 

Perkara pertama, harus appreciate mother nature. (Jangan lupa untuk appreciate your mother juga, anak derkaha susah mahu pass exam tahu kekeke). Ia membuatkan aku berfikir sejenak. Sudah lama aku tak tengok awan dan memuji kecantikannya. Pokok-pokok bunga yang berkembang mekar pon aku buat endah tak endah je. Aku terlalu involved dengan dunia maya. Sampaikan ciptaan Allah depan mata yang beribu kali ganda cantik pon aku tak perasan.

Tak mahu, tak mahu, tak mahu !! (Sambil hentak-hentak kaki )


Sekarang aku sudah menanam pokok Chrysanthemum di tepi tingkap. Bangun pagi terasa gembira kerana pokok-pokok berkembang mekar. Sewaktu menyiram pokok, ibu aku pesan supaya selawat ke atas nabi agar pokok tumbuh dengan sihat. Malu ite tau, selawat sensorang. Terus pandang kiri kanan takut housemate masuk secara mengejut hihi.



Cantikkan? Terima kasih pokok kerana membekalkan oxygen kepada saya. Kalau oxygen saturation saya rendah tak payahlah pakai oxygen mask, kite hidu awak je tau =) Lagi dua pasu tu, aku menanam benih cili padi.


Lihat! Sudah mula bercambah =) Kalian harus membesar dengan sihat tahu. 


Mesti korang tertanya kan, kenapa aku tanam cili padi? Sebabnya.... nanti nak makan megi senang hahahaha. Petik kat pokok je uolls. Dijamin organik serta islamic (because of the selawat..remember? heee )

Bagaimana anda appreciate alam sekitar pula =)? Mari berkongsi idea!

Thank you for reading this entry !

Wednesday, January 9, 2013

Do you read books?

Assalamualaikum

Today my Prof keep complaining how we Malaysians, are just plain lazy to read books. How can you be a good parent if you dont even know what to feed your baby?? She was all upset when this mother did not start wean her baby at 6month old for apparently no reason (perhaps the mother didn't have any idea when she should start weaning the baby). She was sooo engrossed with her bebelan that she decided to marah us (her students) as well.


Alah jangan cakap mak - mak je yang tak membaca, you medical student also do not read! Yes or no? 

 Tunduk *

Now tell me, besides medical books, what other books that you read? I mean books with good sources of knowledge

Tunduk lagi *

Ha takkan takde? Cepatlah, what book do you read?


Then I realized...... OMG it was facebook =')


So dear mothers, marilah kita rajin membaca untuk membesarkan anak-anak dengan cara yang betul. Kesian anak-anak, disebabkan ilmu kita yang tidak cukup, mereka tidak membesar dengan cara yang sepatutnya. Sedikit ilmu asas untuk hari ini :


POLISI PENYUSUAN SUSU IBU MALAYSIA
Bayi dari lahir sehingga 6 bulan

Harus diberi susu ibu sahaja
Tidak perlu air atau susu tambahan
Tidak perlu makanan pelengkap

Jika ibu mempunyai masalah kesihatan yang tak dapat dielakkan, susu formula boleh digunakan (sila bincang dengan doktor anda). Bayi tak perlu minum air masak, there's no such thing such as baby haus, sistem penghadaman bayi dibawah 6 bulan belum matang untuk menerima air lain selain daripada susu. Makanan pelengkap (bubur, puree) harus diberikan apabila umur bayi 6 bulan (kecuali atas saranan doktor) kerana ketika ini, susu sahaja tidak cukup untuk tumbesaran bayi.

Yours truly,


p/s : Kepada mak mak yang rajin membaca tahniah, keep up the good work! Yang kurang membaca, boleh start dari sekarang ok =)

Thank you for reading this entry !

Thursday, October 18, 2012

Geli

Assalamualaikum

Ramai pembaca yang bagitau aku, dorang nak tau macam mana life aku dekat hospital semua. Aku jarang cerita kat blog, entahlah aku lagi prefer cerita pasal life aku yang lagi satu tu (part bersuka ria tu memang aku suka). Tapi sebab korang dah request..insyaallah aku akan cuba update about my everyday life =)

Well, disebabkan aku hidup dekat dua dunia, so kawan-kawan aku memang ramai. Diorang pon datang dari pelbagai background. Dari budak medic ke model ke jual dvd harom ke customer service ke apa-apa jelah pekerjaan di donia ni. Oleh kerana latar belakang diorang sangatlah diverse, dorang selalu tanya soklan pelik-pelik dekat aku..aku pon tak tau macam mana nak jawab dah..


Rakan : Amek medic best weyh?
Aku : Oklah..best jugak
Rakan : Kira kalau patient berak camne? Bapak geli dowhhh
Aku : Kalau dia berak, berak lah..
Rakan : Pehhhh. Tak geli pulak kau?
Aku : Geli..
Rakan : Dah tu nak buat camne?
Aku : Biar jelah dia berak..boleh plak ko tahan-tahan orang nak berak
Rakan : Eee.. habis apa yang ko rasa kalau patient berak macam tu?
Aku : Busuk je lah
Rakan : Boring a cakap dengan kau
Aku : K

( -____- )

Jalan-jalan KL pakai Peplum uolls! Bukan pelam ye.. jangan kasi malu den..sobut boto-boto yo.. I'm wearing Moddy's Delvina Skirt & Rosella Peplum Dress. Disebabkan peplum tengah in sekarang, aku pon turut menyemak, menyebok, kepochi dan sevagainya =)


Baiklah dunia fantasi sudah tamat. Besok harus menyarung white coat and terpacak di wad jam 7.30 pagi untuk sesi ronda-meronda (ward round). Bye!

Thank you for reading this entry !

Tuesday, May 22, 2012

Rutin saya. Anda bagaimana?

Assalamualaikum


So basically, few people have been asking me on how I carry out my routine. Hectic ke leisure ke full of boring stuff ke... How to study?? How to manage time wisely??  Sejujurnya, I never discuss anything like this before =) since I believe each and everyone of us has our own preference. Aku pon tak berani nak cakap lebih, sebab I'm still a student kan. Just like you guys! Still crawling to get to the next phase. Medical student - Houseman - Medical Officer - Registrar - Specialist and the list goes on ...

But since I cant sleep right now, so I guess maybe I can share a little bit of my today's activities! Then you can get a rough idea on how Fatin Liyana lives her life kehkeh ! Motipp sangattt


  - Perjalanan hidup saya pada hari ini Isnin ( 21 Mei 2012 ) -


4.30 a.m : Minum ayaq putih sebelah katil. Tak larat nak pergi dekat fridge untuk ambik air yang lagi sedap. Pemalas tahap gaban padahal rumah sekangkang kera je kot.

6.30 am : Rupanya tertidur tanpa sedari. Bangun, solat dan siapkan diri untuk ke kelas pukul 8.

7.30 a.m : Berjalan kaki menuju ke seminar room di tingkat 5 Department ENT (Ear, Nose & Throat)

7.40 a.m : Cop tempat kemahen kau...

8 - 10 a.m : Lecture about Rhinosinusitis & Tumour of the Paranasal Sinuses by Prof Dato' Dr BS Gendeh. (Y le pangkat so long....)

10 a.m - 1 p.m : Clerking patients and do some neck examination at the ward. Patients hari ini sangat baik dan peramah.

1.15 p.m : Zuhur at the hospital's surau. Jauh gila surau ni.. rasa macam nak naik wheelchair ja..

2 - 4.45 p.m : Lecture about Common Laryngeal Disease & Epistaxis. Tahan mata.. tahan

5 p.m - 6 p.m : Ward round, ward work and solat at ward's surau secara haram. Itu tempat semayang doctor dengan nurse, student tak boleh..tapi sebab malas mengatasi segalanya, so yeah.

6.15 - 7.15 pm : Baring, baca buku berbentuk motivasi / kerohanian / agama sampai laloq.

7.30 p.m : Bukak posa makan makanan yang ibu masak dari Seremban (Simpan banyak2 dalam tupperware, tinggal re-heat dengan microwave. Yeah malas tahap infinity). Sambil makan sambil baca 9Gag. Ketawa sensorang macam bangang.

8 - 9 p.m : Solat maghrib & isyak berjemaah dengan housemates. Diantara waktu, berbincang tentang masalah rakan-rakan dan memikirkan jalan penyelesaian (walaupun takda kaitan, tapi nak jugak sembang)

9 - 12 p.m : Study/Self revision di library tentang topic yang dah belajar tadi dan sneak preview tentang apa yang akan di belajar esok. Minum nescafe secawan. Mai secawannn ( Tiru kopi Radix )

12 - 1.30 a.m : Buat assigment yang sepatutnya kena hantar tadi. Lupa lah pulak.. Suka hati aku ja nak lupa kann. Aah medical school ni memang bapak aku yang punya.

- - - - - - - - - - - -

Pastu aku update blog and nak tidoq sat gi... Selalunya aku tidur dalam pukul 1 pagi sebab posting ni busy sikit, 3 minggu je and then tukar posting lain, which is tiring. No no I am not complaining, I am just ventilating my thought teehee. Jadi korang dah tahu kehidupan aku macam mana kan. Lebih kurang macam ni la tiap-tiap hari. Thats why I didn't get the chance to mingle around dengan korang or even reply some inbox & emails. So sad! 

Disebabkan ini jugak, aku memang tolak untuk masuk mana mana media baik electronik mahupun cetak. Nanti tak boleh nak balance masa. So, masa cuti semester yang panjang (setahun sekali) barulah aku accept benda-benda ini. Sorrylah, mesti korang bosan kan asek aku je keluar tv & paper itu hari hehe..pasni takdak dah. Tunggu next year, my upcoming semester break. Don't miss me! Teehee tapi aku akan update blog jugak bila ada cuti umum dan cuti-cuti yang disenaraikan oleh kerajaan. I love Malaysia and goodnite !


Me, as the cover girl for an online magazine with the stylists from GetGorgeous. I will update about it soon =) 


Thank you for reading this entry !

Sunday, April 22, 2012

Cucuk

Assalamualaikum.


Aku kan tengah praktikal sekarang. Jadi kitorang ni ada satu log book, yang mengandungi tugasan-tugasan yang perlu disiapkan sebelum tamat posting tersebut. Sesetengah task tu oklah, just observe je. Aku cukup gomar la bab-bab observe ni. Ketuk pintu, introduce diri, mintak permission and observe. Sementara observe tu bulih pikiaq hat lain. Baju kat ampaian, tengahari nak makan apa, ehh procedure dah habis. Doctor can you please sign here, thank you so much bye. Ha senangkan...

Tapi ada setengah task itu kita kena buat sendiri contohnya macam cucuk orang. Adoi aku paling a bab bab cucuk ni. Ketaq ang tau dak. Masalahnya setiap posting ada task ni. Kena poke beberapa patients then only doctor akan sign. Actually bulih ja nak menipu. Mintak jelah sign dari houseman kan. Tapi percayalah, bukan sahaja orang tamak selalu rugi, orang penipu pon selalu rugi. Dek kerana aku amat menitik beratkan keberkatan dalam sesuatu perkara, maka aku gagahkan juala walaupun aku takut. (Tapi aku pernah jugak mintak houseman sign dalam case-case tertentu wakaka)


Hi anty, sekarang kita mau cucuk sikit a. 
Siapa cucuk, u a ? 
I la 
U tau meh? 
Tau laaaaa..dont worry la anty, setiap hari pon saya cucuk ma..(tipu) 


Pehh padahal aku punya takut tu hanya tuhan je yang tau. Pundi kencing aku ni terasa penuh je. Dengan peluh menitik di dahi..aku tengok jarum tu aku sendiri yang rasa nak pengsan. Lembab lembab aku pakai glove sambil berdoa 'Ya Allah bantulah aku, aku hanya ingin menuntut ilmu, permudahkan urusanku'.

Aku mula start cari salur darah atau orang kata cari urat. Nak cari urat ni pon masalah jugak kalau orang tu berbadan gempal, atau jenis urat tak timbul, atau kulit terlalu tanned..wah bahasa aku. Tapi nasib baiklah anty tu cina, urat dia pon jenis yang timbul. Jadi lepas dah dapat urat yang aku nak poke, aku pon ikat glove kat atas siku dia. Lepas sapu alcohol swab, aku start nak poke.

Tangan aku, dia punya menggeletar boleh dikira dalam skala Ritcher. Kalau menggeletar, macam mana nak cucuk betol? anty tu plak dah bising bising..


Tamau lokter, tamau lokter..manyak sakit tamau cucuk aaaa..hari hari pun ambil tamau aa.. 
Sorry anty ye..sakit sikit saje, sikijap saje kita angkat a.. 


Pastu anty tu over sampai pegang pegang katil, nak lari dari aku sebab dia dah tertengok jarum tu. Dah tu dia pergi jerit satu ward. Konon macam aku ni serial killer. Padahal aku lagi takut dari dia kot duh.. Dia jerit jerit sampai menangis sebab taknak. Kesian pulak aku tengok dia ni...Aku pon pahamlah ketakutan dia tu. Aku tengok kat tangan dia pon ada kesan lebam sebab hari hari cucuk kan. Aku pon pergi sebelah dia, aku pujuk la dia..siap usap usap kepala dia, overtau. Kepala mak aku pon aku tak usap wakaka. Pastu dia merayu-rayu kat aku supaya jangan ambil darah dia.


Kalau anty nak cepat sihat, nak balik rumah cepat anty kena tolong saya..bagi saya ambil darah anty ok.. 
Shongshengsongseng #anty cakap bahasa cina. tak taulah dia maki ke apa 


Pastu anty tu tunjuk laci dia, dia suruh aku ambik gula gula dia. Maybe bila makan gula-gula dia rasa tenang kot. Aku macam reluctant nak bagi tapi aku pikir kang melalak pulak kalau aku tak bagi. Ha aku pon teruslah bagi dia makan satu bijik. Pastu anty tu bertenang dan bagi tangan kat aku.

Sebab drama tu panjang sangat, aku pon dah terlupa dah nak takut. Dengan ucapan bismillah, terus aku cucuk dan dapat terus darah tu. Bersyukurnya aku time tu,happy gila! Tersengih-sengih aku sebab rasa macam terer sangat. Padahal cucuk je pon. Lepas dah settle semua, aku pon cek cek la file dia sebelum nak berambos laju laju dari situ sebab ada banyak lagi task yang aku nak buat.


Thank you anty, anty pandailah sebab tak nangis. Very good! 
Thank you lokter, lokter manyak pandai aa..cucuk tak sakit..semalam manyak sakit wo


Macam nak menangis aku dengar anty tu cakap gitu. Aku ni takdela pandai. Masih belajar lagi, mungkin kebetulan teknik aku betul jadi patient tak sakit kan. Kalau tak, ada je patient yang komplen cakap sakit semua kan. Happy gila aku, rasa macam nak cucuk semua patient yang boleh dicucuk. Ni dah bukan happy gila ni, tapi betul betul gila.

Pastukan aku macam tergerak nak tengok blood sugar patient ni. Aku pon tengok rekod bacaan harian dia. Amek kau. Uncontrol. Aku boleh bagi dia makan gula gula pulak tu tadi. Ah mampos. Mesti anty tu kena marah dengan nurse sebab tak jaga blood sugar. Huhu cecepat aku keluar dari wad tu sambil mintak Allah ampunkan dosa aku...

Thursday, May 19, 2011

New chapter, new beginning.

Assalamualaikum =)


Ada orang tanya, FL awak dah jadi doktor ke? Jawapannya adalah BELUM. Kalau sudah jadi doctor mungkin anda tidak akan berjumpa dengan manusia ini lagi sobs. Untuk menambahkan pengetahuan am korang, haruslah korang take note bahawa aku sedang menjalani clinical di HUKM Cheras

Sekarang ini aku dalam adaptation mode. Semua macam culture shock buat aku. Walaupun dulu aku duduk dekat Bandung je, tapi memang budaya dan cara hidup berbeza. Terutama pasal makanan, pembelajaran, peraturan Universiti, persahabatan, polis & peraturan. Kalau dulu dekat Bandung hobi aku adalah BBM sambil driving sambil mengunyah batagor, kini tidak lagi. Sekarang aku dah tak boleh mempraktikkan multi-tasking. Tiada istilah sambil berjalan kaki sambil check email. Lambat. Aku kena jalan dengan pantas. Sambil tak pakai seatbelt sambil bergossip. Nanti kena saman RM300 & mungkin akan terlepas simpang. Jauh nak Uturn. Pokoknya semua aktiviti ada pengkhususan. Cuma ada satu yang aku masih praktikkan. Sambil dengar lecture sambil tido.

Aku juga sedang dalam process mencuba jalanraya di sekitar KL. Sebagai orang Seremban yang tinggal di Bandung semasa process pematangan, aku akui yang aku loser bab jalan kat KL. Kalau jalan kat Bandung tu bukan main expert wa cakap lu. Kau tinggal mana? Sentul. Oh. Dalam hati nak menangis tanya diri sendiri kat mana Sentul? Setakat ni, aku dah tahu bagaimana mahu ke LowYat, Times Square, KLCC, Pavilion, Jalan TAR dari HUKM. Dekat je rupanya haha. *Facepalm* Dan mesti kena tahu tempat-tempat famous dulu supaya senang bertemu peminat LOL. Lepas ni aku harus berusaha dengan lebih keras untuk explore jalan dekat KL. Kehkeh orang somban masuk KL, what do you expect?

Kalau dekat Bandung, dresscode tak fussy. Kau bangun lambat, just grab apa yang ada belakang pintu dan chow. Tapi kau jangan buat hal kat Mesia, pakaian kena formal. Setiap malam sebelum tido aku akan gosok baju. Benda yang tak pernah terjadi di Bandung kot haha. Matrix card kena bawak sentiasa. Kat Bandung, tak pernah guna Matrix card. Perompak ke, pencacai ke, semua boleh masuk Universiti sesuka hati. Ikut kata orang Indonesia, tanah adalah hak milik Allah. ROTFLMAO.

Berikut adalah sedikit gambar(s). Aku duduk kolej anyway. Senang dan dekat tapi harus compete for merit. Wuwuwuwuw

Alahai dinding..

End-table lamp that lit up the room

 Worn out access card & room keys 

 My snug fleece blanket that keeps me warm at night 

Cats

 The window 

 My only source of entertainment

p/s : Masih dalam process nak adapt. Otak sangat lembab, body tak nak cooperate & sedang mencari pattern yang sesuai untuk study. Ya Allah, permudahkanlah urusanku =')


Thank you for reading this entry !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...