Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Saturday, April 20, 2013

Abang kita dah kahwin - Part III

Assalamualaikum

Ok ini adalah part terakhir hehe. Majlis belah perempuan telah diakan di Sime Darby Convention Centre. Memang cantik hall ni. Spacious, cozy & exclusive. Paling suka lighting nya! Untuk majlis  belah perempuan ini, kami sekeluarga telah mengenakan warna 'Nude'. Belah perempuan pula warna brown. FYI, nude is my favourite color. Akulah yang paksa side kitorang pakai theme warna ini hehe. Beriya-iya tau aku berdrama nasib baik tak putus hubungan kekeluargaan.

Sime Darby Convention Centre, the bride's reception. Cantik zangat!!

I met some beautiful ladies, Nurul cakap-cakap, Shea Rasol & Lyna Kamal. Miss them!

My cousins on maternal side. Since my mom is the eldest, hence my abang is the first grandchild =) Sebab tu the cousins semua kecik-kecik. Takpe nanti kenduri semua aku kerah jadi flower girls 

Muka aku iras muka ayah, abang pulak iras muka ibu hee.


With the pengantin =) Pengantin ibarat bunga yang mekar disamping dedaun kering 


Gambar freestyle macam ni dah biasa kitorang snap. Tapi yang tak biasanya adalah mimik muka Asfiq. OMG kakena what have you done to my lil innocent brother ?!

Sumpah comel dua orang ni ! Sorang muka K-pop sorang lagi muka Arab. Errr... K-porab ? 

I'm a big fan of lace, beads & chiffon =) Jadi aku sangat suka dengan dress yang aku pakai ketika reception ni. Tak tau macam mana nak kata.. but the dress is stunning! That night, ramai yang puji kata cantiknya baju ni, mana tempah semua hehe. Sampai ada yang tanya, boleh tak nak sewa baju ni untuk buat baju bertunang. Amboi tak dapek do. But I can't deny that either, pujian tahap melambung harus diberikan kepada designer baju ni !

Have you heard of Aqar Couture? Aqar Couture ni juga merupakan salah seorang amateur designer di Malaysia. Aku suka bekerjasama dengan amateur designer sebab diorang sangat attentive dan akan buat sehabis baik untuk puaskan hati customer. Sama macam Aqar Couture. Aku just describe nak flowy dress, with beads & lace.. in nude chiffon fabric. Tup tup kak Syiqin, the designer came out dengan design yang sangat sangat exclusive. Siap dengan tudung yang penuh beadings tau :)

Apa yang aku paling suka kat dress ni selain beading yang sangat sangat particular adalah dress ni dia jenis draping yang ada lebihan di tepi. So kita boleh pegang kain tu on one side. Ala tak tau la macam mana nak kata, tapi macam dress Bella Swan of Twilight masa dia kahwin tu =)

Ha macam ni! Sesuai pegang macam ni kalau aku ni pengantin yang tengah berjalan di red carpet. Sebab aku ni adik pengantin je so takyah mengada ok.

Untuk menunjukkan betapa aku suka dengan dress ni, sampai dinner kolej pon aku pakai jugak hehe.. But this time, aku pakai shawl yang lebih casual =)

Inilah designer yang sangat sangat talented itu =) Syiqin namanya, tapi aku panggil Kak Syiqin. Orangnya humble je, tapi kak Syiqin memang power bab bab design fashion dress ni. Tapi dia paling power design wedding dress & evening dress. Masa aku datang tengok collectionnya tu, hampir pitam ok. Lawa gilerrrrr!! Bakal pengantin yang masih belum buat baju lagi, cepat-cepat tempah kat Aqar Couture. Konfim tak menyesal :)


AQAR COUTURE
Email : zsyiqin@yahoo.com & aqarcouture963@gmail.com


Thank you for reading this entry !

Monday, March 25, 2013

Abang kita dah kahwin - Part II

Assalamualaikum

Ini adalah kenduri kahwin yang pertama dalam sejarah keluarga kami. Memang horror aku habaq kat hang. First timerkan, nak nak pula family kami kecil. Untuk kenduri ini, 100% tenaga ibu telah dicurah kan manakala aku hanya mencurahkan 20% tenaga sahaja. Kenapa? Sebab aku sibuk dengan hospital, jarang balik rumah, bagi pendapat pon on the phone je. Tapi oklah jugak, daripada 3 orang lelaki yang lain, bila ditanya je

Cantik ke?
Cantik..
Pink and baby blue ok ke? Ke nak all white? 
Memana je ok..
Nak nasi putih ke nasi minyak?
Apa-apa pon boleh... asalkan sedap
Yang mana sedap? Catering A ke B?
Entah la.. ikot ibulah

Termasuklah tuan punya badan yang nak kahwin tu. Dia siap pesan kat ibu, " Ibu buat lah apa-apa yang ibu suka, abang tak kisah, asalkan abang dapat kahwin " Untunglah badan kau bang haha


Sehari sebelum kenduri, baru aku sampai rumah. Itupun lewat, pukul 6 petang macam tu. Sempat jugalah mak aku melaung sambil menghamburkan kata-kata yang kurang enak buat halwa telinga hahaha. Walaubagaimanapun, alhamdulillah dapat juga aku merasa untuk 'merewang'. Memang seronok, sambil tangan bergerak buat kerja, mulut pulak mencece macam kaknam keletah.

Keluarga, makcik jiran (Wan & Cik Syamsinar), pekerja mak aku (Kak Ita & Kak Mila), kawan baik mak aku (Aunty Lydd) dan kawan baik aku semua datang menolong. Memang aku dah booked Nani, Aza dan Najah awal-awal lagi. Gila aku nak cocok bunga telur kat pahar sensorang, tentulah kawan baik harus ada disisi. Susah senang bersama, tak gitu? 


To be honest, aku tak minat / tak reti sangat bab-bab deco orang kahwin ni. Tapi deco rumah aku suka le. So boleh kata 80% adalah idea dan keputusan mak aku. Kesian omak den, tokoja-koja dari opis dok settlekan hal kenduri dak bang ni. Kenduri kami ni pon simple saja, jemputan dalam 800 orang, sekadar meraikan pengantin baru hihi. 

Bunga kat atas ni, aku gubah sendiri. Alahai untuk hias meja guestbook je. Bagi aku, cantik gila dah aku deco ni. Aku beli bunga-bunga ni kat kedai india semayang, tepi jalan kat bandar Seremban. Pasu-pasu tu aku beli kat Nilai 3 dan decorate guna lebihan ribbon. Amacam hardcore tak aku ni? hahaha. Hantam sahajalah labu.


1# Han dan gf dia tolong jadi pengapit ekspress hihi 
2# Ibu dan batalionnya (orang kuat majlis)  
3# Cousins kecik-kecik yang banyak membantu menjayakan majlis
4# Cousin Ira yang datang membantu di saat-saat akhir.


Yang paling penting, kawan baik dunia dan akhirat, dok menolong 2 hari berturut-turut walaupun sibuk dengan kelas dan kerja =') Merekalah yang masukkan telur dalam mesh, yang pergi beli bunga manggar, yang tolong isi kerepek dan jadi receptionist. Alhamdulillah dikurniakan kawan-kawan yang baik dan ringan tulang. Insyaallah, kenduri korang aku datang tolong pulak kekekeke.


Bab-bab mengada ni bagi kat aku hehe. Immediate, extended family dan orang kuat majlis semua  pakai badge ini beserta dengan nama masing-masing pada hari majlis. Suka sangat dengan design chevron ini. Badge ini dari Pretty Little Badges. Please tempah, ada banyak sangat design yang cantik-cantik. Siap boleh custom made mengikut warna dan design yang kita suka =)


 Kemain mengingai ye dak bang 


Yang penting alhamdulillah, selesai sudah majlis perkahwinan dak bang dengan kakena =) Terima kasih kepada yang sudi datang, minta maaf kalau ada yang terlepas pandang, terlupa nak jemput. Almaklumlah kenduri pertama, banyak kekurangan yang perlu diperbaiki.


Baju aku pakai untuk majlis ini adalah Peplum yang direka khas oleh MinazBoutique. Comel sangat peplum ini macam cotton candy hihi. Designer baju ini adalah kak Pija yang pada ketika itu sedang sarat mengandung. Memang aku tabik gila. Dalam baby dok menendang-nendang perut kak Pija, lekje beliau design baju untuk aku haha! Baju ini adalah custom made, aku just beritahu kak Pija :

Saya nak baju peplum, colour pink & baby blue dan ada lace. Akak designlah macam mana pon asalkan simple and cute =) 

MinazBoutique ni memang speciality dorang adalah Peplum dan MiniKurung. Aku ada 2 peplum dari MinazBoutique, memang sangat lawa dan tak menghampakan! (Nanti aku buat entry lain tau). Lagipon, kak Pija ada buat custom made untuk baju tunang, nikah dan sanding. Lawa sangat tapi aku nak kahwin lambat lagi huwaaaa..


Thanks Minaz Boutique diatas kegembiraan ini =) Kalau anda nak gembira juga, boleh hubungi Kak Pija secara senyap-senyap hihi

Minaz Boutique
Website : www.minaz.com.my
Address : No 20-02, Seri Bangi, Jalan 8/35, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
Tel no : 0389250960


Thank you for reading this entry !

Wednesday, January 16, 2013

Abang kita dah kahwin - Part I

Assalamualaikum

Heyo people do you miss me? I'm Fatin Liyana your host for the evening and I'm gonna take you guys on a tour! We are going to ride on the time machine and travel back through time to 15 December 2012!  Are you guys excited =) ?



Yay sudah sampai ! 15 December 2012, bertempat di rumah kak ena uolls. Untuk apa kita kesini uolls?


Untuk menyaksikan dak bang (Asfirdaus) melakukan proses akad nikah ! Hehe satu hari sebelum majlis, barulah aku sampai rumah dari hostel, maklumlah orang bz tengah posting paeds kan. Malam tu, he came to my room. Cakap benda nonsense dan mengarut-ngarut. Biasanya dia tak bercakap sangat pon dengan aku (ehem kecuali menganjing). Tiba-tiba datang lepak bilik aku sambil bercerita tentang perkara-perkara tak penting. Elehh nervous lettew. Aku sempat pesan kat dia..

" Bang, ko nanti jangan buat malu aku tau "

" Apa pulak "

" Mesti sekali lafaz je k. Ko jangan nak tersilap-silap sampai 4 - 5 kali pulak "

" Ala kalau dah tersilap nak buat macam mana. Nasib a "

.....Ish....risau iolls tau


Abang aku ni, dia nampak je macam tu. Tapi sebenarnya he knows what he's doing. Dia ni berprinsip. (Walaupun suka main game dan bangun lambat). But in the end, he nailed it haha! Alhamdulillah dengan sekali lafaz je, dorang berjaya jadi suami isteri yay yay.


So ini adalah first time aku merenjis. Seriously, aku tak pernah merenjis. Pertama, sebab aku jarang attend wedding. Kedua, kalau aku datang wedding pon biasanya aku datang lambat gila. Ketiga, I never bother to do it. Ketika kitorang adik-beradik dipanggil untuk merenjis, I was kinda nervous! OMG what to do. Which to baling, which to put slowly on the palm? How many ml should I pour the water? In the end, aku suruh Han pergi dulu. Ahahhahaha lepas tu I observed carefully and imitate his steps. Bravo!


Meet my extended family on my mom's side. Ni le ghupe orang melakeee kalau begambauuu sampai berkabus gambauuu hehe


My loving mommy and daddy. Tak payah kot nak mommydaddy sangat padahal aku kat rumah panggil ibu ngan ayah jewww bahahha.


My beautiful sister Ena =) Kakena punya birthday 15/12 sama dengan hari nikah. Untunglah birthday dapat hadiah berupa seorang suami kacak bergaya mihmihmih


Aminyonyo comel sangat ni macam tangga. Tangga menuju kebahagiaan. *giteeww*


Eh siapa pula ini? Perkenalkan my dress designer, her name is Fatin Liana (aw comel sangat nama sama). She's the one who is responsible to design the dress I'm wearing at my bro's nikah day! Perhaps you should know a bit why i chose her as my designer!

Name : Fatin Liana
Owner of Mangai Boutique (amateur designer)
Graduated from Fashion Institute of Technology NYC (New York City) in Associate Applied Science in Fashion Design in 2011

Cool kan? She just got back from New York, tapi dia sangat humble dan professional. Heee I just email her and described design macam mana yang i nak and tup tup she came up with few designs yang omagosh giler.

That's her drawing (Please respect others and do not copy). Devoted sangat sampai buat 7 designs for me to choose =) I chose design E in the end. Suka!


Grecian Empire Top with Ombre Mermaid Skirt. 
The fabrics are satin & ombre chiffon =) Detailing tu she used labuci. Baju ni belakang dia lain sikit tau, ada attached ribbon. Comel & unik! Cube tengok gambar 4 dari atas hihi.


You can contact her at mangai.chic@gmail.com. Bagitau je apa baju yang korang nak, she can design it for you =). So i guess thats all? Thank you for your time! Yang dah kahwin boleh berhoneymoon dan berbahagia disamping pasangan, yang tak kahwin lagi boleh balik ke asrama kerana assignment menanti huwaaaa.


P/S: Congrats dak bang dan kakena! Sekarang ni bila balik rumah je, ada lagi satu perempuan selain ibu hohohoho. 

Thank you for reading this entry !

Tuesday, May 29, 2012

Sisters.

Assalamualaikum

I have always wanted to up an entry about sisterhood and stuff but i just don't know where to start =) So basically, you guys have already informed that I am the only girl in ze family. So bagi aku yang macam kurang perasaan ni, rasa macam ok je. Ada kakak ok, takde pon ok. Eh tapi in reality aku takde kakak pon, so bagaimanakah aku membuat perbandingan diatas sesuatu yang tidak pernah wujud ?? Bagaimanakah aku tahu ia ok atau tidak?? Takyah nak cemas sangat k sampai repeat tanda soal dua kali.

Ehem, semenjak ada kakak semi-family ni, hidupku bertambah ceria dan lebih bertenaga. Ummm bertenaga! Jus tuk guru *nyanyi lagu arab*. Well, bagi aku, kakak adalah seorang yang kita boleh rely on. Dia lebih bertanggungjawab dan praktikal. Abang pula, seakan-akan tidak praktikal. Beliau hanya tahu membuat lawak, membahan, melauk dan menganjing, selain bermain futsal di tengah malam yang hening. 

Tapi abang aku sudah menjadi baik. Aku suruh dia hantar kucing pergi vet untuk ambik vaccination, dia hantar weyh tanpa sebarang bantahan! Aku cam terkejut gila wkwkwk adakah ini abang atau ibu yang menyerupai abang (ibu adalah contoh manusia yang tidak pernah mengatakan TIDAK). Selain itu, ketika ketiadaan ibu, abang telah menggoreng ikan kembung yang tidak DISIANG terlebih dahulu sebagai lauk tengahari buat Asfiq. 

" Patotlah ikan kau gemok semacam fir ", kata ibu sambil berdegus.


Selain itu, kebaikan lain yang abang ada adalah melakukan penambahan ahli keluarga kami yay!



Memperkenalkan, kakak pelik. Nama sebenar Maria Elena, panggilan manjewww Ena =)


They went to the same university, so memang dah lama kenal, before kak Maria join dunia blog lagi hee. Sorang sepet sorang mata besar. Yeah.



We seldom meet anyway. Sebab aku kan nerd gila, berkira waktu belajar, so jaranglah hang out ngan Ena wuwuwu. Ena selalu je datang rumah, datang kenduri etc. Pokoknya kat mana ada makanan, kat situ ada Ena. Ena ni rajen drive, memang superwoman hakhak.



 Suka sangat ngan Ena jadi pergi merisik diewww hikhik.


Lepas tu tunang plak. Ena & Iya adalah sisters yang paling sayew sayang! Ayat aku nak myspace je kan.


 Pelik 3 serangkai. Sekian.

Once in a while, I'll have this curahan hati session with Ena cuz she's a good listener. Lepak atas my bed pastu cerita pasal life, future and family. Kitorang ni biasa je kalau berjumpa, takde pon cam sisters sangat sebab 2 2 pon kasar wakaka (aku & Ena masing-masing the only doter in ze familia). So cara cakap tu memang cam ilek ilek malas nak layan sket. Tapi senanya excited gila !!

Ena kalau gi travel mana-mana mesti tak lupa nak belikan souvenirs for me. So aku pon praktikkan benda yang samalah. Benda baik harus diikut ok hehe. Tapi satulah, kitorang kalau jumpa, we never talk about blog ke dunia siber ke fashion ke etc. We don't even snap pictures! Its just the plain me and her, talking and talking until we got bored already. Pastu akan pelok-pelok and masing-masing akan cakap 'kurusnya!' kekekekeke. (suke lettew!)

Best gila rasanya sebab dapat kakak, sampai masa dorang engaged haritu, aku peluk Ena sampai menangis sebab terharu. I just can't explain that feeling, only Allah knows! Insyaallah Ena will officially become my sister / part of the family this upcoming December. Please pray for them !!


Thank you for reading this entry !

Saturday, January 28, 2012

A day with Maria Elena, Shea Rasol & Adriani Adnan

Assalamualaikum

Kalau korang adalah fan kepada Pastelina, pastilah korang kenal dengan nama-nama hebat di atas. Saje je buat title yang eye-catching tauu kak Fatin ni. Teehee sebenarnya kami adalah kawan. Aku selalulah jugak jumpa Shea & Yanny bila ada occasion like wedding etc. Malah, Maria adalah my future sister in law gitu. ( She's engaged to my brother in case if you don't know) Insyaallah this coming December, they are going to tie the knot yay!

Itu hari, dak bang atau nama glamournya Dato' telah membawa aku ke rumah Maria dan kami ber-mingle around dengan seronoknya. Well, being the only daughter in the family gives me no chance for sister bonding time! So aku rasa sangat overwhelmed bila dapat lepak satu katil dan bercerita tentang Yanny's cute baby bump, Shea punya future plans and Maria punya hantaranss. *Sister fist.

The real agenda behind this was actually kitorang shoot untuk Pastelina punya latest collection. Tapi tak rasa macam shoot sangat pon, rasa macam main-main dengan bubble jeww. Hihi. Don't forget to visit Pastelina tomorrow at 9pm ok. Actually aku tak tengok pon lagi macam mana rupa aku dalam gambar tu. Aku ada firasat yang mengatakan bahawa muka aku akan kelihatan seperti kembang semangkuks. Tapi dengan kehebatan Shea Rasol sebagai photographer, maybe the chance is slim.

Swansey sangat comel. Orang sibuk main makeup dia pon nak sibuk juga. Cats nowadays don't have boundaries is it? *Le me scolding le cat.


 With make up on for the shoot ! Shea kalau anda lebih bertenang pastilah gambar anda takkan bergegar.


Me looking anime-ish liao! My ever comels syria is from arlene.my


Yanny de adorable preggy mommy gained 5kg and she started to worry! I advised her to just chillax because the best weight gain in pregnancy for a previously normal BMI mother is between 11 to 16 kg =)


Me & Maria without our make up on. After the shoot, Shea & Yanny sudah pulang namun aku pergi teman the couple to survey their hantarans dekat OU. Rancak gila ini perempuans berborak during our coffee break while on the other side.....


Le Dato' is sleeping like a boss.

Thank you for reading this entry !

Thursday, March 24, 2011

I heart my parents more than anything!

Assalamualaikum =)

Nak update laju-laju sebab tengah study sebenarnya, esok ada paper at 8 hehe. Actually, 1 minggu sebelum exam hari tu, my dad ada call and said 'Adik hari sabtu ni ayah datang dengan ibu ok, saja nak tengok adik'. Masa diorang call tu hari selasa tak silap. Pastu I was like, Oh ok ok sure, nanti I'll pick you at the airport.


So on that day, aku bangun awal gila, siap boleh basuh kereta kau. Nak jemput parents kan, nama baik kena jaga. Tuhan saja yang tahu keadaan kereta aku macam mana. Macam baru lepas kena gempa bumi pon ada. Aku geleng-geleng kepala merenung keadaan kereta aku. Cepat-cepat aku amek sabun lifebuoy dan baldi.


Lepas dah basuh dan shining tahap maksima, aku masih tak berpuas hati. Aku masuk dalam rumah dan cari sesuatu yang wangi. Hmm mana la aku letak aku punya air freshener ni. Aku ingat nak sembur kereta aku guna minyak wangi tiruan yang aku beli kat Jatos itu hari. Tapi walaupun tiruan, rasa macam sayanglah pulak. Kedekut jugak aku ni, bisik hati kecil aku. Actually, hati tak kecil. Hati is the largest gland & the second largest organ in our body. Aku pon tak tau kenapa orang cakap hati kecil.


......... Akhirnya aku jumpa jugak air freshener perisa green apple dalam kotak longgokan kertas-kertas LI semester lepas. Tanpa rasa ragu, aku bukak pintu kereta dan spray dengan rakus. 3 minit lepas tu, aku tersenyum puas. Wangi gila kereta aku. Ni parents aku kalau naik ni mesti depa tak mau turun kereta, silap-silap depa nak bermalam dalam ni. Hiks aku gelak comel tapi tak comel sangat pon.


So aku pon geraklah ke airport seorang diri. Perjalanan mengambil masa kurang lebih 1 jam. Naik pening jugaklah kepala aku sebab pergi spray pewangi tu banyak sangat. Tula, padan muka aku. Tapi aku buat rilex jer la, malas nak mengungkit perkara lama. Aku masukkan CD Exist yang aku beli kat mesia itu hari dan bukak volume 18. Pehhh kalau pasang lagu Akon ni mau orang ingat aku tengah berclubbing dalam kereta. Sedar tak sedar, 1 jam jugak aku dah tangkap leleh...


Aku pon sampai kat airport dan cari parking. Yes, parking belambak! Lepas parking masuk dalam kotak aku turun and cari sign International Arrivals. Tunggu dalam 30 minit and then tiba-tiba aku ternampak seorang lelaki berumur dalam 50an, berkulit cerah & yang paling penting muka dia macam aku. Aku pon peliklah kan..ada pulak orang indon muka macam aku? ............ Eh ayah aku rupanya, patutla muka sama


Selepas cium tangan & pipi ayah & ibu aku, aku tolong bawak lunggage dan lead diorang ke kereta. Diorang nampak sihat, gembira aku hihi. Dalam kereta, aku baru nak start engine, sekali ayah aku pass sesuatu kat aku. 'Nah ini untuk adik'. Tak jadi aku start engine. Aku amek 'sesuatu' itu dengan pantas sebab aku ni kan jenis tak sabar punya orang. Uiiihhhhhh the latest Ipod touch! Tersentak jantung aku masa tu. Tapi aku tau jantung aku takkan ada friction yang berlebihan sebab ada pericardial layer yang meliputinya. Ah sudah, anatomi lagi.


Suka giler aku dapat Ipod touch sebab aku jarang ada gadget-gadget macam ni. Kalau ada pon, pasti aku beli pakai duit sendiri. Tersenyum lebar aku dan mulut aku tak henti-henti ucap thank you ayah i love you muah muah! Lepas tu aku rasa panas gila. Oh patutlah aku lupa nak start engine. Padanlah muka mak aku merah. Ingat dia baru balik facial, rupanya panas  haha!


Comel tak? Siap ada engraving lagi. Terharu sebab ayah saya sangat romantik =')


Senang sikit ada organizer, sebab dia ada banyak compartment. So, bolehlah masukkan semua gadgets dalam ni. Tapi kalau hilang memang meraung la...........



 Bershopping sakan dengan ibu =)


I feel so blessed kerana dikurniakan parents yang sangat-sangat tak berkira dengan anak-anak. Sanggup ayah & ibu datang bandung semata-mata nak hantar Ipod supaya aku tak stress sangat time exam ='). Tapi aku pulak yang stress sebab asek maen Ipod jer. Yelah dah abang aku tu pegi downloadkan game banyak-banyak siapa suruh...(sebenarnya aku yang suruh). 


Aku ingat lagi, aku pernah cakap yang aku rindu nak makan rendang yang ibu masak. Yup, ibu aku comel gila dia datang bawak rendang ayam & nasi impit untuk aku. Ayah & Ibu aku walaupun busy tapi kalau ada kesempatan diorang cuba juga untuk penuhi permintaan anak-anak. Kadang-kadang aku rasa sedih sebab aku ni suka sangat object apa yang diorang cakap. Aku tak taulah darah muda ke raging of hormone ke apa. Tapi aku tak pernah lupa nak doakan diorang dalam solatku...jasa diorang kat aku...amatlah besar..tak ternilai ya Allah. Aku harap aku boleh jadi anak yang baik. Aku juga harap aku dapat memberi manfaat kepada diorang.....kalau bukan sekarang, in future.......insyaallah


Thank you for reading this entry !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...