Assalamualaikum
Sebenarnya dari dulu lagi memang aku pernah menanam impian untuk organize satu 'social work'. Jujurnya aku memang cepat terpengaruh dengan orang putih. Tengok Angelina Jolie buat social work di Africa, Vietnam dan sebagainya buat aku terus inspired. Aku memang gelojoh sikit bab-bab begini. Terus bukak aircond, baring atas katil dan berangan. Aku memang macam ni. Kalau nak berangan kena bukak aircond. Kalau bukak kipas, otak aku tak jalan. Kurang aktif kata orang. Walaupun kipasnya full speed. Tapi apapon, once a dreamer always a dreamer. Planning lebat. Tapi planning je la. Buatnya tidak. Sampai kesudah.
Kebetulan tengah cuti sementara tunggu panggilan kerja. Nak dijadikan cerita, ketika umat Islam sedang bergembira menyambut Ramadhan, saudara kita di Gaza sedang berjihad untuk mempertahankan bumi Palestin. Dunia ini memang ganjil. Bayi, kanak-kanak dan kaum wanita dijadikan sasaran bedilan peluru. Ambulans, hospital, sekolah, rumah perlindungan United Nation dibom sesuka hati. Tapi dunia boleh hidup seperti biasa. Tiada langsung rasa simpati dan empati. Ini bukan soal agama lagi, ini soal kemanusiaan. Jikalau nyawa manusia tiada berharga lagi, aku tak tahu apa lagi yang tinggal di muka bumi ini. Cuma yang aku nampak, Malaysia berusaha keras untuk menghantar bantuan dari segi makanan, ubat-ubatan, tenaga dan juga menyuarakan kelantangan betapa kita mengutuk serangan Israel. Syabas. Walaupun negara kita kecil dan tidak mempunyai bala tentera yang kuat..namun kita masih terus menunjukkan solidariti terhadap Palestin. Allah rahmatilah pemimpin kami, rakyat kami dan tanah tumpah darah kami ini...
Sebagai umat Islam aku juga rasa terpanggil untuk membantu. Walaupun aku cumalah graduan lepasan universiti yang mengganggur sementara menunggu panggilan kerja, tapi aku tau, setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini. Walaupun kecil. One small step for a man, a giant leap for mankind. Pandai omputih yang buat perumpamaan ini. Selain doa dan boikot, derma adalah salah satu tindakan yang bijak. Mengharapkan duit aku sendiri, berapa sen sangatlah yang dapat aku dermakan. Lainlah kalau aku dah kerja, ada gaji sendiri. Jadi aku terfikir untuk melibatkan orang awam dalam social work aku kali ini.
'I ada banyak baju terpakai yang masih cantik, nak dermakan tapi tak tau nak derma pada siapa, boleh tolong?'
Aku menerima komen ini di Instagram aku pada suatu pagi. Entah bagaimana aku mendapat satu idea bernas (alhamdulillah) untuk merealisasikan social work aku. Aku terfikir untuk menjadi orang tengah, mengumpulkan semua pakaian terpakai hasil sumbangan orang ramai, menjualnya kembali pada harga yang murah dan menyumbangkan kesemua keuntungan kepada Gaza. Dengan cara ini, lebih ramai pihak mempunyai 'saham' secara tak langsung. Yang menderma, yang menjual dan yang membeli. Semua ada 'saham' akhirat mereka sendiri. Aku terus menjadi berkobar-kobar. Dengan pantas aku menghubungi bekas housemateku ketika menuntut di PPUKM dulu, Fadzreen. Kenapa Fadzreen? Kerana Fadz adalah seorang gadis yang tidak pernah lokek tenaga dan ilmu untuk membantu rakan-rakannya. Aku tau, Fadz akan tolong aku. Dan tepat sekali jangkaan aku, Fadz bersetuju untuk membantu aku.
Kami berbincang dalam whatsapp. Dua-dua adalah noob tegar. Kelam kabut. Kami cuma buat sekadar yang kami mampu. Hasil gabungan idea 2 gadis picisan akhirnya terhasil idea SHOP & DROP @ FL CARBOOT SALE. Kami bersetuju untuk mendermakan 100% keuntungan kepada NGO Aqsa Syarif dan Aman Palestin kerana mereka sungguh agresif mengumpul dana ketika serangan Gaza. Kami tidak meletakkan sebarang harapan yang tinggi untuk project social work sulung kami ini. Kalau dapat RM500 pon dah syukur sangat. Nilai tu nombor dua, yang penting usaha. Sungguh berwawasan gitu ihiks.
Sedar bahawa kami jenis yang kelam kabut, kami telah meminta bantuan 7 rakan batchmates di PPUKM & Unpad untuk membantu kami pada hari jualan. Sungguh kami tak sangka, terlalu ramai yang 'drop' sehingga kami tak menang tangan untuk segregate the clothes. You go Malaysians! Semoga Allah memberkati.
Banyak shawl yang masih baru, dalam plastik pon ada.. hasil sumbangan orang ramai. Kami jual pada harga 3 for RM10, 5 for RM10, 10 for RM10. Yang kami bagi percuma pon ada. Tempat yang kami buat carbootsale ini rata-rata penduduknya terdiri daripada golongan sosioekonomi rendah dan pendatang asing. Sungguh aku tak pernah tengok kegembiraan yang amat pada wajah mereka kerana dapat membeli pakaian cantik pada harga cuma RM3.
Nanti makcik nak pakai baju ni untuk raya, cantik! .... kata seorang makcik tua kepada aku. Makcik itu membeli sehelai baju kurung berwarna biru tua pada harga RM 5. Terkuis kuis mencari duit dalam dompet. Sebak aku masa terima wang tu dari makcik. Haihh.... apapon please enjoy the pictures.
Meriah. Banyak sangat baju. Kami takde hanger, takde display bar. Mampu longgok je.
Rakan kami yang sangat baik hati, tak pernah berkira tenaga malah berterima kasih kepada kami sebab dapat be part of the team. Terharu.
Walaupun panas, walaupun puasa tapi tetap tersenyum melayan pelanggan.
Segan kami, wakil dari Aqsa Syarif, Irfan dan Zul turun padang untuk melawat tapak jualan kami dan merakamkan video untuk simpanan pihak Aqsa. Kami ingat kecil-kecilan je...tak sangka wakil Aqsa nak turun. Cemas pon ada hehe..
Orang ramai boleh membeli sambil menderma merchandise Aman Palestin dan mendaftar sebagai sukarelawan Aman Palestin pada hari tersebut. Terharu sebab Aman Palestin hantar wakil dorang. Thanks mimi !!
Syukur alhamdulillah, sambutan memang diluar jangkauan...aku dengan fadz terkejut campur terharu. Mulanya nak tutup booth jam 2 petang, akhirnya dianjakkan sampai waktu berbuka. Aku rasa macam dekat perang dah....haus, panas dan penat hanya Allah yang tau. Walaubagaimanapun ada sebahagian pakaian yang tidak terjual, kami hantar ke ibu pejabat ISLAMIC RELIEF di Bandar Baru Bangi. Terpulanglah kepada mereka untuk menderma terus kepada Palestin atau jual di charity shop mereka. Yang penting amanah kalian yang menderma, sudah kami salurkan pada pihak yang tertentu. Inshaallah semoga dapatlah Allah gandakan pahala buat kita nanti :)
Ini video Aqsa Syarif yang dirakam secara spontan ketika hari jualan. Maafkan kami yang noob ini sebab cakap tergagap-gagap. Aku kan keyboard warrior. Ha..suruh cakap depan kamera baru tau cemas. Boleh lihat video disini.
Sekali lagi aku ingin berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat. I love you all Malaysians !! (over tau) Aku menyeru mana-mana pihak untuk come out dengan idea bernas untuk membantu Palestin. Kami tak kreatif, cuma tau jual baju terpakai. Yelah medical student kan skema hehe. Im sure korang mesti lagi gempak! Semoga kita sama-sama ambil peduli dengan saudara kita di Palestin :) Ingat 3 perkara ini. Doa, derma & boikot. Allah mengambil kira usaha kita walaupun kecil. Seperti kisah burung ababil dan tentera bergajah dalam surah Al-Fil. Take care!
Thank you for reading this entry !