Showing posts with label Snack. Show all posts
Showing posts with label Snack. Show all posts

Monday, October 26, 2015

Muah Chee



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....

Bertemu kembali di hari Isnin. Shah Alam hujan lebat semalam, agak lama juga tiada hujan. Walaupun jerebu masih ada, sekurang kurangnya dapat mengurangkan bahang yang agak memeritkan bila berada diluar.

Hari tu terasa nak makan "Sengkuang Calit". Hirisan sengkuang yang disapukan kuah rojak kemudian ditabur dengan kacang tumbuk. Ermmm kalau beli sepotong RM2 rasanya. So kalau nak makan berulang ulang beli saja sengkuang, kuah rojak dan kacang tumbuk. Puas makan sekeluarga.
 
 
Kacang tumbuk selalu ada dijual dikedai bakeri atau pasaraya tertentu. Saya beli satu paket dalam 500 gms rasanya. Biasanya tak boleh simpan lama sebab ia mudah rasa "lemau" atau masuk angin. So google cari resepi mudah untuk menghabiskan stok kacang tumbuk yang ada. Ada beberapa resepi mudah yang saya jumpa, salah satunya ialah Muah Chee ( Glutinous Rice Snack with Peanut & Sugar ). Bila google saja, banyak resepi yang muncul, boleh cuba yang mana berkenan samada yang susah ataupun yang paling senang.

So saya cuba resepi yang paling senang dan menggunakan kuantiti yang paling sedikit sebab tidak pasti bagaimana rasanya jadi kena buat se minima yang mungkin supaya tidak membazir.
 


Muah Chee
Serving : 4 persons ( estimated )

Bahan bahan
120 gms tepung pulut
180 ml air
2 sudu makan minyak bawang goreng
Kacang tumbuk
Gula pasir

Cara cara
1. Campurkan tepung pulut, air dan minyak bawang goreng. kacau sebati.
2. Masukkan ke dalam microwave, tekan butang HIGH dan tekan 4 minit. Kemudian tekan START dan biarkan ia selesai.
3. Keluarkan doh/adunan yang sedikit melekit dan biarkan ia sejuk sebentar.
4. Gaulkan kacang tumbuk dengan gula dan tuangkan ke dalam bekas seperti dulang.
5. Tuangkan doh tadi ke atas kacang tumbuk dan gunting kepada cebisan yang sesuai. Gaul dengan kacang tumbuk.
6. Taburkan dengan bawang goreng.

 

Monday, December 23, 2013

Kerepek Ngaku @ Arrowhead Chips



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....

Kerepek Ngaku kembali lagi.
Ermmmm memang addicted betul kalau sudah mula mengunyah kerepek ni. Sedar sedar dah habis dalam balang. Tambahan kalau mengunyah sambil menonton cerita kesukaan di TV lagilah tak perasan balang dah tinggal serdak je.

Actually saya beli buah ngaku ni minggu lepas hari sabtu. Tetapi memandangkan banyak kerja menyebabkan operasi nak buat kerepek terlupa begitu saja. Tiba tiba teringat bila saya ke Tesco semalam, banyak betul buah ini di sana. So balik je terus buka peti ais, nampak buah ngaku dah hampir kecut. Jadi dari dibuang lebih baik rajinkan diri buat masa itu juga.





Process penyediaannya senang saja, cuma perlu kupas, cuci, hiris nipis/slicing dan goreng.

Apa yang saya lakukan ialah mula mula saya sediakan satu bekas yang sesuai. Masukkan air dan 1 sudu makan garam kasar. Kemudian saya kupas buah ngaku  dan parutkan ke dalam bekas yang mengandungi air garam tadi. Bila semua sudah diparut, saya biarkan seketika kemudian saya basuh dengan air paip.

Kemudian saya panaskan minyak, masukkan secubit garam kasar ke dalam minyak dan biarkan hingga minyak panas. Masukkan hirisan buah ngaku ke dalam minyak kemudian kacau perlahan lahan supaya hirisan buah ngaku tidak melekat. Balikkan beberapa kali sehingga warna kerepek keperangan.

Semasa anda memasukkan kepingan buah ngaku ke dalam minyak panas, minyak akan mengeluarkan gelembung gelembung kecil. Bila anda dapati gelembung sudah hilang, cepat cepat angkat kerepek kerana kalau tidak ia akan terlampau garing dan agak pahit.

Alhamdulillah kerepek saya mempunyai warna yang sedang elok, tidak masin dan tentunya sedap sekali.


Tuesday, December 3, 2013

Cucur Jagung


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Sekarang dah masuk musim tengkujuh, hujan kadang kala sepanjang hari. Sementara di Pantai Timur sudah ada yang dilanda banjir. Semoga kawan kawan yang berada dalam kawasan yang selalu dinaiki air sentiasa berwaspada.

Kepada yang ada anak anak kecil, kenalah beri lebih perhatian, maklumlah malang tidak berbau. Selalu kita dengar kanak kanak yang lemas akibat dibiarkan bermain dengan air hujan/banjir.



Memandangkan musim hujan dan hari yang agak lembab, apakata kita makan cucur jagung. Semalam sebelum balik kerja singgah beli udang, konon kononnya nak masukkan dalam cucur jagung. Entah macam mana, sampai rumah letak barang yang dibeli kat dapur then sibuk buat itu ini sampai terlupa nak simpan udang dalam freezer. Sedar sedar pagi tadi udang dah berbau. So saya tukar gunakan udang kering. Itulah bila umur makin meningkat, banyak saraf dah putus...asyik lupa saja.


Saya cari dalam internet banyak resepi yang keluar, ada kat rumah Kak Nor Secubit Garam, rumah Cik Mat Gebu, rumah Kak Patyskitchen dan ramai lagi. Ada pelbagai versi untuk membuat cucur jagung ni. Ikutlah apa yang ada dan apa yang kita suka.

Saya gunakan tepung gandum,isi dari setongkol jagung mentah, daun kucai, cili merah, beberapa ulas bawang merah, sedikit garam, segenggam udang kering dan air.

Ada yang tambahkan sedikit nasi dan ada juga yang letak yis dan juga telur.

Tepuk dada tanya selera. Yang mana satu sesuai dengan selera masing masing.


Monday, June 20, 2011

Haemul Pajeon 해물파전

Haemul Pajeon @ Seafood & Scallion Pancakes

Saja saja nak testing, apa rasanya.

Lebih kurang macam rasa cucur udang kita kot, cuma a bit healthier coz less oil.

Semalam kan saya ke pasar tani, tambahan pergi seorang diri, jadi senang sikit nak ke hulu ke hilir, membelek itu dan ini. Ada satu gerai saya saya mesti singgah setiap kali ke pasar tani Stadium Shah Alam. Rasanya mereka dari Sungai Besar sebab selalu ada seafood yang jarang ada kat gerai lain seperti Bamboo Lala, Kepah, Kijing, Oyster, Remis, Mentarang dan ada beberapa species lain lagi. Rambang mata la sekejap.

Mula mula saya nampak Bamboo Lala, rasa rasa macam nak beli je, lepas tu ternampak isi tiram pulak. Masa tu tak terfikir nak buat apa lagi, terus ambik satu packet. Masa nak bayar, baru perasan Jalil Hamid dan family dia kat sebelah, pun sedang membelek isi tiram tu.

So, untuk menu pertama yang gunakan isi tiram ni, saya buat Korean Pancakes.
Resepi kemudian ya, nak keluar ke Puchong dulu.



Sunday, January 3, 2010

Homemade Pop Corn


Malam ni tak masak, makan je apa yang ada. Tengahari tadi dah baham sepinggan besar nasi beriani ayam masa kursus tu. Terbontang dah akak ni tau. Dah la masa balik kg hari tu makan kenduri 2 buah rumah, pun dah tak ingat dunia. Jadi buat la pop corn, bolehlah mengunyah sambil layan citer kat ASTRO. Tapi agak susah nak dapat gambar yang menarik kalau kita shoot indoor without External flash. kalau guna built in flas, gambar akan nampak berkilat dan a bit oily.

Wednesday, August 5, 2009

Potato Wedges

Sebenarnya teringin nak makan cheezy wedges yg cam kat KFC tu. Jadi saya buatlah sendiri kat rumah, tapi yg tensionnya sos dia tak sama. Saya pegi pasaraya beli sos mustard yg kuning tu tapi rasa dah la tak sama, terasa kunyit sangat.Lagipun yg kat KFC tu warnanya lebih kearah oren sikit. Pada sesiapa yg tau bolehlah share ngan saya kat mana nak beli sos tu ye.....

Saturday, August 1, 2009

Ubi Kayu Goreng

Teringat masa zaman Jepun dulu...... ( Amboi cik kak, patut patut le nak tulis ayat tu). hehehe....macam le saya ni pernah "merasa" zaman Jepun dulukan. Sebenarnya hari ni goreng ubi kayu buat minum petang. Dulu dulu mungkin ubi kayu ni makanan org org kampung je tapi sekarang sekilo ubi kayu ni dah mahal tau.Saya suka kuih bingka ubi kayu tapi malas betul nak buat sebab my husband tak berapa suka sangat. nanti saya yg kena habiskan, manalah larat.

Sambil kunyah ubi kayu goreng, kita minum teh dan tonton TV, sure satu pinggan dan satu teko air teh habis pun tak sedar.

Wednesday, June 4, 2008

Bread with Garlic Butter

Resepi garlic butter ambil dari Yani@MyR. French loaf tu saya beli kat Giant jer. Walaupun ada breadmaker, tak ada kesempatan lagi nak menggunakannya semaksimum mungkin.

Bahan-bahan ( +250g )
Roti france
*Garlic butter*
50g bawang putih.
250g butter- suhu bilik
daun pasli secukupnya

Cara-cara

Kupas kulit bawang putih. Belah dan buang bahagian tengah(bahagian ni boleh menyebabkan rasa pahit). Basuhkan. Kemudian kisar.
Masukkan bawang putih tadi dan pasli ke dalam butter. Kacau biar sebati.
Potong roti france nipis-nipis, tapi jangan putus. Masukkan butter tadi di bahagian tengah tempat potong tadi. Kemudian sapukan sedikit garlic butter ke atas roti.

Chocolate Waffle

Resepi ambil dari AlongRoz@MyR. Memang sedap dan asyik sekali mengunyah.

Bahan-bahan ( 5 x 3 set )

1/2 c Serbuk Koko
62g Butter/Majerin
3/4 c Gula
2 bij Telur
2 st Esen Vanilla
1 c Tepung + 1/2 st Baking soda + 1/2 st Garam
1/2 c Susu Segar + 1 1/2 st Cuka

Cara-cara

Gaulkan koko, majerin & gula sehingga rata.
Masukkan telur sebiji2 sambil di pukul rata. Campurkan esen vanilla.
Masukkan tepung & susu berselang-seli.
Bakar lah dlm wm anda (jangan lupa panaskan wm terlebih dahulu).
Hidangkan dgn sos kegemaran anda