Showing posts with label Cuti-cuti. Show all posts
Showing posts with label Cuti-cuti. Show all posts

Monday, July 14, 2008

Musim buah di kampung

Masa balik kampung last weekend sempat snap beberapa gambar pokok buah buahan yg sedang bermusim kat kg saya sekarang. Kat tepi tepi jalan ramai org yg menjual buah durian, murah murah pulak tu. Sepanjang masa kat kampung, saya hanya makan sebiji buah durian, itupun dah tak larat nak tengok buah durian yg asyik gugur jer.




Saturday, July 12, 2008

Balik Kampung...............

Hari ni Tuan Dapur ni nak balik kampung............... 2,3 hari lepas, emak telefon dari kampung bagitau yg buah durian dah byk gugur. Adik beradik saya tak ramai dan semuanya bukan hantu durian. Emak kata, takde sape yg nak makan, asyik bagi kat jiran jiran dan kebanyakannya pun ada pokok durian sendiri. Jangan ada org pengsan sebab makan durian sudahlah....

Tuesday, June 10, 2008

Jalan jalan kat Padang Besar

Kalau nak ke Padang Besar dan melalui Chuping, pasti kita akan melihat ladang tebu yg saujana mata memandang. Seperti hamparan permaidani hijau kalau dilihat dari atas.
Gambar gambar kat bawah pulak antara pemandangan biasa kat Arked Niaga Padang Besar. Boleh Juling biji mata nengok semua barang tu. Fuhh....boleh lupa diri dibuatnya.

Monday, June 9, 2008

Jalan jalan di tepi pantai...

Suasana aman sekali masa pegi jalan jalan tepi pantai, yelah kalau kat sini asyik sibuk ngan jem jer, sesekali ambil angin bagus juga.
Masa jalan jalan kat tepi pantai tu, nampak orang jual sejenis siput yg dikenali sebagai Siput Mentarang. Setiap kali balik Perlis dan ada org jual ni saya mesti beli.
Siput Mentarang yg belum dicuci, penuh dengan lumpur.

Siput mentarang yg telah siap dicuci dan sedia utk dimasak.

Balik Kampung.....

Hari Khamis lepas, habis kerja jer, me and my husband terus balik kampung kat Perlis. Sebenarnya ada majlis kenduri kahwin sepupu my husband. Wifenya orang Pasir Mas Kelantan. Takdelah buat besar besaran, cuma majlis menyambut menantu.


Sebahagian daripada lauk pauk masa kenduri tu yg sempat di ambil gambar.