Showing posts with label Tip Berguna. Show all posts
Showing posts with label Tip Berguna. Show all posts
05 March 2014
Tips minum air dengan betul
Assalamualaikum....
Selamat pagi...hari nie nak share tips minum air dengan betul...Almaklumlah....aku sekarang sibuk berdiet...kerana berat aku dah 73kg kau....huhuhu...patutlah bila bangun rasa berat sangat2...aku juga sekarang sibuk buat senaman aerobik...tue kadang2 tak sempat nak berblog dan membalas kunjungan kalian....Terima kasih banyak-banyak kepada yang sudi singgah blog aku ya...
Jom! baca...
2 gelas *air sejurus bangun dari tidur [Manfaat: Membantu mengaktifkan organ dalaman]
1 gelas air 30 minit sebelum makan [Manfaat: Membantu penghadaman]
1 gelas air sebelum mandi [Manfaat: Membantu menurunkan tekanan darah]
1 gelas air sebelum tidur [Manfaat: Bagi mengelakkan angin ahmar atau serangan jantung]
Apa fungsi 70% air dalam badan anda?
Selalunya sebelum tidur..aku minum air...dah terbiasa dari bujang lagi...
02 September 2013
Tip Kempiskan Perut
Assalamualaikum...
Tadi terbaca kat "Utusan Malaysia" tip kempiskan perut....terus terasa mau share gan korang Almaklumlah badanku makin berlemak-lemak lagi2  kat bahagian perut kikiki
Antara tips mengempiskan perut buncit :
1) Air putih/mineral
- Air putih mampu membuatkan korang berasa kenyang serta meningkatkan kadar metabolisme badan. Oleh itu, jangan lupa untuk minum air putih sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.
2) Senaman
- Senaman juga penting! Lakukan gerakan bangkit tubi kerana ia adalah cara terbaik untuk menguatkan otot abdomen serta bahagian oblique, selain mengurangkan lemak dan mengempiskan perut.
3) Berkebun
- Dipercayai aktiviti berkebun boleh mengurangkan berat badan yang mana ia mampu membakar 350 kalori dalam tempoh sejam.
4) Plank
- Plank adalah gaya dalam pilates dan yoga yang mana bertujuan menguatkan otot utama seperti belakang tubuh dan tangan serta mengempiskan perut. Lakukan senaman ini sebanyak tiga set dengan kiraan 15, 12 dan 10 ulangan atau selama 30 saat untuk mendapatkan kesan yang dimahukan.
5) Buah-buahan
- Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet harian korang kerana kedua-dua makanan itu mempunyai serat yang tinggi. Walaupun korang mengambilnya dalam jumla yang banyak, korang tidak perlu risau tentang pertambahan lemak di bahagian perut.
Sumber : Utusan Malaysia
Nota Pink: Belum habis lagi membalas kunjungan kalian ke sini...Terima kasih kerana sudi komen dan follow sini....Start bulan nie aku nak buat "Top 5 Pengomen" mungkin hujung bulan aku akan kasi hadiah kepada sesiapa yg top 5 pengomen tersebut.
12 May 2013
Tanda2 Sakit Badan Anggota Badan...
http://3.bp.blogspot.com/-pHe-VcNkXJo/URDPZ3x2YvI/AAAAAAAAa7k/2_CQQR399rM/s1600/Khasiat+Tubuh+Badan+Manusia+Yang+Anda+Tidak+Tahu+-+Info.jpg
Salam semua. Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik yang aku copy paste Puan Rosnani Omar
Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.
1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.
2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).
a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
b) Bersin
i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
3. BATUK
a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.
4. KERONGKONG
a) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
b) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.
5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
a) Bibir pucat
i) Sistem penghadaman yang lemah.
ii) Perut mengandungi angin.
iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
b) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.
6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.
7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.
8. KULIT Berpeluh :
a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.
10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.
12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.
13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).
14. TANDA-TANDA DALAMAN
A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.
E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.
15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH
a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.
16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.
17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman
18. KENCING
a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.
19. BUANG AIR BESAR
a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.
20. BADAN
a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.
21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.
24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
a) Sistem jantung yang lemah.
b) Sistem saraf otak yang lemah.
c) Masalah pengaliran darah.
25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.
Disediakan oleh:
Pn. Rusnani Omar
Penolong Pendaftar
Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan
Universiti Malaysia Perlis.
Nota Hati:dua tiga hari nie mungkin aku jarang bukak blog...sebab si haziq nak periksa....aku kena memberi tumpuan sepenuhnya kepada haziq.....nanti aku terjah korang....
17 April 2013
Cincau Ubat Darah Tinggi
cincau
Maklumat terbaru yang aku perolehi setelah lama mencari penawar untuk mak mentua aku  ni.
Sebelum tu aku nak beritahu mak mentua aku setelah pulih dari kencing manis secara tiba-tiba darah tinggi dia meningkat kepada 206. Aku amik bacaan yang atas ajer ler. Terperanjat semua ahli keluarga yang lain.
Pelbagai usaha dilakukan selain menggunakan perubatan moden. Apa yang kami tak guna dari daun hempedu ular, ke pucuk jantan betik dan satu daun lagi aku pun lupa.
Semuanya gagal, memang turun tapi dalam anggaran 180.
Pada suatu hari, adik ipar aku yang bekerja di UITM Melaka beritahu , profesor dia yang ada darah tinggi hanya makan cincau sahaja. Dah berbelas tahun makan malahan ubat hospital langsung tak disentuh!!
Untuk mengesahkan cerita ini benar atau tidak. Aku beli cincau di Tesco. Nak cari cincau kat pasar mana ada masa..hehehehahe. Beli yang dah pasang siap punya ler....
Aku kasi kat mak aku dan mak mentua aku makan.
Cara makan ialah setiap dua hari sekali mak aku makan cincau ini. Dalam 3 hari lagi nak pergi jumpa doktor makan tiap-tiap hari.
Kalau nak lebih mudah, mak aku buat ialah blender semua cincau tu dan minum macam biasa.
Kalau cincau kat Tesco senang nak sukat sebab dia jual dalam bentuk packing silinder kecil. So mak aku makan setiap hari satu. Takut juga nak makan tiap-tiap hari, cincau ni kan sejuk. Nanti krem lak kaki mak aku ..hehehehehe.
cincau
Hasilnya darah tinggi mak mentua aku dari 180 yang tak turun-turun  selama 2 bulan menurun kepada 156.
Manakala mak aku dalam anggaran 150 telah menurun kepada 126!! Hilang darah tinggi!!
Kat sebelah ialah  ini bukti resit mak aku!!
Cincau adalah satu bahan yang menurunkan darah tinggi anda!!!!
Jika saudara mara anda mempunyai darah tinggi sila cuba petua ini.
Syukur alhamdulilah akhirnya darah tinggi mak mentua dan mak aku menurun. Suka melihat senyuman mereka semula.
Aku telah mencuba kepada 2 subjek iaitu mak dan mak mentua aku  dan ternyata ia berjaya. Dan tolong sharekan maklumat kepada semua.!!! Aku memang berniat nak kongsikan maklumat ini..
Sekarang ini aku melihat penggunaan jangka panjang penggunaan cincau ini.
Risau ler..benda sejuk ini.. Takut semput atau krem kaki orang tua aku lak..hehehehe.
Selamat mencuba!!
Info nie aku copy dari Blog Hanif Idrus untuk share gan korang mana tahu kot2 mak korang atau sesiapa yang ada darah tinggi....
16 September 2012
Tab Menu Simple
Tuto nie di request oleh kak ieda...
CARA LETAK TAB MENU
4. Dashboard - Design - Add a gadget
5. Letakkan kod menu tab bawah ni dan paste dekat gadget HTML.
WARNA MERAH : letak URL page yang korang dah buat dalam step 1
WARNA BIRU : tulisan ni lah yang akan keluar dalam teb menu korang. (edit lah ikut tajuk tab menu korang sendiri)
title : ada perkataan title sebelum tulisan warna biru kan? tu gunanya sebagai title. bila orang alih cursor dekat tab menu tu, dia akan kuar title korang tu. title mestilah sama dengan tajuk tab menu korang yang tulisan biru tu ye.
WARNA PURPLE : korang boleh tukar warna tab kat sini ea.
6. kalau korang nak tab menu korang terletak dekat bawah header , korang drag gadget tu dekat bawah header ok. kalau nak letak dekat atas post title, drag kat blog post. pilih ah mana yang sesuai.
sharing is caring. selamat mencuba!
Tuto nie Kredit Dari Blog Aish..
14 May 2012
Teknik Make-up Yg Memukau!!!
Pandai betul cara gadis di bawah nie make-up...Macam tak percaya teknik make-up boleh membuatkan muka gadis nie cun giler....
Wajah  gadis jepun  Sebelum make-up....nampak tak?cam ada jerawat di wajahnya.....
Nota:Cantikkan....sekarang nie dah macam-macam teknik make-up yg membuatkan kita sentiasa cantik...
26 April 2012
Tip Hilangkan Mengantuk
Ada tak sesiapa yang pernah rasa mengantuk di pejabat atau time belajar tak pun mengadap komputer? Lagi-lagi kalau waktu malam sebelum tu  tengok bola atau kerja terlalu banyak menyebabkan kita lewat tidur... Nak ke korang tidur di tempat kerja atau time belajar?nanti  terkantoi ngan bos atau cikgu malu pulakkan.....Kat bawah nie ada tip hilangkan mengantuk hihihi...Semoga korang tak mengantuk di tempat kerja atau time belajar....
67120 wanita mengantuk thumb 300 225 Tips : Cara Hilangkan Rasa Mengantuk Di Tempat Kerja/Belajar
1. Hampiri kawasan bercahaya
Sekiranya terlalu mengantuk korang boleh la mencari tempat yang terang contohnya pergilah ambil cahaya matahari dekat tepi tingkap.  Dapatlah menyegarkan mata kita yang mengantuk tu.
2. Basuh muka
Selalunya ini lah perkara pertama yang terlintas bila korang mengantuk kan? Tapi orang pompuan mesti pikir 2-3 kali nak cuci muka. Biasa la kalau g ofis mesti make up kan, takkan la nak basuh make up camtu je tapi cara ini sangat berkesan.
3. Wangian aromaterapiMinyak wangi atau wangian aromaterapi juga dapat menguragkan rasa mengantuk. Bau-bauan yang segar dipercayai dapat meransang deria bau sekaligus mengurangkan rasa mengantuk anda. Antara bauan yang sesuai adalah ‘mint’ dan lemon.
4. Dengar muzik/radio
Muzik juga boleh menghilangkan rasa mengantuk . Ada beberapa jenis bunyian ataupun muzik dikatakan meransangkan dan meningkatkan kewaspadaan serta ketajaman minda. Jangan lah pulak korang dengar muzik yang buatkan korang terlena pulak. So, tak salahlah kalau korang bekerja sambil dengar muzik/radio asalkan tak buat korang leka sampai tak buat kerja. Tapi ni tak sesuai buat korang yang masih belajar, takkan lah cikgu mengajar di depan korang nak dengar muzik pulak kan.
5. Senaman ringan
Cara ni paling berkesan rasanya, senaman ringan maksudnya korang gerakkan anggota badan cam kaki dan tangan. Cara paling mudah turun naik tangga, sure hilangkan rasa mengantuk.