Showing posts with label Gosip Cik Rose. Show all posts
Showing posts with label Gosip Cik Rose. Show all posts

12 July 2014

Nelydia Senrose Akui Ada Selisih Faham Dengan Qi Razali




Sedangkan lidah lagi tergigit apakan lagi suami isteri. Eh. Ini bukan pertama kali rasanya hubungan Nelydia Senrose & Qi Razali didakwa mempunyai masalah namun mereka berdua masih teguh bersama dan memegang janji untuk mendirikan rumahtangg bahagia hingga ke akhirnya.
Menerusi portal GUA hari ini, Nelydia Senrose mengakui baru baru ini terdapat sedikit salah faham antara mereka berdua sehingga menyebabkan mereka bergaduh di sebuah pusat membeli belah dan disaksikan para peminat yang terus tertanya tanya apakah puncanya.
“Saya tidak terkejut sama sekali isu ini timbul kerana ia perkara normal dan ianya berlaku sangat pantas. Pada saya, normal jika sepasang kekasih berselisih faham tetapi perselisihan faham itu bukan kerana hubungan kami ada masalah, sebaliknya kerana isu luar yang lain,” ujarnya.
Khabarnya pasangan ini bergaduh sehingga Nelydia Senrose menangis di khalayak ramai namun pelakon ini berkata hubungannya dengan Qi Razali baik baik sahaja dan harap peminat yang terlihat insiden itu tidak salah faham.

aku malas nak komen lebih2...sekadar berkongsi cerita hihihi

18 June 2014

Bekas Isteri Nadim Yang Berkawan Rapat Dengan Nora Danish

Assalamualaikum...


Siapa tak kenal anak Nazri Teksi iaitu Nadim ?

Sekarang beliau sedang hangat bercinta dengan Nora Danish .

Sebelum ini beliau telah berkahwin dengan seorang wanita yang bernama Nabilah Khan .

Nama timangan Nabila Khan ialah Bee Khan .


Khabarnya beliau berketurunan Pakistan .

Perkenalan Bee Khan dan Nadim Nazri Teksi bermula pada tahun 2007 .

Mereka berkahwin pada tahun 2011 dan bercerai khabarnya pada tahun 2013 .


Mereka mempunyai seorang anak lelaki yang khabarnya berumur 2 tahun sekarang ini .

Jom tengok gambar bekas menantu Nazri Teksi .


24 September 2013

Gosip Terbaru Hero Cinta Jannah Aeril Zafriel

Assalamualaikum...

Nak tercabut jantung aku bila terbaca kat kosmo tentang gosip pelakon nie....yalah...hari-hari aku bukak  dia punya instragram.....ada pulak gosip yg kurang menyenangkan...emmmm....siapalah yg tulis artikel tue...entah2 artis lain tak...



Laporan Kosmo! hari ini menyebut yang sebuah stesen radio swasta hujung minggu lalu telah mengeluarkan satu gossip kononnya seorang pelakon wanita yang telah lama senyap dari dunia hiburan kini sudah melahirkan anak dan sedang berpantang.
Bapa kepada anak tersebut pula khabarnya adalah pelakon lelaki yang sedang popular dengan sebuah drama bersiri yang di’siarkan setiap petang di televisyen.
Dan spekulasi pun timbul mengatakan gossip tersebut merujuk kepada Wawa Zainal & juga Aeril Zafrel yang kebetulan sedang popular dengan Cinta Jannah di TV3.
Aeril Zafrel yang ditemubual menafikan perkara tersebut & berkata ianya hanya kata kata orang ramai yang tidak mempunyai bukti selain menegaskan sekali lagi yang hubungannya dengan Wawa Zainal hanya sekadar sahabat baik.
“Saya tidak tahu hendak kata apa (ketawa). Itu hanyalah kata-kata tanpa sebarang bukti yang sahih, jika saya nafi & komen lebih-lebih orang memang tidak akan berhenti bercakap. Memang saya tidak berkahwin, saya hanya kahwin dalam drama sahaja”
Menjawab dakwaan yang Wawa Zainal telah hamil, Aeril Zafrel meminta semua pihak berhenti menyebarkan cerita jika tiada bukti.
“Jika saya kahwin, pasti ada bukti kerana pelbagai perkara harus diselesaikan seperti dokumen, bukan boleh berkahwin secara senyap kerana akhirnya orang akan tahu juga,” tambahnya lagi yang memaklumkan Wawa Zainal masih berada di Sabah untuk berubat.
Nota Pink: Kalau dunia hiburan artis nie...pantang ada artis glamour sikit...pasti ada gosip panas....betul tak?

23 September 2013

Isu Rozita Che Wan (baju dalam Merah)

Tadi terbaca kat Kosmo tentang gosip cik ta kita nie....terus aku nak share gan korang...takkan pelakon cantik nie..tertinggal baju dalam kat set pengambaraan....tak logik betul...emmmm


POPULAR dan jelita menyebabkan nama Rozita sering digunakan untuk melariskan produk.



SELEPAS kecoh isu perkahwinannya dengan Zain Saidin, kini aktres jelita, Rozita Che Wan ditimpa pula dengan isu baju dalam terpakai berwarna merah yang didakwa miliknya, dijual di internet.
Mungkin isu tersebut remeh tetapi apabila baju dalam didakwa milik Rozita atau Che Ta yang kononnya dikutip oleh kru produksi selepas selesai penggambaran sebuah drama tersebar begitu luas di internet, sedikit sebanyak telah menjejaskan reputasi aktres tersebut.
Tidak melatah atau naik hantu dengan isu tersebut, Che Ta hanya mampu tertawa apabila perkara tersebut diberitahu sendiri oleh adiknya, aktres Ayu Raudhah pada minggu lalu. Ikuti temu bual Kosmo! bersamanya baru-baru ini.
Kosmo!: Adakah Che Ta tahu tentang isu baju dalam berwarna merah yang kononnya milik Che Ta dijual di internet?
CHE TA: Saya tahu selepas adik saya, Ayu beritahu tentang perkara itu pada minggu lalu. Apa lagi, saya hanya mampu tergelak besarlah sebab sampai baju dalam pun mereka mahu jadikan isu.
Apakah reaksi Che Ta apabila mendapat tahu ada orang menggunakan nama Che Ta untuk menjual baju dalam tersebut?
Sebenarnya sampai sekarang saya tidak berhenti tergelak bila orang tanya tentang perkara itu. Bagi saya itu kerja orang gila dan tidak masuk akal. Selagi perkara seperti ini tidak menjejaskan periuk nasi dan imej, saya tidaklah mahu saman atau membawa isu ini ke pihak berkuasa.
Che Ta malu atau tidak dengan isu ini?
Saya tidak rasa malu sebab baju dalam itu bukan saya punya (ketawa). Namun, sebab mereka menggunakan nama saya dan menarik orang untuk membaca apa yang ditulis, saya geram juga sebab nama Rozita Che Wan yang dijual. Kalau boleh tolonglah hentikan kerja-kerja yang tidak berfaedah ini.

ROZITA tidak melatah dengan isu terbaharunya itu.



Adakah kejadian seperti ini pernah berlaku?
Sebelum ini ada orang jual nama saya kononnya guna korset satu jenama yang mahal juga sedangkan sebenarnya saya langsung tidak pernah pakai korset jenama tersebut. Bab barang yang ada jenama ini, kalau mereka menggunakan nama saya, saya agak sensitif kerana mereka telah menipu pelanggan dan peminat saya, jika ada lagi yang ingin lariskan produk dengan memetik nama saya, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang selepas ini.
Bagaimanakah reaksi peminat Che Ta pula?
Peminat sekarang semuanya bijak, mereka mampu bezakan mana cerita benar atau tidak. Saya tidaklah terjejas sangat, begitu juga dengan peminat. Mereka faham, bermacam perkara yang orang tidak bertanggungjawab boleh lakukan untuk menjatuhkan seseorang, tidak kiralah artis atau orang biasa. Selagi saya mampu tersenyum, ketawa dan bekerja seperti biasa, perkara seperti ini bukan masalah besar.
Nampaknya nama Che Ta cukup popular sehingga ramai yang mempergunakan nama Che Ta untuk lariskan produk. Tidak terfikir untuk hasilkan produksi sendiri?
Bagus juga idea itu, selepas korset, baju dalam pula, kalau macam ini saya nak buka perniagaan baju dalam jenama Rozita Che Wan, lagi bagus tidak perlulah orang guna nama saya lagi (ketawa). Setakat hari ini, saya hanya ada perniagaan tudung yang diberi nama Padusi sahaja bersama adik-beradik saya yang lain.
Bagaimana pula dengan persiapan perkahwinan yang dijangka bakal berlangsung pada Disember depan?
Sekarang saya perlahankan kerjaya lakonan untuk memberi fokus kepada kedua-dua anak saya yang akan mengambil peperiksaan PMR dan SPM. Saya hanya memberi fokus kepada program Ratu Rania dan juga Primadona. Saya belum buat sebarang persiapan perkahwinan, mungkin bulan Oktober barulah akan mula merancang dan mempersiapkan apa yang patut.


20 September 2013

PANAS!! : Adi Putra Bakal Berdepan Hukuman Penjara 5 Tahun



Pelakon filem KL Gengster 2 yang bakal ditayangkan Oktober ini,  Adi Putra atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim bakal berdepan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika siasatan mendapati dia bersalah terhadap dakwaan menghantar gambar alat sulitnya melalui aplikasi Whats App Mesengger (WhatsApp) kepada seorang wanita berstatus isteri orang.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU) Asissten Komisioner Ruslan Hassan berkata siasatan kes itu mengikut seksyen 509. Kanun Keseksaan. Bagaimanapun semua hanya boleh ditentukan mahkamah.
“Setakat ini siasatan masih dijalankan dan kertas siasatan juga masih belum dihantar kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya”, katanya.
Pada masa sama Ruslan berkata pihaknya masih menunggu laporan analisis yang dibuat terhadap telefon bimbit milik wanita lingkungan 30-an terbabit.
“Telefon bimbit itu disita sebelum dihantar ke makmal forensik untuk dianalisis bagi membantu siasatan kes ini. Kami masih menunggu hasil analisis berkenaan bagi proses selanjutnya.
Berdasarkan satu laporan polis seorang lelaki dipercayai suami kepada wanita terbabit, pelakon itu kononnya di dakwa menghanar gambar berkenaan melalu WhatsApp kepada isteri pengadu.
Pengadu yang juga ahli perniagaan berusia 56 tahun mendakwa pelakon ini berkomunikasi dengan isterinya sejak penghujung Julai lalu dan berlarutan sehingga Ogos lalu.
Suami wanita itu dikatakan menemui perbualan pelakon berkenaan dengan isterinya selalin gambar terbabit sebelum melaporkannya di balai Polis Skudai. Manakala si pelakon pula turut membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju mendakwa dia diugut seseorang.

kredit SINI

31 July 2013

Bisnes Bedak Sejuk ‘Tanaka’ (Nora Danish)

Assalamualaikum...
You all pasti tahu Nora Danish adalah seorang pengedar "bedak sejuk 'Tanaka"kan....Tadi aku ada terbaca yang dia hentikan sekejap buat bisnes pasal bedak sejuk Tanaka kerana mahu mendapatkan kandungan yang lebih berkualiti daripada pengeluar bedak itu di Myanmar.

 nora danish jepun
“Buat masa sekarang saya menghentikan penjualan bedak tersebut kerana pihak kami sedang mencari kandungan bedak yang betul-betul baik yang kita akan ambil terus dari Myanmar.
“Dulu saya ambil daripada sebuah kedai namun selepas saya promosi dan jual ramai pula yang serbu kedai tersebut dan jual bedak yang sama,” katanya seperti yang dilaporkan mStar Online.
Nora yang mula menjual produk bedak sejuk yang diberi nama ‘Tate Dea by Nora Danish’ itu sejak awal tahun lalu menganggap ia sebagai bedak tradisional keturunan Myanmar.
.
“Saya berketurunan Myanmar dan memang bedak ini diperbuat daripada kayu ‘Tanaka’ yang menjadi bedak tradisional masyarakat Myanmar.
“Kalau boleh saya mahu memperkenalkannya di Malaysia kerana ia memang bagus untuk menjadikan kulit licin dan cantik,” ujarnya.
 
 
Eloklah tuekan....Hari tue...aku teringin jugak nak try bedak sejuk tanaka...tapi tak sempat nak cuba atau beli....sebab keluar isu yang tak elok pasal bedak nie...

30 July 2013

OOO nielah orang yang di gosip dengan Nora Danish

Nielah rupa si Nadeem ya anak Datuk Seri Nazri...Baru aku dapat lihat wajah encam dia kikiki...Sebelum nie tercari2 jugak camnalah rupanya...Rambut karat beb...


Foto Nora Danish Dan Nadeem Datuk Seri Nazri Bercuti Bersama Di Thailand
 Foto Nora Danish Dan Nadeem Datuk Seri Nazri Bercuti Bersama Di Thailand

Foto Nora Danish Dan Nadeem Datuk Seri Nazri Bercuti Bersama Di Thailand
Menerusi gambar tersebut, dilihat aktress kecil molek ini sentiasa berdekatan dengan Nadeem.
Keakraban mereka semakin terserlah apabila kerap bersama dan kelihatan Nora Danish sudah tidak segan untuk memuatnaik gambarnya bersama Nadeem di Instagram.
Foto Nora Danish Dan Nadeem Datuk Seri Nazri Bercuti Bersama Di Thailand
Mungkinkah, selepas ini akan ada berita baik yang ingin disampaikan oleh pasangan ini, sama-sama kita nantikan.


Nota Pink: Hai!! Nora Danish...anak Datuk jugak yang kau cari,ramai artis-artis yang masih bujang jatuh hati kat kau...kau tak layan....yang penting banyak duit....kkikiki...Semoga ada jodoh di antara mereka...

27 July 2013

Poligami Sanggupkah Seorang Isteri

Assalamualaikum...

Sekarang niekan isu pasal Ashraf Muslim kahwin duakan...,tadi aku ada baca tentang Ashraf Muslim yang mengatakan kedua2 isterinya sedang keluar bersama-sama untuk 'Women talk',kiranya Ashraf Muslim biarkan aje mereka berdua berbicara dari hati ke hati....

 Ketika ditanya, Ashraf akui masih belum bersedia membawa kedua-dua isterinya Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah  pada sidang media khas yang berlangsung, petang semalam.

"Saya tak nak mereka berada di sini (sidang media). Saya kata, biar saya cakap dulu.

"Nanti apabila saya dah sedia untuk menampilkan kedua-duanya barulah saya ceritakan. Bolehlah nak cerita apa yang nak dicerita," katanya kepada pemberita.

Ketika sidang media sedang berlangsung, Ashraf memberitahu kedua-dua isterinya sedang keluar bersama-sama.

"Sekarang (mereka) sedang keluar sama-sama.

"Mereka ada (keluar) sebelum ini. Biar mereka berbincang ke apa ke, ikut merekalah. 'Women talk'. Biarlah," katanya.

Akui penerimaan Dayana terhadap Sakinah masih belum 100 peratus, namun mereka dalam proses menerima antara satu sama lain.

"Dalam proses. Kita tak boleh nak cakap 100 peratus sebab ini perempuan. Kita sebagai seorang lelaki kena faham perempuan.

"Ini memanglah, dalam peringkat permulaan memang cakap tak sukalah apalah tapi ini tugas saya.

"Saya sebagai ketua keluarga kena jagalah semua sekali. Dari sudut isteri-isteri saya, keluarga mertua, keluarga saya semua," katanya.

Apabila soal zuriat dibangkitkan, Ashraf menafikan itu punca dirinya berkahwin kali kedua.

"Ini (berkahwin lagi) bukan sebab zuriat atau keluarga. Bukan.

"Apabila kita ada rasa perasaan itu, kalau kita elak-elak macam mana pun, nanti ia akan...saya takut saya akan buat benda yang tak baik. Baik kita kahwinlah," katanya yang ada merancang untuk membawa kedua-dua isterinya menunaikan umrah.

Ashraf juga akui belum membawa Sakinah bertemu keluarga Dayana sejak pernikahan mereka.

"Belum lagi. Sabar dulu. Panas lagi, kena sabar dulu. Saya kena pergi keluarga sana, terangkan dan pujuk orang sana.

"Pergi sini, pujuk orang sini. Banyak kerja sikitlah apabila berpoligami, katanya.

Ketika ditanya sama ada ada peminat yang marah berhubung kontroversi ini, Ashraf berkata, kebanyakan peminatnya mengucapkan tahniah.

"Tak ada. Semua cakap tahniah. Saya cakap sikit-sikit saja. Kalau boleh tak nak...biar beritahu beginilah (sidang media).

"Penatlah nak cakap seorang demi seorang," ujarnya lagi.

Sementara itu, ketika mengulas lanjut mengenai masa depan karier isteri keduanya, Ashraf tidak akan mengizinkan Sakinah berlakon.

Namun katanya, pertimbangan akan diberikan sekiranya isterinya itu mahu kembali atau mengacara.

"Kalau pengacara itu tak tahu lagi. Kena bincang dengan dia. Tapi untuk berlakon itu, tak lah," ujarnya yang turut membuat perancangan untuk membawa kedua-dua isterinya menunaikan umrah.
Sumber-sinar harian

gambar tunang ashraf muslim
 
Tak usah bicara tentang peyung emas
kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci Khadijah dan Fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
kerana
Aku bukan Allah...mudah menyebut kun fa ya kun....

Tak usah bicara tentang setia
kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggung jawab
kerana
Aku tahu aku lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaaan
kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
kerana
Aku di asingkan darimu kerana dia

Sucinya aku,kau miliki ketika di Mekah
Hebatnya dia,kau sembunyikan ketika di Thailand

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah
Kerana satu dunia tahu
Hanya itulah jawapan mudah untuk lepaskan kekhilafan yg di sengajakan...

Sajak di atas adalah bukan  luahan hati Dayana tau...Entah siapa yang buat sajak nie...aku pun tak tahu....sajer aku na share sajak nie....

Nota Pink: Aku bagi lesen hubby aku kawin lagi kikiki...korang caya tak?Tapi hubby aku tak nak katanya Isteri yang nie sorang pun tak sanggup nak layan ada hati nak kawin lagi....Entah2 kat mulut dia jer cakap cam tue...hatinya lain waaaa!!!....(Pasti cik hubby aku baca nanti kikiki biar dia baca...kisah aku nak buat puding roti semalam tak jadi pun dia tahu...terus malam tadi...dia suruh beli barang untuk buat puding roti hari nie....Aku tanya dia "mana tahu...hal puding roti tue....Ibu tak cerita pun kat abah kikiki...Cik hubby aku jawab...dia tahulah....Pastu aku cakap kat dia....nie mesti baca blog nie kikiki...cik hubby aku terus diam sambil senyum...)
 

05 June 2013

Amar Asyraf Dan Tunang Akhirnya

Assalamualaikum...



 Nak bergosip kejap hihihi....aku ada terbaca yg Amar Asraf akak kawin minggu nie....betul ke idok...aku tak tahu ler....Aku terbaca kat blog ROTI KAYA

 

Nama beliau mungkin tidak sebesar pelakon popular yang lain tetapi aktor muda ini mendapat perhatian ramai semenjak beliau bawakan watak Zain dalam drama bersiri Setia Hujung Nyawa.

Amar Asyraf hari ini melalui akaun Facebook beliau seakan ingin beritahu para peminat yang beliau bakal menamatkan zaman bujang pada minggu ini — hujung minggu ini kami jangkakan tarikhnya.

“She who never let me slip away with the current, are my backbone for this 2 years and will be for all my life! I always knew that she is the one”
“And this week I’ll be her husband! I will take the responsiblity for all her action starting this weekend,”
 tulis beliau yang kami percaya ditujukan kepada tunangnya, Arna Salleh.



My Note: Kalau betul mereka nak kawin Alhamdulillah....semoga persiapan perkahwinan nanti berjalan dengan lancar....Amin....

Suka dengar bila orang nak kawin nie....hihihi ingat time aku nak kawin dulu...berangan kejap...

30 April 2013

Isu Norman KRU Di twitter

Assalamualaikum....
Banyak hari jugak aku tak update blog....sorry untuk ahli geng GSF ya...dalam beberapa hari nie...aku sibuk edit blog....faham2 jerlah hihihihi...

Okey,hari nie nak share status yang menjadi isu hangat tentang Norman Hakim twit status di twitter...jom kita baca...

Artis Respon Kenyataan Norman Kru – Kenyataan yang telah ditulis oleh Norman Kru mendatangkan pelbagai reaksi daripada pihak diluar sana. Kenyataan yang ditweet oleh beliau berbunyi industri muzik dan perfileman tempatan akan musnah jika PAS memegang tampuk pemerintahan negara.
Artis Respon Kenyataan Norman Kru
Artis Respon Kenyataan Norman Kru
Kenyataan tersebut turut menarik minat penyanyi, Faizal Tahir dan Hafiz Hamidun serta pengarah Ahmad Idham untuk turut memberi komen terhadap kenyataan Norman itu.
Faizal Tahir menerusi akaun Twitternya menulis, “Some people have seriously got to be kidding me by saying industry filem dan muzik akan hancur kalau bertukar tangan pimpinan.”
Artis Respon Kenyataan Norman Kru
Dibawah merupakan kenyataan daripada Ahmad Idham dan Hafiz Hamidun.
Artis Respon Kenyataan Norman Kru
Artis Respon Kenyataan Norman Kru 

Tak patut Norman Kru buat status seperti itu...nampak sangat norman berfikiran cetek huhuhu.....jgn pikir kita akan sentiasa berada diatas.....Hanya sekelip mata sahaja ALLAH akan mengambil apa saja yg di limpahkan rezeki ke atas kita....Aku sokong dengan Faizal Tahir hihihi...

24 March 2013

Are you gay?

hahaha....mungkin korang terkejut dengan tajuk di atas....Sebenarnya aku nak story pasal Seorang pemuda Thailand nie....telah membuat pembedahan untuk menjadi seorang perempuan huhuhu...

Golongan transgender Thailand memang terkenal dengan kemampuna mereka untuk kelihatan lebih hot dari wanita sebenar. Treechada Petcharat (26) yang merupakan pemenang tahun 2004. Beliau dilahirkan sebagai Saknarin Marnyaporn sebagai seorang lelaki tetapi Saknarin Marnyaporn merasakan diri beliau seorang wanita yang terperangkap di dalam tubuh seorang lelaki. Pada usia 17 tahun beliau melakukan perubahan jantina dan menukar nama beliau kepada Treechada Petcharat.












 
Psstt!! tak sanggup aku tengok wajahnya...memang cantik mengalahkan aku....huhuhu.....Apa pendapat korang?....Pesanan untuk lelaki....berhati-hati...hehehe

20 February 2013

Tak suka Qi Razali Gan Nelydia Senrose

Korang jangan terkejut....Aku terbaca gosip nie dekat Utusan yg mengenai Qi Razali selesa dengan Nelydia Senrose....Eeiii tak suka aku gan mamat kurus kering tue...Sebelum nie Qi nie bercinta gan Yuna kan....pastu sekarang dah tak couple dah....Qi nie banyak yang tak elok tentang peribadinya....tue yang aku tak suka....Nelydia Senrose tue...budak lagi....huhuhu...Jom baca perbualan antara Qi Razali dengan Hits.


qirazali

DI kala umurnya menjangkau 36 tahun, Qi Razali masih lagi dilihat sebagai lelaki idaman ramai wanita. Kekal dengan status bujang, Qi atau nama sebenarnya Kushairi Mohammed Razali sebelum ini pernah bercinta dengan penyanyi terkenal Yuna sebelum putus di tengah jalan. Enggan menoleh ke belakang lagi, Qi memberitahu, 2013 bakal dipenuhi dengan urusan kerjaya sahaja. Sempat menjenguk ke laman Instagram miliknya baru-baru ini, dikejutkan dengan gambar berdua miliknya dengan pelakon Nelydia Senrose. Cuba ajukan soalan sama ada hatinya kini sudah terubat dengan kehadiran pelakon drama bersiri Setia Hujung Nyawa itu, Qi memilih untuk jujur kepada wartawan AIDA RIZMARIZA KAMARUDDIN.


HITS: Boleh Qi beritahu apa hubungan sebenar Qi dengan Nely?
Qi Razali: Memang saya selesa dengannya, rasanya tidak ada masalah untuk saya bersama dengan orang yang saya selesa.


Adakah ini bermakna Qi mengaku sedang menjalinkan hubungan cinta dengan dia?
Jangan terlalu cepat membuat andaian, kami sudah kenal lama dan buat masa ini kami masih sedang mengenali. Saya mahu ia berjalan dalam proses yang betul, biarlah ia berlaku secara perlahan-lahan, tidak tergesa-gesa.


Selain kisah dengan Nely, apa lagi cerita terbaru Qi?

Saya baru sahaja selesai penggambaran dua filem berjudul Anak Jantan dan BenCinta. Dan kini sedang bersedia untuk dua program baru pula. Boleh dikatakan rezeki agak menyerlah tahun ini. Syukur kepada Allah.


Filem BenCinta lakonan Qi merupakan terbitan MIG, adakah ini bermakna Qi kini berada di bawah pihak pengurusan MIG?


Oh, tidak. Saya hanya berlakon di bawah produksi itu sahaja. Memang ada tawaran untuk menjadi artis MIG tetapi buat masa ini saya masih memikirkannya.Banyak nak kena fikir.

Sebelum ini peminat lebih mengenali Qi sebagai pengacara, mungkin kemunculan Qi di dalam dua filem ini akan memberi gambaran berbeza buat peminat.

Memang, untuk dua filem ini saya melakonkan watak yang amat berbeza daripada watak sebelum ini. Apa yang pasti saya mahu buktikan kepada peminat saya juga mampu membawa pelbagai watak dan tidak hanya mahu dikenali sebagai pelakon "urban" semata-mata.

Dengarnya juga, Qi mahu dalam bidang nyanyian, hmmmm... nak ikut jejak kekasih lama ke?


(Ketawa) saya memang suka menyanyi, cuma sebelum ini secara sorok-sorok. Namun kali ini saya akan menyumbangkan sebuah lagu hasil ciptaan dan nyanyian saya untuk filem BenCinta.Minat kepada nyanyian sudah lama, cuma sekarang baru ada peluang. Saya tak ikut sesiapa, ikut kata hati sendiri sahaja.

Psstt!! aku niekan suka sangat tulis entry tentang gosip...hihihi....nak citer hal keluarga aku....tiada story yg best  nak citer....Sebab sekrg dah jarang keluar....Yalah jimat cermat nak renovate rumah hihihi...Tunggu!!!

25 January 2013

Gambar Pakwe Anzalna Nasir


Hai! banyak pulak aku publish entry malam nie....korang layan jerlah...,tadi usha2 blog terjumpa pulak gambar pelakon nie dengan pakwenya...so aku nak share gan korang.... aku ambik gambar nie dari Sini

Siapa tak kenal Anzalna?dia jugak berlakon dalam drama Adam Hawa...

Anzalna Nasir dan kekasihnya yang bernama Hanif Zaki.Dah banyak gambar mereka di blog-blog dan forum..  Ada juga mengatakan mereka merancang untuk mendirikan rumah tangga.Semoga impian untuk mendirikan rumah tangga terlaksana....Amin..Apa-apa pun layan jerlah gambar pasangan nie....


Psstt!!! gambar yang last tue bakal mak mertua ke? hihihi

Gambar Pra Perkahwinan Liyana Jasmay & tunang Fathudin Mazlan

Sekarang niekan isu tentang gambar pra perkahwinan Liyana Jasmay tersebar....Gambar pra perkahwinan mereka nie sebenarnya dorang nak simpan untuk buat koleksi peribadi....tup-tup tersebar kat Internet....

Aku sebenarnya suka tgk muka Liyana Jasmay nie....cam tak puas tgk....cute sangat2....tunanngnya pulak hensem hihihi....Pasal isu nie jugak Ibu Liyana Jasmay meluahkan perasaan kecewa kerana gambar pra perkahwinan anaknya  tersebar.


“Saya dan keluarga kesal dengan apa yang berlaku. Perkara sebegini sepatutnya tidak berlaku ketika ini memandangkan majlis bakal berlangsung tidak lama lagi”
“Gambar itu sepatutnya tidak boleh dipaparkan kepada umum kerana perkara ini telah dijanjikan sejak awal lagi. Ia hanyalah untuk simpanan peribadi sahaja”
“Kami kesal dengan tindakan jurugambar berkenaan. Namun, tidak perlu diperkatakan lagi kerana ianya telah berlaku dan kami akui kesilapan itu,” ujar Datin Habsah Simpon yang di’hubungi.
 
Pssttt!!! telajak perahu boleh di undur...telajak upload tak boleh nak undur hihihi....Layan jerlah...apa-apa pun gambar dorang sweet dan romantik...Semoga mereka berdua kekal bahagia....


16 January 2013

Kontroversi Kemenangan Terukir Di Bintang

Kontroversi kemenangan lagu Terukir di Bintang nyanyian Aizat di Anugerah Juara Lagu 27 (AJL27) semakin menjadi jadi tatkala Zed Zaidi meluahkan rasa geramnya di laman twitter berkenaan isu Uji Rashid disingkir di saat akhir.



Dia menyuarakan pendapat dan mendesak pihak penganjuran TV3 memohon maaf secara terbuka kepada artis veteran Uji Rashid berkenaan dengan isu penukaran penyanyi itu disaat akhir.
“Kesian saya tengok Uji yang sudah pun membuat persediaan awal seperti menempah baju, datang rehearsal dan membeli ubat semata-mata untuk jayakan persembahan tersebut”

“Saya difahamkan sendiri pada mulanya dia menolak pelawaan Yuna untuk menyanyikan lagu tersebut namun disebabkan rasa kasihan kerana Yuna sendiri memberitahu dia amat menyanjungi bakatnya dia lakukan juga”
Ujar Zed Zaidi selaku Presiden Seniman yang begitu tegas menjalankan tugas, dia memberitahu Rotikaya bahawa kemenangan Aizat setelah kontroversi lagu Yuna itu mungkin untuk menutup malu mereka setelah dikecam pelbagai pihak.

“Pada saya ini bukan salah pihak pengurusan Yuna mahupun pihak teknikal seperti Ramli MS kerana pada saya kuasa untuk membuang dan menukar semuanya terletak di tangan pihak stesen TV3″
“Kemenangan yang terjadi hanyalah untuk menutup malu mereka sahaja”
“Sehingga kini, saya masih belum baca mereka (pihak penganjur) memohon maaf secara terbuka mengenai isu ini setelah Uji Rashid sendiri menitiskan air mata diperlakukan sedemikian rupa”


Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepad Zed Zaidi yang setia memantau pergerakan industri seni dan lantang bersuara membantu golongan veteran seperti Uji Rashid!
Sehingga kini, masih belum dapat menghubungi pihak stesen TV3 dan tidak dapat mengambil kenyataan mereka berkenaan isu Zed Zaidi ini.

Kredit Rotikaya

psstt!! bagus jugak Zed Zaidi nie.....memperjuangkan maruah artis.... Tapikan..Aizat nyanyi lagu yuna tue best....bersahaja jer....