Assalamualaikum & salam ceria...
Kita mencari hanya yang tulen dan jati
sekadar hidup mengerti dan berbudi
dan bumi akan subur, makmur dan mewah
jika kita bekerja dan berikrar hidup bersama
tanah air memberi banyak
mesra mendakap kita
kemerdekaan mendorong kita berdiri dan berbakti
dan dalam alaf baru
semangat kita wajar padu berjalan kita
atas nama tanah air dan bangsa
bangga kerana merdeka
megah kerana bahagia.
S.N. A. Samad Said
Sumber: Pro-Mahasiswa (WUFI) UIAM
Assalamualaikum & salam ceria...
Allahuakbar!
Allahuakbar!
Walillahil Hamd!
Hasil Ramadhan adalah selepas Ramadhan. Betapa indah Ramadhan, Syawal muncul sebagai hari graduasi kepada ummat yang berjaya mencapai taqwa. Solat berjamaah, baca Al-Quran, qiyamullail dan sebagainya pasti dirindui bersama Ramadhan namun, kesinambungan selepas Ramadhan adalah kayu ukurnya.
Eidul Fitri hanyalah sehari. Tiada wujud hari raya pertama, hari raya kedua dan seterusnya. Ianya adalah ciptaan manusia semata-mata yang hanya inginkan kegembiraan dan keseronokan dalam diri. Eidul Fitri datang sebagai tanda keberjayaan ahli Ramadhan yang kembali kepada fitrah. Fitrah manusia yang hanyalah inginkan kebaikan, keelokan dan kecintaan daripada sang Pencipta. Itulah hakikat walaupun ramai manusia hidup dengan limpahan keseronokan nafsu sendiri.
Fitrah manusia yang inginkan keampunan dariada Allah. Semoga Allah mengampunkan dosa kita semua. Semoga Allah menyayangi dan mencintai kita. Fitrah manusia adalah seperti seorang bayi, yang tiada punya dosa dan kekotoran pada diri. Begitu juga dosa dengan manusia. Semoga kalian maafkan aku, aku maafkan kalian. Sesungguhnya dosa dengan makhluk, hanya makhluk bisa mengampunkannya.
Permohonan maaf dipinta khususnya buat sahabat-sahabat dan guru-guru di Sek. Keb. Seri Chempaka, Maahad Muhammadi (Lelaki), Pusat Asasi UIAM Nilai, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Gombak, guru-guru pengajian kitab, sahabat-sahabat Facebook dan seluruh ummat Islam di dunia. Maaf Zahir Dan Batin.
Taqabbalallahu Minna Wa Minkum
[كل عام وانتم بخير]
Alhamdulillah, setelah sekian lama menantikan kedatangan Rektor UIAM yang baru, Prof Dato Dr Zaleha Kamarudin insan terpilih mengisi jawatan tersebut. Pro-Mahasiswa (WUFI) dengan berbesar hati mengalu-alukan kedatangan beliau yang baru sahaja dilantik. Takziah dan tahniah diucapkan kepada Prof Dato Dr Zaleha.
Beliau bukanlah orang baru di UIAM kerana pernah berkhidmat sebagai Dekan di Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Law (AIKOL). Berkelulusan daripada Universiti London dalam Ijazah Kedoktoran Undang-undang, beliau pernah bertugas di Intitut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) selama 2 tahun.
Anak kelahiran Raub, Pahang ini pernah memegang Timbalan Dekan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Timbalan Dekan Pusat Penyelidikan di UIAM. Kebanggaan Rektor baru ini juga tidak dapat dinafikan apabila mendapat Anugerah Tokoh Pendakwah peringkat negeri Selangor pada 2009.
Mahasiswa UIAM sangat berbangga mendapat seorang pemimpin di peringkat atasan yang mempunyai latar belakang dakwah yang tinggi. Kami berharap Prof Dato Dr Zaleha dapat memimpin masyarakat UIAM khususnya untuk bersama-sama merealisasikan misi dan visi UIAM khususnya dalam mengislamisasikan kampus tercinta.
Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang Prof Dato Dr Zaleha.
Selamat Datang Prof Dato Zaleha daripada kami, Pro-Mahasiswa (WUFI) UIAM.
Sumber: Pro-Mahasiswa (WUFI) UIAM
Assalamualaikum & salam ceria...
Semoga Ma'ruf Club dengan kepimpinan yang baru ini dapat merealisasikan agenda UIAM yang bersifat islamik dan antarabangsa ini. Jayakanlah Ma'ruf Club sebagai gerakan mahasiswa Islam yang bergerak ke arah kesyumulan.
Assalamualaikum & salam ceria...
Bahasa Melayu Kerjaya : 30/10/2010 (9pm)
Ulum Hadis : 1/11/2010 (3pm)
Sorof 2 : 4/11/2010 (12pm)
Quranic & Prophetic Texts : 15/11/2010 (12pm)
Nahu 1 : 15/11/2010 (3pm)
Selamat Menempuh Ujian Akhir Semester diucapkan kepada semua sahabat dan mahasiswa UIAM. Semoga dengan peperiksaan ini, peluang digunakan sebaik mungkin untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah.
Waspada!!! Jangan dek kerana Final Exam ini menyebabkan diri kita dibelenggu oleh kuasa Nafsu dan Syaitan.
Assalamualaikum & salam ceria...
Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) telah ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh, Perak. Parti ini adalah parti yang mula-mula sekali menjadikan “MERDEKA” sebagai slogannya, dan menjadikan warna merah dan putih sebagai bendera untuk parti PKMM.
Dengan selogan “MERDEKA”, PKMM telah berjaya menghimpunkan seluruh rakyat Tanah Melayu tanpa mengira agama dan fahaman ideologi. Namun ia tidak mendapat sokongan di kalangan bangsawan Melayu dan juga kakitangan kerajaan (pro penjajah).
Pimpinan tertinggi PKMM pada awalnya dipimpin oleh Mokhtarudin Laso seorang yang amat keras di dalam perjuangannya, namun beliau menghilangkan diri dan dikatakan bahawa beliau telah ke Sumatera Barat. Untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Mokhtarudin Laso, satu mesyuarat telah diadakan di ‘Rumah Merdeka‘ di Kampung Bahru untuk menstrukturkan semula PKMM.
Struktur organiasasi PKKM yang baru adalah:
Yang Dipertua Agung : Dr Burhanuddin Al-Helmy
Naib Yang Dipertua Agung : Ishak Haji Mohamad (Pak Sako)
Setiusaha Agung : Zulkifli Aoni
Ahli Jawatankuasa :
1. Abdullah CD (Cik Dat Abdullah)
2. Ahmad Boestamam
3. Musa Ahmad
4. Khatijah Ali
5. Abu Bakar Al Baqir
Aishah Ghani telah mengantikan tempat Khatijah Ali apabila PKMM berpindah ke Kuala Lumpur. ‘Mak Inang‘ nama timangan yang digunakan oleh Aishah Ghani untuk penulisan akhbar rasmi PKMM yang bernama ‘Pelita Malaya‘. Aishah Ghani telah meletakkan jawatan setelah beliau menjawat jawatan di dalam kerajaan British. Tempat beliau kemudiannya diisi oleh Shamsiah Fakih dan Zainab Mahmud Baginda.
PKMM telah berkembang pesat dan digabungkan dengan pelbagai pertubuhan yang menjadi tulang belakang dan penggerak di seluruh Malaya, antaranya:
1. API (Angkatan Pemuda Insaf). Dibawah pimpinan Ahmad Boestamam. Diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP UMNO Dato Onn Jaafar.
2. AWAS (Angkata Wanita Sedar). Diketuai oleh Samsiah Fakeh. Diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP UMNO, Onn Jaafar.
3. BTM -Barisan Tani Malaya (BATAS). Ditubuhkan pada 7 Julai 1947 di Kajang. Ketuanya ialah Musa Ahmad. Setiausaha disandang oleh Abas manakala Mokhtar sebagai bendahari dan Kadir menjadi ketua bahagian propaganda. Pimpinan Negeri ialah Mokhtar – Kedah, Selangor – Musa Ahmad, Pahang – Abas, Johar – Kadir dan Negeri Sembilan – Ibrahim Baba.
4. Jabatan Kerja Melayu (JKM). Didirikan pada awal tahun 1946. Diketuai oleh Alimin, Setiausaha oleh Abdullah CD dan merangkap ketua bahagian selatan. Bahagian utara oleh Rashid Maidin dan bahagian timur oleh Kamaruzaman Teh.
5. Hizbul Muslimin. Ditubuhkan pada 17 Mac 1948. Tokoh yang terlibat ialah Ustaz Abu Bakar Al Baqir, Ustaz Abdul Rab, Dr Burhanuddin Al Helmy dan Kiayai Masyur Azahari. Pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar mengharamkan Hizbul Muslimin yang dianggap ‘Parti Islam Merah’ dan merupakan ‘bahaya dari gunung’ kepada mereka.
6. GERAM -Gerakan Angkatan Muda. Pimpinan Abd Aziz Ishak dan A Samad Ismail.
7. Kesatuan Buruh Melayu SeMalaya. Ditubuh pada tahun 1946 di bawah pimpinan Abdullah CD. Dipanjangkan penubuhan ke negeri-negeri pada 1947.
8. Pan Malayan Federation of Trade Union (PMFTU). Gerakan buruh berbagai kaum. Pada 1947, kongres telah memilih Ganapathy sebagai Pesiden, Abdullah CD sebagai Naib Presiden dan Chen Lu sebagai Setiausaha.
9. Kesatuan Opera Melayu.
10. Persatuan Pemandu Teksi.
11. PETA -Pembela Tanah Air. Ditubuhkan apabila KMM diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar.
12. Majlis Agama Tertinggi Se-Malaya (MATA). Pimpinan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir.
Pada tahun 1947, iaitu sepuluh tahun sebelum merdeka, PKMM memperkuatkan perjuangan menuntut kemerdekaan dengan bergabung dengan beberapa pertubuhan bukan Islam dan bukan Melayu dalam Malaya Democratic Union, membentuk Barisan Bersatu Putera-AMCJA.
Barisan Bersatu Putera-AMCJA ditubuh pada 1947 dan menggubal 10 fasal Perlembagaan Rakyat untuk kemerdekaan.
Antara gerakan yang dilakukan oleh Barisan Bersatu Putera-AMCJA yang sangat berjaya dan menggugat kedudukan British adalah mogok seluruh Malaya yang dikenali sebagai HARTAL. (videohttp://www.youtube.com/watch?v=sNZzZlVgWxY&feature=PlayList&p=F0B6BA1785FFE49E&index=0&playnext=1)
HARTAL telah berlangsung pada 16 September, 1947 yang telah mencatatkan sejarah satu mogok umum, di mana pada hari tersebut, satu aktiviti pun tidak dilakukan oleh seluruh rakyat Malaya.
Pada masa yang sama, British telah berpakat dengan Elit Melayu yang menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Perkembar – yang kini dikenali sebagai UMNO), menggubal satu lagi perlembagaan yang dipanggil Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
British tidak menerima desakan Barisan Bersatu Putera AMCJA, dan telah menolak Perlembagaan Rakyat dan menggantikan Malayan Union dengan membentuk Persekutuan Tanah Melayu serta melantik Dato’ Onn menerajuinya.
Barisan Bersatu Putera AMCJA dan seluruh anggota gabungannya, diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan Yang Dipertua (YDP) UMNO, Dato’ Onn Jaafar.
British telah mengisytiharkan Darurat pada tahun 1948, dengan alasan menentang gerakan komunis di Malaya dengan menggunakan ‘preventive detention‘ iaitu tahanan tanpa perbicaraan yang kemudian dikuatkuasakan sebagai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mengambil tindakan menangkap sesiapa sahaja yang menentang.
Antara bukti bahawa Darurat 1948 diisytiharkan adalah semata-mata satu tindakan ’pecah perintah’ British adalah lebih 2,800 orang ahli-ahli gabungan Barisan Bersatu Putera ACMJA ditangkap dibawah ISA, termasuk Ustaz Abu Bakar Al-Baqir pemimpin MATA dan Hizbul Muslimin yang kemudiannya didaftarkan secara rasminya sebagai Parti Islam SeMalaysia (PAS).
Assalamualaikum & salam ceria...
Selamat hari raya Aidilfitri diucapkan kepada semua sahabat dan adik-beradik seaqidah, semoga dengan berakhirnya kem Ramadhan ini maka terhasillah satu produk latihan yang mantap menuju redha Allah.
Seinfiniti keampunan dan kemaafan dipinta kepada semua manusia yang mengenali diri ini, sesungguhnya dosa terhadap Allah diampuni oleh Allah yang Maha Pengampun dan Penyayang. Dosa manusia hanya manusia yang mampu dan berhak memberi kemaafan.
Assalamualaikum & salam ceria...
Maka bermulalah kehidupan mereka sebagai seorang mahasiswa yang sinonim dengan agen perubah walau di mana jua. Mahasiswa hari ini sepatutnya sudah tiada lagi ideologi buku teks semata-mata. Yang bermaksud, kehadiran mereka ke kampus universiti hanyalah semata-mata menghabiskan silibus pengajian dan menjadi graduasi seterusnya bekerja.
Mahasiswa hari ini perlu sedar bahawa mahasiswa adalah anak muda dan anak mudalah yang akan merubah negara mereka. Jika di Indonesia, naik turunnya negara mereka bergantung kepada mahasiswa. Begitu juga neagra-negara demokrasi lain. Walaupun Malaysia menyekat kemaraan gerakan mahasiswa, itu bukanlah penghalang yang besar.
Mahasiswa juga perlu tahu bahawa ilmu bukan sahaja dari pensyarah tetapi inisiatif diri sendiri. Pembacaan hari sangat penting dan ianya bukan semata-mata pembacaan untuk subjek atau kursus yang diambil, malah mestilah wujud pelbagai bahan bacaan dalam kalangan mahasiswa supaya intelek mahasiswa lebih tinggi dan terbuka.
Bak kata seorang abang senior, Ridhuan Hussin yang juga merupakan pimpinan Ma'ruf Club UIAM dalam laman facebooknya:
Musim budak2 baru masuk kampus. Perangai semua nampak baik. Pijak semut pun x mati.Tgk lepas 2 mggu ni mcmana plak. Jom BULI mrk. Buli dgn tazkirah & fikrah. Sblm mrk dibuli dgn rokok & gejala sosial.
Assalamualaikum & salam ceria...
Kita dapat mengambil iktibar daripada kisah seumpama kisah Imam Syafie yang telah memuliakan seorang yang biasa yang bukanlah mempunyai ilmu agama yang tinggi dek kerana berkongsi sedikit pengetahuan kehidupan kepadanya .
Di kesempatan ini juga , saya ingin mengucapkan seinfiniti kepada semua guru yang telah menurunkan ilmu-ilmu mereka kepada saya khususnya :
Guru-guru Maahad Muhammadi (Lelaki) 2001-2006
Pensyarah-pensyarah Pusat Asasi UIAM PJ & Nilai
Pensyarah-pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
SMiLe4aLL
http://hafizfillah.blogspot.com
hafizmn88@yahoo.com.my
Assalamualaikum & salam ceria...
مع التوفيق والنجاح في الامتحان النهائي
Assalamualaikum & salam ceria...
Begitu juga dengan diri ini . Jadi , kepada semua sahabat UIAM diucapkan Selamat Ber'Final Exam' . Semoga segala ilmu yang dipelajari diberkati Allah .
بالتوفيق والنجاح في الامتحان النهائي
Assalamualaikum & salam ceria...
Warga SEK KEB SERI CHEMPAKA
Warga MAAHAD MUHAMMADI (LELAKI)
Warga CFS IIUM
Warga MAIN CAMPUS IIUM GOMBAK
dan semua sahabat2 yang dicintai....
semoga latihan sepanjang Ramadhan membina diri kita untuk masa akan datang...
MAAF ZAHIR DAN BATIN
SMiLe4aLL
http://hafizfillah.blogspot.com
hafizmn88@yahoo.com.my
كن ربّانيا ولا تكن رمضانيا