17 Okt 2008

Berita TKOfm Hari Ini - 16 Okt 2008

25 penduduk ditahan polis kerana cuba halang perobohan rumah setinggan di Kg. Plentong Johor Baru. Syed Hamid terus angkuh dalam isu pengharaman Hindraf. Semangat Hindraf tidak akan pudar kata P Waythamoorthy. Pakatan Rakyat turut bantah pengharaman Hindraf. Samy Vellu tersepit dalam isu Hindraf. Perbicaraan kes Mohd Sabu 20-22 April 2009.

Parlimen : YB Haji Ab Hadi Awang menegaskan krisis ekonomi global yg melanda dunia kini adalah bukti kegagalan sistem kapitalis.

16 Okt 2008

Berita TKOfm 16 Okt 2008 - Edisi Petang

Kerajaan tidak mengaku tindakannya mengharamkan Hindraf sebagai bias. Parlimen menjadi gamat dengan isu bantuan Kebajikan Masyarakat kepada golongan miskin. Ketua UMNO Sepang, Datuk Mohd Zin yang juga Menteri Kerja Raya berkata beliau sanggup melepaskan jawatan menteri jika UMNO gagal rampas Selangor dalam PRU akan datang. Khairy Jamaluddin, calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang cukup heboh sebelum ini untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO tiba-tiba menyatakan beliau hanyalah calon underdog setelah menyedari Pemuda lebih banyak mencalonkan Datuk Mukhriz Mahathir.

Sehingga tghari ini, indeks KLCI menjunam 34.52 mata kepada 914.94, paras terrendah dalam tempoh 2 tahun. Harga minyak dunia terus jatuh lagi. Najib tak nafi sms tetapi menafikan ada menyalahgunakan kuasa.

Sukan : laporan Piala Dunia. Russia 3 Finland 0, Czech 1 Slovenia 0, Jepun 1 Urbekistan 1, Bolivia 2 Uruguay 2.


Berita TKOfm 16 Oktober 2008

HINDRAF diwartakan sebagai sebuah pertubuhan haram kerana dikatakan memudaratkan akhlak, ketenteraman awam dan keselamatan negara. Najib : Kesan kemelut ekonomi global akan dirasai oleh Malaysia pada tahun depan. Laporan Parlimen : Isu harga minyak turun tetapi harga barang keperluan masih sama. Ahli Parlimen persoalkan adakah Malaysia mempunyai pelan alternatif untuk menghadapi kesan ekonomi dunia.

Lim Kit Siang minta Peguam Negara, Abd Gani Patail letak jawatan serta merta kerana siasatan peringkat tertinggi 'mengesahkan' beliau telah menyalahgunakan kuasanya untuk mereka-reka bukti dalam perbicaraan Datuk Anwar Ibrahim 10 tahun lalu.


15 Okt 2008

Berita TKO.fm 15 Okt 2008 (Edisi Ptg)

Mahkamah Khas memerintahkan Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman membayar hampir RM3.8 juta (AS$$1 juta) kepada Standard Chartered Bank Malaysia Berhad kerana gagal mematuhi akujanji yang terkandung dalam terma-terma pengeluaran kredit berdokumen, hampir 10 tahun lalu.

Bekas Dekan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Dr. Md. Saberi Md. Salleh dihukum penjara tiga tahun dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan memperakui invois mengandungi butiran palsu berhubung pembekalan peralatan sukan berharga RM138,600, sembilan tahun lalu.

Parlimen : Harga minyak turun tetapi harga barang tidak turun.

Peralihan Kuasa Abdullah _Najib tak jejaskan hasrat Pakatan Rakyat.


Berita TKOfm Hari Ini 14 Okt 2008

Harga petrol diturunkan 15 sen mula hari ini. Harga petrol RON97 akan dikurangkan sebanyak 15 sen seliter dari RM2.45 kepada RM2.30 seliter. Manakala petrol RON92 akan dikurangkan sebanyak 10 sen seliter dari RM2.30 kepada RM2.20 seliter dan harga diesel akan dikurangkan sebanyak 20 sen seliter dari RM2.40 kepada RM2.20 seliter.

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru Zulkifli Noordin nafi sertai UMNO. Najib diminta jawab mengapa syarikat GLC tidak mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Menteri di JPM dibidas kerana gagal perincikan projek di bawah SDC. Pasaran Saham Asia melonjak.

Ahli Parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan dakwa Timb. Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan baru, Datuk Seri Najib Tun Razak ada di parlimen semalam, namun enggan turun ke dewan.


14 Okt 2008

Berita TKOfm 13 Okt 2008

Calon BN tarik balik petisyen untuk kerusi parlimen Kulim Bandar Baru. Pak Lah pertahankan Najib. PM dengan bongkak sifatkan tarikh 8 Disember oleh pembangkang untuk ambil alih kuasa sebagai karut. Anwar minta Najib bentangkan semula Belajawan Negara kerana sifatkan Belanjawa Negara yang ada telah menjadi bahan sejarah dan tidak sesuai dengan perkembangan ekonomi terkini.

Umno sudah tidak lagi relevan, Salahuddin pelawa Khairy sertai PAS. Lebih 60 ribu kunjungi rumah terbuka PAS di Taman Melawati.


9 Okt 2008

Berita TKO.fm 10 Okt 2008

Anwar membidas akhbar Sinar Harian kerana menyiarkan laporan salah kononnya beliau menyokong Datuk Seri Najib.

Datuk Seri Najib umumkan akan bertanding jawatan Presiden UMNO Mac depan. Zahid Hamidi mengubah fikirannya dan hanya akan bertanding Naib Presiden. Muhd Taib pula mengumumkan untuk bertanding Timbalan Presiden. Tan Sri Muhyiddin akan umumkan jawatan yang ingin ditandinginya Jumaat ini. Tun Dr Mahathir sifatkan calon-calon Timbalan Presiden selain Muhyiddin sebagai Pak Lawak. Pak Lah takkan bercuti sehingga tarikh pemilihan UMNO. Pemuda Machang calonkan Khairy sebagai Ketua Pemuda.

Kes Anwar: Peguambela berjaya di dalam pembelaan hari ini dimana Mahkamah Seksyen membuat keputusan mahkamah menggugurkan perintah melarang media menyiarkan beberapa kandungan pernyataan sebutan dalam afidavit ahli Parlimen Permatang Pauh yang kononnya mencemarkan Peguam Negara Abdul Gani Patail. Prosidinbg perbicaraan ditangguhkan ke 31 Okt.




Berita TKOfm 9 Okt 2008 - 2 pm

Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok hari ini menyaman kumpulan ahkbar Utusan Malaysia (M) Bhd dan kolumnis, Mohd. Zaini Hassan bagi menuntut ganti rugi RM30 juta kerana didakwa menerbitkan artikel berunsur fitnah terhadapnya. Teresa mendakwa artikel bertajuk `Azan, Jawi, Jais, UiTM dan ba-alif-ba-ya’ dalam Utusan Malaysia pada 10 September lalu diterbitkan dengan niat jahat.

Isu Liwat Anwar: Peguambela teruskan hujjah pembelaan hari ini dan Mahkamah Seksyen akan membuat keputusan pada pukul 2.30 petang ini berhubung permohonan peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengubah keputusan mahkamah itu yang mengeluarkan perintah melarang media menyiarkan beberapa kandungan pernyataan sebutan dalam afidavit ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Timbalan Presiden UMNO: Tun Dr Mahathir kata hanya Muhyiddin Yassin yang layak manakala yang lain hanyalah Pak Lawak belaka.




8 Okt 2008

Berita TKO.fm - Akhirnya Pak Lah Terpaksa Pergi Jua

Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi akhirnya mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada Mac depan. Beliau juga memberitahu bahawa beliau akan berundur sebagai Perdana Menteri menjelang tarikh itu. Ketua Menteri Melaka Datuk Mohd Ali Rustam pula ingin bertanding jawatan Timbalan Presiden. Tan Sri Muhyiddin akan umumkan jawatan yang ingin ditandinginya lusa. Tengku Ahmad Rithaudeen mendedahkan Lembaga Disiplin UMNO terima banyak aduan mengenai politik wang menjelang pemilihan UMNO. Tengku Razaleigh yang menawarkan diri bertanding Presiden UMNO kecewa kerana wujudnya politik wang.

Bursa Saham Asia telah kembali merudum dengan teruk. Ini ekoran dari kejatuhan teruk indeks Dow Jones sebanyak 500 mata pada hari semalam. Indeks Komposit Kuala Lumpur jatuh 27.04 mata kepada 970.19 mata. Demikian juga indeks STI Singapura, Han Seng dan Nikkie, kesmeuanya mencatatkan penurunan yang ketara.


Pasaran Saham Jakarta Digantung, Nikkie Jepun Terburuk

Saham Bursa Efek Indonesia (BEI) digantung sementara akibat penurunan indeks yang terlalu besar sehingga mencecah 10.38 peratus.

“Urusniaga digantung sehingga satu pengumuman dibuat,” demikian kata satu kenyataan yang tercatat di lamanweb Pasaran Saham Indonesia sebentar tadi dan penggantungan di semua pasaran adalah disebabkan kejatuhan teruk Indeks Komposit Jakarta ke paras 1,451.669 pada 11.06 pagi”.

Mengikut dara, Indeks Komposit Jakarta telah menjunam 168.05 kepada 1,451.66.

Bloomberg menyatakan bahawa ini adalah kali pertama dalam tempoh lapan tahun urusniaga pasaran saham Indonesia digantung.

Sementara itu pasaran saham Jepun menjunam 9.4 peratus, kejatuhan yang terbesar dalam tempoh 21 tahun, apabila para pelabur bertindak untuk kelua ari pasaran saham akbat kekuatiran yang berlaku dari krisis kewangan global.

Indeks Nikkei menjunam 952.58 mata kepada 9,203.32

BURSA MALAYSIA turut mencatatkan kejatuhan teruk dimana indeks komposit telah merudum 25.82 mata iaitu sebanyak 2.59% kepada harga penutup 971.41 mata.

Setakat berita ini ditulis 567 kaunter mengalami kerugian cuma 58 kaunter mencatatkan keuntungan, 143 kaunter tidak berubah 506 tidak diniagaka.

Kramat merupakan kaunter paling rugi dengan penurunan hampir RM1 untuk ditutup pada harga RM2.71

Berita TKOfm Hari Ini - 8 Okt 2008

PM tak umum lagi keputusan samaada kekalkan Presiden atau tidak. Mesyuarat Dewan Tertinggi BN pukul 3.30 ptg ini dan Pak Lah akan umumkan keputusannya. Muhyiddin belum buat keputusan samada bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO. Mahkamah Sesyen mempunyai bidang kuasa kes liwat Anwar. Rayuan ahli parlimen Kapar untuk ketepikan saman ditolak. Teresa Kok temui Ketua Polis KL bincang isu keselamatan dirinya. Karpal Singh desak Polis pecepatkan siasatan kes pembunuhan bekas ADUN Tenggaroh. Bursa Asia kembali melonjak sedikit.








7 Okt 2008

Pasaran Bursa Malaysia Masih Meneruskan Aliran Menguncup

Pasaran Bursa Malaysia terus mengalami kejatuhan pada pagi ini (11.10 pagi) dimana Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) telah menyusut 4.48 mata atau 0.45 peratus rendah pada 992.36, setelah mengalami penurunan yang besar sebanyak 1.45 peratus pada mata penutup semalam di paras 996.84 mata.

Penuyusutan dipengaruhi oleh aliran menurun saham-saham perladangan seperti IOI Corp dan UTDPLT, yang menolak indeks ke jajaran negatif. Indeks Komposit dibuka 8.59 mata lebih rendah pada 988.25 hari ini.

Arah aliran menurun berterusan di kebanyakan bursa saham Asia ekoran kejatuhan yang kerata pasaran-pasaran saham dunia yang lain seperti di New York dan London.

Semalam Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 458 berbanding 139, manakala 190 kaunter tidak berubah, 548 tidak diniagakan manakala 20 lagi digantung.

TA Securities di dalam satu laporan Bernama semalam berkata, harga komoditi yang lemah berikutan kebimbangan yang meningkat mengenai kemelesetan di Amerika Syarikat (AS) akibat krisis kreditnya, dijangka menjadikan harga minyak kelapa sawit mentah kekal di bawah paras RM2,000 setan.

Ini akan menjejaskan indeks saham perladangan berwajaran tinggi, katanya.

"Dalam pada pelabur kembali semula ke pasaran selepas cuti Aidilfitri yang panjang dan belian oleh dana tempatan dijangka dapat menampan pasaran Bursa Malaysia minggu ini, pasaran saham AS yang semakin buruk dengan Indeks Perindustrian Dow Jones dijangka jatuh ke paras psikologi 10,000 mata mungkin menjejaskan teruk pasaran luar," kata firma penyelidik itu.

Sebarang kelemahan berterusan dijangka mencabar semula paras sokongan psikologi 1,000, dengan aliran menurun menuju paras 980.

Ujian semula pada paras rendah 963 tidak boleh ditolak jika pasaran global terus menguncup, kata TA Securities.

Antara saham aktif, KNM susut 11 sen kepada RM1.09, IOI Corp turun 16 sen kepada RM3.94, Kinsteel rugi 4.5 sen kepada 51.5 sen dan TM ditutup 10 sen rendah kepada RM3.30.

Bagi saham berwajaran tinggi, Sime Darby menokok lima sen kepada RM6.65, Tenaga turun 15 sen kepada RM6.60, Maybank susut lima sen kepada RM6.55 manakala Genting turun 10 sen kepada RM5.30.

Ia adalah kali kedua pada tahun ini IK ditutup di bawah paras 1,000.

Pada 18 September, IK ditutup pada 991.66 mata, paras terendah sejak Jun 2005.

"Kemungkinan akan berlaku pantulan teknikal menjelang akhir minggu ini.

Pasaran dijangka tidak turun di bawah paras 993," kata seorang peniaga.

Jumlah dagangan di Papan Utama menokok kepada 338.469 juta saham bernilai RM914.996 juta berbanding 292.590 juta saham bernilai RM809.972 juta pada penutup Jumaat.

Jumlah dagangan di Papan Kedua menambah kepada 22.211 juta saham bernilai RM8.966 juta berbanding 11.095 juta saham bernilai RM2.816 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq menokok kepada 18.578 juta saham bernilai RM4.667 juta berbanding 7.206 juta saham bernilai RM2.324 juta.

Waran panggilan meningkat kepada 36.128 juta saham bernilai RM1.0 juta berbanding 18.799 juta saham bernilai RM721,807 sebelumnya.

Urus niaga langsung meningkat kepada 64.938 juta saham bernilai RM27.063 juta berbanding 56.866 juta saham bernilai RM273.915 juta sebelumnya.

Mengikut sektor, barangan pengguna menyumbang sebanyak 12.688 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, barangan perindustrian 65.226 juta, pembinaan 31.737 juta, perkhidmatan perdagangan 110.487 juta, teknologi 3.368 juta, infrastruktur 7.263 juta, kewangan 34.107 juta, hotel 1.925 juta, hartanah 18.411 juta, perladangan 37.509 juta, perlombongan tiada, REIT 1.990 juta, dana tertutup 153,200, ETF 1,000 dan pinjaman 13.606 juta.

Berita TKO.fm Hari Ini - 7 Okt 2008

Perdana Menteri akan umum esok atau lusa keptusannya untuk mempertahan jawatan Presiden UMNO. 3 orang hasrat tanding Timb Presiden UMNO. Isu kumpulan Hindraf serbu rumah terbuka PM - apa kata Pak Lah?. Hindraf gesa Syed Hamid meminta maaf. Raja Petra Kamaruddin dibawa ke mahkamah bicara kes hasutan. Donald Lim meminta MCA jual kepentingan dalam Nanyang. Ronald Liu saman Khir Toyo dan Utusan. Dadah Ketamin dirampas. Gula-gula rabbit di pasaran tempatan mengandungi mellamine berlebihan. Akta DNA belum diluluskan. Pasaran Asia merudum teruk. Harga minyak mentah jatuh RM89.19 setong.

2 Okt 2008

Berita Yang Memeranjatkan

S
aya baru terbaca berita mengenai perletakan jawatan Webmaster TKO, akhi SongkokPutih (SP) pagi ini sekalipun saya telah mendapat signalnya beberapa hari sebelum menjelang 1 Syawal. Namun tak disangka ia berlaku begitu cepat dan di dalam keadaan saya masih mengatur ayat paling sesuai agar akhi SP memikirkan semula keputusan yang diambilnya.

Sebagai seorang yang paling hampir dengannya (saya sebagai Pembantu WM) sekalipun tidak pernah bersua muka di alam realiti, saya belum pernah menemui seorang ketua dan seorang rakan sebaik dan semulia SP. Beliau seumpama saudara kembar bagi saya dan kebanyakan keputusan beliau yang beliau ambil, beliau seringnya berbincang bersama-sama dengan saya.

Sikap persaudaraan yang akhi SP tunjukkan selama ini (setidak-tidaknya kepada saya) melewati sekadar seorang sahabat. Beliau adalah ahli jemaah yang tulen, yang telah menerima tarbiyah yang mantap sehinggakan apa juga kesusahan yang dialami oleh saudaranya, beliau sendiri menghayati dan merasainya. Persis keperihatinan seorang Ansar menerima ketibaan Muhajirin - begitulah sikap persaudaraan yang mendalam yang ada pada akhi SP terhadap saya.

Seorang sahabat biasanya akan lari apabila sahabatnya yang lain bergelumang dengan pelbagai masalah dan pelbagai ujian. Orang kata teman ketawa senang dicari, tetapi teman menangis terlalu sukar untuk ditemui. Namun tidak bagi Pak SP!

Tatkala saya menemui jalan buntu terkepung dengan pelbagai fitnah dan masalah peribadi, Pak SP adalah orangnya yang sentiasa memberikan saya semangat dan dorongan untuk terus bekerja dan berusaha - memimpin tangan saya dan membersihkan saya dari sekelian "lumpur" yang terpalit di badan saya tatkala orang lain sedang mentertawa serta mencemuh keadaan saya yang "compang-camping" itu. Demikian sikap kesetiakawanan dan ukhwah Islamiah yang ditunjukkan oleh Pak SP kepada saya - yang belum pernah saya perolehi dari rakan-rakan yang lain. Demikian persaudaran Islam yang kental yang diserlahkan oleh akhi SP.

Saya mengikuti dengan rapat tulisan-tulisan Pak SP sebanyak 3 siri mengenai jawapan beliau terhadap serangan Tulang Besi kepada beliau.

SIRI 1
SIRI 2
SIRI 3

dan saya selama ini telah mengelak untuk mengulas serta turut serta di dalam polemik berkenaan.

Ini kerana sekalipun saya berbeza pendapat dengan Pak SP di dalam sesuatu isu, namun tidak bererti saya menyokong pula serangan Tulang Besi terhadapnya.

Kami berdua adalah insan yang berasingan sekalipun dalam banyak hal kami sering seiring sejalan. Justeru itu, tidak dapat tidak ada juga beberapa ketika pandangan Pak SP dan GB mungkin juga berbeza, namun perbezaan pendapat kami tidak pernah kami luahkan kerana di dalam konteks berjemaah saya akur kepada ketua dan menjadi kewajipan untuk berlaku taat di dalam keadaan saya suka atau pun tidak suka terhadap sesuatu keputusan itu.

Itulah juga sifat yang diajar oleh Islam, dan tatkala sahabat-sahabat Rasulullah berbalah di dalam sesuatu isu, sentiada para sahabat akur terhadap keputusan "khalifah" yang ada seperti Umar yang tidak bersetuju dengan metode Abu Bakar menyelesaikan gejala "riddah" selepas kewafatan Rasulullah. Namun Umar tetap bersama Abu Bakar memerangi mereka yang murtad waktu itu sekalipun pada awalnya beliau tidak menyetujui sikap Abu Bakar berkenaan. Pandangan dan keputusan peribadi diketepikan untuk mengutamakan kemaslahatan jemaah.

Mungkin pembaca TKO menyedari perbezaan pendapat saya dengan Pak SP di dalam isu-isu yang melingkari jemaah mutakhir ini. Namun TKO tetap memainkan peranannya sebagai penyambung bicara ummah dengan segala kerencaman dan kepelbagaian pandangan, bukan sekadar sesama jemah malah dari luar juga.

Kami bertindak sebagai satu pasukan. SP dan GB banyak ketikanya mengenepikan sentimen peribadi demi mejaga kredibiliti TKO supaya ia medan perbincangan dan penyampaian yang bebas kecualilah bahan-bahan yang bersifat mencerca atau yang keterlaluan penyampaiannya sehingga menginjak nilai-nilai akhlak Islamiah. Yang sedemikian itu tiada komprominya.

Dan hasil kerjasama intim itu, TKO berjaya memainkan peranannya yang mantap di dalam menghadapi PRU12 yang lalu.

Dengan kurniaan kemenangan oleh Allah s.w.t., tiba-tida jemaah PAS umpama dilanda badai - sebagai satu ujian kematangan dan pemantapan untuk jemaah sebelum ia diberikan amanah yang lebih besar oleh Allah s.w.t. untuk bersama-sama memimpin negara di dalam parti yang bernama Pakatan Rakyat.

Tiba-tiba jemaah PAS bergolak dengan isu-isu kontemporari bermula dengan isu muzakharah, muqabalah merenteti isu Anwar, isu Harakah, isu 16 Sept dan kini isu perkongsian kuasa di dalam Pakatan Rakyat ekoran dari perbezaan pandangan dan pendirian pimpinan-pimpinan.

Sepatutnya segala-galanya telah selesai dengan selesainya muktamar PAS yang lalu. Dan sepatutnya saf jemaah kembali berpadu untuk menentang musuh bukan untuk berbalah sesama sendiri.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datok Dr Haron Din yang menyatakan perkara itu menjadi kecoh kerana ada ahli parti yang tidak cukup disiplin terhadap keputusan yang dibuat Majlis Syura.

Katanya, sudah ada petanda awal keputusan yang dibuat Majlis Syura Ulama tidak dipatuhi oleh sesetengah ahli.

Sedangkan sepatutnya ahli perlu komited kepada segala keputusan yang dibuat Majlis Syura Ulamak, selagi perkara itu tidak bercanggah dengan agama.

Menurut beliau dalam perlembagaan PAS ada peruntukan menyebut Majlis Syura Ulamak berkuasa untuk membuat sebarang keputusan selagi ia tidak bercanggah dengan Islam.

Justeru itu tidak dapat tidak peranan Majlis Syura Ulamak adalah penting untuk menyatupadukan ahli jemaah.

Dan bagi saya kini, yang terlebih utama ialah Majlis Syura itu sendiri perlu diperkasakan dan diletakkan ke tempatnya yang lebih abadi dengan menyatukan fikrah ke sekalian anggotanya supaya akhirnya dapat melahirkan keputusan yang nantinya dipatuhi oleh sekalia ahli jemaah.

Di dalam kesempatan polemik yang ada, terdapat juga serangan-serangan dilontarkan kepada barisan kepimpinan dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz selaku Mursyidul AM PAS tak terlepas daripada hinaan dan cercaan.

Di dalam satu tulisan Pak SP sebelum ini, beliau mendedahkan "harakah dan TKO tersepit di tengah-tengah kemelut yang ada. Perbezaan pendirian dan pandangan yang sepatutnya membawa rahmat kepada jemaah kini bertukar menjadi musibah yang tak terduga hebatnya apabila ada pihak memperbesar-besar perbezaan pandangan TG Nik Abdul Aziz dengan Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Bagi saya kedua-duanya adalah ulamak dan setiap keputusan mereka lazimnya didahului dengan memohon pentujuk Allah s.w.t.

Ijtihad salah seorang dari mereka berdua sekalipun salah tetap dikurniakan Allah ganjaran pahalaNya - namun kenapa kita di bawah ini yang berhiruk-pikuk enggan pula untuk berlaku adil dengan tiba-tiba melakukan serangan kepada salah seorang daripada mereka?

Di dalam isu Anwar kononnya PAS diresapi kumpulan Erdogan, sepatutnya kita tidak ketelaluan. Jawapan TG Haji Abdul Hadi Awang sendiri di dalam isu ini sejak 1998 lagi sepatutnya dipegang oleh sekalian ahli jemaah. Berikut ialah petikannya:

PAS adalah Parti Islam,sandaranya mestilah mengikut ajaran Islam. PAS mestilah menghukum mengikut ajaran Islam. Perkara kemungkinan yang tersembunyi adalah bukan urusan kita. Ini berpandukan kepada Hadith Nabi SAW yang bermaksud

"Sesungguhnya kami menghukum apa yang zahir, hanya Allah sahaja yang mengendalikan apa yang tersembunyi. Perkara yang tersembunyi Kepunyaan Allah dan akan dibicarakan dihari akhirat"

Jadi disini kita hanya menghukum apa yang zahir sahaja. Mengikut kaedah hukum hudud, seseorang itu boleh disabitkan dengan kesalahan zina dan liwat dengan adanya ikrar secara sukarela secara rasmi dihadapan hakim, sebanyak 4 kali.

Justeru itu kita bertanggungjawab pula nanti seandainya cuba untuk melangkaui garis sempadan yang diizinkan oleh Allah s.w.t.

Di dalam isu kononnya UMNO telah meresapi PAS laksana anai-anai, saya menyangkal dakwaan ini. Ia hanyalah satu persepsi semata-mata lantaran wujudnya pandangan berbeza di dalam isu muqabalah. Dan kita sepatutnya mengelakkan diri dari persangkaan yang bukan-bukan.

Di dalam isu bilangan majoriti-minoriti ahli parlimen Islam di dalam barisan Pakatan Rakyat yang jika ditakdirkan memerintah negara, sepatutnya kita berpendirian bahawa kitalah yang perlu berusaha gigih meramaikan ahli parlimen Islam di dalam Pakatan Rakyat jika kita khuatir terjadi keadaan sedemikian.

Kita perlu yakin dengan janji Allah:

"..dan Allah sekali-kali tidak akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk mengatasi orang-orang yang beriman” [An-Nisa : 141]

Kembali kepada isu perletakan jawatan akhi SP, saya (dengan izin) mewakili semua moderator, ahli-ahli dan para pengunjung TKO meminta akhi SP menimbang semula keputusan beliau.

Sesungguhnya pengorbanan masa, tenaga, material dan spritual yang telah ditunjukkan akhi SP untuk kelansungan TKO selama ini tidak mungkin dapat digantikan oleh insan lain. Hanya jauhari yang mengenal mutu manikam.

Sedangkan lidah lagi tergigit......

TKO berjaya berada di puncak, Alexa Ranking menyenaraikan TKO diantara lamanweb paling ramai dilawati di negara ini, Akhbar dan siaran television Malaysia satu ketika menyiarkan dan mengulas berita dari laporan yang tersiar dari TKO serta TKO menjadi buruan rakyat negara ni sebagai satu sumber berita alternatif negara selain Harakahdaily dan malaysiakini

Nama SongkokPutih sudah sinonim dengan TKO. Ada forummer yang cuba-cuba untuk pergi meninggalkan TKO, namun jarang sekali tak datang lagi kerana penangan TKO tidak mungkin dapat dihindari. Layout, desain serta sistem-sistem baru yang diperkenalkan untuk memantapkan TKO yang menggnakan sistem PHPNUKE ini sekalipun sukar dan jenuh untuk dilakukan Pak SP berjaya juga akhirnya. Terlalu ramai yang mencadangkan itu dan ini namun tak ramai yang tahu keperitan Pak SP mengimplementasikan cadangan-cangan tersebut selama ini.

- ini semua berlaku semasa akhi SP memimpin TKO! Semuga Allah memberkati dirimu dan keluargamu terhadpa segala sumbangan yang tak ternilai harganya ini.

Sekalipun saya amat menyedari tentang ketegasan prinsip akhi SP selama ini, inilah rayuan kami agar akhi SP meletakkan kepentingan jemaah mengatasi segala-galanya. Mungkin akhi SP lebih mengetahui bahwa jika tidak kerana jemaah ini dan kerana budi baik akhi SP sendiri, GBlah sepatutnya yang telah terlebih awal meletakkan jawatannya daripada akhi!

18 Sep 2008

Bursa Saham Malaysia Merudum Bawah 1000 mata

Indeks Komposit Bursa Malaysia hari ini menjunam ke bawah paras garis psikologi 1000 mata dimana pada pukul 10.36 pagi ini, indeks komposit ialah pada kedudukan 973. 35 mata, penurunan sebanyak hampir 30 mata daripada mata penutup petang semalam. Kaunter-kaunter rugi mengatasi kaunter untung, 458 rugi berbnding cuma 47 untung sementara 100 tidak berubah.

Di kebanyakan negara Asia, indeks-indeks merudum teruk, Kospi di Korea turun 34.53 mata atau 2.42% kepada 1,390.73, Nikkei Jepun 225 jatuh 2.81% kepada 11,420.02 dan indeks Straits Times Singapura turun 3.21% kepada 2,341.6.

Keseluruhan sentimen pasaran adalah lemah apabila pelabur masih bimbang dengan keadaan politik tempatan yang tidak menentu dan krisis kewangan AS berikutan keruntuhan bank pelaburan gergasi Lehman Brothers dan penurunan gred penarafan ke atas kumpulan insurans utama AS, American International Group.

Tindakan kerajaan Amerika Syarikat (AS) bertindak menyelamatkan, American International Group Inc (AIG), iaitu tindakan menyelamat kali kedua dalam bulan ini bagi mengelakkan kegagalan syarikat insurans itu telah memberikan kesan kepada pasaran kewangan serta mengancam ekonomi negara itu yang sudah sedia rapuh.

Pelabur asing juga terus melepaskan pegangan mereka dalam saham perladangan dan kewangan dengan kaunter utama dalam sektor ini mengalami kejatuhan menjunam.

Ini diperburukkan dengan keadaan ketidakstabilan politik negara di bawah pimpinan Abdullah Ahmad Badawi dimana Parti Maju Sabah (SAPP) telah bertindak keluar daripada Barisan Nasional yang menyebabkan majoriti kerajaan BN di Parlimen telah menurun menjadi 54 apabila dua orang ahli parlimen SAPP akan ditempatkan di kerusi pembangkang.

Tuduhan PM, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badwi terhadap Datuk Seri Anwar kononnya Datuk Seri Anwar merupakan satu ancaman kepada ekonomi dan keslmatan negara telah ditolak mentah oleh rakyat kerana ia jlas merupakan satu eskapisme Datuk Seri Abdullah terhdap kelemahan pemerintahannya dan kini cuba mempersalahkan orang lain.

Pertukaran portfolio diantara Abdullah dan timbalannya Datuk Seri Mohd Najib tidak mampu untuk meyakinkan rakyat khusunya para pelabur keana pertamanya, kemusnahan telah pun berlaku (damage has been done) dan kelayakan Najib untuk mentadbir dan mengurus ekonomi negara juga diragui kerana beliau dikenali sebagai pemimpin yang suka melakukan pembaziran. Cadangan ,beliau untuk menganugerahkan RM1juta kepada pemenang pingat emas Sukan Olimpik baru lalu adalah satu bukti beliau tidak tahu menguruskan dana negara dengan baik tatkala ekonomi sedang berada di ambang kejatuhan.

Ramai pemerhati politik berpendapat bahaa pertukaran kerajaan nampaknya tidak berupaya untuk dielakkan apabila berlaku penghijrahan beramai-ramai ahli parlimen Barisan Nasional ke Pakatan Rakyat kerana tidak-yakinan mereka terhadap kepimpinan Abdullah-Najib.