Memaparkan catatan dengan label Berita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita. Papar semua catatan

1 Mac 2009

Peguam: Sidang Tergempar DUN Perak Sah!

Peguam kepada V.Sivakumar, Chan Kok Keong menyatakan bahawa Sidang tergempar DUN Perak yang dipanggil oleh Yang Dipertua Dewan Negeri Perak, V. Sivakumar, adalah SAH.

Menurut Chan, Speaker DUN Perak mempunyai hak di sisi undang-undang untuk memanggil sidang tergempar dewan undangan negeri. Chan menyatakan bahawa sidang dewan undangan negeri Perak hanya ditangguhkan pada November tahun lalu dan oleh kerana itu Speaker mempunyai kuasa untuk memanggil persidangan tergempar 3 Mac ini.

Persidangan tersebut memenuhi segala peruntukan Perintah Tetap Dewan Negeri dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan serta perjalanan parlimen yang biasa terpakai di dalam negara-negara komanwel.

"Speaker mempunyai kuasa yang cukup untuk memanggil persidangan yang ke 4 dari seksyen pertama dewan undangan negeri Perak"

Chan juga menyatakan beliau telah merujuk kepada pakar perlembagaan Tommy Thomas (gambar) yang bersetuju bahawa Speaker V.Sivakumar mempunyai kuasa untuk memanggil sidang tergempar itu.

Beliau menambah Sivakumar akan memanggil beberapa orang peguam lagi untuk menerangkan hal-hal perundangan kepada ahli-hli dewan semasa sidang tergempar itu nanti.

Dalam perkembangan berkaitan Ahli Dewan Undangan Negeri Titi Serong, YB Khalil Idham Lim (gambar) mempertikaikan kesahihan kenyataan akhbar itu samada ia benar-benar datang dari Setiausaha Dewan Negeri Perak, Abdullah Antong Sabri dan percaya bahawa kenyataan akhbar tersebut bertujuan untuk mengkambing hitamkan Setiausaha Dewan.

Beliau menyatakan bahawa Setiausaha Dewan, Abdullah Antong Sabri adalah seorang yang memegang dua jawatan yang berbeza tugas dan peranannya dan mendakwa bahawa ada usaha untuk mengagalkan sidang ini oleh Penasihat Undang-undang kerajaan negeri.

Mengikut Khalil, kenyataan tersebut jelas atas arahan pihak tertentu. Beliau tahu sangat bahawa Abdullah tidak akan melakukan sesuatu tindakan melainkan berpandukan kepada undang-undang dan perlembagaan.

Sementara itu kenyataan yang dikeluarkan petang ini yang dikatakan datang dari Abdullah Antong Sabri menampakkan pelbagai percanggahan dan amat mengelirukan.

Menurut kenyataan itu Speaker gagal untuk mematuhi Peraturan Tetap 8(1) yang menyatakan notis 14 hari diperlukan sebelum dimulakan mesyuarat penggal baru atau sebelum diadakan mesyuarat dewan.

Tetapi kenyataan akhbar itu tidak menjelaskan sehingga akhir Peraturan Tetap 8(1) tersebut iaitu:

"Sekurang-kurang empat belas hari sebelum dimulakan mesyuarat penggal baru atau sebelum diadakan semula mesyuarat Dewan, Setiausaha Dewan hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli suatu notis bertulis menarik perhatian kepada pemasyuran memanggil dewan dengan syarat bahawa dalam keadaan tergempar, notis itu tidak diperlukan dan dalam keadaan demikian notis itu hendaklah dikeluarkan dengan seberapa segera yang boleh."

Gaji: Siapa Yang Berhak, Nizar atau Zambry?

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Perak (PAC) akan melakukan siasatan untuk menentukan samada dan elaun-elaun berkaitan sepatutnya dibayar kepada menteri besar dan exco dari Barisan nasional atau dari Pakatan Rakyat.

Selain Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, PAC turut memanggil barisan exco mereka untuk memberi keterangan pada mesyuarat khas yang akan diadakan pada pukul 4 petang, 5 Mac ini.

Pengerusi PAC, Wong Kah Woh berkata, PAC boleh mengeluarkan arahan untuk waran tangkap terhadap individu yang enggan hadir.

"PAC yang mengadakan mesyuarat di Bilik Mesyuarat Kewangan negeri, di sini semalam memutuskan terdapat dua perkara sepanjang krisis kerajaan negeri yang perlu ditangani segera iaitu berkaitan pelantikan tiga penasihat Menteri Besar baru dan Ketua Penerangan kerajaan negeri," katanya pada sidang akhbar di pejabat Speaker Dewan Undangan Negeri Perak di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Canning itu berkata, PAC mempersoal pelantikan Datuk Chang Ko Youn sebagai Penasihat Hal Ehwal Masyarakat Cina, Datuk S Veerasingam (Penasihat Hal Ehwal Masyarakat India) dan Datuk Najmuddin Elias AlHafiz sebagai Penasihat Hal Ehwal Agama serta pelantikan Datuk Hamdi Abu Bakar sebagai Ketua Penerangan Kerajaan Perak.

Beliau berkata, pelantikan itu dianggap luar biasa dan membabitkan penggunaan sejumlah wang yang besar kerana ia memerlukan pembayaran gaji atau elaun tertentu yang sememangnya menggunakan wang kerajaan negeri.

"Oleh itu, timbul persoalan yang memerlukan penjelasan daripada pihak berkenaan iaitu apakah dasar undangundang yang diguna dalam pelantikan itu, rasional dan tujuan pelantikan serta emolumen yang dibayar termasuk gaji, elaun dan kemudahan lain yang disediakan," katanya.

Wong yang juga Setiausaha Publisiti DAP Perak berkata, PAC turut mempersoal manfaat daripada pelantikan itu kerana dua daripada mereka iaitu Chang dan Veerasingam bukan Adun, manakala kelayakan dua wakil rakyat iaitu Mohd Najmuddin dan Hamdi sebagai anggota pentadbiran negeri adalah diragui.

"PAC juga akan menuntut penjelasan berhubung kedudukan Zambry dan Mohammad Nizar sebagai menteri besar serta barisan exco masing-masing pada mesyuarat khas itu," katanya.

Beliau berkata, dalam keadaan krisis politik sekarang PAC perlu mengambil berat dan memastikan barisan exco mana harus dibayar gaji dan elaun serta kemudahan lain seperti yang diperuntukkan undang-undang.

Wong berkata, jika keadaan memerlukan, PAC juga akan memanggil Penasihat Undang-Undang negeri, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid dan Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Dr Abdul Rahman Hashim bagi memberi penjelasan mengenai perkara yang sama.

"Notis pemberitahuan berhubung mesyuarat itu akan dikeluarkan Setiausaha PAC yang juga bertindak sebagai Setiausaha Dewan Undangan Negeri, Abdullah Antong Sabri," katanya.

Wong berkata PAC akan mengemukakan cadangan kepada jabatan kewangan negeri dan dwan undangan negeri.

“Mereka mempunyai tanggungjawab melaksanakan cadangan yang kami berikan nanti,” tambahnya.

PAC dianggotai oleh tujuh orang ahli, lima orang dari Pakatan Rakyat dan dua dari Barisan Nasional.


27 Feb 2009

80% Tidak Bersetuju Sidang Tergempar Rumitkan Keadaan

Undian SMS Edisi 7 malam ini menyaksikan 80% tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan Sidang Tergempar Dewan Undangan Negeri perak yang dipanggil oleh Speakernya V.Sivakumar akan merumitkan lagi keadaan krisis politik di Perak.

Ia jelas menunjukkan bahawa rakyat amat berharap sidang DUN itu dapat dilaksanakan secepat mungkin bagi meredakan ketegangan ekoran krisis politik di perak akibat dari rampasan kuasa yang dilakukan oleh UMNO-BN yang didalangi oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar telah memanggil sidang tergempar dewan itu pada Selasa depan.

Ia dipercayai bagi membincangkan krisis politik di negeri itu sejak awal bulan ini, susulan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat meninggalkan gagasan itu dan menyatakan sokongan kepada BN.

Kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dibenarkan hadir kecuali mereka yang telah digantung, iaitu Menteri Besar, Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exconya.

Tiga wakil rakyat bebas - yang dianggap telah mengosongkan kerusi masing-masing melalui surat peletakan jawatan mereka - juga dilarang menyertai sidang tersebut.




24 Feb 2009

DVD Terlampau Chua Soi Lek Diedar Semula

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek menjadi perhatian semula dalam isu skandal seks, dengan hari ini beliau diambil keterangan oleh polis berikutan aduan seorang peniaga yang menerima cakera video digital (DVD) aksi seks dalam peti suratnya.

Chua, bekas Menteri Kesihatan berkata, beliau telah mengunjungi Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya hari ini untuk mengecam sebuah pita ekoran laporan yang dibuat oleh penduduk Petaling Jaya baru-baru ini.

"Saya memberitahu polis bahawa ia merupakan pita yang sama yang saya kenal pasti Januari tahun lalu," kata beliau dalam blognya hari ini.

Bekas Ahli Parlimen itu juga berkata, beliau merasakan ia merupakan satu usaha pihak-pihak tertentu menyebarkan semula pita seumpama bagi mencemarkan namanya.

"Saya memberikan kerjasama penuh kepada polis," kata beliau yang meletakkan semua jawatan kerajaan dan parti ekoran munculnya pita berkenaan awal tahun lepas.

Pada Oktober lalu beliau kembali aktif dalam politik sekaligus memenangi jawatan Timbalan Presiden MCA.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC II Hasnan Hassan berkata, peniaga berkenaan, lelaki berumur 50 tahun membuat laporan itu pada 10 Februari lalu selepas menerima sampul surat itu di rumahnya di Kelana Jaya.

"Dalam sampul surat itu, peniaga mendapati satu VCD berserta dua keping surat dan pengadu setelah menonton VCD itu mendapati ia adegan seks antara seorang lelaki dan seorang perempuan," katanya.

Beliau berkata kes itu sedang disiasat di bawah Seksyen 377 (a)Kanun Keseksaan.

Polis juga menjalankan siasatan mengikut Sekyen 292 (a) akta yang sama atas kesalahan mengedarkan bahan lucah, katanya.

Isu Chua muncul semula ketika polis masih menyiasat penyebaran foto dan video separuh bogel Exco Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong.

G. MANIMARAN, Mstar

Apa Hak Polis Soalsiasat Speaker Perak?

Polis hari ini diheret dalam kancah politik Perak apabila menyoal siasat Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar.

Pihak polis bagaimanapun tidak memberitahu Sivakumar sebab kenyataannya diambil, sesuatu yang menjadi amalan biasa pihak polis dalam semua siasatan.

Sivakumar memberi kenyataan kepada sepasukan tiga pegawai dan seorang anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontijen Perak.

Pasukan yang diketuai Ketua JSJK, Supt Amarjit Singh mengambil keterangan beliau di pejabat guamannya di Jalan Tun Sambanthan di Ipoh mulai jam 2.45 petang hingga 5.15 petang.

Siasatan itu bagaimanapun dipercayai berkaitan tindakan Sivakumar menggantung Zambry Kadir dan enam exconya dari Barisan Nasional sehingga 18 bulan atas cubaan berfungsi sebagai kerajaan negeri secara tidak sah.

Keputusan itu diambil minggu lalu pada mesyuarat jawatankuasa hak dan kebebasan DUN Perak yang dipengerusikan oleh Sivakumar.

Susulan keputusan itu yang berlandaskan kuasa Speaker, Perdana Menteri mengarahkan supaya laporan polis di buat terhadap Sivakumar.

Dalam kenyataannya Sivakumar berkata beliau telah dihubungi oleh seorang pegawai polis yang mengarahkannya untuk di Balai Polis Sungai Senam bagi membolehkan polis mengambil keterangan beliau.

Bagaimanapun, polis tidak menyatakan tujuan dan keperluan untuk kenyataannya itu.

Sivakumar berkata beliau telah memberikan sepenuh kerjasama kepada polis untuk menjelaskan beliau tidak menyalahi sebarang peruntukan undang-undang.

"Dengan bertemu pegawai polis berkenaan hari ini untuk merekodkan kenyataan saya, saya telah memberikan sepenuh kerjasama sehingga ke tahap kerjasama saya itu tidak melanggari atau menyalahi apa-apa peruntukan undang-undang di negara ini," katanya.

ikhsan TVANTARA



23 Feb 2009

80% Setuju Syarikat Konsesi Tamak

Sebanyak 80% bersetuju dengan dakwaan Menteri Besar Selangor bahawa syarikat konsesi air Selangor SYABAS dan Puncak Niaga tamak kerana meletakkan keuntungan 300% setahun.

Tan Sri Khalid membidas sikap tamak syarikat konsesi air di Selangor menjadi punca pembelian asset ditolak. Tan Sri Khalid menyatakan mereka mahukan pendapatan 300% setahun. Kalau kerajaan negeri menerima syarat mereka bererti rakyat Selangor yang terpaksa menanggung bebannya.

"Perniagaan apa yang dapat 300% setahun? Berjudi di genting pun lom tentu dapat keuntungan sedemikian," tegasnya.

Jumaat lalu, SYABAS dan Puncak Niaga Sdn Bhd telah memutuskan untuk tidak menerima tawaran kerajaan negeri Selangor dan telah menerima kritikan hebat dari rakyat Selangor kerana sikap tamak mereka.

Akibat dari campurtangan kerajaan Persekutuan yang menyebabkan kegagalan pengambil-alihan asset empat syarikat konsesi air mungkin akan menyebabkan kenaikan tarif air dengan mendadak dan pembatalan air percuma sebanya 20 meter padu.

Kes Saman Nizar Ditangguh Rabu Ini

Hakim yang mendengar kes saman Nizar yang mencabar perlantikan Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar Perak menangguhkan sebutan kes pada hari Rabu ini.

Peguam yang mewakili Zambry hari ini mempertikaikan kedudukan hakim Mohamad Ariff Yusof yang sebelum ini pernah menjadi penasihat undang-undang PAS dan pakatan pembangkang. Peguam Datuk Seri Mohd Nizar pula menyangkal dakwaan hakim berpihak kepada mereka.

Keputusan samada hakim akan menarik diri dari mendengar kes berkenaan pada hari Rabu nanti.

Dalam satu perkembangan berkaitan, Pakatan Rakyat akan meminta satu sidang dewan undangan negeri khas diadakan bagi menghalang kerajaan dari menggunakan dana awam untuk pemerintahan negeri itu.

Setiausaha DAP Perak, Ngah Koh Meng menyatakan bahawa kerajaan BN di Perak adalah sebuah kerajaan yang tidak sah.

Di Puchong pula, sebuah sekolah, SRJK(C) Sin Ming, Puchong bertindak berani mengingkari arahan Kementerian Pelajaran dengan menjemput Datuk Seri Anwar Ibrahim ke majlis kelolaan institusi berkenaan. Anwar turun untuk memungut dana RM 150 ribu bagi pembinaan sebuah dewan baru sekolah berkenaan.

Sekolah tersebut sebelum ini telah dijanjikan peruntukan oleh Kementerian Pelajaran dengan syarat sekolah tersebut tidak menjemput pemimpin Pakatan Rakyat untuk menghadiri sebarang majlis di sekolah itu.

Datuk Seri Anwar kesal dengan arahan itu yang jelas kerajaan BN telah mempolitikkan hal pelajaran dan beliau telah datang diiringi oleh Menteri Besar Selangor YAB Tan Sri Khalid Ibrahim.


LCCT: Najib Berkluk-Klek

Selepas menyerang PAS sebagai 'kluk klek' di Kuala Terengganu, kini pengarah pilihan raya BN Kuala Terengganu, Datuk Seri Najib Razak yang sebenarnya 'kluk klek'.

"Mula-mula lulus, kemudian tarik balik, lepas itu lulus pula dan kini tolak pula," kata seorang pembaca ketika mengulas pengumuman Najib mengenai rancangan lapangan terbang tambang murah di Labu, Negeri Sembilan.

Kluk klek adalah loghat Terengganu yang bermakna tidak tetap pendirian atau flip flop dalam bahasa Inggerisnya.

Sebelum ini, semasa pilihan raya kecil Terengganu, beberapa hari sebelum pilihan raya kecil itu, BN menaikkan kain-kain rentang yang menyerbut perkataan 'kluk klek' bagi menyerang kononnya ia sikap PAS.

Namun, ia hanya disifatkan sebagai serangan di saat-saat akhir BN terhadap PAS dan ditolak oleh pengundi apabila PAS menang dengan majoriti 2613 di Kuala Terengganu.

Apabila Tun Dr Mahathir menyerang rancangan pembinaan lapangan terbang tambang murah di Labu, pendirian Najib dilihat berubah mengenainya dan semalam memutuskan ia ditolak sepenuhnya.

siasahdaily.blogspot.com


Ramai Desak Ibrahim Letak Jawatan

Ekoran keceluparan Ibrahim Ali terhadap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat khususnya PAS, banyak pihak mendesak Ibrahim Ali, Ahli Parlimen Pasir Mas meletakkan jawatannya.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Pasir Mas Rozi Muhamad, dalam kenyataannya memberitahu, Ibrahim sepatutnya menghormati pengundi Pasir Mas yang memberikannya kemenangan pada pilihan raya yang lalu atas tiket PAS.

"Ibrahim Ali harus sedar bahawa kemenangannya di dalam pilihan raya umum yang lepas adalah dari sokongan ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS.Ini adalah berdasarkan kerjasama beliau dengan PAS sebelum pilihanraya.

"Pengundi Pasir Mas, mengharapkan beliau akan mendokong dasar kerajaan negeri dan perjuangan PAS khasnya walaupun tidak menyertai pasrti PAS," katanya lagi.

Rozi turut menyokong dengan kenyataan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Dato' Takiyuddin Hassan, atas desakan yang sama.

"Ibrahim sepatutnya bermuhasabah kembali, bahawa sokongan yang diterimanya sewaktu pilihanraya kecil Pengkalan Pasir sebagai calon bebas tidak diterima oleh rakyat Pasir Mas.

"Begitu juga dengan pilihanraya umum 2004, beliau juga ditolak oleh pengundi kerana bertanding sebagai calon bebas," ujarnya dan menyatakan setelah bertanding di bawah tiket dan lambang parti PAS, baru beliau dapat sokongan dari pengundi Pasir Mas dan memenangi kerusi Parlimen Pasir Mas itu

Sementara itu DAP Kelantan turut menyokong saranan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya Anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali meletak jawatan bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan.

Setiausaha Jawatankuasa Penaja DAP Kelantan, Sew Kok Beng berkata langkah itu sejajar dengan hasrat pengundi di kawasan itu yang mahukan seorang pemimpin 'berwibawa dan mengenang budi'.

"Ibrahim patut meletak jawatan sebagai wakil rakyat kerana sebelum ini kemenangannya atas lambang Pas," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Kok Beng mengulas saranan Mursyidul Am Pas itu bahawa pengundi di kawasan Pasir Mas perlu diberi peluang bagi menentukan siapa pemimpin yang dikehendaki.

Kok Beng berkata bekas ketua Umno bahagian Pasir Mas itu sepatutnya menghormati Pas yang memberi laluan mudah bertanding di kawasan itu sekaligus mencatat nama sebagai wakil rakyat bebas.

Ibrahim berkata, jika beliau melepaskan jawatan Anggota Parlimen, beliau perlu menunggu lima tahun lagi untuk melayakkannya bertanding.

Nikah Online Pertama Di dunia

Jeddah - Keterbatasan ruang dan waktu rupanya tak menghalang proses pernikahan ini. Dalam upacara tersebut, pengantin lelaki, Ahmad Jamil Rajab (26) berada di Amerika, sementara pengantin perempuan, Wafa Suhaimi (24) berada di Jeddah. Ahmad dapat melihat pihak pengantin perempuan, wali, saksi, dan keluarganya melalui web-cam yang dibesarkan oleh LCD (projektor), demikian juga sebaliknya.

Rukun-rukun dan syarat nikah pun dinyatakan terpenuhi. Akad ijab kabul juga telah disahkan. Kedua mempelai pun dinyatakan rasmi sebagai suami isteri.

Orang-orang yang hadir dalam upacara pernikahan itu tampak ceria dan berwajah cerah. Senyum kebahagiaan juga terpancar dari raut wajah kedua belah pihak: orang tua mempelai lelaki, orang tua mempelai perempuan, para kerabat mempelai, dan juga petugas KUA Saudi.

Hukumnya Boleh dan Pernikahannya Sah

Sementara itu, ketua bagi pernikahan unik itu, Syaikh Adil ad-Damari, mengaku baru pertama kalinya mengelolakan acara pernikahan semacam ini.

"Ini benar-benar kali yang pertama, dan benar-benar unik," katanya.

Ad-Damari menyatakan, terkait hukum pernikahan demikian adalah bersandarkan kepada hadith nikah muwakkal atau juwaz bil wikalah (nikah yang diwakilkan). Menurut hukum Islam, pernikahan yang diwakilkan itu sah. Hal tersebut dipraktikkan Nabi saw ketika menikahi Ummu Habibah yang sedang berada di Habsyah (Eutiopia), dan diwakili oleh Amru bin Umayyah Adhdhomari dan maharnya dari Najashi penguasa Habsyah (HR. Abu Daud).

Pada waktu dilangsungkan acara pernikahan itu, Yusuf, abang kandung Ahmad, berada di tempat pihak mempelai perempuan di Jeddah. Ad-Damari pun meniatkan untuk menjadikan Yusuf sebagai wakil dari Ahmad.

Syaikh Dr. Muhammad an-Najimi, salah seorang anggota Dewan Fikh Islam (Majma' al-Fiqh al-Islami) Arab Saudi juga menilai hukum pernikahan "mode baru" ini adalah boleh dan sah."Pernikahan seperti demikian hukumnya sah," jelasnya.

Dari eramuslim

Mahkamah Bergelap 15 minit Masa Menunggu Kes Nizar

Sasana di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bergelap selama 15 minit sewaktu semua pihak menunggu sebutan kali ke 2 pembicaraan krisis yang berlaku di Perak.

YB Khalil Idham Lim di dalam blognya melaporkan YAB Menteri Besar Perak, Ir.Muhammad Nizar Jamaluddin sampai di mahkamah pada kira-kira jam 2.20 petang bersama dengan Pesuruhjaya PAS Perak, Ust.Ahmad Awang, Exco Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat, Dato' Ngeh Khoo Ham, YB.Nga Kor Ming, YB.Sivanesan dan YB.Hj.Mohd Zainuddin, Pengerusi BBC Perak, YB.Drs.Khalil Idham Lim dan Pengerusi PKR, Hj.Osman beserta ahli rombongan lain.

Semua pihak sedang menunggu masa sebutan kes untuk kali yang kedua pada bila-bila masa oleh Hakim.

Kelihatan hadir ialah Penasihat Undang-undang Kerajaan negeri Perak, Ahmad Kamal yang mewakili Zambry Abdul Kadir, dimana mendapat bantahan dari peguam yang mewakili DS Nizar dalam sebutan pertama lalu.Hakim akan menentukan kewajaran beliau mewakili Zamry kerana dakwaan dikenakan atas batang tubuh Zamry sedangkan dia Penasihat Undang-undang Kerajaan Negeri Perak.

YB Khalil melaporkan bahawa hakim akan memutuskan samaada kes ini dipindahkan ke Mahkamah Tinggi atau tidak pada petang ini juga.

Ramai tertanya-tanya apakah "gelap" selama 15 mnit itu akan membawa satu petanda masih ada ruang "gelap" di dalam sistem kehakiman di dalam negara ini?

Anwar Bidas Cara Polis Tangani Isu Elizabeth Wong

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata polis sekali lagi menunjukkan sikap berat sebelah apabila menyiasat kes-kes membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat, terutama melibatkan Kes ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong.

Sikap itu terserlah apabila pihak polis mengendalikan kes penyebaran gambar-gambar kurang sopan yang diambil tanpa kebenarannya dan tersebar luas di internet dan media massa oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Perbezaan jelas wujud diantara siasatan kes Elizabeth dan cara polis menangani skandal pembunuhan warga Mongolia Altantuya Sharibu.

Polis sepatutnya bertindak professional di dalam siasatan mereka, tetapi apa yang berlaku pihak polis tidak mengendalikan kes berkenaan secara adil dan professional.

"Tujuannya ialah untuk memberi gambaran yang kurang baik (terhadap pemimpin Pakatan Rakyat)."

"Siasat secara professional, jangan ugut orang, jangan awal-awal lagi dedahkan suspek dan umumkan kepada orangramai. Bila kena kes Altantuya tak disebutkan kaitan dengan Datuk Seri Najib ker Razak Baginda ker," tegas Anwar.

Sehubungan dengan itu Pengerusi DAP yang juga Ahli Parlimen Jelutong menggesa undang-undang lebih tegas terhadap pencerobohan hak peribadi dilaksanakan di negara ini.

Beliau mendakwa hukuman bagi pencabulan hak peribadi mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan denda tak melebih RM100 adalah tidak mencukupi.


Khalid Tidak Takut Dikejar Lembu SPRM

Tan Sri Khalid menyatakan beliau tidak takut dikejar lembu atau kereta sekalipun mungkin ada yang takut dengannya sewaktu beliau ditanya mengenai kenyataan Suruhanjaya Penyiasatan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mendakwa mempunyai bukti kukuh berhubung dakwaan beliau menyalahgunakan kewangan negeri untuk pembelian 46 ekor lembu korban dan penyelenggaran kereta Lexus milik peribadinya yang digunakan sebagai kereta rasmi MB.

"Jangan lari daripadanya. Jangan takut kepadanya. Sdra perlu bersikap professional," katanya.

"Lembu itu pun saya tak makan, tak nampak pun... tak der apa. Itu saya tak takut sebab tujuan saya datang untuk menerajui negeri Selangor, sikap saya jika saya tidak boleh menolong rakyat negeri Selangor lebih baik saya tak usah buat kerja," jelasnya lagi.

YAB Tan Sri Khalid mengulas kenyataan biadab Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan beberapa hari lalu bahawa SPRM ada keterangan kukuh untuk mendakwa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berhubung salah guna wang bagi penyelengggaraan kereta mewah dan pembelian lembu korban.


Banyak pihak menyelar Ahmad Said Hamdan berhubung kenyataannya itu dan mendakwa Ketua Pesuruhjaya itu terang-terangan telah menyalah-gunakan kuasa dengan mebbuat kenyataan terbuka tersebut untuk menjatuhkan kredibilit pemimpin Pakatan Rakyat serta berkongkol dengan UMNO/BN untuk melaksanakan grand design oleh pihak tertentu dalam usaha merampas negeri Selangor dari Pakatan Rakyat seperti yang telah dilakukan terhadap negeri Perak.

Di dalam satu isu lain, Tan Sri Khalid mendakwa embidas sikap tamak syarikat konsesi air di Selangor menjadi punca pembelian asset ditolak. Tan Sri Khalid menyatakan mereka mahukan pendapatan 300% setahun. Kalau kerajaan negeri menerima syarat mereka bererti rakyat Selangor yang terpaksa menanggung bebannya.

"Perniagaan apa yang dapat 300% setahun? Berjudi di genting pun lom tentu dapat keuntungan sedemikian," tegasnya.

Jumaat lalu, SYABAS dan Puncak Niaga Sdn Bhd telah memutuskan untuk tidak menerima tawaran kerajaan negeri Selangor dan telah menerima kritikan hebat dari rakyat Selangor kerana sikap tamak mereka.

AMK Bakal 'Hadiahkan' Seekor Lembu Pada SPRM

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) akan melakukan 'kunjungan hormat' ke atas Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk menghadiahkan beliau seekor lembu sebagai lambang SPRM semakin tunduk kepada Umno-BN.

AMK mengecam keras tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang bingkas mendakwa ia mempunyai bukti untuk mendakwa Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim atas tuduhan salahguna kuasa.

Ketua Pesuruhjaya Ahmad Said Hamdan membuat kenyataan tidak tidak sampai dua minggu selepas kumpulan pro-Khir Toyo membuat aduan mengenai perkara itu.

SPRM bagaimanapun membisu mengenai beberapa kes rasuah politik membabitkan pemimpin UMNO seperti Khir Toyo dan Najib Razak.


Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata pengumuman Ahmad Said jelas menunjukkan penyalahgunaan kuasa kerana Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 memperuntukkan kuasa mendakwa hanya kepada Jabatan Peguam Negara.

"Tindakan beliau juga kelihatan selari dengan usaha jahat dan terancang oleh Umno-BN yang mahu mengganggu gugat kestabilan kerajaan Negeri Selangor khususnya dalam keadaan tampuk pemerintahan negara bakal diambil alih oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau mempersoalkan profesionalisme SPRM dalam mengendalikan siasatan kes-kes rasuah yang membabitkan penyelewengan kes pembelian Eurocopter; kes rasuah mantan MB Selangor Khir Toyo, laporan penyelewengan wang kerajaan oleh Kementerian Belia dan Sukan seperti didedahkan oleh Laporan Audit Negara.

SPRM juga tidak bertindak ke atas akuan bersumpah Ketua Bahagian keADILan Ipoh Barat, Fauzi Muda mengenai usaha Najib membeli Adun-adun di Perak.

"Kesemua laporan yang dikemukakan oleh AMK, kesemuanya 'dibakulsampahkan' oleh SPRM. Tindakan jijik ini pastinya tidak boleh menutup mata rakyat, dalam keadaan SPRM kini ibarat lembu dicucuk hidung oleh Umno-BN.

"Justeru, kita akan menggerakkan jentera AMK sepenuhnya untuk menerangkan kepada rakyat pencabulan kuasa dan hak yang dilakukan sewenangnya oleh Umno-BN melalui SPRM," katanya dalam satu kenyataannya.

22 Feb 2009

97% Setuju Tindakan Nizar

Di dalam satu undian SMS yang dijalankan oleh 7 Edition kelolaan NTV7, seramai 97% setuju dengan tindakan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin untuk Pakatan Rakyat membawa usul undi percaya terhadap "kepimpinannya" sebagai ketua kerajaan negeri yang "sah" apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) bersidang.

Menjelaskan perkara itu di sini 3 petang tadi, Nizar berkata, pihaknya mahu menggunakan sidang DUN untuk membuktikan bahawa Pakatan masih sah untuk menerajui kerajaan negeri.

Terdahulu pada sidang akhbar sebelum keluar dari kediaman rasmi Menteri Besar pagi tadi, Nizar menjangkakan suasana "kelam kabut" mungkin berlaku apabila Pakatan membawa usul sedemikian pada sidang akan datang.

Belum ada tarikh ditetapkan bila DUN akan bersidang semula.

Kata Nizar, beliau menjangkakan BN hanya akan mempunyai 21 orang anggota di DUN berbanding 28 wakil di pihak Pakatan ekoran penggantungan Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abddul Kadir, enam Exconya serta "tiga ekor katak".

Ketiga-tiga mereka merujuk kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi; Mohd. Osman Mohd. Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) yang keluar daripada Pakatan dan kini bertindak sebagai wakil rakyat Bebas.

"Kami akan membawa usul undi tidak percaya dan kita akan melihat siapa yang akan mendapat majoriti," katanya.

"Ini perlu diuji di dalam Dewan Undangan Negeri," kata beliau.

Terdahulu, Nizar secara rasmi berpindah dari kediaman rasmi Menteri Besar di sini pagi ini.

Kata Nizar, beliau berpindah sebagai menghormati peraturan dan arahan Setiausaha Kerajaan negeri Perak dan bukan bermakna menyerah kalah kerana proses mahkamah masih berjalan dalam menentukan kedudukannya sebagai Menteri Besar yang sah.

Berucap pada majlis meraikan wartawan sempena perpindahan beliau secara rasmi dari kediaman itu, katanya, Perak tidak lagi menjadi destinasi yang meyakinkan pelabur asing ekoran kemelut peralihan kuasa kerajaan negeri yang mencetuskan krisis perlembagaan.

Beliau berkata, pelabur tidak yakin untuk datang ke Perak jika krisis perlembagaan yang berlaku itu dibiar berterusan.

Keadaan yang menjejaskan ekonomi dan pembangunan negeri itu tidak akan selesai selagi DUN tidak dibubar dan rakyat diberi hak untuk memilih kerajaan yang dikehendaki, kata beliau.

Peralihan kuasa itu berlaku apabila BN menguasai majoriti kerusi DUN setelah empat wakil rakyat Pakatan Rakyat, tiga mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat Bebas dan seorang menyertai Umno bulan lalu.

Kerajaan Pakatan telah memohon pembubaran DUN bagi adakan pilihan raya negeri selepas kehilangan majoriti awal bulan ini tetapi tidak diperkenan Sultan Perak.

Sementara itu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar telah menghantar surat kepada Sultan memohon diadakan sidang dewan April depan.

Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohd Nizar berkata tarikh berkenaan adalah mengikut jadual persidangan yang telah dirancang pada tahun ini.

Beliau memberitahu pemberita di majlis meraikan wartawan sempena perpindahan beliau secara rasmi dari rumah kediaman menteri besar di Ipoh hari ini.

Semalam, Menteri Besar baru, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir berkata tarikh persidangan DUN Perak, akan ditentukan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

"Kita ada tempoh enam bulan, terpulang kepada Tuanku Sultan Perak untuk menentukan masa yang sesuai,' katanya di Ipoh semalam.

Kali terakhir DUN bersidang pada November tahun lalu. Berdasarkan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, DUN perlu mengadakan sidang dalam tempoh enam bulan dari sidang terakhir.

Sebelum ini, Sivakumar mengambil tindakan mengejut menggantung dan melarang Dr Zambry serta enam exco kerajaan negeri daripada menghadiri sidang DUN.

Sementara itu UMNO terpaksa pergi ke England untuk minta pandangan Queen’s Council cari jalan keluar krisis Perak setelah mereka mendapati mereka di dalam keadaan tersepit akibat melakukan rampasan kuasa di Perak dengan membelakangkan Undang-undang tubuh negeri Perak dan Perlembagaan negara.



19 Feb 2009

Ulasan Berita Hangat 19 Feb 2009

Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan Isnin ini bagi sebutan untuk mempertimbangkan bebeberapa isu yang dibangkitkan pada hari pertama prosiding undang-undang yang difailkan oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mencabar pelantikan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak

1) Pesuruhjaya Kehakiman, Mohamad Ariff Md. Yusof hari ini mendedahkan bahawa beliau pernah menjadi penasihat undang-undang kepada parti Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Pendedahan mengenai jawatan Penasihat Undang-Undang Pas dan PKR yang dibuat oleh Mohamad Ariff sendiri adalah bagi pertimbangan sama ada beliau patut menarik diri daripada mendengar kes itu atau sebaliknya merupakan antara tiga perkara yang ditimbulkan dalam kes itu hari ini.

2) Kedudukan Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Datuk Ahmad Kamal Md. Shahid sama ada beliau patut mewakili Zambry dan sama ada kes itu wajar dirujuk ke Mahkamah Persekutuan bagi menentukan persoalan undang-undang yang timbul. Menurutnya, Zambry sepatutnya melantik peguam mewakilinya kerana saman itu dibuat bukan atas kapasiti Zambry sebagai Menteri Besar Perak, sebaliknya sebagai individu.

3) Pesuruhjaya Kehakiman itu turut menimbulkan isu sama ada persoalan undang-undang mengenai Perkara 16 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak yang dibangkitkan dalam saman itu harus dirujuk ke Mahkamah Persekutuan. Kes saman itu sepatutnya didengar oleh Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak dengan alasan kedua-dua pemohon dan responden menetap di Ipoh serta melibatkan rakyat dan kerajaan negeri Perak. Peguam Nizar, Sulaiman sebaliknya berkata, memandangkan kes itu melibatkan kerajaan dan rakyat negeri Perak maka sebab itulah ia harus didengar oleh mahkamah di luar Perak bagi mengelakkan timbulnya sentimen kepada semua pihak terlibat.

ISU GAMBAR BOGEL ELIZABETH WONG: HILMI DICARI POLIS UNTUK BANTU SIASATAN

Sepasukan pegawai dan anggota forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor membuat siasatan selama dua jam di rumah Ahli Exco Selangor, Elizabeth Wong Keat Ping di Jalan Gasing di sini semalam, berhubung kes penyebaran gambar separuh bogelnya.

Mereka tiba di rumah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan itu kira-kira jam 12 tengah hari dan turut mengambil gambar sekitar rumah itu termasuk tempat gambar separuh bogelnya dirakamkan.

"Pasukan itu menjalankan proses biasa seperti mengambil gambar dan melihat keadaan dalam rumah itu," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.

Setakat ini, polis sudah mengambil keterangan Adun itu serta empat wartawan, masing-masing dua dari The Malay Mail dan The Sun bagi membantu siasatan kes itu.

Polis juga sedang mencari dua orang "rakan" Elizabeth yang boleh membantu siasatan termasuk teman lelaki Elizabeth Wong bernama Hilmi Hazimin Malek, 34 (gambar) dipercayai mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan itu.

Bekas teman lelaki Elizabeth itu, seorang ahli PKR, adalah bekas pembantu kepada ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian.

Ramai berpendapat bahawa isu ini adalah satu konspirasi politik dan berandaian Malik "telah dilarikan" oleh pihak tertentu, sama modus operandi yang digunakan seperti kehilangan beberapa ADUN Perak sebelum ini yang mengisytiharkan diri keluar PKR dan pengakuan Saiful terhadap tuduhan liwat ke atas Datuk Seri Anwar.

Polis menasihatkan orang ramai yang memiliki gambar ini supaya memusnahkannya serta-merta atau mengemukakannya kepada pihak polis.

MB SELANGOR SAMAN KHIR TOYO

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini memfailkan dua saman fitnah terhadap bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo berhubung kenyataannya mengenai Abdul Khalid bulan lalu berhubung isu pembelian kereta Lexus dan pembelian 46 ekor lembu korban.

Kedua-dua saman itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Shah Alam pada jam 11.57 pagi melalui firma guaman S N Nair & Partners.

Dalam pernyataan tuntutannya, Abdul Khalid mendakwa Dr Mohamad Khir telah mengucapkan atau membuat dua kenyataan berunsur fitnah yang telah diterbitkan di dalam suratkhabar The New Straits Times bertajuk "Lexus is my own, says Khalid" pada 15 Januari lalu dan di dalam suratkhabar Utusan Malaysia bertajuk "Lepaskan Jawatan MB" pada 23 Januari lalu.

Menteri Besar itu mendakwa kedua-dua artikel itu secara langsung dan tidak langsung merujuk kepada beliau yang bermaksud antara lain bahawa beliau adalah seorang tidak jujur, tidak beretika dan sengaja menyalahgunakan kedudukannya untuk kehidupan peribadi dan jawatan awam.

Abdul Khalid mendakwa tindakan Dr Mohamad Khir itu antara lain didorong oleh niat jahat untuk mencetuskan kebencian dan kemarahan terhadap beliau serta merendahkan taraf beliau pada pandangan umum.

Ia juga berniat untuk memperkecilkan beliau dalam kapasiti persendirian dan rasmi, termasuk kapasiti beliau sebagai Menteri Besar, anggota Parlimen Bandar Tun Razak dan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Ijok, dakwanya.

18 Feb 2009

Khir Toyo Disaman MB Selangor

Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini memfailkan dua saman terhadap bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Saman tersebut difailkan oleh peguam plaintif, S.N. Nair pada pukul 12.15 tengah hari.

Kedua-dua saman tersebut dibuat berhubung perkataan yang didakwa memfitnah Abdul Khalid seperti yang disiarkan dalam laporan akhbar mengenai pembelian 46 ekor lembu korban dan 15 kereta Toyota Camry.

Dalam pernyataan tuntutan itu, plaintif tidak menyatakan berapakah jumlah pampasan yang diminta dan sebaliknya memohon mahkamah memutuskan jumlah ganti rugi pampasan, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan.

Selain itu, plaintif memohon injunksi untuk menegah Mohd. Khir yang juga merupakan defendan daripada melafaz, bercakap, menulis atau menerbitkan artikel yang memfitnahnya.

Awal tahun ini Khir mendedahkan yang beliau mempunyai salinan minit mesyuarat bertarikh 28 November tahun lepas yang disahkan Menteri Besar yang mengarahkan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNs), Selangor Incorporated Corporation (SIC) membiayai RM110,400 untuk pembelian 46 ekor lembu bagi ibadah korban dan peruntukan itu perlu ditanggung anak syarikat kerajaan negeri yang lain.

Bekas Menteri Besar Selangor itu juga mendakwa mempunyai resit pembayaran bagi lembu berkenaan berjumlah RM110,400 bertarikh 16 Disember dan memberitahu kesemua bukti itu telah diposkan kepadanya.

Ditanya sejauh mana kebenaran dakwaan Dr. Mohamad Khir itu, Abdul Khalid berkata: "(Dakwaan) Tidak berapa betul kerana saya hanya beri senarai surau di Bandar Tun Razak apabila PKNS putuskan untuk serah lembu di kawasan itu setelah mendermakan lembu di seluruh kawasan Selangor."

"PKNS dan anak syarikatnya hanya menjalankan tanggungjawab sosial korporatnya sahaja," kata beliau.

Khalid pada 4 Feb 2009 telah menyerahkan surat tuntutan kepada Khir Toyo supaya beliau memohon maaf dan menarik balik pernyataan fitnah yang dibuatnya.

Khalid telah menyerahkan surat tuntutan itu melalui firma guaman Sankara Narayanan Nair & Partners.

Sankara Nair berkata, surat tuntutan itu dibuat berdasarkan arahan anak guamnya yang mahukan Mohd. Khir menarik balik kenyataan yang telah disiarkan di dalam Utusan Malaysia, 23 Januari lalu berkaitan salah guna wang kerajaan negeri membeli 46 ekor lembu korban.

Satu lagi notis tuntutan dibuat berdasarkan laporan News Straits Times 15 Januari lalu yang bertajuk Lexus is my own, says Khalid.

'Kedua-dua artikel yang diterbitkan itu telah mencemarkan imej anak guam saya yang terbukti bahawa kenyataan Khir Toyo adalah berbaur hasutan dan surat tuntutan telah dihantar kepadanya supaya menarik balik segala tohmahan dalam masa tujuh hari," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Sankara Nair memberitahu, anak guamnya hanya mahukan Mohd. Khir menarik balik dan memohon maaf di atas kenyataannya di dalam kedua-dua akhbar tersebut secara terbuka.

Beliau berkata, arahan daripada anak guamnya itu hanya mahukan bekas Menteri Besar Selangor bertanggungjawab di atas kenyataan tersebut selain membersihkan dirinya daripada tuduhan yang tidak berasas.

"Kita memberi tempoh kepada Mohd. Khir untuk menarik balik dan memohon maaf dan jika beliau enggan berbuat demikian kita akan meneruskan saman terhadapnya," ujarnya.

Dan hari ini apabila surat tuntutan itu tidak diindahkan, maka saman ke atas Khir diteruskan.

Ulasan Berita Hangat 18 Feb 2009

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat hari ini mendesak Elizabeth Wong untuk menimbang semula keputusannya meletakkan jawatannya sebagai ADUN dan EXCO kerajaan Negeri Selangor.

Wong menawarkan untuk melepaskan kedua-dua jawatan itu setelah beliau menjadi mangsa penyebaran gambar bogel yang diambil tanpa kebenarannya, ketika dia tidur.

Wong memberitahu sidang akhbar pagi tadi bahawa keputusan itu berpaksi kepada pendirian bahawa isu peribadinya tidak harus mendatangkan sebarang kekusutan kepada PKR.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong supaya bercuti bagi menenangkan fikiran berikutan insiden gambar bogelnya yang kini tersebar.

Anwar berkata, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah memaklumkan kepada beliau bahawa Wong telah diminta bercuti berikutan tekanan yang diterima oleh exco Selangor itu terutama daripada beberapa laman web berhubung insiden tersebut.

Beliau mengecam taktik keji yang digunakan oleh pihak tertentu ke atas Elizabeth Wong sehingga memaksa beliau meletak jawatan sebagai EXCO kerajaan negeri Selangor dan ADUN Bukit Lanjan.

“Saya mengecam sekeras-kerasnya taktik keji yang digunakan ke atas beliau. Kita tertanya-tanya sekeji mana dalang ini sanggup menggunakan taktik tersebut,” kata Anwar dalam satu kenyataan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedia mengadakan pilihan raya kecil serentak di kerusi bernama "Bukit" - termasuk Bukit Lanjan di Selangor jika ada kekosongan.

Sambil tidak menolak kemungkinan itu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya boleh mempertimbangkan pilihan raya kecil di ketiga-tiga kerusi Bukit Lanjan, Bukit Selambau dan Bukit Gantang serentak awal April ini.

"Kemungkinan itu ada jika wujud kekosongan... tetapi sehingga kini belum ada kekosongan (secara rasmi),"

BAHASA INGGERIS: GMP SERAH MEMORANDUM KEPADA HALI PARLIMEN

Gerakan Mansuhkan PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) (GMP) hari ini menyerahkan memorandum bantahan mereka terhadap pelaksanaan dasar PPSMI kepada Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammmuddin Tun Hussein.

Memorandum tersebut diserahkan oleh Pengerusi gerakan itu, Datuk Dr, Hassan Ahmad di lobi Parlimen pagi ini.

Beliau turut menyerahkan memorandum tersebut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mewakili ahli Parlimen pembangkang.

Seramai 20 ahli GMP berarak dari Tugu Negara pada pukul 9.30 pagi tadi ke bangunan Parlimen.

Bagaimanapun, hanya 10 orang yang dibenarkan masuk ke bangunan Parlimen pada pukul 10.15 pagi bagi menyerahkan memorandum itu.

Dalam sidang medianya, Hassan berkata, masalah PPSMI kini menjadi semakin serius sejak ia dilaksanakan enam tahun lalu.

NAJIB: UNJURAN EKONOMI MALAYSIA DIKAJI SEMULA

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, unjuran pertumbuhan ekonomi negara sebanyak 3.5 peratus pada tahun 2009 akan disemak semula berikutan kelembapan ekonomi dunia.

Dalam pada itu, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, pakej rangsangan kedua yang bertujuan mengatasi masalah kelembapan ekonomi itu yang akan diumumkan pada 10 Mac ini akan menyediakan peruntukan lebih besar dan menyeluruh.

Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

TIGA TERMASUK DUA BERANAK MATI DITIKAM

Tiga termasuk dua beranak ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah dan terdapat beberapa kesan tikaman di rumah di Taman Tasik Permai, Ampang di sini, hari ini.

Lebih menyayat hati apabila mayat wanita itu ditemui dengan anak bongsunya yang berusia setahun, menangis sambil menggoncang tubuh ibunya yang tidak bernyawa itu.

Mereka yang terbunuh itu dikenali sebagai Nurhajahan, 39, dan anaknya Nurazizah, 7, serta saudara mereka Nasir, 22. Kesemua mereka adalah rakyat Myanmar dan pemegang status pelarian Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR).

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Abdul Jalil Hassan, ketika ditemui pemberita di tempat kejadian, berkata ketiga-tiga mayat itu ditemui oleh suami wanita berkenaan yang hanya dikenali sebagai Mohamad Ali, berusia dalam lingkungan 40-an.



17 Feb 2009

Ulasan Berita Hangat 17 Feb 2009 Edisi Petang

Sebanyak 75% dari responden Edisi 7 tidak bersetuju dengan keputusan Elizabeth Wong untuk meletakkan jawatannya sebagai Exco dan ADUN Bukit Lanjan seperti yang ditawarkannya pagi ini.

Sebelum ini di dalam satu sidang media, Elizabeth Wong Keat Ping yang dikaitkan dengan penyebaran gambar bogelnya di internet, menawarkan diri melatakkan jawatan Exco Selangor dan Adun Bukit Lanjan.

"Saya menerima sokongan padu daripada keluarga, pemilih kawasan saya, rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, sahabat dan masyarakat umum.

"Bagaimanapun, demi kepentingan parti, saya telah memutuskan untuk menawarkan peletakan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor dan juga ADUN Bukit Lanjan," katanya dengan nada sebak manakala penyokong-penyokongnya pula mendesak beliau menarik balik keputusannya.

"Saya akan berbincang dengan Menteri Besar (Tan Sri Khalid Ibrahim) untuk mengaturkan penyerahaan tanggungjawab saya dengan baik.

Naib Presiden PKR, YB Azmin Ali berkata: "Beliau hanya menawarkan untuk melepaskan kedua-dua jawatan, bukan meletakkan jawatan."

"Beliau baru sahaja membuat pengumuman dan beliau juga sudah memaklumkan kepada kami malam tadi, kami sudah mendapat penjelasan penuh mengenai isu ini dan kami akan membuat keputusan dalam waktu terdekat," tambahnya.

Khalid yang juga Pengerusi PKR Selangor dijadual membuat kenyataan rasmi mengenainya dalam beberapa jam lagi.

Wong, berusia 37 tahun dan masih bujang, yang memasuki dewan utama Ibu Pejabat PKR dengan ceria kelihatan sebak ketika membacakan kenyataannya.


Beberapa penyokong beliau membawa sepanduk dan poster menyatakan sokongan moral kepada beliau sambil berulang kali menggesa Wong tidak meletakkan jawatan.

Naib Presiden PKR, R. Sivarasa pula berkata, pihaknya menerima keputusan Wong dengan berat hati tetapi bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil jika diadakan.

"Kami bersedia menghadapi pilihan raya kecil di Perak, di Kedah dan juga di sini di Selangor," kata beliau yang turut hadir pada sedia media itu.

Pemerhati politik berpendapat sekalipun tawaran perletakan jawatannya diterima oleh PKR dan pilihanraya bakal diadakan, ia tidak akan memberi kemenangan kepada Barisan Nasional walaupun Khir Toyo, bekas MB Selangor sebelum ini amat mendesak Elizabeth meletakkan jawatannya.

MOHD ABDUL WAHID ENDUT ANGKAT SUMPAH

Anggota Parlimen Kuala Terengganu yang baru Mohd Abdul Wahid Endut hari ini mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Mohd Abdul Wahid, 52, berpakaian baju Melayu berwarna gelap lengkap bersongkok, turut menerima kata-kata nasihat daripada Pandikar Amin, yang mahukan memberi sumbangan yang berguna dan berfaedah kepada Dewan dan negara serta dapat berkhidmat dengan cemerlang.

Wakil rakyat dari PAS itu memenangi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu dengan majoriti sebanyak 2,631 undi pada 17 Jan lepas.

Beliau memperoleh 32,883 undi manakala calon Barisan Nasional (BN) Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh meraih 30,252 undi.

AGUSTINE PAUL MENARIK DIRI MENDENGAR HABEAS CORPUS RPK

Hakim Agustine Paul menarik diri dari mendengar permohonan rayuan kes habeas corpus Raja Petra Kamaruddin hari ini.

Walaubagaimana pun Hakim Nik Hashim Nik Abd Rahman memaklumkan bahawa Agustine dan
hakim Zulkifli Ahmad masih berkuasa untuk mendengar permohonan terbabit dan mengarahkan rayuan diteruskan.

Peguam RPK, Malik Imtiaz mengemukakan dua alasan mengapa hakim Agustine perlu disingkirkan. Pertama, Agustine didakwa terlibat di dalam kes rasuah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kedua beliau pernah menolak permohonan harbeas corpus RPK pada tahun 2001.

NAJIB AKUI EKONOMI MALAYSIA HADAPI KEADAAN SUKAR

Jika sebelum ini Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak dengan angkuh menyatakan Malaysia tidak akan mengalami kemelesetan ekonomi teknikal pada tahun hadapan tetapi pada pagi ini, Najib menyatakan di Dewan Rakyat bahawa petunjuk-petunjuk ekonomi yang ada menggambarkan situasi ekonomi Malaysia berada dalam keadaan sukar.

"Jumlah pemberhentian pekerja bagi tempoh Okt 2008 - Jan 2009 ialah seramai 11,595 orang sementara di bawah skim pemberhentian sukarela ialah serama 2,752 orang. Harga komiditi terus berada di paras yang rendah," kata beliau.

AHLI PALIMEN BN DAN MENTERI PELAJARAN PERLEKEHKAN PERJUANGAN GAPENA

Ahli Parlimen dari BN dan Menteri Pelajaran, Hishamuddin Hussein memperlekehkan perjuangan yang ditunjangi oleh NGO, GAPENA apabila "membelasah" GAPENA di dalam Parlimen hari ini behubung isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Ahli Parlimen Kinabatangan terus menuduh bahawa "pejuang-pejuang" GAPENA ini mempunyai anak-anak yang belajar di luar negara yang belajar di dalam Bahasa Inggeris sedangkan mereka meminta anak-anak di kampung menerima pelajaran di dalam Bahasa Malaysia.

Sebelum ini, Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) hari ini menyerahkan memorandum bantahan mereka terhadap pelaksanaan dasar PPSMI kepada Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammmuddin Tun Hussein.

Memorandum tersebut diserahkan oleh Pengerusi gerakan itu, Datuk Dr, Hassan Ahmad di lobi Parlimen pagi ini.

Beliau turut menyerahkan memorandum tersebut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mewakili ahli Parlimen pembangkang.

Seramai 20 ahli GMP berarak dari Tugu Negara pada pukul 9.30 pagi tadi ke bangunan Parlimen.

Bagaimanapun, hanya 10 orang yang dibenarkan masuk ke bangunan Parlimen pada pukul 10.15 pagi bagi menyerahkan memorandum itu.

Elizabeth letak jawatan ADUN, Exco

Elizabeth memutuskan untuk letak jawatan Exco dan ADUN ekoran tersebarnya gambar dan video separuh bogel beliau.

Ia diumumkan pada sidang media sebentar tadi.

Terdahulu, pemimpin-pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengadakan dua pertemuan penting - peringkat negeri dan pusat malam tadi - bagi membincangkan nasib Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan, Elizabeth Wong yang menjadi mangsa skandal pengedaran gambar bogel.

Satu mesyuarat diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Shah Alam, dihadiri wakil-wakil rakyat negeri itu manakala pertemuan susulan dipengerusikan oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara.

Kenyataan berupa "memikul tanggungjawab" akan dikeluarkan oleh PKR hari ini.

Difahamkan Wong juga hadir dalam pertemuan dengan Anwar dan menjelaskan isu berkenaan.

SMS yang diterima awal pagi ini memaklumkan Wong akan mengadakan sidang media khas di Ibu Pejabat PKR pukul 11 pagi ini.

Susulan kedua-dua pertemuan tersebut, mStar Online difahamkan Wong, yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor diberikan opsyen untuk dipertimbangkan termasuk melepaskan kedudukannya itu.

"Mesyuarat mengambil kira bahawa isu tersebut merupakan soal peribadi beliau, tetapi kini ia menjadi isu umum.

"Oleh itu, dan memandangkan beliau mengakui gambar-gambar itu adalah diri beliau, maka pemimpin PKR merasakan beliau wajar mengambil tanggungjawab dari sudut moral.

"Justeru, kepimpinan PKR dijangka akan mengeluarkan kenyataan 'bertanggungjawab' esok (hari ini)," kata sumber itu kepada mStar Online tengah malam tadi.

Pertemuan kedua dipercayai berlarutan hingga awal pagi ini.

Malaysiakini melaporkan:

Sementara itu, Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata Elizabeth menawarkan diri untuk meletakkan kedua-dua jawatan tersebut dan kini terpulang kepada Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan pihak partinya untuk membuat keputusan muktamad.

Dalam pilihanraya umum lalu, Elizabeth menang dengan memperolehi 12,125 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dari Gerakan, Yong Dai Ying, yang mendapat 6,970 undi.

Elizabeth menang dengan majoriti 5,155 undi.

Menurut sumber-sumber, jika berlaku kekosongan, antara calon PKR yang disebut-sebut mungkin bertanding di kerusi tersebut ialah bekas pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan yang juga bekas timbalan menteri, Dr Tan Kee Kwong.

Kee Kwong, yang pernah menjadi ahli Parimen Segambut, menyertai PKR Ogos tahun lalu.

Satu lagi calon yang disebut-sebut ialah bekas ketua wanita MCA Klang dan bekas ahli Parlimen Klang, Dr Tan Yee Kew, yang menyertai PKR tahun lalu.

Sementara itu, Adun Kajang, Lee Kim Sin dari PKR disebut-sebut akan dilantik mengisi jawatan exco yang dikosongkan oleh Elizabeth.

Difahamkan, turut dipertimbangkan untuk mengisi jawatan tersebut ialah Adun Rawang, Gan Pei Nee.

1) G. MANIMARAN, MSTAR.
2) MALAYSIAKINI