14 Nov 2008

Berita TKOfm Hari Ini 14 Nov 2008

Polis dan Jabatan Hal Agama Islam tak sepakat dalam isu Ayah Pin. Musa Hassan hari ini berkata polis tidak dapat mengambil tindakan terhadap Ayah Pin kerana Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu (JHEAT) memaklumkan kepada polis untuk tidak menahannya sehingga siasatan selesai.

Nazri akhirnya mengakui berbohong di Parlimen apabila menyatakan 6 hakim tidak dipecat tetapi telah ditamatkan tempoh perkhidmatannya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengesahkan dan mengakui bahawa keenam-enam hakim yang menerima bayaran ex-gratia sebenarnya dipecat.

Kerajaan Selangor mengarahkan keluarga bekas wakil rakyat Pelabuhan Klang Datuk Zakaria Md Derus supaya mengosongkan bahagian laman banglonya dalam tempoh sebulan kerana tidak mendapat kelulusan pemilikan. Polis tak mengaku mengkasari Ronnie Liu.

Tiga maut dan tiga parah apabila sebuah bas kilang yang membawa lapan pekerja dirempuh dua buah lori treler dari arah bertentangan dalam kejadian di Kilometer 33.7, Jalan Klang-Teluk Intan.


13 Nov 2008

Berita TKOfm Hari Ini 13 Nov 2008

Tun Dr Mahathir saran guna ISA untuk mereka yang amalkan politik wang dalam UMNO. 97% responden NTV7 bersetuju dengan cadangan tersebut.

ADUN kawasan Kota Alam Shah M. Manoharan gagal buat kali ketiga untuk dibebaskan daripada tahanan ISA selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonannya bagi habeas corpus.

BN Perak serlahkan kezalimannya apabila menyelar tindakan kerajaan Perak senaraikan keluarga tahanan ISA sebagai penerima bantuan Tabung Khas. Mahkamah Tinggi menolak dengan kos perintah injunksi interim yang dipohon Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu menghalang bekas ketua pemuda MIC, M. Vigneswaran dan tiga yang lain daripada terus menerbitkan artikel berunsur fitnah mengenai beliau.

RPK sanggup jadi saksi prosiding bela diri kes Altantuya. Harga beras 15% hancur tidak diturunkan. Isu KTMB cetus suasana tegang di Parlimen. Harga minyak menjunam kepada $59 setong di pasaran Asia dan Malaysia masih melengahkan penurunnya di pasaran tempatan.


12 Nov 2008

Berita TKOfm Hari Ini 12 Nov 2008

Kerajaan BN sudah gila - mahu tetapkan paras minimum harga minyak tempatan. Cadangan itu ditentang oleh FOMCA dan 64% responden NTV7 tidak setuju terhadap langkah kerajaan itu.

Notis usul yang dikemukakan dua Ahli Parlimen DAP, Karpal Singh dan Lim Kit Siang gagal dikemukakan pada persidangan Dewan Rakyat apabila ia ditolak kerana ada notis usul lain dikemukakan lebih awal daripada itu.

Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dilantik pengerusi baru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR menggantikan Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman berkuatkuasa 31 Disember ini. Bekas Naib Presiden MIC, Datuk M. Muthupalaniappan menawar diri untuk bertanding jawatan presiden MIC, menentang penyandangnya Datuk Seri S. Samy Vellu. Datuk Wong Foon Meng yang dilantik sebagai Setiausaha Agung parti yang baru, dan pemimpin korporat Senator Tan Sri Tee Hock Seng sebagai bendahari agung MCA yang baru.


7 Nov 2008

Berita TKOfm Hari Ini 8 Nov 2008

Mahkamah mengisytiharkan penahanan penulis blog Raja Petra Kamaruddin bawah ISA adalah tidak sah dan memerintahkan supaya beliau dibebaskan segera. Raja Petra dibebaskan secara rasmi oleh Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 3.20 petang tadi. Keputusan itu dibacakan oleh Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pula hari ini memutuskan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh didengar di mahkamah yang sama. Hakim S.Komathy Suppiah berkata, sijil yang ditandatangani Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail bagi memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi adalah tidak sah.

Umno Bahagian Tanah Merah, Kelantan, membuat satu laporan polis di sini hari ini terhadap Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa. Dua pemimpin kanan UMNO Sabah ditahan BPR. Pengumuman Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai hukum berhubung senaman yoga ditunda. Khir Toyo cabar Kerajaan Selangor robohkan rumah mewah milik Zakaria Daros kerana Pemuda UMNO Kelang tak calonkannya sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia?


6 Nov 2008

Berita TKOfm Hari Ini 7 Nov 2008

Kerajaan membayar RM10.5 juta kepada enam bekas hakim yang dipecat sebagai bayaran ex-gratia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz di Dewan Rakyat.

Beliau berkata bayaran kepada Mohd Salleh melibatkan RM5 juta, Allahyarham Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh (RM2 juta) dan Tan Sri George Edward Seah Kim Seng juga RM2 juta.

Tan Sri Wan Hamzah Mohd Salleh, Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdolcadeer dan Tan Sri Azmi Kamaruddin pula masingmasing menerima bayaran berjumlah RM500,000, katanya.

Speaker Dewan Rakyat sekali lagi tunjuk belang, halau Ahli Parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan dan Ahli Parlimen Bandar Kuching, Chong Chien Jen daripada persidangan Dewan Rakyat sepanjang hari ini kerana kononnya tidak patuh kepada arahannya.

Bekas KSU Kem. Pembangunan Luar Bandar bebas dari tuduhan subahat pecah amanah.

Obama yang menang di dalam pilihanraya Presiden Amerika Syarikat semalam mula susun barisan pentadbirannya.


Berita TKOfm Hari Ini 6 Nov 2008

Mengenali Obama : Presiden baru Amerika. Apakah kemenangannya akan mengubah dasar luar Amerika terhadap negara-negara Islam? bagaimana reaksi pemimpin negara terhadap kemenangan Obama.

Obama, 47, turun gelanggang persaingan dengan slogan "Change" mencipta sejarah sebagai pemimpin pertama daripada kalangan masyarakat kulit hitam untuk mengetuai White House berkata, "tempoh lama yang dinanti-nantikan sudah tiba." Ini kali pertama sejak 1908 AS menyaksikan peratusan keluar mengundi paling tinggi iaitu kira-kira 64 peratus.

Suasana tegang di Dewan Rakyat tegang apabila Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) bangun untuk membahaskan rang undang-undang itu pada peringkat jawatankuasa, mempersoalkan mengenai pakej bernilai RM7 bilion itu tidak terkandung di dalam Bajet 2009.

"Sebelum peringkat jawatankuasa adakah ruling atau nasihat mengenai beberapa cadangan yang dikemukakan oleh Timbalan Perdana Menteri terhadap suntikan RM7 bilion kepada Bajet 2009.

"Ini luar biasa kerana cadangan yang dibuat tidak ada dalam Bajet 2009 (yang dibentangkan) Menteri Kewangan dahulu (Abdullah). Setiap sen perlu diluluskan di Parlimen tetapi perkara ini tidak dibawa ke hadapan kita," katanya.


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) kemudian mencelah dan meminta pertimbangan Dewan supaya angka yang diumumkan semalam itu diedar kepada anggota Parlimen untuk dibahaskan

Situasi tegang di Cilacap menjelang hukuman mati terhadap3 pengembom berani mati. Sukan : Liverpool 1 Athletico Madrid 1


5 Nov 2008

Berita TKOfm 5 Nov 2008 Edisi Petang

Barack Obama dipilih sebagai presiden baru Amerika Syarikat, warga berkulit hitam Afrika-Amerika pertama menduduki Rumah Putih. Pesaingnya, John McCain daripada Republikan telah mengaku kalah dan mengucapkan tahniah atas kemenangan Barack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baru, hari ini.

Pakatan Rakyat persoalkan sumber dana RM7 billion untuk pakej ransangan ekonomi. Sidang Dewan Rakyat ditangguh dan pembangkang desak bajet baru.

Kerajaan juga menyatakan bahawa mereka tidak bercadang untuk mewujudkan Mufti Kebangsaan peringkat pusat sebagai menjawab soalan YB Ust Nasaruddin Mat Isa, Ahli Parlimen Bachok.


Beirta TKOfm 5 Nov 2008

Najib umumkan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM7 bilion. Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat bantah dan keluar dewan apabila Najib enggan beri laluan untuk sebarang soalan dari ahli parlimen dengan helah biar dihabiskan dahulu pembentangannya.

Azalina tak yakin dapat pencalonan yang cukup untuk bertanding jawatan Naib ketua Wanita UMNO dan meminta Wanita Bahagian tidak mencalonkannya.

Hamilton, sehari selepas bergelar juara Formula1.


31 Okt 2008

Berita TKOfm Hari Ini 31 Okt 2008

Penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda dibebaskan daripada pertuduhan itu oleh Mahkamah Tinggi. Namun dua anggota polis yang menghadapi pertuduhan membunuh wanita itu, Altantuya Shaariibuu, diperintah membela diri.

Mahkamah menetapkan 10 November ini bagi Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, daripada Unit Tindakan Khas (UTK), untuk membela diri.

Kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, ditangguh sehingga 7 November depan bagi Hakim S. Komathy Suppiah membuat keputusan sama ada untuk memindahkan kes ini ke Mahkamah Tinggi. Hari ini peguam bela yang diketuai Sulaiman Abdullah mengemukakan hujah tambahan berhubung isu campur tangan Abdul Gani Patail yang telah menandatangani surat kuasa memindahkan kes tersebut.

Harga minyak cuma turun 15 sen. Hishamuddin nafi pencalonan Khairy di bahagiannya sebagai satu endorsement utk Khairy.


24 Okt 2008

Berita TKOfm Hari Ini 24 Okt 2008

BBerita Harian terus dilarang membuat liputan sidang DUN Kelantan. Ia ekoran dari laporan yang tidak tepat di akhbarnya yang menyentuh isu titah ucapan Sultan Kelantan sewaktu merasmikan Sidang DUN Kelanan awal minggu ini.

MT UMNO akan tentukan samada pemilihan UMNO akan dipercepatkan atau tidak. Jawatankuasa Disiplin UMNO mencadangkan ahli yang dituduh sabotaj supaya dipecat. Anak buah P.Uthayakumar 11 thn bersama 11 org lain ditahan di Balai Polis Putrajaya. Samy Vellu tuduh Syed Hamid berdolak dalik mengenai isu passport perjalana Uthayakumar.

Karpal Singh digantung dari parlimen dua hari hanya kerana mengkritik Speaker dengan perkataan "main-main". Kerajaan taja RM81 juta untuk jamuan makan malam Majlis Peguam yang dilihat oleh beberapa ahli parlimen sebagai satu bentuk rasuah. Rakyat mengeluh kerana harga minyak turun tetapi harga barangan tetap sama. Saham Asia terus merudum lagi dan indeks kompsit BSKL berada di bawah paras 900 mata.


Perbahasan Belanjawan Oleh YB Khalid Samad

YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam telah membidas sikap hipokrit ahli parlimen kerajaan yang mengambil kesempatan di atas kedhaifan rakyat untuk berbelanja secara boros seperti memakan angin ke Taiwan dengan belanja RM50,000 setiap seorang.

Beliau juga telah mengketengahkan soal harga minyak masih tinggi berbanding Jun 2008. Apabila harga minyak mentah telah turun keparas bawah US$70 setong sepatutnya harga minyak di pam sepatutnya kurang dari RM2.00 seliter. Ini jelas ketidak perihatinan kerajaan BN terhadap kesusahan rakyat.

"Dulu sakit dan teruk, hari ini cemas dan parah" demikian tegas beliau setelah mendedahkan pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan BN selama ini. Sekalipun cuba diganggu beberapa kali oleh wakil BN namun Khalid dapat menghabis perbahasannya dan paling menarik beliau menyatakan bahawa BN merupakan rakan yang apabila berlaku kronisma bukan akan menghalangnya tetapi akan bertanya Untuk Saya Apa (USA)?


23 Okt 2008

Berita TKOfm Hari Ini 23 Oktober 2008

Ahli Parlimen BN bercanggah untuk pertahankan gelaran Datuk kepada Shah Rukh Khan. Dewan rakyat tegang dengan isu perkauman yang pernah disuarakan oleh Datuk Tan Lian Hoe.

Dua pelajar cemerlang UPM yang dibuang kolej mendakwa banyak lagi mahasiswa yang mengalami nasib seumpama mereka tetapi tidak berani menyuarakannya.

Thailand: Lagi protes minta PM letak jawatan. India lancar misi ke bulan.

Bancian: 71% bantah kerajaan bertindak ke atas Hindraf.


22 Okt 2008

Berita TKOfm 22 Okt 2008 Edisi Petang

UMNO Bhgn Alor Gajah Melaka diarah bersidang semula apabila terdapat keraguan pemilihan ketua bahagiannya. Jumlah pencalonan yang diterima oleh calon yang bertanding. Hindraf serah memorandum di Parlimen. Perkembangan banjir di Kedah dan Perak. BSKL merudum lagi. SUKAN: Manchester United tewaskan Celtic 3-0.

TVPAS: Salahuddin guna Pelan B untuk bincang isu Ketua Hakim Negara.


Berita TKO.fm Hari Ini 22 Okt 2008

Kesihatan TG Nik Aziz dilaporkan stabil. Usul untuk membincangkan perlantikanTan Sri Zaki Azmi sebagai ketua hakim negara ditolak oleh Dewan Rakyat.

Rais Yatim cadang jawatan tertinggi UMNO dipertandingkan secara tender. GGMM buat laporan polis terhadap Ketua Wanita Gerakan. Lagi laporan polis terhadap salahlaku Najib Tun Razak.





Berita Bhg 2


Sultan Kelantan tegur Kerajan Pusat yang melambatkan pembangunan di Kelantan. Penahanan setiausaha SUARAM bukan di bawah ISA. Polis akan bertindak mereka yang masih aktif dengan HINDRAF. Banjir di Perak dan Kedah. penduduk setinggan di Segambut masih tagih janji Kerajaan. Thaksin dipenjara 2 tahun. Mahkamah Indon tolak rayuan 3 org pengebom.



21 Okt 2008

Berita TKO.fm Hari Ini 21 Okt. 2008

Penduduk Kampung Baru Plentong Tengah JB kecewa dengan sikap kerajaan yang lebih pentingkan pemaju dari nasib rakyat.

TG Haji Abdul Hadi bertanya di Parlimen: Aakah mentaliti subsidi ditanam untuk raih undi? UMNO: Shahidan Kassim tarik diri dari perebutan Naib Presiden. Dewan Rakyat tolak isu pengharaman Hindraf. Perbicaraan hari pertama kes P. Uthayakumar yang didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 ditangguhkan sehingga Februari tahun depan. Bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Shamsiah Fakeh, 84, atau nama sebenarnya Shamsiah Sutan meninggal dunia akibat sakit tua dan jangkitan pada paru-paru, di kediaman anaknya di Kondominium D'Tropicana.

Beribu-ribu penunjuk perasaan antikerajaan berarak di ibu negara Thailand hari ini untuk menuntut Perdana Menteri, Somchai Wongsawat meletakkan jawatan kerana mengarahkan penggunaan kekerasan untuk meleraikan orang ramai yang mengadakan tunjuk perasaan.