15 Apr 2017

[TERKINI] Rafizi Jawab PAS, Minta Nasha Isytihar Harta

NASHARUDDIN PERLU BUAT AKUAN BERKANUN ISYTIHAR HARTA, KHAIRUDDIN PATUT SIASAT LEBIH MENDALAM MAKLUMAT SKANDAL 1MDB

Saya telah menjangkakan kesemua reaksi yang bakal diberikan apabila saya mendedahkan mengenai aliran wang dari dana SRC Internasional Sdn Bhd ke akaun peribadi YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak, seterusnya sampai ke akaun Datuk Dr Nasharuddin Mat Isa.

Ada pimpinan terkanan PAS yang menggelarkan saya kaki fitnah, ada yang menyuruh saya bertaubat. Seperti kebiasaannya saya dihukum dengan pelbagai gelaran dan penghinaan. Ada penyokong PAS yang tidak putus-putus menghantar mesej (melalui media sosial atau pesanan Whatsapp) menuduh saya kafir, ejen Yahudi dan pelbagai lagi.


Saya tidak sedikit pun terkesan. Saya pernah melalui semua ini setiap kali saya mendedahkan sesuatu penyelewengan wang rakyat sejak tahun 2011 lagi, iaitu kes-kes yang tidak diambil tindakan atau yang kelihatan dilindungi kerana ia melibatkan Perdana Menteri atau Menteri kanan.

Memang lumrah pihak yang terkena batang hidung akan memaki hamun saya.

Apabila saya mendedahkan mengenai dana rakyat RM250 juta yang sepatutnya digunakan untuk membantu penternak lembu miskin digunakan untuk membeli hartanah mewah oleh keluarga menteri kanan, saya dimaki hamun oleh orang-orang Umno dan seluruh kekuatan jentera media Umno.

Ketika itu, yang paling ghairah mahukan saya di pentas ceramah membawa isu ini ke kampung-kampung adalah pimpinan PAS dan jentera PAS. Permintaan untuk turun membantu kerusi-kerusi mereka membawa isu NFC ini paling banyaknya dari jentera PAS, bukan pun dari jentera KEADILAN kerana KEADILAN banyak bertanding di bandar-bandar.

Hari ini, pimpinan dan jentera PAS yang sama yang mengitar semula alasan Umno mengenai skandal NFC kononnya saya memfitnah NFC, sedangkan mereka jugalah yang paling galak mengulangi pendedahan skandal NFC dahulu. Malah, mereka mengulangi alasan Umno kononnya Dato’ Seri Shahrizat Jalil menang saman terhadap saya mengenai kes NFC, sedangkan keputusan saman itu adalah kes lain yang tidak melibatkan pembelian kondominium mewah One Menerong di Bangsar dan kondominium di Singapura. Kes saman itu melibatkan penghakiman yang banyak berkisar mengenai tafsiran perkataan “menyeleweng” yang mengikut hakim “penyelewengan” memberi makna ada niat jahat dan beliau (hakim) tidak bersetuju ada bukti yang keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil berniat jahat dalam pembelian unit-unit hartanah di Ecocity, Bangsar.

Sebab itu saya tidak sedikit pun terkesan dengan sumpah seranah sebegitu kerana itu memang risiko yang perlu saya hadapi sebagai seorang wakil rakyat, jika saya ingin menjalankan amanah saya sebagai seorang wakil rakyat. Saya ingat pesan Dato’ Seri Anwar Ibrahim 19 tahun lalu semasa gerakan reformasi tercetus iaitu “jika takut dengan risiko, usah bicara soal perjuangan”.

Sebab itu juga saya tidak memilih bulu dalam soal penyelewengan amanah rakyat.

Saya menjadi Setiausaha Agung sebuah parti utama negara yang pertama dalam sejarah negara kita mutakhir ini yang membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai aduan rasuah di dalam parti saya sendiri. Apabila saya sendiri membuat aduan itu, ramai anggota KEADILAN yang mencemuh saya. Ramai penyokong pembangkang yang mencemuh saya.

Namun, rakyat boleh menilai rekod yang saya tidak berubah-ubah memilih bulu mengenai rasuah. Tangkaplah dan siasatlah sesiapa pun di dalam KEADILAN atau Pakatan Harapan, dari yang di atas sampai di bawah jika ada bukti berlaku salah guna kuasa dan saya tidak akan mempertahankan anggota KEADILAN itu selagi tangkapan itu nampak jujur, telus dan bukan permainan politik.

Oleh sebab itu, saya menyeru semua pimpinan politik supaya menunjukkan keamanahan yang jauh lebih baik dari yang ada sekarang kerana setiap gerak geri kita diperhatikan rakyat dalam dunia serba moden ini.

Maka, saya serahkan kepada kebijaksanaan rakyat untuk menilai penafian melalui kenyataan akhbar semata-mata oleh Datuk Dr Nasharuddin Mat Isa. Jika beliau ingin menyaman saya, saya akan menunggu untuk menyoal siasat beliau di dalam kandang saksi kerana orang yang menyaman adalah orang yang pertama yang perlu beri keterangan di dalam kandang saksi. Saya ada beratus-ratus soalan yang akan ditanyakan mengenai penglibatan beliau dalam melobi pimpinan PAS supaya menjadi lunak dengan pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak, sehingga PAS dilihat tidak lantang memperjuangkan keamanahan Perdana Menteri dalam skandal 1MDB.

Sementara menunggu proses saman yang mungkin memakan masa, saya sarankan beliau mengambil jalan yang lebih mudah dan menunjukkan keyakinan kepada kebenaran yang kita pegang: saya sarankan Datuk Dr Nasharuddin Mat Isa membuat satu akuan berkanun mengisytiharkan semua harta, pendapatan dan sumbangan kepada beliau secara peribadi serta semua organisasi yang beliau terajui seperti Yayasan Nassar dan mana-mana projek lain. Beliau juga perlu perincikan di dalam akuan berkanun bagaimana harta, pendapatan dan sumbangan ini dibelanjakan dan kepada siapa wang yang disumbangkan kepada beliau dibelanjakan.

Saya sarankan beliau buat akuan berkanun itu bagi setiap tahun dari tahun 2012 ke atas sehingga 2017.

Pengisytiharan itu tidaklah susah kerana saya melakukannya setiap tahun, tetapi beliau perlu juga sedar ada beratus akauntan dan peguam yang akan meneliti satu persatu ayat di dalam akuan berkanun itu. Jika ada maklumat yang tidak tepat, akan ada rakyat Malaysia yang membuat laporan polis terhadap beliau dan beliau boleh dipenjara.

Saya yakin dengan kebenaran maklumat yang saya terima dan harta yang saya isytiharkan, sebab itu saya menggunakan kaedah Akuan Berkanun sepanjang masa.

Kalau Datuk Dr Nasharuddin Mat Isa juga yakin beliau tidak menerima satu sen pun dari mana-mana sumber yang berasal dari SRC Internasional Sdn Bhd, beliau perlu mengisytiharkan pendapatan, harta dan semua sumbangan yang diterima beliau dalam bentuk akuan berkanun dengan segera.

Mengenai reaksi Datuk Dr Khairuddin Aman Razali, Ahli Parlimen Kuala Nerus yang menghukum saya setelah saya mendedahkan beliau juga ada maklumat yang saya ada (malah lebih awal), saya hairan kenapa setelah menerima maklumat itu beliau menjadi lebih rapat dengan Umno?

Sepanjang saya mengikuti perkembangan aktiviti pelajar Malaysia di United Kingdom, saya tidak pernah tahu ada seorang AJK PAS Pusat yang lain selain dari beliau yang pernah hadir dalam program bersama anjuran Kelab Umno yang turut menampilkan seorang lagi pemimpin Umno. Namun beliau mengejutkan kami (bekas aktivis rakyat Malaysia di United Kingdom) apabila beliau hadir atas jemputan Kelab Umno di United Kingdom baru-baru ini.

Kalau pun beliau merasakan maklumat yang diperolehi mengenai siasatan 1MDB dan keterlibatan Dato’ Seri Najib itu belum sahih, bukankah menjadi tanggungjawab beliau sebagai Ahli Parlimen untuk menggunakan sepenuh ruang di Parlimen untuk mendapatkan pengesahan dan jawapan lanjut? Bukankah beliau ada ruang di Parlimen untuk mendapat penjelasan secara bersemuka dari Dato’ Seri Najib dan menteri mengenai kesahihan maklumat itu?

Sebaliknya beliau diamkan sahaja dan tidak berusaha untuk menyiasat. Beliau juga mendampingi sebuah parti yang dikhuatiri mendapat manfaat dari wang rakyat yang diselewengkan.

Rakyat bakal menghakimi kita atas perlakuan kita menangani amanah yang mereka galaskan kepada kita.

Lebih menggerunkan, Allah SWT melihat semua ini baik yang nyata dan tidak nyata.


RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN


VIDEO BERKAITAN




SIAPA RAFIZI RAMLI...


Lahir: 14 September 1977.

Tempat Lahir: Besut, Terengganu
Membesar: di Kemaman dan Kuala Kangsar.

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

Pendidikan awal @ Sekolah Rendah Sultan Ismail, Kemaman (1984 – 1989)
Kolej Melayu Kuala Kangsar (1990 – 1994).

Anugerah Carey/Bolkiah sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan
Pingat Emas Presiden Kesatuan Pelajar.

Anugerah Pelajar Terbaik SPM 1994 (Fizik, Bahasa Melayu).

Anugerah Pelajar Terbaik SRP 1992.

Johan Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh
Pembahas terbaik Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh.

Johan Pertandingan Bahas Piala Sri Paduka Sultan Perak 1993.

Presiden, Badan Revolusi Agama
Presiden, Pancaragam Tentera
Presiden, Persatuan Bahasa Melayu
Ketua Pengarang, The Malay College Magazine.

Dianugerahkan biasiswa PETRONAS (Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik) dan ESSO (Geology) sebelum keputusan SPM diumumkan Morrison’s Academy, Scotland (1995 – 1996).

Anugerah AD Kippen, Pelajar Terbaik Fizik A-Levels 1996.

Anugerah John Knox, Pelajar Terbaik Kimia A-Levels 1996.

Pengawas
Orkestra Morrison’s Academy
Leeds University (1996 – 1999).

Anugerah Arthur Crabtree 1997, Pelajar Terbaik Tahun Pertama Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik
Ijazah Kelas Pertama (Tahun Pertama dan Kedua).

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik

LATAR BELAKANG KERJAYA

Jeffreys Henry Chartered Accountants, London (1999 – 2003).

Lulus semua peperiksaan akauntan bertauliah dengan Institute of Chartered Accountants in England & Wales (ICAEW) dalam masa 2 tahun
Diterima sebagai ahli ICAEW pada 2003, selepas tamat tempoh minima latihan di firma perakaunan
diterima sebagai ahli Malaysian Institute of Accountants (MIA) pada 2003 apabila pulang ke Malaysia:

PETRONAS/MTBE Malaysia Sdn Bhd (2003 – 2005).

Pengurus, Propane Dehydrogenation Plant.

Pengurus termuda semasa dilantik PETRONAS/Pejabat Naib Presiden.

Urusniaga Petrokimia (2005 – 2007).

Pengurus Kanan (Perancangan Perniagaan, Operasi dan Teknologi Urusniaga Petrokimia). Pengurus Kanan termuda semasa dilantik
Bertanggungjawab menguruskan kumpulan urusniaga petrokimia PETRONAS dengan aset melebihi RM30 bilion.

PETRONAS/Petronas Carigali Sdn Bhd (2007 – 2009).

Pengurus Kanan (Perakaunan, Belanjawan dan Percukaian Antarabangsa).

Bertanggungjawab menguruskan hal ehwal kewangan 51 anak-anak syarikat PETRONAS Carigali yang terlibat dengan operasi huluan di peringkat antarabangsa, membabitkan belanjawan tahunan melebihi RM20 bilion.

Pharmaniaga Berhad (2009).

Pengurus Besar
Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor (2009–).
-mk





FEATURED ADS





21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Rugilah melayu klu tak tahu appreciate anak melayu bijak pandai dan insyaallah, tak korup!

zaf berkata...

setuju...

Tanpa Nama berkata...

Ada ke patut pimpinan dan walaun pas kata rafizi memfitnah sedangkan siasatan rasmi pun belum dibuat... sekadar nafi dlm media siapa pun boleh buat... samanlah woooii apsal yg takut sgt nak saman lapiji wooiii...

Tanpa Nama berkata...

ICAEW vs Walaun sekolah pondok...sendiri mau pikiaq...

Tanpa Nama berkata...

Kalau ada 3 org mcm rafizi bentuk team kepimpinan dlm Malaysia ni..Allah hu Akbar.. aku rasa kita dpt kejar Singapore x sampai 5 thn..

Tanpa Nama berkata...

Saman dah jadi satu collection baru kepada PAS. Tukar lah PAS kepada Parti Angkut Saman.

Tanpa Nama berkata...

ironic.. ulamak berlumba2 memburukkan imej Islam.. org biasa bertungkus lumus nk baiki.. akhir zaman...

Tanpa Nama berkata...


Macam nie pas cakap orang pakatan harapan tak boleh memerintah...

good governance dan maintain beramanah, InsyaAllah akan ada sinar kebahagiaan di tanahair ini... ameen...

harapkan ameno, mmg sapu bersih ghrte negara... nak harapkan pas, panggil mesyarat pun pakai mulut aje... out pasal pentadbiran... tak payah la oiii pas ngan ameno...

bagi aje le orang yg senonoh...




Tanpa Nama berkata...

PAS For All Ulamak and Ustad Tolols

Tanpa Nama berkata...

Mengikut PAS, poltik matang adalah bila kita berbaik dengan UMNO. Politik tidak matang apabila kita berbaik dengan DAP dan Amanah. Politik matang adalah politik yang merelakan apa jua skandal UMNO. Politik matang adalah mendiamkan diri walaupun parti yang kita ingin dampingi itu terkenal sebagai kaki rasuah, perembat duit rakyat, penuh kepuraan dalam meninggikan syiar Islam dan mempermainkan bangsanya sendiri untuk kekal berkuasa. Inilah definasi politik matang anutan PAS Hj Hadi. Untuk renungan penyokong PAS peringkat akar umbi, pendedahan terhadap Nasharuddin adalah pintu kepada kehancuran segelintir pemimpin PAS yang sedang giat mempertahankan politik matang. Pendedahan ini bukan dibuat oleh Ibrahim Ali, Ahmad Maslan, Rani Kulop, Jamal Jamban, Noh Omar, Fuad Zarkashi, Bung Mokhtar, Rahman Dahlan, Saleh Keruak dan Azlina Othman. Pendedahan ini sekiranya dibawa ke mahkamah akan memperincikan " money trail, forensic accounting, off shore account". Faktor ini yang gagal difahami oleh Nik Abduh, Tontowi dan Khairuddin Kuala Nerus kerana level pemikiran mereka tak sampai. Pendedahan ini dibawa oleh Akauntan yang tahu selok belok operasi ini dan pastinya dibantu oleh mereka-mereka yang berpengalaman dari SPRM, perundangan dan urusan perbankan. Pendedahan ini melibatkan implikasi perundangan dan mustahil Rafizi tidak bersedia. Oleh itu penyokong PAS berfikirlah sejenak. Apalah gunanya parti kita hebat, kuat atau parti kita suci sekiranya kepimpinan yang ada gagal memahami istilah halal haram.

Unknown berkata...

Sebenar kekdg fikir.. parti pak lebai ni.. dah kena badi dan ketulahan bodoh melantun2. Dari pimpinan atas sampailah walaun2. Rafizi belum buat sidang akbar.. baru bagi bayang penerima wang 1mdb.. blog2 pro parti pak lebai.. seolah2 kena gempabumi.. siap memberi mcm2 gelaran pd rafizi.. bila rafizi buat sidang akbar gempabumi bertambah kuat.. seolah2 dah nak kiamat..dr apa saudara ckp.. semua dlm parti pak lebai ingat..kenyataan akbar rafizi habis sampai di situ sahaja..puak2 parti lebai lupa kes lembu shahrizat dulu.. rafizi keluar kenyataan.. di jawab suami shahrizat..rafizi bùkak bukak sikit lagi..suami shahrizat jawab lagi.. akhir sampai lembu duduk dlm kondo.. baru suami shahrizat diam. Tp dah terlambat...segala dah terbongkar habis.. parti pak lebai ingat episod drama rafizi habis dia sini sahaja.. segala2 pimpinan tertinggi.. sampai yg bawah parti pak lebai menjawab. kalau jawab senada takpe.. tanpa
tahu.. rafizi masih masih ada simpan kukunya lagi...

Tanpa Nama berkata...

Aku respect hang YB dalam banyak hal, tapi yg mutakhir ini hang buat aku pening. Apa muslihat hang selama beberapa bulan lalu hang dok jaja PAS menerima dana politik dari DSN @ UMNO. Alih2 hang dedahkan selepas dicabar pelbagai pihak terkeluar nama Masa yang tak ada kaitan dengan PAS. Ini apa cerita?

Tanpa Nama berkata...


Rafizi belajor kat negara kapir
Tetapi Rafizi nak bg tau dgn terang sapa yg dah jd penCURI

Lebai2 belajor kat negara Islam berbuih2 mulut dgn ayat2 Quran
Lebai2 juga guna bahasa arab doa berjela2 slalu berjubah dan besorban
Lebai2 sgt hebat berceramah berkhutbah dan jd imam semayang hahaha..

TETAPI,
Yg berbuih2 mulut dgn ayat Quran tu yg pakai sorban jubah dan yg jd imam semayang yg belajor kat negara Islam tu dah terang2 tak berani sbb dah terang2 jd penCURI..

--tak berani saman
--tak berani berhujah dan berdebat
--tak berani lurus(FASTAQIM) dan mnjd jujur sejujur2nya manusia mcm Rafizi!
--asyik belit uturn ponteng tangguh dan fitnah fitnah fitnah & maki hamun!

Sbbnya..
Si lebai2 yg belajor kat negara Islam yg jd imam semayang tu dan yg berbuih2 mulut dgn ayat Quran tu dah jd penCURI penCURI penCURI..

--penCURI pasti akan berbelit2 utk tegak benang basah wpun nampak nor bodoh!
--resmi penCURI hanya tau rekacipta fitnah adudomba serta maki hamun jer ler
DAN,
--penCURI yg jd imam semayang tu sudah PASTI tak berani buat SD dan berani berterus terang istihar harta CURI depa mcm Rafizi buat hihihi..


Abih tu...adakah disis Allah lebai2 yg jd imam semayang tu sah semayang mrk yg dah terang2 jd penCURI tu huhuhu..?

Adakah ucapan dua kalimah SYAHADAH lebai2 tu "laku" disisi Allah apb dah terang2 ketua lebai tu pun turut jd kepala fitnah kepala ponteng kepala uturn tangguh maki hamun khianat dan kepala penCURI?

Lu org ada mata HATI lu org pikior ler sendiri wokeh!

Kata baginda SAW : "klu anak ku Fatimah menCURI pasti ku potong tangan nya"

Yg menCURI duit rakyat/negara sepatutnya kena kudung kan dua2 KAKI dan dua2 TANGAN mrk baru lah sah mrk mnjd imam2 semayang yg menCURI tu ye tak!?


Tanpa Nama berkata...

rafizi baru tuduh.belom tentu bersalah.pyokong pan dh tentu ckp pas bersalah.sbaiknya kita tunggu kputusan mhkamah jgn kita pula jadi tukang pyebar fitnah.nmpknya kita lbh mmpercayai rafizi drp ustz nasha.kalau bnr bagai dikata ustz nasha akan terima blsan yg setimpl dgn perbuatannya.

Tanpa Nama berkata...

Walaun Mr Presideng, bnyk mana ilmu mereka tentang pengurusan hidup di dunia ni?

Duk la tilik kitab2 ratusan tu, itu je ilmu pengurusan dan kehidupan yg kamu dapat!!

Tanpa Nama berkata...

Nasa x ada kaitan dgn pas kata kau? Dia kan masih anggota pas, dr zaman nik aziz lagi dia telah di warning krn bertindak antara pemain utama geng ug... dah lupa ker?

Tanpa Nama berkata...

Betul2...jgn lupa mintak nasa saman segera rafizi...baru kita dpt dengar full episod...

Tanpa Nama berkata...

Tak da problem pas nak berbaik dgn umno, jk ketua umno tu half decent; walau pun ilmu agama dia tak seberapa. Masalahnya pas nak berbaik dgn umno pd masa ketua umno highly suspect of merembat duit 1mdb, maknanya massive corruption dan salah guna kuasa. Dengan umno berketuakan seorg yg tercemar, what a time for pas to 'berbaik dgn umno'! Itu isu yg sebenarnya

Tanpa Nama berkata...

Dia org nie selective issue je depa nak dengar... Ajar org mcm2 pasal nasihat, tp diri sendiri dah tak ternasihat... Bnyak sngat dah benda haram, dah dihalalkan la nie... Bukan nak hentam kami tanpa sebab, klu ade tergerak hati rase tak betul, akui aja lah... Kami dari ameno pun, kalau rase tak betul, kami tegor, tp klu dh melampau mcm hari ini, nasihat pun dah tak jalan... mufarakah adalah jln terbaik... Tp tu lah, walak korang nie sngat abstrak... Pandai2 korang la...

Unknown berkata...

Nak tau sapa betoi sapa salah senang saja. Buat debat lepas tu tayang live. Orang hak dengaq bukan bodo. Tak payah dok pusing kliling macam lagu hindustan. Dok bekap bewak idop pasai apa? Ada yg dapat panggu kot.

*paham ka dak aku tulis apa ni?

PokAmid berkata...

Walaun2 cap bulan ni, bila tak kena kpd selera mereka, akan diberinya label2 yang menjijikkan.
Dulu popular dengan label2 kafir, munafiq dan thoghut kpd puok yang mereka lawan.
Sekarang popular pula dgn ungkapan yg mr presideng sendiri tuturkan:
Pengkhianat, barua, tolol, bewok dan anak butir taik.
Hodoh betul la mulut mr presideng mereka... busuk kohong!!!
Tapi kerana bertitlekan ulama, dianya disucikan oleh walaun-walaun mereka!!