29 Mac 2016

Azmin Perlu Tegas, Bersama PH Atau PASIK?

Apakah Azmin canggah Hadi di Kongres Rakyat?

Apakah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali sudah tidak bersama PAS lagi apabila beliau menyifatkan pihak yang tidak mahu bersama gerakan menurunkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai perosak harapan rakyat.

"Kita mahu Najib turun sekarang," kata Azmin ketika berucap di Kongres Rakyat 2016 di Shah Alam Ahad lepas yang secara langsung bertentangan dengan sikap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yanhg mahukan Najib dipertahankan untuk dijatuhkan menerusi pilihan raya umum.


Menurut Azmin, petaka yang sedang dihadapi rakyat akibat salah urus pentadbiran Najib tidak mampu lagi untuk ditanggung rakyat.

"Saya, parti Keadilan Rakyat, Tun Mahathir dan kita semua mungkin masih boleh menerima kalau Najib terus berkuasa sehingga berlaku pilihanraya tapi rakyat tidak sanggup lagi menanggung," kata beliau diringi tepukan gemuruh di majlis itu.

Perhimpunan kongres rakyat menurut beliau amat bersejarah kerana buat pertama kali pihak-pihak yang saling bertentangan dalam politik dapat duduk bersama.

"Saya sendiri tidak pernah terfikir detik bersejarah seperti ini akan berlaku," katanya.

Sebelum ini, Hadi sering menegaskan, PAS akan melaksanakan politik matang iaitu mahukan pemimpin dijatuhkan semasa pilihan raya. -Malaysia Dateline


TUN M MULA MENGGEMPUR, DAN PEMIMPIN PENJILAT NAJIB SEMAKIN BERAK KAPOR.

Malam ini Tun M datang mengejut berucap di Padang MPAJ Pandah Indah. Ramai juga orang orang UMNO yang datang terutamanya pimpinan grassroot Pandan dan Ampang.

Ada yang datang dilamun ketakutan sempat menyorok di dalam kawasan gelap. Tetapi ramai juga yang berani bertepuk dan bersorak sambil melaungkan jeritan Hidup Tun. !

Edaran borang tandatangan Deklarasi Rakyat berjalan lancar dan hampir 1500 orang menandatangani borang tersebut pada malam ini. Setakat ini hampir 350 ribu orang rakyat sudah pun menyatakan pendirian.

Seruan dan Gerak Gempur perjuangan Deklarasi Rakyat akan berterusan di seluruh negara. Rakyat diseru agar menyahut seruan ini dengan penuh semangat keberanian dan roh perjuangan yang luhur.

Kuasa rakyat memang tinggi daulatnya. Jika rakyat sudah hilang kesabaran dan mengambil keputusan bangun menentang Pimpinan yang zalim dan tidak beramanah, gunung yang tinggi boleh rebah dan sawah yang melebar pun akan dapat dirata rapat rapat.

Lihatlah sejarah....Pimpinan yang bermasalah dan dibenci rakyat, walau sekuat manapun kehebatannya, akan berakhir dengan peristiwa kejatuhan yang mengerikan. Contoh terbaik ialah Hitler dan Mussollini.

Teruskan Perjuangan Fisabiliilah ini dengan laungan semangat "Biar Lerai Daging Di Badan, Rangka Tetap Tegak Berjalan."

SYED SAIFUDDIN SYED HARMAN
MANTAN KETUA PENERANGAN BAHAGIAN PANDAN











ULASAN GB

Sebagai seorang ahli politik, Azmin perlu tegas dan berani di dalam membuat pilihan dan keputusan, samada ingin bersama Pakatan Harapan atau blok PASIK.

Rakyat kini sedang membaca dan menilai tindak-tanduk kartel Azmin. Rakyat boleh membuat keputusan mereka sendiri. Namun yang pasti rakyat tidak menerima sifat dan sikap berkluk-klek, sikap berubah-berubah pendirian, sikap tidak tegas di dalam membuat pendirian dan sikap berdoalk-dalik, depan lain belakang lain. itu politikus hipokrit, itu politikus munafik.

Duri di dalam daging perlu dikeluarkan sebelum seluruh daging rosak akibat darinya.


IKLAN

12 ulasan:

Malaysiabaru berkata...

Tahniah TB

Pastikan aturcara selamatkan Malaysia di iklankan dalam blog..

Rakyat dari seluruh peluaun kampung di Malaysia nak tahu bila tin m nak dtg ke kampung mereka bersama lori mat sabu dan camry azmin

Publiah jadual... Berjuta dok tunggu

Undi pas mcm undi umno
Undi umno mcm undi pas

Malaysiabaru berkata...

Tambahan...

Umno kini berpecah dua...

Umno Najib dan zahid yg inginkan pas
Dan
Umno muhyidin ahamd said tun m yg tidak inginkan pas

Umno dah berpecah!!! Dan pas dah bwrpecah !!! Dan melayu dah bwrpecah

Risikan sb kata dap dan amanah adalah beneficiary mutlak dalam peroecahan ini berbanding pkr pas dan umno!!!

Apa tunggu lagi isi borang Amanah !!!

Tanpa Nama berkata...

jawapan yg betul dh terang iaitu rakyat bersama PH

jawapan yg salah pun dh jelas iaitu munculnya grup pengacau PASIK.

klu masih memilih pasik maka ada sesuatu yg tk kena dn prinsip sedang digadaikn

amat malang jika menyokong penghancur perjuangan rakyat iaitu hadi

dn lbh bahaya kerana hadi sedng cuba meraih kuasa yg mungkin akan memberi ruang untuk syiah menjadi lbh kuat dn ancaman kpd negara ini.

hadi adalah penyokong kuat syiah iran dn hezbosyaitan sedangkn mereka itu adalah kesesatan yg nyata dn ancaman kpd keselamatan negara.. termasuk khawarij ISIS

Tanpa Nama berkata...

Presiden yg mmg terkenal dgn bijak bicaranya sejak zaman amanat lagi.
Malah tulisannya sentiasa bernas dan tajam maksudnya.

Tapi sayang, segala tindakkannya tiada satu pun yg menghasilkan kejayaan mutlak, melainkan hanya yg bersandar dan menumpang kebijaksanaan serta kecerdikan rakan atau sekutu lain. Itu telahpun terbukti ketika sepanjang pr berkembang pesat sebagai pencabar kuat bn.

Walaubagaimanapunpun disebalik tindakkannya yg celaru serta hasilnya yg "ter" dolak-dalik, tapi dek kerana bijak bicaranya, pengikutnya terlena dibuai bicara... sukar utk memaling wajah segolongan besar pengikutnya, walaupun hanya utk sementara, bagi mendokong kebenaran bersama2 penentang kezaliman.

Rasanya PH perlu elakkan menyentuhnya walau secuit, utk pastikan agar dia
tiada modal utk bicara berkait2 /berbait2 / berumpama2an...

Terus fokus telanjangkan BN shj. Jgn di layan langsung, dia dan pengikutnya... Biar egonya naik sendiri dan biar dia rasa PH tak berani menyentuhnya atau menyindirnya bagai. Jangan disebut, sekalipun nama partinya. Jangan ada yg cuba caci keji kumpulannya. Biarkan shj dgn menahan diri sebaik mungkin drp tercabar dgn provokasi oleh pengikut2 mereka.

Jgn toleh kebelakang, terus maju kedepan, sambil berdoa dia dan pengikutnya kembali ke pangkal jalan...

Tanpa Nama berkata...

Jalan Yg LURUS... TERANG Ber CAHAYA
Menyuloh GELAP... Yg Penoh Ber LIKU
Menyuloh PENYONGLAP... Pem FITNAH Pen DUSTA
Penyamun Pen CURI... Yg Menipu KELIRU


Jalan Yg LURUS... TERANG Ber CAHAYA
Mendidik INSAN... Bijak "DEWASA"
Melihat ONAR... Ber "Umpan"kan HARTA
Sandiwara "Budak"... Yg Ke Bulor kan KUASA
Bak "Budak-HINGUSAN"... Yg Ter Kinja2
Me LAHAP "Gula2"... Seronok lah Dia
Ungkapan RAKYAT... Cuma di "BIBIR" nya Shj
Bak "Budak-HINGUSAN"... Baru Pandai Ber KATA2
Yg Saling Mng AUTA... Dgn Si Lebai Pil KUDA



Wahai Sahabat... AMANAH Budiman
Jalan Yg LURUS... Halus dan TEMBUS
Mem BACA "Niat"... Drp AMALAN
Dpt MELIHAT... PETUALANG yg Rakus
Dpt MENEROBOS... SETAN Bajingan
Melihat ULAR... Ber SORBAN Tarbus
Si TUA Bangka... Bak BUDAK Hingusan
Yg Gelojoh "GULA2"... Ter KINJA-Prasan
FITNAH Men CURI... Mnjd "Standard"-Amalan

Tanpa Nama berkata...

Berapa orang pemimpin PAS dari Selangor yang hadir menyokong deklarasi rakyat?

Mengapa mereka tidak beri sokongan kepada Husam dan Mahfuz (Rani?).

Ini bukan nak rampas kuasa atau nak jadi pemerintah. Tetapi untuk singkirkan Najib sahaja.

Jadi jika yang hadir hanya dua atau tiga orang maka PAS adalah perosak harapan rakyat.

Perosak seperti ini di beri racun kalau tak satu rumah rosak.

mat yeh berkata...

Kepada admin greenboc,
di Kelantan, Pakatan Harapan nampaknya tidak bersedia untuk memimpin perubahan. Sedangkan pada masa yang sama, rakyat kelantan ingin melihat perubahan dan melakukan perubahan.
Dengan AMANAH yang nampaknya tiada selera untuk membuat perubahan dan melancarkan serangan. PKR Kelantan pula seperti biasa, pimpinan mereka seperti hantu bungkus, keluar tinjuk muka ketika jadi calon pilihanraya.
PAS pula tidak lagi mahu memimpin perubahan rakyat, apa lagi hendak menyerang UMNO. Parti Islam ini asyik mahu menyerang AMANAH dan menjadikan DAP kambing hitam mereka.
Rakyat Kelantan juga dahagakan gelombang perubahan rakyat, namun mustahil PAS dapat menjadikan gelombang kemarahan rakyat Kelantan sebagai tsunami.
Bahkan rakyat Kelantan sudah mengetahui bahawa PAS bersama UMNO sedang membuang batu besar di tepi laut untuk meredakan gelombang perubahan rakyat.
Aset dan semangat rakyat Kelantan yang telah dikenali sebagai rakyat yang gagah perkasa dalam politik telah dipondankan oleh parti-parti pembangkang sendiri.
AMANAH yang tidak mempunyai selera untuk jadi pemimpin perubahan rakyat Kelantan, PKR yang tidak mahu keluar dari menjadi hantu bungkusnya, PAS yang dilihat sebagai parti berpaling tadah dari perjuangan rakyat dan UMNO yang tamak dan rasuah sudah tiada lagi dalam kamus hati rakyat Kelantan.
Harapan rakyat Kelantan masih lagi pada Pakatan Harapan untuk membuat perubahan, namun sampai bilakah pimpinan AMANAH dan PKR pusat akan terus menjadi pekak badak. Kerana AMANAH dan PKR boleh berdiri sama tegak dan ruku' sama tunduk dengan PAS dan UMNO di Kelantan.
Biarlah pemimpin AMANAH dan PKR Kelantan ditukar dan dilantik mereka yang bernama manusia dan mempunyai strategi untuk menarik hati manusia kepada perubahan.

Tanpa Nama berkata...

Tuan 5.48

Ada betulnya kata tuan, sudah ada banyak gesaan supaya AMANAH bertindak lebih agresif, namun tindakan ini sedikit2 telah dibantu oleh Dato Husam Musa. Majoriti rakyat kelantan suka Pas, ttp dgn mutakhir ini, Amanah nampaknya pilihan yg paling secocok untuk gantikan Pas. Cuma Amanah jangan nampak malu2 kucing utk memperkasakan hebahan di kelantan.

Ambo undi Dato Husam, mudah mudahan dato husam masuk amanah bila cukup masanya, insyaAllah ambo 12 orang sekeluarga termasuk undi husam @ amanah. Pas ... selamat tinggal.










Tanpa Nama berkata...

Saya mewakili isteri saya (Cina) Perak dan penduduk kampung saya juga parlimen saya di Kedah, tatkala berjumpa dan bercakap dgn rakan2 politik di sekitaran saya, langsung tidak mengecewakan.. nama AMANAH cukup harum ketika ini. Namun parti ini masih kaku di Perak, Perlis dan Kedah. Malah di Penang juga kaku.

Sila beri perhatian. Ahli2 PAS sudah ramai tidak secara rasminya, telah lama keluar parti... rata2 berserban berkopiah..namun tiada minat lagi dengan PAS.. Berbuatlah sesuatu utk tarik mereka masuk jemaah AMANAH. Hanya buat tawaran dan ajak saja.. mereka malu2 sebenarnya. Markas2 PAS hanya tinggal bendera.. PASTI2 utk kanak2 dibiarkan terus beroperasi kerana sayangnya nak tukar nama takut lingkup tunas2 Islam di kawasan masing2...

Kpd pemimpin AMANAH..lakukan sesuatu dengan cepat.. 2 tahun persediaan PRU14 cukup dekat.. penyusunan parti perlu seimbang dengan PKR dan DAP. Juga PKR dan DAP perlu turun membantu AMANAH kerana kekurangan kakitangan dan penyelaras..

Unknown berkata...

PKR kalau nak menang pru14 mesti bergabung dengan pakatan harapan saja.lupakan pas.

air gunung berkata...

Aku menyokong pendapat saudara berdua.5.48/7.43.
Usaha itu ada.cuma mcm malu2 kucing.mungkin utk menjaga hati dan kekeluargaan.
Aku rasa org sana lebih memahami sepak terajang citarasa politik org kelantan.
Apa pon usaha berterusan dan tersusun perlu dipergiatkan.jgn terlalu beralasan.takut kerja langsung x bergerak.
Rakyat kelantan sedang memerhati tindak tanduk PAS n umngok yg penuh putar dan kluk klek..disini Amanah perlu ambil peluang sebaik mungkin.bnykkan kerja kebajikan.kurangkan pong pang pong pang beretorik.masih ada 2 thn lagi utk lihat kesan siapa yg dekat dgn rakyat.
So amacam gu klate semua.
Jdkan kata2 almarhum tok guru kita sebagai semangat.
Kelantan universiti politik malaysia..

Tanpa Nama berkata...

Pas makin tenggelam tp Amanah nampak agak slow dkebanyakan negeri2..harap2 Amanah makin agresif sbb rakyat mengharapkan Amanah sbg alternative pengganti pas.Amanah dan dap jelas prinsip perjuangan manakala pkr masih kabur dsbbkan masih bsama pas..kelihatan pkr juga makin lemah bersama pas..Amanah dan dap skrg berperanan penting dlm ph..