Sindiket penjualan bayi di hospital swasta, di sini, yang didedahkan Berita Harian semalam, didakwa mengugut sesiapa saja yang cuba mendedahkan kegiatan itu kepada polis sehingga mereka takut berbuat demikian.
Sumber memberitahu Berita Harian, pada tahun lalu, beliau membuat laporan polis mengenai seorang wanita yang mengadu menjual bayinya di hospital itu, bagaimanapun apabila dipanggil untuk memberi keterangan, dia gagal dikesan.
Katanya, wanita yang mengandung anak luar nikah itu diperkenalkan seorang rakannya yang juga jururawat di hospital berkenaan ketika usia kandungannya mencecah lapan bulan.
“Dia tidak boleh memelihara anaknya kerana keluarganya tidak mengizinkan dia berbuat demikian. Oleh itu dia terpaksa menyerahkan bayinya kepada hospital terbabit yang sememangnya menjalankan kegiatan menjual bayi.
“Wanita berkenaan kemudian dipaksa melahirkan anak melalui proses rangsangan kelahiran yang dipanggil Cyototec kerana pihak hospital sudah mempunyai pembeli bayi itu dan mahu memilikinya secepat mungkin,” katanya.
Beliau berkata, selepas bayi itu dilahirkan, wanita berkenaan dipaksa menerima RM2,000 sebagai bayaran dan menandatangani surat perakuan membenarkan bayinya dijadikan anak angkat.
Bagaimanapun, selepas beberapa bulan, pihak hospital menghubungi wanita itu dan menawarkannya bekerja sebagai jururawat walaupun tidak mempunyai kelayakan. Wanita itu bersetuju dan bekerja hampir 22 jam sehari dengan gaji RM700.
Sepanjang bekerja selama enam bulan di situ, wanita itu mendakwa menyaksikan kegiatan penyeludupan bayi di hospital berkenaan yang turut membabitkan bayi dari Indonesia dan Afrika, selain kegiatan pengguguran janin membabitkan wanita mengandung.
Katanya, kegiatan itu bukan saja dijalankan seorang doktor tetapi turut didalangi beberapa doktor yang bekerja di hospital lain yang dipercayai mempunyai pertalian keluarga dengan doktor hospital swasta berkenaan.
Sumber turut berkata, sindiket berkenaan mempunyai jaringan operasi dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi melicinkan operasi pendaftaran bayi yang dijual. -BH
Artikel Berkaitan
Jual RM21,000 Untuk Seorang Bayi. Kegiatan Seorang Doktor Bergelar Datuk

2 ulasan:
Wakil rakyat rasuah, doktor niaga bayi, lawyer tipu jual-beli tanah, ulama jadi ularmak...argh! siapa lagi yang boleh kita percaya di negara 1Malaysia ni?
jangan putus asa mohon kepada Allah S.W.T supaya kita dijauhi dari segala fitnah dan azab yang akan diturunkan kepada mereka yang berlaku zalim ini..
Insyaallah mereka akan dimusnahkan oleh perbuatan mereka sendiri.
Catat Ulasan