.

.
Showing posts with label sakit. Show all posts
Showing posts with label sakit. Show all posts

Sunday, March 23, 2014

Tips dan Petua Melegakan demam bayi dan kanak-kanak

Assalamualaikum

Bila ada anak ni mesti risau kan
baby kan cepat demam
kadang-kadang takut sangat bila malam-malam dia panas badan dan kepala
macam Umayrah, dia selalu demam malam
siang ok ja badan dia.
Bila dah selalu jadi, MG pon search la apa yang perlu di buat jika anak demam 
selain dari bagi makan ubat
Jadi MG pon post kat sini sebagai rujukan anda juga


 Tips Melegakan demam bayi dan kanak-kanak

1. Pastikan anak betul- betul demam  
    -paling bagus kalau ada termometer sendiri kat umah

2. Boleh buat “sponging” atau menjelum anak bagi mengurangkan suhu.

“Sponging” merupakan satu kaedah yang telah digunakan bertahun- tahun bagi melegakan suhu anak. Cara untuk melakukan sponging ;

  • Sediakan air suam dalam besen, dan 3 helai tuala kecil.
  • Rendam tuala dan perahkan.
  • Lapkan air suam pada kepala anak perlahan- lahan menggunakan tuala pertama , dan biarkan.
  • Lapkan air suam pada pada kedua- dua ketiak anak menggunakan tuala kedua, dan biarkan di celah ketiak.
  • Lapkan air suam pada paha dan celah paha menggunakan tuala ketiga , serta biarkan seketika.
  • Ulangi dan lakukan selama 30 minit.

3. Berikan ubat demam paracetamol mengikut dos dan jangka waktu yang ditetapkan

4. Galakkan anak minum air dengan banyak
    -bagi mengeluarkan suhu badan melalui kencingnya

5. Pakaikan anak-anak dengan pakaian nipis supaya haba dalam badan boleh keluar

4 Petua Meredakan demam pada bayi dan kanak-kanak


1. Minum Air Kelapa Muda
Minum air kelapa 2 kali sehari sampai panas badan hilang.

2. Bawang Merah
Tumbuk bawang merah dan airnya disapu pada badan anak
Jika mengikut orang-orang lama,air bawang itu campur minyak masak sapu dan di sapukanpada dada dan punggung

3. Asam Jawa
Jika tiba-tiba anak demam kuat, susah nak pi klinik ngan cepat, jaram ngan air jawa
sapu pada ubun2 dan seluruh kepala biaq kering sendiri
lakukan sampai panas hilang

4. Ubi Kayu
ambil sebuku ubi kayu, kupas dan cuci bersih
parut dan parutan tu letakkan kat dahi kanak2
bila kering ganti baru sampai panas hilang

5. Daun Bunga Raya
Daun tersebut diramas sehingga berlendir
lendir itu disampukan di kepala, biar kering sendiri
ulang sampai panas hilang

Monday, January 20, 2014

Benjolan berisi cecair/darah di kepala bayi baru lahir : CEPHALHEMATOMA


Assalamualaikum

ari ni nak bercerita pasal time mula-mula Umayrah dilahirkan
pada entry kelahiran dia
MG dah cita pasal MG mengalami kesukaran nak melahirkan dia
bukaan baru 5-6 cm
tapi MG start teran skirt-skit dah
bukan pa, time ni dia otomatik teran
tak tau macama mana nak gambarkan
kena la plak ini anak 1st memang lack of knowledge la bab-bab bersalin ni

ok...kepala Umayrah ada benjolan
didalam benjolan tu ada cecair
bila ditekan ianya lembut dan bergerak-gerak
maksudnya ada liquid la lam tu..bukan benjolan keras bila kepala kita terhantuk tu
masa dilahirkan kami tak perasan
sebab tersembunyi di dalam rambut

suma start perasan bila umayrah cukur rambut
memang la cuak la masa tu
ingat lagi pi klinik kerajaan kat kuala nerang
doktor kat situ pon tak tau sebab pa
siap suruh datang lagi selepas 2 minggu kalau tak ok gak
lepas 2 minggu kami pi lagi ke KK
kali ni pi kat KK Hulu Langat
sebab MG dah balik Selangor dah
doktor kat situ pon tak tau kenapa leh ada benjolan
siap tanya lagi penah jatuh ka tak
memang Umayrah tak penah jatuh la, MG yang jaga dia sebab cuti bersalin tak abeh lagi
doktor kat sini wat surat refer ke pakar kat hospital Serdang
kami pon ke hospital serdang ke bahagian emergency, sebab doktor kat KK suruh pi situ terus
dah ke emergency kena saring dulu
kan kes Umayrah ni tak la cemas sangat kan
jadi menunggu la kami kat situ
orang kan ramai, Umayrah lak siap melalak-lalak tak mau dok
bebudak kan penat dok berdukung ja
stroller lak tak leh bawak masuk situ jadi lena pon sekejap-sekejap
selepas 3 4 jam menunggu dan jadi perhatian semua orang kat situ sebab Umayrah keja qeyau
dapat la jumpa doktor

doktor cina kat situ pon tak tau sebab pa jadi cam ni (mungkin seba dia bukan pakar kanak-kanak)
jadi si umayrah kecik tu di bawak ke Xray
hasil dari xray memang jelas benjolan tu memang kat luaq tempurung kepala
tak ada sambungan ke otak atau sebagainya

ok la kami pon balik setelah masing-masing sangat penat sebab stress
stress sebab umayrah qeyau, tempat menunggu yang panas dan keadaan Umayrah yang masih tak tau sebab pa jadi benjolan tu

last skali dipendekkan cita, MG search sendiri la simptom-simptom yang di alami oleh Umayrah ni
kebanyakkan website yang cerita pasal benjolan ni hanya dari indonesia dan orang putih ja
blog/website melayu memang tak dak
tak pa MG ceritakan kat sini agar senang orang lain nak rujuk plak ye


contoh benjolan, gambaq umayrah tak dak lupa nak amik gambaq time tu





Cephalhematoma

Cephalhematoma ialah hemorrage (pengumpulan darah) yang terjadi diantara tengkorak dan periosteum bayi yang baru dilahirkan akibat dari trauma ketika kelahiran




haha...mai baca hat omputih la senang susah lak nak translate

A cephalhematoma is a hemorrhage (a collection of blood) found between the skull and periosteum of a newborn baby as a result of birth trauma. The periosteum is a membrane lining the outer surface of all bones (except at the joints of long bones). During vaginal delivery, the mother’s cervix grips the scalp of the child causing tearing of tiny vessels that nourish the periosteum from the bone side leading to hemorrhaging under the periosteum. This hemorrhage results in a squishy swelling with distinct borders. The cephalhematoma may begin to form during labor, but it can also enlarge slowly in the few days after birth.



ini bagi kes MG, lagi satu punca influence of delivery instrument contohnya forcep. nak baca lebih lanjut klik ke sini

Pengumpulan darah ni akan diserap balik oleh tengkorak tapi akan mengambil masa
contoh kes Umayrah masa dia berumur 5 atau 6 bulan baru fully absorb
dan ada yang MG baca tu sampai setahun lebih pon masih tak fully absorb
kalau kes cam tu better pi jumpa pakar kot
tapi cam MG ni pi jumpa doktor pon depa tak tau
kena search sendiri cari info
mungkin silap doktor kot..kena cari pakar kanak-kanak baru betol.hehe

Alhamdulillah, sekarang Umayrah pon dah ok dan tak berbenjol-benjol lagi.hehe..
hilang skit risau..dulu sapa tak risau anak ada benjol, kat kepala lagi
lastly terima la gambaq terbaru Umyarah ya pupi ni
sekarang dia dah pandai sebut ciam..ciam
benda pa tak tau ciam..ciam tu




Sunday, November 4, 2012

Kisah Eksiden (28/10/2012) Part 1.

Assalamualaikum

nak cita pasal eksiden ari tu
dah seminggu dah baru nak cita.hehehe...

kisah bermula bila kami semua nak balik ke KL dari Kedah
masa cuti raya haji ari tu
kalau ikutkan tiap tahun MG akan balik ke KL samada awal sari
atau lewat sari dari waktu puncak( ari ahad tu la puncaknya)
dah memang target akan jem
tapi nak wat cam na
MG dan suami dah tak dak cuti
cuti amik banyak masa nikah ari tu..huhu
perjalanan kali ni termasuk la adik MG dan abg ipar MG

kami kuar dari umah kat Bukit Tembaga lebih kurang kol 4.30 petang
perjalanan pada mulanya lancar la
pastu kami singgah kat rnr Gurun sat untuk solat Asar
pas tu perjalanan pon diteruskan lagi sampai la kat Tol Sungai Dua, Penang
kat sini dah start slow dah traffic dia
berjam jugak la nak sampai ke Juru pon

maghrib pon dalam keta lagi
cadangnya nak wat jamak ja nanti bila masuk isyak
dalam lebih kurang kol 7.45 kami sampai kat hentian Alor Pongsu kot kalau tak silap
niatnya nak berenti makan sambil tunggu waktu isyak
masuk ja area tu
kawasan memang jem gila la
tempat parking pon tak dak
Jadi abang ipar pon ajak la kuaq ke highway balik
stop lak kat next rnr

ha..masa ni la nak jadi cerita
kat kilometer 206 tu, kami dok kat lane laju
tapi dok kat lane laju pon tak laju sangat la sebab jalan jem
tiba-tiba dalam perjalanan abang ipar perasan
ada 1 estima ni dok cilok-cilok dok depan kami
kat depan kami ada wira dan hilux
tiba-tiba dia mencilok depan hilux
hilux tu pon tak tau la terkejut ka apa ka dia membrek dan cuba ke kanan jalan
kereta kan banyak, jarak antara kereta pon tak jauh
jadi wira kat depan kami pon hantam la hilux tu
jadi kami yang dibelakang ni pon hantam la wira tu
nasib baik la tak dak apa yang hantam kami lak
kalau tak naya ja la
dah la naik viva
kecik ja..huhu..

kesudahannya, dalam 3 3 keta tu keta kami yang tak leh jalan sebab radiator pecah
yang estima tu tak tau la dah blah ke mana
yang bawak keta ni si suami, do sebelahnya abang ipar
MG dan adik MG dok kat belakang
dalam ramai-ramai ni hanya MG dan suami ja yang pakai seatbelt
jadi adik dan abang ipar memang terpelanting pi depan la
kepala abang ipar belaga ngan cermin depan sampai retak cermin
Walaupon pkai seatbelt,badan kita akan terhumpan jugak ke depan sebab inersia (betulka inersia ni..lupa dah teori fizik dulu)
jadi tali sealbelt tu menekan bahagian perut dan dada MG
Dan ibu jari MG pon terkepak ke dalam..huhu...sangat sakit
nasib baik jari tu leh dibetulkan balik
cuma terseliuh
part yang MG paling takut kat bahagian seatbelt tu
MG perasan lepas ja eksiden, MG dah tak rasa bebi bergerak
memang cuak betol la..sebab takut jadi apa-apa
hanya tawakal dan berdoa ja masa tu..


***panjang lak entry ni...sambung part 2 ye

Wednesday, March 30, 2011

kena ulser mulut lak

bukan mulut cik gold

huhu..nak cakap pon sakit
apa tah lagi nak makan
ni suma berpunca sebab makan buah pelam ari-ari la ni
cicah dia punya colek

di tambah pulak 2 kali tergigit pipi ketika makan
bertambah-tambah sakit

sedikit info pasal penyakit ni..


Ulser Afta merupakan tompokan putih atau kuning dalam mulut yang mempunyai tanda kemerahan di sekelilingnya. Ulser ini mempunyai saiz yang berbeza-beza dan menyakitkan.

Apakah puncanya?

Punca sebenar ulser mulut tidak diketahui. Ia sering dikaitkan dengan :

  • Stres
  • Perubahan hormon
  • Jangkitan
  • Kekurangan zat makanan
  • Alahan
  • Rawatan radiasi
  • Rawatan kemoterapi

Apakah masalah yang timbul berkaitan dengan ulser mulut?

Ia sering dihubungkaitkan dengan :

  • Rasa membakar di dalam mulut
  • Kesakitan
  • Ketidakselesaan yang berpanjangan
  • Hilang selera makan
  • Demam

Berapa lamakah ulser mulut akan sembuh?

Kesakitan akan berkurangan dalam tempuh 3 - 4 hari tetapi ulser biasanya akan mengambil masa 10 - 14 hari untuk sembuh sepenuhnya.

Perhatian yang perlu diambil jika mengalami ulser mulut

Dapatkan pemeriksaan doktor pergigian jika ulser mulut masih berlarutan melebihi dua minggu. Pemeriksaan penting untuk menentukan tiada lesi kanser dan pra kanser mulut.

Apakah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan rasa sakit?

Cuba petua di bawah untuk menghilangkan rasa sakit :

  • Berkumur dengan bahan kumuran antiseptik.
  • Sapukan gel analgesik atau gel penahan sakit
  • Kekalkan kesihatan mulut yang baik.
  • Makan makanan yang lembut.
  • Kurangkan makanan pedas dan berempah.
  • Minum air secukupnya.
*** gambaq di atas bukan mulut cik gold (^_^)





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails