.

.
Showing posts with label GBS Carrier. Show all posts
Showing posts with label GBS Carrier. Show all posts

Friday, January 25, 2013

Strechmark dah ada..!!


Assalamualaikum

entry yang lepas menceritakan tentang kesediahan yang melanda
la ni pon still sedih lagi
tapi apa leh buat
hidup mesti diteruskan,harap semua dugaan yang datang
dapat ditempuhi dan baby 'u' akan selamat

satu lagi fakta yang dapat dicari ialah

Jangkitan GBS jarang berlaku tapi kesannya kekadang amat merbahaya dan boleh membawa maut jika tidak di rawat. Jika ibu adalah pembawa, bayi berisiko untuk dijangkiti semasa proses kelahiran, 1 dalam 200 bayi akan dijangkiti jika antibiotik tidak diterima ibu semasa bersalin dan 1 dalam 4000 bayi dijangkiti jika antibiotik diberikan.
1 dalam 20 bayi yang dijangkiti GBS tidak dapat diselamatkan.


semoga semuanya selamat..

ok kita tinggalkan cita sedih ni
berbalik kepada tajuk diatas
strechmark telah muncul bila perut MG dah masuk 8 bulan
strehmark terjadi sebab kulit kita tak cukup masa untuk mengembang
dan amat kerap terjadi kepada wanita pregnant
dulu ingat akan terselamat la daripada benda ni
sebab memang pakai krim strechmark dari Pureen
tapi start pakai pon agak lewat mungkin start bulan ke 5 kot
tapi sebelum tu memang sapu ngan minyak Franch Oil
(kat perut ja tak dah dulu, tapi bahagian betis, breast dan paha ada.huhu...) 
tapi la ni dah timbul kat perut
atas skit dari ari-ari..
tak comel dah la perut pas ni

mungkin kerana kenaikan berat yang banyak masa pregnant ni
setakat ni saja MG dah naik lebih kurang 13kg
bertuah la sapa-sapa yang tak kena benda ni
memang pandai betol depa jaga
Selain itu benda ni leh dikurangkan dengan mengurangkan kafein
serta minum lebih air kosong

jadi la ni still pakai krim strechmark Pureen tu
sambil-sambil tu sempat godek-godek petua untuk hilangkan benda ni
antara petua yang sempat dicari

PETUA HILANGKAN STRECHMARK 

  • 1 sudu teh kapur makan
  • 1 sudu teh jus limau nipis
  • 20 titik minyak kayu putih 
CARA -CARA
  • campurkan kesemuanya
  • sapukan ke tempat yang bermasalah
  • amalkan selama beberapa minggu hingga ia pudar atau hilang

memang akan buat la time pantang nanti
keberkesanannya masih diragui sebab belum try
dah try leh la bagi testi nanti
 

Wednesday, January 23, 2013

Checkup 34 Week dan GBS Carrier

Assalamualaikum

cita sedih ari ni
hasil checkup minggu ke 34
MG disahkan pembawa GBS atau bahasa omputihnya GBS Carrier
semua ni berpunca dari keputihan yang banyak kuaq time pregnant ni
hasil dari vaginal swab yang MG amik bulan lepas
result dia gynea cakap MG positive streptococcus group b
menurut dia lagi fungus ni memang ada 12-15 %dari wanita yang mengandung
dan 25% daripada wanita yang sihat
dan MG adalah salah seorang daripadanya....huhu

bahaya fungus ni
dia takkan ilang walaupon dah makan antibiotik
dia tak memberikan kesan buruk kepada hos dia
tetapi akan effect kepada bayi yang akan dilahirkan nanti
antara effect dia ialah boleh menyebabkan jangkitan pada paru-paru, otak, saraf tunjang dan darah.
dan yang paling teruk lagi
boleh menyebabkan kematian bayi

la ni runsing la dok pikiaq pasal ni
gynea pesan nanti bila nak bersalin kena ingatkan balik kat nurse/doktor
takut depa lupa
bagi nak elakkan daripada menjangkit bayi, depa akan inject antibiotik masa nak beranak nanti
tapi MG ni suka pikiaq yang negative
takut nurse lupa la walaupon dah di ingatkan
takut still jangkit kat baby gak la
2 3 ari ni tak lena tido dok runsing pasal benda ni

memandangkan MG akan bersalin kat Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar nanti
cuak gak la sebab MG checkup monthly kat private (klinik panel)
takut nanti hospital tak mau terima lak
sebab ada GBS ni dan tak wat follow up ngan depa
tapi bila kol tadi Alhamdulillah..
tak yah checkup dah..hanya pi cam besa time nak beranak
tapi kena inform depa pasal benda ni
nanti depa nak bagi antibiotik tu
itu saja..

dah jadi carrier ni rajin lak mengoggle pasal benda ni
antara info yang MG sempat google lagi

Bayi Anda Berpotensi Untuk Dijangkiti Jika:

  • Anda pernah melahirkan bayi yang dijangkiti GBS+ve.
  • Anda mengalami kesakitan bersalin yang terlalu lama.
  • Air ketuban pecah dalam tempoh yang agak lama sebelum proses kelahiran berlaku.
  • Dilahirkan kembar.
  • Berat badan semasa dilahirkan kurang.
  • Anda menghidapi choriomnionitis, iaitu jangkitan kuman dalam rahim yang menyebabkan demam, sakit pada bahagian uterus dan sel darah putih meningkat.
  • Lahir pramatang.

dan antara simptom simptom yang menunjukkan
bayi kita telah dijangkiti ialah

Simptom-Simptom Yang Mungkin Dapat Dilihat Pada Bayi Yang Dijangkiti Ialah:

  • Badan letih dan lesu
  • Kurang menangis
  • Kurang menyusu
  • Pernafasan tidak normal (terlalu cepat atau berbunyi)
  • Jaundis yang berpanjangan
  • Sawan

yang lain-lain masa checkup 34 minggu ari tu tak dak pa
suma normal

berat :72kg
BP :112/75
tinggi rahim : 34 cm

dan kali ni memang nampak betol jantina baby
dulu dengaq dari gynea ja
MG tak nampak sangat pon
jadi selamat la baju-baju pink tu..
memang sah dah girl yang akan kuaq..

masa balik gynea bagi lagi ubat untuk dijolok di bawah tu
kali ni ubat dia cam lemak
senang nak masuk
yang dulu cam ubat pil besa
MG suspek, nurse kat situ silap bagi ubat la yang memula dulu
tak pa lagi 2 minggu checkup lagi nak habaq kat dia balik

mintak-mintak la selamat time bersalin nanti
dan tak ada effect apa2 kat baby..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails