.

.
Showing posts with label Persiapan kawin. Show all posts
Showing posts with label Persiapan kawin. Show all posts

Wednesday, May 9, 2012

Daftar Nikah Padang Terap

Assalamualaikum..

nak cita pasal pendaftran nikah di daerah Padang Terap, Kuala Nerang
sebelum cik gold balik lagi cik gold dah gesa ayah untuk pi amik borang dari tok imam kampung
memandangkan masa cik gold balik ari tu tak sempat pi amik
Tok iman bagi 2 borang, satu dalam bahasa rumi kertas kaler kuning dan satu lagi jawi kertas kaler putih
tak amik lam gambar sebab bateri henpon kong...
lupa bawak balik charger.hehehe...ni akibatnya kalau banyak makan benda masam...senang lupa

memang agak kalut la masa pagi sebelum nak pi pejabat agama tu
sebab cik gold tak reti nak tulis jawi
baca ja boleh
last skali pi umah imam mintak dia tolong isikan
sekali dia isi dalam rumi ja...ceh wat malu ja, kalau tau dah lama dah isi sendiri.hehehe
tapi borang en. gold memang berisi dengan jawi la...riak la tu dia reti tulis jawi

lam borang tu kita mesti isikan 2 orang nama saksi beserta no ic nya sekali
wali sah-sah la kena isikan
pastu pas dah abeh isi kena pi amik tandatangan tok imam
untuk kes cik gold, tok imam sendiri yang mai umah tolong sainkan...hehehe
senang keja..
masa sain tu dia bagi lagi satu kertas yang berisi segala maklumat kita untuk kita declarekan kat pejabat agama nanti..
nasib baik jugak la..en gold dah cuak tok imam kampung dia pi KL (join BERSIH la tu :-( .....)
nasib baik la pagi ahad tu dia sampai balik
kalau tak sekali lagi tertangguh
masa ni gak la, tok imam tu bagi tau, permohonan ni hanya laku selama sebulan
memandangkan cik gold pi daftar ni 29/4 jadi akan bertahan sehingga 29/5 saja
problem ni...tapi bila bincang ngan famili, kami decide untuk ada 2 plan
Plan A : Mintak tolong pegawai agama ejaskan bagi dapat gak tarikh nikah 31/5
Plan B : Proceed dengan tarikh baru 27/5

bila pi ja pejabat tu
suasana ok ja...ada la 2 3 kapel yang nak daftar sama
bila tiba giliran kami, memang kena ikut Plan B ja..sebab pejabat agama sini guna sistem online..maksudnya daftar ari ni terus dapat surat kebenaran hari ni jugak
depa tak amik borang lu pastu leh proses esok atau lusa
jadi bila dah masuk komputer tu, memang automatik ja la tarikh dia naik
redha ja la..
cuma lam pikiran ni, takut photografer ada job lak pada tarikh tu
kalut nanti
bila dah sms dia, dia cakap dia free...alhamdullilah

cas untuk permohonan ni kena rm48, rm40 utk kad nikah dan rm8 untuk permohonan nikah

dah leh nikah...yeeeaaay!


butik pengantin pon ok ngan tarikh tu.... (^_^)
nampaknya memand dah ditakdirkan dapat kawin cepat hehe...

**** ticker kat sebelah tunjuk lagi 17 hari lagi nak nikah...kalau cuti banyak dah lama cik gold amik cuti dari sekarang...nak keja pon dah tak berapa nak semangat.hehehhe




































Monday, May 7, 2012

20 hari lagi !


Assalamualaikum

cuba tengok ticker kat sebelah dah tunjuk lagi 2 minggu 6 hari lagi kami nak nikah
mood cuak sudah start
persiapan nikah hampir siap!
harap suma berjalan lancar

mood pon tak dak nak tulis banyak
saja nak kongsi gambaq kami masa lagi 30 hari nak nikah yang lepas lokasi kat Restoren Kapitan, Penang kalau balik kampung cik gold akan turun Penang dulu sebelum balik ke Kedah untuk jumpa en. gold bukan pa,  suka makan kat restoren ni

menu kali ni kami makan chicken Milani apa tah sedap gak!!


abaikan muka en. gold yang suka wat-wat muka bila amik gambaq puas hingaq,
dok camtu gak last skali biaq,
kita share gak gambaq dia bermuka-muka tu lam blog hehehe...
biaq dia insaf skit.hehehe...

*******(gambaq tu telah dibuang, tuan punya badan bising.hehehe)*********

gambaq amik sendiri haruslah tak cantik





















Thursday, May 3, 2012

Tutorial : Fabric Flower

Assalamualaikum
salam hari Jumaat kepada semua

balik kampung minggu lepas sibuk tolong mak wat fabric flower ni
untuk di lekatkan kat langsir
tapi gambaq langsir tak siap lagi jadi tak leh nak tunjuk gambaq
langsir tu cuma dijahit langsir jenis scallop dan dijahit bunga di atas dia
nanti dah siap cik gold paste kan kat sini

langsir mak cik gold jahit sendiri
boleh la setakat nak jahit untuk rumah sendiri
kain cik gold beli kat Nilai
kain jenis jersey semeter rm2.50 ja, rembat dalam 60 meter

asalnya mak cik gold tak mau dah wat bunga ni
letih katanya, tapi cik gold nak gak baru la cantik kalau ada bunga
last skali cik gold yang kena wat bunga ni.hehehe...
memang lenguh la pinggang

cara nak wat senang ja
ala kalau orang nak wat hand bouquet yang fabric flower tu wat dengan cara ni gak
ramai dah wat toturial untuk bunga ni
hehehhe...
tapi cik gold pon nak wat gak la
untuk versi cik gold


mula gunting kain menjadi bulat mengikut saiz yang diingini ( cik gold guna 2 saiz, satu guna acuan piring dan satu lagi guna tupperware bulat)





jahit jelujur di sekeliling bulatan
dah abis jahit, leh la tarik benang tu sampai jadi cam lam gambaq dan simpulkan benangnya
dah siap..!!
dua keping bungan berlainan saiz dan warna di tindankan dan dijahitkan butang nak manik di tengahnya( manik belum beli masa ni.hehe)


bunga dah redi untuk dijahit di lansgir
sapa yang nak wat leh follow ye

























Wednesday, May 2, 2012

Kad Kahwin dah ready... yeeaay!!

Assalamualaikum
Selamat ari kamis suma...hehehe


kad kawin dah ready...semua mak cik gold yang pi wat
dari pemilihan kad, kaler dan corak suma dia yang pilih
kalau nampak cam design org tua tu memang sebab orang tua yang pilih.duit ja duit cik gold
cik gold ok ja,apa pon boleh
bukan ada orang nak simpan pon kad kawin kita..hehehe
tapi cik gold nak gak simpan sekeping untuk kenangan bila tua nanti nak tengok.hehehe

cik gold buat hanya 200 keping kad keras
400 keping kad biasa yang kertas A4 tu ( utk orang kampung)
dan 500 kad untuk orang-orang Pekida
ok la kot total 1100 kan??
biasa nanti yang datang akan jadi double
ok kot makanan pon akan dibuat untuk 2ribu lebih orang

memandangkan kalau wat kenduri kat kampung, masa makan dia sangat lama ok
dari jam 12 tengahari sampai 6 petang
kadang-kadang malam pon orang datang lagi
jadi lauk mesti dibuat lebih
pernah dulu ada knduri tak cukup lauk di sebelah petangnya
last-last depa beli telur, rebus dan masukkan kedalam kuah kari yang lebihan tu
alhamdullilah...dapat jugak tetamu yang datang lewat makan

ha...kat sini cik gold nak jemput la kepada para blogger yang tinggal berdekatan atau yang nak ke kenduri cik gold  (02/06/12)  di

Kampung Bukit Tembaga
06300, Kuala Nerang
Kedah




dan sapa-sapa yang nak kad  leh la tinggalkan alamat ye





















Tuesday, May 1, 2012

Akad nikah dipercepatkan

Assalamualaikum

malas tol nak wat keja di pagi 2/5/12 ni
lama kan cuti..lagi la malas

ujung minggu lepas cik gold balik kampung untuk setelkan semua pendaftaran nikah
alhamdullilah lah...semua berjalan lancar
cuma tarikh nikah akan dipercepatkan dari 31/5 ke 27/5
ni suma sebab permohonan nikah hanya laku dalam masa sebulan saja
kalau lebih tak laku dah...kena wat balik permohonan tu
cik gold lak pi daftar 29/4 jadi memang kalau nak jugak 31/5 kena datang balik untuk daftar

cam na nak wat, cik gold bukannya keja kat Kedah
takkan nak balik lagi sekali kan semata-mata nak daftar
en gold pon susah nak cuti
last skali terpaksa gak la amik tarikh 27/5 tu
tapi tak pa la

mungkin dah nak ditakdirkan nak nikah awal.hehe..
awal pon cuma 4 ari saja

bila balik umah, mak dan ayah decide pada ari yang sama pada malamnya akan di buat sekaligus
mesyuarat untuk kenduri
kalau di kampung sebelum kenduri akan di adaka mesyuarat dulu untuk pengagihan tugas
jadi ok la...penat pon sari ja.siangnya pulak akan dilansungkan akad nikah pas zohor.

semua sedara cik gold sebelum ni kalau nikah tak penah pon wat ari lain, maksudnya akan dibuat nikah pada hari kenduri jugak.tapi bagi cik gold kalau wat cam tu lagi la kalut kan
macam-macam benda nak kena buat

rasanya dah setel kot pasal tarikh
cik gold pon dah reconfirm balik ngan butik pengantin dan photografer
nasib baik la photografer tak dak job pada hari tu
kalau tak memang akan kelam kabut la jawabnya
ok dah sudah mengomol ni..hehe
bye


*** lagi  25 ari ni nak nikah... (^_^)









Thursday, April 19, 2012

batal air sembahyang : Rantai Tangan

Assalamualaikum

selamat ari jumaat, penghulu hari yang indah
bersyukur kerana masih bernafas hingga ke ari ni
sempat lagi wat entry ni sebelum pi meeting OSHA pagi ni.hehehe

ok, hari ni nak sembang pasal acara pembatalan air sembahyang lak
selalu masyarakat kita akan guna cincin atau rantai tangan (RT) kan
cik gold prefer RT
salah satu reasonnya adalah sebab lebih mahal dan lebih besar...leh gitu..hehehe
kalau ikut en. gold dia cakap apa susah..sentuh ja kan dah terbatal air sembahyang..hehehe

noo...nooo.... my darling
cik gold nak gak rantai tangan --> perempuan tamak ni.hehe

RT ni dah lama kami beli mungkin dalam bulan 1 lepas kot
cik gold memang selalu beli barang kemas online
memang setakat ni semua peniaga berlaku jujur
sebab cik gold penah try pi gadai barang kemas tersebut
dan ar rahnu tu terima
alhamdulillah la, sebab beli online ni kan risiko dia tinggi

untuk RT ni cik god tak pau la besaq-besaq sangat (walaupon cik gold nak yang besaq punya.huhu...)
sebab cik gold tau kemampuan my other half tu memandangkan beliau bakal nak keluarkan banyak belanja untuk hantaran dan mas kahwin serta belanja kenduri lagi

sejujurnya cik gold amat menyukai barang kemas kuning ---> ni la reason kenapa nama cik gold ialah cik gold.hehehe
walaupon tau orang muda tak brapa suka kan mas ni sebab depa lebih prefer mas putih
kelebihan mas kuning ialah kebolehannya untuk dijual kembali la
kan mas putih susah nak jual.hehehe...

ok la mai kita tgok cam na RT tu
serius tak besaq, kecik ja...
tapi mas tetap mas kan...tetap berharga
hehehe...
Link

gambaq sumbangan



Wednesday, April 18, 2012

Teaser : Baju Akad Nikah

Assalamualaikum...

semakin hari semakin malas nak wat entry baru
bukan takat entry, semua benda jadi malas
nak jaih manik malas, kerja malas, tengok tv pon malas...yang tak malas-malas ialah makan
semakin nak kawin berat badan semakin bertambah
tarikh nikah dah dekat, nampaknya kena berusaha gak untuk diet ni
nanti baju tak muat

untuk tudung dan selendang nikah dah tukar plan dah tak mau nak DIY sebab kos untuk DIY macam lagi tinggi
masa tunang dulu lain, lace pon beli sekali untuk baju tunang lebihan tu la di wat selendang
dah jimat dah kat situ
tapi untuk nikah ni memang lebih afdal untuk sewa ja
lagi pon bukan nak pkai berulang kali veil tu kan

jadi keputusan muktamad veil tu akan di SEWA

baju nikah pon dah siap
harga pon affordable la
kalau tak lagi murah, harga beading la membuatkan dia mahal skit
tak pa la...tak dak rezeki nak DIY baju nikah sendiri



cuma yang cik gold ala-ala pening tu untuk tudung nikah nak beli kat mana ye
ada gak usha blog lain yang nak sewakan tudung nikah
tapi harga rasa cam mahal sangat lak
inagt cuti 1 Mei ni nak balik Kedah dan pi balik ke butik pengantin yang cik gold amik tu nak tengok kot-kot ada ka tak tudung yang bekenan dihati
kalau tak dak kena beli baru la jawabnya

minggu lepas pi ke kedai bunga yang orang cakap murah tu Fah Lean Floral kot nama dia
tak print map pon sebab bila baca dari blog orang lain macam tau ja jalan nak pi
hehe...bajet terer la sebab dah hampir 6 tahun dok kat Serdang
bila pi cari punya cari punya cari tak jumpa la.hehehe...
last-last tak beli bunga dan bunga ni akan di cari kat Kedah lak la.

bilik cik gold kat kampung pon dah siap...yeeeeeaaaayyyy!!

la ni berdebar lak rasa nak tunggu nikah
tu yang jadi malas nak wat suma benda tu


Thursday, April 5, 2012

Problem : Permohonan Nikah

Assalamualikum..

masa balik kampung ari tu
cik gold dan en. gold pon pi la Pejabat Agama kat Kuala Nerang
ingatkan leh amik borang permohonan nikah kat situ...bila dah pi sana
tak leh la plak
alasan dia kena pi amik borang kat imam kat kampung dengan alasan untuk mengesahkan kariah kampung
masa kat lam kursus kawin dulu depa cakap leh amik kat Pejabat Agama

Ahh.... problem la lagi
sebab hari cik gold pi pejabat tu ari khamis
kat Kedah, jumaat dan sabtu cuti
memang hari ni ja niat cik gold nak setelkan suma
alih-alih tak leh, ahad dah nak balik

imam kampung cik gold lak, ari kamis tu ada kematian pastu keesokkan harinya pemangku sultan kedah nak datang kampung
sah-sah la dia akan sibuk
pastu imam belah kampung en. gold lak pi Mekah
belum cari lagi sapa pemangku dia
last last tak setel la

nampak gayanya hujung bulan 4 ni kena balik kampung lagi
nasib baik tiket AA murah lagi leh la balik naik flight
kalau nak naik bas memang pk 2 3 kali la
letih wooo naik bas, 6 jam lak tu


Monday, March 26, 2012

Persiapan Nikah : Surat Akuan Bujang - setel!



Assalamualikum...

lama rasanya tap wat entry baru...hehehe
ok la, lam bab nikah ni dah setel satu bab
sebenarnya ada kisah di sebalik ni
dah wat satu kopi dah surat ni dan dah di sain oleh pegawai tadbir di tempat cik gold keja
ingatkan dah ok la..

rupanya tak betol lak surat tu..
staff UPM perlu amik surat akuan bujang yang hanya di sahkan oleh Pejabat Pendaftar UPM
orang lain sain depa tak mau
kelam kabut kol pendaftar semalam
sebab ari rabu ni cik gold dah cuti
nak balik kampung
kamis lak nak pi daftar nikah kat kuala nerang

masa yang ada ialah ari ni ( selasa) atau esok..
flight cik gold petang kalau depa sruh mai amik ari rabu pon cik gold leh mai amik
tapi cuak gak la...mana tau, depa tak wat ka..terlepas pandang ka permohonan untuk surat akuan cik gold tu
kan ka tak leh nak daftar nikah

tapi Alhamdullilah la
Pendaftar UPM memang efisyen
kol 8.15 pagi tadi
depa dah kol untuk amik surat ni
jadi setel la bab surat ni...
nanti nak pi wat HIV test lak kat hospital kuala nerang


Sunday, March 18, 2012

1st Honeymoon : TQ Groupon!!

Assalamualaikum

dah dapat tempat untuk berhoneymoon
memandangkan tarikh nak ke Bali agak jauh dari tarikh kami siap nikah
jadi haruslah berhoneymoon kat tempat lain lu
prefer dalam Malaysia
dan tempat tak nah pi lagi..bajet pon kecik...yo la...baru pas kenduri kan.huhuhu...
jadi destinasinya ialah PD
hehehe...series tak nah pi lagi PD ni, namanya dok serdang, dok kat selangor ni lak dah masuk tahun ke 6 kalau tak silap...tapi PD masih tak pi lagi..

dengaq cita best ye PD ni
leh makan ikan bakaq lagi
teringat lak masa dok Penang..kat Penang memang heaven la ikan bakaq dia

jadi bila groupon ada jual pakej untuk ke sini cik golod terus grab
sebab tak mau pikir dah pasni
kena lak tarikh kami nak pi ni time cuti sekolah...jadi better booking awal




kalau dapat bilik yang mengadap laut dengan angin yang sepoi menerjah muka ni best gak ye
leh la ala-ala romantik
tengok bilik dia pon cam lawa..hihihihi..
hehehe...
nama pon honeymoon kan

voucer ni bernilai rm308
tapi gropun bagi kurang dari pada tu
kira ok la...
masih di dalam bajet...


** tak sabaq nak pi Bali


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails