“APA khabar Cik Dina? Saya Roslan,
pengurus kanan di Bumi Emas.” Lelaki itu terlebih dahulu menghulurkan
tangannya. Dina
Azura segera menyambut salam tersebut seraya tersenyum.
“Dina Azura.” Sahutnya ringkas.
“Maaf sebab kelmarin bila Cik Dina datang ke mari, saya
pulak tak ada. Ada sedikit masalah di salah sebuah tapak pembinaan kami. Harap
Cik Dina boleh maafkan saya.” Ujar Roslan.
“Tak apa, Puan Alma dah jelaskan pada saya. Saya faham
dengan situasi Encik Roslan. Jadi boleh kita berbincang sekarang?”
“Yup, right away!
Mari kita berbincang di bilik saya,” pelawa Roslan.
Dina Azura mengangguk.
Langkahnya dihela mengekori tubuh gempal lelaki itu ke suatu arah. Apabila dia melintas sebuah bilik
yang terbuka luas, mata Dina Azura sempat mengerling ke dalam bilik tersebut.
Dia
terpandang kelibat seorang lelaki, sedang membelakanginya begitu asyik merenung
ke luar jendela. Langkah Dina Azura terhenti. Matanya dikecilkan. Entah kenapa
ada sesuatu yang menarik perhatiannya di situ.
“Cik Dina?” Roslan memanggil
perlahan.
Dina Azura
menoleh. Roslan kelihatan hairan memandangnya. “Cik Dina tak apa-apa?” Soal Roslan.
“Err..tak. Maafkan saya Encik Roslan.” Dina Azura sedikit
gugup. Matanya berpaling sekali lagi ke arah lelaki itu sebelum beredar dari situ.
Sejurus gadis itu menghilang, lelaki
itu tiba-tiba menoleh. Dia seperti terdengar-dengar suara yang dikenalinya.
“Kenapa Diaz?“ Tanya Azira yang
sedang menyemak beberapa dokumen penting di bilik tersebut. Hairan melihat
lelaki itu seperti tercari-cari sesuatu sahaja.
“Nothing.“
Balas Diaz seraya menggelengkan kepala.
Azira kembali menumpukan
perhatiannya pada dokumen yang berada di hadapannya. Diaz ralit memerhatikan
gadis itu.
“I patut minta maaf fasal hal
kelmarin. Sorry sebab tak dapat
temankan you lunch.“ Ujar Diaz
tiba-tiba. Menyedari dia masih belum meminta maaf dari Azira.
Azira mendongakkan wajahnya. “It’s okay. I don’t mind.“
“How
about lunch today? My treat.“ Pelawa Diaz.
“Tak boleh Diaz. Hari ni I kena
temankan Puan Alma bertemu dengan seorang klien. Next time okay?“ Ujar Azira seraya tersenyum.
Diaz hanya mengangguk. Memahami
rutin kerja Azira yang agak sibuk sebagai pembantu peribadi Alma Katherine.
Sesekali Azira menjeling ke arah
Diaz. Dia sebenarnya teringin mahu tahu siapa gadis yang dilihatnya bersama
Diaz tempohari. Kerana gadis itulah, temujanji makan tengaharinya bersama
lelaki itu terpaksa dibatalkan. Tapi melihat lelaki itu seperti tidak ada mood sahaja, dia terpaksa melupakan
hasratnya. Wajah lelaki itu saat ini seperti membendung satu masalah yang amat
berat.
* * * *
DINA AZURA sibuk berbincang dengan Roslan di
bilik lelaki itu, sehingga tidak menyedari dirinya diperhatikan dari luar
bilik. Sesekali tingkah laku Dina Azura yang kelihatan ceria mengundang
senyuman di bibirnya.
“Hai, apa yang asyik sangat tu?” Tegur
suatu suara.
Diaz tersentak lalu
berpaling.
Alma Katherine tersenyum
simpul. Dia menoleh ke arah cermin kaca di hadapannya. Melihat Dina Azura
sedang sibuk berbincang sesuatu dengan Roslan, Alma Katherine seakan memahami
sesuatu. Wajah lelaki di sampingnya kembali dipandang. Diaz kelihatan serba
salah.
“Dia cantik kan?” Alma Katherine bertanya.
“Maaf, I tak faham maksud puan.” Balas Diaz.
Alma Katherine tergelak kecil mendengar jawapan Diaz.
“Itu Dina Azura dari Layar Tristar Advertising. Dia
bertanggungjawab dalam urusan promosi dan pengiklanan projek kita.” Beritahu
Alma Katherine.
Diaz terdiam.
“Orangnya bijak. Very
talented. You nak I perkenalkan you dengan dia?” Alma Katherine melirik
anak muda itu dengan senyuman nakal.
“Eh, apa ni Puan Alma? I tak pernah terfikir pulak sampai
ke situ. I cuma lalu saja di sini tadi. Ingatkan nak jumpa Roslan, tak tahu
pula dia ada tetamu.” Diaz memberi alasan.
“Tapi I tengok you asyik sangat menonton dari luar,
sampai tak berkelip mata tu. Kalau hati dah berkenan, I boleh tolong you Diaz.”
Pelawa Alma Katherine.
Diaz terdiam. Dia tahu, wanita itu tidak tahu menahu hubungan
antaranya dengan Dina Azura. Bibirnya segera mengorak senyuman, sesuatu yang
tidak dapat difahami oleh Alma Katherine. Matanya sekali
lagi mengerling ke arah Dina Azura yang masih sibuk membentangkan sesuatu pada
Roslan. Melihat
Dina Azura tampil berkeyakinan seperti itu, dia bagaikan melihat orang lain.
Bukan Dina Azura yang cengeng dan manja seperti yang terbayang-bayang di
fikirannya selama ini.
“Manis!” Komen Alma Katherine.
Diaz sekadar tersenyum memandang
wanita itu. Mata Alma Katherine asyik memandang ke arah Dina Azura. Dia akui
kata-kata Alma Katherina ada benarnya. Dina Azura semakin ayu, semakin pandai
bergaya. Cantik!
Dahulu, gadis itu juga comel
pada pandangan matanya. Meskipun hati kecilnya mengakui hakikat itu, namun
sedaya upaya dia cuba memadamkan semua keistimewaan Dina Azura yang terserlah
hari demi hari. Entah kenapa, dia semakin takut berhadapan dengan semua
ciri-ciri Dina Azura itu. Bukan dia tidak tahu, Dina Azura sering menjadi perhatian
di sekolah mereka dahulu. Gadis itu sering menerima usikan nakal dari pelajar-pelajar
lelaki di sekolah mereka, dan ada di antaranya ialah teman-teman rapatnya
sendiri.
“Diaz,
adik kau tu lawalah. Kenalkan pada aku boleh tak?”
“Diaz,
kirim salam kat Dina. Aku nak ajak dia keluar tengok wayang hujung minggu ni.”
Mendengar bicara
teman-temannya itu, paling kurang dia hanya mencebik. Memang dia tidak suka
Dina Azura menerima perhatian seperti itu. Setiap kali melihat Dina Azura
berbual-bual dengan pelajar-pelajar
lelaki di sekolah, dengan segera dia akan menjauhkan Dina Azura dari mereka
semua.
“Sejak
bila kau jadi perempuan miang macam ni?” Matanya mencerlung tajam wajah Dina
Azura yang serba-salah. Namun gadis itu diam saja. Jarang menjawab setiap kali
dimarah atau diherdiknya.
“Yang kau
nak marah sangat ni kenapa? Ingat sikit, Dina tu adik kau bukannya
peminat-peminat kau yang keliling pinggang tu. Kalau ya pun sayangkan adik,
janganlah asyik nak kontrol hidup dia sampai nak berkawan pun susah,” marah
Haril suatu ketika dulu, terusik kembali di ingatannya.
Sayang?
Diaz mengerutkan dahinya. Sayangkah dia pada Dina Azura? Kalau dia menyayangi
gadis itu, kenapa hubungan mereka selama ini tidak pernah aman? Kenapa hubungan
mereka tidak seperti hubungan antara abang dan adik? Sebaliknya dia sentiasa
terseksa setiap kali berhadapan dengan Dina Azura. Dia sentiasa membenci
dirinya sendiri kerana membiarkan gadis itu wujud dalam hidupnya sebagai
seorang adik!
No comments:
Post a Comment