Friday, 11 July 2014

SOO HOON GORENG pedas memang terangkat u..



  Segala puji bagi Allah SWT kerana telah menganugerahkan kita segala macam nikmat, salah satunya dengan kurniaan menurunkan hujan melalui gumpulan awan. Allah SWT berfirman:

أَفَرَأَيْتُمُ الْمَاءَ الَّذِي تَشْرَبُونَ ﴿٦٨﴾ أَأَنتُمْ أَنزَلْتُمُوهُ مِنَ الْمُزْنِ أَمْ نَحْنُ الْمُنزِلُونَ﴿٦٩


“Maka terangkanlah kepadaku tentang air yang kamu minum. Kamukah yang menurunkannya atau Kamikah yang menurunkannya?” (QS. Al Waqi’ah [56]: 68-69)

Begitu juga firman Allah Ta’ala:


وَأَنزَلْنَا مِنَ الْمُعْصِرَاتِ مَاءً ثَجَّاجًا ﴿١٤


“Dan Kami turunkan dari awan air yang mencurah-curah.” (QS. An-Naba ‘[78]: 14)


Allah SWT juga berfirman:


أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّـهَ يُزْجِي سَحَابًا ثُمَّ يُؤَلِّفُ بَيْنَهُ ثُمَّ يَجْعَلُهُ رُكَامًا فَتَرَى الْوَدْقَ يَخْرُجُ مِنْ خِلَالِهِ وَيُنَزِّلُ مِنَ السَّمَاءِ مِن جِبَالٍ فِيهَا مِن بَرَدٍ فَيُصِيبُ بِهِ مَن يَشَاءُ وَيَصْرِفُهُ عَن مَّن يَشَاءُ ۖ يَكَادُ سَنَا بَرْقِهِ يَذْهَبُ بِالْأَبْصَارِ ﴿٤٣

“Maka kelihatanlah olehmu hujan keluar dari celah-celahnya.” (QS. An Nur [24]: 43) iaitu dari celah-celah awan. (Majmu ‘Fatawa Ibnu Taimiyyah, 24/262, Maktabah Syamilah)

Merupakan tanda kekuasaan Allah SWT, berdikari-Nya dalam menguasai dan mengatur alam semesta, Allah SWT menurunkan hujan pada tanah yang tandus yang tidak tumbuh tanaman sehingga pada tanah tersebut tumbuhlah tanaman yang indah untuk dipandang. Allah SWT telah mengatakan yang demikian dalam firman-Nya:


وَمِنْ آيَاتِهِ أَنَّكَ تَرَى الْأَرْضَ خَاشِعَةً فَإِذَا أَنزَلْنَا عَلَيْهَا الْمَاءَ اهْتَزَّتْ وَرَبَتْ ۚ إِنَّ الَّذِي أَحْيَاهَا لَمُحْيِي الْمَوْتَىٰ ۚ إِنَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ﴿٣٩


“Dan di antara tanda-tanda-Nya (ialah) bahawa kau lihat bumi kering dan gersang, maka apabila Kami turunkan air di atasnya, nescaya ia bergerak dan subur. Sesungguhnya Tuhan Yang menghidupkannya, Pastilah dapat menghidupkan yang mati. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (QS. Fushshilat [41]: 39)



Itulah hujan, yang Allah SWT turunkan untuk menghidupkan tanah yang mati.Alhamdulillah cuaca redup dan hujan turun agak lebat pada petang ini. Jarang sekali hujan turun sejak beberapa bulan kebelakangan ini.Cuaca di siang dan malam hari juga agak panas.Sayu bila melihatkan rumput2 kering di tepi2 jalan. Inikan pula petani-petani..sedikit sebanyak akan terasa kesannya dari kemarau ini.Kalau dulu pokok bunga asz boleh siram 2 hari sekali tapi sekarang tak boleh dah...lambat jer skit nak tunduk malu lah dia...huhuhu...Syukur padaMu ya Allah SWT





Soo Hoon goreng nie asz masak untuk berbuka 2 hari yang lepas...ternampak soo hoon goreng kucai Zila Norzila terkeliur pulak rasenya... cuma asz tak dapt nak letak kucai...so guna ape yang ada di rumah jer..asz letak daun bawang+carrot+tauge...alhamdulillah habis kempunan i tau zila...hehe




SOO HOON GORENG

Bahan-bahannya:

  • 1 bungkus soo hoon 
  • 2 sudu lada mesin
  • 6 ekor udang basah (saiz sederhana)
  • 2 tangkai daun bawang (diracit seinci pjgnya)
  • 1 mangkuk kecil tauge
  • 1 biji limau nipis 
  • 1/2 biji tomato
  • 2 biji telur
  • 2 sudu kicap manis
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1/2 cawan air
  • sedikit daun bawang & bawang goreng(hiasan)
  • minyak

Bahan-bahan(dikisar):

  • 1/2 labu bawang besar
  • 2 uls bawang putih
  • 2 sudu udang kering





Cara-cara Penyediaannya:
  • Tumis bahan-bahan yang di kisar bersama lada mesin, garam dan gula sehingga benar-benar masak ladanya dan naik bau.
  • Masukkan air dan kacau.
  • Masukkan telur biar seketika dan kacau rata.
  • Masukkan udang dan selepas itu baru masukkan soo hoon, carrot dan kicap, kacau sebati bahan-bahan tersebut.
  • Seimbangkan rasa masin+manisnya dan akhir sekali barulah masukkan daun bawang dan tauge(agar sayur-sayur ini tidak terlalu layur)
  • Hidangkan
































Thursday, 10 July 2014

SUPER SAVER Asz Cookies 2014


As salam buat semua...  lain pula entry kali nie....hehe

Asz sedang mengadakan promosi istimewa sempena Ramadhan dan Syawal yang bakal berkunjung tiba.

Di sini terdapat pelbagai jenis biskut raya seperti Snow Almond, Suji Cheese, Almond London, Famous Amos, Choc Almond Pretzels, Rainbow Pretzels, Choc Oreo Crunch, Almond Cheese, Tart Nenas dan Semperit dengan harga serendah Rm 24 untuk 50-60 keping biskut dalam satu bekas.

Tempahan perlulah dibuat sebelum 18 Julai 2014. Untuk tempahan/pertanyaan sila hubungi SMS/Whatsapp : 016-6300842(Asz)

Bagi pelanggan yang tinggal di kawasan sekitar Putrajaya,Dengkil,Salak Tinggi,Bangi dan Seri Kembangan kami menyediakan perkhidmatan secara terus. Bagi Penghantaran di sekitar Putrajaya adalah PERCUMA

































































































Wednesday, 9 July 2014

KERABU DAUN SELOM pembuka selera



As salam dan selamat tengah hari buat semua...

Terkebil2 mata sorang diri di rumah hari nie. Husband asz dah mula bekerja setelah lebih 6 bulan bercuti.Mengantuknya... Banyak kerja menanti sebenarnya...tapi kemalasan mula melanda. Langsir dan sarung bantal sofa tak berjahit lagi. Bunga tak di basuh lagi...huhuhu.. kalau la ada orang gaji...senang jer diarah2kan.hehe Kita buat la pelan2 yea nak...makkan dah ajar biasakan susah...hehe

Malas nak bercerita panjang hari nie...asz cuma nak sharekan salah satu kerabu faberet asz yang mudah dan cepat dibuat. Kerabu daun selom + tauge... Walaupun asz di Putrajaya mudah aje nak dapat daun selomnya di pasar Presint 8 tue...macam2 ada di sana,jantung pisang, nangka, ubi kayu, daun pisang dll...yang penting bayar...hehe





Asz buat kerabu yang simple...cuma letakkan kelapa parut+udang kering+bawang+cili padi...asz x letak pati santan sebab takut mudah basi...so boleh la kalau nak guna daun2 lain...contohnya daun pucuk raja, jantung pisang,tauge dll... tapi kalau adik asz dia suka sangat kalau kerabu letak ikan rebus... mmg sedap last week dia buat kerabu tauge yang mabeles...licin nasi makan berbuka tau...hehe




KERABU DAUN SELOM

Bahan-bahannya:

  • 1 ikat daun selom segar
  • 1 mangkuk tauge kering(asz suka yg kering sebab dia rangup)
  • 2 biji limau purut
  • 1 labu bawang besar(di racit nipis)
  • 1 mangkuk kelapa parut
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan (dikisar):
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili padi(kalau xnak pedas kurangkan)
  • 3 sudu udang kering


Cara-cara Penyediaannya:
  • Satukan bahan-bahan yang telah dikisar tadi dengan kelapa parut dan kunyit kemudian serbuk gaul sebati.
  • Masukkan bawang yang telah di racit,air perahan limaupurut, gula dan garam.
  • Masukkan daun selom dan tauge
  • Gaul rata kesemua bahan tersebut
  • Hidangkan ( tapi kalau lambat lagi makannya eloklah disimpan sejuk dahulu bagi mengekalkan kesegaran kerabu tadi)
  • Selamat mencuba



































Friday, 4 July 2014

ROTI JOHN DAGING rezeki untuk berbuka.



As salam dan selamat berhujung minggu buat semua...
Tentunya hari yang di tunggu buat semua... dapat bermalas-malasan  hari nie... hehe
Bagi suri rumah pula pasti ada yang dah mula merancang menu berbuka petang nie.... apa nak masak yea????

Petang nie asz dan adik beradik semua berkumpul di rumah mak...kami selalunya buat "potluck" untuk berbuka...masing-masing bawa makanan dan makan buka bersama....bila dikumpul ...macam-macam menu la gamaknya. Bila ramai2 nie...seronok berbuka memang terasa... dapat pula lauk utama tue mak yang masak, sure berselera la masing2...dengarnya adik kata mak nak masak daging masak rempah...fuhhh...memang tip top laaa kalau mak masak lauk tue....lauk faberet kami semua....dapat pulak kalau mak buat roti canai....ermmm... kecur dah air liur ku...huhuhu

Asz pun belum set lagi nak masak apa petang nie....macam nak buat dessert...tapi tengok la nanti ape yang jadik..hehe

Roti john daging nie asz buat hari Khamis yang lepas.Kali nie asz letakkan daging burger dan tambah sedikit dgn udang kering bagi penyedap rasa dan cepat di masak. Kalau yang guna daging biasa...asz galakkan tumis dulu dagingnya...supaya dagingnya masak...kalau tak nanti takut hanyir sedikit baunya...

Asz buat dua batang,sebatang asz sedekahkan pada jiran k.ros. Alhamdulillah bertukar menu buka lagi kami hari tue. K.ros pula bagi asz kuah dalca dan sambal tempoyak,menarik dan sedap sambalnya,xpernah lagi asz buat macam tue....kn belajar nie...hehe





ROTI JOHN DAGING

Bahan-bahannya:

  • 2 batang roti john
  • 1 batang timun (dihiris nipis)
  • 1 labu bawang besar (dihiris nipis)
  • sedikit daun sup & bawang(dihiris kecil)  
  • 4 helai daun salad
  • 3 biji telur
  • 1 sudu serbuk lada hitam/sulah
  • sedikit garam dan gula
  • 2 sudu rempah kari daging
  • minyak 





Bahan-bahan inti(dikisar):
  • 2 keping daging burger
  • 2 sudu udang kering
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih





Cara-cara Penyediaannya:
  • Kisar semua bahan-bahan untuk inti.
  • Satukan kesemua bahan tadi dengan bahan2 yang dihis ke dalam sebuah mangkuk.
  • Pecahkan telur dan masukkan garam,gula,rempah kari dan lada hitam.
  • Kacau rata kesemua bahan-bahan tadi.
  • Belah dua roti john (asz potong dua sebab kuali leper asz xmuat...)
  • Letak rata bahan-bahan tadi ke atas roti yang telah dibelah dan masakkan dengan api perlahan.
  • Masak sehingga kekuningan dan angkat
  • Susunkan hirisan timun, bawang, daun salad dan letakkan mayonis dan sos cili.
  • Potong ikut saiz yang dikehendaki dan boleh lah dihidangkan.